bab 6 analisis data dan perbincangan
DESCRIPTION
analisis dataTRANSCRIPT
6.0 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN (REFLEKSI)
Bahagian ini membincangkan keputusan dan dapatan kajian berdasarkan hasil
daripada data-data yang telah dianalisis dan diinterpretasi. Perbincangan ini bertujuan untuk
membuat kesimpulan tentang dapatan yang telah diperolehi. Selain itu perbincangan juga
telah dilakukan bagi melihat hubungkait antara kajian lepas dengan dapatan kajian ini.
Perbincangan yang telah dilakukan mengikut instrumen-instrumen yang telah dianalisis
dalam bahagian sebelum ini. Berikut adalah dapatan mengikut instrumen yang telah
digunakan.
Berdasarkan jadual 6.1 di bawah, secara jelas menunjukkan enam responden
(responden A,D,F,G,H dan I) telah mencapai markah cemerlang manakala dua orang
responden (responden B dan E) mendapat keputusan yang baik dan seorang lagi responden
(responden C) hanya memperoleh gred keputusan lemah di dalam ujian bertulis yang telah
dijalankan. Dalam ujian bertulis sebelum intervensi dijalankan, responden-responden ini telah
memperoleh markah yang kurang memberangsangkan. Hal ini berpunca daripada mereka
yang tidak menguasai tajuk makanan dan khasiatnya dengan baik dan keadaan ini secara
tidak langsung telah menyukarkan mereka memperolehi markah yang cemerlang.
Bagi ujian sebelum intervensi dijalankan, hampir keseluruhan responden melakukan
kesalahan yang sama iaitu tidak dapat menyatakan dengan tepat dan keliru antara makanan
yang memberikan tenaga, makanan untuk tumbesaran dan makanan untuk kesihatan.
Jadual 6.1
Dapatan Ujian Bertulis (Perbandingan Markah Antara Ujian Sebelum Intervensi Diaplikasikan Dengan Ujian Selepas Intervensi Diaplikasikan)
BIL
RE
SP
ON
DE
N MARKAH UJIAN
SEBELUM (%)
CATATAN KESALAHAN
UNTUK UJIAN SEBELUM
MARKAH UJIAN
SELEPAS (%)
CATATAN KESALAHAN
UNTUK UJIAN SELEPAS
1. A 35
- Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
100 Tiada
2 B 45
- Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
75
- Tidak dapat melengkapkan dengan tepat jadual makanan dan khasiatnya.
3 C 30
- Tidak dapat menyatakan tiga khasiat makanan.
- Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
30
- Keliru antara makanan untuk tenaga dan makanan untuk tumbesaran.
- Tidak dapat melengkapkan dengan tepat jadual makanan dan khasiatnya.
4. D 45
- Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
100 Tiada
5. E 45
- Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
75
-Jawapan yang tidak tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
6. F 45 - Tidak dapat melengkapkan jadual makanan dan khasiatnya.
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan
85 - Jawapan tidak tepat dan kesilapan meletakkan makanan dengan khasiatnya.
tumbesaran.
7. G 50
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
90
- Jawapan tidak tepat dan kesilapan meletakkan makanan dengan khasiatnya.
8. H 50
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
100Tiada
9. I 50
- Tidak dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk tenaga dan tumbesaran.
85Tiada
Jadual 6.2
Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Ujian
MARKAH (%) GRED TAHAP PENCAPAIAN
80% – 100% A Cemerlang
60% – 79% B Baik
40% – 59% C Memuaskan
20% – 39% D Sederhana
0% – 19% E Lemah
Cemerlang Baik Memuaskan Sederhana Lemah0
1
2
3
4
5
6
7
8
Perbandingan Gred Pencapaian Responden Sebelum & Selepas Kaedah Wheel Dreams
Diperkenalkan
selepas intervensisebelum intervensi
Rajah 6.1. Perbezaan gred pencapaian markah ujian bertulis sebelum dan selepas kaedah Wheel Dreams diperkenalkan.
Jika dilihat pada data perbezaan gred pencapaian yang diperoleh oleh semua
responden sebelum dan selepas kaedah Wheel Dreams ini diperkenalkan pada rajah 6.1 di
atas, ia menunjukkan bilangan responden yang mencapai gred cemerlang di dalam ujian
bertulis telah meningkat iaitu daripada bilangan sifar kepada enam orang. Seramai enam
orang responden (responden A,D,F,G,H dan I) yang mencapai markah cemerlang di dalam
ujian bertulis ini turut mencapai skor 5, iaitu dapat menjawab dengan tepat, yakin dan lancar
serta menggunakan istilah yang tepat untuk semua soalan yang telah disoal semasa sesi ujian
lisan (rujuk jadual 6.3 di bawah). Mereka juga telah berjaya memberikan jawapan kepada
setiap soalan seperti yang telah dikehendaki oleh guru (rujuk jadual 6.4 untuk keterangan
lanjut mengenai contoh jawapan dan interpretasi bagi setiap soalan di dalam ujian lisan yang
telah diadakan).
Jadual 6.3
Dapatan Hasil Ujian Lisan Bersama Responden A,D,F,G, H dan I
BIL SOALAN/ASPEK SKOR CATATAN
5 4 3 2 1
1. Berikan dua contoh makanan
yang memberikan tenaga?
2. Berikan dua contoh makanan
yang membantu tumbesaran?
3. Berikan dua contoh makanan
untuk kesihatan?
4. Adakah ubi kentang
merupakan makanan untuk
kesihatan?
5. Nyatakan setiap khasiat
makanan yang terdapat dalam
satu hidangan di dalam
gambar tersebut.
6. Ali sering tidak sihat.
Cadangkan makanan yang
harus Ali makan untuk
menjadi sihat.
Catatan:
SKOR PENERANGAN
5 - Dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat.
- Menjawab menggunakan istilah yang tepat.
- Yakin dan lancar semasa menjawab.
4 - Dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat.
- Menjawab menggunakan istilah yang tepat.
- Kurang yakin dan lancar semasa menjawab.
3 - Dapat memberikan jawapan tetapi kurang tepat/ umum.
- Perlu bimbingan untuk memberi jawapan yang lebih tepat
2 - Memberi jawapan yang salah dan perlu bimbingan guru/rakan
untuk memberi jawapan lain yang lebih sesuai dan tepat.
1 - Tidak mampu memberi jawapan walaupun dengan bimbingan
guru/ rakan.
Jadual 6.4
Analisis dan Interpretasi Item Soalan Ujian Lisan
RESPONDEN CONTOH JAWAPAN INTERPRETASI
Soalan 1: Berikan dua contoh makanan yang memberikan tenaga?
A,B,D,E,F,G,H
dan INasi, roti
- Semua responden dapat menyatakan contoh makanan yang memberikan tenaga dengan tepat.
- Menunjukkan mereka telah mengusai makanan yang memberikan tenaga.
CTiada jawapan
- Responden ini langsung tidak dapat memberikan jawapan dan belum menguasai bahagian ini.
- Saya perlu membuat penambahbaikan terhadap intervensi seperti mengulangi permainan beberapa kali dengan gambar yang sama.
Soalan 2: Berikan dua contoh makanan yang membantu tumbesaran?
A,B,D,E,F,G,H
dan I
Ikan, telur
- Lapan orang responden ini telah dapat menyatakan dengan tepat makanan yang membantu tumbesaran.
- Menunjukkan mereka telah dapat mengusai makanan untuk tumbesaran.
C Tiada jawapan
- Responden ini langsung tidak dapat memberikan jawapan dan belum menguasai bahagian ini.
- Saya perlu membuat penambahbaikan terhadap intervensi seperti mengulangi permainan beberapa kali dengan gambar yang sama.
Soalan 3: Berikan dua contoh makanan untuk kesihatan?
A,B,D,E,F,G,H
dan I
Sawi, betik
- Lapan orang responden ini telah dapat menyatakan dengan tepat makanan untuk kesihatan.
- Menunjukkan mereka telah dapat mengusai bahagian ini dengan baik.
C Tiada jawapan
- Responden ini langsung tidak dapat memberikan jawapan dan belum menguasai bahagian ini.
- Saya perlu membuat penambahbaikan terhadap intervensi seperti mengulangi permainan beberapa kali dengan gambar yang sama.
Soalan 4: Adakah ubi kentang merupakan makanan untuk kesihatan? Sekiranya
tidak, berikan jawapan yang tepat.
A,B,D,E,F,G,H
dan I
Tidak. Ubi kentang adalah makanan untuk tenaga.
- Responden telah dapat menyatakan khasiat ubi kentang yang tepat.
- Responden telah dapat menghuraikan dengan jelas bahagian ini.
C Tidak. - Responden dapat menjawab hanya sebahagian daripada soalan.
- Hal ini kerana responden ini masih tidak dapat menguasai khasiat sesuatu makanan.
Soalan 5: Nyatakan setiap khasiat yang terdapat dalam satu hidangan makanan
di dalam gambar tersebut.
A,D,E,F,G,H
dan I
Untuk tenaga, tumbesaran dan kesihatan.
- Responden telah dapat memberikan jawapan dengan tepat semua khasiat makanan yang terdapat dalam hidangan.
- Responden telah dapat menghuraikan dengan jelas bahagian ini.
B Untuk tenaga, kesihatan. - Responden hanya dapat menyatakan dua khasiat sahaja.
C Untuk kesihatan. - Responden hanya dapat menyatakan satu contoh khasiat makanan sahaja.
- Saya perlu memberi penekanan kepada responden ketika bermain wheel dreams agar dapat mengingat semua jenis makanan dan khasiatnya.
Soalan 6: Ali sering tidak sihat. Cadangkan makanan yang harus Ali makan untuk menjadi sihat.
A,B,D,F,G,H
dan I
Sawi, lobak, epal, limau, kobis, tembikai, kacang buncis, anggur.
- Responden dapat memberikan jawapan dengan tepat semua makanan untuk kesihatan.
- Menunjukkan mereka telah menguasai dengan baik bahagian ini.
E Bayam,kangkung. - Responden hanya dapat memberikan dua jawapan sahaja.
- Responden ini mungkin perlu diajar menggunakan bahan mengajar yang lebih baik dan jelas seperti bahan maujud untuk memudahkan proses imaginasinya.
C Tiada jawapan - Kaedah Wheel Dreams ini mungin kurang sesuai untuk digunakan kepada responden.
- Responden ini mungkin perlu diajar menggunakan bahan mengajar yang lebih baik dan jelas seperti bahan maujud untuk memudahkan proses imaginasinya.
Responden yang mendapat skor lima dalam semua soalan ujian lisan ini juga dilihat
sentiasa menunjukkan sikap-sikap yang sangat positif semasa sesi pembelajaran
menggunakan kaedah Wheel Dreams. Mereka sentiasa mengambil bahagian dengan aktif
semasa sesi pembelajaran, menunjukkan sikap sedia berbincang, sering berkongsi pandangan
dengan rakan-rakan di dalam kumpulan dan sentiasa cuba menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru. Antara sikap positif lain ialah keenam-enam responden ini
diperhatikan sentiasa yakin dan lancar semasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh guru, dapat menjawab soalan dengan menggunakan istilah-istilah yang tepat dan kerap
untuk cuba menjawab soalan-soalan yang disoal oleh guru. Untuk penerangan yang lebih
terperinci dan pemahaman yang lebih jelas boleh merujuk kepada jadual 6.5 di bawah.
Jadual 6.5
Analisis dan Interpretasi Item Pemerhatian
ITEM RESPONDEN RESPON INTERPRETASI1) Yakin dan lancar
menjawab soalan soalan guru.
A,F,D,G, H dan I
Tidak teragak-agak untuk memberikan jawapan.
Tidak perlu berfikir terlalu lama sewaktu memberikan jawapan.
Saya melihat responden semakin semangat dan yakin untuk menyatakan jawapan, tidak seperti semasa sebelum diajar menggunakan kaedah ini.Oleh sebab itu, saya merasakan responden semakin menguasai tajuk makanan dan khasiatnya dengan baik setelah diajar menggunakan kaedah Wheel Dreams.
B,C dan E Sering melihat ke arah rakan terlebih dahulu sebelum menjawab.
Mendiamkan diri
Hal ini mungkin berlaku kerana responden belum menguasai tajuk ini sepenuhnya.
Oleh itu, saya perlu
terlebih dahulu sebelum menjawab.
Perlu dibimbing oleh guru dan rakan untuk menjawab soalan.
menekankan bahagian yang saya dapati mereka masih lemah dan cuba menggalakkan mereka untuk mencuba lagi.
2) Kerap menjawab soalan guru.
A,D,F,G,
H dan I
Kerap mengangkat tangan untuk mencuba.
Saya mendapati responden sudah semakin mula berani untuk terlibat di dalam pembelajaran selepas menggunakan kaedah Wheel Dreams.
Saya merasakan wujud sikap ingin mencuba di kalangan responden setelah kaedah ini diperkenalkan.
B, C dan E Responden hanya menjawab apabila soalan ditujukan khusus kepada mereka.
Kadang-kala responden hanya mendiamkan diri walaupun disoal.
Masih terdapat responden yang malu-malu dan takut-takut untuk mencuba.
Hal ini mungkin disebabkan mereka bimbang jawapan yang diberi adalah salah.
Saya berpendapat, saya masih belum cukup memberi galakan atau kata-kata semangat untuk mereka mencuba dan mungkin telah terlepas pandang serta kurang memberikan tumpuan kepada responden-responden ini.
3) Dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat.
A,B,D,E,F,G,
H dan I
Dapat memberikan jawapan dengan tepat seperti yang dikehendaki.
Hal ini menunjukkan, kaedah Wheel Dreams ini mampu untuk membantu saya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu responden untuk memberikan jawapan dengan lebih tepat.
C Tidak dapat menjawab dengan tepat.
Masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki pada Wheel
Dreams yang digunakan terutamanya dari segi gambar supaya mudah diingati.
4) Boleh menceritakan semula isi kandungan pelajaran.
A,D,E,F,G,
H dan I
Dapat menerangkan semula isi kandungan pelajaran kepada guru dan rakan.
Mengingati dan memahami makanan dan khasiatnya dengan baik.
Ini dapat menunjukkan Wheel Dreams yang digunakan mudah untuk difahami dan diingati.
C dan B Lebih banyak menerima bimbingan mengenai isi kandungan pelajaran daripada rakan kumpulan.
Kaedah Wheel Dreams yang digunakan mungkin masih kurang sesuai dengan tahap responden ini.
Saya perlu menambah elemen-elemen yang lain selain daripada hanya menggunakan kaedah Wheel Dreams semata-mata sebaliknya menambahkan penggunaan bahan maujud bagi memudahkan responden ini untuk memahami tajuk makanan dan khasiatnya dengan lebih baik.
5) Memberi kerjasama di dalam kumpulan.
A,B,C,D,E,F,
G, H dan I
Terlibat di dalam sesi permainan Wheel Dreams.
Terlibat sewaktu sesi menyumbang idea semasa perbincangan kumpulan.
Saya melihat semua responden telah mula menunjukkan rasa tanggungjawab di dalam kumpulan.
Hal ini menunjukkan setiap responden telah mula wujud sikap akauntibiliti individu di dalam diri masing-masing walaupun sedikit.
Selain itu, sikap kebergantungan secara positif sesama ahli kumpulan juga mulai wujud.
Saya melihat ini akan dapat membantu mereka dalam membina
kemahiran menjalankan perbincangan di dalam kumpulan kecil dengan lebih baik.
Oleh itu, saya perlu memberi lebih galakan dan bimbingan supaya mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik dan seterusnya mendapatkan hasil yang lebih baik.
6) Banyak berkongsi idea atau pandangan semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
A,B,D,E,F,G,
H dan I
Banyak idea. Sentiasa mencatat
idea atau pandangan di atas kertas kajang apabila tiba giliran untuk mencatat.
Terlibat dengan aktif semasa mengemukakan pandangan secara lisan sewaktu perbincangan semula dengan rakan-rakan kumpulan setelah sesi mencatat pandangan di atas kertas kajang.
Nilai bertanggungjawab dan sikap akauntabiliti individu seperti yang terkandung dalam strategi pembelajaran koperatif mula wujud dengan lebih baik dalam kalangan responden.
Hal ini kerana, jika sebelum kaedah ini diperkenalkan, mungkin hanya seorang atau dua orang yang akan bertanggungjawab di dalam perbincangan kumpulan. Namun, setelah kaedah ini diperkenalkan,setiap responden perlu menyumbang idea mengikut giliran mereka walaupun sedikit.
Hal ini juga secara tidak langsung interaksi sosial yang postif yang turut terdapat di dalam strategi pembelajaran koperatif turut mulai tersemai sedikit demi sedikit terutamanya semasa sesi mengemukakan pandangan secara lisan sewaktu perbincangan kumpulan.
Selain itu, sikap menghormati ahli kumpulan juga telah dapat dipupuk kerana
setiap responden dapat mengikut giliran untuk mencatat dengan baik.
C Hanya mencatat sedikit sahaja pandangan di atas kertas kajang kumpulan.
Kerap menolak kertas kertas kajang atau catatan kepada ahli kumpulan yang lain apabila tiba giliran mencatat,
Walaupun sikap akauntibiliti responden ini masih belum kukuh, namun sedikit sebanyak telah wujud sikap akauntaibiliti pada responden ini kerana masih mencatat pandangan di kertas kajang kumpulan walaupun sedikit.
Oleh itu, saya perlu memberikan lebih tumpuan kepada responden ini atau menambahkan elemen ganjaran semasa pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan responden ini terlibat dengan lebih aktif.
Manakala, dua orang responden (responden B dan E) pula hanya memperoleh skor
baik dalam ujian bertulis yang dijalankan (rujuk jadual 6.1). Kedua-dua responden ini tidak
berjaya memperoleh skor 5 untuk semua soalan yang dikemukakan semasa sesi ujian lisan.
Mereka hanya mendapat skor 5 bagi soalan yang berkaitan contoh makanan untuk memberi
tenaga, membantu tumbesaran dan untuk kesihatan. Manakala bagi soalan mengenai
pendapat dan cadangan makanan untuk kesihatan, tenaga dan tumbesaran kedua-dua
responden ini hanya berjaya memperoleh skor 4 dan 3 sahaja iaitu masih belum menguasai
dengan baik bahagian ini. (rujuk jadual 6.4 dan jadual 6.6 di bawah).
Jadual 6.6
Dapatan Hasil Ujian Lisan Bersama Responden B Dan E
BIL ASPEK SKOR CATATAN
5 4 3 2 1
1. Berikan dua contoh makanan yang memberikan tenaga?
√RB &
RE
2.Berikan dua contoh makanan yang membantu tumbesaran?
√ RB
& RE
3. Berikan dua contoh makanan untuk kesihatan? √ RB
& RE
4. Adakah ubi kentang merupakan makanan untuk kesihatan?
√
RB &
RE
5. Nyatakan setiap khasiat yang terdapat dalam satu hidangan makanan di dalam gambar tersebut.
√RE √RB
6. Ali sering tidak sihat. Cadangkan makanan yang harus Ali makan untuk menjadi sihat.
√RB
& RE
*Catatan: RB = Responden B
RE = Responden E
Hal ini dapat dilihat daripada hasil pemerhatian yang telah dibuat, kedua-dua
responden ini masih menunjukkan sikap yang baik dan positif semasa pembelajaran
berlangsung terutamanya dari segi penglibatan di dalam kumpulan seperti berkongsi
pandangan dan sentiasa memberikan kerjasama di dalam aktiviti berkumpulan. Mereka juga
mampu memberikan jawapan dengan tepat serta dapat menceritakan semula isi kandungan
pembelajaran dengan baik. Salah seorang daripadanya, iaitu responden E dapat menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan dengan yakin dan lancar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung (rujuk jadual 6.5)
Namun begitu, hal sebaliknya berlaku semasa sesi ujian lisan yang mana kedua-dua
responden ini tidak berjaya memperoleh skor 5 bagi semua soalan dan hanya mendapat skor
5 untuk soalan 1, 2 dan 3 sahaja (rujuk jadual 6.6). Mereka masih kurang yakin dan lancar
semasa memberikan jawapan, tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan masih
memerlukan bimbingan untuk memberikan jawapan. Situasi ini mungkin terjadi disebabkan
responden tidak dapat menginterpretasi data dengan baik semasa sesi ujian lisan sedang
dijalankan. Selain itu, perkara ini mungkin juga berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan
saya sendiri yang masih lemah dalam teknik menyoal dengan baik, jelas serta mudah untuk
difahami. Oleh itu, sebagai guru dan juga pengkaji, saya harus juga memastikan ayat yang
digunakan semasa menyoal adalah dapat difahami dan sesuai dengan aras murid untuk
memastikan mereka dapat memahami apa yang hendak disampaikan dengan baik serta
membantu saya sendiri untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Ini bertepatan dengan
kata-kata Fairburn (2008) iaitu murid tidak dapat mengintepretasi data disebabkan perkara-
perkara yang tidak dijangka berlaku di sekeliling mereka seperti salah faham arahan yang
diberikan.
Perbincangan di atas juga telah menerangkan terdapat lapan orang responden yang
terlibat telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam semua aspek yang dinilai.
Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi peningkatan dalam pencapaian murid. Faktor
pertama ialah kaedah ini melibatkan visual imej atau grafik. Menurut Cook (2011), visual
imej adalah kaedah yang baik untuk menerangkan hubungan dan proses yang sukar untuk
diterangkan dengan lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Tambahan pula, perkara
ini disokong dengan kajian oleh Patrick, Carter dan Wiebe (2005), pembelajaran
menggunakan bahan visual akan dapat meningkatkan penerimaan maklumat oleh murid
kerana ia bersifat nyata dan konkrit berbanding penerangan lisan semata-mata. Justeru,
kaedah permainan Wheel Dreams ini digunakan dalam meningkatkan kemahiran
menghubungkait dalam kalangan murid.
Selain itu, kaedah Wheel Dreams ini juga telah menarik minat murid untuk terlibat
aktif dalam pembelajaran topik makanan dan khasiatnya. Hal ini kerana mereka tertarik
dengan grafik yang menarik dalam Wheel Dreams tersebut. Menurut Noriati et.al (2009),
menyatakan bahawa warna dapat memberikan berbagai-bagai pengertian estetik dan
psikologi. Oleh itu, penggunaan warna dapat memberi kesan positif kepada tahap
pemahaman murid-murid. Tambahan pula, kelebihan ini dapat membantu dalam menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan, ceria
dan berkesan kepada pelajar (Mat Nor Hussin dan Abdul Rahman Ab. Rashid, 1988).
Permainan adalah merupakan salah satu bahan pembelajaran yang mampu menarik
minat murid-murid untuk belajar. Perkara ini telah dinyatakan oleh Salleh,A.M. (2004) yang
menyatakan bahawa permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia
dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik
dan praktis. Menurut Zain,I. (2003), perbuatan melihat gambar dan visual boleh
meningkatkan daya ingatan seseorang itu kepada 40%. Ini bersesuaian dengan gambar
makanan yang akan ditampal oleh murid pada carta peta pokok i-think yang menarik dan
sesuai untuk kanak-kanak. Justeru, apabila murid melihat sendiri gambar-gambar yang
terdapat pada Wheel Dreams, murid akan dapat mengingat dengan lebih mudah dan cepat
lagi.
Di samping itu, Jadual 6.5 (pemerhatian) juga menunjukkan secara keseluruhan murid
telah menunjukkan tingkah laku atau reaksi positif semasa pembelajaran menggunakan
kaedah Wheel Dreams. Tambahan pula, penglibatan murid yang aktif semasa bermain Wheel
Dreams juga telah membantu murid-murid memahami secara mendalam tentang tajuk
Makanan dan Khasiatnya. Situasi ini telah dinyatakan oleh Perkins (1986), pengetahuan
murid terbina hasil apabila murid terlibat secara aktif di dalam proses pembelajaran dan
berdasarkan pengalaman mereka.
Kaedah Permainan Wheel Dreams ini juga mengintegrasikan kaedah pembelajaran
koperatif di mana responden perlu saling berbincang melalui kaedah pembelajaran koperatif
‘Round Person’ yang menggalakkan responden untuk saling berkongsi pandangan dan
bekerjasama di dalam kumpulan. Berdasarkan analisis daripada pemerhatian yang dibuat,
semua responden saling bekerjasama di dalam kumpulan namun, hanya enam orang
responden yang telah memperoleh keputusan cemerlang dan dua orang responden
memperoleh keputusan baik di dalam ujian bertulis yang sentiasa berkongsi pandangan dan
idea mereka semasa perbincangan dijalankan. Perkara ini disokong oleh Noriah Ishak (2004),
yang menyatakan bahawa hubungan dengan rakan sebaya membolehkan pelajar yang
menggunakan pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi yang tinggi dalam ujian yang
dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah Wheel Dreams yang digunakan berkesan
dan membantu responden mencapai gred dan markah yang memberangsangkan dalam ujian.
Secara tidak langsung, kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman murid berkaitan dengan
makanan dan khasiatnya.
Walaubagaimanapun, masih terdapat seorang responden yang tidak menunjukkan
peningkatan di dalam ujian bertulis iaitu responden C. Responden tersebut masih berada di
dalam kategori yang lemah iaitu hanya memperoleh 30% di dalam ujian bertulis (rujuk jadual
6.1) selepas kaedah Wheel Dreams dijalankan sama seperti markah yang telah diperolehinya
di dalam ujian sebelum kaedah Wheel Dreams ini diperkenalkan. Berdasarkan analisis data di
dalam ujian bertulis dan ujian lisan, responden ini masih belum menguasai banyak perkara di
bawah tajuk Makanan dan Kahsiatnya, iaitu masih belum menguasai jenis-jenis makanan
untuk tenaga, tumbesaran dan kesihatan, tidak dapat memberikan cadangan dan pendapat
tentang khasiat makanan.
Markah daripada ujian bertulis yang telah diperoleh oleh responden C ini juga adalah
selari dengan hasil analisis ujian lisan yang dijalankan bersamanya (rujuk jadual 6.7 dan
jadual intepretasi ujian lisan). Skor yang telah diperoleh oleh responden ini semasa sesi ujian
lisan kebanyakannya adalah 1, iaitu dalam kategori sangat lemah. Responden ini lebih banyak
mendiamkan diri apabila diminta menjawab soalan yang dikemukakan. Situasi ini
menunjukkan murid tidak mengetahui jawapan tersebut. Situasi ini telah dijelaskan oleh
McFarland (2008) yang mana salah satu tanda seseorang itu tidak mampu menjawab soalan
yang diberikan ialah mendiamkan diri dalam satu tempoh yang lama. Namun begitu, perkara
ini juga mungkin berlaku disebabkan cara guru menyoal adalah kurang sesuai dan sukar
untuk difahami oleh aras berfikir responden yang masih rendah. Oleh kerana itu, adalah sukar
untuk responden ini untuk memahami apa yang disoal dan membawa kepada kegagalan
dalam menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik.
Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan juga (rujuk jadual 6.5).
Responden C lebih kerap menunjukkan sikap yang negatif berbanding positif. Antaranya
ialah tidak mahu memberi respon kepada soalan-soalan guru, lebih gemar berdiam diri dan
hanya tersenyum apabila disoal. Responden ini juga didapati kurang terlibat semasa sesi
perbincangan berlangsung di dalam kumpulan dan akan mengelak untuk memberikan
pandangan dan jawapan dalam lembaran yang telah disediakan semasa perbincangan
dijalankan (rujuk jadual 6.4). Salleh dan Abdul Raffar (2005) dalam kajian mereka yang
bertajuk ‘Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dalam Meningkatkan Penguasaan Pelajar
Hayat terhadap Isi kandungan Mata Pelajaran Biologi Serta Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar’, beliau mengatakan bahawa ketidakupayaan pelajar dalam menguasai pengetahuan
secara berterusan dan memahami topik-topik yang telah dipelajari adalah disebabkan oleh
proses pembelajaran yang tidak melibatkan pelajar secara aktif.
Oleh yang demikian, saya berpendapat sikap-sikap yang telah ditunjukkan oleh
responden ini adalah menjadi salah satu punca yang menyebabkan kegagalannya dalam
menguasai tajuk ini. Menurut Nystrand dan Gamoran (1989), ketidaksediaan murid untuk
belajar dan tingkah laku negatif yang ditampilkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
memberi kesan negatif terhadap pencapaian murid-murid. Manakala Menurut Smith (dalam
Heckelman, 1985), murid-murid perlu terlibat secara aktif semasa sesi pembelajaran dengan
memberi pandangan atau idea di dalam kelas. Penglibatan murid di dalam kelas membantu
murid membina pengetahuan yang bermakna. Kesannya, murid akan mencapai keputusan
yang baik berbanding murid yang pasif. Oleh sebab itu, responden C yang tidak berjaya
menunjukkan peningkatan ini kemungkinannya adalah disebabkan tidak terlibat di dalam
pembelajaran yang dijalankan secara aktif.
Namun begitu, saya mendapati responden ini terlibat di dalam aktiviti berkumpulan
dan nampak berminat dan berusaha untuk mengikuti pembelajaran. Oleh hal yang demikian,
sebagai guru saya perlu berusaha untuk menambah sikap yakin di dalam diri responden ini
dan terus memberi galakan serta semangat kepadanya untuk mencuba. Kegagalan responden
ini dalam menguasai tajuk ini adalah mungkin disebabkan diri saya sendiri yang belum betul-
betul mahir dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang betul-betul berkesan atau
kaedah intervensi yang digunakan ini tidak sesuai dengan responden C tersebut. Saya
mungkin perlu mengubah kaedah ini agar lebih tertumpu kepada setiap responden seperti
menukar teknik pembelajaran koperatif ‘Round Person’ kepada teknik pembelajaran
koperatif yang lain.
7.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Kajian ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah
keberkesanan penggunaan kaedah Wheel Dreams dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan mereka dalam tajuk Makanan dan Khasiatnya. Hasil daripada data yang telah
diperoleh menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Wheel Dreams ini telah mempengaruhi
pencapaian murid semasa ujian bertulis dan juga temu bual untuk tajuk Makanan dan
Khasiatnya.
Berdasarkan hasil yang telah diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan ini, saya
mendapati murid-murid sebenarnya mampu untuk menguasai tajuk Makanan dan Khasiatnya
ini dengan baik setelah diperkenalkan kaedah yang sesuai dengan tahap dan kebolehan
mereka. Setelah kajian dijalankan, saya mendapati tahap penguasaan murid di dalam tajuk
Makanan dan Khasiatnya ini adalah lebih baik berbanding pada awal saya mengajar mereka
mengenai tajuk ini. Secara keseluruhannya, terdapat enam orang murid (A,D,F,G,H dan I)
mencapai tahap cemerlang, dua orang murid (B dan E) berada pada tahap baik manakala
hanya seorang murid (C) yang masih berada pada tahap lemah dan langung tidak
menunjukkan sebarang peningkatan.
Daripada data yang diperoleh, dapat dilihat kaedah Wheel Dreams ini mampu untuk
menjelaskan makanan dan khasiatnya ini dengan lebih jelas. Menurut Mayer (1996),
penerangan lisan yang dibantu oleh bahan visual adalah sangat penting dan ianya lebih baik
dibandingkan dengan penerangan lisan yang terlalu panjang. Oleh itu, daripada kajian yang
telah saya jalankan ini, saya telah dapat membantu murid-murid saya dalam usaha untuk
meningkatkan penguasaan mereka di dalam tajuk Makanan dan Khasiatnya ini di samping
dapat meningkatkan juga motivasi mereka untuk belajar dengan lebih baik apabila telah
mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian ini juga sebenarnya turut sangat memberi ruang
kepada saya sebagai seorang guru dalam mempelajari dan cuba mengamalkan teknik ataupun
kaedah pengajaran baharu yang lain. Daripada kajian ini, saya mampu untuk meneroka
kelebihan dan kekurangan kaedah pengajaran yang cuba saya gunakan. Saya juga telah dapat
mencari satu kaedah baharu dalam usaha untuk mempelbagaikan gaya pengajaran saya
contohnya dengan menggunakan Wheel Dreams ini .
Namun begitu, sepanjang menjalankan kajian tindakan ini juga, saya mendapati tidak
semua murid yang terlibat di dalam kajian ini berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Oleh itu, masih terdapat beberapa kelemahan yang masih perlu saya perbaiki terutamanya
dari segi cara pengajaran dan intervensi yang telah saya perkenalkan. Semasa menjalankan
kajian ini, saya mendapati masalah utama yang menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk berlangsung dengan lancar ialah terdapat beberapa kekurangan pada intervensi saya itu
sendiri. Semasa murid bermain Wheel Dreams, terdapat beberapa orang murid yang kerap
memanggil saya untuk bertanyakan mengenai cara bermain Wheel Dreams yang betul. Hal
ini disebabkan saya tidak memberi penerangan dengan begitu jelas cara bermain Wheel
Dreams tersebut. Saya juga telah tertinggal satu perkara penting iaitu tidak menomborkan
setiap murid agar mereka dapat mengetahui giliran masing-masing. Hal ini telah
menyebabkan murid-murid saya menjadi keliru pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Saya juga percaya, setiap murid mempunyai potensi untuk berjaya namun ianya
terletak di tangan saya sendiri sebagai guru untuk mencuba dan mencari satu kaedah
pengajaran yang baharu yang mampu dan berkesan untuk membantu murid-murid ini untuk
berjaya. Oleh yang demikian, setelah menjalankan kajian mengenai kaedah Wheel Dreams
yang belum pernah dicuba sebelum ini, saya telah mempelajari bahawa kaedah ini juga
merupakan satu kaedah yang baik dan berkesan yang jarang digunakan oleh guru-guru dalam
mengajar mata pelajaran Sains.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dalam bab ini, saya akan membincangkan tentang cadangan-cadangan yang sesuai
bagi penambahbaikan untuk kajian yang seterusnya berdasarkan kelebihan dan kekurangan
yang telah dikenalpasti semasa menjalankan kajian ini.
Kajian tindakan yang telah saya jalankan adalah bertujuan bagi membantu murid-
murid yang masih belum menguasai topik makanan dan khasiatnya dengan baik. Secara
umumnya hasil daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah Wheel Dreams didapati mampu
membantu murid menguasai dan menarik minat mereka dalam mempelajari topik tersebut.
Namun begitu semasa kajian ini dijalankan, saya mendapati responden-responden yang
terlibat pada awalnya didapati keliru semasa ingin menentukan giliran mereka bermain
Wheel Dreams tersebut. Hal ini menyebabkan sesi permainan kerap kali terganggu kerana
responden tidak dapat mengikut giliran dengan baik. Mereka juga sering memanggil saya
bagi mendapatkan kepastian mengenai giliran mereka memusingkan Wheel Dreams. Hal ini
berdasarkan pendapat daripada Noriati et.al (2009) yang menyatakan bahawa, reka letak yang
memuatkan teks dan grafik di mana-mana sahaja tanpa memikirkan item lain akan
menyebabkan aligment menjadi celaru dan mengelirukan. Oleh yang demikian, sebagai
langkah penambahbaikan bagi kekurangan ini, saya ingin mencadangkan agar memberikan
penerangan yang jelas dan mudah cara permainan Wheel Dreams. Ini adalah bagi
memudahkan responden-responden kajian saya untuk lebih memahami perjalanan permainan
ini.
Saya juga mendapati semasa menjalankan intervensi ini, terdapat segelintir responden
yang masih belum dapat menguasai dengan sepenuhnya khasiat yang tepat untuk tajuk
Makanan Dan Khasiatnya ini. Contohnya, terdapat responden yang masih tidak dapat
menyatakan khasiat ubi kentang dengan tepat walaupun telah diulang beberapa kali.
Responden tersebut masih menulis khasiat ubi kentang adalah untuk membantu kesihatan.
Sepatutnya jawapan yang diberikan ialah ubi kentang memberikan tenaga. Justeru, bagi
memperbaiki masalah ini, saya mencadangkan agar mengulangi gambar yang sama beberapa
kali pada Wheel Dreams agar responden akan dapat mengingat. Hanafi Ismail dan Sadali
Othman (2001), berpendapat bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan seorang
murid ialah sikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik mengingat dan bahan yang ada.
Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah dalam bentuk yang padat, ringkas,
mudah dibaca dan difahami serta dapat menarik minat murid tersebut.
Oleh itu, saya bercadang untuk mempersembahkan makanan dan khasiatnya ini
menggunakan Microsoft Power Point dan dipancarkan pada papan layar di hadapan kelas
dengan menggunakan LCD sebagai tambahan kepada lembaran individu. Dengan cara ini,
saya dapat meletakkan makanan dan khasiatnya dengan menggerakkan sedikit demi sedikit
mengikut jawapan murid-murid. Hal ini akan lebih memudahkan mereka untuk fokus dengan
lebih baik. Ianya juga akan memudahkan saya sebagai guru untuk memberi penerangan
kepada mereka dengan lebih berkesan dan baik. Hal ini disokong oleh kata-kata Roblyer
(2003) iaitu, pengajaran guru akan menjadi lebih kemas, berstruktur dan dapat mengekalkan
pertembungan dua mata dengan pelajar semasa sesi pengajaran dengan menggunakan
perisian Microsoft Power Point.
9.0 RUJUKAN
Gan, T.H.(1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan
praktis: Satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif di dalam pengajaran matematik
sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS,2,68-85. [online]. Available:
www2.moe.gov.my/~mpsmiri/6gth.htm
Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noriah Ishak (2004). “Penggunaan Peta Konsep Dan Pembelajaran Koperatif Dalam
Matapelajaran Sejarah’. Jurnal Pendidikan 27: 47-57
Noriati et. al. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Salleh, R. A.Bakar, A & Abdul Raffar, R. (2005). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif
Dalam Meningkatkan Penguasaan Pelajar Hayat Terhadap Isi Kandungan Mata
Pelajaran Biologi Serta Mempengaruhi Pencapaian Pelajar. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin.(2006). Kaedah
mengajar sains. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.