bab 5 visual bukan tayang
DESCRIPTION
visuak bukan tayangTRANSCRIPT
1.1 PENGENALAN
Secara umumnya, visual bukan tayangan atau media bukan tayangan
terbahagi kepada 2D dan 3D. Contoh bahan 2D adalah peta, gambar, fail
tegak, carta, gambar, guntingan akhbar, gambarajah, kad-kad cantuman
atau imbasan. Manakala contoh bahan 3D adalah glob, relia (benda
sebenar), model, diorama, mock-ups (topeng serkup), topeng, contoh-
contoh spesimen, mobail, boneka dan akuarium. Untuk mengelaskan
visual atau bahan pengajaran, ciri-ciri fizikal media tersebut dijadikan
rujukan. Jadual berikut merupakan pengkelasan media bukan tayangan.
Bil Jenis Media Contoh
1 Bahan Grafik Lukisan, Poster, Kartun, Carta dan Graf
2 Gambar Kaku/Pegun Gambar Foto, Kad Imbasan dan Poskad
3 Bahan Pameran 3
Dimensi
Model, Boneka, Diorama dan Pupet
4 Papan Pengajaran Papan kapur, Papan putih, Papan Fannel
dan Papan buletin
1
1.2 JENIS-JENIS DAN PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN
Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya.
Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh
digunakan ialah:
Papan Tulis
Papan Putih
Papan Magnetik
Papan Flip
Papan Pameran / Papan Kenyataan
Papan Flanel
Papan Gulung
Papan Slip
Papan Elektronik
Untuk memilih papan paparan yang bersesuaian, kriteria berikut boleh
dijadikan rujukan:
Sesuai dengan kurikulum
Tepat dan kemaskini
Bahasa yang digunakan jelas
Dapat meningkatkan minat pelajar
Tidak bias
Mudah
Penggunaan warna yang sesuai
1.2.1 PAPAN TULIS
2
Papan Tulis juga dikenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam atau Papan
Hijau. Ciri-ciri papan tulis ialah:
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik
darjah
• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan
mudah.
• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan
sampingan.
1.2.2 PAPAN PUTIH
3
Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih
yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi
dakwat khas yang mudah dipadamkan. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Tidak ada habuk
• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz
• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut
• Boleh dihasilkan sendiri
1.2.3 PAPAN MAGNETIK
4
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil
akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau
kad visual di atas papan tersebut. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik
dan mudah
• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca
seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh
digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa
• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau
pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke
tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu
1.2.4 PAPAN FLIP
5
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran
sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit
condong kebelakang. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid
• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk
belajar secara berkumpulan
• Dapat menunjukkan carta jenis bersiri dengan mudah
1.2.5 PAPAN PAMERAN / PAPAN KENYATAAN
6
Papan ini digunakan untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk
mempamerkan hasil kerja pelajar seperti lukisan karangan dan lain-lain.
Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian
dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Ciri-ciri papan ini
ialah:
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat
• Senang ditampal maklumat
• Tidak memakan ruang
• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru
1.2.6 PAPAN FLANNEL
7
Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping
kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini
dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan
secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu
kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad
visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan
mudah. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan
serta-merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan
kedudukan visual tersebut
• Menggalakkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam tajuk yang
disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan
gambar, sesi bercerita dan sebagainya
• Senang disimpan, dibawa atau digunakan
8
1.2.7 PAPAN GULUNG
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan
pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu.
Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan
tersebut kepada pelajar. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Mudah dibuat
• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih
awal dengan baik dan sempurna
• Sesuai untuk semua mata pelajaran dan boleh digunakan didalam
atau diluar bilik darjah
9
1.2.8 PAPAN SLIP
Papan ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf
boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur
plastik jernih atau bahan-bahan lain. Ciri-ciri papan ini ialah:
• Boleh dibuat sendiri
• Senang dibawa serta dapat digunakan didalam atau diluar bilik
darjah
• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat
• Menggalakkan penglibatan pelajar didalam kelas
10
1.2.9 PAPAN ELEKTRONIK
• Papan elektronik lebih biasa dipanggil “Smart Board” atau
“Interactive White Board”
• Papan jenis ini berciri interaktif
• Ia merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada
monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu
papan sentuh (touch screen) yang besar
• Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer
yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal
melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini
• Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari ataupun dengan
menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini
11
Gambar hitam putih diatas kertas
1.3 BAHAN 2 DIMENSI
(2D)
Bahan 2D atau dua demensi
adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau
digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
1.3.1 GAMBAR ATAU GAMBAR FOTO
Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna
merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda
yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.
Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit.
1.3.2 GRAFIK
Grafik adalah gambar-gambar yang
dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa
menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti
berlakunya perbezaan interpretasi mengenai mesej yang ingin
disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan
12
Gambar berwarna yang dirakamkan menggunakan
kamera digital
Grafik burung, gunung dan terung
Grafik rama-rama
dan interpretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang
dilihatnya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik
digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan.
1.3.3 CARTA
Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara
yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa
tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan
gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Umumnya
carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti
13
dapat menyampaikan
mesejnya melalui visual.
Terdapat pelbagai jenis
carta, contohnya, carta
organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.
Carta Organisasi
Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.
Carta Klasifikasi
Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori
bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau
tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
14
Carta Masa
Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna
untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
Carta Jadual
15
Carta yang menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi
penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan
berlaku.
Carta Urutan
Carta yang menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur
atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini
selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta
difahami langkah-langkah satu persatu.
Carta Flip
16
Carta flip secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid
atau filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam
sesuatu tempoh tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur
filem untuk menerangkan sesuatu subjek. Seperti jalur filem,
keberkesanannya bergantung kepada sejauh manakah integrasi antara
perbincangan dengan visualnya. Carta ini jarang disediakan untuk
menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia adalah rumusan
daripada isi-isi penting sahaja.
Terdapat beberapa prinsip semasa untuk menghasilkan carta flip yang
berkesan. Antaranya:
• Peraturan 7 x 7 (7 perkataan dalam 1 baris, 7 baris dalam 1 muka
surat)
• Menyusunkan teks dan grafik dalam bentuk C, O, S, Z, L dan T
• Huruf bersaiz 2-3 inci (5-7.5cm)
• Huruf untuk tajuk bersaiz 4 inci (10cm)
1.3.4 POSTER
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan
penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu
persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej
tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu
peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan
dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk
17
Poster anti dadah
Poster rokok membunuh
yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh
menyampaikan mesej dengan spontan.
1.3.5 KAD IMBASAN (FLASH CARD)
18
Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas,
contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad
imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang
sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah prasekolah. Kad imbasan
tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila.
1.3.6 KAD GAMBAR
19
Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya
selalu berukuran ¼ daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar
sahaja yang terdapat pada satu kad.
1.4 BAHAN 3 DIMENSI (3D)
20
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai
bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah
benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Antara kekuatan bahan
3D ialah:
• Pelajar boleh mempelajari tentang masa ini kerana objek-objek
yang digunakan adalah mudah didapati dalam kehidupan harian.
• Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
• Menambahkan dan melanjutkan pengetahuan pelajar.
• Membantu dalam perkembangan konsep dari segi kronologi,
perubahan dan tujuan.
Namun begitu, bahan 3D juga terdapat kelemahannya iaitu:
• Terdapat bahan 3D yang sukar diperolehi dalam pasaran.
• Kekangan masa untuk membina bahan 3D tertentu.
• Memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan bahan 3D yang
berskala besar.
1.4.1 RELIA
Relia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan
relia ialah pelajar boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar
sesuatu yang sebenar. Terdapat 2 jenis relia iaitu relia asli dan relia awet.
Relia Asli
21
Ini merupakan bahan hidup yang
sebenarnya dan masih hidup seperti cacing
tanah, belalang dan sebagainya atau bahan
sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain.
Relia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas
tertentu.
1.4.2 MODEL
22
Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau
kayu.
Model Berskala / Model Pepejal
Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda
asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala
pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat
menyerupai benda yang asal. Contoh model kapal terbang dan model
glob.
Model Olok-Olok/ Model Pergerakan
23
Model yang diubahsuai daripada rupa
bentuk benda yang sebenar untuk
menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal.
Biasanya model olok-olok dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa
menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat
menunjukkan keadaan asal yang sebenar.
Model Keratan Rentas
Model ini merupakan model besar yang menunjukkan keratan rentas pada
satu bahagian tertentu pada satu benda untuk memperlihatkan rupa
bentuk bahagian dalam benda tersebut. Contohnya model keratan rentas
gigi.
24
1.4.3 DIORAMA
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun
rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi
pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang
mempamerkan pemandanganpemandangan atau keadaan semasa
zaman silam.
25
1.4.4 AKUARIUM
Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Ianya boleh
disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balang-
balang plastik. Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut
1.4.5 TERRARIUM
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti
mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak
merbahaya. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca
atau plastik boleh digunakan untuk membina terrarium. Kemudian,
masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium
dan ditutup rapi.
26
1.4.6 BONEKA, PATUNG, TOPENG
Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru
termasuklah:
• Boneka sarung tangan
• Boneka tali
• Wayang kulit
• Topeng
Boneka Sarung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah
tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh
diwujudkan seperti haiwan dan kartun
27
Boneka Bertali
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada
bahagian-bahagian tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan,
tali-tali ditarik-tarik atau digoyangkan untuk membuat anggota-anggota
boneka tersebut bergerak.
28
Wayang kulit
Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakan dan
bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya
berdasarkan cerita tertentu. Selain itu, OHP juga boleh digunakan untuk
memainkan boneka manakala skrin putih digunakan untuk menayangkan
bayang-bayang boneka.
29
Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan
kertas yang dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk
situasi main peranan atau lakonan.
30
1.5 KESIMPULAN
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan
bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda
untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan
pembelajaran.
Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran
dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media
bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang
berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar
foto, risalah, surat khabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan
cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan
tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual.
Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana
atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian
oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi
sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada
sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza.
31