bab 3: metodologi kajian 3. 0 pendahuluan metodologi kajian
TRANSCRIPT
1
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3. 0 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai
kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh
itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau
sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur
penganalisisan data.
3. 2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan eksperimental benar bagi
membandingkan kumpulan-kumpulan yang paling baik. Kaedah eksperimental ini
dikaitkan benar kerana pengagihan responden-responden adalah secara rawak ke dalam
kedua-dua kumpulan berdasarkan pemilihan iaitu responden memiliki peluang yang
sama untuk memasuki mana-mana kumpulan dan bukan ditentukan oleh penulis (Chua,
2010). Hal ini dilakukan dengan memilih pelajar berdasarkan senarai nama yang
diberikan pihak sekolah di mana semua pelajar memiliki kemungkinan yang sama untuk
memasuki salah satu kumpulan. Demikian juga, persoalan tentang kelebihan membaca
dan mengulang kaji atau sebaliknya dalam mana-mana kumpulan responden tidak akan
timbul lagi. Juga yang membezakannya dengan eksperimen kuasi ialah kajian
eksperimen kuasi tidak menggunakan kaedah pemilihan rawak seperti eksperimen
benar.
2
Menurut Ahmad Rushdi, (2010) secara amnya, kajian seumpama ini mencantumkan
dua jenis asas penyelidikan untuk menghasilkan hasil kajian yang lebih berkualiti. Jenis
asas penyelidikan yang dimaksudkan ialah kajian kepustakaan (library research) dan
kajian di lapangan (field research). Cantuman kedua jenis penyelidikan ini amat sesuai
dengan penyelidikan zaman sekarang yang mementingkan kedua-dua unsur tersebut.
Kajian kepustakaan dalam kajian ini di jalankan di Universiti Malaya iaitu di
Perpustakaan Fakulti Bahasa, Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Za’ba, namun
tidak diabaikan kajian di perpustakaan lain seperti di UITM, UKM dan UIAM.
Manakala kajian lapangan dalam kajian ini adalah berdasarkan pandangan Asmah Omar
(2002) iaitu merujuk kepada tempat sesuatu fenomena yang hendak dikaji yang
menyediakan maklumat kajian untuk ditafsir berdasarkan objektif kajian. Dalam kajian
ini ia merujuk kepada sekolah SABK yang merupakan tempat penyelidikan
dilaksanakan dan juga tempat pengambilan data secara keseluruhannya.
Seterusnya, data dalam kajian ini seperti yang telah diterangkan sebelum ini ia
berbentuk data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif ialah daripada hasil ujian dan
soal selidik serta data kualitatif daripada hasil temu bual. Data-data ini dipungut melalui
soalan ujian pasca, soal selidik pelajar dan temubual semi struktur guru.
Hasil ujian pasca akan menentukan jarak perbezaan di antara responden kumpulan
rawatan dan kawalan. Kaedah seperti ini dipilih untuk mengelak berlakunya ralat dalam
ujian post test design.(sebab dan bukti). Rekabentuk kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA secara am dan komik
secara khas.
3
2. Mengetahui persepsi guru mengenai masalah pelajar dalam pembelajaran BA
dan penggunaan komik dalam pembelajaran BA dalam kalangan pelajar.
3. Mengetahui keberkesanan pembelajaran BA menggunakan komik berbanding
kaedah tradisonal (biasa).
Berikut merupakan gambarajah mengenai rekabentuk kajian yang dijalankan:-
Rajah 3. 1 : Rekabentuk Instrumen Kajian
3. 2. 1 Kajian Kuantitatif Atau Gabungan
Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah
atau bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan
ketepatan, yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan
kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik. Diantara
Instrumen
ujian kefahaman
kosa kata
kertas temubual
semi struktur
soal selidik
terbuka
tertutup
modul argumentasi
(komik)
4
jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian deskriptif, kajian korelasi, causal comparative,
dan kajian eksperimental.
Manakala kajian kualitatif adalah kajian yang tidak dapat dijelaskan dengan data
numerika, yang mana terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan pemerhatian
yang teliti terutamanya yang berunsur emosi, motivasi, dan empati (memahami orang
lain) yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan semualajadi (Chua,
2006).
Data kualitatif pula diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen
atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Antara kajian ini ialah kajian
tindakan, kajian kes, kajian lapangan, dan analisis dokumen.
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan
kualitatif. Menurut Creswell & Clark (2011), data yang diperoleh juga menggunakan
data kuantitatif dan data kualitatif yang merupakan kombinasi kaedah, falsafah, dan
haluan rekabentuk penyelidikan yang merangkumi :-
1) Mengumpul dan analisis data kualitatif dan kuantitatif secara teliti dan menyakinkan.
2) Menggabungkan atau menghubungkan dua jenis data secara serentak dengan cara
menggabungkan secara berturutan atau menerapkan salah satu ke dalam yang lain.
3) Memberikan kepentingan kepada salah satu atau kedua bentuk data (berdasarkan
kepada penekanan dalam penyelidikan).
4) Menggunakan prosedur ini dalam satu kajian atau mengikut beberapa fasa.
5) Merangka prosedur mengikut pandangan falsafah atau pandangan teori.
5
6) Menggabungkan prosedur ke dalam rekabentuk kajian yang spesifik yang
akan memberi halatuju untuk melaksanakan kajian.
Berdasarkan pendapat di atas, jelaslah bahawa kajian ini menggunakan kaedah
penyelidikan berbentuk campuran yang menekankan lebih kepada kaedah kuantitatif
iaitu melalui ujian dan soal selidik dan untuk kaedah kualitatif ialah dengan hanya
menggunakan kaedah temubual.
3. 2. 2 Kajian Eksperimental
Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan untuk mengetahui hubungan sebab dan
akibat antara variabel. Ini bermakna, perubahan(akibat) yang berlaku pada variabel
bersandar iaitu skor yang tertinggi adalah disebabkan(sebab) perubahan yang diberikan
kepada variabel bebas iaitu pembelajaran menggunakan komik. Hal ini sekaligus
menjelaskan hubungan antara variabel bebas dan variabel bersandar. Sila rujuk jadual di
bawah:
Kumpulan
Kajian
Variabel
dimanipulasi
Kesan perubahan
variable bersandar
(hipotesis)
Hasil
Kajian(hipotesis)
Kumpulan
Rawatan
Ya
Pembelajaran
menggunakan
Komik
Ya
Skor yang lebih tinggi
berbanding kumpulan
kawalan
Pembelajaran
menggunakan
komik adalah
berkesan untuk
meningkatkan
prestasi pelajar Kumpulan
Kawalan
Tidak
Pembelajaran
menggunakan
kaedah tradisional
Tidak
Skor yang rendah
berbanding kumpulan
rawatan
Jadual 3. 1: Hubungan Antara Variabel
6
Kajian eksperimental dalam kajian ini ialah berbentuk eksperimental benar. Secara
kasarnya, kajian eksperimental ini boleh digambarkan seperti jadual 3. 2 dan
gambarajah 3. 2 di bawah:
Kumpulan Jenis pembelajaran Ujian Pos
Kumpulan Rawatan Komik bahasa Arab U1
Kumpulan Kawalan Kaedah Tradisional U1
Jadual 3. 2: Kajian Eksperimental Benar
Rajah 3. 2 : Konsep Eksperimental Kajian
Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
Keberkesanan pembelajaran kaedah komik (variabel bersandar) Komik(rawatan)
Keberkesanan pembelajaran kaedah tradisional (variabel bersandar) Teks
perbualan(Kawalan)
Ujian Pasca sebagai pengukuran
(variabel bersandar)
Ujian Pasca sebagai pengukuran
(variabel bersandar)
Keputusan Ujian Yang berbeza
7
3. 2. 4 Kerangka Teori Kajian
Teori yang digunakan dalam kaedah pembelajaran komik kajian ini ialah pendekatan
Konstruktivisme dalam komik iaitu teori kontruktivisme yang digunakan berdasarkan
buku Cognitive Comics: A Constructivist Approach To Sequential Art oleh Donald
Jackson(2009). Berdasarkan teori ini rancangan pengajaran akan mengikut sepertimana
formula yang diterangkan dalam Navigating the Teaching of Art oleh Michael Parks
dan John Siskar(2009) serta daripada praktikal moden dalam Konstruktivisme.
Dalam praktikal moden teori kontruktivisme, persekitaran pembelajaran seperti
menggunakan komik merupakan cara yang sesuai untuk menarik minat pelajar dalam
pembelajaran agar pelajar mudah mengingati konsep dan mengaitkan dengan input
yang baru dalam keadaan yang gembira. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini,
salah satu daripada prinsip panduan dalam konstruktivisme termasuk belajar untuk
mengetahui maksud sesuatu. Pelajar akan membina maksud daripada mana-mana
bahagian ekspresi makna dalam seni lukisan. Ini bermakna, kaedah kajian ini yang
menggunakan komik sebagai instrumen kajian menepati prinsip kontruktivisme secara
dasarnya yang mana pelajar harus membina maksud daripada ekspresi makna dalam
lukisan.
Manakala mengikut aspek metakognitif dalam konstruktivisme ialah pelajar
mengenalpasti cara mereka sendiri dalam melihat dunia, kepercayaan, nilai dan
membina budaya di mana mereka mencipta makna. Bertepatan dengan kaedah kajian
ini yang menyediakan ruang untuk pelajar meluahkan pendapat mereka tentang
bagaimana mereka melihat kaedah pendidikan yang mereka inginkan dan minat mereka
8
melalui soal selidik kajian yang memfokuskan masalah dalam pembelajaran BA dan
persepsi mereka tentang pembelajaran menggunakan komik.
Seterusnya teori kedua yang digunakan penulis ialah teori bahasa visual oleh Neil Cohn
(2012). Bahasa penglihatan (visual language), ialah istilah yang dicipta dan disokong
oleh Cohn sebagai definisi yang berguna untuk pendidik dalam menyelidik hubungan
seni yang berterusan dengan perkembangan kognitif. Oleh itu, teori bahasa visual
merupakan teori yang bertepatan kerana komik ditulis menggunakan bahasa visual.
Secara sedar ataupun tidak, mana-mana kajian yang mengkaji komik telah
menggunakan teori ini. Dalam teori ini, bercakap dan melukis adalah sebenarnya
mempunyai struktur, proses dan berkembang dengan cara yang sama.
Seterusnya Dual Coding Theory oleh Allan Pavio yang digunakan dalam kajian ini
adalah dalam aspek pemilihan bahan pembelajaran (komik) dan modul pembelajaran
iaitu dengan menggunakan jenis strip komik yang mana menurut teori ini yang
mengatakan bahawa untuk membolehkan seseorang mengingat apa yang dibaca bukan
sahaja dengan kata-kata tetapi juga menggunakan gambaran grafik secara bertulis.
Begitu juga bahawa pemahaman yang sebenar ialah apabila melalui kedua-dua kaedah
iaitu melalui bahasa verbal dan bukan verbal iaitu visual “lukisan” yang mana menepati
ciri komik yang mempunyai lukisan dan percakapan.
9
3. 2. 5 Modul Komik
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, modul yang digunakan dalam sesi
pembelajaran dalam kajian ini adalah berbentuk komik. Modul komik ini diadaptasi
daripada petikan BA dalam buku BA Tingkatan Tiga yang bertajuk “al ijtihad asas al-
najah”. Dari segi kesahan, modul komik ini telah disahkan oleh seorang pensyarah
kanan yang merupakan pensyarah BA di FBL, UM.
3. 3 Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada lima belas buah SM Agama (SABK) dan 4 SMK
Agama yang terdapat di Kedah. Oleh kerana melibatkan populasi yang besar, maka
persampelan perlu dilakukan. Persampelan yang dilakukan menggunakan persampelan
kebarangkalian kerana kajian ini adalah kajian eksperimental. Ini adalah untuk
memastikan setiap subjek mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian.Tetapi hasil dalam kajian ini tidak akan digeneralisasikan mewakili
semua sekolah agama.
Persampelan dalam kajian ini menggunakan rawak mudah kepada pelajar tingkatan 3
negeri Kedah yang mengambil subjek bahasa Arab. Kajian ini hanya melibatkan sebuah
Sekolah Menegah Agama SABK di luar bandar. Sampel terdiri daripada 60 orang
pelajar tingkatan tiga iaitu untuk kumpulan kawalan 30 orang dan 30 orang juga untuk
kumpulan rawatan, serta tiga orang guru bahasa Arab di sekolah berkenaan. Sampel ini
terdiri daripada campuran lelaki dan perempuan daripada sekolah berkenaan. Pelajar ini
telah mempelajari bahasa Arab selama tiga tahun tanpa termasuk subjek BA asas,
10
mereka juga telah mempelajari sebelas lagi subjek agama yang menggunakan buku teks
berbahasa Arab sukatan Al Azhar Mesir.
Sekolah Agama SABK ini mempunyai pelajar yang agak cemerlang jika dibandingkan
dengan sekolah menengah biasa. Hal ini kerana syarat kemasukan ke sekolah SABK
yang telah ditetapkan adalah minimumnya memperolehi dua A dalam UPSR dan lulus
ujian bacaan al-quran.
Salah satu sebab mengapa pelajar tingkatan tiga dipilih adalah kerana pengalaman dan
ilmu BA selama tiga mereka belajar di sana berbanding tingkatan satu dan dua. Sebab
yang lain ialah supaya kajian ini boleh mengetahui keputusan ujian terbaru mereka,dan
untuk pengetahuan umum, kajian ini dijalankan selepas peperiksaan umum iaitu PMR
dijalankan kepada pelajar. Hal ini supaya kajian ini tidak menganggu tumpuan mereka
kepada PMR dan menjadi variabel gangguan terhadap kajian.
Kebiasaannya, pelajar menengah rendah di SABK ini mempelajari BA ialah dalam
tempoh 35 minit untuk satu masa dan 4 kali seminggu. Ini bermakna mereka
mempelajari BA sebanyak 16 kali dalam sebulan. Hal ini menguatkan lagi sebab untuk
memilih sekolah SABK sebagai sumber data kajian.
3. 3. 1 Lokasi Kajian
Lokasi kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini ialah di Sekolah Menengah
Agama (Arab) An Najah, Kedah. Sekolah ini merupakan salah satu daripada 15 buah
Sekolah Menengah (SABK) yang terdapat di negeri Kedah. Sila rujuk jadual di bawah
untuk pengesahan bilangan sekolah menengah di Kedah:
11
Jenis Sekolah Bil. Sekolah Bil. Kelas
SMK 151 5464
SM Vokasional 4 99
SM Teknik 1 26
SMK Agama 4 121
SM Berasrama Penuh 5 123
SM + SR (Model Khas) 2 53
SM Agama (SABK) 15 170
Kolej Vokasional 1 13
JUMLAH 183 6,069
Jadual 3. 3: Peringkat Menengah
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) Statatistik 2013
3. 3. 1. 1 Latar Belakang Sekolah Agama (SABK)
Sekolah Menengah Agama di Kedah ialah Sekolah Menengah Agama (SMK Agama),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Oleh
kerana kajian ini dijalankan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) maka SABK
ini sahaja akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kajian ini.
Pada asalnya SABK ini adalah Sekolah Agama Rakyat SAR. SAR pada asalnya ialah
sekolah yang ditubuhkan seperti penubuhan masjid, surau dan balai-balai sah yang
diusahakan oleh jawatankuasa penduduk di atas permintaan dan keperluan setempat.
(Azizi & Supyan, 2009). Sekolah ini kemudian didaftarkan di bawah Majlis Agama
Islam Negeri. Bagaimanapu apabila sekolah ini menandatangani MoU pendaftaran
dengan kerajaan, sekolah agama SAR ini dinamakan sebagai Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan SABK.
12
Langkah Pendaftaran SAR merupakan langkah besar Kementerian Pelajaran untuk
mengangkat martabat sekolah agama bersama-sama dengan institusi pendidikan yang
lain. Namun ia tidak disambut seratus peratus oleh pihak yang terlibat ……….Proses
membangunkan SAR di seluruh Malaysia bukanlah baru kerana sebelum ini ia telah
diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam JAKIM untuk menyelaraskannya
berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan institusi-institusi agama di peringkat
negeri. Dalam struktur pengurusan JAKIM, satu bahagian telah diwujudkan iaitu
Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam. Bahagian ini telah dijadikan urusetia kepada
Lembaga Bahagian Penyelarasan Pembangunan Pendidikan dan Pendidikan Islam
(LEPAI) untuk menguruskan semua SAR di Malaysia. Penyelarasan ini dengan
harapan ia tidak banyak menimbulkan konflik. Bagaimanapun, pergerakannya agak
perlahan dan tidak menyelesaikan banyak masalah dalam tempoh yang diberi.
(Mahmood Zuhdi, 2008).
Menurut Azizi Usman dan Supyan Hussain (2009), proses pendaftaran SAR telah
dilaksanakan atas persetujuan dan arahan YAB Perdana Menteri pada masa itu ialah
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Persetujuan itu telah menerima syor
daripada Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pendidikan Islam, Peranan Sekolah
Agama Rakyat dan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Khususnya Berkaitan
Pendidikan Islam. Laporan ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Tan Sri Murad yang
mengesyorkan agar SAR berdaftar dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan
bantuan yang lebih baik diberikan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan bagi sekolah tersebut. Langkah tersebut bermaksud mendaftar SAR seluruh
negara dan menjadikannya institusi pendidikan bantuan kerajaan berdasarkan seksyen
16 (b). Kategori (a) ialah institusi pendidikan kerajaan, manakala kategori yang ketiga
13
atau (c) ialah institusi pendidikan swasta. Dalam akta tersebut juga menjelaskan
maksud sekolah bantuan kerajaan iaitu:-
“institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan
penuh”,
Sumbangan tersebut dijelaskan lagi; “apa-apa bayaran dari wang awam, selain
daripada sumbangan modal”. Manakala maksud sumbangan modal pula, “bayaran
daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi (Akta Pendidikan
1996):
(a) Mengadakan bangunan
(b) Mengubah atau menambah premis yang sedia ada
(c) Mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau
ditambah
(d) Apa-apa maksud lain selain ditetapkan.
Adapun pada laman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada bahagian SABK
menengah dan rendah, SABK ialah:
(a) Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
(b) Ditadbir oleh KPM
(c) Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan
(d) Kurikulum agama negeri dikekalkan
(e) Menerima pelbagai kemudahan
MoU ini adalah bertujuan mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran,
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, mempertingkatkan kualiti
14
pengurusan sumber manusia, dan juga mempertingkatkan kualiti prasarana dan
kemudahan.
Selain itu, SABK ini mempunyai kelebihan kepada sekolah, guru serta kakitangan dan
murid. SABK akan menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah,
menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah,
meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU)
ditandatangani, menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi, dan
juga akhirnya kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM)
dikekalkan. Untuk guru dan kakitangan pula, mereka berpeluang diserap ke dalam
perkhidmatan kerajaan, berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan
kelayakan, berpeluang mendapat kenaikan pangkat, berpeluang mendapat kemudahan
kerajaan, berpeluang mengikuti kursus ikhtisas, berpeluang melanjutkan pelajaran, dan
juga berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM. Akhir sekali kepada murid,
mereka akan berpeluang mendapat bantuan, bersaing dengan murid-murid aliran
perdana, berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM, melanjutkan
pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik, dan juga mendapat pendidikan yang
lebih berkualiti (Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia KPM Bahagian Sekolah
Menengah SABK dan SMKA, 7 Januari 2014).
3. 3. 1. 2 Sistem Pengajian di Sekolah Agama An Najah
Sekolah Menengah Agama An Najah mempunyai dua jenis kurikulum, iaitu Kurikulum
KBSM dan Kurikulum Majlis Agama Islam Negeri. Kurikulum KBSM merupakan
kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia manakala kurikulum kedua ialah daripada
Majlis Agama Islam Negeri (JPN, 2013).
15
Seterusnya, sistem persekolahan di SMA An Najah adalah seperti sistem persekolahan
Kementerian Pendidikan Malaysia, bezanya di SMA An Najah ialah beberapa perkara
diberikan penekanan iaitu penekanan dalam mata pelajaran Bahasa Arab ‘kurikulum
Azhari’, penggunaan bahasa Arab bagi mata pelajaran agama dan adanya peperiksaan
“Syahadah Nihaiyah’ (Sijil Tinggi Agama atau STA) itu banyak memberi bantuan
kepada kesempurnaan mengikuti peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM
yang merupakan sijil kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menyambung
pelajaran di universiti-universiti dalam dan luar Negara di Timur Tengah (Sekolah
Agama, Bahagian Pendidikan JHEAIK, 2014).
Kurikulum KBSM pula, ialah seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain yang
mempunyai beberapa peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu PMR
untuk menengah rendah dan SPM, … dan STAM untuk menengah tinggi (JPN, 2013).
3. 3. 1. 3 Subjek Atau Mata Pelajaran Di Sekolah Menengah Agama An Najah
Subjek yang di ajar di SMA (Arab) An Najah terbahagi kepada dua bahagian utama,
iaitu daripada KPM dan subjek-subjek Azhari. Mata pelajaran daripada KPM untuk
menengah rendah berjumlah 11 subjek KBSM dan subjek Azhari juga berjumlah 11
subjek. Jadi, kesemuanya yang wajib di pelajari oleh pelajar menengah rendah ialah 22
subjek. Untuk menengah tinggi pula, jumlah subjek KBSM ialah 12 subjek, manakala
bagi subjek Azhari pula berjumlah 13 subjek. Bermakna, untuk menengah tinggi
jumlah subjek yang perlu dipelajari oleh pelajar ialah sebanyak 25 kesemuanya. Sila
rujuk jadual 3. 4 dan 3. 5 di bawah untuk maklumat lanjut:
16
MENENGAH RENDAH
KBSM AZHARI
1 1. B. Melayu 1 Nahu Sarf
2 B. Inggeris 2 . Insyak
3 B. Arab 3 Mutolaah
4 Matematik 4 Al-Quran
5 Sains 5 Fiqh
6 Sejarah 6 Tauhid
7 Geografi 7 Tafsir
8 KHB 8 Hadis
9 Pend Islam 9 Sirah
10 PJK 10 Imlak
11 Pend Sivik 11 Khot/Jawi
Jadual 3.4: Jumlah Subjek Bagi Menengah Rendah di SABK
MENENGAH TINGGI
KBSM AZHARI
1 B. Melayu 1 Nahu Sarf
2 B. Inggeris 2 Insyak
3 B. ArabTinggi 3 Mutolaah
4 Matematik 4 Al-Quran
5 Sains 5 Fiqh Faraidh
6 Sejarah 6 Tauhid Mantiq
7 Ekonomi 7 Tafsir Wa Ulum
8 P. Akaun 8 Hadis Mustolah
9 PQS 9 Balaghah
10 P Syariah 10 Adab Nusus
11 KHB 11 Tarikh Islam
12 PJK 12 Arudh Qafiah
13 13 Usul Fiqh
Jadual 3. 5: Jumlah Subjek Bagi Menengah Tinggi di SABK
17
3. 3. 1. 4 Sukatan Pelajaran Subjek Bahasa Arab Tingkatan Tiga (KBSM) di
Sekolah Menengah Agama An Najah
Silibus bagi pengajian bahasa Arab Tingkatan Tiga (KBSM) mempunyai sepuluh bab
berdasarkan tajuk-tajuk tertentu. Sepuluh bab ini dibahagikan kepada lima bahagian
yang penting iaitu al mehwar, al qira’h al mukaththafah, qira’h muwassach, al qawa‘d
al nahwiyyah wassorfiyyah, al huqmu wal amthal ataupun wal abyat asysyi‘riyyah dan
akhir sekali al arqam wal acdad ataupun al a
cdad al tarbawi (Irma et al, 2010).
Dalam kajian yang dijalankan, bahan modul komik di ambil daripada pelajaran yang
ketiga iaitu bahagian qira’h al mukaththafah yang bertajuk al ijtihad asas al najah.
Bahagian ini ialah bahagian pengkayaan bahasa daripada pembacaan karangan. Hal ini
adalah bertepatan dengan fokus pembelajaran komik ini dijalankan agar mempunyai
kaedah yang menarik untuk meningkatkan kekayaan kosa kata dan kefahaman bahasa
Arab pelajar.
3. 4 Pengumpulan Data
Bagi pengumpulan data, kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data
iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah merujuk kepada data yang
dikumpulkan sendiri oleh penyelidik menerusi soalan ujian pelajar, set soal selidik
pelajar dan borang temubual guru. Manakala pengumpulan data sekunder pula adalah
lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut telah dikumpul
daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh penyelidik lain sama
ada dalam bentuk artikel, artikel jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar dan
18
sebagainya. Adapun data primer dalam kajian ini ialah instrumen yang digunakan dalam
kajian ini.
3. 4. 1 Instrumen Kajian
Tiga instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kertas ujian pelajar, kertas
soal selidik dan kertas soalan temubual semi struktur guru.
3. 4. 1. 1 Kertas Soalan Ujian Pasca
Menurut Hamimi et al (2008) penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu
kaedah dalam mengetahui pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Terdapat dua jenis
penilaian secara umumnya iaitu berasaskan masa (penilaian formatif) dan penilaian
berasaskan tujuan pelaksanaan (penilaian sumatif). Beza di antara keduanya ialah
penilaian formatif bermaksud penilaian secara berterusan yang dibuat sepanjang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran untuk menilai keberkesanannya.
Manakala penilaian sumatif ialah penilaian di akhir sesuatu tempoh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menilai pencapaian pelajar.
Dalam kajian ini, penilaian yang digunakan ialah berbentuk penilaian sumatif yang
bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar selepas pembelajaran berlangsung samada
pelajar memahami pembelajaran yang diajar dan memahami bahan pembelajaran itu
sendiri.
Menurut Norsyida (2012), penilaian bukan sahaja sekadar memberi gred kepada pelajar
malah ia juga untuk mengumpul maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan
dalam pembelajaran pelajar. Apabila penilaian yang digunakan bersesuaian dengan
19
pelajar ia bukan sahaja membantu guru malah dapat membantu pelajar dalam aktiviti
pembelajarannya.
Oleh sebab itu, kajian ini telah menggunakan ujian yang mengandungi 2 bahagian
soalan iaitu satu bahagian soalan kefahaman dan kosa kata. Soalan kefahaman yang
diberikan ialah dalam bentuk petikan iaitu kedua-dua kumpulan responden mempunyai
soalan ujian yang sama. Markah untuk bahagian ini ialah 30% sahaja. Bagaimanapun ia
akan dikira sebagai 100% untuk memudahkan analisis dijalankan. Ujian pasca ini
adalah berdasarkan modul komik yang telah disediakan untuk responden. Kedua-dua
kumpulan kawalan dan rawatan menerima soalan ujian yang sama. Soalan bahagian satu
dan dua adalah seperti berikut:
Soalan Kefahaman Petikan
Soalan kefahaman ini menggunakan karangan dialog berbentuk eksposisi yang di ambil
daripada buku teks tingkatan BA tingkatan tiga. Karangan dialog ini bertajuk " ijtihad
asasun al najah" yang mempunyai 10 soalan kefahaman. Jelasnya, karangan ini
merupakan karangan yang sama yang telah diajar kepada pelajar-pelajar kumpulan
kawalan menggunakan kaedah biasa dan kumpulan rawatan menggunakan kaedah
komik. Berikut adalah bentuk soalan kefahaman yang telah diberi kepada pelajar:-
Soalan Pertama:
Soalan Kedua:
Soalan Ketiga:
Soalan Keempat:
20
Soalan Kelima:
Soalan Keenam:
Soalan Ketujuh:
Soalan Kelapan:
Soalan Kesembilan:
Soalan Kesepuluh:
Soalan Kosa Kata
Soalan kosa kata dalam kertas ujian ini mengandungi 10 soalan, iaitu 5 soalan tentang
perkataan seerti dan 5 soalan tentang perkataan berlawanan. Kesemua jawapan tentang
soalan yang dikemukakan terdapat di dalam petikan dialog sebelumnya. Soalan ini
memerlukan kepekaan pelajar terhadap makna perkataan dan kefahaman yang
mendalam tentang petikan yang telah diberikan. Berikut adalah di antara soalan
bahagian kosa kata yang telah diberikan kepada pelajar:-
Soalan 1:
Soalan 2:
21
3. 4. 1. 2 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap BA,
pembelajaran BA, dan pembelajaran BA menggunakan komik. Soal selidik ini dibina
berdasarkan hasil pemerhatian daripada kajian-kajian lepas. Kandungannya amat
ringkas dan tidak membebankan pelajar untuk menjawabnya.
Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu latar belakang pelajar, persepsi
pelajar terhadap subjek BA, persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran BA dan
persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA menggunakan komik.
Soal selidik ini mengandungi 35 item soalan yang bersifat terbuka dan tertutup. Pelajar
diminta supaya menjawab semua soalan yang dikemukakan.
Bahagian A
Bahagian ini mengenai maklumat demografi atau butiran peribadi responden. Soalan
bahagian ini mengandungi lima soalan berbentuk subjektif iaitu jantina, umur,
keputusan ujian terbaru, pekerjaan bapa, dan pilihan kemasukan ke sekolah agama.
Bahagian B
Manakala di bahagian ini pula adalah mengenai masalah yang dihadapi pelajar dalam
pembelajaran BA. Item-item dalam bahagian ini adalah berkisarkan tentang kefahaman,
kesusahan, sifat lupa, masalah hafalan, kaedah mengulangkaji, membuat nota dan lain-
lain lagi yang berkaitan dengan kaedah dalam pembelajaran BA. Jenis skala likert yang
digunakan ialah Rensis Likert (1932) dalam Chua (2010) yang mencadangkan bahawa
indeks seharusnya dibina dengan menambahkan item-item yang berkaitan dengan
sesuatu konsep. Skala likert dalam bahagian ini menggunakan skala likert 5 skala, iaitu:-
22
1) …..Sangat Setuju
2) …..Setuju
3) …..Tidak Pasti
4) …..Tidak setuju
5) …..Sangat Tidak setuju
Bahagian C
Kemudian, bahagian C yang merupakan bahagian ketiga dalam soal selidik ini. Item
dalam bahagian ini adalah berkenaan persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA iaitu
seperti kaedah pengajaran guru, kaedah belajar, dan lain-lain lagi. Kaedah menjawab
soalan juga menggunakan skala likert yang sama seperti bahagian B.
Bahagian D
Seterusnya bahagian soal selidik yang terakhir ialah bahagian D. Item dalam bahagian
ini adalah berkenaan persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA menggunakan komik.
Di antara itemnya seperti pemahaman komik, komik sebagai bahan tambahan
pembelajaran, komik yang santai, menarik, mengelakkan daripada tekanan dan banyak
lagi pernyataan andaian tentang minat terhadap komik. Skala Likert dalam bahagian ini
juga menggunakan skala yang sama seperti di bahagian B dan C.
3. 4. 1. 3 Kertas Temubual Guru
Menurut Patton (1990) dalam Othman (2009), temubual adalah kerana penyelidik ingin
mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang, beliau mengatakan:-
23
“We interview people to find out from them those things we cannot directly
observe…We cannot observe feeling, thoughts, and intentions. We cannot
observe behaviours that took place at some previous point in time. We
cannot observe situations that preclude the presence of an observer. We
cannot observe how people have organized the world and the meanings they
attach to what goes in the world. We have to ask people question about
those things. The purpose of interviewing, then, is to allow us enter into the
other person’s perspective” (hal.196)
Othman (2009) berpendapat temu bual perlu apabila kita tidak boleh memerhatikan
perlakuan, perasaan atau bagaimana manusia mentafsir dunia sekeliling mereka, juga
apabila kita berminat untuk mengetahui peristiwa lalu yang sukar untuk ditiru
semula…bentuk temu bual akan ditentukan oleh soalan kajian dan perkembangan
kajian.
Dalam kajian ini, temubual ini bertujuan untuk mengetahui pandangan atau pendapat
oleh guru-guru yang mengajar subjek bahasa Arab kepada pelajar-pelajar menengah
rendah. Data ini penting untuk menyumbang kepada kajian kerana gurulah yang akan
mengajar pelajar tentang pembelajaran dan pendapat guru mestilah juga dititikberatkan
dalam apa jua tindakan penambahbaikan yang berlaku di sekolah. Oleh itu, inisiatif ini
di ambil supaya kajian ini dapat menbentangkan apakah masalah dan pendapat guru
terhadap kaedah pembelajaran yang sedia ada dan pandangan mereka terhadap
pembelajaran menggunakan komik yang cuba dibangunkan oleh kajian ini.
Seterusnya bentuk temu bual yang dipilih dalam kajian ini ialah temu bual semi
struktur. Bagi Schensul et al.(1999), temu bual semi berstruktur adalah yang terbaik
untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor dalam
kajian…dan temu bual jenis ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti
menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor dalam kajian, mengoperasikan
faktor-faktor pemboleh ubah dan lain-lain lagi.
24
Mengikut penerangan tadi, temu bual dalam kajian ini adalah bertujuan untuk
menjelaskan lagi domain utama iaitu pembelajaran komik dengan menjelaskan
bagaimana penerimaan guru-guru tentang pembelajaran menggunakan komik. Berkisar
tentang ini, temubual ini mempunyai soalan yang telah disediakan iaitu berstruktur dan
jika perlu, beberapa soalan tambahan untuk guru akan dikemukakan secara spontan. Ini
bertepatan dengan kaedah temubual ini sendiri yang semi struktur iaitu mengandungi
soalan asas dan soalan tambahan untuk tujuan memahami dengan lebih mendalam
jawapan responden.
Guru-guru yang dipilih sebagai responden bagi temubual ini adalah dua orang pengajar
subjek BA tingkatan tiga sendiri yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang
perempuan yang juga merupakan guru BA sekolah tersebut. Kertas temu bual yang
dijalankan ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai soalan
tentang latarbelakang responden dan bahagian kedua pula adalah tentang pendapat
responden tentang masalah dalam pembelajaran BA pelajar dan pendapat guru tentang
penggunaan komik dalam pembelajaran BA.
3. 4. 2 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
3. 4. 2. 1 Borang Soal Selidik
Menurut Chua (2010) kesahan merujuk kepada kebolehan sesuatu pengukuran dalam
mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis kajian, kesahan dikatakan tinggi jika ia
benar-benar berkeupayaan untuk mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis.
Oleh kerana borang soal selidik merupakan elemen tambahan dalam tujuan kajian bagi
25
melengkapkan kajian ini, objektif soal selidik tidak boleh dikonseptualkan dalam bentuk
hipotesis. Ia hanya boleh terangkan secara operasional sahaja iaitu bagaimana soal
selidik mengukur salah satu objektif salam kajian ini. Tujuan soal selidik adalah untuk
mengetahui pendapat masalah tentang masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran
BA dan minat mereka dengan pembelajaran BA menggunakan komik. Jadi, kesahan
yang sesuai untuk soal selidik yang dijalankan ialah kesahan muka iaitu sejauh mana
pengukuran yang dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur.
Bagi mengesahkan borang soal selidik, penulis telah mendapat pengesahan daripada
seorang pensyarah kanan BA di Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM sendiri.
3. 4. 2. 2 Soalan Pengujian
Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-
lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.
Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content
validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity)
dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).
Dalam bahagian ini, soalan ujian adalah mengikut kaedah soalan pengujian biasa di
sekolah agama dan soalan ini hanya melibatkan bahagian kefahaman yang merangkumi
hanya 30 markah dalam skema pemarkahan peperiksaaan. Soal ujian ini telah disemak
oleh seorang pensyarah BA Universiti Malaya dan kaedah pemarkahannya juga
melibatkan pemeriksa yang berpengalaman iaitu guru sekolah itu sendiri yang mengajar
subjek BA. Kesahan dalam ujian ini dikategorikan sebagai kesahan isi kerana
melibatkan kandungan yang mana jawapan kepada soalan ujian disemak oleh pemeriksa
yang selayaknya.
26
3. 4. 2. 3 Temu Bual Semi Struktur
Untuk temubual semistruktur, satu kaedah bagi mengelakkan persoalan dalam
kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif mengikut Chua, (2010) telah dilakukan.
Menurutnya, strategi yang boleh dilakukan ialah dengan beberapa cara tertentu tetapi
dalam kajian ini, stategi yang dipilih ialah strategi yang keempat iaitu dengan
menggunakan alat pencatat sebagai bukti, seperti borang temu bual yang digunakan
sebagai bukti kebolehpercayaan kajian.
Dalam kajian ini, borang temu bual digunakan untuk menemubual guru-guru BA dan ia
merupakan alat kebolehpercayaan dalam temu bual kajian ini. Campbell (1955)
mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data kualitatif
khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot. Morale
Ballot bermaksud; menggunakan informant (pemberitahu) sebagai alat kajian untuk
mendapatkan kesahan data yang dibuat secara membuat perbezaan dan membandingkan
dua garisan informan melalui beberapa pengertian yang sama maknanya. Alat kajian
yang digunakan dalam temu bual ini ialah borang soal selidik yang digunakan oleh
penulis untuk mencatat maklumat yang diberikan oleh responden.
Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang
benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian Coleman
(1958). Berdasarkan pendapat Colemen, penulis berpendapat temu bual ini juga
mempunyai kesahan kriteria kerana guru merupakan individu yang benar-benar
mengetahui masalah pembelajaran pelajar.
27
3. 4. 3 Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan hasil
perbincangan dengan guru-guru yang terlibat. Prosedurnya, kedua-dua kumpulan diajar
subjek BA yang dibentuk daripada sukatan buku teks BA tingkatan tiga yang bertajuk
"ijtihad asasun najah" oleh penulis. Pengajajaran ini dilakukan oleh seorang guru BA
yang mengajar subjek BA tingkatan Tiga sendiri. Kedua-dua kumpulan rawatan dan
kawalan diajar oleh guru yang sama, tetapi menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan yang mana kumpulan rawatan diajar subjek BA
menggunakan bahan pembelajaran berbentuk gambar komik manakala kumpulan
kawalan diajar menggunakan kaedah petikan dialog iaitu kaedah tradisional yang biasa
digunakan. Masa pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan untuk sesi yang pertama
kajian adalah selama 35 minit iaitu tempoh biasa pengajaran harian di sekolah.
Kemudian, bagi sesi yang kedua, kesemua pelajar iaitu kumpulan rawatan dan kawalan
diberikan soalan ujian sebaik selesai sesi pembelajaran. Ujian ini diadakan di bawah
pengawasan guru bahasa Arab yang mengajar kelas berkenaan. Masa yang
diperuntukkan untuk ujian ialah 1 jam. Seterusnya, sesi yang ketiga ialah pelajar
diedarkan kertas soal selidik. Masa untuk pelajar menjawab soal selidik tidak
diperuntukkan. Pelajar diberikan kebebasan masa untuk menjawab soal selidik dan
menghantarnya kepada guru yang terbabit. Bagaimanapun, pelajar tidak mengambil
masa yang lama untuk menjawab soal selidik tersebut. Kertas soal selidik dapat
dikumpul oleh ketua kumpulan masing-masing pada hari yang sama pembelajaran dan
ujian dijalankan.
Seterusnya, untuk temu bual guru, penulis berhasil membuat temu janji dengan guru
setelah selesai semua pungutan data yang melibatkan pelajar. Hal ini supaya guru dapat
28
melihat kesan pembelajaran samada melibatkan komik mahupun kaedah biasa yang
diberikan kepada pelajar. Masa temu bual dijalankan adalah mengikut keselesaan guru
terbabit dan tempoh temu bual juga tidak ditetapkan.
3. 5 Penganalisisan Data
Sebelum penulis menjelaskan lebih lanjut mengenai kaedah penganalisisan data, jadual
di bawah adalah kaedah yang digunakan dalam kajian ini yang berdasarkan objektif
kajian yang boleh dilihat seperti dalam jadual di bawah:
OBJEKTIF METODOLOGI
1.Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
pembelajaran BA secara am dan komik
secara khas.
• Soal selidik
• SPSS
2.Mengetahui persepsi guru mengenai
masalah pelajar dan penggunaan komik
dalam pembelajaran bahasa Arab
• Temu bual
• analisis deskriptif (huraian)
berbentuk kualitatif
3.Mengetahui keberkesanan pembelajaran
bahasa Arab menggunakan komik, sama
ada terdapat perbezaan skor antara pelajar
yang diajar dengan menggunakan komik
dengan pelajar yang menggunakan kaedah
tradisional.
• Ujian
• Ujian-t Indenpendent Sampel T-
Test
Jadual 3. 6: Jadual Metodologi Berdasarkan Objektif Kajian
Berdasarkan jadual 3. 6 di atas, prosedur penganalisisan data adalah berdasarkan
objektif dan begitu juga persoalan kajian yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui
dengan lebih lanjut, kajian ini menggunakan tiga kaedah analisis data seperti berikut:
29
i- Analisis Soalan Ujian
Ujian pasca pelajar akan dianalisis menggunakan Ujian-t Indenpendent Sampel T-Test.
Oleh sebab data daripada soalan ujian adalah data nisbah dalam bentuk skor, kaedah
analisis data yang boleh digunakan ialah ujian –t yang menggunakan skor min sebagai
asas pengiraan dan untuk menentukan jika terdapat perbezaan yang signifikan secara
statistik antara dua kumpulan data.
Jenis ujian –t yang dipilih ialah ujian –t untuk sampel-sampel bebas. Kumpulan kawalan
dan rawatan adalah sampel yang dimaksudkan. Hal ini kerana kedua-kedua kumpulan
ini adalah berasingan iaitu tidak bergantung antara satu sama lain. Dengan ini ia
dipanggil sampel-sampel bebas (Chua, 2012). Kaedah analisis ujian –t bagi soal selidik
ini dilakukan menggunakan SPSS versi 18.0.
Berikut ialah gred markah bagi sekolah menengah rendah yang di ambil daripada laman
moe.gov.my dan tafsiran pencapaian diambil daripada laman jpn.moe.gov.my.
Markah Gred
0 TH
1-39 E
40-49 D
50-64 C
65-79 B
80-100 A
Jadual 3. 7 :Gred Bagi Menengah Rendah (Ting 1-Ting 3)
PERATUS PENCAPAIAN TARAF PENCAPAIAN
A (80%) Cemerlang
B (60%) Kepujian
C (50%) Baik
D (40%) Mencapai Tahap Penguasaan Minimum
E Tidak Mencapai Tahap Penguasaan
Minimum
T Tidak Hadir
Jadual 3. 8: Tafsiran Pencapaian
30
ii- Analisis Soal Selidik Pelajar
Seterusnya, soal selidik pelajar pula akan dianalisis secara statistik menggunakan
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 18.0. dengan menggunakan
prosedur statistik frekuensi dan peratusan, kerana menurut Chua, (2010) bagi
menganalisis perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden, boleh menggunakan
ujian bukan parametrik(parameter) seperti….analisis deskriptif boleh menggunakan
frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal. Berikut
merupakan prosedur analisis data yang terdapat dalam SPSS:
Rajah 3. 3: Prosedur analisis menggunakan SPSS
iii- Analisis Tembual Guru
Temubual pula akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif (huraian) berbentuk
kualitatif.
3. 6 Penutup
Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah dijelaskan secara terperinci kedah
metodologi yang digunakan dalam kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, subjek
atau sampel kajian, prosedur pengambilan data, instrumen dan kesahan serta
kebolehpercayaannya, prosedur kajian, serta prosedur penganalisisan data.
Data dikumpul daripada responden kajian
Data dimasukkan ke dalam SPSS Data Editor
Data dianalisis menggunakan prosedur statistik tertentu
Hasil analisis dipamerkan dalam SPSS Output Navigator
31