bab 3

50
BAB 3 METODOLOGI

Upload: ooi-khia-sheng

Post on 17-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3

BAB 3

METODOLOGI

Page 2: BAB 3

Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan kajian. Aspek-aspek rekabentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Persoalan tentang guru matematik terhadap penggunaan komputer dalam mengorganisasi mata pelajaran matematik akan terjawab dengan menggunakan metodologi ini. Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instumen kajian dan prosedur kajian.

Page 3: BAB 3

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab soalan-soalan tertentu yang ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Dengan demikian, reka bentuk perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s 25). Kajian yang kami jalankan adalah berbentuk kualitatif. Kajian berbentuk kualitatif digunakan untuk menyelami pengalaman secara mendalam dari sudut guru tersebut. Oleh kerana persoalan kajian berbentuk konteks, kaedah kualitatif amat sesuai digunakan. Kajian menumpukan kepada sejauh mana guru-guru matematik menyelenggarakan tugas dengan menggunakan komputer. Di samping itu juga kami cuba mencari perkembangan guru matematik dalam menggunakan komputer terutamanya guru di sekolah luar bandar.

Temu bual yang dijalankan dalam kajian ini memudahkan kami untuk mendapat maklumat dengan lebih terperinci dan jelas. Kaedah ini dilakukan untuk mengetahui secara langsung dari guru-guru matematik mengenai maklumat yang hendak diketahui. Selain dari itu, maklumat yang diperolehi lebih tepat dan jujur. Proses ini dirakam dalam pita rakaman dengan menggunakan radio kaset. Pita rakaman ini membantu kami membuat skrip perbualan antara kami dan partisipan. Untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, kami menemubual partisipan sekurang-kurangnya dua kali.

Page 4: BAB 3

Partisipan Kajian

Partisipan terdiri daripada 3 orang guru matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu. Kami memilih guru di sekolah tersebut kerana sekolah tersebut adalah sebuah sekolah luar bandar.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, kami sebagai penyelidik akan menjadi instrumen kajian ini. Kami akan memungut data atau maklumat secara terus daripada guru-guru matematik Sekolah tersebut secara temu bual dan rakaman. Soalan ini berbentuk temu bual separuh struktur di mana jawapannya berpandukan soalan yang dikemukakan. Namun begitu ada di antara soalan-soalan yang di luar daripada soalan yang dirancang kerana kami ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkaitan soalan tersebut.

Prosedur Kajian

Page 5: BAB 3

Dalam membuat prsedur kajian ini, perkara pertama adalah pemilihan tajuk yang sesuai yang ingin dikaji. Setelah memilih tajuk yang sesuai, kami menulis cadangan penyelidikan bagi tajuk tersebut. Setelah siap cadangan penyelidikan, permohonan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan ini untuk meminta kebenaran untuk menjalankan kajian di sesebuah sekolah. Setelah diberi kelulusan oleh pihak

Page 6: BAB 3

Kementerian, kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan. Sebelum itu kebenaran juga perlu diperolehi daripada pengetua sekolah tersebut supaya proses kutipan data kajian berjalan lancar.

Setelah memperolehi kesemua dokumen seperti di atas, kami membuat temujanji dengan partisipan untuk menetapkan masa, tarikh dan tempat yang sesuai untuk menemubual secara sendirian dengan partisipan. Penetapan tarikh temu bual ini penting untuk menentukan masa yang diluangkan oleh partisipan tidak mengganggu kerja sehariannya yang sentiasa sibuk. Kami meminta kebenaran untuk merakam suara partisipan ketika temu bual diadakan. Walau bagaimanapun, bagi partisipan yang tidak mahu suara beliau dirakam, kami tidak merakam suara mereka dan kami cuba mencari partisipan lain sebagai ganti. Kami menjaga kepentingan partisipan mengikut etika yang betul untuk mengelak daripada amalan yang boleh mencemarkan nama baik partisipan termasuk tanggungjawab yang bersabit dengan menjaga hak dan kepentingan partisipan agar penglibatan mereka tidak mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Oleh sebab itu adalah lebih baik kami merahsiakan identiti mereka.

Soalan temu bual akan ditanya seperti soalan yang terdapat dalam lampiran, tetapi penambahan atau pengubahsuai soalan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam atau lebih jelas. Rakaman dalam sesi temu bual tersebut dimainkan semula serta semua perbualan antara kami dan partisipan dicatatkan satu persatu perkataan dalam bentuk skrip.

Page 7: BAB 3

Analisis Data

Setelah semua data dipungut melalui temu bual yang dirancang, rakaman antara kami dan partisipan dimainkan beberapa kali untuk memastikan semua percakapan dalam temu bual tersebut ditulis tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun ketika menulis dalam bentuk dialog. Dialog tersebut akan dijadikan transkripsi yang memudahkan kami untuk membuat penilaian kajian mengikut kategori soalan kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah temu bual yang berbentuk separuh berstruktur dengan jawapan yang diberikan terarah kepada soalan yang diberikan. Soalan yang terdapat dalam lampiran ditambah atau diubahsuai untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan jelas mengikut kesesuaian ketika temu bual dijalankan. Tambahan pula, tidak semua soalan boleh ditentukan lebih awal. Saya menghadapi masalah dalam membuat transkripsi kerana terpaksa menulis dengan cepat dan laju. Tambahan pula kebanyakan partisipan bercakap menggunakan dialek tempatan. Justeru itu kami mengulang pita rakaman berulang kali untuk membuat transkripsi dengan tepat.

Data yang diperolehi dalam sesi temu bual adalah berbentuk perkataan dan ayat. Kesimpulan dan rumusan dapatan kajian dibuat daripada data dan ayat tersebut. Kesimpulan juga boleh dibuat ketika kerja lapangan dilaksanakan, iaitu sewaktu data dipungut di lapangan. Ini bermakna penganalisaan data boleh dibuat serentak dengan pungutan data. Proses ini berlaku secara ‘recursive’ dan dinamik di mana tafsiran tentatif, hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas terhadap data awal yang dipungut memandu kami kepada sumber dan lokasi baru dan juga data tambahan yang perlu dipungut.

Page 8: BAB 3

Selepas kerja lapangan, kami membuat penganalisisan data di mana kami akan membuat tafsiran awal, hipotesis tentatif dan tekaan yang berasas untuk kami menyusun, meniskala, menyepadu, dan mensintesis data dan seterusnya mentafsir maksud yang terkandung dalam data. Maksud yang ditafsir dipengaruhi oleh cara data disusun, diniskala, disepadu dan disintesis. Hal ini juga menimbulkan kemungkinan orang lain membuat tafsiran maksud yang tidak sama sepenuhnya daripada data yang sama kerana cara mereka menyusun, meniskala, menyepadu dan mensintesis data adalah berbeza. Walau bagaimanapun keadaan ini dibenarkan dalam penyelidikan kualitatif asalkan cara data dianalisis dihuraikan sepenuhnya untuk membolehkan para pembaca dapat menilai analisis yang dibuat. Kami menyusun data mengikut kesesuaian dan kategori supaya memudahkan data dianalisis dan juga untuk membandingkan cadangan penyelidikan yang dirancang dengan yang dilaksanakan. Semua hasil temu bual, dialog dan transkripsi disertakan pada bahagian lampiran.

Page 9: BAB 3

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Page 10: BAB 3

Kaedah kajian ini adalah menerusi temu bual. Temu bual yang dibuat di antara penyelidik dan partisipan yang dipindahkan dalam bentuk dialog atau transkrip yang kemudiannya dianalisis. Hasil kajian yang diperolehi daripada analisis data dikemukakan dalam bab ini. Berdasarkan transkrip dan kategori yang dibuat, kami membuat analisis serta rumusan kajian berlandaskan persoalan kajian. Kami tidak mengambil kesemua isi kandungan skrip sebagai rumusan kerana tidak kesemua isi kandungan skrip adalah penting. Kami hanya mengambil bahagian-bahagian skrip yang penting sahaja, bergantung kepada kesesuaiannya dengan persoalan kajian. Selain daripada itu, kami juga menyentuh beberapa perkara lain yang ditimbulkan semasa temu bual yang berkaitan persoalan kajian.

Page 11: BAB 3

Dapatan kajian

Data-data diperolehi daripada tiga partisipan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan secara temu bual. Data-data tersebut dipecahkan kepada lima kategori mengikut persoalan kajian seperti berikut:

Sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru matematik untuk

mengorganisasikan mata pelajaran matematik.

Persoalan ini menggambarkan sejauh manakah penggunaan komputer oleh guru-guru

matematik untuk mengorganisasikan mata pelajaran matematik di kalangan guru matematik SMKPB. Kami telah menyoal partisipan-partisipan daripada aspek

penggunaan komputer dalam P&P dan penggunaan komputer dalam aktiviti lain.

4.1.1.1 Penggunaan Komputer Dalam P&P

Mengikut pendapat partisipan pertama SMKPB dalam penggunaan komputer dalam P&P.

Beliau menyatakan penggunaan komputer bergantung kepada keperluan:

Page 12: BAB 3

“Em… guna komputer bergantung kepada keperluanlah, pada… masa… guru bersedia, bersedia untuk guna komputer, makna kita guna komputerlah sebab komputer bila kita nak pasang dia tu makan masa jugak (juga), kita kena tengok dulu kandungan dia tu” P1K1(1)

Beliau juga menyatakan penggunaan komputer bergantung pada masa dan keadaan:

“Bergantung kepada masa, kalau kita sibuk tak boleh mengguna komputer ah, lebih suka menggunakan manual bila kita ada kelapangan masa, seronok menggunakan komputer.” P1K1(6)

Page 13: BAB 3

“Bergantung pada keadaan sebab kita tak boleh nak kata bahawa kita boleh menggunakan komputer setiap masa dan kita tak boleh nak kata kita menggunakan manual setiap masa ok, ho… gitu ah.” P1K1(7)

Beliau yang mengajar tingkatan 1, 2 dan 4 di SMKPB menyatakan, beliau menggunakan

komputer dalam P&P seminggu dua kali bermula pada tahun lepas.

“Em… seminggu dua kali gitulah, seminggu dua kali, sebab kita mengajar tiga masa, hanya tiga kali je(sahaja) seminggu, tiga kali seminggu kita masuk kelas tu kan.” P1K1(2)

“Tapi saya untuk guna peribadi saya, lama doh(sudah)…maknanya hok mengajar mengguna komputer mengajar masuk kelas bawak (bawa) komputer ni, baru tahun lepas baru.” P1K1(3)

Partisipan pertama dan kedua menyatakan komputer digunakan untuk membuat soalan:

“…[c]uma kita buat soalan je lah untuk em, bahan yang dah disediakan CD yang dibekalkan oleh kementerian tu, daripada situ kita tambah sikit-sikitlah mana yang sesuai, em… soalan-soalan dia supaya em… apa yang kita ajar tu lah.”

P1K1(4)

“…kalau buat soalan tu, memang guna pun, guna komputer, tu komputer di sekolah kan.” P2K1(1)

Partisipan kedua yang mengajar tingkatan 2, 3 dan 4 di SMKPB pula menyatakan beliau

Page 14: BAB 3

menggunakan komputer secara puratanya seminggu sekali:

“Menggunakan komputer, seminggu sekalilah puratanya.” P2K1(2)

Berbeza dengan pernyataan partisipan ketiga yang menyatakan beliau hanya kerap

menggunakan komputer pada tahun pertama mengajar dalam bahasa Inggeris:

“Gini (begini)… em… kalu (kalau) masa, masa tahun, tahun lepaslah, tahun pertama mengajar dalam bahasa Inggeris ni, memang kerap ah, bila masuk tahun ni, tahun kedua doh (dah) eh em… kadang-kadang,…[s]ebab em komputer tu

Page 15: BAB 3

sebenarnya kita guna untuk em… untuk, untuk membantu kan…[b]ila kita dah biasa kan, kita dok payah dohlah tu (tidak perlu lagilah itu), kita guna, guna cara kitalah pulak (pula) sebab dalam tu pun ye(ia) ada hok (yang) kita nak sebut, sebenarnya komputer tu, ye(ia) nok (nak) tu je (itu sahaja)… nok (nak), nok (nak) suruh menda (apa), alat bantu kan bila sekarang ni kak jarang doh (sudah) guna…masa baru-baru lagi kan, itu kak kata bila kita dah kita dah… ni, kita dah biasa, tahun lepas kita tak biasa lagi dengan ‘term, term’ matematik ni… kita, kita tokleh (tidak boleh) nok (nak) kuasai lagi, kita bergantung pada… ‘CD’ pah tu (lepas itu) tahun ni, doh (sudah) kita tahu doh (dah) kan… sebutan-sebutan jadi dok payahlah (tak perlulah) ‘CD’ tu” P3K1(1)

Partisipan ketiga yang mengajar mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris

tingkatan 1 di SMKPB hanya menggunakan komputer di sekolah:

“Dok (tidak), di sekolah je lah…” [Komputer hanya digunakan di sekolah sahaja] P3K1(2)

Partisipan pertama menyatakan penggunaan komputer menyebabkan kerja semakin

bertambah tetapi penggunaannya boleh menarik minat pelajar.

“Em… memang beza, yang pertamanya kerja semakin bertambah…[y]ang keduanya, em… bolehlah menarik minat murid sikit…memanglah bagus em… berbanding secara manual ni boleh menarik minatlah dan apa yang ditunjukkan oleh komputer ni dia ada animasi sikit, ok, ada animasi menda gerak dan pelajar ni, oleh kerana dia jiwa budak-budak macam suka tengok kartun gantung gerak sebab dia suka tengok menda gitu kan, jadi dalam komputer ni, kita boleh wak animasi tu, kita boleh menarik minat dia gok untuk tahu menda tu, kan tapi sudah menjadi lumrah fitrah manusialah buat sesuatu benda yang berbentuk akademik ni, dia, apa ni, kurang berminatlah, dia minat untuk benda pergerakan tapi dia bukan minat akademik, jadi kita menggunakan pergerakan itu untuk menarik minat dia kepada akademik…” P1K1(5)

Page 16: BAB 3

Partisipan kedua pula berpendapat kadang-kadang penggunaan komputer dalam P&P

menyebabkan pelajar jemu:

“…[b]ila kita ngajar (mengajar) diri (secara manual), ok, macam kita rasa budak boleh bagi tumpuan kat (dekat) kita, ah macam ah, kalau komputer kadang-kadang ye (dia) bosan, guna komputer.” P2K1(3)

Partisipan ketiga pula berpendapat penggunaan cara manual lebih berkesan kerana tiada

gangguan:

“Kalau tanya kak, kak rasa lebih suka manual…[l]ebih effective ah, sebab kita dah biasa…[s]ebab em… takdok (tidak ada) gangguanlah semasa kita mengajar, dok (tidak) hang, komputer dok (tidak) hang, takdok (tidak ada) gangguan, kita boleh em… ngajar (mengajar) ikut cara kita, em…” P3K1(4)

Partisipan kedua berpendapat lagi, penggunaan komputer juga bergantung kepada pelajar

dan proses P&P menjadi cepat:

“Ikut budak sebenarnya” [Bergantung kepada pelajar] P3K1(5)

“Cepat” P3K1(6)

Page 17: BAB 3

4.1.1.2 Penggunaan Komputer Dalam Kegiatan Lain

Beralih pula dari segi sejauh mana penglibatan guru dalam aktiviti yang melibatkan

penggunaan komputer. Berdasarkan pernyataan daripada partisipan pertama menyatakan

beliau tidak berapa aktif dalam kelab komputer:

“Ada,…‘time constrain’ gok(juga) ni la… kita tidak berapa… [d]ok (tidak) ‘active’… ‘time constrain’.” P1K1(8)

Partisipan kedua dan ketiga pula menyatakan mereka tidak terlibat dalam kelab komputer:

“Ada kelab komputer, ada, dok(tidak) terlibat” P2K1(4)

Page 18: BAB 3

“Em… tapi ada gok(juga) cikgu, cikgu hok (yang) ngajar (mengajar) ni ada jugak(juga) hok(hak) yang terlibat tapi kak tak terlibat ah.” P3K1(7)

Partisipan kedua menyatakan penggunaan komputer dalam kerja-kerja harian menjadi

cepat:

“O… tulis surat tu memang cepat ah, sebab kemas sikit, kan kemas skit (sikit) tulisan tu, kadang ada setengah-setengah orang tu, tulisan dok (tidak) berapa lawa mana.” P2K2(8)

Sejauh manakah guru-guru matematik peka dengan perisian yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan pengurusan mata

pelajaran matematik dengan menggunakan komputer?

Bagi menjawab persoalan kedua ini, kami lihat pandangan guru-guru SMKPB daripada

aspek penggunaan perisian di sekolah dan kesesuaian perisian.

4.1.2.1 Penggunaan Perisian

Page 19: BAB 3

Partisipan pertama dan ketiga menyatakan mereka menggunakan perisian yang telah

digunakan oleh pihak sekolah:

“O… perisian yang dah sedia bagi pada kita” [Menggunaan perisian yang telah disediakan oleh pihak sekolah] P1K2(1)

“Hok (yang) dalam ‘CD’ o… daripada kementerian a…”[Penggunaan perisian] P3K2(1)

Partisipan kedua menyatakan beliau menggunakan perisian Microsoft Word dan

Microsoft Power Point:

“Em… tu ah, ‘Word’ dengan ‘Power Point’ ah” [Menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Power Point] P2K2(1)

Partisipan pertama menyatakan beliau jarang menggunakan perisian aplikasi:

Page 20: BAB 3

“Ha, itu… jarang guna” [Jarang menggunakan perisian aplikasi] P1K2(2)

Ketiga-tiga partisipan berpendapat Microsoft Word digunakan untuk membuat soalan:

“Em… ‘Microsoft Word’ ah, hok (yang) kita buat sendiri…[b]uat sendiri ‘Microsoft Word’ senang” [Buat sendiri menggunaan ‘Microsoft Word’ menjadi senang] P1K2(3)

“Soalan-soalan latihan tu dalam ‘Microsoft Word’.” [Perisian ‘Microsoft Word’ digunakan untuk membuat soalan-soalan latihan] P2K2(5)

“Kalu (kalau) ‘Microsoft Word’ tu guna ah nak taip soalan apa…”[Penggunaan perisian ‘Microsoft Word’ untuk menaip soalan] P3K2(2)

Partisipan pertama dan kedua menyatakan Microsoft Excel digunakan untuk memasukkan

markah pelajar:

“Dia guna ‘Excel’ lah, memang guna program ‘Excel’, jadi dia dah ‘ready’, dah (sudah) sedia dah komputer tu kan, program tu, kita hanya pergi guna jelah, masuk markah, bukan untuk P&P ah tu” [‘Microsoft Excel’ digunakan untuk memasukkan markah pelajar dan bukan untuk P&P] P1K2(4)

“Ho, ya, ya, ya, em… o… hok (yang) tu guna ah, kalau sendiri dok (tidak) guna, dia set doh (sudah) dalam… dalam lab [Menggunakan perisian ‘Microsoft Excel’ yang sudah sedia ada dalam makmal untuk memasukkan markah pelajar] P3K2(4)

Partisipan kedua menyatakan penggunaan perisian Microsoft Excel hanya untuk guru

Page 21: BAB 3

kelas:

“O, pengiraan, dok (tidak) guna gi (lagi)…[s]ebab, sebab bukan guru kelas, kan… untuk guru kelas jelah, kalau hok(hak) pelajar ni, untuk pelajar ni ‘Microsoft Word’ dengan… tu je…‘Power Point’, pas tu (lepas itu) bahagian ‘CD’ tu, hok (yang) tu ah.” [Penggunaan perisian ‘Microsoft Excel’ hanya untuk guru kelas] P2K2(3)

Partisipan pertama menyatakan beliau jarang menggunakan Perisian Microsoft Power

Point:

“Jarang guna, guna jugak o…[c]uma sekadar tengok-tengok je lah…[e]m… ‘time’… apa orang panggil, ‘time constrain’…” [Perisian ‘Microsoft Power Point’ jarang digunakan, cuma sekadar tengok-tengok sahaja kerana kekangan masa] P1K2(5)

Page 22: BAB 3

Partisipan kedua pula menyatakan beliau menggunakan Microsoft Power Point untuk

mengajar:

“Untuk ngajar (mengajar), untuk kita buat ‘Power Point’ kan sebab untuk menambah, untuk menarik budak, kalau dok (tidak) kalau dok (tidak) macam Power Point kan gerak, gerak-gerak kan. Ho, jadi kalau macam ada gitu (begitu) ye (dia), budak tertarik skit (sikit) kalau duk (duduk) diam… je (sahaja), em… dok (tak) jadi.” [Penggunaan perisian ‘Microsoft Power Point’] P2K2(4)

Partisipan pertama dan ketiga menyatakan beliau tidak menggunakan perisian Microsoft

Access:

“Dok (tidak) guna, dok (tidak) guna” [Tidak menggunakan perisian ‘Microsoft Access’] P1K2(6)

“… dok (tidak) guna,” [Tidak menggunakan perisian ‘Microsoft Access’] P3K2(3)

Manakala partisipan kedua pula menyatakan beliau kurang menggunakan perisian

Microsoft Access:

Page 23: BAB 3

“‘Access’ kurang skit (sikit).” [Kurang menggunakan perisian ‘Microsoft Access’] P2K2(2)

Partisipan ketiga menyatakan beliau juga belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai

penggunaan perisian bersama-sama guru-guru matematik:

“Hem… hem… hem, melalui kawan-kawan gitu kita sama-sama cikgu ‘math’ ni kan, bertukar-tukar gitu ah…” [Belajar serta bertukar-tukar pendapat mengenai penggunaan perisian bersama-sama guru-guru matematik] P3K2(5)

4.1.2.2 Kesesuaian perisian

Kesesuaian perisian harus diambil kira dalam melakukan sesuatu tugas yang bergantung

kepada sesuatu perisian. Daripada pendapat partisipan pertama yang menyatakan

komputer dapat membantu dalam P&P:

Page 24: BAB 3

“Membantu gok (juga) komputer ni, pandangan sayalah lebih baik guru, sebab interaksi secara insani ni, dengan menggunakan robot ni, sebab kita ada satu hubungan, hubungan kemanusiaan ni, dia sebab itu kalau nak berguru ni kena cari guru bukan cari robot…[d]ia… memang doh (lah) sebagai alat bantu mengajarlah…bantu guru untuk murid memahami ‘contain’ apa yang dipelajari hok (yang)…[m]embantu makna menda (benda) tu bukannya em… hok (yang) sepenuhnya kita guna menda (benda) tu… je, tapi tanpa benda tu pun, guru boleh mengajar, ok.” P1K2(7)

“Benda yang berhibur mendatangkan keseronokan tapi suatu benda yang bercorak akademik dia tidak menjadi hiburan walau pun kita masuk dalam animasi yang bercorak hiburan…hanya orang yang bermotivasi sahaja dia, dia akan anggap bahawa menda (benda) ini memang menyeronokkan, orang yang tidak bermotivasi dianggap benda tu, apa benda ni…[p]okok pangkalnya budak tu sendiri… komputer je (sahaja) canggih, apa yang dipersembahkan oleh, apa yang digunakan, apa yang ada ‘contain’ dalam komputer tu hebat tetapi bukan budak nak menda (benda) yang hebat itu…tapi sekurang-kurangnya, menda (benda) tu memang membantulah… dan kita tidak boleh menganggapkan bahawa dengan adanya benda tu, dia akan menjadi bom meletup satu keputusan yang maha besar…[s]ebab saya kata tadi kan, bila nampak budak slow sikit, kita kurangkan penggunaan, nampak budak apa benda ni manual nampak ‘slow’ menda, kita guna komputer balik.” P1K2(8)

Pada pandangan partisipan kedua pula Microsoft Word sesuai untuk buat soalan, dan

Microsoft Power Point dapat menarik pelajar serta CD juga sesuai digunakan:

“Kalau ‘Microsoft Word’ tu sesuai untuk buat soalan tu, memang senang ah sebab ye (ia) taip je (sahaja) kan…[y]e (ia) taip je (sahaja), dok payah (tidak perlu) guna… ‘Power Point’ ah menda tu, ‘Power Point’ ni, untuk menarik budak, untuk tunjuk ke budak menda (benda) kita buat o, hok (yang) kita buat tu, tunjuk ke budak molek ah, kira sesuai ah sebab ye (ia) ada, ada ada menda (apa), ada… bunyi-bunyi skit (sikit) kan, ada pergerakan huruf-huruf tu, pas tu(lepas itu), okey ah budak, budak minat ah (lah)…[e]m… tambah ‘CD’ ah, ‘CD’ pun okey gok (juga).” P2K2(6)

Page 25: BAB 3

Selain daripada itu, partisipan kedua berpendapat penggunaan komputer yang cepat

menjadikan pelajar tidak faham:

“…dia cepat, cepat tapi budak susah nak faham sebab ia terlalu cepat kan, bila komputer tunjuk kalau, kalau kita guna, kalau kita ngajar (mengajar) kita boleh tunjuk sutel (satu), sutel-sutel (satu-persatu), kalau komputer ni, ek, ek, ek, ek, macam deras (cepat) ah, budak dok (tidak) faham pun tu je (sahaja), ada keburukan jugak ah (jugalah).” P2K2(7)

Page 26: BAB 3

Partisipan ketiga pula berpendapat penggunaan perisian bergantung kepada CD:

“Sebab dia terlampau ni kan kalau, terlampau ‘detail’, benda perisian dia tu, misal kalau nak ajar em… nak ajar ‘fraction’, contoh dia, pecahan, ha adik dia pergi satu-satu, macam kita, kita ada, kita boleh ‘simplified’ dan dia gi (pergi) se (satu), se (satu) ah lambat…kadang-kadang setengah, dia bergantung pada ‘CD’, kadang-kadang ‘CD’ tu bila kita dok leh (tidak boleh) nok (nak) ‘fast’, kita dengar… je (sahaja)…” P3K2(6)

Penyataan partisipan pertama dalam penggunaan internet di SMKPB menyatakan internet

tidak digunakan di sekolah:

“Internet tidak digunakan di sekolah…[d]i sekolah ni ada tapi tidak digunakan, makna kita ada satu line tak di sambung ah…[g]uru-guru nak guna boleh tapi guru-guru tak guna…dok (tidak) cukup talian, dok (tidak) cukup ruang masa… kalau internet tu cikgu masing-masing ah, individu di rumah”( guru menggunakan internet secara individu). P1K2(9)

Partisipan pertama berpendapat kelebihan komputer adalah cepat dan mempunyai bahan-

bahan P&P:

“Kelebihan komputer, yang nombor satunya bila kita dah bersedia, dia jadi cepat ah, masa tu kita boleh em… cepat lagi dan satu lagi kelebihan dia, kita dah ada bahan-bahan yang telah disediakanlah oleh kementerian, jadi… menda tu membantu jugaklah kita…[h]o… tapi syaratnya kita kena brsedia terlebih dahulu dan dia akan menjadi cepat kalau masa tu nak tengok selalunya gitulah masa kita em, setengah jam nok (nak) masuk

Page 27: BAB 3

kelas barulah kita tengok masa tu jadi kelam kabutnya…[e]m… dok (tidak) jugak (juga), tidak semestinya tapi bila kita dok (tidak) tengok lagi, setengah jam sebelum nok (nak) masuk kelas tu baru kita tengok, kalau kita tak tengok lagi kalau kita dah tengok sebelum tu masuk je sebab kita tahu ‘contain’ dalam ‘CD’ tu apa dan kita carilah em, tajuk mana yang kita nak ajar tu, kan barulah kita bawak (bawa) hok (hak) kita dah (sudah) tahu, a… bab berapa kita klip je bab yang kita nak ajar tu sebab dalam ‘CD’ tu dia banyak ‘contain’ dia kan yang tidak semuanya ada dalam ‘CD’ tu berkenaan dengan apa yang kita nak ajar.” P1K2(10)

Partisipan kedua berpendapat kelebihan perisian adalah membuatkan kerja mudah dan

kemas:

Page 28: BAB 3

“Macam latihan menggunakan komputer senang ok, senang nok (nak) wak (buat) kerja, dok payah (tidak perlu) tulis tangan, kemas pun kemas.” P2K2(9)

“a, em…, a, sebab ye (ia) ada animasi, benda tu bergerak, ye (ia) ada bunyi kan, menda (benda) tu.( dengan penggunaan Microsof t Power Point)” P2K2(10)

Manakala partisipan ketiga pula berpendapat kelebihan perisian ialah dapat membantu

dalam menyebut sebutan-sebutan matematik:

“A… a… kelebihan kita, dia membantu ni la, kalau kita dok (tidak) pandai sebut lagi menda-menda (benda-benda) ‘term, term’ matematik, ‘term’ sains ke…dia membantu melalui ha…” P2K2(11)

Apakah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru matematik

dalam menggunakan komputer.

Daripada kajian ini, beberapa masalah yang dapat dikesan yang kerap dihadapi oleh guru-

guru matematik untuk menggunakan komputer adalah seperti masalah berkaitan

Page 29: BAB 3

penyelenggaraan komputer, masa persediaan, kemahiran komputer dan pemahaman

pelajar.

4.1.3.1 Penyelenggaraan Komputer

Partisipan pertama dan ketiga menyatakan tentang masalah utama penyelenggaraan

komputer adalah masalah ketika pemasangan alat bantu mengajar:

“Nombor satu, ambil masa untuk pasang, nombor dua bila kita… kita guna komputer ni kita pasang komputer kita kita, kita apa, kita ngadap (berhadapan) komputer tu, faham dok (kan), ngadap (berhadapan) tu, buka komputer, budak-budak yo ya, yo ya (bising) belakang nun (sana), kita nak kena cakna, kita cakna ke komputer, kita dok (tidak) cakna ke budak, budak bising, kita… tinggal komputer, komputer dok (tidak), dok (tidak) terurus… pah tu(lepas itu) pulak (pula) kita nak berinteraksi dengan komputer tu kan, makna kita kena duk (duduk) depan… je (sahaja)… nak gerakkan ‘mouse’ tu, nak gerakkan komputer tu kan,

Page 30: BAB 3

kita…[j]adi kita kena tengok budak satu hal, kita kena tengok komputer satu hal, kalu (kalau) kurang tengok budak, budak dok (tidak) berapa cakna, dia macam orang tengok TV, tengok TV ni, ia macam satu benda hiburan dok (kan), tengok TV, ia nok (nak) tengok… tengok sekadar tengok, ha, macam, kalau benda tu berubah menjadi akademik dia…dok (tidak) berapa, tumpuan dokleh (tiada perhatian) betul dok (kan)?” P1K3(1)

“Kalau ada macam… masa-masa subjek, ada masa hok (yang) rasa begitu cepat sangat kan, baru kita guna, sebab, sebab em… gini, kalau kita guna tu lambat, nok pasang satu hal pas (lepas) tu budak akan tengok tu ah.” P3K3(1)

Partisipan kedua juga bersetuju dengan kenyataan di atas dan masalah membawa

peralatan juga membebankan:

“Nok (nak) pasang tu lambat ah…nok (nak) gabungkan dengan ‘LCD’, lambat skit (sikit) kalau nak ngajar kan…[S]e (satu) gi (lagi) ye (ia) macam nok (nak) bawak (bawa) gi (pergi) mari, gi (pergi) mari remeh ah…[n]ok kata berat, dok (tidak) berat tapi banyak barang kan, laptop lagi, buku-buku kita lagi.” P2K3(1)

Partisipan pertama menyatakan komputer yang rosak sedikit hanya dibaiki oleh guru-guru

sekolah sahaja:

“Setakat ni, maknanya dengan cikgu sekolah sama-sama bantu membantulah baiki…[r]osak sikit-sikit, pakat-pakat…sama-sama, kawan-kawan, hok (yang) ni tanya guana (macam mana) ni, ho, hok (yang) ni mari tengoklah, kalu (kalau) hok (yang) teruk sangat tu, kita hantar kedai ah (lah).” P1K3(2)

Page 31: BAB 3

Manakala partisipan ketiga menyerahkan komputer yang rosak kepada guru komputer

untuk dibaiki:.

“…kita akan serah, dia ada cikgu komputer…ada cikgu yang reti… ah ha… Kak dok reti ah…” [Komputer yang rosak akan diserahkan kepada guru komputer atau guru yang pandai membaiki komputer] P3K3(2)

Partisipan pertama menyatakan komputer disimpan di tempat yang khas:

“…kita simpan di suatu tempat yang khas…[b]ilik-bilik komputer…[m]asa nak, nak guna, dia ambik ah (lah).” [Komputer disimpan di tempat yang khas] P1K3(3)

Partisipan kedua pula menyatakan tiada makmal komputer yang digunakan untuk kelas:

Page 32: BAB 3

“Ha, kalau macam sediakan tempat khas takpe, macam bilik, bilik, makmal ke letak komputer situ, senang, kita mari ho… wak (buat) je (sahaja), dok payah (tak perlu) kita nak angkut (bawa)… sebab sekarang ni kan, sekolah takdok (tidak ada) ‘lab’, ‘lab’ guna untuk kelas, susah skit(lah).”[Kalau disediakan tempat khas seperti bilik atau makmal komputer untuk kelas akan memudahkan kerja kerana guru tidak perlu membawa komputer ke mana-mana sebab sekarang ini sekolah tiada makmal guna untuk kelas] P2K3(5)

Partisipan kedua dan ketiga berpendapat masalah komputer yang berhenti operasi secara

tiba-tiba mengganggu P&P:

“Hem, guna-guna acap skit dokleh ah. Em… hang tu teruk em, masalah hang …rosak, rosak je, dok leh nok ngajar terus, he…[d]oh duk baiki menda tu, o… nok wak gane, nok wak… jadi macam terganggu pelajaran kita ah, kita nak ngajar tu, kan, terganggu, ah, ngajar jugak, tapi, tapi masa tu kan, sikit ah, duk main sibuk baiki komputer…” [Kekerapan penggunaan komputer menyebabkan komputer tersebut berhenti operasi secara tiba-tiba serta menganggu waktu belajar dan kadang-kala terpaksa berhenti mengajar untuk baiki komputer tersebut menyebabkan waktu belajar menjadi pendek.] P2K3(2)

“Em… masa ngajar (mengajar), kadang-kadang em… ‘shut down’ ok…jadi bermasalah…komputer hang.” P3K3(2)

Partisipan kedua juga menyatakan ada masalah gangguan bekalan elektrik:

“Em, memang, ‘black out’ tu, ‘black out’ tu merosakkan komputer gok (juga) o, ‘black out’.” P2K3(3)

Di samping itu, terdapat juga masalah penjagaan komputer seperti yang dinyatakan oleh

Page 33: BAB 3

partisipan kedua:

“Kalau laptop ni, memang sensitif sikit, ye (ia) kena jaga molek ah laptop sebab laptop kan biasanya kita bawak (bawa) gi (pergi) mana-mana kan, hok (yang) lain personal computer tu dok leh (tidak boleh) bawak (bawa) gi (pergi) mana ye(ia) sensitif ah, kena jaga molek, lagi pun benda alat-alat mudah rosak gok (juga), o… sensitif, macam skrin, skrin ye sensitif…” P2K3(4)

Page 34: BAB 3

4.1.3.2 Masa Persediaan

Persediaan dilakukan untuk memudahkan guru semasa P&P kerana guru perlu memilih

bahan yang sesuai, jika perlu guru tersebut akan menambah atau mengubahsuai apa yang

terkandung dalam perisian yang ingin digunakan. Partisipan pertama berpendapat kadang-

kadang tiada masa untuk membuat persediaan:

“Kadang-kadang kita nok (nak) bersedia tu kita tak dok (tidak ada) masa…[b]elajar kejap je, masa untuk bersedia tu lah yang mengambil masa nya…[k]ita kena bersedia dulu, baru jadi cepat, kalau tak bersedia memang lambat ah jadi…” P1K3(4)

Beliau menyatakan komputer tidak digalakkan bawa pulang ke rumah untuk membuat

persediaan:

“Menda tu tidak, tidak bebas ah ok, nok (nak) wak (buat) balik rumah ke apa, tapi bila ada keperluan…[u]ntuk bersedia di rumah kita dibenarkan wak (buat) balik ah…tapi kita tidak menggalakkan wak (buat) balik, tak menggalakkan…[s]ebab bila ada kehilangan, menda tu bukan murah…[m]emang bertambah kerjalah, bertambah, dulu tak perlu tengok, tak perlu buka-buka komputer tengok apa bersedia tu, ni mengajar banyak tu juga, betul dok (kan), ho sekarang ni bila dah ada komputer beban semakin bertambah nok (nak) jaga komputer lagi…nok sediakan bahan lagi mengajar pun banyak tu juga.” P1K3(5)

Daripada pendapat partisipan kedua yang menyatakan perlu masa yang banyak untuk

Page 35: BAB 3

persediaan:

“Tu lah (itulah) kita dok (tidak) bersedia secara manual kan…[s]usah skit ah, masa memang banyak, baik kita ngajar manual gitu senang, ek…senang, senang je, bagi nota skit (sikit), bagi nota.” P2K3(6)

Partisipan ketiga pula berpendapat perlu masa yang lama guna komputer dalam P&P:

“Rasa Kak Yah lambatlah, kita lambat ni kita, kita kalau hari tu kita nak learning outcome dia, dua, tiga, boleh se (satu) je (sahaja) kadang-kadang…dari segi proses tu lambat…[l]ambat, lambat, memang lambat guna komputer tapi dia memang mudah kalu (kalau) kita ngajar (mengajar), maknanya membantulah, ni gok (juga).” P3K3(3)

Page 36: BAB 3

4.1.3.3 Kemahiran komputer

Masalah berkaitan kemahiran komputer yang tidak mencukupi:

“Kemahiran komputer, doklah (tidaklah) berapa mahir mana…[b]oleh, makna bukan setakat kemahiran tinggi, kemahiran sederhana…kurang pengalaman, makna setakat nok guna sendiri tu tak cekap, bolehlah tapi tak cekap ah, pas (lepas) tu kebanyakan guru-guru em… dok (tidak) tahulah guru di sekolah saya tapi sebab kawan-kawan lain kalau kat bandar-bandar ye (dia) ada banyak kelas-kelas, kelas-kelas apa tu yang dianjurkan oleh em… pihak-pihak tertentulah di kelas tu lah hok (hak) belajar komputer kononnya, dok (kan)? Untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita, tapi kalau di luar bandar ni mana ada orang nak ajar kelas-kelas gitu (begitu), sapa (siapa) pulak (pula) nak gi (pergi) belajar, kalau buka kelas tu rugi ah ho…” P1K3(6)

“Bila kita pergi berkursus sekolah, murid tak belajar pulak, ha, ha, ha tapi hok yang lain boleh dibuat jika mahu, betul, dok (kan)? Ho… sebab benda ni program dalam negara kan, saya akuilah memang guru-guru ni kurang berpengalaman dalam bidang komputer” [Apabila guru pergi menghadiri kursus, kelas terpaksa dibatalkan kerana kekurangan guru.] P1K3(7)

“Memang banyak masalah belajar sendiri ni, kita dokleh (tidak boleh) nok (nak) nafikanlah.” [Mempunyai banyak masalah belajar komputer sendiri] AHF20(III)

“Bolehlah” [Kemahiran komputer] P1K3(8)

4.1.3.4 Pemahaman Pelajar

Page 37: BAB 3

Berhubung dengan masalah pemahaman pelajar, menurut pendapat partisipan kedua yang

berpendapat penggunaan CD tidak difahami oleh pelajar:

“Ehem, em… guna komputer untuk budak ah. Untuk budak macam, masa belajar kan, masa belajar macam… kan bahasa ing, bahasa inggeris, ETeMS kan ada tu, kena guna komputer kan, ada… program dalam komputer o, ada, ada CDlah maknanya, kita dokleh (tidak boleh) nak guna gok (juga) sebab budak dok (tidak) faham… sebab ‘CD’ tu ye macam, ye guna bahasa Inggeris ‘straight’ kan, budak-budak bukannya pandai bahasa Inggeris…[t]erang gitu, gitu-gitu jelah, ye (dia) suruh tengok gitu-gitu…” P2K3(9)

Beliau berpendapat pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris tidak faham apa yang

dipelajari:

Page 38: BAB 3

“Ada setengah-setengah tu, ada setengah pelajar ok, setengah-setengah tu kurang kalau macam hok (yang) hujung-hujung kan, ok, kalau macam hok (yang) dok (tidak) pandai bahasa Inggeris tu, o hok (hak) tu memang dok (tidak) minat dok (tidak) faham kan menda (benda) apa hok (yang) ye (ia) kata o, kalau budak yang pandai bahasa Inggeris tu, minat lah…lambat, se (satu) gi (pergi) macam kalau kita ‘translate’ kira bahasa Melayu, ok kalau kita royak (bagi tahu) dalam bahasa Inggeris, dok (tidak) faham, kita kena royak (bagi tahu) bahasa Melayu pulak (pula).” P2K3(11)

“Kalau, kalau kelas depan tu mungkin deras ah, kalau kelas depan kita nok cepat kan belajar, nok suruh habis silibus tu okey ah tapi kalau kelas hujung tu, dok (tidak) jadi sebab budak dok (tidak) faham, budak susah nak faham, dok (tidak) sempat, jadi kita kena ulang balik menda (benda) apa…[k]alau sejam ok, kalau sejam mula-mula tu okey ah, em, sepuluh minit pertama tu okey, lepas tu, em, mula lah ye (dia) bising… ye (dia) bosan, sebab ye (dia) dok (tidak) faham kan benda tu, benda hok (hak) buat komputer tu royak (bagi tahu), makna kita kena jelas mula, kita kena a… se (satu) tajuk kita terang pulak dalam bahasa Melayu, sebab kelas, sebab sekolah ni kan, sekolah luar bandar, susah skit (sikit) ah.”

P2K3(14)

Beliau menyatakan lagi, sesetengah bahan yang terdapat dalam CD tidak difahami

pelajar:

“ ‘CD’ yang diberi mempunyai penerangan yang jelas dan panjang lebar, ini menyebabkan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan silibus lagi pun pelajar kurang faham sesetengah bahan yang ditunjukkan dalam ‘CD’ tersebut, ini juga menjadikan kurang penggunaan komputer disebabkan murid tidak faham. Tidak perlu ditunjukkan kepada murid jika murid tidak faham, lebih baik guna cara manual sahaja yang lebih senang atau buat sendiri dalam ‘Microsoft Power Point’, kita boleh ikut kesesuaiannya.” P2K3(12)

Page 39: BAB 3

Partisipan kedua juga berpendapat CD yang digunakan jelas dan panjang lebar

menyebabkan P&P menjadi lambat:

“kita sepatutnya kita ada tiga hari tu, kita nak ‘learning outcome’ tiga, tapi kalau kita bergantung pada, boleh dua je, sebab dia direct sangat dalam CD ok…”

P3K3(4)

Page 40: BAB 3

Sejauh manakah guru-guru matematik menggunakan perisian berkaitan matapelajaran matematik seperti Geometer’s Sketchpad(GSP), Autograph,

Frontpage dan lain-lain.

Daripada soalan temu bual didapati kesemua partisipan belum menggunakan perisian

tersebut dengan rasminya. Ada juga sesetengah partisipan yang tidak tahu langsung dan

ada juga partisipan yang tahu serba sedikit sahaja mengenai perisian tersebut. Pernyataan

temu bual daripada partisipan-partisipan adalah seperti berikut :

“A… belum, kita tak tahu pun…[h]o, ho… belum, belum, belum, kita belum didedahkan pun…[c]uma sekadar tengok-tengok je lah, makna kita…[e]m… ‘time’… apa orang panggil, ‘time constrain’, he, hem.” P1K4(1)

“Em, em, dok guna..[d]ok belajar pun lagi… hok tu atasan tu, budak-budak ni…[h]a, untuk diri sendiri ah. Ada gok(juga) skit(sikit).” P2K4(1)

Bagaimanakah reaksi guru terhadap pihak pentadbir sekolah dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran

matematik oleh guru-guru matematik dengan menggunakan komputer.

Page 41: BAB 3

Berdasarkan data yang didapati, berikut adalah reaksi guru terhadap pihak pentadbir sekolah dan JPN dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan mata pelajaran matematik oleh guru-guru matematik dengan menggunakan komputer dilihat dari segi penggunaan komputer, alatan komputer dan kursus komputer.

4.1.5.1 Penggunaan komputer

Partisipan pertama menyatakan pihak pentadbir sekolah mengikut arahan pihak Kementerian dan menggalakan penggunaan komputer:

Page 42: BAB 3

“Memang mengikut arahan daripada jabatan kementerianlah memang me, me apa ni menyuruh mewajibkan…[m]enggalakkan menggunakan komputer, makna dia dapat arahan gitu (begitu) doh (sudah), makna suruh menyuruhlah guru-guru menggunakan komputer ni.” P1K5(1)

4.1.5.2 Alatan Komputer

Partisipan pertama dan kedua menyatakan alatan komputer adalah mencukupi:

“O… komputer, Alhamdulillah cukup…[s]atu guru sorang komputer.” [Alatan komputer] P1K5(2)

“Ok beres tak dok(tidak) menda(benda), semua ada.” [Alatan komputer] P2K5(1)

4.1.5.3 Kursus Komputer

Menurut pendapat partisipan pertama yang pernah mengambil kursus sebanyak dua kali,

kursus komputer masih lagi tidak mencukupi dan beliau terpaksa belajar sendiri:

“Ho.. bergantung kepada ‘self access learning’, ha, ha… cuba-cuba dan diberi tu, maknanya kemahiran komputer dengan apa yang kursus yang dibagi tidak mencukupi…[s]aya baru kursus komputer dua kali baru” P1K5(3)

Partisipan kedua yang pernah menghadiri kursus komputer sebanyak sekali juga menyatakan beliau terpaksa belajar sendiri:

Page 43: BAB 3

“Ada, kursus ETeMP tu je (sahaja) sekali ngajar (mengajar) komputer…[s]etakat ni sekali, dok (tidak) gi (pergi) gi(pergi), tak dok (tidak ada) lagi kursus lain, baru sekali tu, ah…belajar sendiri, masa dulu-dulu kan ambil kursus kan, ambil kursus komputer bolehlah, masa, masa sebelum duduk saja-saja dulu-dulu, pas tu (lepas itu) hok (yang) bayar tu, kan.” P2K5(2)