bab 2 proses permohonan permit barang kawalan...
TRANSCRIPT
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
BAB 2
PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
1. OBJEKTIF
Prosedur Standard Operasi ini bertujuan menerangkan prosedur permohonan,
pembaharuan, pindaan dan pembatalan permit untuk membeli barang kawalan
berjadual tertentu.
2. SKOP
Prosedur Standard Operasi ini merangkumi tugas memproses permohonan
baharu, pembaharuan, pindaan dan pembatalan permit untuk membeli barang
kawalan berjadual secara atas talian (online) dan manual di peringkat Ibu
Pejabat, KPDNHEP Negeri dan Cawangan.
3. RUJUKAN
• Akta Kawalan Bekalan 1961;
• Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2016;
• Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974;
• Perintah Kawalan Bekalan (Pengecualian) 2014 P.U. (A) 94;
• Manual Pengguna Business Licensing Electronic Support System (Sistem
BLESS 2.0); dan
• Manual Pengguna Sistem MySubsidi Diesel
4. DEFINISI
4.1 Barang Kawalan Berjadual
Barang Kawalan Berjadual adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Bahagian 1 Jadual, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
4.2 Permit Barang Kawalan Berjadual
Surat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan atau
Timbalan Pengawal Bekalan (Pengarah Penguatkuasa) kepada syarikat,
organisasi atau individu untuk membeli barang kawalan berjadual dalam
jumlah tertentu daripada pemborong berlesen untuk sesuatu kegunaan
selain dari tujuan jualan semula.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
4.3 Permit Khas
Surat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan atau
Timbalan Pengawal Bekalan (Pengarah Penguatkuasa) kepada syarikat,
organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel dalam
jumlah tertentu daripada stesen minyak untuk sesuatu kegunaan yang
dibenarkan selain dari tujuan jualan semula.
4.4 Barang Kawalan Berjadual Yang Dipermitkan
Barang kawalan berjadual yang dipermitkan adalah Petrol, Diesel, Gas
Petroleum Cecair, Gula, Minyak Masak dan Tepung Gandum.
4.5 Sistem BLESS 2.0 (Business Licensing Electronic Support System)
BLESS 2.0 adalah Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan yang
digunakan untuk permohonan lesen dan permit (selain Permit Khas).
Pelaksanaan Sistem BLESS 2.0 telah bermula pada 23 Disember 2017 dan
boleh dijana melalui portal https://bless2.bless.gov.my/bless2
4.6 Sistem MySubsidi Diesel
Sistem atas talian yang digunakan untuk permohonan Permit Khas. Sistem
MySubsidi dijana melalui portal www.mysubsidi.kpdnkk.gov.my
4.7 Pindaan Ke Atas Permit
Sebarang pindaan ke atas permit yang masih sah tempohnya.
4.8 Jawatankuasa Mengkaji Permohonan Permit (JMPP)
Bertanggungjawab mengkaji, melulus, menolak atau membatalkan permit
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana di Lampiran.
4.9 Surat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Surat sokongan daripada JBPM dari aspek pematuhan spesifikasi
keselamatan penyimpanan barang kawalan petroleum.
4.10 Kontrak Kerja
Dokumen berhubung sesuatu kerja yang akan dilaksanakan oleh
organisasi atau individu.
4.11 Kerja Bergerak
Kerja-kerja yang tidak statik di sesuatu tempat.
[
P
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
4.12 Surat Permohonan Pindaan Permit Barang Kawalan Berjadual
Surat dari pemohon berhubung permohonan meminda perkara-perkara
yang terdapat dalam Permit Barang Kawalan Berjadual sedia ada seperti
kuantiti, alamat tempat simpanan, nama dan alamat pembekal.
4.13 Check Point
Setiap peringkat pemprosesan dalam Sistem BLESS 2.0.
5. SINGKATAN
5.1 KPPN - Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri;
5.2 KPPD - Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah;
5.3 PP - Pegawai Penguatkuasa;
5.4 PPP - Penolong Pegawai Penguatkuasa;
5.5 PmP - Pembantu Penguatkuasa;
5.6 PTM - Pegawai Teknologi Maklumat;
5.7 JMPP - Jawatankuasa Mengkaji Permohonan Permit;
5.8 BLESS - Business Licensing Electronic Support System;
5.9 AO - Agency Officer (Pegawai Pemproses);
5.10 ALO - Agency Licensing Officer (Pegawai Pelesen / Pelulus);
dan
5.11 ASA - Agency System Administrator (Pentadbir Sistem)
6. PUNCA KUASA
Peraturan 9(2)(b) dan Peraturan 18 Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan
1974.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PERANAN PERINGKAT TANGGUNGJAWAB
Pengerusi JMPP /
Pelulus Permit
(ALO)
Ibu Pejabat
Pengarah
Penguatkuasa/Timbalan
Pengarah
Penguatkuasa/Pegawai-
pegawai dari Seksyen Bekalan
dan Harga tidak rendah dari
Ketua Penolong Pengarah,
Negeri KPPN/ Timbalan KPPN
Cawangan KPPD/ Timbalan KPPD
Pegawai
Penyemak
Ibu Pejabat / Negeri PP
Cawangan PPP
AO / Pegawai
Pemproses /
Pegawai
Kemasukan Data
Ibu Pejabat / Negeri
/ Cawangan PPP / PmP
ASA Ibu Pejabat / Negeri PTM / PPP
Cawangan PPP
Penyedia Laporan Ibu Pejabat / Negeri
/ Cawangan PP / PPP / PmP
8. PROSEDUR / TATACARA
8.1 PENDAHULUAN
8.1.1 Bahagian Penguatkuasa (Ibu Pejabat), Seksyen Penguatkuasa
Negeri atau Daerah adalah bertanggungjawab untuk menerima dan
memproses permohonan baharu, pembaharuan dan pindaan
permit.
8.1.2 Permit barang kawalan berjadual di bawah Peraturan 9 (2)
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 adalah terdiri daripada
barang-barang berikut:
i) Semua gred petrol
ii) Semua gred diesel
iii) Gas Petroleum Cecair
iv) Gula
v) Minyak masak
8.1.3 Permit barang kawalan berjadual di bawah Peraturan 18 Peraturan-
Peraturan Kawalan Bekalan 1974 adalah tepung gandum.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.1.4 Mulai tahun 2015, permohonan baharu, pembaharuan dan pindaan
permit barang kawalan berjadual perlu dibuat melalui Sistem
BLESS.
8.1.5 Permohonan dan kelulusan bagi Permit Barang Kawalan Berjadual
boleh dilaksanakan sepenuhnya melalui Sistem BLESS 2.0 mulai 23
Disember 2017.
8.1.6 Permohonan dan kelulusan bagi Permit Khas Barang Kawalan
Berjadual akan diproses melalui Sistem MySubsidi Diesel.
8.1.7 Walaubagaimanapun, permohonan permit boleh diterima dan
diproses secara manual dalam keadaan seperti berikut:
i) Sekiranya berlaku gangguan terhadap Sistem BLESS 2.0 dan
Sistem MySubsidi dalam tempoh 48 jam dari tempoh notis
makluman yang dikeluarkan oleh kedua-dua portal sistem.
ii) Atas keperluan mendesak.
8.1.8 Permohonan permit hendaklah diproses oleh:
i) KPDNHEP di mana barang-barang kawalan tersebut
disimpan atau digunakan.
ii) Bahagian Penguatkuasa atas keperluan tertentu.
8.1.9 Pegawai yang memproses permit di dalam BLESS dilantik sebagai
AO, Pegawai Pelulus Permit dilantik sebagai LO dan Pegawai
Pentadbir Sistem dilantik sebagai ASA.
8.1.10 Tempoh memproses permohonan baharu Permit Barang Kawalan
Berjadual dan Permit Khas serta permohonan pindaan Permit
Barang Kawalan Berjadual adalah 7 hari bekerja dari tarikh
permohonan lengkap diterima, manakala tempoh memproses
permohonan pembaharuan adalah 5 hari bekerja dari tarikh
permohonan lengkap diterima.
8.1.11 Tempoh sah Permit Barang Kawalan Berjadual adalah mengikut
keperluan tetapi tidak melebihi 12 bulan dari tarikh permit
dikeluarkan.
8.1.12 Tempoh sah Permit Khas adalah mengikut keperluan tetapi tidak
melebihi 6 bulan dari tarikh permit dikeluarkan.
8.1.13 Kelulusan bagi permohonan Permit Khas hanya terhad kepada
satu pembekal sahaja KECUALI bagi permohonan Kerja Bergerak
dihadkan kepada dua (2) pembekal sahaja berdasarkan kepada
jadual kerja dan tempoh yang diluluskan tidak melebihi tempoh sah
sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 8.1.12.
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.1.14 Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas hanya dicetak
dan dikeluarkan dengan menggunakan Permit Pre-Signed seperti di
Lampiran 2.
8.2 JAWATANKUASA MENGKAJI PERMOHONAN PERMIT (JMPP)
8.2.1 Peringkat Ibu Pejabat
Pengerusi - Pengarah Penguatkuasa/Timbalan Pengarah
Penguatkuasa/Pegawai-pegawai dari Seksyen
Bekalan dan Harga tidak rendah dari Ketua
Penolong Pengarah.
Setiausaha - Seorang pegawai dari Unit Bekalan.
Ahli-Ahli - Sekurang-kurangnya tiga (3) orang pegawai dari
Seksyen Bekalan dan Harga.
8.2.2 Peringkat Negeri
Pengerusi - KPPN/ Timbalan KPPN.
Setiausaha - Seorang pegawai dari Unit Bekalan.
Ahli-Ahli - Sekurang-kurangnya dua (2) orang
pegawai penguatkuasa.
8.2.3 Peringkat Cawangan
Pengerusi - KPPD/ Timbalan KPPD.
Setiausaha - Seorang pegawai dari Unit Bekalan.
Ahli-Ahli - Sekurang-kurangnya dua (2) orang
pegawai penguatkuasa.
8.3 KRITERIA DAN HAD MAKSIMUM UNTUK PERMIT KHAS
8.3.1 Kegunaan Persendirian
Keterangan : Penggunaan mesin berkuasa kecil dan
kerja-kerja penyelenggaraan
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 25 liter / hari
8.3.2 Forklift
Keterangan : Forklift yang digunakan di dalam gudang
dan tidak dapat mengisi minyak di stesen
minyak kerana tidak berdaftar dengan
Jabatan Pengangkutan Jalan
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 50 liter / hari tanpa mengira
bilangan forklift yang dimiliki
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.3.3 Pertanian
Keterangan : Petani, penternak, pesawah yang
mengusahakan kebun, sawah dan
penternakan tertakluk dengan sokongan
agensi pertanian atau pihak yang berkaitan
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 200 liter / hari
8.3.4 Pengusaha Industri Makanan
Keterangan : Memproses makanan dan minuman
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 100 liter / hari
8.3.5 Pengangkutan Air
Keterangan : Tujuan pelancongan, pengangkutan
persendirian dan sukan air
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 100 liter / hari
8.3.6 Penempatan Penduduk di Kawasan Pedalaman
Keterangan : Rumah Panjang dan pulau-pulau terpencil
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 100 liter / hari
8.3.7 Nelayan Persendirian (Secara Kecil-Kecilan)
Keterangan : Tidak mendapat pengesahan daripada LKIM
dan bukan pemegang e-petrol atau e-diesel
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 50 liter / hari
8.3.8 Lain-lain
Keterangan : Atas keperluan mendesak
Barang Kawalan : Diesel dan Petrol
Kuantiti : Tidak melebihi 500 liter untuk hanya sekali
pembelian sahaja. Kelulusan hanya boleh
diputuskan oleh Jawatankuasa Mengkaji
Permohonan Permit peringkat Negeri
sahaja.
8.3.9 Kelulusan Khas Ibu Pejabat
Jawatankuasa Mengkaji Permohonan Permit Ibu Pejabat boleh
mempertimbang dan meluluskan apa-apa kuantiti melebihi kuantiti
yang dinyatakan seperti dalam perenggan 8.3.1 sehingga 8.3.8
mengikut keperluan.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.4 PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
8.4.1 Permohonan Baharu Permit Barang Kawalan Berjadual
Melalui Sistem BLESS 2.0
i) AO perlu membuka dan menyemak permohonan yang
diterima melalui Sistem BLESS 2.0 dalam tempoh 1 hari
bekerja dari tarikh permohonan baru Permit Barang
Kawalan Berjadual diterima.
ii) AO perlu memastikan setiap maklumat yang dimandatorikan
lengkap diisi dalam borang permohonan atas talian.
iii) AO perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan dimuat
naik seperti berikut:
a. Surat pendaftaran perniagaan/syarikat daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan
Pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) / pendaftaran dari agensi berkaitan;
b. Surat sokongan daripada pembekal;
c. Salinan Lesen Borong Pembekal (CSA) yang masih
sah;
d. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia bagi permohonan Permit Barang Kawalan
Berjadual Petroleum (diserahkan kepada pemohon);
dan
e. Kontrak Kerja (jika berkaitan).
iv) Menjalankan naziran ke atas alamat tempat simpanan
barang kawalan sekiranya melibatkan kuantiti permohonan
yang besar dan disyaki akan menyalahgunakan barang
kawalan (sekiranya perlu).
v) AO perlu melengkapkan dan menyerahkan surat
permohonan sokongan Permit Barang kawalan Berjadual
Diesel/Petrol seperti di Lampiran 4 kepada pemohon bagi
tujuan mendapatkan surat sokongan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia sebagaimana yang dinyatakan pada
perkara 8.4.1 (iii) (c).
vi) AO perlu melengkapkan setiap check point di dalam Sistem
BLESS 2.0.
vii) Permohonan yang lengkap perlu dimasukkan ke dalam
Format JMPP seperti di Lampiran 1 dan dibawa ke
Mesyuarat JMPP untuk pertimbangan kelulusan.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
viii) AO perlu mengisi keputusan mesyuarat JMPP di dalam
Sistem BLESS 2.0 dan dihantar kepada LO.
ix) ALO perlu memilih keputusan permohonan di dalam Sistem
BLESS 2.0 berdasarkan keputusan JMPP dan menghantar
semula kepada AO.
x) AO perlu mendaftarkan permohonan yang telah lulus
dengan nombor rujukan.
xi) Keputusan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual
perlu dimaklumkan kepada pemohon melalui Sistem BLESS
2.0.
xii) Permit yang telah diluluskan perlu dicetak di atas Permit
Pre-Signed seperti di Lampiran 2 mengikut nombor siri
Negeri pejabat pengeluar permit.
xiii) AO perlu menyimpan dan menyelenggara setiap maklumat
permohonan dalam satu fail / folder sama ada dalam bentuk
soft copy atau hard copy.
xiv) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan barang
kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis , kuantiti
dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
8.4.2 Permohonan Pembaharuan Permit Barang Kawalan
Berjadual Melalui Sistem BLESS 2.0
i) AO perlu membuka dan menyemak permohonan yang
diterima melalui Sistem BLESS 2.0 dalam tempoh 1 hari
bekerja dari tarikh permohonan permit barang kawalan
berjadual diterima.
ii) AO perlu memastikan setiap maklumat yang dimandatorikan
lengkap diisi dalam borang permohonan atas talian.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
iii) AO perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan dimuat
naik seperti berikut:
a. Permit Asal;
b. Surat sokongan daripada pembekal;
c. Salinan Lesen Borong Pembekal (CSA) yang masih sah
iv) Menjalankan naziran ke atas alamat simpanan barang
kawalan bagi permohonan yang melibatkan penambahan
kuantiti dan perubahan lokasi simpanan (sekiranya perlu).
v) Sekiranya tiada perubahan permohonan berbanding permit
terdahulu, naziran tidak perlu dilakukan melainkan disyaki
akan menyalahgunakan barang kawalan.
vi) AO perlu mengemaskini fail pemohon dengan menggunakan
nombor rujukan fail terdahulu.
vii) AO perlu melengkapkan setiap check point di dalam Sistem
BLESS 2.0.
viii) Permit yang telah diluluskan perlu dicetak di atas Permit
Pre-Signed mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar
permit.
ix) AO perlu mengkandungkan salinan dokumen permohonan
pembaharuan dalam fail / folder pemohon yang sedia ada.
viii) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan barang
kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis ,
kuantiti dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
ix). Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasa akan dilayan sebagai
permohonan baharu.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.4.3 Permohonan Pindaan Permit Barang Kawalan Berjadual
Melalui Sistem BLESS 2.0
i) Sistem BLESS 2.0 tidak menyediakan modul bagi
permohonan pindaan Permit Barang Kawalan Berjadual. Oleh
yang demikian, permohonan pindaan permit akan dilayan
sebagai permohonan baharu.
ii) AO perlu membuka dan menyemak permohonan yang
diterima melalui Sistem BLESS 2.0 dalam tempoh 1 hari
dari tarikh permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual
diterima.
iii) AO perlu memastikan setiap maklumat yang dimandatorikan
lengkap diisi dalam borang permohonan atas talian.
iv) AO perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan dimuat
naik seperti berikut:
a. Surat pendaftaran perniagaan / syarikat daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan
Pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) / pendaftaran dari agensi berkaitan;
b. Surat sokongan daripada pembekal;
c. Salinan Lesen Borong Pembekal (CSA) yang masih sah;
d. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia bagi permohonan Permit Barang Kawalan
Berjadual Petroleum (diserahkan kepada pemohon);
e. Kontrak Kerja (jika berkaitan); dan
f. Permit asal
v) Menjalankan naziran ke atas alamat tempat simpanan
barang kawalan bagi permohonan yang melibatkan pindaan
boleh dibuat sekiranya perlu.
vi) AO perlu melengkapkan setiap check point di dalam Sistem
BLESS 2.0.
vii) Permit yang telah diluluskan perlu dicetak di atas Permit
Pre-Signed mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar
permit.
viii) AO perlu mengkandungkan salinan dokumen permohonan
pindaan dalam fail / folder pemohon yang sedia ada.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.4.4 Permohonan Baharu Permit Barang Kawalan Berjadual
Secara Manual
Tertakluk kepada Perkara 8.4.1, proses permit secara manual
adalah seperti berikut:
i) Pegawai pemproses perlu menyemak Borang Permohonan
Enfol: PKB 2- Pin. 2/2012 seperti di Lampiran 3, 3(a) dan
3(b) yang diterima di kaunter atau secara pos dalam
tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan baharu
permit diterima.
ii) Pegawai pemproses perlu memastikan setiap maklumat
mandatori lengkap diisi dalam borang permohonan.
iii) Pegawai pemproses perlu memastikan dokumen- dokumen
sokongan dilampirkan seperti berikut:
a. Surat pendaftaran perniagaan / syarikat daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Perakuan
Pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) / pendaftaran dari agensi berkaitan;
b. Surat sokongan daripada pembekal;
c. Salinan Lesen Borong Pembekal (CSA) yang masih
sah;
d. Surat Sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia bagi permohonan Permit Barang Kawalan
Berjadual Petroleum (diserahkan kepada pemohon);
dan
e. Kontrak Kerja (jika berkaitan).
iv) Menjalankan naziran ke atas alamat tempat simpanan
barang kawalan sekiranya melibatkan kuantiti permohonan
yang besar dan disyaki akan menyalahgunakan barang
kawalan (sekiranya perlu).
v) AO perlu melengkapkan dan menyerahkan surat
permohonan sokongan Permit Barang kawalan Berjadual
Diesel/Petrol seperti di Lampiran 4 kepada pemohon bagi
tujuan mendapatkan surat sokongan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia sebagaimana yang dinyatakan pada
perkara 8.4.1 (iii) (d).
vi) Permohonan yang lengkap perlu dibawa ke Mesyuarat JMPP
untuk pertimbangan kelulusan.
vii) Pegawai Pelulus memasukkan keputusan Mesyuarat JMPP
dalam Format JMPP seperti di Lampiran 1.
viii) Pegawai pemproses perlu mendaftarkan permohonan yang
telah lulus dengan nombor rujukan.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
ix) Pegawai pemproses perlu mencetak permit yang diluluskan
di atas Permit Pre-Signed seperti di Lampiran 2 mengikut
nombor siri Negeri pejabat pengeluar permit.
x) Pegawai pemproses perlu menyediakan dan menghantar
surat makluman keputusan permohonan permit kepada
pemohon seperti di Lampiran 5 atau 5(a) selepas
keputusan Mesyuarat JMPP dikeluarkan.
xi) Pegawai pemproses perlu menyimpan dan menyelenggara
setiap maklumat permohonan dalam satu fail / folder sama ada dalam bentuk soft copy atau hard copy.
ix) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan
barang kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis,
kuantiti dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
8.4.5 Permohonan Pembaharuan Permit Barang Kawalan
Berjadual Secara Manual
i) Proses permohonan pembaharuan permit secara manual
adalah sama seperti di 8.4.2 kecuali:
a. Borang permohonan adalah ENFOL : PKB 2(A)
Pin.2/2012 seperti di Lampiran 6 dan 6(a);
b. Kelulusan dibuat terus oleh Pengerusi JMPP tanpa
melalui Mesyuarat JMPP; dan
c. Permit Asal yang diperbaharui perlu ditambah dalam
dokumen sokongan.
ii) Menjalankan naziran ke atas alamat simpanan barang
kawalan bagi permohonan yang melibatkan penambahan
kuantiti dan perubahan lokasi simpanan (sekiranya perlu).
iii) Sekiranya tiada perubahan permohonan berbanding permit
terdahulu, naziran tidak perlu dilakukan melainkan disyaki
akan menyalahgunakan barang kawalan.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
iv) Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasakan akan dilayan sebagai permohonan baharu.
8.4.6 Permohonan Pindaan Permit Barang Kawalan Berjadual
Secara Manual
i) Proses permohonan pindaan permit secara manual adalah
sama seperti di 8.4.3 kecuali dokumen sokongan yang perlu
ditambah seperti berikut:
a. Surat permohonan pindaan daripada pemohon yang
menyatakan sebab-sebab pindaan dipohon;
ii) Naziran ke atas alamat tempat simpanan barang kawalan bagi
permohonan yang melibatkan pindaan boleh dibuat sekiranya
perlu.
8.5 PROSES PERMOHONAN PERMIT KHAS
8.5.1 Permohonan Permit Khas Baharu Yang Diterima Melalui
Sistem MySubsidi Diesel
i) Pegawai Kemasukan Data perlu membuka dan menyemak
permohonan yang diterima dalam Sistem MySubsidi Diesel
dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan baharu
Permit Khas diterima.
ii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan maklumat
pemohon adalah benar dalam setiap bahagian.
iii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan setiap maklumat
yang dimandatorikan lengkap diisi dalam borang permohonan
atas talian.
iv) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan dokumen-
dokumen sokongan dimuat naik seperti berikut:
1. Permohonan Individu
a. Salinan kad pengenalan;
b. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
c. Surat kontrak kerja / surat akuan sumpah / surat
pengesahan daripada pihak yang berkelayakan seperti
Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung di
lokasi barang kawalan tersebut disimpan atau
digunakan seperti format di Lampiran 13;
d. Permohonan bagi kerja bergerak:
i. Jadual kerja operasi (mengandungi maklumat tarikh,
tempoh masa dan lokasi kerja).
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
2. Permohonan Syarikat
a. Salinan kad pengenalan pemilik syarikat;
b. Salinan pendaftaran perniagaan / syarikat daripada
SSM;
c. Salinan surat lantikan wakil syarikat;
d. Surat sokongan dari agensi berkaitan;
e. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
f. Surat kontrak kerja;
g. Salinan dokumen pemilikan/penyewaan jentera
(untuk kategori pertanian sahaja);
h. Salinan dokumen pemilikan tanah (untuk kategori
pertanian sahaja);
i. Salinan sijil pemilikan / penyewaan kenderaan (untuk
kegunaan jentera yang berkaitan).
v) Menjalankan naziran ke atas alamat tempat simpanan
barang kawalan sekiranya melibatkan kuantiti permohonan
yang besar dan disyaki akan menyalahgunakan barang
kawalan (sekiranya perlu).
vi) Pegawai Kemasukan Data perlu mendaftarkan permohonan
yang lengkap kepada Pegawai Penyemak untuk semakan.
vii) Pegawai Penyemak perlu memastikan semua butiran dalam
permohonan adalah betul.
viii) Pegawai Penyemak perlu membawa permohonan yang
lengkap ke Mesyuarat JMPP untuk pertimbangan kelulusan.
ix) Pegawai Pelulus perlu memilih keputusan permohonan di
dalam Sistem MySubsidi Diesel berdasarkan keputusan JMPP
dan menghantar semula kepada Pegawai Kemasukan Data.
x) Pegawai Kemasukan Data perlu mendaftarkan permohonan
dengan nombor rujukan.
xi) Pegawai Kemasukan Data perlu mencetak Permit Khas yang
diluluskan di atas Permit Pre-Signed seperti di Lampiran 2
mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar permit.
xii) Pegawai Kemasukan Data perlu menyimpan dan
menyelenggara setiap maklumat permohonan dalam satu
fail / folder sama ada dalam bentuk soft copy atau hard
copy.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Xiii) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan
barang kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis ,
kuantiti dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
8.5.2 Permohonan Pembaharuan Permit Khas Melalui Sistem
MySubsidi Diesel
i) Pegawai Kemasukan Data perlu membuka dan menyemak
permohonan yang diterima dalam Sistem MySubsidi Diesel
dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan pembaharuan
Permit Khas diterima.
ii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan setiap
maklumat yang dimandatorikan lengkap diisi dalam borang
permohonan atas talian.
iii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan dokumen-
dokumen sokongan dimuat naik seperti berikut:
a. Permit Khas asal; dan
b. Rekod pembelian barang kawalan berjadual seperti di
Lampiran 7;
iv) Menjalankan naziran ke atas alamat simpanan barang
kawalan bagi permohonan yang melibatkan penambahan
kuantiti dan perubahan lokasi simpanan (sekiranya perlu).
v) Sekiranya tiada perubahan permohonan berbanding permit
terdahulu, naziran tidak perlu dilakukan melainkan disyaki
akan menyalahgunakan barang kawalan.
vi) Pegawai Kemasukan Data perlu menghantar permohonan
yang lengkap kepada Pegawai Penyemak untuk semakan.
vii) Selepas semakan, Pegawai Penyemak perlu menghantar
semula kepada Pegawai Kemasukan Data untuk cetakan
permit.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Viii) Pegawai Kemasukan Data perlu mencetak Permit Khas yang
diluluskan di atas Permit Pre-Signed seperti di Lampiran 2
mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar permit.
ix) Pegawai Kemasukan Data perlu menyimpan dan
menyelenggara setiap maklumat permohonan dalam satu
fail / folder sama ada dalam bentuk soft copy atau hard
copy.
x) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan
barang kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis, kuantiti
dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon.
xi) Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasa akan dilayan sebagai
permohonan baharu.
8.5.3 Permohonan Pindaan Permit Khas Melalui Sistem MySubsidi
Diesel
i) Sistem MySubsidi Diesel tidak menyediakan modul bagi
permohonan pindaan Permit Khas. Oleh yang demikian,
permohonan pindaan permit akan dilayan sebagai
permohonan baharu.
ii) Pegawai Kemasukan Data perlu membuka dan menyemak
permohonan yang diterima melalui Sistem MySubsidi Diesel
dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan Permit Khas
diterima.
iii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan setiap
maklumat yang dimandatorikan lengkap diisi dalam borang
permohonan atas talian.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
iv) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan dokumen-
dokumen sokongan dimuat naik seperti berikut:
1. Permohonan Individu
a. Salinan kad pengenalan;
b. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
c. Permit asal;
d. Surat kontrak kerja / surat akuan sumpah / surat
pengesahan daripada pihak yang berkelayakan
seperti Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua
Kampung di lokasi barang kawalan tersebut disimpan
atau digunakan seperti format di Lampiran 13;
e. Permohonan bagi kerja bergerak:
i. Jadual kerja operasi (mengandungi maklumat
tarikh, tempoh masa dan lokasi kerja).
2. Pemohonan Syarikat
a. Salinan kad pengenalan pemilik syarikat;
b. Salinan pendaftaran perniagaan / syarikat daripada
SSM;
c. Salinan surat lantikan wakil syarikat;
d. Surat sokongan dari agensi berkaitan;
e. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
f. Surat kontrak kerja;
g. Salinan dokumen pemilikan / penyewaan jentera
(untuk kategori pertanian sahaja);
h. Salinan dokumen pemilikan tanah
(untuk kategori pertanian sahaja); dan
i. Salinan Sijil Pemilikan / Penyewaan Kenderaan
(bagi kegunaan jentera yang berkaitan)
v) Naziran ke atas alamat tempat simpanan barang kawalan
bagi permohonan yang melibatkan pindaan boleh dibuat
sekiranya perlu.
vi) Pegawai Kemasukan Data perlu melengkapkan setiap check
point di dalam Sistem MySubsidi Diesel.
vii) Permit yang telah diluluskan perlu dicetak di atas Permit
Pre-Signed mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar
permit.
viii) Pegawai Kemasukan Data perlu mengkandungkan salinan
dokumen permohonan pindaan dalam fail / folder pemohon
yang sedia ada.
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.5.4 Permohonan Permit Khas Baharu Yang Diterima Secara
Manual
i) Pegawai Kemasukan Data perlu menyemak Borang
Permohonan Enfol: PKB 2- Pin. 2/2012 (KHAS) seperti di
Lampiran 8 , 8(a) dan 8(b) yang diterima di kaunter atau
secara pos dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh
permohonan baharu Permit Khas diterima.
ii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan setiap
maklumat mandatori lengkap diisi dalam borang
permohonan.
iii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan dokumen-
dokumen sokongan dilampirkan seperti berikut:
1. Permohonan Individu
a. Salinan kad pengenalan;
b. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
c. Surat kontrak kerja / surat akuan sumpah / surat
pengesahan daripada pihak yang berkelayakan
seperti Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua
Kampung di lokasi barang kawalan tersebut disimpan
atau digunakan seperti format di Lampiran 13;
d. Permohonan bagi kerja bergerak:
i. Jadual kerja operasi (mengandungi maklumat
tarikh, tempoh masa dan lokasi kerja).
2. Permohonan Syarikat
a. Salinan kad pengenalan pemilik syarikat;
b. Salinan pendaftaran perniagaan / syarikat daripada
SSM;
c. Salinan surat lantikan wakil syarikat;
d. Surat sokongan dari agensi berkaitan;
e. Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(mengikut keperluan);
f. Surat Kontrak kerja;
g. Salinan dokumen pemilikan / penyewaan jentera
(untuk kategori pertanian sahaja);
h. Salinan dokumen pemilikan tanah (untuk kategori
pertanian sahaja);
i. Salinan sijil pemilikan/penyewaan kenderaan (untuk
kegunaan jentera yang berkaitan)
iv) Menjalankan naziran ke atas alamat tempat simpanan
barang kawalan sekiranya melibatkan kuantiti permohonan
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
yang besar dan disyaki akan menyalahgunakan barang
kawalan (sekiranya perlu).
v) Pegawai Kemasukan Data perlu mendaftarkan permohonan
dengan nombor rujukan.
vi) Pegawai Kemasukan Data perlu menghantar permohonan
yang lengkap kepada Pegawai Penyemak untuk semakan.
vii) Pegawai Penyemak perlu membawa permohonan yang lengkap ke Mesyuarat JMPP untuk pertimbangan kelulusan.
viii) Pegawai Pelulus memasukkan keputusan Mesyuarat JMPP
dalam Format JMPP seperti di Lampiran 1.
ix) Pegawai Kemasukan Data perlu mencetak Permit Khas yang
diluluskan di atas Permit Pre-Signed seperti di Lampiran 2
mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar permit.
x) Pegawai Kemasukan Data perlu menyediakan dan
menghantar surat makluman keputusan permohonan Permit
Khas kepada pemohon seperti di Lampiran 9 atau 9(a)
selepas keputusan Mesyuarat JMPP dikeluarkan.
xi) Pegawai Kemasukan Data perlu memasukkan maklumat
permohonan yang diterima ke dalam Sistem MySubsidi
Diesel di bahagian Kemasukan Data Lepas.
xii) Pegawai Kemasukan Data perlu menyimpan dan
menyelenggara setiap maklumat permohonan dalam satu
fail / folder sama ada dalam bentuk soft copy atau hard
copy.
xiii) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan
barang kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis,
kuantiti dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
8.5.5 Permohonan Pembaharuan Permit Khas Secara Manual
i) Pegawai Kemasukan Data perlu menyemak Borang
Permohonan Pembaharuan ENFOL: PKB 2(A)- Pin.2/2012
seperti di Lampiran 10 dan 10(a) yang diterima di kaunter
atau secara pos dalam tempoh 1 hari dari tarikh
permohonan pembaharuan Permit Khas diterima.
ii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan setiap
maklumat yang dimandatorikan lengkap diisi dalam borang
permohonan atas talian.
iii) Pegawai Kemasukan Data perlu memastikan dokumen-
dokumen sokongan dilampirkan seperti berikut:
a. Permit Khas asal; dan
b. Rekod pembelian barang kawalan berjadual seperti di
Lampiran 7.
v) Menjalankan naziran ke atas alamat simpanan barang
kawalan bagi permohonan yang melibatkan penambahan
kuantiti dan perubahan lokasi simpanan (sekiranya perlu).
vi) Sekiranya tiada perubahan permohonan berbanding permit
terdahulu, naziran tidak perlu dilakukan melainkan disyaki
akan menyalahgunakan barang kawalan.
vii) Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasakan akan dilayan sebagai
permohonan baharu.
iv) Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasakan akan dilayan sebagai permohonan baharu.
v) Pegawai Kemasukan Data perlu menghantar permohonan
yang lengkap kepada Pegawai Penyemak untuk semakan.
vi) Selepas semakan, Pegawai Penyemak perlu menghantar
semula kepada Pegawai Kemasukan Data untuk cetakan
permit.
vii) Pegawai Kemasukan Data perlu mencetak Permit Khas yang
diluluskan di atas Permit Pre-Signed seperti di Lampiran 2
mengikut nombor siri Negeri pejabat pengeluar permit.
viii) Pegawai Kemasukan Data perlu menyediakan dan
menghantar surat makluman keputusan permohonan Permit
Khas seperti di Lampiran 9 dan 9(a) kepada pemohon
selepas permit dicetak.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
ix) Pegawai Kemasukan Data perlu memasukkan maklumat
permohonan yang diterima ke dalam Sistem MySubsidi
Diesel di bahagian Kemasukan Data Lepas.
x) Pegawai Kemasukan Data perlu menyimpan dan
menyelenggara setiap maklumat permohonan dalam satu
fail / folder sama ada dalam bentuk soft copy atau hard
copy.
xii) Merekodkan maklumat permohonan permit yang
merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a. Nombor pendaftaran permit;
b. Nama pemegang permit;
c. Alamat perniagaan dan alamat tempat simpanan
barang kawalan;
d. Nama dan alamat pembekal;
e. Butir-butir barang kawalan dipermitkan (jenis, kuantiti
dan deskripsi);
f. Tarikh permohonan lengkap diterima;
g. Tarikh kelulusan;
h. Tempoh sah permit;
i. No. siri permit; dan
j. Tarikh serahan kepada pemohon
xiii) Permohonan pembaharuan permit yang dihantar selepas
tamat tempoh permit dikuatkuasa akan dilayan sebagai
permohonan baharu.
8.5.6 Permohonan Pindaan Permit Khas Secara Manual
i) Proses permohonan pindaan permit secara manual adalah
sama seperti di 8.5.3 kecuali dokumen sokongan yang perlu
ditambah seperti berikut:
a. Surat permohonan pindaan daripada pemohon yang
menyatakan sebab-sebab pindaan dipohon.
ii) Naziran ke atas alamat tempat simpanan barang kawalan
bagi permohonan yang melibatkan pindaan boleh dibuat
sekiranya perlu.
8.5.7 PEMBATALAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL DAN
PERMIT KHAS YANG TELAH DIKELUARKAN
Permohonan pembatalan Permit Barang Kawalan Berjadual dan
Permit Khas boleh dilakukan berdasarkan keadaan seperti berikut:
i. Permohonan daripada pemegang permit;
ii. Terdapat kesilapan pada maklumat di dalam permit;
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
iii. Arahan daripada Pegawai Pelulus.
iv. Kelulusan pembatalan permit hanya boleh dilakukan oleh
Pegawai Pelulus sahaja.
v. Pemohon dimakluman mengenai pembatalan permit melalui
surat seperti di Lampiran 11.
8.5.8 LAPORAN BULANAN PERMOHONAN PERMIT
KPDNHEP Negeri dan Cawangan perlu mengemukakan laporan
bulanan permohonan permit ke BPGK pada setiap bulan sebelum
10 hari bulan berikutnya seperti Format di Lampiran 12.
8.5.9 KEGAGALAN MELAKSANAKAN SOP
Kegagalan pegawai melaksanakan SOP ini boleh dikenakan
tindakan tatatertib
9. LAMPIRAN
Format Jawatankuasa Mengkaji Permohonan - Lampiran 1 & 1(a)
Permit (JMPP)
Permit Pre-Signed - Lampiran 2 & 2(a)
Borang Permohonan Baharu Permit Barang - Lampiran 3, 3(a),
Kawalan Berjadual Enfol: PKB 2- Pin. 2/2012 3(b) & 3(c)
• Surat permohonan sokongan Permit Barang - Lampiran 4
Kawalan Berjadual Diesel dan Petrol
• Surat makluman Keputusan permohonan - Lampiran 5 & 5(a)
Permit Barang Kawalan Berjadual
• Borang Permohonan Pembaharuan Permit - Lampiran 6 & 6(a)
Barang Kawalan Berjadual ENFOL: PKB 2(A)
Pin.2/2012
Rekod Pembelian Barang Kawalan Berjadual - Lampiran 7
Borang Permohonan Baharu Permit Khas - Lampiran 8, 8(a),
ENFOL: PKB 2(A) Pin.2/2012 8(b) & 8(c)
• Surat makluman keputusan permohonan Permit - Lampiran 9 & 9(a)
Khas
Borang Permohonan Pembaharuan Permit Khas - Lampiran 10 &
ENFOL: PKB 2(A) Pin.2/2012 10(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
Surat Makluman Pembatalan Permit - Lampiran 11
Laporan Bulanan Permohonan Permit - Lampiran 12
Surat Pengesahan Menjalankan Aktiviti - Lampiran 13
Pind. 5.10.2018
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
10. CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN BAHARU PERMIT BARANG
KAWALAN BERJADUAL DAN PERMIT KHAS
Lengkapkan semua check point
Permohonan dipertimbangkan dalam JMPP
Pengawal / Timbalan Pengawal/ KPPUKB/
KPPN/ KPPD atau orang yang diberi kuasa.
mempertimbangkan permohonan untuk
kelulusan/ditolak.
KEPUTUSAN JMPP
AO/ pegawai pemproses daftar
nombor rujukan, cetak permit,
maklum keputusan, serah permit
dan selenggara rekod
Pegawai Pelulus memasukkan
keputusan permohonan dalam
sistem
MULA
Semak permohonan dalam Sistem BLESS 2.0 / MySubsidi Diesel / borang
permohonan dan dokumen sokongan berdasarkan senarai semak,sepertimana
yang diperlukan dalam Arahan Kerja Permohonan, Pembaharuan dan Pindaan
Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas
Permohonan Lengkap ? YA TIDAK
Tolak permohonan
LULUS DITOLAK
TAMAT
Maklumkan keputusan kepada
pemohon melalui sistem / surat
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
11. CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT
BARANG KAWALAN BERJADUAL DAN PERMIT KHAS
Lengkapkan semua check point
Pengawal / Timbalan Pengawal/ KPPUKB/
KPPN/ KPPD atau orang yang diberi kuasa.
mempertimbangkan permohonan untuk
kelulusan/ditolak.
AO/ pegawai pemproses cetak permit,
maklum keputusan, serah permit dan
selenggara rekod
Pegawai Pelulus memasukkan
keputusan permohonan dalam
sistem
MULA
Semak permohonan dalam Sistem BLESS 2.0 / MySubsidi Diesel / borang
permohonan dan dokumen sokongan berdasarkan senarai semak,sepertimana
yang diperlukan dalam Arahan Kerja Permohonan, Pembaharuan dan Pindaan
Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas
Permohonan Lengkap ? YA TIDAK
Tolak permohonan
LULUS DITOLAK
TAMAT
Maklumkan keputusan kepada
pemohon melalui sistem / surat
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
12. CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN PINDAAN PERMIT BARANG
KAWALAN BERJADUAL
Lengkapkan semua check point
Permohonan dipertimbangkan dalam JMPP
Pengawal / Timbalan Pengawal/ KPPUKB/
KPPN/ KPPD atau orang yang diberi kuasa.
mempertimbangkan permohonan untuk
kelulusan/ditolak.
KEPUTUSAN JMPP
AO/ pegawai pemproses daftar
nombor rujukan, cetak permit,
maklum keputusan, serah permit
dan selenggara rekod
Pegawai Pelulus memasukkan
keputusan permohonan dalam
sistem
MULA
Semak permohonan dalam sistem Sistem BLESS 2.0 / borang permohonan
dan dokumen sokongan berdasarkan senarai semak,sepertimana yang
diperlukan dalam Arahan Kerja Permohonan, Pembaharuan dan Pindaan
Permit Barang Kawalan Berjadual
Permohonan Lengkap ? YA TIDAK
Tolak permohonan
LULUS DITOLAK
TAMAT
Maklumkan keputusan kepada
pemohon melalui sistem / surat
Naziran (jika perlu)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 1
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 1(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 2
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 3
Lampiran 3 (a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 3(a)
Lampiran 3 (b)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 3(b)
Lampiran 3(c)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 3(c)

LAMPIRAN 4
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 5
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 5(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 6
.
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 6(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 7
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 8
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 8(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 8(b)
LAMPIRAN 8(b)
LAMPIRAN 7(b)
LAMPIRAN 7(c)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 8(c)

LAMPIRAN 9
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 9(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 10
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 10(a)
BAHAGIAN 5
BAB 2 – PROSES PERMOHONAN PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL
SOP BPGK-KPDNKK-JILID 2 TARIKH KUATKUASA : 02 JANUARI 2018 EDISI : 2
LAMPIRAN 11
LAMPIRAN 12
LAMPIRAN 13
Pind. 5.10.2018