bab 2 - pengurusan sukan
TRANSCRIPT
BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN
2.1 – Fungsi Pengurusan
BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN
2.6 – Pengurusan Pertandingan Sukan
2.5 – Sistem Pertandingan
2.4 – Inventori
2.3 – Pengurusan Prasarana dan alatan
Sukan
2.2 – Peranan dan Kemahiran Pengurus
Sukan
2.1 – FUNGSI
PENGURUSAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan pengurusan sukan.
b) Memerihalkan fungsi pengurusan:
perancangan, pengorganisasian,
pengambilan staf, pengarahan,
penyelarasan, pelaporan, pengawalan dan
bajet;
c) Memerihalkan organisasi sukan sekolah
dan bidang tugas personel yang terlibat.
2.1 – FUNGSI PENGURUSAN
Mohd Saleh Aman, 2005
Pengurusan merupakan,
• Proses bekerja bersama orang lain dengan
menggunakan sumber optimum dalam
persekitaran yang sentiasa berubah. Secara
operasinya, pengurusan bermaksud “mencari
cara atau menyelesaikan kerja”
Menurut William, Charlie dan Warren (1972)
• Pengurusan ialah proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan.
EMPAT FUNGSI PENGURUSAN
• Perancangan
• Pengorganisasian
• Kepimpinan
• Pengawalan
1. PERANCANGAN
• Melibatkan prosas menetapkan matlamat, mengenal
pasti strategi dan membina perancangan untuk
menyelaraskan aktiviti.
• Memberikan hala tuju organisasi.
• Menyelaras dan mengorganisasi semua sumber
yang perlu digunakan.
• Membantu bagi memfokuskan segala usaha dalam
organisasi.
• Membantu pengurusan dalam pembuatan
keputusan.
• Mengawal dan menilai prestasi organisasi.
2. PENGORGANISASIAN
• Proses penyusunan dan pengagihan sumber
manusia dan sumber lain untuk melaksanakan
tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
Pengorganisasian akan dapat :-
a) Menjelaskan tugas – tugas setiap individu
dalam organisasi.
b) Mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab
terhadap sesuatu tugas.
c) Membentuk saluran komunikasi yang formal.
• Contoh :- Carta Organisasi
3. KEPIMPINAN
• Merupakan satu proses dimana seorang pemimpin
cuba mempengaruhi pekerjanya dengan cara
berkomunikasi, memberikan motivasi dan
menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tingkah
laku perkerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
• Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada
bagaimana dia boleh menyelesaikan sesuatu
tugasan dengan baik tanpa mendatangkan konflik
dikalangan pekerja – pekerjanya.
• Kegagalan pekerja merupakan juga kegagalan
pemimpin juga.
4. PENGAWALAN
• Matlamat organisasi melibatkan proses pemantauan
prestasi dan aktiviti, menilai pencapaian,
membandingkannya dengan tahap standard dan
mengambil tindakan jika perlu.
• Kawalan boleh wujud dalam dua situasi:-
Kawalan dalaman – wujud dari dalam individu
tersebut bagaimana beliau mengawal dan
menentukan prestasi diri sendiri.
Kawalan luaran – wujud apabila seseorang
memberikan tekanan kepada prestasi dan
tugasan seseorang.
Menurut Mull et all (1997) Sukan ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara
koperatif @ kompetitif dalam bentuk permainan.
“Koperatif dan kompetitif” merujuk kepada gaya dan tindakan dalam sukan. Ia juga
merupakan tingkah laku asas manusia yang biasanya timbul semasa berinteraksi
KETEGORI SUKAN
• Dasar Sukan Negara Malaysia (1998)
mengketegorikan sukan kepada 4 kategori :-
SUKAN UNTUK SEMUA
1. Sukan dengan pendidikan
2. Sukan Rekreasi
SUKAN PRESTASI TINGGI
1. Sukan Amatur
2. Sukan Profesional
• Sukan yang menitik beratkan pengajaran
kemahiran, strategi dan pengetahuan tantang sukan
untuk mendidik para pelajar melalui kursus-kursus
akademik.
• Sukan ini dijalankan di sekolah-sekolah
kerajaan,swasta, kolej dan universiti.
SUKAN DENGAN PENDIDIKAN
SUKAN REKREASI
Aktiviti sukan yang diprogramkan untuk menggalakkan penyertaan dan mendatangkan rasa gembira dikalangan peserta.
Sukan rekreasi terbahagi kepada 5 jenis :-
1. Sukan instruksional – permainan kecil berstruktur
2. Sukan informal – permainan kanak-kanak, kampung
3. Sukan intramural – sukan bukan pertandingan, contoh perlawanan persahabatan antara sekolah.
4. Sukan extramural – sukan intramural yang dipertandingkan secara suka-suka dan pengiktirafan.
5. Sukan di peringkat kelab – permainan antara kelab bertujuan untuk mengeratkan silaturahim.
SUKAN AMATUR• Membimbing individu dalam sukan ke arah
kejayaan dan kecemerlangan
• Sukan amatur mendapat sokongan daripada
kerajaan dan memperolehi sumber kewangan
melalui agensi sukan kerajaan.
• Contoh:-
MABA – Malaysian Amateur Basketball Association
KOAM – Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
SUKAN PROFESIONAL
• Acara sukan komersial
yang memberikan
penekanan kepada unsur
hiburan dan menyediakan
ganjaran kewangan
kepada perserta yang
tinggi kemahirannya.
• Contoh:- Pemain dalam Liga
Inggeris, Sepanyol dsb.
DEFINISI PENGURUSAN SUKAN
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :-
i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan
ii. Pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang wajib.
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
• Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan,
pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam
konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana
produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.
KELLY, BLANTON DAN BERTEL (1990)
• Pengurusan sukan adalah satu proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan.
WILLIAM, CHARLIE DAN WARREN (1972)
• Pengurusan Sukan sebagai satu proses mencari cara menentukan tanggungjawab dan mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan merancang dan mengawal perjalanan sukan bagi mencapai objektif organisasi.
MOHD. SALLEH AMAN, (2005)
MOHD. KHAIRI DAN BORHANUDDIN, (2005)
• Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai satu
proses menyeluruh yang bertujuan
menstrukturkan segala aktiviti yang dikehendaki
oleh sesuatu badan sukan.
PENGAWALAN
PENGARAHANKEPIMPINAN
PERANCANGAN
PENILAIAN PENGELOLAAN
PENYEDIAAN BELANJAWAN
PENGURUSAN
SUKAN
• Masa yang
diperuntukkan
– Jadual latihan, pra
pertandingan dan
pertandingan
• Bilangan peserta
• Belanjawan yang diberi
– Menetapkan tempat
latihan, pra pertandingan
dan keperluan atlit atau
badan sukan.
• Masa yang diperuntukkan– Masa latihan,
prapertandingan dan pertandingan
• Bilangan peserta– Jenis pertandingan
• Belanjawan yang diberi– Menyenarai pegawai
• Kemudahan tersedia– Kemudahan alatan yang
tersedia
• Maklumat perancangan
dan bentuk latihan atau
pertandingan
– Mengarahkan komponen
kemahiran yang lain
menjalankan tugas
mereka
• Pemantauan dan
pemerhatian ke atas
perjalanan komponen
kemahiran yang lain
• Maklumat komponen lain
dalam pengurusan
sukan
– Mengawal selia bidang tugas
komponen kemahiran
pengurusan yang lain
– Bersedia memberi bantu
mula dan bantuan terapi
kepada atlit yang mengalami
kecederaan semasa latihan
atau pertandingan dengan
menyediakan fisioterapi dan
pegawai perubatan
• Kertas kerja program yang dirancangkan
– Meneliti kertas kerja
– Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian
tertentu seperti KBS
– Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan
individu.
– Merangka dan menjangkakan perbelanjaan –
perbelanjaan yang bakal timbul dan mencari sumber
untuk pembiayaan perbelanjaan tersebut.
• Maklumat daripada komponen perancangan dan pengelolaan– Merangka rancangan
latihan
– Mengaplikasi prinsip-prinsip dan kaedah latihan
– Menetapkan ujian dan mendapatkan skor
– Mengurus persediaan dan kebajikan peserta/atlit
– Pemakanan atlit
• Maklumat daripada semua komponen kemahiran yang lain
– Menilai :
• Perancangan
• Kemajuan atlet
• Interpretasi
• Kemudahan perubatan/fisioterapi/bantu mula
• Kemampuan kepimpinan jurulatih,pengurus pasukan dan pakar pemakanan mengurus atlet
• Sama ada kesemua komponen kemahiran bergerak di landasan yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan pada setiap yang dirancang.
2.2 – PERANAN DAN
KEMAHIRAN
PENGURUSAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan kemahiran pengurus, seperti komunikasi
(lisan dan bukan lisan), teknikal (bajet, program,
pertandingan, dan latihan), dan konseptual (idea, visi,
dan misi).
b) Menyatakan peranan utama pengurus dalam organisasi
sukan: pengantara antara pasukan dengan pihak
pengurusan, wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat
pengurus, pengurus bajet dan penajaan pasukan,
penjaga kebajikan pasukan, penyampai maklumat,
penyelesai masalah, pembuat keputusan, pengurus
prasarana latihan dan pertandingan, dan pelapor.
2.2 – PERANAN DAN KEMAHIRAN
PENGURUS SUKANPERANAN PENGURUS
• Menguruskan kakitangan (Interpersonal)
• Menyampaikan maklumat (Informational)
• Membuat keputusan (Decisional)
PENGURUSAN YANG BERJAYA
• Diukur daripada operasi pengurusan yang produktif.
• Boleh dibuktikan dengan pencapaian yang positif
serta memberikan perubahan positif kepada
organisasi yang dipimpin.
• Kecekapan adalah usaha memperoleh sejumlah hasil
yang maksimum daripada penggunaan sumber paling
minimum.
– (Melakukan kerja dengan betul / Doing things right)
• Keberkesanan pula ialah kejayaan pengurus
menyelesaikan kerja dan mencapai objektif organisasi.
– ( Melakukan kerja yang sepatutnya/ Doing the right
things)
KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN
a) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
• Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan
menerima maklumat secara verbal dan bukan
verbal serta bagaimana seseorang pengurus
dapat mempengaruhi kakitangan.
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
b) KEMAHIRAN TEKNIKAL
– Menyediakan belanjawan.
– Merancang jadual pertandingan.
– Merancang dan menyelia latihan.
– Mengurus pejabat.
– Menilai program dan aspek keselamatan.
c) KEMAHIRAN KONSEPTUAL
• Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea
dan memahami organisasi secara keseluruhan.
• Berupaya untuk memandang sesuatu itu sebelum
perkara itu bakal berlaku.
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
a) PERANCANGAN
Berkemampuan memandang ke
hadapan, mempunyai pemikiran logik dan
berkeupayaan dengan baik.
b) PENGENDALIAN
Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.
c) KAKITANGAN
Pengambilan pekerja mengikut keperluan.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
d) PENGARAHAN
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat
keputusan
e) KOORDINASI
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam
penyelesaian masalah.
f) PELAPORAN
Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang
yang bertanggungjawab.
g) BELANJAWAN
Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti
organisasi.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
A. AUTORITI
Sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
B. KUASA
Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
C. KARISMA
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar
kemampuan
D. PENURUNAN KUASA (DELEGATION) Memberi autoriti kepada orang lain
E. TANGGUNGJAWAB Kesanggupan untuk menjalankan tugas
F. AKAUNTABILITI Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya.
KONSEP UTAMA PENGURUSAN
SUKAN
DEMOKRATIK
• Gaya kepimpinan yang melibatkan penglibatan semua
ahli.
• Proses pembuatan keputusan akan melibatkan semua.
AUTOKRATIK
• Pengurus membuat keputusan dan bertindak atas
keputusan yang telah dibuat secara berseorangan.
• Pengikut biasanya tidak diberi peluang untuk bersuara.
LAISSEZ-FAIRE
• Gaya kepimpinan bebas, organisasi berjalan dengan
sendirinya kerana pengikut diberi kuasa autoriti untuk
membuat keputusan mengikut bidang masing-masing.
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
TERTUTUP (CLOSE)
• Gaya kepimpinan sukar memberikan kepercayaan
kepada ahli untuk melaksanakan tugas – tugas tertentu.
• Proses pembuatan keputusan hanya oleh ketua.
• Pemimpin sentiasa memeriksa keadaan ahli.
PERMISIF
• Pengurus membuat keputusan untuk menjaga ahli
dengan keutamaan.
• Hasil kerja biasanya kurang pasti dan rendah kualiti.
UMUM ( GENERAL )
• Gaya kepimpinan yang mementingkan hubungan
kemanusiaan.
• Gaya kepimpinan cara matang.
Struktur Formal
• Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam
mesyuarat
Struktur Tidak Formal
• Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.
Menunjukkan sumber kuasa organisasi
• Siapa yang bertanggung jawab dan kepada siapa dia
harus melaporkan situasi.
Carta Organisasi Sukan Sekolah ( contoh )
STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI
SUKAN
CONTOH ORGANISASI SUKAN SEKOLAH
Pengetua
GPK Kokurikum
Setiausaha
Sukan
Guru
Penasihat Guru Penasihat
Guru
Penasihat
2.3 – PENGURUSAN
PRASARANA DAN
PERALATAN SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Menjelaskan penyelenggaraan berkala dan
penyelenggaraan tidak berkala prasarana;b) Menjelaskan aktiviti penyelenggaraan
prasarana di padang, stor, gelanggang, dan tiang gol;
c) Menjelaskan kaedah penyelenggaraan peralatan seperti pembersihan, pencegahan, dan baik pulih.
2.3 – PENGURUSAN PRASARANA
DAN PERALATAN SUKAN1. PENGURUSAN PRASARANA
• Penempatan dan penyimpanan peralatan sukan perlu
perhatian yang serius.
• Mengelakkan kemalangan berlaku serta menjimatkan
penggunaan ruang yang optimum.
• Bilik-bilik mandi perlu, almari, pejabat dan
sebagainya.
2. PERALATAN – PEMBELIAN DAN
PENGENDALIAN
• Tanggungjawab pentadbir sukan untuk menyediakan
peralatan sukan yang diperlukan dan mencukupi.
3. PENYIMPANAN
• Bilik yang sesuai untuk menyimpan peralatan sukan
agar jangka hayat peralatan itu panjang.
• Digalakkan pembinaan rak-rak yang sesuai.
4. PENJAGAAN
• Diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
• Selamat kepada pengguna dan orang ramai termasuk
atlet yang menggunakannya.
5. PEMBAIKPULIHAN
• Kenalpasti keperluan, kemudahan dan peralatan
sebenar yang masih boleh digunakan.
• Membentuk kerjasama dari persatuan sukan atau
mendapat sokongan dari sektor korperat untuk
membeli peralatan sukan yang diperlukan.
6. KEKEMASAN REKOD
• Peralatan yang digunakan harus direkod dengan baik
dan teratur.
• Rekod Pembelian, Rekod Penggunaan, Rekod Hapus
Kira, Rekod Penyelenggaraan dan sebagainya.
7. PEMILIHAN PEMAIN MELALUI UJI BAKAT
• Dilaksanakan untuk mendapatkan bakat-bakat baharu
dalam sukan yang diurus.
• Dilaksanakan untuk penentuan psikobiologikal.
8. JADUAL LATIHAN
• Penjadualan latihan perlu direkodkan dan dipaparkan
kepada atlet dan orang ramai.
• Mengelakkan berlaku perebutan masa dan tempat
latihan.
9. PENYEDIAAN LATIHAN
• Sesuai dengan kebolehan dan keperluan atlet.
• Tempat latihan yang selamat dan selesa.
10.PEMILIHAN STAF
• Memilih kakitangan yang bersesuaian dengan tugas dan
kepakaran yang diperlukan.
• Latarbelakang calon dalam pengurusan sukan akan
diambil kira.
11.PENGHARGAAN ATAU KEBAJIKAN
• Setiap kakitangan dinilai pencapaian dan prestasi
kerja.
• Pekerja yang tidak baik, boleh menerima teguran dan
bimbingan manakala pekerja yang terbaik bolehlah
dipertimbangkan untuk anugerah dan pangkat.
2.4 – INVENTORI
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan inventori;
b) Memerihalkan kepentingan inventori dalam
pengurusan stor sukan.
2.4 - INVENTORI
DEFINISI
• Inventori merupakan item untuk membolehkan mana –mana pengurusan atau pentadbiran itu tidak terjejas operasinya.
• Kepentingan dan faedah pengurusan inventori:-
– Menjimatkan kos operasi persatuan
– Memastikan operasi persatuan seperti latihan berjalan secara berterusan dan optimum.
– Memenuhi keperluan organisasi apabila diperlukan
– Mengurangkan risiko kerosakan peralatan jika pengurusan inventori dibuat secara sistematik.
2.4 - INVENTORI
1. INVENTORI PERALATAN– Berupa peralatan yang disimpan untuk kegunaan operasi
organisasi.
– Terdapat 2 jenis inventori – Inventori operasi sukan dan inventori habis guna.
– Inventori sukan adalah seperti peralatan, kelengkapan stadium dan sebagainya.
– Inventori habis guna adalah seperti pemakanan tambahan, vitamin, peralatan kecemasan dan sebagainya.
2. INVENTORI MANUSIA– Individu dalam organisasi yang membantu perjalanan
organisasi.
– Contoh adalah seperti kakitangan pengurusan, Atlet dan sebagainya.
2.5 – SISTEM
PERTANDINGAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Menjelaskan sistem pertandingan seperti
kejohanan, liga satu hingga liga empat kumpulan, kalah mati sekali dan kalah mati dua kali, dan cabar mencabar;
b) Membandingkan sistem liga dengan kalah mati;
c) Menyediakan satu jadual pertandingan mengikut sistem liga satu hingga liga empat kumpulan dan kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.
2.5 – SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan merupakan bentuk atau struktur sesuatu pertandingan itu dilaksanakan.
• PERTANDINGAN BERBENTUK KEJOHANAN
–Kejohanan berkelompok yang boleh menentukan kedudukan juara secara keseluruhan.
–Terdapat 2 kaedah perlaksanaan
1. Kaedah Temasya – kelompok sukan dipertandingkan. Contoh, Sukan Olimpik, Sukan SEA dan sebagainya.
2. Kaedah Berlapis – mengikut kategori umur. Contohnya MSSM, Lelaki B18, Perempuan B15 dsb.
1 – SISTEM LIGASistem Liga merupakan satu sistem pertandingan yang mengumpulkan beberapa pasukan untuk bertandingan dalam beberapa kumpulan.
1. LIGA SATU KUMPULAN – Semua pasukan berada dalam 1 kumpulan sahaja dan akan menemui semua pasukan dalam kumpulan tersebut.
2. LIGA DUA KUMPULAN – Dua kumpulan, 2 pasukan terbaik akan berada dalam kumpulan yang berlainan.
3. LIGA TIGA KUMPULAN – 2 pasukan dalam setiap kumpulan akan bersaing dalam pusingan seterusnya.
4. LIGA EMPAT KUMPULAN – 2 pasukan setiap kumpulan akan bersaing dalam suku akhir sistem kalah mati.
1 – SISTEM LIGAPengiraan untuk menentukan bilangan perlawanan dalam suatu liga atau kumpulan liga adalah :-
Bilangan Perlawanan = N ( N – 1 )2
Dimana N = bilangan pasukan.
• KELEBIHAN SISTEM LIGA– Pasukan pilihan diletakkan dalam kumpulan berbeza dan
hanya akan bertemu di peringkat akhir.– Pasukan lawan sudah ditentukan.– Pasukan boleh merancang strategi pasukan masing – masing.
• KELEMAHAN SISTEM LIGA– Bilangan perlawanan yang banyak– Memerlukan masa, gelanggang dan petugas yang banyak.– Kos yang tinggi untuk menganjurkan kejohanan.
2 – SISTEM KALAH MATI
• Merupakan sistem perlawanan tertua dan paling lama dipraktikkan.
• Sistem ini dijalankan secara pertandingan berterusan sehingga juara dapat dikenalpasti.
• Terdapat 2 kaedah dalam sistem ini:-– Sistem Kalah Mati Sekali ( Knock-out System )
– Sistem Kalah Mati Dua Kali ( Double Knock-out System )
• Menggunakan lingkungan ( bracket ) dalam kiraan 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan seterusnya.
• Jika bilangan pasukan yang bertanding tidak menyamaai bilangan bracket, teknik byediperkenalkan untuk mengimbangkan keadaan.
( Knock-out System )32 Pasukan = 31 perlawanan
( Knock-out System )
64 Pasukan = 63 perlawanan
( Double Knock-out System )16 Pasukan = 31 atau 32 perlawanan
( Double Knock-out System )12 Pasukan = 23 atau 24 perlawanan
( Triple Knock-out System )8 Pasukan = 20 hingga 22 perlawanan
3 – SISTEM CABAR MENCABAR
• Sistem ini merupakan satu sistem dimana peserta boleh mencabar pemain yang berada di kedudukan atas dan mengekalkan kedudukan itu sehingga tamat kejohanan.
• Peserta yang menduduki tempat pertama akan diistiharkan johan, kedua dan seterusnya.
• Tiga format pertandingan dalam sistem ini :-
– Sistem Tangga
– Sistem Piramid
– Sistem Corong
SISTEM CABAR MENCABAR ( Sistem Tangga )
Firdaus
Harry
Abdul Halim
Chin
Betty
Abdul Aziz
Imelda
Siva
Susanna
Terdapat 3 kaedah
1. Sistem Satu Tangga
• Peserta hanya boleh mencabar peserta yang berada 1 tingkat sahaja.
2. Sistem Dua Tangga
• Peserta boleh mencabar peserta yang berada sehingga 2 tingkat daripadanya.
3. Sistem Tiga Tangga
• Peserta boleh mencabar peserta yang berada sehingga 3 tingkat daripadanya.
2.6 – PENGURUSAN
PERTANDINGAN
SUKAN
SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )
Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan prosedur pertandingan sukan;
b) Menyatakan fungsi setiap ahli jawatankuasa
dalam menganjurkan sesuatu pertandingan
sukan;
c) Menjelaskan faktor seperti kewangan,
penyertaan, kalendar pertandingan, jangka masa
pertandingan, prasarana, personel, dan
keselamatan dalam menganjurkan sesuatu
pertandingan sukan;
d) Merancang dan melaksanakan satu pertandingan
sukan. ( Latihan Amali 1, STPM )
2.6 – PENGURUSAN PERTANDINGAN
SUKAN.
Prosedur perlaksanaan sesuatu Kejohanan Sukan.
1) Menyediakan Kertas Kerja
2) Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengelola
3) Mengadakan mesyuarat-mesyuarat:-
a. Jawatankuasa Pengelola
b. Petugas-petugas Kejohanan
c. Jawatan kuasa Teknikal Kejohanan
4) Surat-menyurat
5) Melaksanakan Pertandingan
6) Mengadakan mesyuarat ‘Post-Mortem’
BEBERAPA PERKARA PERLU DIBINCANGKAN
DALAM SESUATU KERTAS KERJA YANG
BERKAITAN DENGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
• Pendahuluan
• Objektif
• Tema
• Tarikh dan tempoh pelaksanaan
• Tempat
• Dif perasmian
• Bilangan penyertaan dan kategori
• Bayaran
• Syarat-syarat penyertaan
• Jawatankuasa Kerja
• Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
• Perbelanjaan
• Pendapatan
• Penutup
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
PENGERUSI
Mempengerusikan semua mesyuarat dan tanggungjawab terhadap kesempurnaan pengendalian mesyuarat.Menyelaraskan dan menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan aktiviti, peserta dan jawatankuasa yang terlibat.Memastikan segala keputusan mesyuarat diambil tindakan sewajarnya.
PENOLONG PENGERUSI
Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
SETIAUSAHA
Menguruskan perihal surat menyurat.Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan.Memaklumkan keputusan AJK Pelaksana kepada AJK Kecil.Memaklumkan segala keperluan AJK Kecil kepada AJK Pelaksana.
BENDAHARIMenyelaraskan semua hal berkaitan kewangan kejohanan.Menyediakan penyata kewangan.
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
AJK PERTANDINGAN
Menyediakan jadual perlawananMemberi taklimat kepada pengurus sukan.Mengedarkan borang pertandingan.Menyelaraskan peserta pertandingan.
AJK TEKNIKAL
Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan.Memastikan alatan, gelanggang, dan padang untuk pertandingan mengikut spesifikasi standard.Menyediakan dan mengedarkan alatan yang diperlukan dalam pertandingan.Menyediakan boring-borang pertandingan.Memberi taklimat kepada pembantu-pembantu teknikal.
AJK KEPENGADILANMenyediakan Jadual Pengadil untuk setiap perlawanan.Mamastikan pengadil sedia ada untuk perlawanan.Membuat taklimat Kepengadilan.
AJK PROTOKOL & UNDANGAN
Menyelaraskan aspek protokol perasmian pembukaan dan penutupan
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
AJK KESELAMATANMerangka pelan tindakan keselamatan untuk peserta, penonton, kawasan pertandingan dan lalu lintas.Membuat pemantauan di tempat pertandingan.
AJK KECEMASAN
Menyediakan pegawai-pegawai perubatan sepanjang kejohanan.Mendapatkan kerjasama ahli PBSM atau ahli ST. John Ambulance dan bertugas sepanjang kejohanan.Menyediakan kenderaan kecemasan.
AJK HADIAH
Menyenaraikan jumlah hadiah atau sijil acara dan jumlah pemenang atau peserta.Memastikan hadiah dan sijil mencukupi.Menyelaraskan majlis penyampaian hadiah dengan juruacara majlis.Memberikan taklimat kepada penerimaan hadiah sebelum upacara dijalankan.
AJK MINUMAN & MAKANAN
Menguruskan makanan, minuman pegawai, peseta dan para undangan sepanjang kejohanan.Menguruskan jamuan majlis pembukaan dan penutupan bagi peserta, para undangan dan AJK.
MENGENDALIKAN SEMUA SURAT –
MENYURAT
• Surat Siaran/ Surat Tawaran
• Surat kebenaran ibu-bapa
• Permit pihak tertentu seperti polis (perkhemahan, pengembaraan)
• Jabatan Pengangkutan Jalan, Persuruhjaya Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi Daerah dan sebagainya.
• Kebenaran Ibu Bapa.
• Peraturan Keselamatan
ANGGARAN PEMBELANJAAN
1. Jenis aktiviti dan pertandingan.
2. Bilangan hadiah dan pemenang.
3. Kos bagi setiap hadiah.
4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan sebagainya.
5. Kos tambang.
6. Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah, melawat).
7. Cenderahati
8. Kain rentang, poster dan sebagainya
9. Sewa khemah dan sebagainya.
10. Bayaran pengadil
PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
• Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
• Ia dibahagikan kepada 3 bahagian
1) Peserta
2) Penonton
3) Jurulatih dan Pegawai Sukan
PESERTA PERLU:
• Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan.
• Menghormati keputusan pengadil.
• Mematuhi arahan jurulatih.
• Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan.
• Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
• Menghormati pasukan lawan.
AMALI 1 – PENGURUSAN
PERTANDINGAN SUKAN
• Bilangan Waktu Amali = 10 Waktu
1. Menentukan satu kejohanan sukan.
2. Membentuk AJK pelaksana dan
mengadakan mesyuarat.
3. Menentukan belanjawan
kejohanan dan mencari sumber.
4. Menulis laporan untuk bahan bukti
perlaksanaan
1. Latihan Amali, Sains Sukan ( 966 / 4 )STPM
2014
BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN
SEKIAN DAN SELAMAT MAJU JAYA