bab 2 konsep-konsep penting dalam bidang morfologi[1] dr isam
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
BAB 2
KONSEP-KONSEP PENTING DALAM BIDANG MORFOLOGI
Konsep Penting
• Alomorf• Morf• Morfem• Kata
Alomorf • Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak
distingtif yang merupakan anggota daripada satu morfem.
• Dalam erti kata lain, alomorf ialah istilah linguistik untuk variasi bentuk suatu morfem kerana pengaruh lingkungan yang dimasukinya.
• Variasi ini terjadi pada perubahan bunyi (fonologis) tanpa perubahan makna.
• Contoh alomorf 1. morfem beR- (alomorf = ber-, be-, dan bel-) 2. morfem meN- (alomorf = me-, mem-, men-, meng-, dan meny-)
• Menurut Asmah (2009), alomorf ialah varian morfem. • Bagi morfem bebas, morfem dengan alomorfnya sama (disebut
sebagai alomorf dasar). Contohnya, jalan boleh dirujuk sebagai morfem dan juga alomorf. Hal ini kerana, jalan mewakili morfem dan juga alomorfnya.
• Namun begitu, bagi sesetengah morfem terikat, alomorfnya terbahagi kepada beberapa jenis.
• Contohnya morfem terikat di- adalah sama dengan alomorfnya iaitu di-.
• Terdapat juga morfem terikat yang mempunyai banyak alomorf. Contohnya morfem terikat beR- boleh diwakili oleh alomorf ber-, be-, dan bel-.
• Jika sesuatu morfem mempunyai banyak alomorf, satu daripada alomorf akan dipilih untuk melambangkan morfem tersebut (misalnya daripada alomorf ber-, be-, dan bel-, alomorf beR- diangkat menjadi morfem terikat). Alomorf yang terpilih sebagai lambang morfem disebut sebagai alomorf dasar.
Morf • Pewujudan morfem dari segi fonologi atau ejaan
yang penyebarannya belum belum ditentukan lagi.
• Morfem tertentu boleh diwakili oleh pelbagai morf dalam pelbagai persekitaran.
• Contoh: • Morfem - meN• Alomorf - me-, mem-, men-, meng-, dan
meny-• Morf - setiap satu dari alomorf itu sendiri
(misalnya me- atau meng-)
Morfem
• Unit tatabahasa yang terkecil yang mendokong makna dan menjalankan fungsi nahu.
• Contoh, bertelur, berkarya, bertemu• Imbuhan ber- menerangkan maksud
melakukan sesuatu perbuatan bagi si pelaku itu sendiri.
• Itulah sebenarnya tugas nahu
• Morfem terbahagi kepada dua, 1.Morfem bebas• Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu
kata atau ayat minimum. Morfem juga dipanggil kata tanpa imbuhan.• Contohnya seperti budak, dewasa, kapal dll.
2. Morfem terikat• Bentuk morfem yang memerlukan bantuan daripada
morfem lain, khususnya morfem bebas untuk berdiri sendiri sebagai kata.
• Contoh• Awalan : di-…, ter-…, ke-…, dll.• Sisipan : -el-, -em-, -in-, -er-,• Apitan : ke-…-an, me-…-kan, dll.• Akhiran : …-an, …-i, …-kan.
• Morfem terikat terbahagi kepada tiga1. Morfem terikat satuan
• Ialah morfem yang utuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Seperti ter-, me-, di-, dll.
2. Morfem terikat terbahagi• Morfem yang boleh dipisah-pisahkan atau
dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar di antaranya. Contohnya, ke-…-an, per-…-an, dll.
3. Morfem terikat kompleks• Gabungan dua atau lebih morfem terikat dalam
sesuatu kata dan gabungan berlaku pada awalan sahaja.
Kata
• Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa
• Kata mempunyai beberapa bentuk yang dijeniskan sebagai berikut;– Bentuk kata tunggal– Bentuk kata terbitan– Bentuk kata majmuk– Bentuk kata ganda