bab 2 fizik t4

Upload: najihatul-asikin

Post on 19-Jul-2015

741 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 2: DAYA & GERAKAN 2.1: GERAKAN LINEAR Definisi : gerakan pada satu garis lurus

titik Q yang ketinggiannya 3.8 m dari lantai sebelum turun semula dan jatuh di atas lantai pada titik R. a) Berapakah jarak yang dilalui oleh bola itu? b) Berapakah sesaran bola dari titik permulaan P apabila ia menghentam lantai?

JARAK & SESARAN JARAK Definisi: jumlah panjang lintasan tanpa mengambil kira arah Mempunyai magnitud sahaja SI Unit: meter (m) Kuantiti skalar

SESARAN Contoh: 1. Cikgu Ayu bergerak sejauh 200m Definisi : jarak yang dilalui antara dua titik pada satu arah tertentu. Mempunyai magnitud dan arah SI unit : meter (m) Kuantiti vektor SOALAN 2 Rajah menunjukkan jalan yang dilalui oleh sebuah van dari Bandar P ke S. berapakah sesaran van itu?

2. Cikgu Ayu bergerak sejauh 200m ke kanan. SOALAN 1 Seorang budak melontar sebiji bola ke atas seperti rajah. Bola itu dilepaskan pada titik P yang berada pada tinggi 1.2 m dari lantai. Ia terus naik sehingga ke

1

SOALAN 3 Sebuah bot bergerak 12km ke arah utara sebelum membelok dan menghala ke arah timur sejauh 8km. selepas itu bot tersebut bergerak menghala ke selatan sejauh 6km. berapakah jarak dan sesaran yang dilalui ole bot tersebut.

SOALAN 4 Dalam satu aktiviti, seorang murid diarahkan supaya berlari ke arah utara sejauh 12m sebelum membelok dan berlari 16m ke arah timur. Masa yang diambil ialah 20s. a) Berapakah jarak dan sesarannya? b) Berapakah laju dan halaju pelajar itu?

LAJU Definisi: kadar perubahan jarak. SI unit : ms Mempunyai magnitud sahaja Kuantiti scalar Formula:

SOALAN 5 Hashim berjalan sejauh 20m ke arah timur. Dia menyongsangkan arah gerakannya dan berjalan sejauh 12m. selepas itu dia menyongsangkan arah gerakannya sekali lagi dan berjalan 10m. masa untuk Hashim menjalankan aktiviti ialah 30s. berapakah kelajuan dan halaju Hashim?

HALAJU Definisi: kadar perubahan sesaran. SI unit: ms Mempunyai magnitud dan arah Kuantiti vektor Formula :

2

PECUTAN DAN NYAHPECUTAN Definisi : kadar perubahan halaju SI unit: ms Mempunyai magnitud dan arah Kuantiti vector Formula: Jika halaju bertambah, objek mengalami pecutan Jika halaju berkurang, objek mengalami nyahpecutan Jika halaju malar (sama), pecutan, a = 0

SOALAN 8 Satu jasad yang bergerak dengan halaju 12ms dipecutkan selama 6 saat sehingga ia mencapai halaju 30ms. Berapakah pecutannya dalam ms ?

SOALAN 6 Sebuah roket yang bergerak pada halaju 2000ms, menambahkan halajunya sehingga 3000ms dalam masa 5 saat. Berapakah pecutan roket itu? SOALAN 9 Buat perandingan antara laju dan halaju; juga antara pecutan dan nyahpecutan

SOALAN 7 Azim menunggang basikalnya pada halaju 20ms. Dia berhenti mengayuh basikalnya apabila sampai di rumahnya. Basikalnya berhenti selepas 8 s. berapakah pecutan purata basikalnya?

3