bab 2

Upload: unai-berahim

Post on 16-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BBR 44403 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

BBR 44403 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

BAB 2: ANALISIS KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

TERMASUK KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN BERFIKIRPENGENALAN Sains berkaitan dengan pembinaan pengetahuan yang muncul dari usaha manusia untuk hidup. Manusia mencari pengetahuan baru sejajar dengan kepentingan dengan kehidupannya. Anugerah Allah pencipta manusia memberi akal fikiran kepada manusia untuk memikirkan bahawa kehidupan mereka dibumi ini wajar diteruskan sebaik mungkin. Dengan kewajaran meneruskan kehidupan tersebut maka tiada jalan lain yang difikirkan oleh manusia adalah menyediakan segala keperluan yang sesuai dengan kehendak mereka. Fikiran ini di bentuk berasaskan kepada pemikiran sains.

Pemikiran sains atau usaha membina pengetahuan sains terbina dari dari kaedah iaitu secara belajar dengan alam dan menerusi pengajaran langsung. Pengajaran langsung bermaksud pengajaran yang terbina berasaskan pembentukan kurikulum dan menerusi aktiviti persekolahan formal seperti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)

2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)

3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.

4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain.

5. Contohnya : KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)

6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-

a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.

b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.

c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.

d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.

e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)

1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.

2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.

3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini.

4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.

5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

HALA TUJU KURIKULUM

1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.

2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi

4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan aspek jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat perlu diperkukuhkan.

5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi perhatian.

6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS.Kajian alam yang mencetuskan idea kepada manusia membentuk ilmu yang dikenali sains. Sains bidang mengenai kefahaman tentang hukum dan konsep tertentu yang mempunyai aturan dan hubung kait tertentu. Dengan ini menjadikan sains adalah satu yang kompleks. Keadaan ini menimbulkan usaha para guru atau penyelidik pendidikan sains untuk menjadi pengajaran sains mudah dan menarik dalam penyampaian kefahaman konsep mengenai sains kepada pelajar. Dengan itu pengajaran sains melibatkan pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains.

Pengajaran adalah aktiviti penyampaian ilmu yang menjadi tugas para guru. Guru terlatih mempunyai kemahiran professional yang berupaya mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran sains dengan kaedah pengajaran. Dua perkara penting di sini adalah penguasaan ilmu sains dan kaedah pengajaran. Pembelajaran akan memberi makna kepada pelajar sekira dijalankan secara aktif. Dalam hal ini peranan pelajar hendaklah diaktifkan dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran. Teori kontruktivisme amat menekan kepada pembinaan pengetahuan menerusi peranan individu khususnya pelajar dalam membina makna kepada pengetahuan baru secara penglibatan aktif.

Satu prinsip yang kerap diberi penekanan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan latar, pengalaman tertantu yang perlu dikaitkan dengan pembinaan pengetahuan baru. Mereka bukan umpama tin kosong yang perlu diisi dengan pengetahuan. Pengalaman bermakna kepada pelajar memerlukan perancangan yang teliti supaya dapat melibatkan pelajar secara aktif.MATLAMAT KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH.Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

OBJEKTIF KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH. Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling.3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

KEMAHIRAN NILAI YANG DITERAPKAN MENERUSI KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH.

Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah.

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

KEMAHIRAN PROSES SAINS.Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut:

Kemahiran Proses SainsPenerangan

Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya.

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat inferensMembuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

BerkomunikasiMenerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa.

Data

pola daripada data yang dikumpulkan

secara operasi

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

pembolehubah

balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

KEMAHIRAN MANIPULATIF.Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut:

a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan

betul.b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

KEMAHIRAN BERFIKIRDokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses menggerakkan minda secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan

Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Mengesan kecondongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu.

MenilaiMembuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah.

Membuat kesimpulan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan

PERKAITAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR.Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan.

Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran.

Kemahiran Proses SainsKemahiran Berfikir

Menghubungkaitkan

MengelaskanMencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Membuat inferens

MeramalkanMenghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

dan masa

Menyusun mengikut keutamaan

Mentafsirkan data

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Membuat kesimpulan

Mengitlakkan

Menilai

Menganalisis

Mengawal pembolehubah

Menganalisis

Membuat hipotesisMencirikan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menjanakan idea

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Berkomunikasi

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Merujuk dokumen kurikulum telah menjelaskan bahawa kurikulum sains menekankan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.

Contoh 1:

Hasil PembelajaranKemahiran Berfikir

Membandingkan dan membezakan haiwan berdasarkan ciri Membandingkan dan membezakan

Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang

kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan. Contoh 2: Hasil PembelajaranKemahiran Proses Sains

Mengawal pemboleh ubah

Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian, membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan pengaratan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah karat yang diperhatikan.