bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan 1-315724296665538.pdf · pengenalan 1.1 pendahuluan kereta sorong...
TRANSCRIPT
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang
pertanian dan juga bidang binaan sebagai perkakas penting. Alatan ini merupakan
sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan untuk memudahkan kerja
kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat diringankan dengan menggunakan kereta
sorong dan ditolak atau ditarik menggunakan tangan manusia. Kereta sorong
meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut
dialihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai kompenan satu
roda sepasang pemegang sepasang kaki dan bekas pengisian. Pada masa kini,
penggunaan kereta sorong sangat meluas, kebanyakan nya dicipta dengan pelbagai
bentuk yang luas ataupun besar dan rupa yang berbeza. Terdapat bentuk yang besar
sehingga boleh membawa 3 ke 4 guni simen dalam satu masa. Proses mengangkat dan
membawa beban ini bertujuan memudahkan pengguna dan menjimatkan masa
pengguna.
2
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK
Kereta sorong atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘wheel barrow’ telah
wujud sejak zaman yunani kuno lagi. Alat ini merupakan sahabat kepada petani,
pekebun dan juga pekerja buruh sama ada bidang pembinaan atau pertanian untuk
memudahkan kerja-kerja pengangkutan beban. Di mana beban yang berat dapat
diringankan dengan menggunakan kereta sorong yang ditolak atau ditarik
menggunakan tenaga manusia. Kereta sorong meringankan berat barang atau bahan
yang diangkat kerana bebanan tersebut dialihkan kepada sistem roda dan pemegang.
Kereta sorong mempunyai komponen satu roda, sepasang pemegang, sepasang kaki dan
bekas pengisian. Roda kereta sorong biasanya berukuran 2-2.5 kaki diameter yang
terdiri daripada rim besi dan tayar getah berwarna hitam sama ada mempunyai tiub
angin atau tayar mati. Jika menggunakan tayar angin kereta sorong agak ringan tetapi
mudah bocor.
Manakala jika menggunakan tayar mati ianya agak berat dan kelebihannya tidak
mudah bocor dan tahan lama. Komponen struktur utama kereta sorong terdiri daripada
besi berongga (besi hollow) yang kuat dengan sepasang pemegang pada hujung besi
tersebut. Pemegang biasanya dibalut dengan getah rambut agar selesa dan mempunyai
‘grip’ yang kuat serta tidak licin. Peranan pemegang penting untuk menstabilkan kereta
sorong ketika membawa bebanan yang berat melalui kawaan jalan yang tidak rata. Di
bahagian bawah kereta sorong juga terdapat sepasang kaki yang diperbuat daripada besi
leper yang berfungsi menstabilkan kereta sorong. Tinggi kaki biasanya kira-kira 1-1.2
kaki dimana tidak akan tersentuh tanah ketika kereta sorong ditolak. Bahagian penting
kereta sorong adalah bekas pengisian (container) yang diletakkan di antara tayar dan
sepasang pemegang yang diisikan dengan beban. Bekas pengisian ini juga terbahagi
kepada dua iaitu bekas pengisian plastik dan bekas pengisian besi. Bekas pengisian
plastik bersifat lebih ringan dan tidak berkarat maka bekas pengisian besi pula bersifat
mudah karat dan berat. Bekas ini biasanya diperbuat daripada zink tebal yang dicat
supaya tahan dan ringan.
3
Terdapat pelbagai jenis dan kualiti kereta sorong di Malaysia bergantung kepada
spesifikasi pengilang. Harga seunit bergantung kepada jenis dan kualiti di antara RM
80.00 – RM 150.00 satu unit. Kereta sorong yang murah biasanya mempunyai bekas
yang menggunakan zink yang nipis, pemegang mudah patah, dan kaki yang mudah
bengkok serta tidak sesuai untuk bebanan berat. Oleh hal yang demikian,
penambahbaikan perlu diperkenalkan bagi memberi keselesaan dan kemudahan yang
maksima kepada pengguna. Di samping untuk mengetahui kegunaan, kekuatan,
kelebihan serta kekurangan projek ini dan membantu menyelesaikan permasalahan
projek ini. Oleh itu, inovasi terhadap kereta sorong amat penting dalam era modenisasi
kini agar ia dapat meringankan dan memudahkan kerja-kerja harian pengguna.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Permasalahan yang sering timbul ketika proses mengalihkan dan mengangkat
barang ialah :
I. Kereta sorong yang sedia ada tidak mempunyai kecekapan yang cukup
ketika digunakan untuk melalui tangga atau laluan yang sempit.
II. Kereta sorong diperlukan dalam membantu meringankan berat beban
yang diangkat untuk dibawa ke lokasi atau destinasi yang dituju dengan
mudah.
III. Boleh menjimatkan masa yang diambil untuk mengangkat beban dan
mengurangkan tenaga buruh.
IV. Penggunaan bagi kereta sorong masa kini juga sangat terhad kerana reka
bentuknya sukar untuk pengguna membawa muatan besar seperti pasu
bunga dan almari kasut.
V. Reka bentuk bagi kereta sorong sedia ada menggunakan bahan yang
tidak tahan dengan faktor cuaca.
4
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam mereka bentuk dan mencipta alat ini, objektif kajian perlu diberi lebih
perhatian agar dicapai dan membuahkan hasil. Antara objektif kajian alat ini ialah:
I. Mereka bentuk alat yang mampu memudahkan urusan pekerjaan.
II. Mereka bentuk dan membina kereta sorong pelbagai guna.
III. Membina alat yang mampu mengurangkan beban atau daya.
IV. Menguji alat supaya dapat menampung beban sehingga 120kg – 140kg
(3 beg simen).
1.5 SKOP KAJIAN
Dalam menyiapkan projek ini, beberapa skop telah ditetapkan agar projek ini
dapat disiapkan dan tidak melanggar mana-mana garis panduan yang telah ditetapkan.
Antaranya ialah:
I. Boleh membawa menampung berat/beban sebanyak 120kg – 140kg (3
beg simen).
II. Mengangkat atau membawa barangan mengikut kesesuaian kereta
sorong yang digunakan.
III. Boleh digunakan semasa berada di permukaan yang tidak rata “off road”
contohnya di kawasan kebun dan kawasan pembinaan.
IV. Mengfokuskan kepada sektor pembinaan, pertanian dan penternakan.
5
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kereta sorong ini dapat memudahkan pengguna untuk mengendalikannya bagi
kerja-kerja pelepasan dan penyelenggaraan kerana beban dipindahkan ke sistem roda
dan pemegang. Penggunaan hanya perlu menolak kereta sorong tersebut tanpa perlu
mengangkatnya semasa melakukan kerja. Secara tidak langsung, ia dapat
mengurangkan risiko sakit bahu dan tulang belakang. Selain itu, dengan adanya enjin
serbaguna pada kereta sorong ini dapat menjimatkan masa untuk pengguna
mengalihkan atau memindahkan barang dari suatu tempat ke tempat yang lain
.
1.7 RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian awal yang dilakukan ini sangat penting dalam
menjayakan sesuatu produk. Kajian ini adalah penting untuk mendapatkan butir-butir
yang perlu dikaji, dibaik pulih dan diambil kira untuk menjayakan projek ini. Projek ini
tertumpu kepada semua pengguna di kawasan pertanian, pembinaan, mahupun di
kawasan perumahan. Tujuan projek ini adalah untuk memudahkan lagi urusan kerja dan
mampu mengurangkan beban. Hal ini amat bersesuaian dengan keperluan para
pengguna yang mana mereka memerlukan kemudahan untuk menyiapkan tugasan
dengan cepat dan pantas. Ini selaras dengan perkembangan teknologi dan infrastruktur
yang dibangunkan pada masa kini.
6
BAB 2
KAJIAN LITERATURE
2.1 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap produk inovasi yang telah
dicipta yang memberi impak lebih kurang sama dengan projek yang dihasilkan ini,
beberapa kriteria yang dititikberatkan supaya projek ini tidak terbeban dengan masalah
yang lebih rumit. Ciri-ciri yang lebih mudah dan tanpa menggunakan sumber tenaga
luar diberi keutamaan. Namun begitu, konsep yang telah diketengahkan menjadi
panduan dalam penghasilan produk ini. Terdapat beberapa produk inovasi yang
menampilkan ciri-ciri yang sangat efisien dan dapat memenuhi keperluan produk di
dalam situasi tertentu. Sungguhpun skop kajiannya mungkin berbeza tetapi secara
keseluruhannya tujuan utamanya sama iaitu menggulung wayar secara automatik.
Inovasi terdahulu juga dapat membantu dalam proses pemilihan konsep, alatan
yang digunakan, rekabentuk, dan sebagainya bagi memastikan sebarang kelemahan
dalam menghasilkan “Wheel Barrow Inovation Cluster” dapat diminimumkan
sebaiknya.
7
2.2 KAJIAN AWAL
Kajian dimulakan dengan mengkaji sejarah kewujudan kereta sorong. Kajian
awal menunjukkan kereta sorong telah wujud semenjak zaman yunani kuno lagi iaitu
dalam bentuk kereta beroda tunggal. Mereka menggunakan kereta sorong ini sebagai
medium untuk mengangkat beban sama seperti kegunaan kereta sorong di zaman ini.
Rajah 2.1 Kereta sorong zaman yunani kuno
Pada masa lalu juga, orang tradisional cina telah menggunakan kereta sorong yang
dibantu dengan dorongan angin yang menggunakan layar yang dipasang di atas kereta
sorong serta mempunyai satu roda besar di tengah yang menampung keseluruhan beban
yang diangkat.
Rajah 2.2 Kereta sorong angin tradisional cina
8
Akhir sekali, kereta sorong ini ialah pada abad ketujuh belas Eropah sekitar tahun 1170
dan 1250 yang secara umumnya mempunyai satu roda di bahagian hadapan.
Rajah 2.3 Kereta sorong Eropah
2.2.1 KERETA SORONG DI MALAYSIA
Terdapat banyak kereta sorong di Malaysia dimana kereta sorong ini dibezakan
mengikut bahan yang digunakan. Antara bahan yang digunakan ialah jenis tayar mati
atau tayar hidup, bekas pengisian jenis plastik mahupun besi dan perbezaan rangka
kereta sorong itu sendiri. Selain itu, ciri-cirinya yang berlainan warna, diameter lebar
dan tinggi juga turut berbeza.
Kepentingan reka bentuk dan bahan kereta sorong adalah untuk mengurangkan
kos mahupun menjimatkan tenaga. Maka untuk mendapatkan konsep dan reka bentuk
yang sesuai adalah penting untuk mengatasi masalah jika berlaku kecacatan pada reka
bentuk malah boleh juga mengenal pasti kelebihan dan kekurangan reka bentuk yang
telah dihasilkan.
9
Jadual 2.1 Komponen kereta sorong
BEKAS PENGISIAN TAYAR RANGKA
Plastik Mati Plastik
Besi Hidup Besi Berongga
Rajah 2.4 Contoh kereta sorong yang berada di Malaysia.
2.3 PENGENALAN DOMAIN PRODUK SEDIA ADA
Produk alat penggulung wayar automatik yang digunakan untuk mengangkat
barang. Kebanyakan konsep utama kereta sorong adalah mengangkut barang dari suatu
tempat ke tempat yang lain dan digunakan dalam pelbagai industri diluar.
Terdapat banyak konsep kereta sorong yang digunakan di pasaran mengikut
kesesuaian tertentu. Walaupun konsepnya seakan sama, akan tetapi berbeza cara untuk
menggunakan kereta sorong tersebut agak berbeza dan berkemungkinan penggunaan
alatan juga akan berbeza. Bermaksud alat yang digunakan juga berbeza berdasarkan
objektif penciptaan. Sebagai contoh; kereta sorong yang digunakan di luar negara yang
dijual pasaran amazon. Harga sebuah unit kereta sorong mencecah ratusan dolar. Hal
ini kerana sistem yang digunakan dalam alatan tersebut berbeza dan bahan-bahan yang
digunakan juga turut berbeza.
10
Rajah 2.5 Contoh kereta sorong yang berada di luar negara.
Gambar di atas menunjukkan kereta sorong automatik yang digunakan diluar negara
dimana harganya mencecah ratusan dolar . Hal ini kerana, sistem yang digunakan
adalah “self propelled pneumatic 10” agar lebih cekap dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Manakala alatan besi yang digunakan adalah “Heavy duty steel frame”
Rajah 2.6 Contoh kereta sorong di luar negara yang hampir sama di Malaysia.
11
Gambar di atas menunjukkan kereta sorong di luar negara yang hampir sama di
Malaysia tetapi memakan kos yang agak mahal. Hal ini kerana spesifikasi yang
digunakan Bucket keluli tahan lama dan dibawahnya menggunakan “leg stabilizer”.
Selain itu, keluli tahan karat mengendalikan dengan genggaman keselesaan.
Rajah 2.7 Contoh kereta sorong pekebun yang digunakan diluar negara.
Diatas adalah contoh pekebun yang digunakan di luar negara. Kereta sorong ini amat
memudahkan pekerja untuk digunakan semasa mengumpul dedaun yang berguguran di
tanah. Peralatan yang digunakan amat mudah untuk dicari seperti contoh adalah kain
kanvas yang tebal dan tayar yang bersaiz 14. Kain canvas yang digunakan ini bertujuan
memudahkan pekerja agar mudah dilipat supaya dapat menjimatkan ruang semasa
menyimpan
2.4 CIRI-CIRI KONSEP YANG DIGUNAKAN
Kajian juga menemui bahawa kereta sorong merupakan sebuah mesin ringkas.
Mesin ringkas di sini adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita
mengangkat atau menggerakkan beban dengan mengubah arah pergerakkan atau
meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang
lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi lebih
mudah. Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan
12
kerja ke atas beban. Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori.
Mesin ringkas yang terdapat pada kereta sorong terdiri daripada roda dan gandar,
tuas kelas kedua dan satah condong. Dibawah adalah kategori tersebut:
i. Tuas
ii. Takal
iii. Roda dan Gandar
iv. Satah Condong
v. Banji
vi. Skru
vii. Gear
Rajah 2.8 Kedudukan mesin ringkas pada kereta sorong
Pertama, roda dan gandar merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada dua
objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz dimana kedua-duanya bercantum
antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar memutarkan objek yang lebih kecil atau
sebatang rod yang dinamakan sebagai gandar. Roda dan gandar membantu kita
mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah.
13
Rajah 2.9 Roda dan Gandar
Kedua, sistem tuas yang digunakan untuk mengangkat barang atau beban dalam
membantu memudahkan kerja. Tuas yang digunakan membolehkan daya yang besar
pada jarak yang kecil pada satu hujung digerakkan oleh daya yang kecil pada jarak yang
besar pada hujung satu lagi. Tuas dikelaskan kepada tiga kelas iaitu tuas kelas pertama,
tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Ketiga-tiga kelas tuas ini dibezakan melalui
bahagian antara fulkrum, daya dan beban yang berada di tengah-tengah sistem. Prinsip
tuas diwakili oleh formula berikut :
Beban(N) x Jarak beban dari fulkrum(m) = Daya(N) x Jarak daya dari
fulkrum(m)
Kereta sorong merupakan Tuas kelas kedua, iaitu fulkrum berada pada satu hujung
menentang daya. Beban berada di tengah-tengah dan daya berada pada hujung satu lagi.
Rajah 2.10 Tuas kelas kedua
14
Akhir sekali ialah penggunaan satah condong. Satah condong merupakan sebarang
permukaan condong atau bersudut yang memudahkan kita untuk mengalihkan objek
dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi. Kelebihan utama dalam menggunakan
satah condong ialah memerlukan daya yang sedikit untuk menolak objek melalui satah
condong daripada ia diangkat secara menegak. Tambahan lagi, satah condong
memudahkan kerja dengan hanya perlu mengenakan daya yang sedikit.
Rajah 2.11 Satah condong
2.5 PEMILIHAN KOMPONEN
Pemilihan komponen yang tepat sangat penting dalam mereka bentuk
wheelbarrow innovation cluster untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan bahan
atau komponen yang digunakan. Antara komponen yang digunakan ialah:
15
2.5.1 Tayar mati.
Istilah 'tayar mati' yang merujuk kepada tayar basikal kanak-kanak yang tidak
perlu diisi angin kerana tayar jenis ini sememangnya tidak akan pancit. Itulah tayar
tanpa angin yang diperbuat daripada material getah atau sintetik padu, dan bukan dalam
bentuk tiub atau berongga seperti mana tayar biasa.
Rajah 2.12 Contoh tayar mati yang ingin digunakan.
Penggunaan tayar mati ini adalah kerana ia sesuai digunakan untuk pekerja buruh yang
bekerja di struktur tanah yang rata, tidak berbukit mahupun gambut kerana tayar ini
mempunyai kelebihannya yang keras dan tidak mudah bocor.
16
2.5.2 Besi berongga
Besi hollow lebih tepat digambarkan berbentuk seperti pipa panjang berongga
dengan penampang berbentuk segi empat sehingga sering juga disebut dengan ‘pipa
kotak’.
Rajah 2.13 Contoh besi berongga
Besi Berongga bersifat lebih ringan amat sesuai digunakan pada rangka projek
yang mampu menjadikan ia lebih mesra pengguna
2.5.3 Bekas pengisian besi.
Bekas ini terbuka di bahagian atas dan mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk
kerja-kerja mengisi dan menuang keluar isi dalamnya. Bekas ini biasanya diperbuat
daripada zink tebal yang dicat supaya tahan dan ringan. Ada juga wheelbarrow yang
menggunakan bekas dari bahan plastik dan kayu.
Rajah 2.14 Contoh bekas pengisian besi
17
Bekas pengisian besi lebih sesuai digunakan untuk projek kami kerana ia kuat dan
kukuh bagi menampung beban yang berat berbanding bekas plastik atau bekas kayu
yang lembut dan mudah pecah.
2.5.4 Enjin Serbaguna
Enjin yang bertujuan menghasilkan output tenaga kinetik dari sumber bahan
api dipanggil penggerak utama pula dengan motor yang menghasilkan tenaga kinetik
dari "bahan api" yang diproses terlebih dahulu (seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik
atau udara mampat).
Rajah 2.15 Enjin serbaguna
Enjin ini mudah dihidupkan, bahan bakar yang efisien, enjin tidak terlalu bising menjadi
kelebihan dan faktor yamg utama enjin ini dipilih
18
2.5.5 Takal (Pulley)
Pulley adalah roda pada gandar atau batang yang direka untuk menyokong
pergerakan dan perubahan arah kabel atau tali pinggang atau tali, atau pemindahan
kuasa di antara aci dan kabel atau tali pinggang.
Rajah 2.16 Takal
Merupakan alat yang digunakan sebagai penghantar daya yang berfungsi sebagai sabuk
untuk menjalankan kekuatan.
2.5.6 Tali sawat.
Tali sawat digunakan untuk menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada
enjin atau motor elektrik dengan takal dipacu.
Rajah 2.17 Tali sawat
19
Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkan kelajuan
tinggi kepada kelajuan rendah dan sebaliknya.
a) Kelajuan rendah
Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter besar.
b) Kelajuan tinggi
Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter kecil.
2.5.7 Bolt dan nat.
Bolt merupakan suatu batang atau silinder dengan alur heliks pada permukaannya.
Penggunaan utamanya adalah sebagai pengikat untuk menahan dua objek bersama, dan
sebagai pesawat sederhana untuk mengubah tork menjadi gaya linear.
Rajah 2.18 Bolt dan Nat
BOLT
Digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua
atau lebih komponen bahagian enjin dan tayar .
Bolt yang digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.
Saiz bolt ditentukan oleh panjang dan diameter batang.
20
NAT
Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bolt atau stad.
Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir.
Nat heksagon, nat kota, nat telinga, nat segi empat.
2.6 RUMUSAN
Sebagai rumusan, bab ini mengulas tentang sejarah awal kereta sorong.
Selain itu, kita juga dapat mengetahui jenis-jenis kereta sorong yang ada di luar
Negara dan di Malaysia. Seterunya, pemilihan komponen-komponen sangat
penting bagi sesebuah kereta sorong bagi memastikan ia kukuh dan kuat untuk
digunakan. Oleh itu, konsep yang diaplikasikan pada kereta sorong juga sangat
penting supaya dapat memudahkan pengguna semasa ia digunakan
21
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul,
menganalisa data supaya dapat menghasilkan bukti yang menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah dikaji dan sesuatu masalah itu dapat
diselesaikan serta menerangkan tentang prosedur yang dilakukan untuk memudahkan
proses pelaksanaan projek ini.
Rekaan wheelbarrow innovation cluster ini adalah direka sendiri berdasarkan
cadangan dan perbincangan ahli kumpulan. Inovasi yang dilakukan ini mesti
mengambil kira aspek dan teori asal dalam membina wheelbarrow innovation cluster
ini. Reka bentuk yang dihasilkan mestilah tidak begitu rumit, ringan dan mudah dibawa.
Pemilihan komponen adalah berlandaskan kajian dan ujian supaya wheelbarrow
innovation cluster ini dapat berfungsi dengan sempurna. Malah aspek keselamatan dan
keselesaan juga diutamakan.
22
3.2 CARTA ALIR PROJEK
Untuk menjayakan projek ini, beberapa langkah perlu dilakukan dan juga perlu
dipatuhi untuk memastikan projek yang akan dilakukan itu lancar dan berjaya. Jika
terdapat masalah, carta aliran ini perlu dirujuk kembali untuk membantu sebelum atau
semasa projek dijalankan. Dengan adanya carta alir ini ianya menggalakkan
penggunaan masa yang lebih teratur serta sistematik kerana dapat mengikut segala
arahan dengan begitu tepat dan sempurna. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti
adalah seperti berikut:
23
PENGUJIAN
3.2.1 CARTA ALIR LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK
MULA
PERMASALAHAN
PERCAMBAHAN IDEA
PEMILIHAN IDEA
PEMILIHAN BAHAN
LAKARAN DAN REKA BENTUK
PENGHASILAN PRODUK
PEMASANGAN GAGAL
LULUS
Rajah 3.1 Carta alir langkah-langkah pelaksanaan projek
TAMAT
24
3.2.2 PENERANGAN CARTA ALIR
a) Penyataan masalah: Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini dipilih.
b) Memilih tajuk yang bersesuaian: Memilih tajuk yang sesuai untuk projek dengan
membuat perbincangan dalam kumpulan bersama penyelia.
c) Membuat kajian mengenai projek: Mencari bahan yang bersesuaian seperti bekas
pengisian, enjin dan tayar.
d) Pengujian: Bahan yang telah siap dipasang perlu diuji untuk mengetahui ketahanan
bahan tersebut kuat atau lemah.
e) Laporan: Apabila selesai projek dijalankan, laporan akhir adalah wajib disediakan
oleh setiap kumpulan.
f) Tamat: Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk pembentangan projek.
3.3 MENGENAL PASTI MASALAH
Terdapat beberapa kaedah bagi mengenal pasti masalah dalam projek ini
antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara
ahli kumpulan serta kata sepakat mahupun pandangan dari pihak ketiga. Selain itu,
pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang
projek yang dirancang perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa
mempunyai sebarang masalah. Seterusnya, kajian dan rujukan yang diperolehi daripada
pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan peralatan kereta
sorong ini juga membantu dalam mengatasi dan mengenal pasti masalah yang timbul
apabila menghasilkan rekaan tersebut.
25
3.4 PERANCANGAN RANGKA DAN PELAKSANAAN KERJA
Proses mereka cipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi
menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek. Antara
langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah:
3.4.1 MENCARI MAKLUMAT
Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai
komponen-komponen dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan sepanjang projek
ini dihasilkan. Peralatan yang telah dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil
tindakan seterusnya.
3.4.2 MEMBUAT LAKARAN SECARA KASAR
Lakaran secara kasar dilakukan di dalam tiga pandangan utama iaitu pandangan
hadapan, belakang dan sisi kiri atau kanan. Lakaran secara kasar ini menggunakan
imaginasi. Lakaran yang telah dilakukan di atas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi
menjadi lebih berkualiti dan mantap tanpa sebarang permasalahan.
3.4.3 PROSES PENGUJIAN
Melakukan proses pengujian peralatan dan kompenen dari segi kesesuaian.
Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan dan kompenen tersebut dapat
beroperasi dengan baik.
26
3.4.4 KHIDMAT PENYELIAAN DAN INDIVIDU YANG BERKENAAN
Membincangkan projek yang akan dilaksanakan dengan penyelia projek dan
individu berkenaan untuk megembangkan idea bagi membaiki kelemahan dan
menambahkan kecekapan projek tersebut.
3.5 ANGGARAN KOS PROJEK
Jadual dibawah menunjukkan anggaran kos yang diprlukan untuk penghasilan
projek “Wheel Barrow Inovation Cluster”. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan
yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta bilangan unit.
Jadual 3.1 Kos penghasilan projek
BIL BAHAN KOS
1 Tayar mati RM 130
2 Besi berongga Disediakan pihak poli
(Percuma)
3 Bekas pengisian besi Percuma
4 Enjin Disediakan pihak poli
(Percuma)
5 Pulley dan Belting RM 60
Jumlah kos RM 190
27
3.6 PELAKSANAAN PROJEK
Setelah kami mengenal pasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek
kami, melakar bagi reka bentuk projek. Lukisan projek yang dijalankan dibuat secara
manual grafik iaitu lukisan tangan dan menggunkan perisian inventor. Proses
pelaksanaan projek dijalankan mengikut jadual perancangan mengikut GANT CHART.
3.7 LUKISAN INVENTOR
Rajah 3.2 Lukisan Inventori
28
3.8 LANGKAH-LANGKAH FABRIKASI PROJEK
Jadual 3.2 Menunjukkan langkah-langkah fabrikasi projek.
Proses memotong besi hollow kepada
bahagian-bahagian yang diperlukan
Proses menebuk lubang pada setiap
dua besi hollow bagi tujuan untuk
meletakkan enjin
Mengimpal besi hollow menjadi
kepada reka bentuk konsep yang telah
dipilih berdasarkan analisis konsep
reka bentuk
29
Melarik besi bulat untuk dijadikan
batang shaft. Larik sehingga
berdiameter 16 mm
Di bahagian ‘bucket’ terdapat
beberapa lubang. Disebabkan itu
kami menampal beberapa ‘plat’
besi untuk menutup bahagian
berlubang
‘Wheelbarrow’ yang telah siap
dan sedia untuk diuji kebolehan
dan keberkesanan projek tersebut.
30
3.9 KAEDAH PENYELENGGARAAN
Kereta sorong tidak mahal, dan lebih banyak daripada peralatan kebun atau
pembinaan anda yang lain. Alat yang berguna ini juga memerlukan penjagaan dan
penyelenggaraan. Penyelenggaraan kereta sorong adalah penting untuk memastikan ia
berfungsi dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa digunakan
1. Pemegang.
Anda tidak pernah berfikir tentang pemegang kereta sorong anda sehingga ia
pecah atau mendapat begitu kasar yang memberikan anda pecahan. Menjaga kereta
sorong bermula dengan pegangan yang sering diabaikan. Banyak kereta sorong
mempunyai pemegang kayu dan untuk mengekalkannya, mula-mula menjaga
mereka bersih. Lap mereka dengan kain selepas setiap penggunaan.
Sekiranya pemegang kereta sorong kayu anda mendapat sedikit kasar di
sekeliling tepi, gunakan kertas pasir untuk membersihkannya sekali-sekala. Sekali
menggosok ke bawah dengan minyak biji rami atau minyak jenis lain juga
merupakan cara yang baik untuk mengekalkannya dengan baik. Biarkan mereka
kering sebelum menyimpan kereta sorong anda.
31
2. Bekas Pengisi
Rajah 3.3 Bekas pengisi
Baldi, atau barrow, kereta sorong anda menjadi kotor apabila anda
bekerja di taman dan juga merupakan bahagian penting dalam menjaga kereta
sorong. Bersihkannya dengan kerap, memberikannya sekurang-kurangnya satu
pembersihan asas selepas setiap penggunaan, mengikis mana-mana kotoran atau
mulsa yang tinggal. Kemudian, setiap beberapa kegunaan, berikannya lebih
bersih.
Gunakan berus dawai untuk menggosok ia bersih dan pastikan ia kering
sebelum anda meletakkannya. Ini akan membantu mengelakkan karat jika anda
mempunyai barrow logam.
32
3. Mengekalkan Roda dan Gandar.
Rajah 3.4 Roda dan gandar
Penjagaan kereta sorong mesti termasuk penyelenggaraan untuk roda
dan gandar atau alat anda mungkin berhenti bergolek. Menjaga perjalanan
gandar adalah semudah memberikan muncung yang baik dengan meletakkan
minyak gris setiap beberapa bulan. Untuk tayar, gunakan pam untuk
memastikan angina di dalam tayar sentiasa mencukupi.
Mengetahui bagaimana untuk menjaga kereta sorong tidak sukar, tetapi
anda perlu meletakkan langkah-langkah ini ke dalam tindakan untuk
memastikan kereta sorrong anda tetap dalam keadaan yang baik dan akan
melayani anda untuk tahun yang akan datang.
3.10 RUMUSAN
Metodologi dalam penghasilan projek merupakan aspek terpenting bagi
memastikan projek yang dibangunkan dan dilaksanakan mengikut langkah secara
tersusun dan sistematik. Ianya wajar dipatuhi bagi memastikan proses yang
dirancang berjalan dengan lancar. Seterusnya, bab ini juga membincangkan
kepentingan penyelenggaraan kereta sorong. Oleh itu, sepanjang kajian metodologi
hendaklah sentiasa dirujuk supaya segala proses adalah mengikut perancangan.