b2 db1e1 (bm tahun3)kum 2
TRANSCRIPT
BAHASA MALAYSIA TAHUN 3
KEMAHIRAN
MEMBACA
BAND
2
PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui dan memahami perkara
yang didengar, ditutur, dibaca dan
ditulis
DESKRIPTOR
Membaca dan memahami
perkataan dalam ayat
EVIDENS B2DB1E1
Membaca dan memahami
perkataan berimbuhan awalan dan
berimbuhan akhiran dalam ayat.
(5.2.1)
AKTIVITI PENTAKSIRAN
Bahan- Kad yang mengandungi
ayat, petikan teks
Langkah Pentaksiran
1. Membaca perkataan
berimbuhan awalan.
Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 3
Arahan:Baca perkataan berimbuhan awalan dalam ayat.
Rujukan: B2DB1E1
1. Ali bermain bola sepak di padang sekolah bersama kawan-
kawannya.
2. Emak sedang memasak kari ayam di dapur.
3. Kakak menyiram pokok bunga di halaman rumah.
4. Ahmad membaca buku cerita di pusat sumber.
5. Kaki adik terpijak duri.
6. Amin dan bapanya bersenam di padang permainan.
7. Bungkusan sampah itu telah dibuang oleh tukang kebun
sekolah.
8. Kaki pemain bola sepak itu terseliuh semasa perlawanan
persahabatan semalam.
9. Amiroh selalu membawa bekal biskut ke sekolah.
10. Ali terambil buku kawannya.
Aktiviti 2
Arahan: Sebut perkataan yang mengandungi imbuhan awalan
yang terdapat dalam petikan.
Tokoh Batik
Haji Che Su bin Ishak tokoh batik dari Kelantan. Beliau memulakan
perusahaan batik bersama abangnya di Kota Bahru,Kelantan.
Beliau pengasas batik pelangi dan batik blok. Pada masa
itu,pembuatan batik pelangi menggunakan teknik ikatan dan
celupan. Warna batik ketika itu biru dan hitam sahaja. Bahan
berwarna juga dihasilkan daripada buah dan kulit kayu. Hasil
batiknya dijual kepada pemborong.
Kemudian beliau mengeluarkan batik yang menggunakan
blok kayu. Batik blok ini dihasilkan menggunakan blok umbut
pisang dan blok kayu yang mempunyai ukiran. Selepas itu beliau
menghasilkan daripada bahan logam. Hasil ukiran batik blok ini
lebih bermutu dan cantik. Batik merupakan seni yang patut kita
hargai.