audit sem 4
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 audit sem 4
1/73
BAB 1 : PENGENALAN
Definisi pengauditan
Shaari Isa
Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh
seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan
punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan
benar dan saksama.
Arens & Loebbecke
Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang
berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan
menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur
dengan kriteria yang ditetapkan.
Tujuan Pengauditan
Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang
sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat
1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta
untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
2/73
Gambaran Benar dan Saksama
Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-
perkara berikut :
i. Aset wujud dan dimiliki tidak dicagar jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal
ii. Liabiliti diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal
iii. Hasil / Belanja untuk tahun yang berkenaan sahaja ikut dasar perakaunan dan tekal
iv. Pembentangan lengkap dan betul maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan
keterangan tentang angka-angka dalan akaun amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
3/73
Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :
i. angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material
ii. maklumat penting tidak didedahkan
iii. angka yang dipaparkan mengelirukaniv. akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan
v. cara pembentangan akaun mengelirukan
Perakauanan VS Pengauditan
Perakaunan Pengauditan
proses merekod, mengelas dan
meringkas maklumat dalam bentuk
kuantitatif untuk pembuatan
keputusan merujuk piawai/ criteria/ asas
tertentu dalam penyediaan
maklumat. Cth : Akta syarikat,
GAAP, standard MASB hasil akhir adalah penyata
kewangan
menentukan perekodan yang betul
bagi maklumat kewangan yang
dipersembahkan merujuk piawai tertentu dalam
pengauditan tetapi mesti
menguasai semua piawai dalam
perakaunan hasil akhir adalah laporan audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
4/73
Jenis-jenis Audit
Audit Penyata
Kewangan
Audi t Pematuhan Audit Operasi
1. Memeriksa Kesahihan penyata
kewangan
Tindakan entiti /
individu
Seluruh/
sebahagian aktiviti
organisasi
2. Tujuan Tentukan samada
keseluruhan
penyata kewangan
dipersembahkanmengikut criteria
yang spesifik
Tentukan samada
prosedur, polisi,
undang-undang,
peraturan yangditetapkan oleh
pihak tertentu
dipatuhi
Menilai kecekapan
dan keberkesanan
organisasi
3. Kriteria Prinsip-prinsip
perakaunan (GAAP,
Akta Syarikat)
Peraturan dan
undang-undang
(Akta Cukai,
Rasuah)
Objektif-objektif
tertentu organisasi
4. Laporan Gambaran benar
dan saksama
Pematuhan kepada
kriteria-kriteria
Cadangan-
cadangan
pembaikan
5. Contoh Memeriksa secara
terperinci butir-butir
penyata kewangan
Golden Hope Bhd
Memeriksa samada
kadar upah pekerja
di Kilang Papan
Weng Hup
mengikut Undang-
undang Buruh
Menilai kecekapan
dan tahap
kepuasan
pelanggan terhadap
servis pengedaran
surat dan
bungkusan yang
dikendalikan oleh
Pos Malaysia
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
5/73
Audi t Tradisional VS Audi t Moden
Audi t Tradisional Audi t Moden
Objektif Kesan kesilapan dan
penipuan
penyata kewangan
benar dan saksama kawalan dalaman,
sistem perakaunan
dan sistem operasi
berkesan dan cekap kesan kesilapan dan
penipuan
Pendekatan Audit terperinci Teknik persampelan audit
terperinci adalah untuk kes-
kes tertentu sahaja.
Audi t persendir ian vs audit berkanun
Audit Persendirian
Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja
Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)
Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
6/73
Audit Berkanun
Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan
sendirian berhad
Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elakpenyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran
dengan sempurna
Profesion Perakaunan
Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967
Telah menyebabkan tertubuhnya MIA
Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)
Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan diMalaysia
Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant
Fungsi MIA :
i. Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli
ii. Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute
atau badan lain
iii. Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
iv. Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
7/73
Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :
i. Chartered Accountants
ii. Associate Members
iii. Licensed Accountants
Garispanduan Perakauanan
Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia / Malaysian Accounting Standard Board
(MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan tertakluk di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997
Piawai Pengauditan
Jawatankuasa Perakaunan dan Pengauditana / The Accouting and Auditing
Committee (AAC) MIA bertanggungjawab mengisu hal-hal berkaitan pengauditan
Disebut sebagai Piawai Audit yang Diluluskan / Malaysian Approved Standards
on Auditing (MASA)
Garispanduan Audit Dalaman
Diisukan oleh jawatankuasa Audit Dalaman / Internal Audit Committee (IAC)
Menggalakan penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan
dalam audit dalaman dilakukan secara meluas
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
8/73
Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Insti tute of
Certif ied Public Accountants (MICPA)
Ditubuhkan pada 26 Julai 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940 46
Ditukar kepada MACPA pada 6 JulaiDitukar semula kepada MICPA pada 2001
Objektif :
i. Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam
pelbagai aspek perniagaan
ii. Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant
bertauliah
iii. Memastikan profesionalisme akauntant
iv. Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi
Firma Akauntant Awam
Menjalankan audit penyata kewangan
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965
Lebih 1000 firma wujud di Malaysia sekarang
3 kategori firma di Malaysia :
i. Big Four International Firms
ii. Medium sized firms
iii. Small firms
Big Four KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche Tonmatsu,
Ernast & Young.
Aktiviti firma akauntant
i. Perkhidmatan perakaunan dan simpankira
ii. Perkhidmatan cukai
iii. Perkhidmatan perundingan pengurusan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
9/73
BAB 2 : PENGAUDITAN
Pengenalan
Juruaudit syarikat perlu mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh Seksyen 15 Akta
Akauntant 2000 (disemak 1972)
Bahagian I dan II Jadual Pertama : ahli badan perakaunan yang diiktiraf berikut layak
memohon lessen untuk menjadi juruaudit syarikat :
a. Malaysian Institute of certified Public Acccountant (MICPA)
b. Institute of Chartered Accountants of Scotland
c. Institute of Chartered Accountants in England & Wales
d. Institute of Chartered Accountants in Ireland
e. Institute of Chartered Accountants (United Kingdom)
f. Institute of Chartered Accountants in Australia
g. Australian Society of Accountants
h. New Zealand Society of Chartered Accountants
i. Canadian Institute of Accountants j. Institute of Chartered Accountants of India
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
10/73
Seseorang juruaudit perlu :
- Mempunyai kemahiran dalam profesion ijazah perakauanan dari university
yang diiktiraf, lulus semua peperiksaan MICPA dan pengalaman sekurang-
kurangnya 3 tahun dalam bidang perakauanan- Berwibawa dan jujur- Pertimbangan yang waras- Pemikiran yang kritikal dan analitis terhadap bukti audit- Berhati-hati tetapi tegas- Merahsiakan maklumat sulit yang diterima, mendedahkan maklumat penting
berkenaan audit
Juruaudit boleh mengamal secara individu atau perkongsiaan
Kebebasan Juruaudit
Konsep kebebasan dilihat dari 2 sudut :
i. Secara nyata- Pendapat yang objektif- Tidak dipengaruhi- Kebebasan pemprograman- Kebebasan pemeriksaan- Kebebasan melapor
ii. Pada rupa- Situasi / hubungan- Timbulkan konflik
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
11/73
Kelayakan juruaudit
a. Ahli badan professional perakaunan yang diiktiraf
b. Mendaftar sebagai akauntant awam bertauliah dengan MIA (Sek 22 Akta
Akauntant)- Adalah menjadi tanggungjawab pengarah / pengurus syarikat untuk pastikan
rekod-rekod perakaunan disimpan dengan sempurna supaya penyata kewangan
dapat disediakan dan rekod-rekod dapat diaudit
Syarat-syarat Perlantikan
a. Akauntant bertauliahb. Memohon kelulusan Menteri Kewangan ( Sek 8 (10 Akta Ssyarikat)
c. Membayar yuran pendaftaran bila mendapat kelulusan Menteri ( Sek 8 (2) Akta
Syarikat)
d. Tertakluk kepada Sek 9 (1) dan sek 9 (2) Akta Syarikat untuk menjamin
kebebasan juruaudit
Orang-orang yang tidak layak dilantik sebagai juruaudit :
i. Bukan juruaudit yang sah
ii. Berhutang lebih RM2500 dengan syarikat yang diaudit
iii. Pegawai syarikat yang diaudit
iv. Pekongsi pegawai syarikat diaudit
v. Majikan pegawai syarikat diaudit
vi. Pekerja atau kakitangan pegawai syarikat diaudit
vii. Pekongsi bagi pekerja pegawai syarikat diaudit
viii. Pekerja bagi pekerja pegawai syarikat diaudit
ix. Pemegang syer / isteri / saudara
x. Pemegang buku daftar ahli syarikat / buku daftar debenture
xi. Pernah menjadi pegawai syarikat dalam tempoh 12 bulan terdahulu
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
12/73
Prosedur Perlantikan
Akta Syarikat : juruaudit pegang jawatan untuk tempoh setahun perlu resolusi
AGM untuk lantik semula Juruaudit Awam
Perlantikan juruaudit awam melalui AGM boleh jika :
a. Seorang juruaudit awam bertanding semula / sedang sandang jawatan
juruaudit awam
b. Calon yang baru dicadang untuk bertanding sebagai juruaudit awam
Syarat-syarat :
a. Sek 172 (11) akta syarikat : calon baru notis pencalonan diterima sekurang-
kurangnya 21 hari AGMb. Sek 172 (12) Akta Syarikat : calon lama notis pencalonan diterima
sekurang-kurangnya 7 hari sebelum AGM
Bagi calon baru, selepas notis diterima, syarikat perlu buat salinan notis dan
hantar dalam tempoh 7 hari sebelum AGM kepada :
a. Juruaudit awam yang dicalonkan
b. Setiap juruaudit sedia ada
c. Orang-orang yang layak terima notis AGM
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
13/73
Siapa lantik Juruaudit awam?
Secara am : syarikat dalam AGM Sek 172 (2) Akta Syarikat
3 pihak lain yang boleh lantik juruaudit awam
a. Pengarah dalam 2 situasi :
i. Juruaudit awam pertama pada bila-bila masa sebelum AGM pertama dan
sehingga habis AGM pertama Sek 172 (1)
ii. Untuk isi kekosongan mengejut juruaudit awam syarikat Sek 172 (3)
b. Ahli-ahli syarikat Sek 172 (2)
c. Pendaftar atas permohonan bertulis ahli syarikat jika tiada perlantikan
juruaudit awam dibuat oleh pengarah/ syarikat sek 172 (14)
Perletakan jawatan
Boleh letak jawatan jika :
a. Dia bukan juruaudit tunggal syarikat boleh letak jawatan pada bila-bila
masa tapi berkuatkuasa sehingga perlantikan baru dibuat dalam AGM khas
untuk lantik juruaudit awam baru
b. Dalam AGM dan tidak secara lain sek 174 (14)
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
14/73
Pemecatan
Bila juruaudit dilucutkan jawatan oleh syarikat sebelum tamat tempohnya
Cara :
a. Melalui resolusi syarikat pada 1 AGM di mana 1 notis khas telah diberi
terlebih dahulu dan bukan sebaliknya ( ie pengarah boleh cadangkan sahaja,
tidak boleh singkirkan) sek 172 (4)
b. Prosedur penyingkiran bila notis khas telah diterima oleh syarikat :
i. 1 salinan notis untuk juruaudit awam berkenaan dan 1 salinan untuk
Pendaftarii. Dalam masa 7 hari selepas terima notis, juruaudit awam boleh buat
penjelasan bertulis kepada syarikat dan mohon 1 salinan penjelasan
tersebut dihantar kepada setiap ahli syarikat sebelum mesyuarat di mana
resolusi itu akan dipertimbangkan sek 172 (5)
c. Melainkan Pendaftar memutuskan sebaliknya ( atas permohonan ahli
syarikat), syarikat hendaklah hantar 1 salinan penjelasan berkenaan kepada
ahli-ahli seperti diminta sek 172 (6)
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
15/73
Surat Persetujuan
Sek 9 (6) Akta Syarikat selepas terima tawaran perlantikan, juruaudit perlu buat
pengesahan bertulis kepada syarikat surat persetujuan
Isi kandungan surat :
i. Objektif audit
ii. Tanggungjawab pihak pengurusan
iii. Skop audit
iv. Bentuk laporan
v. Risiko
vi. Pemberitahuan untuk dapatkan apa-apa rekod, dokumen Hantar kepada pengarah, pengarah tandatangan dan kembalikan salinan kepada
juruaudit awam
Komunikasi Dengan Juruaudit Terdahulu
Sebelum terima perlantikan, juruaudit awam baru mesti hubungi juruaudit awamlama untuk dapatkan kepastian mengapa berlakunya perubahan juruaudit awam
Walau bagaimanapun, juruaudit awam baru perlu mendapatkan kebenaran
daripada syarikat terlebih dahulu
Juruaudit awam tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa izin syarikat
( etika kerahsiaan)
Juruaudit awam berhak menolak perlantikan jika syarikat tidak membenarkan
juruaudit awam lama menghubunginya/ dedah maklumat)Tujuan :
i. Tahu latar belakang dan wibawa syarikat
ii. Tahu apa-apa pertelingkahan antara juruaudit awam dengan syarikat
iii. Tahu kekurangan/ kelemahan Sistem Kawalan Dalaman, Sistem
Perakaunan bantu perancangan pelaksaan audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
16/73
Hak & kuasa
a. Dapatkan semua rekod-rekod perakauanan lain, dokumen, baucer, maklumat
dan apa-apa penjelasan yang perlu dari pegawai syarikat induk, anak syarikat,
syarikat berkaitan sek 174 (4 &5)
b. Sek 174 (7) juruaudit berhak :
i. Hadir semua AGM syarikat
ii. Terima semua notis tentang AGM
iii. Diperdengarkan dalam semua AGM tentang apa-apa sahaja berkaitan
tugasnya sebagai juruaudit awam
iv. Membuat rayuan bertulis tentang pemecatannya
c. Laporan bertulis kepada Pendaftar tentang syarikat yang tidak patuh akta dan
apa-apa yang tidak dapat diselesaikan melalui laporkannya sek 174 (8)
Tanggungjawab
a. Sek 174 (1)
i. Laporkan kepada ahli-ahli syarikat tentang penyata kewangan
ii. Dalam laporan audit, juruaudit awam beri pendapat samada penyata
kewangan dan laporan pengarah mengikut Akta atau tidak, rekod-rekod
perakaunan disimpan dengan baik atau tidak.
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
17/73
b. Sek 174 (2)
i. AUR dan KKK dan nota akaun syarikat disediakan dengan betul atau tidak
mengikut sek 169
ii. Rekod-rekod perakaunan disimpan dengan rapi oleh syarikat
iii. Akaun gabungan- Nama anak-anak syarikat yang tidak audit- Puashati dengan penyediaan AK gabungan- Telah terima maklumat dan penjelasan yang perlu- Kekurangan / ketidaklaziman dalam Ak Gabungan
c. Sek 174(3) : laporkan jika :
i. Telah menerima maklumat dan penjelasan yang diperlukan dari pegawai
syarikat
ii. Penyata-penyata pejabat cawangan yang diterima (tidak dilawati) untuk
diaudit memadai atau tidak
iii. Prosedur yang digunakan oleh syarikat induk / anak syarikat untuk Ak
Gabungan sesuai atau tidak
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
18/73
BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR
Definisi
Audit dalam
Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang
dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri
Audit luar
Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh
juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap
penyata kewangan tersebut.
Matlamat u tama
Audit dalam
Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system
perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa
penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh
dipercayai Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan
Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi
Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa
liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
19/73
-
7/25/2019 audit sem 4
20/73
Elemen-elemen Bagi Juruaudit Dalaman
a. Bebas
b. Penstafan bilangan, kelulusan, pengalaman
c. Latihan terlatih sepenuhnyad. Perhubungan - juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja,
pemahaman terhadap pengurusan, juruaudit luar, agensi-agensi luar
e. Berhati-hati dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai
pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit
luar
Hubungan Di Antara Audit Dalam Dan Audit Luar
Audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan system perakaunan sesebuah
organisasi. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih
tepat dan boleh dipercayai
Oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit
dalam untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan
Walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi
memastikan kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :
i. Kebolehan juruaudit dalaman
Berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperolehi melalui
perbincangan dengan mereka
ii. Kedudukan juruaudit dalaman
Dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab
kendalian yang lain
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
21/73
iii. Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman
Berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat - juruaudit luar perlu
memastikan tiada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima
perhatian yang mencukupi daripada juruaudit dalam
iv. Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah
digunakan
Melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan yang
merupakan bukti tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan
kawalan yang diamalkan
Bidang Kerjasama Audit Dalam Dan Audit Luar
1. Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan
ssistem semakan
2. Program juruaudit dalaman membantu juruaudit luar
3. Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk member nasihat kepada juruaudit dalaman
Persamaan Audi t Dalam Dan Audit Luar
1. Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif
2. Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi
3. Kecukupan system perakaunan
4. Penjagaan aset-aset
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
22/73
Perbezaan Jur uaudit Dalaman Dan Juruaudit Lu aran
Juruaudit Dalaman Juruaudit Luaran
Skop kerja Bidang liputan yang
dijalankan ditetapkan oleh
pihak pengurusan
Bidang liputan berdasarkan
peruntukan undang-undang
Pendekatan Memastikan Sistem
Perakaunan mencukupi dan
Sistem Kawalan Dalaman
berkesan
Untuk memuaskan hatinya
bahawa akaun yang
dibentang adalah benar dan
saksama
Tanggungjawab Kepada pihak pengurusan Terhadap pemegang saham
dan pihak ketiga yang lain
Juruaudit Kakitangan syarikat Individu yang bebas dan
berkelayakan
Kebebasan Bebas memberi pendapat
tetapi perlu bersedia dalam
memenuhi kehendak
pengurusan
Bebas dari segi pemikiran
dan kelakuan
Tempoh Pemerikasaan dijalankan
secara berterusan
sepanjang tahun
Biasanya setelah selesai
satu-satu tempoh
perakauanan
Kesan Audit Dalam Terhadap Audit Luar
Melahirkan keboleh percayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan
Menjimatkan masa
Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum
Mudah mendapatkan maklumat
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
23/73
BAB 4 : TATACARA PENGAUDITAN
Dalam melaksanakan sesuatu audit, terdapat enam proses utama yang akan terlibatiaitu :
i. Menentukan objektif dan skop pengauditan ke atas penyata kewangan
ii. Surat ikatan audit
iii. Perancangan audit
iv. Kajian dan penilaian ke atas system perakauanan dan system kawalan dalaman
v. Kawalan kualiti ke atas kerja-kerja audit
vi. Laporan audit
Menentukan objektif dan skop pengauditan ke atas penyata kewangan
Objektif Audit
Membolehkan seseorang juruaudit melahirkan pendapat ke atas penyata
kewangan Pendapat juruaudit : mengukuhkan kebolehpercayaan atau kredibiliti penyata
kewangan Namun begitu ia tidak menjadi jaminan kepada kejayaan organisasi pada masa
akan datang atau sebagai satu pendapat mengenai kecekapan dan
keberkesanan pihak pengurusan yang menjalankan aktiviti entiti tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
24/73
Tanggungjawab Terhadap Penyata Kewangan
Juruaudit : tanggungjawab untuk membentuk dan melahirkan pendapat ke atas
penyata kewangan
Pihak pengurusan : menyimpan rekod-rekod perakaunan yang mencukupi dansystem kawalan dalaman yang sesuai, pemilihan dan penggunaan polisi-polisi
perakauanan yang sesuai, menjaga dan melindungi keselamatan asset-aset
syarikat Audit penyata kewangan tidak akan melepaskan tanggungjawab pihak
pengurusan
Skop Audit
Skop pengauditan ke atas penyata kewangan ditentukan agar selaras dengan
kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan badan
professional yang berkaitan
Kerja pengauditan mesti dirancang terlebih dahulu
Mesti mendapatkan kepastian yang diyakinin bahawa maklumat yang diperolehi
boleh dipercayai dan mencukupi maklumat dipersembahkan dengan betul untukmenilai kebolehpercayaan dan kecukupan.
i. Jalankan kajian dan penilaian
ii. Jalankan lain-lain ujian, pertanyaan, tatacara pengesahan
Untuk menentukan maklumat dipersembahkan dengan betul :
i. Bandingkan penyata kewangan dengan rekod perakauanan dan lain-lain
sumber data
ii. Membuat pertimbangan yang munasabah ke atas penyata kewangan
yang disediakan oleh pihak pengurusan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
25/73
Surat Ikatan Audit
Surat yang dihantar kepada pelanggan untuk mendokumen dan mengesahkan
penerimaan perlantikan, objektif, skop audit, tanggungjawab kepada pelanggandan bentuk laporan
Boleh mengelakkan salah fahan berhubung ikat janji yang dibuat Kandungan utama :
i. Objektif audit ke atas penyata kewangan
ii. Tanggungjawab pihak pengurusan terhadap penyata kewangan
iii. Skop audit termasuk rujukan yang selaras dengan undang-undang,
peraturan atau ketetapan badan professional
iv. Bentuk laporan yang dikelaurakan
v. Risiko-risiko yang mungkin timbul disebabkan bentuk ujian atau
penghadan semula jadi
vi. Pemberitahuan untuk mendapatkan apa-apa rekod, dokumen-dokumen
dan lain-lain maklumat Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan :
i. Penyusunan berhubungan perancangan audit
ii. Jangkaan menerima pengesahan bertulis daripada pengurusan mengenai
perwakilan
iii. Permintaan membalas surat ikatan sebagai mengesahkan persetujuan
iv. Penerangan berkaitan lain-lain surat atau laporan
v. Asas untuk tentukan yuran audit dan cara pembayaran
vi. Penyusunan tentang penglibatan juruaudit lain atau pakar
vii. Penyusunan tentang penglibatan juruaudit dalaman atau kakitangan
pelangganviii. Penyusunan dengan bekas juruaudit semasa permulaan audit (jika ada)
ix. Apa-apa sekatan dari tanggungan juruaudit
x. Rujukan persetujan lanjutan antara juruaudit dengan pelanggan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
26/73
Dalam kes pengauditan berulang, juruaudit boleh memutuskan untuk tidak
menghantar surat ikatan Walau bagaimanapun, terdapat factor-faktor yang boleh menyebabkan juruaudit
menghantar surat yang baru :
i. Sebarang petanda bahawa pelanggan salah faham terhadap objektif dan
skop audit
ii. Penyemakan semula atau perkara-perkara yang khusus berhubung ikat
janji
iii. Pertukaran lembaga pengarah
iv. Perubahan yang ketara di dalam bentuk atau saiz perniagaan pelanggan
v. Keperluaan undang-undang
Jika juruaudit syarikat induk juga merupakan juruaudit anak-anak syarikatcawangan atau bahagian, ia harus mempertimbangkan factor-faktor berikut
untuk tentukan samada perlu untuk menghantar surat ikatan yang berasingan :
i. Siapa yang melantik juruaudit komponen
ii. Samada laporan audit berasingan akan dikeluarkan terhadap komponen
iii. Keperluan undang-undang
iv. Liputan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh juruaudit lain
v. Peratusan hak milik oleh syarikat induk Setelah persetujuan dicapai antara juruaudit dan pelanggan, juruaudit perlu
mengetahui mengenai latar belakang perniagaan pelanggan bagi
membolehkannya mengenalpasti kejadian-kejadian, urusniaga-urusniaga dan
amalan-amalan pelanggan yang mempunyai kesan penting ke atas penyata
kewangan Maklumat maklumat mengenainya boleh didapati dari sumber-sumber berikut :
i. Laporan tahunan kepada pemegang saham
ii. Minit-minit mesyuarat
iii. Laporan pengurusan kewangan dalaman untuk jangka masa semasa dan
masa lepas
iv. Kertas kerja audit yang lalu dan fail-fail yang berkaitan
v. Perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan pelanggan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
27/73
vi. Buku panduan (manual) mengenai polisi dan tatacara yang diamalkan
oleh pelanggan
vii. Jurnal dan majalah perdagangan
viii. Keadaan ekonomi dan kesannya ke atas perniagaan pelanggan
ix. Lawatan ke premis tempat pelanggan menjalankan perniagaan dan
kemudahan-kemudahan loji yang ada Perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan menyentuh tentang
perkara-perkara berikut :
i. Perubahan di dalam pengurusan dan kakitangan menyentuh aktiviti entity
perniagaan
ii. Peraturan semasa kerajaan yang mempunyai kesan ke atas pelanggan
iii. Perkembangan semasa perniagaan secara keseluruhan yang mempunyaikesan ke atas perniagaan pelanggan
iv. Masalah-masalah kewangan pada masa kini dan yang akan dihadapi
serta masalah-masalah perakaunan
v. Kewujudan pihak lain yang berkaitan dengan pelanggan
vi. Kemudahan loji dan bangunan yang baru ataupun yang telah ditutup
vii. Perubahan-perubahan semasa atau dijangka akan berlaku ke atas
teknologi jenis barang, keluaran atau perkhidmatan dan kaedah
pengeluaran atau agihan
viii. Perubahan system perakaunan dan system kawalan dalaman
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
28/73
Perancangan Audit
Juruaudit perlu merancang kerjanya supaya ia dapat menjalankan sesuatu audit
yang berkesan secara cekap dan mengikut susunan masa yang teratur Perancangan dibuat berdasarkan kepada pengetahuan juruaudit mengenai
perniagaan pelanggannya Perkara-perkara yang perlu diambil kira:
i. Memahami system perakuanan, polisi dan tatacara kawalan dalaman
yang diamalkan oleh pelanggan
ii. Menetapkan darjah kesandaran yang dijangka boleh diletakkan keatas
kwalan dalaman pelanggan
iii. Menentukan dan memprogram bentuk, pemasaan dan had tatacara audityang akan dilaksanakan
iv. Penyelarasan kerja yang akan dijalankan Perlu dibentuk dan disemak semula dari semasa ke semasa dalam menjalankan
kerja audit Perlu dilibatkan secara berterusan sepanjang tempoh ikat janji Sekiranya berlaku perubahan keadaan atau penemuan-penemuan luar jangka
yang di hasilkan dari tatacara audit, perancangan keseluruhan dan program auditperlu disemak semula
Pemerhatian yang sewajarnya sepatutnya ditumpukan kepada bahagian-
bahagian audit yang penting dan masalah-masalah yang mungkin dihadapi Membantu pembantu-pembantu audit untuk menjalankan kerja audit dengan
lebih teratur dan menyelaraskan kerja-kerja yang dibuat oleh juruaudit yang lain Bentuk atau sifat perancangan bergantung kepada saiz dan kerumitan entity
yang akan diaudit, pengalaman masa lepas juruaudit dengan entiti berkenaan
dan pengetahuan juruuaudit tentang perniagaan pelangggan secara
keseluruhannya Semasa perancangan : juruaudit boleh berbincang tentang perkara-perkara
tertentu dengan pihak pengurusan dan kakitangan entity untuk
memperkemaskan kerja audit yang akan dijalankan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
29/73
Kajian Dan Penilaian Keatas System Perakauanan Dan System Kawalan Dalaman
Sistem perakauanan Satu siri tugas dalam didalam sesebuah entit dimana urusniaga-urusniaga
perniagaan di proses sebagai satu cara menyelenggara rekod-rekod kewangan System ini perlu mengenali, mengira, mengklasifikasi, mengepos, meringkas dan
melapor transasi Juruaudit perlu memahami dengan mendalam system perakaunan yang
diamalkan oleh pelanggannya bagi mengenal pasti bahagian-bahgian dimana
penipuan dan kesilapan boleh berlaku Tatacara cara penyokongan : ujian-ujian yang direka bentuk untuk
mengumpulkan bukti-bukti audit yang dapat memastikan samada butir-butirmengenai maklumat yang dihasilkan dari system perakaunan adalah lengkap,
tepat dan sah Merangkumi ujian-ujian terperinci atas baki akaun dan urusniaga menganalisa
nisbah-nisbah dan arah alir penting
System Kawalan Dalaman
Keseluruhan perancangan organisasi termasuk kaedah serta tatacara yang
digunakan oleh pihak pengurusan dalam membantu mencapai objektif yang
menyakinkan dan praktikal, mengikut perakuan pelakuan perniagaan yang
teratur dan efisen, pematuhan kepada polisi pengurusan, penjagaan aset,
pencegahan dan pengesanan fraud dan ketepatan rekod-rekod perakaunan Tatacara pematuhan : ujian-ujian yang direka bentuk dengan tujuan untuk
mencapai satu tingkat keyakinan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan
digunakan sebaggai sandaran kerja adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan
berkesan Termasuk ujian-ujian, pemohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang
menyokong sesuatu urusniaga
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
30/73
Kawalan Kualiti Keatas Kerja-Kerja Audit
Apabila seseorang juruaudit menugaskan kerja kepada pembantu-pembantunya
atau menggunakan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh juruaudit lain atau pakar-
pakar, beliau masih bertanggungjawab untuk membentuk dan melahirkan
pendapat keatas maklumat-maklumat kewangan Juruaudit harus menyelia dan menyemak semula semua kerja yang telah
diserahkan kepada pembantunya untuk mendapatkan kepastian yang menyakin
kan bahawa kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pembantu adalah mencukupi
untuk tujuan audit
Perwakilan
Sebarang perwakilan kerja kepada pembantu audit harus dapat memastikan
bahawa kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan oleh mereka yang bebas dan
mempunyai tingkat kemahiran yang tinggi seperti mana yang diperlukan
Arahan
Arahan yang sewajarnya diberi kepada pembantu apabila berlaku perwakilan
kerja Ia melibatkan memberitahu kepada pembantu tanggungjawab mereka dan
objektif tatacara kerja yang akan mereka laksanakan Perkara-perkara lain yang terlibat adalah bentuk perniagaan entity dan maslah-
masalah yang mungkin dihadapi dalam perakauanan dan pengauditan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
31/73
Penyeliaan
Penyeliaan oleh personal yang bertanggungjawab harus dilakukan dari semasa
ke semasa dalam proses perlaksanaan audit agar :
i. pembantu-pembantu memperlihatkan bahawa mereka mempunyai
kemahiran dan kecekapan untuk menjalankan tugas yang telah diberikan
ii. pembantu-pembantu memperlihatkan kefahaman mereka terhadap
arahan-arahan audit
iii. kerja-kerja yang dijalankan adalah menurut program audit dan lain-lain
dokumen perancangan
Pengkajian Semula
kerja-kerja yang dilakukan oleh setiap pembantu audit mesti disemak semula
oleh personal yang sepadan atau mempunyai kelayakan dan kemahiran yang
lebih tinggi untuk meentukan samada :
i. kerja itu telah dilaksanakan selaras dengan standard professional
ii. kerja yang dilaksanakan dan keputusan-keputusan yang diperolehi telah
pun didokumenkan secukupnyaiii. jika terdapat sebarang persoalan audit yang penting yang masih belum
diselesai
iv. objektif tatacara audit telah dapat dicapai dan kesimpulan dan
digambarkan adalah konsisten dengan hasil perlaksanan kerja peringkat pengkajian semula didalam audit adalah seperti berikut :
i. pengkajian semula dari awal rancangan audit dan program audit
ii. pengkajian semula keatas kajian dan penilaian kawalan dalaman
termasuk tatacara pematuhan dan sebarang penggubahsuaian yang
dibuat keatas program audit
iii. pengkajian semula dokumentasi bukti audit yang diperolehi dan
kesimpulan yang dibuat daripadanya
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
32/73
iv. pengkajian semula maklumat kewangan dan laporan audit yang
dicadangkan
Laporan audit
pendapat juruaudit tentang persembahan penyata kewangan entity mengenai
kedudukan kewangan dan hasil kendalian operasi entity tersebut laporan mestilah ditulis dengan jelas terdapat empat jenis laporan :
i. pendapat tanpa syarat(unqualified opinion)
ii. pendapat bersyarat(qualified opinion)
iii. pendapat bertentangan(adverse opinion)iv. pendapat penafian(disclaimer opinion)
Pendapat Tanpa Syarat
dikeluarkan apabila juruaudit berpuas hati dalam semua aspek mesti jelas melahirkan kepuasan
Pendapat Bersyarat
apabila juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh mengeluarkan
pendapat tanpa syarat ini adalah kerana wujudnya ketidaksetujuan, ketidakpastian atau batasan atas
skop kerja walau bagaimanapun ketidakpastian ini adalah tidak begitu penting
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
33/73
Pendapat Bertentangan
apabila kesan daripada ketidakpastian adalah begitu menyerap kepada penyata
kewangan
Pendapat Penafian
apabila juruaudit mendapati yang kemungkinan kesan dari batasan skop kerja
atau ketidak pastian secara keseluruhannya adalah sangat material sehingga
menyebabakan juruaudit ttidak beruupaya untuk member pendapat keatas
penyata kewangan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
34/73
BAB 5 KAWALAN DALAMAN DAN KEGUNAANYA DALAM
SISTEM PERAKUANAN
Pengenalan
Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mengekalkan satu system
perakaunan yang mencukupi yang menghubungkan pelbagai kawalan dalaman
yang sesuai dengan saiz dan bentuk perniagaan Juruaudit memerlukan kepastian bahawa system perakaunan adalah mencukupi
dan semua maklumat perakaunan yang sepatutnya direkod telahpun direkodkan
Apabila juruaudit membuat keputusan untuk bersandar kepada satu kawalan
dalaman, maka tatacara penyokongan yang biasanya dilaksanakan dapat
dikurangkan dari segi bentuk dan pemasaan
System Perakaunan Dan Kawalan Dalaman
System perakaunan
Ditakrifkan sebagai satu siri tugas di dalam entity di mana urusniaga-urusniaga
perniagaan diproses sebagai satu cara menyelenggara rekod-rekod kewangan System ini perlu mengenali, mengira, mengklasifikasi, mengepos, meringkas dan
melapor transaksi
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
35/73
System kawalan dalaman
Merupakan keseluruhan perancangan organisasi Ia termasuk kaedah dan tatacara yang digunakan oleh pihak pengurusan
sesebuah entity dalam membantu pihak pengurusan:
i. Mencapai objektif yang menyakinkan dan praktikal
ii. Mengikut perlakuan perniagaan yang teratur dan efisien
iii. Menjaga keselamatan asset
iv. Mencegah dan mengesan fraud dan kesalahan
v. Menjamin ketepatan rekod perakaunan
vi. Menyediakan maklumat kewangan yang dipercayai System kawalan dalaman adalah berkaitan langsung dengan system
perakaunan System perakaunan yang dilengkapi dengan kawalan dalaman yang efektif dapat
memberikan kepastian sewajarnya kepada pihak pengurusan bahawa asset
adalah dijaga daripada penggunaan yang tidak sah
Pengaruh Keatas Persekitaran Kawalan Dalaman
1. Struktur organisasi
Struktur organisasi sesebuah entity merupakan satu rangka yang menunjukkan
arah perwakilan kuasa, skop tanggungjawab serta kawalan keatas aktiviti dalam
entity. Sesuatu struktur organisasi perlu direka bentuk dengan sebaiknya agar
dapat mengelakkan seseorang individu mengatasi system kawalan dalaman
yang ada. Ia sepatutnya mewujudkan pengasingan tugas seperti capaian keatas
asset, individu yang memberi kelulusan dan individu yang menjaga asset.
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
36/73
2. Penyeliaan Pengurusan
Pihak pengurusan mestilah mengkaji semula kecukupan system kawalan
dalaman dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa kawalan-
kawalan tersebut beroperasi dengan berkesan. Sekiranya sesebuah entity
mempunyai jabatan audit dalaman, pihak pengurusan boleh menyerahkan fungsi
penyeliaan kepada mereka. Jabatan audit dalaman adalah merupakan satu
bahagian kawalan dalaman yang berasingan didalam sesebuah organisasi.
Jabatan ini diberi tugas untuk menentukan samada kawalan-kawalan dalaman
yang lain telah direka bentuk dengan baik dan beroperasi dengan teratur dan
berkesan
3. Personel
Personel harus dipilih dengan berhati-hati berdasarkan kepada kelayakan,
latihan yang telah diperolehi dan sifat-sifat seseorang seperti jujur, rajin dan
bersemangat
Objektif Kawalan Dalaman
1. Memastikan bahawa semua urusniaga dilaksanakan selaras dengan tatacara
pengesahan dan kelulusan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
2. Memastikan bahawa semua urusniaga direkodkan dengan segera pada amaun
yang betul, ke dalam akaun-akaun yang sepatutnya dan di dalam jangkamasa
urusniaga tersebut berlaku. Ini bertujuan untuk memastikan agar maklumat
kewangan dapat disediakan selaras dengan prinsip perakauan yang diterima
umum dan menjaga akaun liability ke atas asset-aset
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
37/73
3. Memastikan penggunaan asset-aset dibenarkan hanya jika mendapat
pengesahan dan kelulusan pihak pengursuan
4. Memastikan bahawa asset-aset entity wujud sebagai mana yang tercatat di
dalam rekod-rekod. Sekiranya terdapat perbezaan antara rekod dengan aset
yang tersimpan, tindakan yang sewajarnya harus diambil untuk melaraskan
perbezaan tersebut
5. Beberapa tatacara khusus berhubung dengan kawalan dalaman telah disususn
untuk mencapai objektif-objektif. Ini termasuk:
i. Memeriksa ketepatan pengiraan didalam rekod-rekodii. Membuat penyelarasan akauan kawalan dan imbangan duga
iii. Mengawal dan memberi kelulusan keatas dokumen
iv. Membuat perbandingan dengan maklumat-maklumat dari sumber luar
v. Membandingkan hasil tunai dan sekuriti-sekuriti
vi. Menghadkan penggunaan aset-aset secara fizikal
vii. Membandingkan hasil sebenar dengan belanjawan
Jenis Kawalan Dalaman
Kawalan Pentadbiran
Terdiri daripada susunan organisasi serta semua kaedah dan tatacara yang
disediakan untuk mencapai kecekapan organisasi Sekatan dalaman (pengesahan rekod-rekod urusniaga)
Terdapat susunan organisasi yang menentukan dengan jelasnya hubunganpihak yang berkuasa dengan tanggungjawab
Tugas semua kakitangan hendaklah diterangkan secara bertulis dan had wibawa
mereka hendaklah diterangkan dengan jelas
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
38/73
Organisasi mengambil kakitangan yang kebolehanya sejajar dengan
tanggungjawab masing-masing Organisasi perlu mengadakan program latihan kakitangan yang teratur Setiap kerja hendaklah diawasi atau dikawal dengan bersistem Seseorang kakitangan yang tertentu tidak seharusnya dibiarkan menjalankan
sesuatu tugas yang sama dalam satu jangka masa yang terlalu lama (penggiliran)
Kawalan Perakaunan
Satu siri tugas didalam sesebuah entity dimana urusniaga perniagaan diproses
sebagai satu cara menyelenggara rekod-rekod kewangan Terdiri daripada tiga susunan kawalan :
i. Sekatan Dalam bertujuan untuk mengelakkan penipuan atau kesilapan atau untuk
mendedahkannya dengan secepat mungkin
ii. Audit dalam Tugas dan tanggungjawab juruaudit dalam ( mengkaji dan menilai system
kawalan dalam) Juruaudit dalam akan melapor terus kepada pihak pengurusan
iii. Kawalan Perakaunan Yang lain Rekod perakaunan perlu sentiasa dikemas kini Penyediaan laporan kewangan untuk pihak pengurusan dibuat pada masa-masa
yang ditentukan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
39/73
KAJIAN DAN PENILAIAN KE ATAS SISTEM PERAKAUNAN DAN SISTEM KAWALANDALAMAN
Memahami SP dan SKD
Mungkin utk sandar kpd
kawalan dalaman?
Kenalpasti & mdokumenkan kawalan dalaman
Buat penilaian awal
Masih ingin bersandar?
Kenalpasti kawalan kawalan
yang hendak disandar
Laksanakan t/cara ujian pematuhan
Nilai kawalan dalaman
timbangkan hasil tcara pematuhan
Sandar ke atas kawalan
dalaman utk tentukan bentuk, liputan & t/cara
penyokongan?
Laksanakan ujian
penyokongan
Tidak
Ya
Tidak Kenalpasti kelemahan
kelemahan ketiadaan
kawalan dalaman
Ada kemungkinan
kwlnkwln
lain
boleh
disandar?
Tidak
Ubahsuai bentuk pemasaan & liputan t/cara
penyokongan. Tidak
sandaran kpd kwln dlmn
Tidak
Ya
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
40/73
RUMUSAN
Kepentingan kawalan dalaman
1. Kepada pihak pengurusan
Ada perjalanan yang terarah Membantu dari segi penyeliaan operasi, pentadbiran dan kawalan kewangan Syarikat dapat menjaga keselamatan asset Memastikan syarikat mematuhi Akta Syarikat 1965 System kawalan dalaman memastikan bahawa polisi dipatuhi Mengesan dan mengelakkan kesilapan
2. Kepada pihak juruaudit luar
System kawalan dalaman yang baik dapat mendedahkan kesilapan danpenipuan dengan sendiri
System kawalan dalaman mengukur takat kesandaran bagi menentukan skopkerja
Penyediaan tugas-tugas (tidak perlu melihat kesemua atau keseluruhan)
Batasan-batasan system kawalan dalaman
1. Kos2. Jenis-jenis urusniaga yang dapat dijangkakan dan bukan atas urusniaga yang
diluar jangkaan kemungkinan berlaku kesilapan3. Bermuafakatan diantara pihak-pihak tertentu dalam syarikat4. Kemungkinan penyalahgunaan kuasa5. Kawalan dalaman menjadi tidak lengkap disebabkan oleh perubahan keadaan
dan tatcara tersebut kurang dipatuhi
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
41/73
BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN
Pengenalan
- Sampel merupakan bukti audit yang dikaji dengan mendalam supaya kesimpulan
ke atasnya dapat dijadikan asas untuk mengeluarkan laporan audit
- Bukti-bukti yang dikumpulkan melalui ujian-ujian yang dijalankan hendaklah
mencukupi dan munasabah supaya juruaudit dapat bersandar padanya di dalam
membuat laporan audit
- Juruaudit tidak melakukan pemeriksaan ke atas semua maklumat yang sedia
ada kerana beliau dapat membuat kesimpulan mengenai baki akaun, kelas-kelasakaun dan transaksi serta system kawalan dalaman syarikat melalui ujian ke
atas sampel
Definisi
Secara umum
- Ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh maklumat tentang ciri-ciri populasi
yang terdiri daripada butiran melalui pemeriksaan terhadap sebahagian daripada
butiran populasi tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
42/73
Persampelan Audit
- Satu pelaksanaan tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan terhadap
butiran yang kurang daripada seratus peratus
- Dalam bentuk baki akaun atau kelas-kelas urusniaga
- Juruaudit dapat memperoleh bukti audit dan menilainya bagi sesuatu ciri untuk
membuat kesimpulan tentang ciri-ciri tersebut
- Pelaksanaan 100% perlu jika : -
Mengaudit bahagian yang melibatkan bilangan yang kecil tetapi penting
Mengaudit bahagian yang mempunyai kepentingan khusus
Mengaudit perkara-perkara luar biasa Menghadapi keadaan yang membawa kecurigaan kepada juruaudit
Istilah-istilah
1. Risiko persampelan
- Risiko atau kemungkinan juruaudit membuat kesimpulan berdasarkan
persampelan mungkin berbeza dari kesimpulan yang dicapai dari ujian 100% ke
atas populasi
2. Risiko bukan persampelan
- Kemungkinan perancangan yang tidak teratur
- Pemilihan prosedur audit yang tidak tepat- Membuat kesilapan semasa memeriksa dokumen
- Kesilapan semasa melaksanakan prosedur
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
43/73
3. Kesilapan dan kesilapan boleh terima
- Kesilapan : kawalan penyimpangan semasa mengadakan ujian kawalan atau
salah nyataan dalan transaksi atau baki akaun
- Kesilapan boleh terima : kadar kawalan penyimpangan maksimum yang mana
juruaudit boleh terima dan prosedur kawalan masih boleh dipercayai
4. Unit persampelan
- Item individu dalam populasi
Jenis-jenis Persampelan
1. Persampelan Pertimbangan
- Cara memilih sampel dengan saiz yang sesuai berasaskan pertimbangan
juruaudit
- Direkabentuk dan dilaksanakan mengikut pertimbangan juruaudit sendiri
- Tidak menggunakan teori atau pembuktian secara matematik
- Penemuan ditafsirkan oleh juruaudit secara subjektif mengikut pertimbangan
profesionalnya
- Kebaikan :
Ia telah lama digunakan jadi juruaudit benar-benar memahaminya
Peluang kepada juruaudit menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan
mereka untuk membuat pertimbangan Masa dapat dijimatkan dengan penggunaan formula tertentu
Juruaudit tidak memerlukan pengetahuan statistic
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
44/73
- Kelemahan :
Ia tidak saintifik
Saiz sampel biasanya besar menyebabkan pembaziran sampel
Hasil tidak dapat ditentukan secara kuantitatif
2. Persampelan berstatistik
- Cara penentuan sampel berasaskan teori matematik
- Membekalkan juruaudit dengan struktur yang formal untuk memilih sampel
- Pelaksanaan pertimbangan juruaudit untuk menentukan saiz sampel, pemilihan
butiran yang diambil sebagai sampel dan akhirnya membuat kesimpulan bagi
keseluruhan populasi- Hanya boleh digunakan jika :
Bilangan item yang diperiksa banyak
System yang mengeluarkan rekod yang akan diuji mestilah boleh
dipercayai
Semua item mesti homogeny
Semua item mesti boleh dikenalpasti dan mudah diperoleh
Rekabentuk sampel
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk sampel.
Antaranya adalah :
1. Objektif audit
- Juruaudit perlu memastikan apakah bentuk bukti audit yang dicari
- Ia dapat membantu juruaudit untuk menentukan tatacara audit
- Contoh : ujian pematuhan ke atas tatacara belian
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
45/73
2. Populasi
- Semua item yang sama sifatnya yang akan diperiksa oleh juruaudit untuk menilai
sifat item tersebut
- Populasi mesti sesuai dengan objektif audit
- Contoh : objektif audit adalah untuk menentukan lebihnyataan Akaun Belum
Terima maka populasinya adalah urusniaga-urusniaga yang terlibat dalam
Akaun Belum Terima
3. Kadar ralat
- Terdapat 2 jenis ralat yang biasa berlaku iaitu ralat penyimpangan dan ralatpengkeranian
- Ralat penyimpangan : penyimpangan daripada tatacara kawalan dalaman yang
dianggap boleh diterima untuk tingkat kepercayaan tertentu. Ralat ini juga boleh
menghasilkan ralat yang material
- Ralat pengkeranian : ralat yang member kesan terhadap item tertentu dalam
penyata kewangan
4. Ralat tertanggung
- Ralat maksimum yang boleh diterima oleh juruaudit dan masih merumuskan
bahawa keputusan daripada sampel itu dapat mencapai objektif
- Semakin kecil ralat tertanggung, semakin besar saiz sampel yang diperlukan
oleh juruaudit
5. Ketepatan
- Darjah kebolehpastian andaian bahawa kadar ralat dalam sampel wujud secara
berkadar dengan populasi secara keseluruhannya
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
46/73
6. Tingkat keyakinan
- Tahap kepercayaan juruaudit yang menjangka bahawa ciri populasi yang sedang
dipertimbangkan terletak dalam had ketepatan yang ditentukannya
- Merupakan ukuran yang menunjukkan setakat mana juruaudit mempertahankan
untuk mempercayai bahawa sampel yang dipilih menggambarkan ciri-ciri
populasi yang diwakilinya
Pemilihan Sampel
- Saiz sampel dipilih biasanya dalam bentuk bilangan item atau peratusan
daripada jumlah populasi
- Saiz sampel hanya akan bertambah sedikit walaupun saiz populasi bertambah
dengan banyak
- Beberapa kaedah pemilihan secara rawak:
1. Menggunakan jadual angka rawak
- Pemilihan melalui satu jadual yang menyenaraikan semua item yang akan dipilihsecara rawak
- Kaedah ini dapat menghindarkan pengaruh sikap peribadi seperti
pendapat,kepercayaan dan pengalaman semasa prosess pemilihan
2. Secara bersistematik dan berjarak
- Berasaskan kaedah ini,butiran dipilih daripada populasi dengan mengambil satu
item daripada populasi pada jarak yang seragam diantara satu item yang dipilih
dengan yang lain
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
47/73
3. Secara berstrata
- Kaedah ini sesuai digunakan apabila populasi yang diperiksa itu dibahagi kepada
beberapa strata atau peringkat yang akan diuji secara berasingan
4. Secara berkelompok
- Kaedah ini sesuai jika maklumat yang akan diperiksa disimpan mengikut
kumpulan-kumpulan tertentu
- Kaedah ini sesuai sekiranya populasi yang terlibat dalam pemeriksaan adalah
banyak dan berselerak
- Ia lebih berkesan sekiranya maklumat untuk semua kumpulan itu adalah sama
dan setiap kumpulan mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan
5. Menggunakan computer
- Sesuai digunakan sekiranya maklumat yang terlibat untuk dipilih banyak
Kebaikan teknik persempelan
1. Menjimatkan masa
2. Mengurangkan prosedur yang merumitkan
3. Berkesan untuk pengauditan item-item yang banyak
4. Pemilihan sampel terhadap item-item penting
5. Perkara luar biasa dalam populasi dapat diberi perhatian
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
48/73
Keburukan teknik persampelan
1. Wujud salah nyata
2. Sesetengah item tidak dapat diaudit
3. Bukti audit yang didapati mungkin meragukan
4. Hanya ikut pertimbangan juruaudit untuk memilih sampel
5. Risiko mungkin tidak dapat dikesan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
49/73
BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN
Pengenalan
Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan
untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat
laporan audit Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan
Tatacara Pematuhan
ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu
tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan
sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan
berkesan tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa
dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti
bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuksesuatu niaga
ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang
tidak meninggalkan jejak audit sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu
tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas
tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
50/73
Ujian-ujian Yang Dijalankan
1. Prosedur dalam memahami system kawalan dalaman juruaudit mesti berpuas hati/ memberi perhatian kepada rekabentuk dan operasi
system kawalan dalaman pelanggan tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong
kerja-kerja audit antara prosedur yang dijalankan:
i. mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas
ii. pertanyaan kepada kakitanagn entity
iii. membaca polisi dan system manual entity
iv. memeriksa dokumen dan rekod
2. Ujian Pemeriksaaan memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk dijadikan bukti audit semua dokumen sokongan mesti diluluskan/mendapat pengesahan ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam dokumen betul
3. Ujian Perlaksanaan Semula
ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh
pelanggan
4. Pertanyaan Dan Pemerhatian ujian ini dijalankan untuk mencari bukti audit yang hanya boleh didapati hasil dari
sama ada pertanyaan atau pemerhatian contoh: pengasingan tugas antara pekerja
boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal selidik
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
51/73
Tatacara Penyokongan
Tatacara penyokongan adalah merupakan ujian-ujian yang direka bentuk untuk
mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir
mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap,tepat dan sah
Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian terperinci ke atas urusniaga dan
baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah alir penting yang merangkumi
hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item luar biasa Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan tatacara penyokongan akan
menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian yang telah dibuat ke atas
kawalan adalah mencukupi
Ujian-ujian yang dijalankan
1. Ujian jalan terus Membuat pengesahan sama ada system yang diamalkan oleh pelanggan sama
dengan system yang direkod oleh juruaudit Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan mengesan
semula urusniaga dari mula sehingga selesai
2. Prosedur analitikal Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan amaun sebenar dengan amaun
jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri dengan syarikat Jika ada perbezaan yang ketara mungkin wujudnya fraud
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
52/73
3. Ujian terperinci atas baki Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di penyata kewangan Objektif terperincinya :
Jumlah yang disenaraikan berpatutan
Jumlah yang disenaraikan wujud
Aset yang disenaraikan dimiliki
Jumlah yang wujud telah disenaraikan
Jumlah yang disenaraikan telah dinilai
Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan dengan betul
Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK direkod dalam period ia
berlaku
Penjelasan yang perlu dibuat
Teknik-teknik ujian audit
Terdapat 6 teknik utama dalam melaksanakan ujian audit;
i. Pemeriksaaan
ii. Pertanyaan
iii. Pemerhatian
iv. Pengesahan
v. Tatacara semakan audit
vi. Perlaksanaan semula
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
53/73
Pemeriksaan
Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian rekod dan dokumen
Pemeriksaan aset nyata secara fizikal
Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset dan dokumen
Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan dan rekod menggambarkan
urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang betul telah direkod dalam
akaun yang betul.
Pertanyaan
Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat yang berkaitan daripada seseorangdidalam atau di luar syarikat
Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal atau tidak formal, secara bertulis
atau lisan
Darjah kebolehpercayaan bergantung pada tanggapan juruaudit
Ia merupakan teknik yang lemah
Pemerhatian
Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu proses atau tatacara yang dilakukan
oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk memastikan samada proses/ tatacara
dilaksanakan dengan sempurna
Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai semasa pemerhatian dibuat namun
samada perlaksanannya sama sepanjang masa kurang diyakini
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
54/73
Pengesahan
Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada pihak luar tentang kewujudan
dan penilaian aset
Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti aset yang disimpan oleh pihak
ketiga
Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap
semua maklumat yang diminta
Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas
terhadap semua maklumat yang salah sahaja
Tatacara semakan analititk
Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang penting, arah aliran maklumat
kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan sisihan yang tidak dijangka
Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit mesti siasat dan cari keterangan
mengenainya
Apabila keterangan di perolehi, juruaudit mesti melihat samada ia selaras
dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan keliling
Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan dalam penyata kewangan,juruaudit
mesti melaksanakan ujian-ujian tambahan
Perlaksanaan semula
Ia melibatkan proses mengulangi tugasan yang telah dijalankan oleh pelanggan
Ia dapat memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan betul
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
55/73
BAB 8 PENYEDIAAN PROGRAM AUDIT, KERTAS KERJA
AUDIT DAN FAIL AUDIT
PROGRAM AUDIT
Pengenalan
Program audit tidak mungkin dapat disediakan untuk semua audit Namun program yang dirancang dengan baik meliputi sejumlah besar perkara
yang boleh digunakan dalam setiap audit dalam setiap hal
Juruaudit harus memberi pertimbangan terhadap sifat perniagaan semasamenyediakan program audit
Definisi
Satu garis panduan yang terperinci bagi kerja audit yang dilakukan oleh firma
bagi tujuan pengauditan Ia merupakan satu jadual tatacara audit yang perlu diikuti dalam melaksanakan
kerja-kerja audit Dia akan dimasukan dalam fail semasa dan boleh dirujuk oleh pembantu audit
untuk melaksakan proses audit Program audit disediakan diawal pemeriksaan audit dan juruaudit mesti
mengikuti setiap langkah dalam program Setelah menyelesaikan semua langkah yang telah ditetapkan, juruaudit mesti
mendatangani program sebagai bukti bahawa langkah itu telah dipatuhi Program audit berbeza untuk urusniaga dan jenis perniagaan
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
56/73
Jenis
i. Program audit standard Program khas yang disediakan khas untuk diikuti/dilaksanakan oleh firma yang
berkaitan (semua jenis industry. Cth, program audit untuk aset tetap)ii. Program audit umum Program yang disediakan terhadap audit yang lebih khusus (Cth, audit industry
kereta, audit industry bank)
Objektif
1. Sebagai bukti bahawa perancangan audit telah dilaksanakan
2. Sebagai panduan kepada pembantu audit yang kurang berpengalaman
3. Sebagai kawalan kerja-kerja audit (setakat mana kerja audit telah selesai)
4. Sebagai pengawalan masa terhadap perlaksanaan audit (setiap langkah telah
ditetapkan masa perlaksanaan)
5. Sebagai bukti bahawa kerja-kerja audit telah dilaksanakan kerana setiap langkah
yang telag selesai perlu ditandatangani oleh juruaudit
Kandungan
1. Pernyataan tentang prosedur perakaunan secara terperinci2. Senarai kelemahan kawalan dalaman yang berkaitan
3. Program untuk pemeriksaan prosedur perakauanan seperti yang dinyatakan
4. Program untuk penentusahan butiran kunci kira-kira
5. Program untuk menganalisa penyata kewangan
6. Program sebagai memeriksa rekod yang ada kaitan tetapi tidak merupakan
sebahagian daripada system perakaunan secara langsung(cth; alat tulis)
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
57/73
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
1. Sebelum memulakan sebarang bahagian audit,juruaudit mesti meneliti terlebih
dahulu prosedur kawalan dalaman sebarang perubahan kawalan dalaman
yang berlaku sejak ujian audit yang lalu perlu dipertimbangkan kesannya2. Keperluan untuk melaporkan secara bertulis kepada pelanggan dengan segera
tentang kelemahan kelemahan kawalan dalaman yang ditemui (melalui surat
pengurusan)
3. Keperluan untuk mengubah program audit bagi menghadapi keadaan tertentu
sebaik sahaja keadaan tersebut timbul
4. Keperluan untuk merekod ujian audit yang terperinci dalam dilaksanakan dengan
serta merta ke dalam kertas kerja bersama-sama dengan butir-butir sebarang
kesilapan,pengabaian atau pemesongan daripada kawalan dalaman atau
prosedur perakauan yang telah ditentukan
Kebaikan
1. Dapat memastikan semua kerja yang paling penting dilaksanakan dan
meminimumkan kemungkinan meninggalkan prosedur yang sepatutnya
dilaksanakan
2. Rakan kongsi audit boleh mengetahui kedudukan audit yang sebenar pada bila-
bila masa sahaja
3. Merupakan rancangan tindakan yang ringkas dan membahagikan tugas kepada
berbagai-bagai peringkat staf
4. Tanggungjawab dinyatakan dengan jelas kerana setiap pembantu audit perlu
menurunkan tandatangan ringkas pada program bagi bahagian kerja yang tekah
dilaksanakannya
5. Menjadi bukti yang bernilai bagi tindakan undang-undang terhadap juruaudit
6. Membantu mengurangkan kekeliruan sekiranya berlaku pertukaran pembantu
audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
58/73
Kelemahan
1. Tidak dapat membezakan bila sepatutnya menggunakan prosedur yang
terperinci dan sebaliknya
2. Pembantu audit cenderung untuk menganggap kerja rutin sebagai kerja
maksimum yang perlu dibuat
3. Tidak menggalakkan penggunaan kretiviti profesioanal juruaudit
4. Pengauditan menjadi terlalu streteotaip - sukar diganti dengan satu bentuk
sistem lain walau sebesar mana pun saiz perniagaan
5. Peluang menipu oleh syarikat pelanggan kerana prosedur audit yang lazim telah
diketahui oleh kakitangan syarikat
Kertas kerja
Pengenalan
Prinsip dokumentasi merupakan prinsip asas pengauditan diaman menurut
prinsip ini, segala perkara penting yang diperlukan sebagai bukti audit perludidokumenkan
Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa audit dilaksanakan mengikut piawai
pengauditan diterima umum
Definisi
Rekod-rekod yang dikumpulkan oleh juruadit untuk mendokumenkan semua
kerja audit dengan memperincikan ujian-ujian yang dijalankan semasa proses
audit, masa audit dijalankan, nama juruaudit yang menjalankan kerja, penemuan
yang diperolehi dan kesimpulan tentang hasil ujian audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
59/73
Kertas kerja mesti disediakan dengan sempurna dan sistematik menjadi bukti
bahawa sesuatu audit telah dijalankan secara professional dan mengikut piawai
audit yang telah diluluskan
Kegunaan
1. Membantu perancangan dan perlaksanaan audit
Ia dapat menyelaras dan menyusun kerja audit di semua fasa
Semua fakta audit yang ditemui di rekod untuk memudahkan penyelarasan
apabila terdapat penemuan baru
Ia dapat membantu audit bagi cawangan
2. Membantu penyeliaan dan penyemakkan semula kerja audit
Rakan kongsi audit dapat menentukan samada;
i. Kerja audit dilaksanakan mengikut piawai firma audit dan piawai
professional
ii. Kerja audit yang dilaksanakan dan hasil kerja yang diperoleh di dokumen
kan secukupnya
iii. Perkara-perkara penting tentang audit telah diberi perhatian
iv. Objektif tatacara audit dapat dicapai dan kesimpulan yang dibuat adalah
selaras dengan hasil kerja yang dilaksanakan bagi menyokong
pendapat juruaudit
3. Memberi bukti perlaksanaan kerja audit sebagai sokongan kepada pendapat
juruaudit
Membantu juruaudit untuk kendalikan pemeriksaan
Beri bukti sebagai sokongan kepada pendapat juruaudit
4. Bahan untuk menilai kakitangan juruaudit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
60/73
5. Sebagai asas unntuk perancangan audit masa hadapan
Sistem Mengindeks
Merupakan satu cara meletakkan tanda rujukan pada kertas kerja termasuk setia
angka dalam imbangan duga
Bertujuan untuk memudahkan penggunaan fail kertas dan mencari lokasi jadual
atau kertas kerja sokongan dalam fail
Biasanya firma audit mempunyai system mengindeks yang seragam
Tanda Audit
Juruaudit akan menggunakan berbagai-bagai symbol di dalam kertas kerja untuk
menerangkan tentang kerja audit yang telah dilaksanakan
Setiap firma mempunyai tanda symbol yang berlainan antara satu sama lain
Apabila memberikan tanda pada rekod perakaunan yang diperiksa, juruaudit
menggunakan warna dakwat yang berlainan daripada warna yang digunakan
oleh pelanggan
Ini dapat membezakan hasil kerja pelanggan dengan hasil kerja juruaudit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
61/73
Bentuk dan Kandungan Kertas Kerja
Kertas kerja audit adalah satu dokumen audit yang amat penting, jadi ia perlu
disediakan dengan cara yang tersusun dan lengkap
Penyediaan kertas kerja yang baik dapat menjadi ukuran bahawa pengumpulan
bukti audit yang adalah mencukupi
Keseluruhan kandungan kertas kerja mestilah dapat menggambarkan kajian dan
penilaian terhadap system kawalan dalaman dan system perakaunan
Biasanya, semua firma audit menyediakan satu kertas kerja yang standard yang
diikuti oleh semua kakitangan
Kertas kerja yang baik harus terdiri daripada perkara-perkara berikut :
i. Perancangan juruaudit
ii. Bentuk audit
iii. Masa liputan kerja
iv. Liputan tatacara
Factor-faktor yang mempengaruhi bentuk dan kandungan kertas kerja :
i. Bentuk ikatan janji antara juruaudit dan pelanggan
ii. Bentuk laporan juruaudit yang perlu disediakan daripada ikatan janji
tersebut
iii. Bentuk kecanggihan perniagaan pelanggan
iv. Bentuk dan keadaan rekod-rekod pelanggan serta darjah kesandaranterhadap system kawalan dalaman
v. Keperluan untuk pengawasan dan penyemakan semula kerja yang
dilaksanakan oleh pembantu audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
62/73
Maklumat yang perlu ada dalam kertas kerja
1. Struktur organisasi dan struktur perundangan entity
2. Petikan dan salinan dokumen penting
3. Bukti proses perancangan audit dan program audit
4. Rekod tentang kajian dan penilaian system kawalan dalaman dan system
perakaunan
5. Analisis tentang urusniaga dan baki akaun
6. Analisis tentang nisbah dan arah aliran yang berkaitan dengan maklumat
kewangan pelanggan
7. Rekod tentang bentuk, masa, liputan tatacara audit
8. Bukti bahawa kerja yang dilaksanakan oleh pembantu audit diawasi dan disemak
semula
9. Nama personal yang melaksanakan kerja dan tarikh kerja disiapkan
10. Salinan komunikasi antara juruaudit
11. Salinan surat atau nota tentang maklumat yang diperolehi dari pelanggan (hasil
perbincangan)
12. Surat perakuan yang diterima oleh pelanggan atau pihak ketiga
Kebolehan juruaudit untuk mendokumentasikan kertas kerja merupakan satu
pengikhtirafan kepada juruaudit yang berkebolehan
Kertas kerja tidak memerlukan maklumat yang sangat terperinci, cukup sekadar
untuk membayang keseluruhan kerja audit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
63/73
Hak kertas kerja
Kertas kerja adalah hak juruaudit
Juruaudit perlu menyimpan kertas kerja dalam satu tempoh yang munasabah
untuk membayangkan keseluruhan kerja audit
Fail audit
Terdapat 2 jenis fail yang digunakan juruaudit iaitu fail kekal/tetap dan fail
semasa
Fail tetap/ kekal
Merupakan fail asal yang dibuka oleh juruaudit apabila mereka mula-muladilantik oleh pelanggan
Tujuanya adalah untuk menyimpan semua maklumat asas yang penting
mengenai pelanggan
Isi kandungan fail akan sentiasa dikemaskini dengan dokumen-dokumen yang
penting dari masa ke semasa selagi pelanggan masih bersama firma audit
Antara dokumen yang difailkan di dalam fail kekal/tetap;
i. Sejarah penubuhan syarikat dan jenis perniagaan pelanggan
ii. Alamat pejabat yang didaftarkan, pejabat, kilang, syarikat induk, anak
syarikat/ syarikat bersekutu
iii. Carta organisasi, senarai lembaga pengarah, aliran dan bidang kuasa
iv. Salinan perjanjian-perjanjian penting, surat persetujuan
v. Maklumat terperinci tentang system perakuanan syarikat, pegawai yang
berkuasa dan contoh tandatangan mereka
vi. Modal, rizab, liability, dan asset syarikat secara terperinci
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
64/73
vii. Perlindungan insurans, peguam, perkhidmatan bank
Fail semasa
Mengandungi maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang telah
dikumpulkan oleh juruaudit ketika menjalankan tugas mereka pada setiap tahun
semasa
Isi kandungan fail adalah lebih terperinci kerana mengandungi segala bukti-bukti
audit semasa yang akan digunakan bagi menyokong pendapat audit
Antara dokumen-dokumen yang difailkan di dalam fail semasa;
i. Salinan minit mesyuarat Lembaga Pengarah yang berkaitan dengan
perakauanan syarikat/ polisi pengurusan
ii. Program audit tentang prosedur yang perlu dijalankan
iii. Kertas kerja tentang pengesahan butiran dalam penyata kewangan
iv. Penemuan-penemuan audit seperti kelemahakelemahan dan cadangan
pembaikannya
v. Indeks bagi kertas kerja
vi. Jadual statistic tentang nisbah-nisbah yang dianalisa
vii. Salinan imbangan duga dan catatan jurnal
viii. Soalan-soalan kepada pengurusan
ix. Salinan surat pengesahan daripada pelanggan tentang butir-butir dalam
kunci kira-kira
x. Surat-surat peguam, pekeliling penghutang/pemiutang untuk
mengesahkan baki
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
65/73
BAB 9: BUKTI AUDIT
Definisi
Bukti audit sedia
Satu benda dapat dilihat dan disentuh, suatu tindakan yang dapat diperhatikan
atau sesuatu keadaan yang boleh difahami yang berkaitan dengan
pembentukkan pendapat keatas penyata kewangan
Benda yang dapat dilihat dan disentuh
Asset-aset nyata, dokumen-dokumen laporan perniagaan, rekod perakaunan
Tindakan yang dapat diperhatikan
Tatacara system perakaunan, tatacara pembayaran gaji, penyediaan pesanan
belian
Keadaan yang boleh difahami
Kakitangan yang kelihatan cekap dan berkebolehan, asset-aset yang kelihatanmempunyai mutu yang baik
Criteria
1. Kecukupan Ukuran keatas kuantiti atau jumlah bukti audit yang diperolehi Bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara juruaudit bagi menentukan
sumber dan jumlah bukti yang diperlukan untuk mencapai tahap keyakinan yang
ditetapkan Dipengaruhi oleh factor-faktor berikut;
i. Pengetahuan juruaudit mengenai perniagaan syarikat serta industry bagi
syarikat tersebut
ii. Darjah risiko yang sanggup ditanggung oleh juruaudit
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
66/73
iii. Penemuan ralat dan penipuan yang ditemui hasil dari tatacara auditr
yang dijalankan
iv. Kos dan masa yang terlibat untuk mendapatkan bukti
v. Jenis maklumat sedia ada Bukti audit yang cukup tidak semestinya memerlukan kuantiti yang banyak Bukti yang cukup haruslah boleh dihapuskan sebarang keraguan mengenai
keyakinan dan kejelasannya
2. Kesesuaian Berhubung dengan mutu, keupayaan yang mmenyakinkan dan
kebolehpercayaan bukti itu sendiri Mesti boleh dihubungkaitkan dengan objektif audit
3. Kebolehkepercayaan yang tinggi Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah sumber bukti tersebut
samada sumber dalaman atau luaran Ciri-ciri yang dapat membantu juruaudit dalam menentukan darjah
kebolehpercayaan sesuatu bukti;
i. Bukti yang diperolehi dari sumber luar atau pihak ketiga adalah lebih
diyakini daripada bukti yang diperolehi dari pelanggan sendiri
ii. Bukti yang diperolehi dari juruaudit sendiri melalui pemeriksaan secara
fizikal pemerhatian dan pengiraan adalah lebih dipercayai daripada bukti
yang diperolehi daripada pelanggan
iii. Bukti yang wujud melalui system kawalan dalaman yang teguh adalah
lebih diyakini daripada bukti yang diperolehi dari system kawalan dalaman
yang lemah
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
67/73
Kaedah Utama Mendapatkan Bukti
1. Pemeriksaan
2. Pemerhatian
3. Pertanyaan4. Pengesahan
5. Pengiraan
6. Tatacara semakan analitikal
Kaedah Tambahan
1. Membauch (vouching) Biasanya dijalankan dalam peringkat ujian pengesahan Merujuk kepada aktiviti atau tindakan oleh juruaudit untuk memeriksa semua
bukti berdokumen yang berkaitan dengan sesuatu urusniaga bagi tempoh yang
diaudit Cth; di dalam membauch invois jualan, juruaudit perlu memeriksa samada;
i. Urus niaga tersebut dijalankan dalam tempoh masa yang di audit
ii. Jualan itu telah dilakukan oleh pegawai yang bertanggung jawab dan
disahkan oleh pegawai yang sewajarnya
iii. Barangan yang dijual adalah sebenarnya barangan yang dimiliki oleh
syarikat
iv. Semua pengiraan dan diskaun telah dibuat dengan tepat
v. Semua hasil jualan telah dikelaskan dengan betul Ujian akan dimulakan dengan melihat catatan jurnal yang telah dibuat dan
tindakan yang akan diambil untuk memastikan dokumen-dokumen yang sah
telah dilengkapkan untuk menyokong catatan jurnal tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
68/73
2. Mengesan perekodan (tracing) Juruaudit perlu memastikan catatan-catatan dalam rekod perakaunan seperti
folio, tarikh, nama akaun, penerangan berkenaan catatan yang dibuat dan jumlah
debit dan kredit telah direkodkan dengan betul Juruaudit akan mengenalpasti akaun mana yang akan diuji Juruaudit akan menjadikan maklumat yang terdapat didalam rekod perakuanan
sebagai asas tindakan didalam pengumpulan bukti yang diperlukan Berdasarkan kepada catatan didalam rekod-rekod perakaunan sedia ada,
juruaudit akan mengesan samada catatan itu telah disokong dengan dokumen
yang diperlukan
3. Membuat Penyata Penyesuaian Bank dan Pelarasan bagi Akuan Tindakan yang diambil oleh juruaudit apabila kesilapan didalam catatan rekod-
rekod urusniaga pelanggan
4. Memeriksa Kebenaran Sesuatu Perkara (Verification) Tindakan yang diambil oleh juruaudit untuk memastikan bahawa apa yang
dibentangkan didalam penyata kewangan adalah sebenarnya memberikanganbaran yang benar dan saksama
Juruaudit akan memastikan semua ringkasan penyata pendapatan dan akaun
asset dan liability dibentangkan adalah benar-benar wujud
Bukti dari tatacara pematuhan
Penumpuan perlu diberikan terhadap perkara-perkara berikut
i. Kewujudan - sistem kawalan benar-benar wujud
ii. Keberkesanan system kawalan beroperasi dengan berkesan
iii. Kesinambungan system kawalan beroperasi sepanjang tempoh yang
dikehendaki
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
69/73
-
7/25/2019 audit sem 4
70/73
BAB 10: LAPORAN AUDIT
Pengenalan
- Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai rumusan-rumusan yang dibuat
hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan digunakan sebagai asas untuk
melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
- Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat melibatkan pembentukkan
rumusan yang menyeluruh samada;
i. Penyata kewangan telah disediakan mengikut prinsip perakaunan yang
diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal
ii. Penyata kewangan telah memenuhi peraturan-peraturan dan peruntukkan
undang-undang
iii. Semua perkara yang material telah dibentangkan dengan secukupnya
dalam penyata kewangan
Definisi
- Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telahdisediakan oleh entity yang diaudit
- Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh
juruaudit
Unsur-unsur Asas
1. Tajuk
- Tajuk Laporan Audit adalah biasa digunakan
- Tujuanya adalah untuk membantu pembaca mengenali laporan audit dan dapat
membezakan dengan mudah dari laporan-laporan yang diterbitkan oleh pihak
lain
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
71/73
-
7/25/2019 audit sem 4
72/73
8. Tarikh laporan
- Tarikh yang digunakan adalah tarikh dimana selesainya kerja-kerja audit
dilaksanakan
- Tujuanya adalah untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa juruaudit
mengambil kira kesan keatas penyata kewangan hasil dari peristiwa-peristiwa
dan urusniaga-urusniaga yang diketahui oleh mereka terjadi sehingga ke tarikh
berkenaan
Jenis-jenis pendapat
1. Pendapat ke atas syarat
- Juruaudit berpuas hati dalam semua aspek material
- Laporan audit mestilah dalam bentuk yang jelas melahirkan kepuasan
2. Pendapat bersyarat
- Juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh mengeluarkan pendapat
tanpa syarat
- Walaupun begitu, kesan dari sebarang ketidak setujuan, ketidakpastian, atau
batasan keatas skop kerja adalah tidak begitu penting
- Keadaan yang boleh menyebabkan pendapat bersyarat :
Batasan keatas skop kerja juruaudit
- Timbul batasan keatas skop kerja, contohnya, apabila syarat-syarat ikat
janji menyekat juruaudit dari menjalankan sesuatu tatacara yang pada
pendapat juruaudit adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan untuk
audit tersebut
- Laporan juruaudit harus menerangkan batasan-batasan berkenaan
dengan cara penyusunan kata-kata untuk menyampaikan pendapat
tersebut
http://modul2poli.blogspot.com/
-
7/25/2019 audit sem 4
73/73
Tiada persetujuan diantara juruaudit dengan pihak pengurusan iaitu :
a. Kebolehterima prinsip-prinsip perakaunan yang dipilih oleh pelanggan
b. Kaedah penggunaan prinsip perakaunan tersebut merangkumi kecukupan
pembentangan maklumat didalam penyata kewangan
c. Pematuhan penyata kewangan kepada peraturan-peraturan dan
kehendak-kehendak undang-undang yang berkaitan
Ketidakpastian
- Ketidak pastian yang wujud yang memberikan kesan material kepada
penyata kewangan
- Laporan perlu menerangkan keadaan ketidakpastian tersebut serta
membuat rujukan di dalam nota kepada penyata kewangan yang akanmembincangkannay dengan lebih lanjut
3. Pendapat bertentangan
- Dikeluarkan apabila kesan dari ketidakpastian adalah terlalu menyerap kepada
penyata kewanagn sehingga juruaudit memutuskan bahawa suatu syarat dalam
laporan audit tidak cukup untuk membentangkan penyata kewangan yang
mengelirukan atau tidak lengkap
4. Pendapat penafian
- Dikeluarkan apabila didapati yang kemungkinan kesan dari batasan skop kerja
atau ketidakpastian secara keseluruhannya adalah sangat material sehingga
menyebabkan juruaudit tidak berupaya untuk member pendapat keatas penyata
kewangan