assignmenthbpe 3203 pendidikan luar(731023125308)

Upload: rosnawati-jaim

Post on 20-Jul-2015

1.216 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

OPEN UNIVERSITY MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE3203 PENDIDIKAN LUARASSIGNMENT TUGASAN SEMESTER JANUARI 2012

NAMA NOMBOR MATRIKS NOMBOT TELEFON EMAIL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN TARIKH PENGHANTARAN

: : : : : : :

ROSNAWATI BINTI JAIM 731023125308002 010-5205308 [email protected] MR BAHARUDIN MOHD INAR OUM KOTA KINABALU 16 HB MAC 2012

Isi Kandungan No 1 Pengenalan Perkara Mukasurat 1

2

Kepentingan Pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna Kajian Flora (Reflesia)

1-2

3

3-7

4

Kajian Fauna (Orang Utan)

7-12

5

Kesimpulan

12

6

Rujukan

13

Pengenalan Alam Semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis dan lain lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Salah satu tindakan yang telah dipersetujui adalah perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan 1. Tumbuhan dan haiwan merupakan sumber makanan manusia

Manusia aman bergantung pada tumbuhan dan haiwansebagai sumber makanannya. Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi amat berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat. 2. Sumber pembuatan ubat-ubatan.

Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya . 3. Sumber bahan mentah yang meningkatkan ekonomi Negara a) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . b) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan . c) Arang kayu dan petroleum adalah sumber asli yang terdapat di Malaysia yang berasal dari tumbuhan dan haiwan. 1

4.

Keseimbangan alam sekitar : Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan

dan keseimbangan alam. Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas. Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis. Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara. Tumbuhan

memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun. Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi.

5.

Sumber tadahan air Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting

untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia. Kita dapat bayangkan sekirannya tiada lagi tumbuhan yang membentuk hutan tadahan air dan ini dapat menjejaskan kualiti dan kuantiti sesebuah Negara khususnya di Malaysia.

6

Puasat Taman Rekreasi

Kepelbagaian haiwan dan tumbuhandapat mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar dan ianya dijadikan Taman Rekreasi untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia. Pusat ini akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Kajian Flora dan Fauna Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah.

2

Reflesia

Fakta-fakta asas Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga

dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldiimerupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldiisempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesiadan juga negeri Sabah di Malaysia. Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

3

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain. Status Taburan Dan Populasi Kelantan Kelantan mempunyai jumlah kawasan hutan yang luas iaitu 894,271 hektar (ha). Daripada kawasan seluas ini, 108,783 ha telah diwartakan sebagai Taman Negara atau Hutan Simpan. Terdapat pelbagai tempat yang berpotensi untuk dikembangkan bagi menarik pelancong ke Kelantan seperti pantai-pantai (Pantai Sri Tujuh, Cahaya Bulan, Sabak, Melawi, Irama dan Bisikan Bayu), jeram-jeram (Jeram Linang, Jeram Pasu, Bukit Bakar dan Lata Rek), Gunung Stong (Air Terjun Jelawang, gua dan hutan bukit dipterokarp), Tanah Tinggi Lojing, Taman Negara Kuala Koh dan Tasik Pergau. Bunga Rafflesia yang wujud di Lojing, Gua Musang mampu dipromosikan sebagai satu ikon pelancongan bertaraf antarabangsa dan seterusnya membuka satu dimensi baru pelancongan di Kelantan. Sabah Di Sabah, terdapat 83 tempat telah dikenalpasti wujudnya bunga Rafflesia. Sebahagian besar daripada kawasan tersebut telah giat dipromosikan sebagai kawasan pelancongan. Malahan di Tambunan, 356 hektar kawasan hutan telah digazetkan sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia. Di sini juga terdapat satu pusat yang pertama ditubuhkan di dunia berkaitan dengan Rafflesia bagi mengukuhkan usaha-usaha pemuliharaan dan tujuan pelancongan. Pusat ini dikenali sebagai Pusat Informasi Rafflesia, Tambunan. Di Indonesia, Rafflesia amat disanjung tinggi dan diisytihar sebagai bunga kebangsaan negara republik tersebut. Asia Tenggara- Indonesia,Thailand Dan Filipina Bunga yang disifatkan sebagai bunga yang terbesar di dunia ini yang hanya terdapat di beberapa negara Asia Tenggara tertentu sahaja seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan 4

Filipina sememangnya mampu menggamit pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung ke rantau ini. Populasi Rafflesia kerrii yang terdapat di Lojing juga dipercayai populasi yang paling banyak ditemui di dunia dan keadaan semasa di Wilayah Selatan Thailand. Penemuannya yang pertama pada tahun 1821 di Wilayah Bengkulu, Sumatera telah menjadi gempar di seluruh Eropah. Bunganya adalah yang terbesar di dunia. Pahang, Kedah dan Perak Di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang telah menjadikan Rafflesia sebagai sumber tarikan pelancong seperti Hutan Belum di Perak dan Taman Negara Pahang. Bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing Kedah dan Pahang adalah daripada spesies Rafflesia kerrii. Kawasan yang terlibat adalah dari arah Tanah Tinggi Cameron. Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing terdapat di tiga tempat utama iaitu di Kg. Cedau (Post Hendrop), Kg. Kuala Rengi (Post Brooke) dan Kg. Jedip (Post Brooke). Faktor-Faktor Kepupusan Sumber Perubatan Penggunaan Rafflesia sebagai sumber ubatan tradisional merupakan antara faktor penyebab utama spesies ini diancam kepupusan selain daripada kemusnahan hutan akibat pembalakan haram. Pembalakan Haram Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter. Akibatnya kawasan hutan semakin sedikit tetapi usaha penanaman semula hasil balak tidak dilakukan oleh pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan habitat reflesia semakin berkurangan dan diancam kepupusan. Pemusnahan habitat untuk tujuan pembangunan dan pertanian Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan sepsis tumbuh tumbuhan. Aktiviti manusia 5

untuk menerokai kawasan hutan sebagai kawasan perumahan dan perindustrian boleh mengakibatkan habitat reflesia semakin berkurangan. Peningkatan Suhu Dunia Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. Usaha-usaha konservasi Kajian kes mengenai skim insentif pemuliharaan Rafflesia (RCIS) di Taman Kinabalu mendapati bahawa pulangan wang (per tahun) daripada industri ekopelancongan Rafflesia adalah lebih tinggi jika tanah pada keluasan yang sama digunakan untuk tujuan pertanian. Rafflesia juga telah lama digunakan sebagai salah satu sumber ubatan tradisional sejak turuntemurun. Di Sabah, terdapat 83 tempat telah dikenalpasti wujudnya bunga Rafflesia. Sebahagian besar daripada kawasan tersebut telah giat dipromosikan sebagai kawasan pelancongan. Malahan di Tambunan, 356 hektar kawasan hutan telah digazetkan sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia. Di sini juga terdapat satu pusat yang pertama ditubuhkan di dunia berkaitan dengan Rafflesia bagi mengukuhkan usaha-usaha pemuliharaan dan tujuan pelancongan. Pusat ini dikenali sebagai Pusat Informasi Rafflesia, Tambunan. Di Indonesia, Rafflesia amat disanjung tinggi dan diisytihar sebagai bunga kebangsaan negara republik tersebut. Wilayah Bengkulu, Sumatera Barat telah dipromosikan sebagai bumi Rafflesia untuk menarik kehadiran pelancong.

6

Di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang telah menjadikan Rafflesia sebagai sumber tarikan pelancong seperti Hutan Belum di Perak dan Taman Negara Pahang. Namun begitu, usaha-usaha khusus terhadap pemuliharaan Rafflesia adalah amat kurang. Kebanyakan habitat Rafflesia hampir musnah dan mungkin akan pupus. Walaupun sebahagian populasi Rafflesia tersebut terdapat dalam kawasan perlindungan, contohnya Taman Negara dan hutan simpan, tetapi ia tidak dijaga dan dilindungi dengan berkesan. Pada awalnya, spesies Rafflesia kerrii hanya dianggap terdapat atau endemik di Thailand sahaja. Namun kemudiannya beberapa lokasi spesies ini telah ditemui di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan. Orang Utan

Fakta-fakta asas Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan. 7

Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun. Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.

Status Taburan Dan Populasi

Kajian menunjukan bahawa taburan orangutan tidak seragam dan ia lebih tertumpu di hutan bahagian Pantai Timur Sabah. Walaubagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil populasi yang terpencil di Bahagian Croker & Taman Kinabalu, dan juga di hutan simpan seperti Samantolong, Madai Baturong, Sugut dan Paitan. Kepadatan orangutan di semua kawasan ini agak rendah (purata kurang dari 0.1 ind/km2). Populasi orangutan yang terdapat di Ulu Segama, Malua, Kuamut, Gunung Rara, Hutan Simpan Kalabakan dan Lembah Danum, yang kesemuanya di bawah jagaan Yayasan Sabah, adalah populasi yang terbesar di Malaysia, dengan bilangan minima sebanyak kira-kira 5,000 individu. Populasi ini merupakan salah satu daripada kubu terakhir untuk spesis ini di Borneo, dan juga peluang terakhir untuk keadaan terus hidup dalam jangka panjang di dunia.8

Malua adalah hutan simpan yang mempunyai kepadatan orang-utan tertinggi dalam konsesi Yayasan Sabah (2.41 individu/Km2), dengan jumlah lebih daripada 800 individu.

Hutan Simpan Ulu Segama menyokong lebih kurang 3,000 individu populasi orangutan, dengancorak taburan berbeza dan rekod kepadatan tertinggi adalah di sekeliling lembah Danum. Apa yang menarik perhatian ialah kepadatan orangutan di bahagian Selatan Hutan Simpan Ulu Segama adalah tinggi walaupun di kawasan di mana habitatnya hampir musnah.

Hutan Dara Lembah Danum (Hutan Simpan Kelas I) mempunyai populasi lebih kurang 500 individu orangutan. Walaupun Lembah Danum adalah kawasan habitat penting untuk orangutan, ia mempunyai muatan yang terhad. Walaupun orang-utan lebih mengemari habitat hutan dara, jenis hutan ini telah diketahui menawarkan sumber makanan yang terhad dan pelbagai mengikut musim. Oleh itu, adalah tidak mungkin bagi hutan dara Danum untuk menampung lebih banyak populasi orangutan yang lebih besar daripada apa yang terdapat di kawasan tersebut pada masa ini.

Secara ringkas kajian dari udara di bahagian Selatan Hutan Simpan Kuamut menunjukkan kehadiran sarang orangutan yang tinggi. Walaubagaimana pun, hanya sebilangan kecil kawasan HS Kuamut yang telah ditinjau, dan terlalu awal untuk membuat anggaran saiz populasi dan taburan orangutan di hutan simpan ini. Kehadiran orangutan di hutan Ulu Segama, Malua dan sekeliling hutan simpan telah lama diketahui (Payne,1988). Walaubagaimana pun, kajian baru-baru ini yang lebih intensif menunjukkan kehadiran pupulasi yang lebih besar dan di kawasan yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicatat oleh kajian yang terdahulu. Kebanyakan populasi orangutan yang dikenalpasti tinggal di luar kawasan yang dilindungi dan dalam kawasan yang dieksploitasi manusia. Untuk memastikan agar kehadiran spesis orangutan adalah berkekalan di Negeri Sabah, ia harus dilindungi secara aktif dan sepenuhnya. Dengan itu, JHL (disokong oleh HUTAN dan DANIDA/Projek SWDCAP) telah memulakan Pelan Pembangunan Negeri untuk spesis ini yang mana telah melibatkan semua stakeholder (Jabatan Hutan, Yayasan Sabah, pengurus konsesi pembalakan, komuniti tempatan dll). 9

Faktor-Faktor Kepupusan 1. Kemusnahan dan perubahan habitat. World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan spesies di dunia sedang diancam aktiviti pertanian. Contohnya, kelapa sawit adalah ancaman terbesar yang membahayakan hidupan mamalia. Populasi gajah Asia, badak sumbu Sumatera, Orang Utan dan harimau semakin pupus berikutan tanaman kelapa sawit merampas habitat mereka. 2. Pembalakan Haram Dianggarkan kira-kira 70 peratus populasi Orang Utan di Sabah pada masa ini menghunikawasan Hutan Simpan Komersial yang dieksploitasi untuk tujuan pembalakan. Malah,berdasarkan kajian yang dijalankan Projek Pemeliharaan Orang Utan Kinabatangan (KOCP) danJabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), didapati lebih 6,000 Orang Utan dikenal pasti mendiami kawasan hutan simpan milik Yayasan Sabah. Kesannya, Orang Utan semakin kehilangan habitat kerana haiwan berkenaan sangat sensitif terhadap gangguan habitat yang berpunca daripada kegiatan manusia. Penebangan atau penerokaan hutan tidak terancang secara berleluasa dikenal pasti sebagai punca utama penurunan jumlah Orang Utan, selain kegiatan pemburuan haram. 3. Pemburuan Haram Biasanya,pemburu akan mengambil hempedu haiwan ini untuk tujuan rawatan. Berikutan itu, kerajaan negeri bertindak mengambil beberapa langkah penting dalam usaha mengelak haiwan endemikini terus lenyap dari muka bumi.Terdapat juga segelintir individu yang menyalahgunakan kekayaan yang dimiliki asalkan dapat memenuhi kehendaknya untuk menjadikan anak Orang Utan sebagai haiwan peliharaan.Orang kaya seperti ini biasanya mengupah pemburu untuk mendapatkan haiwan tersebut.Disebabkan ibu Orang utan akan menjaga si anak dengan cermat, pemburu tidak mempunyai pilihan lain selain memisahkan anak Orang Utan dari Ibunya dengan cara membunuh ibu Orang Utan.

10

Usaha-usaha konservasi melindungi Orang Utan Pusat Pemulihan Orang Utan Projek pemulihan Orang Utan di Sabah telah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961 bertujuan untuk melindungi spesies unik ini daripada ancaman kepupusan. Di Sabah, Orang Utan adalah haiwan dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.Anak Orang Utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadangmengambil 5 hingga 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 hingga 10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual. Di negeri Sabah, pemusnahan habitat secaraberleluasa merupakan punca utama kepupusan spesies ini. Orang utan bergantung kepadahutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman untuk terushidup. Ini menyebabkan Orang Utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksapindah ke kawasan pergunungan di mana makanan tidak mencukupi. Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah.

Penempatan Semula Orang Utan

Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengambil langkah-langkah untuk memindahkan Orang Utan dari khemah balak dan estet ke kawasan perlindungan di seluruhnegeri.Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia padat dengan bayi Orang Utan yang yatimpiatu yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebang untuk perladangan kelapa sawit.Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia diBorneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasanperlindungan Orang Utan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10 September 2005telah menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia menerima

dan melaksanakan DeklarasiKinshasa yang diterbitkan dan juga menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit.

11

Klinik Orang Utan Terdapat sebuah hospital khusus untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah di Kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah di Malaysia. Ia merupa- kan satu-satunya hospital yang menyediakan perkhidmatan untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah yang hampir pupus di seluruh dunia.Hospital ini ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2004. Sebanyak 23 ekor anak Orang Utanberbulu merah yang ditinggalkan oleh ibunya dijaga di hospital ini. Oleh sebab tidak mendapatsusu ibu yang cukup, kesihatan kebanyakan anak Orang Utan ini kurang baik, dan merekamungkin mati cepat sekiranya tidak diberi penjagaan khas di hospital ini.Semua Orang Utan berbulu merah ini dimaklumkan akan meninggalkan hospital ini padaumur setahun. Mereka akan dihantar ke sesuatu agensi khas untuk belajar bagaimana hidupdalam suasana alam sekitar yang sebenar.Menurut statistik, hanya tinggal 3,000 ekor Orang Utan berbulu merah di seluruh dunia,ekoran kadar kelahirannya yang rendah dan persekitaran habitatnya yang telah terjejas

Kesimpulan. Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar melalui pendidikan alam semulajadi. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam semulajadi secara pro-aktif dan berperanan. Pendidikan alam semulajadi ialah proses pendidikan tentang alam semulajadi untuk alam semulajadi dan melalui alam semulajadi. Pendidikan Alam semulajadi melibatkan interaksi manusia dengan alam semulajadi serta bagaimana manusia harus mengurus alam semulajadi secara bijak dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran terhadap alam semulajadi. Matlamat utama pendidikan alam semulajadi ialah membantu masyarakat sejagat menyedari dan memahami isu alam sekitar dan dapat menguasai kemahiran serta kesungguhan mengatasi serta mengekalkan kualiti alam sekitar. Kesimpulan ini telah dicapai oleh para peserta seminar latihan pendidikan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh UNESCO pada tahun 1991 di Malta. Maka pendekatan serta matlamat pendidikan alam semulajadi adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih peka dan prihatin terhadap isuisu alam sekitar. Secara tidak langsung, para pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan boleh memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha serta bertindak secara individu atau berkumpulan menyelesaikan isu-isu alam sekitar 12

Rujukan 1. Geografi Alam Sekitar Fizikal 2009 Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah terbitan Longman. 2. Henrey L. 1982. Coral Reefs of Malaysia and Singapore. Longman Singapore. 3. Kit Pendidikan Marin oleh WWF Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Pusat Perkembangan Kurikulum, KementerianPendidikan Malaysia. 4. Kit Pendidikan Alam Sekitar. Marin Layout 2003Jabatan Hidupan Liar. 5. Newsletter JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH Vol. 3 Terbitan 2003 6. Kajian Reflesia Dr Nazlina Ibrahim UKM 2010 7. Kajian Orang Utan oleh Rasa Ria Resort

13