assignment gangguan disruptif dan destruktif
DESCRIPTION
EDU 3104TRANSCRIPT
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
PERNYATAAN INTEGRITI AKADEMIK
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil usaha saya sendiri, tidak dihasilkan
oleh pihak ketiga dan juga tidak diplagiat dari sumber lain. Bahan-bahan dari pihak
ketiga yang dipetik telah dijelaskan sumbernya.
__________________________
(MOHAMAD SUHAIDI B MOHD SUJAK)
(920128-14-5367)
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (G 3.3)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2012
1
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Artikel 1 – Masalah Tingkah Laku Disruptif
103 pelajar ditahan ponteng sekolahOleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT [email protected]
KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.
Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga.
Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak.
Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar.
Dalam usaha terus mengejar kecemerlangan akademik di negeri ini, Jabatan Pelajaran Terengganu menyedari penyimpangan sikap itu perlu turut diberi perhatian khusus.
Dalam operasi yang disasarkan kepada tiga buah sekolah menengah di sini baru-baru ini, 31 pelajar berjaya ditahan manakala sebilangan lagi berjaya melarikan diri.
Ada di kalangan mereka yang ditahan dikesan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.
Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah dan sebilangan daripada mereka terkejut dengan perlakuan anak-anak.
Operasi itu digerakkan oleh Jabatan Pelajaran negeri dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta guru sekolah.
Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.
2
Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini . – utusan/Shaifudin
Mohd Nor
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Katanya, operasi itu juga boleh diibaratkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pihaknya dalam merangka pelbagai pendekatan menangani isu berkenaan.
Menurutnya, walaupun operasi itu pertama kali diadakan, beliau menyifatkannya sebagai berjaya.
“Kejayaan ini bukan ditentukan oleh jumlah tangkapan walaupun kita berjaya menahan 103 pelajar sekolah yang ponteng sepanjang operasi ini. Apa yang ingin kita tekankan ialah mengenai usaha berterusan Jabatan Pelajaran negeri dalam membangunkan sahsiah pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jelas Razali, kesemua 103 pelajar itu yang terdiri daripada 98 lelaki dan lima perempuan akan dipanggil menghadiri kursus pembangunan kendiri yang dijalankan sekolah masing-masing secara berperingkat.
“Kursus ini akan dijalankan secara berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa pelajar yang terlibat amat positif setakat ini.
“Kita panggil ibu bapa ini ke sekolah selepas kita tangkap anak mereka kerana ponteng dan hampir kesemua mereka akur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini,” kata Razali lagi.
Tambah Razali, pihaknya akan meneruskan operasi yang sama selepas ini secara berkala.
Menurutnya, banyak faktor mendorong ke arah gejala itu termasuk pengaruh persekitaran, masalah diri pelajar diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya di samping interaksi guru dengan pelajar.
Justeru jelasnya, langkah mengatasi masalah itu bukan menjadi tanggungjawab jabatan dan sekolah semata-mata, tetapi perlu ditangani bersama ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara berterusan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz2PmlfxXiA
© Utusan Melayu (M) Bhd
3
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar (kiri) memberi nasihat kepada pelajar
sekolah yang ditahan ponteng sekolah.
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Artikel 2 - Masalah Tingkah Laku Destruktif
Pelajar OKU mangsa buliOleh Ravale Savarinathan
TELUK INTAN: Hanya kerana tidak menyerahkan 20 sen kepada pelajar senior, seorang pelajar tingkatan satu yang juga orang kelainan upaya (OKU) cedera dibelasah pelajar berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin, pelajar Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh di sini, cedera di perut akibat diterajang pelajar senior berkenaan.
Insiden dikatakan berlaku sewaktu mangsa, Nalson John, 14, sedang berjalan ke kelas apabila dia ditahan seorang pelajar tingkatan lima.
Bapa mangsa, K Agashdin, 41, berkata, pelajar tingkatan lima itu meminta anaknya menyerahkan 20 sen, namun anaknya enggan akur dengan ugutan itu.
Menurutnya, pelajar senior itu bertindak menendang perut dan kepala anaknya sekuat hati.
“Tendangan itu mengakibatkan anak saya hampir pengsan dan dibawa ke Klinik Sungai Sumun di sini, oleh guru sekolah selepas dimaklumkan pelajar lain.
“Anak saya itu dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan susulan,” katanya.
Bapa mangsa yang bekerja sebagai pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang berkata, anaknya dimasukkan ke wad 1A untuk rawatan dan menjalani beberapa ujian x-Ray bagi memastikan sama ada berlaku keretakan tulang berhampiran paru-paru.
Dia berkata, anaknya itu mengalami kecacatan fizikal sejak lahir dan tidak membesar normal seperti kanak-kanak seusianya.
“Ketinggian anak saya tidak sampai satu meter walaupun usianya sudah 14 tahun.
“Sebaik mengetahui anak saya dipukul, saya bergegas ke HTI untuk melihat keadaannya. Bagaimanapun saya lega apabila diberitahu dia tidak mengalami kecederaan serius pada organ dalaman,” katanya.
4
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak sekolah yang pantas menghantar anaknya mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun terkilan kerana anak saya yang kekurangan fizikal menjadi mangsa buli pelajar normal.
“Saya berharap pihak sekolah dapat mengatasi masalah ini dengan baik. Saya juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan kelmarin,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
“Polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/23
5
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Konsep Masalah Tingkah Laku Disruptif dan Destruktif
Masalah tingkah laku disruptif ini juga disebut sebagai masalah tingkah laku
mengganggu. Oleh itu, individu yang mempunyai tingkah laku disruptif ini akan
sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan
pembelajaran P&P. Namun begitu, tingkah laku mengganggu ini tidak hanya berlaku
di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama
adik beradik mahupun rakan sebaya.
Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising,
pergerakan melampau, mengganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta
menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini
dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku
disruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak
terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.
Manakala, tingkah laku destruktif pula merujuk kepada tingkah laku
merosakkan. Ia sering dikaitkan dengan pelajar yang berusia dalam lingkungan 10
hingga 15 tahun. Tingkah laku ini juga sering dikaitkan dengan sikap agresif pelajar.
Sikap agresif yang ditunjukkan adalah dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama
ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk,
bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini
mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme, dan klik. Tindakan agresif
kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau
dendam.
Biasanya tingkah laku destruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat
membahayakan kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain
6
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
yang dimusuhi mereka. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes
gengsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah.
Tingkah laku destruktif sebenarnya merupakan suatu tingkah laku yang dipelajari
sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.
Keterangan Kes Bagi Artikel 1 dan 2
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, artikel 1 merupakan salah satu
keratan akhbar yang menunjukkan masalah tingkah laku disruptif manakala artikel 2
menunjukkan tingkah laku destruktif. Kedua-duanya melibatkan pelajar sekolah
namun masalah yang ditunjukkan oleh mereka adalah berbeza. Berikut merupakan
jadual yang menunjukkan ringkasan perbezaan antara kedua-dua kes:
Artikel 1 Artikel Artikel 2
Disruptif (mengganggu) tingkah
laku
Destruktif (merosakkan)
-Kuala Terengganu
-luar kawasan sekolah
-ke premis kosong, belukar,
warung, dan sekitar premis
perniagaan atau peranginan
Lokasi -Teluk Intan
-dalam kawasan sekolah
-semasa dalam perjalanan ke
kelas mangsa
1.Murid sekolah menengah di
sekitar kawasan Kuala
Terengganu kerap ponteng
sekolah.
2.Jabatan Pelajaran negeri dengan
kerjasama Ikatan Relawan
Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK),
Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK)
serta guru sekolah mengadakan
sebuah operasi untuk
Situasi 1.mangsa berjalan ke kelas dan
ditahan oleh pelajar senior di
luar kelas.
2.Pelajar tersebut meminta
mangsa menyerahkan 20 sen
namun mangsa enggan
menyerahkannya.
3.Pelajar senior menyepak perut
dan kepala mangsa.
7
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
menangkap murid ponteng.
3.Pelajar yang ponteng didapati
mempunyai kesalahan-kesalahan
lain.
Jadual 1: Ringkasan Perbezaan Masalah Tingkah Laku
Melalui Rajah 1 tersebut, dapat dibezakan antara kedua-dua tingkah laku yang
dinyatakan. Seperti yang telah dijelaskan dalam konsep masalah tingkah laku,
tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu proses
pembelajaran dan pengajaran. Artikel 1 yang telah saya sertakan menunjukkan
sebuah rencana berkenaan masalah ponteng yang serius oleh pelajar sekolah
menengah di Kuala Terengganu. Bagaimanakah gejala ponteng dikatakan sebagai
tingkah laku disruptif?
Saya mengaitkan gejala ponteng sebagai tingkah laku disruptif kerana dengan
pelajar melakukan tingkah laku tersebut, pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran
pada hari berkenaan. Dengan itu, ia merencatkan sesi pembelajaran murid dan
secara tidak langsung merencatkan juga perancangan guru dalam melaksanakan
sesi pengajaran. Ia selaras dengan apa yang telah dinyatakan dalam konsep
masalah tingkah laku disruptif.
Selain itu, gejala ponteng ini juga tiada unsur-unsur merosakkan. Hal ini
bermaksud, gejala ponteng tidak melibatkan unsur kekerasan seperti bergaduh,
memukul, buli, mahupun vandalisme. Namun begitu, masalah disruptif merupakan
antara pencetus atau pembuka ruang bagi murid untuk melakukan tingkah laku
destruktif. Hal ini dibuktikan di dalam artikel 1 yang menyatakan bahawa pelajar-
pelajar yang ditahan semasa mereka ponteng juga didapati positif dalam gejala lain
seperti penyalahgunaan dadah dan rokok.
Penyalahgunaan dadah dikatakan sebagai tingkah laku destruktif kerana sifat
dadah adalah merosakkan. Oleh itu, konsep masalah tingkah laku disruptif yang
menyatakan bahawa tingkah laku ini jika dibiarkan akan mendorong kepada
8
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
perlakuan destruktif adalah benar. Hanya dengan ponteng sekolah, pelajar mampu
terlibat dengan masalah dadah dan rokok.
Masalah ponteng ini juga tidak boleh hanya dikaitkan kepada golongan lelaki
sahaja. Hal ini kerana, dalam operasi tersebut, seramai 5 orang pelajar perempuan
daripada 103 orang pelajar berjaya ditahan. Hal ini bermaksud, masalah tingkah laku
disruptif boleh berlaku pada kedua-dua lelaki dan perempuan.
Dalam Artikel 2 pula, rencana yang ditulis adalah mengenai laporan berita
pelajar senior sesebuah sekolah menyepak perut dan kepala pelajar Orang Kelainan
Upaya (OKU). Tingkah laku ini secara jelas dapat dikaitkan dengan tingkah laku
destruktif kerana ia dengan jelas menunjukkan bahawa pelajar senior tersebut
menggunakan kekerasan terhadap pelajar lain.
Perlakuan pelajar senior tersebut ditunjukkan atas dasar perasaan marahnya
terhadap pelajar OKU tersebut selepas pelajar OKU tersebut enggan menyerahkan
20 sen kepadanya. Dari situasi ini, dapat dilihat bahawa pelajar senior tersebut telah
melakukan satu lagi masalah tingkah laku destruktif iaitu memeras ugut pelajar lain.
Pelajar OKU tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana dia mempertahankan
haknya. Pelajar senior tersebut tidak berhak meminta duit daripadanya. Oleh itu,
keengganan pelajar tersebut menimbulkan kemarahannya lalu menyebabkan pelajar
senior tersebut menggunakan kekerasan fizikal terhadapnya.
Masalah tingkah laku ini boleh menjadi sangat serius seperti mana yang
dinyatakan dalam Artikel 2 ini. Dengan tingkah laku destruktif tersebut, pelajar OKU
tersebut telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan kerana khuatir verlaku keretakan
pada tulang. Dengan tendangan pada bahagian kepala dan perut itu juga telah
mengakibatkan pelajar OKU tersebut pengsan.
Dengan keterangan yang telah saya sertakan tadi, dapat dilihat dengan jelas
apakah perbezaan masalah tingkah laku disruptif dan destruktif. Sekarang, bagi
membincangkan secara lebih lanjut mengenai kedua-dua artikel, saya akan
membincangkan tentang lokasi kejadian.
9
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Pada Artikel 1, gejala ponteng ini berlaku di luar kawasan sekolah. Pelajar-
pelajar akan ponteng dan melepak di kawasan-kawasan seperti premis-premis
kosong, belukar, warung, dan sekitar premis perniagaan atau peranginan. Masalah
ini sering dilakukan di kawasan sekolah. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah
guru tidak boleh mengawal kelakuan pelajar di luar kawasan sekolah. Tanpa
pengawasan, maka pelajar terdedah kepada gejala tidak sihat yang lain seperti
rokok dan dadah yang telah disahkan berlaku dalam artikel tersebut.
Kawasan yang kerap dijadikan tempat melepak juga boleh dibahagikan kepada
2 jenis; kawasan sunyi dan kawasan hiburan. Kawasan-kawasan ini dijadikan tempat
melepak kerana pelajar dapat melakukan apa yang mereka mahukan tanpa perlu
risau akan sesiapa. Kawasan hiburan pula dipilih untuk mereka berseronok bersama
kawan-kawan yang turut sama ponteng.
Bagi artikel 2 pula, kes tersebut berlaku di dalam kawasan sekolah. Namun
begitu, kejadian tersebut berlaku semasa ketiadaan guru. Menurut artikel tersebut, ia
berlaku pada jam 1.30 tengah hari. Kemungkinan pada ketika itu sesi persekolahan
sudah tamat, maka ketika itu guru tiada di dalam kelas. Ia membolehkan murid
melakukan tingkah laku fizikal terhadap murid lain. Ini menunjukkan bahawa
masalah tingkah laku destruktif boleh berlaku di dalam kawasan sekolah dan
kebanyakannya berlaku semasa ketiadaan guru.
Jika mahu membicarakan soal punca berlakunya tingkah laku sedemikian dan
berapa kerap berlaku tingkah laku ini, kita perlu mengkaji semula situasi kes ini.
Dalam Artikel 1, sepanjang operasi tersebut dilaksanakan, seramai 103 orang
pelajar berjaya ditahan. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang ponteng
sekolah adalah sangat ramai. Mana mungkin dengan jumlah yang seramai itu, kita
mahu katakan ia sebagai tidak kerap? Sudah semestinya pelajar-pelajar tersebut
sudah kerap ponteng sekolah sehinggakan sudah ramai rakan-rakan yang lain juga
turut sama terpengaruh. Oleh itu, kita dapat katakan bahawa kekerapan pelajar
ponteng sekolah adalah sangat tinggi.
Namun, bagi Artikel 2, kekerapan kes tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.
Apa yang dapat diperkatakan ialah, pelajar hanya mempunyai peluang untuk
10
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
menggunakan tingkah laku fizikal terhadap pelajar lain hanya semasa ketiadaan
guru sahaja. Jika terdapat kehadiran guru, tingkah laku yang melibatkan fizikal ini
mungkin tidak berlaku atau jika berlaku, ia mungkin tidak begitu serius.
Jadi, apakah punca berlaku semua ini? Pelajar sekolah tersebut ponteng
dalam kumpulan atau dalam erti kata lain bersama kawan-kawan. Oleh itu, antara
punca mereka ponteng sekolah adalah kerana pengaruh kawan-kawan.
Selain itu, mereka juga ponteng sekolah mungkin berpunca daripada sistem
persekolahan yang tidak menyeronokkan. Hal ini dapat dilihat melalui tempat
melepak yang mereka tuju iaitu kawasan perniagaan dan peranginan. Ini bermaksud
mereka ingin mendapatkan keseronokan. Namun cara yang mereka gunakan untuk
mendapatkan keseronokan adalah salah.
Tambahan pula, mereka juga terlibat dalam kegiatan lain seperti dadah. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa pengaruh orang luar juga menyebabkan mereka
ponteng sekolah. Ini kerana, mana mungkin mereka mampu untuk memperoleh
dadah tanpa dibekalkan oleh orang dewasa di luar kawasan sekolah. Oleh itu, satu-
satunya cara untuk bertemu pengedar dadah tersebut dan menikmati dadah tersebut
tanpa gangguan mahupun syak daripada ibu bapa hanyalah semasa waktu
persekolahan di mana ibu bapa mereka akan fikirkan bahawa mereka masih berada
di sekolah.
Bagi tingkah laku destruktif, antara punca yang dapat dikaitkan ialah rasa
kehebatan diri yang ada pada murid yang lebih tua atau senior. Mereka
menunjukkan kehebatan diri kepada murid junior dengan memeras ugut duit dan jika
mereka enggan memberikannya, mereka akan menggunakan kekerasan. Maka
berlakulah tindakan menyepak pelajar lain.
Selain itu, masalah ini juga berlaku kerana kegagalan murid mengawal emosi
masing-masing dan kegagalan mereka membezakan yang mana satu perkara yang
benar atau yang salah. Hal ini ditunjuk oleh pelajar senior yang tidak sedar bahawa
memeras ugut adalah salah. Dan apabila pelajar yang diperas ugut tersebut
11
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
mempertahankan haknya, timbul rasa marah pada diri senior tersebut. Kegagalan
mengawal perasaan marah tersebut menyebabkan dia menyepak pelajar tersebut.
Selain itu juga, ketiadaan pengawasan guru juga merupakan antara punca
berlakunya tingkah laku tersebut. Jika ada guru, murid akan berasa takut untuk
mengugut rakannya yang lain dan tidak akan mengakibatkan kecederaan fizikal
kepada pelajar.
Oleh itu secara keseluruhannya, terdapat beberapa faktor yang dapat saya
simpulkan berkenaan punca berlakunya tingkah laku disruptif dan destruktif. Ia juga
berdasarkan apa yang telah diperkatakan oleh tokoh-tokoh ternama. Pertama
adalah faktor kendiri.
Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab
terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak
berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang
pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “the potential influence of
student’s free will”.
Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata
pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid
tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas
dalam fikiran mereka.
Kedua ialah Faktor Keluarga. Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah
adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses
anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 )
dan Bee (1975) pula menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah
sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
12
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Hussein Mahmood (1980) pula mendapati bahawa masalah besar yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah
dan keluarga.
Begitu juga dengan kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982)
mengenai “Jevenile Delinquency” mengesahkan bahawa hasil dari kajian
mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba
kekurangan.
Seterusnya ialah faktor sekolah. Marimuthu (1980) menjelaskan terdapat
perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-
perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau
keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah
tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 ).
Menurut Dunhill (1965) pula, beliau mendapati keadaan dalam kelas yang tidak
dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan
menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.
Akhir sekali, ialah faktor masyarakat. Thrasher (1963) dan Whyte (1943)
mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil (sub-culture) di
sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri
dengan keadaan itu.
13
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Mengatasi Masalah Tingkah Laku dengan Model Pengurusan Bilik Darjah.
Terdapat 5 model yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ternama dalam bidang
ini. Mereka ialah B.F. Skinner, Lee Canter, Rudolph Dreikurs, William Glasser, dan
Jacob Kounin. Berikut merupakan jadual ringkasan model mereka:
SKINNER
(Peneguhan &
Pembentukan)
Peneguhan - Gerak balas yang memungkinkan kebarangkalian
berlakunya tindakan yang dikehendaki.
CANTERS
(Sikap guru
Asertif)
Diasaskan oleh Lee Canters & Marlene. Menyatakan bahawa guru
perlu bersikap positif (berterus terang). Guru juga perlu tegas
mengawal kelas/tidak menunjukkan kelemahan.
DREIKURS
(Golongan
bermasalah)
Diasaskan oleh Rudolph Dreikurs. Menyatakan bahawa disiplin
bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Guru membimbing
dengan set yang diingini.
WILLIAM
GLASSER
(Terapi Realiti)
Diasaskan oleh William Glasser. Guna konsep individu iaitu tingkah
laku tidak diingini tidak perlu pembelaan, tetapi harus belajar untuk
berkelakuan yang boleh diterima dan produktif.
KOUNIN
(Pengurusan
Kelompok)
Diasaskan oleh Jacob Kounin. Model ini berhubungkait dengan
pengurusan dan pengajaran yang efektif.
Jadual 2: Model Pengurusan Bilik Darjah
14
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, model-model ini boleh dipraktikkan.
Sebagai contoh, Artikel 1 menunjukkan bahawa ramai pelajar ponteng untuk
mencari keseronokan di luar sekolah. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk
mengubah corak pengajaran mereka supaya mampu menarik kembali minat mereka
untuk belajar di sekolah. Bagi mencapai maksud itu, guru boleh mempraktikkan
model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs mencadangkan sikap demokrasi dalam
menentukan peraturan kelas yang akhirnya akan dipersetujui bersama. Oleh itu,
guru perlu berbincang dengan murid bagaimanakah corak pengajaran yang mereka
inginkan atau harapkan daripada guru. Setelah dipersetujui, mereka pasti akan
minat untuk terus belajar kerana sesuai dengan kehendak mereka.
Menurut Dreikurs lagi, murid melakukan tingkah laku tidak diingini disebabkan
oleh 4 faktor; ingin mendapatkan perhatian, mencabar kuasa guru, membalas
dendam, dan juga mempamerkan kekurangan kepada guru. Dengan ponteng kelas,
ia boleh disimpulkan bahawa murid tersebut mungkin ingin mendapatkan perhatian
guru ataupun mencabar kuasa guru dengan melakukan kesalahan. Oleh itu, guru
perlu bijak mengatasinya dengan mengambil peluang berbincang dengan pelajar
tersebut kerana menurut teori Dreikurs, demokrasi adalah amat penting.
Selain itu, bagi mengatasi masalah ponteng ini juga, kita boleh menggunakan
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Teori ini menggunakan pendekatan
peneguhan sebagai cara untuk menguruskan bilik darjah. Oleh itu, selepas guru
mengenal pasti murid yang ponteng, pada sesi kelas seterusnya, apabila guru
mendapati murid tersebut hadir, berikan peneguhan positif kepadanya seperti
ganjaran atau pujian. Hal ini dapat meningkatkan moral pelajar dan merapatkan
hubungan guru-murid. Dengan itu, murid akan tertarik dengan pendekatan guru
tersebut dan akan mengubah tingkah laku yang tidak diingini tadi kepada tingkah
laku positif iaitu hadir ke sekolah untuk belajar.
Guru juga boleh menggunakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Lee
Canter melalui modelnya iaitu Model Disiplin Asertif. Model ini secara
keseluruhannya meletakkan seluruh peranan mengawal bilik darjah kepada guru.
Cara pelaksanaannya adalah seperti ini; guru akan menerangkan peraturan yang
akan dijalankan di dalam kelas. Jika murid melanggar peraturan tersebut, guru akan
15
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
mengambil tindakan. Ini bermaksud, jika murid ponteng, guru akan mengambil
tindakan terhadap murid. Tindakan terhadap murid pula dilakukan secara
berperingkat. Contohnya, jika murid tersebut ponteng buat kali pertama, guru akan
memanggilnya berjumpa dengan guru keesokan harinya untuk memberikan teguran.
Daripada tindakan guru itu, guru akan memerhatikan tingkah laku murid tersebut
sama ada berlaku perubahan ataupun tidak. Jika perlakuan masih berulang, guru
akan mengambil tindakan seterusnya seperti mencubit. Jika berulang lagi, denda
diberatkan lagi seperti merotan, kemudian memanggil ibu bapa, akhir sekali baru
menggantung persekolahan pelajar.
Bagi Artikel 2 pula, tingkah laku yang melibatkan fizikal perlu ditangani segera
kerana ia boleh menjadi sangat serius jika dibiarkan. Jadi, cadangan saya untuk
menangani masalah ini adalah dengan menggunakan Akibat Logikal Dreikurs.
Secara umumnya, model ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menghukum
pelajar tetapi bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui rasional setiap
perlakuan yang dilakukan.
Dalam konteks kes ini, guru perlu berbincang dengan murid tersebut dan
mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak. Langkah seterusnya ialah dengan
mengajar murid tersebut berfikir akan tindakan yang dilakukan oleh murid tersebut.
Sebagai contoh, guru boleh bertanyakan soalan seperti “Kamu rasa adakah tindakan
kamu memukul kawan kamu itu menunjukkan kamu seorang budak yang baik?”
Guru akan mendengar respons pelajar dan jwapan pelajar yang berfikir dengan baik,
dia akan menjawabnya dengan jawapan “tidak.” Dari situ guru akan membimbing
pelajar untuk memahami kesannya jika tindakan murid itu berterusan dan kemudian
membantu murid itu untuk berubah dari segi tingkah laku yang tidak diingini tersebut.
Selain itu, guru boleh menggunakan Model Pengurusan Kelompok oleh
Kounin. Walaupun model ini hanya boleh dilaksanakan jika guru berada di dalam
kelas, namun sebenarnya, jika diamati dengan baik, seseorang guru yang mampu
mengawal kelas dengan baik akan memberi kesan kepada murid sehingga luar sesi
pembelajaran. Kounin meletakkan lima elemen sebagai teras dalam modelnya iaitu
16
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
merangkumi semua (withiness), bertindih (Overlapping), kesan gelombang (ripple
effect), kelancaran, dan momentum.
Jika guru mampu menggunakan elemen-elemen ini untuk memberi kesan ke
dalam hati murid untuk mengetahui bahawa melakukan sesebuah tingkah laku yang
negatif merupakan satu perbuatan yang salah, murid akan mengamalkannya
walaupun di luar pengawasan guru. Contohnya, guru kerap mengaitkan
pelajarannya dengan nilai murni, dan pada masa yang sama berjaya mengekalkan
momentum kelas di samping menggunakan elemen-elemen lain. Dengan itu, di luar
bilik darjah sekalipun murid akan mengingati nilai murni yang kerap diperkatakan
oleh guru di dalam kelas dan tidak akan memeras ugut pelajar lain.
Seterusnya, kita boleh menggunakan Model Asertif Canter. Kaedahnya sama
dengan cara mengatasi tingkah laku disruptif. Guru boleh memberitahu apakah
tindakan yang akan guru ambil terhadap murid jika murid melanggar peraturan yang
telah ditetapkan. Jika kesalahan memukul rakan itu dilakukan kali pertama dan tidak
serius, guru boleh memberikan teguran. Jika berulang barulah guru mengambil
tindakan seperti mencubit, merotan, dan memaklumkan kepada ibu bapa. Namun
begitu, guru perlu melihat tahap keseriusan murid ini melakukan kesalahan fizikal
terhadap rakannya. Jika ia terlalu serius, guru tidak boleh hanya memberikan
amaran kepada pelajar tersebut walaupun kesalahan tersebut dilakukan kali
pertama. Guru masih perlu menghukum pelajar tersebut untuk memberikan
pengajaran kepada pelajar tersebut dan pelajar lain.
Kesimpulannya, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk
menguruskan bilik darjah. Pengawalan kelas boleh dilakukan dengan baik mengikut
kreativiti guru bagi mengekalkan momentum murid di dalam kelas supaya terus
meminati pelajaran. Oleh itu, kita sebagai warga pendidik perlulah menyahut
cabaran untuk lebih kreatif dalam mencorak pengajaran dan pembelajaran kita nanti.
17
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Rujukan
1. Mok Soon Sang, 2009, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku,
Penerbitan Multimedia, Kuala Lumpur.
2. Carolyn M. Evertson, 1997, Classroom Management for Elementary
Teachers, Allyn & Bacon Incorporation, Florida
3. Ang Jit Eng, 2007, Pengurusan Disiplin Murid, PTS Profesional, Kuala
Lumpur
4. Abdullah Sani bin Yahaya, 2006, Mengurus Disiplin Pelajar, PTS Profesional,
Kuala Lumpur.
5. http://berita-harian-online.com/pelajar-oku-mangsa-buli/
6. http://www.hmetro.com.my/articles/PelajarOKUmangsabuli/Article
7. http://perkasan.blogspot.com/2010/06/pelajar-mtd-meninggal-dipercayai-
akibat.html
8. http://www.ibnuhasyim.com/2011/08/cedera-serius-pelajar-pukul-pelajar.html
9. http://kafesantai.blogspot.com/2011/05/10-remaja-bawah-umur-didakwa-
cabul.html
10.http://www.theborneopost.com/2011/10/05/remaja-rogol-teman-wanita-diarah-
ke-sekolah-pemulihan-akhlak/
11.http://www.kpjsmkpujut.blogspot.com/
12.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
5dituduhrogol_seksluartabiigadisbawahumur/Article/
18
EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
13.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
8pelajardipenjaratujuhtahunbebas/Article/index_html
14.http://beritasemasa.com/pelajar-oku-dibelasah
15.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm
16.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm
17.http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121227/je_04/Pelajar-14-tahun-
rogol-remaja-perempuan-ditahan
19