assignment 1.1.3
TRANSCRIPT
Penghargaan
Syukur kepada tuhan kerana saya telah menyiapkan kerja kursus tersebut bagi
mata pelajaran Kemahiran Belajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bagi mata pelajaran tersebut Puan Siti Halimah bt. Md. Yassin, kerana saya
menyiapkan kerja kursus tersebut melalui tunjuk ajar beliau dan garis panduan yang
sempurna. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan
dengan jayanya.
Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-
kawan yang telah membantu saya semasa membuat kerja kursus tersebut. Mereka
telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk membaiki kerja kursus
saya. Segala pendapat dan tunjur ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan begitu sempurna.
Di samping itu, ibu bapa juga berperanan penting bagi saya untuk menyiapkan
kerja kursus tersebut. Mereka telah membantu saya dari segi kewangan dan sokongan
moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada ibu bapa yang saya sayangi, saya
tidak mendapat restu dan sia-sia. Kepada ibu bapa yang saya sayangi, saya
mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda yang sempurna.
Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya untuk menjayakan kerja kursus ini. Jutaan penghargaan juga
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
dalam pembikinan kerja kursus ini.
1
Senarai Kandungan
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 3
Isi Kandungan Esei
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?
- Bagaimanakah Keadaan Keluarga Perdana Menteri Dulu
dan Kini?
- Apakah Sumbangan Perdana Menteri Malaysia Dulu dan
Kini?
- Apakah Pendidikan yang diterima oleh Perdana Menteri
Malaysia Dulu dan Kini?
- Apakah Kejayaan Politik Perdana Menteri Malaysia Dulu
dan Kini?
4
5 - 7
7 - 11
12 - 14
15 - 20
Rumusan 21- 22
Refleksi 23
Borang Kolaborasi 24
Senarai Rujukan 25 - 26
Lampiran 27
2
Perdana Menteri Malysia Dulu dan Kini
Pendahuluan
Definisi menteri ialah seorang ahli politik yang mengetuai sesuatu jabatan bagi
kerajaan sesebuah negara. Perdana menteri adalah menteri yang paling kanan dalam
kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Perdana menteri
merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya
dalam sistem kerajaan separa presiden, perdanan menteri ialah pegawai yang dilantik
untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan presiden.
Setiap orang adalah asal usul yang berbeza, tetapi lebih khusus bagi latar
belakang Perdana Menteri. Setiap Perdana Menteri mempunyai latar belakang yang
berbeza dan unik daripada orang biasa. Latar belakang bagi setiap Perdana Menteri
mestilah berkaitan dengan politik.
Sumbangan-sumbangan Perdana Menteri adalah penting kepada negara.
Sumbangan-sumbangan Perdana Menteri boleh memajukan sesebuah negara.
Perdana Menteri membuat pengorbanan yang untuk memberi sumbangan kepada
negara serta rakyat.
Bagi setiap manusia, pendidikan adalah penting untuk kerjayaan setiap orang.
Jadi, pendidikan yang didapati oleh setiap Perdana Menteri adalah penting. Melalui
kebijaksanaan Perdana Menteri boleh memimpin sesebuah negara ke arah kemajuan.
Oleh itu, setiap Perdana Menteri adalah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
yang banyak.
Setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai kejayaan yang berbeza. Jika hendak
mempunyai kejayaan yang besar, mestilah membuat pengorbanan yang besar dahulu.
Perdana Menteri memajukan negara melalui bidang atau cara yang berbeza akan
menyebabkan kejayaan yang berbeza.
3
Isi Kandungan Esei
Siapakah Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?
Menurut maklumat daripada 188-perdana-menteri-malaysia, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-haj merupakan perdana menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957
sehingga 1970. Nama penuh beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990). Biasanya
beliau dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan”
dan “Bapa Malaysia”.
Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berkhidmat dari tahun 1970
sehingga 1976. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1992 di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang. Beliau juga telah dikenang sebagai “Bapa Pembangunan”.
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga ialah Tun Hussein bin Dato’ Onn (12
Februari 1922 – 29 Mei 1990). Beliau berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Oleh
sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun
Hussein Onn telah dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Lorong
Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau juga telah
dikenang sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”.
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas,
Pulau Pinang, pada 26 November 1939. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri
Malaysia kelima, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau
juga dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan”.
YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana
Malaysia keenam sejak 3 April 2009 sehingga kini, selain sebagai Menteri Kewangan
dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953, di Kuala Lipis,
Pahang.
4
Bagaimanakah Keadaan Keluarga Perdana Menteri Dulu dan Kini?
TUNKU ABDUL RAHMAN
Melalui rujuk laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-
tunku-abdul-rahman-putra.html, Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua
puluh kepada Sultan Kedah yang ke-24, iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku
juga dipanggil Awang semasa kecil, kerana rupa paras beliau yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Tunku sentiasa mengendap burung dan melastik, serta bermain
lumpur sehingga menghadapi penyakit puru di kakinya.
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan
Cina-Siam. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang
Putra dan Tunku Khadijah. Mariam telah meninggal dunia pada tahun 1934. Selepas
itu, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Tetapi
beliau dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah.
Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah pada
tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya
di Kedah. Oleh sebab mereka tidak mendapat seorang anak pun, jadi mereka
mengambil tiga anak angkat iaitu Fariah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah
mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah
mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati
dan Tunku Mastura.
TUN ABDUL RAZAK
Menurut laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-
menteri-malaysia-tun.html, Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato’
Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah bt Daud. Beliau dibesarkan oleh
datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam suasana kampung yang penuh
5
disiplin. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai
Perdana Menteri ketiga.
Tun Abdul Razak berkahwin dengan Hajah Rahah Mohamad Noah. Mereka
dikurniakan lima orang putera iaitu Mohd Najib, Ahmad Johari, Mohamed Nizam,
Mohamed Nazim dan Mohd Nazir.
TUN HUSSEIN ONN
Merujuk dari laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-
menteri-malaysia-yab.html, Tun Hussein Onn merupakan anak kepada Dato’ Onn
Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lapan
orang adik-beradik. Tun Hussein Onn juga telah berkahwin dengan Toh Puan Suhaila
binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang anak.
TUN DR. MAHATHIR
Merujuk dari buku ‘Mahathir Mohamad: an Illustrated Biography’, Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad merupakan anak kepada Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan
Hanapi. Beliau adalah anak bongsu daripada sembilan adik-beradik. Tun Dr. Mahathir
berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan
tujuh cahaya mata, iaitu Marina, Mizan, Melinda , Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan
Mazhar.
TUN ABDULLAH BADAWI
Merujuk dari laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-
biodata-dato-seri-abdullah.html, Tun Abdullah Badawi merupakan anak sulung kepada
Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Boah. Tun Abdullah
Badawi berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato’ Mahmood pada tahun 1965 dan
dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Endon Mahmood telah meninggal
dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara pada 20 Oktober 2005.
Selepas itu, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah
pada 9 Jun 2007.
6
DATO’ SERI NAJIB
Menurut laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-
menteri-malaysia-yab.html, Dato’ Seri Najib merupakan anak kepada Perdana Menteri
Malaysia yang kedua, iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Mohd. Noah.
Beliau adalah anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Nama empat adik-beradik
yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir. Beliau juga
sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Dato’ Seri Najib telah berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar
pada tahun 1976 dan mendapat tiga anak, iaitu Mohd Nizar Najib, Mohd Nazifuddin
Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987, beliau bercerai dengan Ku Yie dan
berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi, iaitu Mohd
Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.
Apakah Sumbangan Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?
TUNKU ABDUL RAHMAN
Melalui laman web http://www.scribd.com/doc/38517120/Sumbangan-Tun-Abdul-
Razak, Tunku Abdul Rahman merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan
rakyat Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Selain itu, beliau
juga turut dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang
cintakan keamanan dan perpaduan. Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan
cabaran demi perpaduan negara. Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup
berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik negara.
Sumbangan Tunku merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata nilainya
dalam sejarah politik negara. Beliau banyak memberi sumbangan terhadap
perkembangan agama Islam. Di samping itu, Tunku sanggup menghantar misi
pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda peperangan saudara pada
7
tahun 1961. Beliau juga berusaha memberi bantuan kepada palarian Kemboja yang
memesuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.
TUN ABDUL RAZAK
Menurut buku Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot, sumbangan Tun
Abdul Razak adalah sangat penting, iaitu berusaha membangunkan Malaysia. Beliau
bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Oleh itu, beliau
telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru secara berperingkat melalui Rancangan-
rancangan Malaysia dari 1970 sehingga 1990. Selain itu, beliau juga berusaha
meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974)
serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Tun Abdul Razak menubuhkan FELDA bertujuan untuk meningkatkan
penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Melalui rancangan ini, setiap
peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun.
Beliau juga telah merangka Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.
Tun Abdul Razak adalah seorang yang bertanggung jawab berunding dengan
Indonesia untuk menamatkan ‘konfrantasi’ yang dilancarkan oleh negara itu ke atas
Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia. Selain itu, beliau juga mewakili
Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963.
TUN HUSSEIN ONN
Melalui laman web http://www.scribd.com/doc/3972558/Bapa-Perpaduan, Tun
Hussein Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972,
beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau telah dilantik menjadi
Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail
meninggal dunia, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13
Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Tun Hussein Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada 15
Januari 1976, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia
8
yang ketiga. Pada 1978, Tun Hussein Onn telah menang tanpa bertanding bagi jawatan
Presiden UMNO. Tun Hussein Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke-
4 pada bulan April 1981.
Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein Onn telah meneruskan agenda
pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam
menggerakkan ‘Dasar Ekonomi Baru’. Semasa pentadbirannya usaha membenteras
pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah
diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan
menerusi gerakan-gerakan pengitipan yang berjaya.
Selain itu, Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah
lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara
terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
Pada 20 April 1981, Tun Hussein Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham
Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan
ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya
telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan
ekonominya. Sumbangan Tun Hussein Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang
keamanan yang kukuh.
TUN DR. MAHATHIR
Menurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir
berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar
Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan
kewangan dunia. Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang
berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat
diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF.
Tun Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah
negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
9
Oleh sebab memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan. Jadi pada awal tahun 1980, Tun Dr. Mahathir telah membuat
keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus
mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.
Selain itu, Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia
iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya
sebagai pekerja dan pemegang saham. Usaha beliau ke arah meningkatkan
penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan
dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional
serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak
memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar
yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980 ini bertujuan mengurangkan
perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang
teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang
teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu
tinggi.
TUN ABDULLAH BADAWI
Malalui laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/233-yab-dato-seri-abdullah-bin-hj-ahmad-badawi-2003-kini.html, Tun
Abdullah Badawi telah mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa
kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan
amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas
beberapa tokoh masyarakat dari zaman Tun Dr. Mahathir.
Tun Abdullah Badawi juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang
mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan
ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemuihan sektor pertanian
Malaysia. Pada 10 September 2004, Tun Abdullah Badawi, sebagai Menteri Kewangan,
10
mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai
berorientasi pengukuhan dan pengyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang
ditekankan oleh Tun Dr. Mahathir.
DATO’ SERI NAJIB
Melalui laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/3162-perdana-menteri-malaysia-keenam.html, Dato’ Seri Najib memacu
Kementerian Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui
peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Usaha pemodenan yang
diperkenalkannya menyaksikan Malaysia memperoleh aset-aset baru seperti pesawat
buatan Rusia, MiG 29, Boeing F18 Super Hornet, kapal frigate F-2000, artileri senjata
155m dan menaik taraf sistem pertahan udara negara dengan perolehan sistem radar
baru. Soal kebajikan anggota Angkatan Tentera juga diberi perhatian oleh beliau
termasuk meningkatkan kemudahan perumahan dan elaun anggota.
Perubahan demi perubahan yang diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran
negara terutama institusi pengajian tinggi mengalami perubahan besar apabila mereka
dibenar menawarkan kursus yang lebih banyak, kepelbagaian pilihan dan pendekatan
baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kini rakyat Malaysia mempunyai
banyak pilihan dan tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pada
masa itu, jumlah penuntut dari negara luar negara yang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tempatan dan asing di negara ini juga semakin bertambah.
Malah, Dato’ Seri Najib memainkan peranan yang besar untuk memperkenalkan
sistem pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan meletakkan negara sebagai hab
pembelajaran serantau dan pusat kecemerlangan. Di sebalik itu, perhatian lebih
diberikan untuk melahirkan guru-guru terlatih menerusi meningkatkan sijil perguruan
kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji
permulaan bulanan yang lebih tinggi dan projek perumahan khas untuk guru-guru.
11
Apakah Pendidikan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?
TUNKU ABDUL RAHMAN
Menurut laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-
tunku-abdul-rahman-putra.html, Tunku Abdul Rahman belajar di salah sebuah sekolah
Melayu di Alor Star sebelum belajar di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai. Selepas
itu, Tunku balik ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun
1916, sebelum memasuki Penang Free School. Kemudiannya, beliau dihantarkan oleh
keluarganya ke St. Catherine`s College, Universiti Cambridge, England untuk menuntut
pelajarannya.
Beliau juga merupakan orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari
sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam
Sastera. Beliau balik ke Kedah dengan ijazah tetapi abang tuanya menghantarnya
kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple. Manakala, kali ini
Tunku gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.
Selepas pulang ke Tanah Melayu, Tunku dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk
Kuala Nerang. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai
Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
TUN ABDUL RAZAK
Menurut laman web http://maruwiah.wordpress.com/2010/06/17/tun-abdul-razak-
dato%E2%80%99-hussein/, semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah
menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelaaran. Beliau kemudian
dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas
itu, beliau betugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939,
beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940.
Walau bagaimanapun, Tun Abdul Razak terpaksa menamatkan pendidikannya
semasa pencetusan Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau pergi ke Britain pada
12
tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Tun Abdul Razak bertemu dengan
Tunku Abdul Rahman di England. Di samping itu, Tun Abdul Razak menjadi ahli Parti
Buruh Bristish dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih
sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu.
TUN HUSSEIN ONN
Melalui laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-
menteri-malaysia-yab.html, Tun Hussein Onn telah menerima pendidikan awal di
English College, Johor Bahru. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau terus menyertai
Pasukan Tentera Johor dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra
Dun, India dan setelah ditauliahkan beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19. Pada
tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran
dan Iraq. Kemudian, beliau dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan
melatih para pejuang bawah tanah Melaya menentang tentera Jepun yang menawan
Malaya. Pada tahun 1958, beliau telah lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn,
London.
TUN DR. MAHATHIR
Menurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir
mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian
disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar, iaitu kini dipanggil Maktab Sultan Abdul
Hamid yang di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar
sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad bin Iskandar adalah anak Melayu pertama
yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908.
Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang
tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil, Tun Dr. Mahathir dikatakan sebagai
seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara
13
semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk
berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak
sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai
Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya
tergendala dan Tun Dr. Mahathir berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta
menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr. Mahathir menyambung pelajarannya
di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Kemudiannya
pada tahun 1947, beliau melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of
Medicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr. Mahathir lulus
dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
TUN ABDULLAH BADAWI
Melalui laman web http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-biodata-
dato-seri-abdullah.html, Tun Abdullah Badawi menerima pendidikan menengah di
Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
DATO’ SERI NAJIB
Melalui laman web http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-
menteri-malaysia-yab.html, Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan
menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki
Malvern di Worchestershire, England. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.
14
Apakah Kejayaan Politik Perdana Menteri Malaysia Dulu dan Kini?
TUNKU ABDUL RAHMAN
Menurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/229-ytm-tunku-abdul-rahman-putra-alhaj-1957-1970.html, Tunku Abdul
Rahman ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor
Star pada tahun 1949. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di
mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang
Dipertua Mahkamah Sesyen.
Dato’ Onn Jaafar mengetuai UMNO untuk menentangi Malayan Union dan Tunku
menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Dato’
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden
yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Pada 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak beraya.
Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutuan yang pertama diadakan. Tunku
dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. Pada tahun 1955, Tunku
membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan
Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan.
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti
Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan Malaya, Sabah,
Sarawak dan Singapura, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala
Lumpur bahawa Parlimen haruslah mengudi untuk menyokong peninggalan Singapura
15
daripada Persekutuan. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9
Ogos 1965. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan beliau
terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970.
TUN ABDUL RAZAK
Melalui rujuk laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/230-yab-tun-abdul-razak-bin-dato-hussein-1970-1976.html, Tun Abdul
Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.
Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Tun Abdul Razak
berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau
menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1995,
Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. beliau juga menyertai misi
Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun
Abdul Razak telah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang
portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan Menteri.
Pada 22 September 1970, Tun Abdul Razak telah mewarisi Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Selepas itu, beliau termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dasar Ekonomi Baru menetapkan
dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan
pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Di samping itu, Tun Abdul Razak telah menubuh Barisan Nasional pada 1 Januari
1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau juga menambahkan ahli-ahli parti
untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan
politik.
16
TUN HUSSEIN ONN
Manurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/231-yab-tun-hussein-bin-dato-onn-1976-1981.html, Tun Hussein Onn
menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama pada tahun 1949 dan beliau telah dipilih
menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1950. Beliau berjaya melayakkan diri sebagai
Barrister-at-Law pada tahun 1958 di England. Selepas itu, beliau kembali ke politik
untuk menyertai UMNO pada tahun 1968. Beliau juga menang dalam pilihan raya
umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Selepas itu, Tun Hussein Onn dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Perdana
Menteri kerana beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos
1973. Pada 15 Januari 1976, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.
Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan Tun
Abdul Razak, iaitu memajukan Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi
Baru. Pada 20 April 1981, baliau telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional
yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan
ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Tun Hussein Onn memberi penakanan kepada konsep Rukun Tetangga dan
perjuangan terhadap ancaman dadah. Selain itu, baliau juga menjalani pintasan
koronari pada awal 1981.
TUN DR. MAHATHIR
Menurut laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/232-yab-tun-dr-mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html, Tun Dr. Mahathir
adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO pada tahun
1946. Pada tahun 1964, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar semasa Pilihan
Raya Ketiga. Beliau juga menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Tetapi
beliau telah ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dalam Pilihan Raya 1969.
Beliau juga dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO kerana berlaku
peristiwa 13 Mei 1969.
17
Tun Dr. Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan juga
dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Selepas menang Pilihan Raya 1974, beliau
telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Pada 1976,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Tun Dato’ Hussein Onn telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai timbalannya.
Tidak lama selepas itu, Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Tun Dato’ Hussein Onn telah
menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai 1981, Tun Dr.
Mahathir telah berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Pencapaian beliau ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian
dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin
menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun,
beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari
dari tuduhan kronisme. Tun Dr. Mahathir juga merupakan seorang tokoh politik penting
antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi.
TUN ABDULLAH BADAWI
Merujuk buku Koleksi Pidato Penarimaan Ijazah Kehormat Tun Abdullah Ahmad
Badawi, beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau
meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara
sehingga kini. Beliau juga dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun
1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden
bagi penggal 2000 hingga 2003.
Semasa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus
dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong
Dr. Mahathir digelar ‘Team A’ manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri
Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Musa Hitam degelar ‘Team B’. Kemenangan Mahathir telah menyebabkan Tengku
18
Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO yang baru ditubuh. Tun
Abdullah Badawi dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet kerana beliau
seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam.
Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan
Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas
pemecatan Anwar Ibrahim. Sebgai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, beliau
membatalkan pengharaman Kitab Iban.Seterusnya, Tun Abdullah Badawi dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari
1999. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah berjanji mengetatkan
kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah
rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak
berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat
dari zaman Mahathir. Beliau juga telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali dan Pertubuhan Persidangan Islam. Bermula dari 2005,
beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
DATO’ SERI NAJIB
Merujuk buku Datuk Seri Najib: Liku-Liku Perjalanan Politik, Dato’ Seri Najib juga
pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan pada tahun 1977-
1979. Pada tahun 1982, beliau memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa
bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987,
beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar
Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Selepas itu, dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Sri Najib bertanding
menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen
Pekan, negeri Pahang.
19
Di samping itu, beliau juga telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang
memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Banyak pendapat telah dimajukan oleh
pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana
Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju
kepimpinan kerajaan pada 3 April.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan
mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap
Perdana Menteri Malaysia semenjak Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan
pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar
tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang berisifat pelbagai kaum akan
mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan
makmur.
20
Rumusan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Beliau telah
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah. Beliau juga merupakan
pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu dan menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sumbangan Tunku merupakan suatu pengorbanan
yang tidak terkata nilainya dalam sejarah politik negara.
Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang kedua. Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Isteri beliau
ialah Hajah Rahah Mohamad Noah. Sumbangan yang penting beliau adalah berusaha
membangunkan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan,
kejahilan dan penyakit. Beliau juga seorang yang bertanggung jawab berunding dengan
Indonesia.
Tun Hussein bin Dato’ Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah. Beliau juga
maju setapak apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tun Hussein Onn telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak
khususnya dalam menggerakkan ‘Dasar Ekonomi Baru’. Beliau telah memberi
penakanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Beliau dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alo Star, Kedah.
Beliau juga berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Tun Dr. Mahathir berjaya
mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu
pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia.
Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia.
Pencapaian beliau ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi
golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.
21
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
kelima. Beliau dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah
berkahwin dengan Jeanne Abdullah. Tun Abdullah telah mengetatkan kawalan rasuah
dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta
memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa.
Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari.
Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana Menteri
Malaysia yang keenam. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berkahwin
dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Dato’ Seri Najib memacu Kementerian
Pertahanan dengan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan
keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Perubahan demi perubahan yang
diperkenalkannya menyaksikan sistem pelajaran negara terutama institusi pengajian
tinggi mengalami perubahan besar.
Di samping itu, beliau juga telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang
memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Banyak pendapat telah dimajukan oleh
pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana
Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju
kepimpinan kerajaan pada 3 April.
22
Refleksi
Saya berasa gembira dan seronok kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarah
Bahasa Melayu ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan serta sesuai
dengan kehendak soalan. Semasa proses menyelesaikan kerja kursus ini, saya telah
menghadapi cabaran dan sedikit masalah yang memberi impak terhadap tugasan ini.
Walau bagaimanapun, saya juga terus berusaha tanpa mengira rintangan tersebut.
Bagi saya, tugasan tersebut haruslah disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Tugasan ini juga haruslah mempunyai objektif dan saya berharap agar kerja kursus ini
bukan sahaja tugasan wajib saya, bahkan menjadi panduan informasi kepada saya
tentang pelbagai ciri-ciri bahasa yang berbeza.
Cabaran-cabaran yang telah saya menghadapi adalah tidak mencukupi masa
untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberi oleh pensyarah. Tetapi, saya telah
mengalami kesulitan dalam menyiapkan kerja kursus ini secepat mungkin kerana saya
harus membahagi masa dengan bijak untuk menyiapkan tugasan lain. Berkat semangat
kental serta ketabahan hati, akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan
sempurna.
Selain itu, saya juga berasa sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk
Sejarah Bahasa Melayu tersebut. Tugasan ini memerlukan saya untuk merujuk kepada
pelbagai sumber supaya saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Hal ini
memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dengan segera. Di samping itu, saya
juga berdepan dengan jadual penggunaan perpustakaan IPG Kampus Bahasa Melayu
yang singkat. Hal ini menyebabkan saya sukar mencari maklumat dari buku-buku di
perpustakaan.
Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya sedar bahawa komitmen yang tinggi
amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang cemerlang. Pelaksanaan kerja
kursus ini juga telah mengeratkan lagi hubungan antara saya, pensyarah serta rakan-
rakan seperjuangan. Sekian, terima kasih.
23
Senarai Rujukan
Rujukan dari buku:
1.) Mahathir Mohamad: an Illustrated Biography
2.) Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot
3.) Koleksi Pidato Penarimaan Ijazah Kehormat Tun Abdullah Ahmad Badawi
4.) Datuk Seri Najib: Liku-Liku Perjalanan Politik
Rujukan dari internet:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/229-ytm-tunku-abdul-
rahman-putra-alhaj-1957-1970.html (14 November 2008)
(Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj)
http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/biodata-tokoh-tunku-abdul-rahman-
putra.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/230-yab-tun-abdul-
razak-bin-dato-hussein-1970-1976.html (14 November 2008)
(Biodata Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, 2008)
http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-tun.html
http://maruwiah.wordpress.com/2010/06/17/tun-abdul-razak-dato%E2%80%99-hussein/
(17 Jun 2010)
(Biodata Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn, 2008)
http://jiwarosak.blogspot.com/2010/09/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html
25
(Bapa Perpaduan, 2011) http://www.scribd.com/doc/3972558/Bapa-Perpaduan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/231-yab-tun-hussein-
bin-dato-onn-1976-1981.html (14 November 2008)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/232-yab-tun-dr-
mahathir-bin-mohamad-1981-2003.html (14 November 2008)
http://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/pemimpin-kita-5-tun-dr-mahathir-
mohamad.html (25 April 2008)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/233-yab-dato-seri-
abdullah-bin-hj-ahmad-badawi-2003-kini.html (14 November 2008)
(Biodata Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, 2009)
http://biodata-tokoh.blogspot.com/2009/08/ds-nizar-ku-biodata-dato-seri-abdullah.html
(28 Ogos 2009)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/3162-perdana-menteri-
malaysia-keenam.html (14 November 2008)
(Biodata Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, 2008)
http://jiwarosak.blogspot.com/2010/07/biodata-perdana-menteri-malaysia-yab.html
(Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Bajib bin Tun Abdul Razak)
http://tdm.uum.edu.my/web2010/index.php?
option=com_content&view=article&id=143&Itemid=360&font-size=smaller
26
LAMPIRAN
27