assg psikologi pendidikan

11
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SMP PPG MAC 2012 HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN NAMA : JULIANUS TIOON NO. MATRIKULASI : 840814125139001 NO. KAD PENGNEALAN : 840814-12-5139 NO. TELEFON : 014-6729336 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : EN. SHARIF B SALLEH PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Upload: si-pak-janggut

Post on 19-Feb-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Psikologi Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Assg Psikologi Pendidikan

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SMP PPG MAC 2012

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA : JULIANUS TIOON

NO. MATRIKULASI : 840814125139001

NO. KAD PENGNEALAN : 840814-12-5139

NO. TELEFON : 014-6729336

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. SHARIF B SALLEH

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Page 2: Assg Psikologi Pendidikan

ABSTRAK

Menurut Research Centre on Academic Success (CRIRES)(2005), pencapaian

akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu

dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan

berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu

berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi.

PENGENALAN

Satu kajian telah dijalankan terhadap dua orang murid di sebuah sekolah rendah di

daerah Inanam, Kota Kinabalu. Pemilihan murid ini berdasarkan kretiria seperti umur yang

sama, latar belakang akademik yang berlainan dan latar keluarga yang berlainan. Murid yang

pertama bernama Syawal (bukan nama sebenar) dimana murid ini mempunyai latar belakang

akademik yang kurang memuaskan dan sorang murid yang bernama Halim (bukan nama

sebenar) yang mana murid ini mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Kedua-

dua murid ini adalah daripada dua kelas yang berlainan.

Nama Halim Syawal

Jantina Lelaki Lelaki

Kelas 5 Bijak 5 Elit

Pekerjaan Ayah Buruh kasar Guru SM

Pekerjaan Ibu Suri rumah Guru SK

Tempat tinggal Flat kos rendah Taman Indah Permai

Adik-beradik Ke-2 dari 3 adik beradik Bongsu dari 2 adik beradik

Wang saku RM 1.50 RM 4.00

Akademik peperiksaan lepas 1B, 2C, 2D 3A, 2B

Rajah 1

Jadual di atas menunjukkan sedikit maklumat latar belakang mengenai kedua-dua

murid yang telah dipilih dalam kajian ini. Halim merupakan anak seorang buruh kasar yang

tinggal di kawasan perumahan flat kos rendah. Manakala syawal adalah anak seorang guru

yang tinggal di kawasan perumahan elit. Kajian yang dilakukan adalah untuk

membincangakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua murid

dalam pembelajaran mereka, apakah punca latar belakang keluarga yang mempengaruhi

pencapaian akademik kedua-dua murid dan cadangan guru dalam dalam proses pengajaran

Page 3: Assg Psikologi Pendidikan

dan pembelajaran yang boleh membantu mepertingkatkan pencapaian murid yang mempunyai

pencapaian akademik yang berbeza.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

Kajian yang telah saya jalankan mendapati salah satu faktor yang boleh mampengaruhi

pencapaian akademik kedua-dua murid ialah Faktor Baka. Setiap individu mempunyai

peratusan yang tinggi akan mewarisi sifat tertentu melalui gen atau baka daripada kedua-dua

ibu dan bapanya dari segi kecerdasan, sikap, minat dan kebolehan. Dapat dilihat melalui

jadual yang telah disediakan di mana Halim merupakan anak seorang pekerja buruh kasar dan

ibu sebagai suri rumah. Secara mata kasar, kita dapat menilai akan pencapaian akademik ibu

dan ayah Halim semasa mereka bersekolah dahulu. Jika ibu dan ayah Halim mempunyai

keputusan yang baik dalam pelajaran, tentunya ibu dan ayah Halim mempunyai pekerjaan

yang lebih baik sekarang. Dapat saya katakan bahawa ibu dan ayah Halim juga mempunyai

latar belakang akademik yang rendah semasa zaman persekolahan. Teori Borich dan Tombari

(1997) menyatakan kecerdasan adalah sesuatu yang diwarisi dan tidak boleh ditinggkatkan

melalui pengajaran. Dapatlah saya katakan bahawa teori Borich dan Tambori mengesahkan

bahawa Halim telah mewarisi kecerdasan yang ada pada ibu dan ayah Halim. Dengan itu,

dapat saya simpulkan fakto baka ini telah mempengaruhi pencapaian akademik Halim yang

rendah. Berbeza bagi Syawal, ibu dan ayah Syawal pula bekerja sebagai guru di sekolah

rendah dan menengah. Dari sudut yang lain kita dapat menilai ibu dan bapa Syawal adalah

orang yang berpelajaran, kerana mereka mempunyai pekerjaan yang baik dan mustahil

kecerdasan ibu dan ayahnya adalah rendah. Dengan itu tidak mustahil Syawal telah mewarisi

kecerdasan yang diperoleh melalui ibu dan ayanhnya. Seperti yang telah dinyatakan oleh

Ramlan Jantan dan Mahani Razali (2002) mendapati sebahagian besar dimensi personaliti

adalah disebabkan pewaris baka, misalnya persenaliti ekstrovert dan personaliti introvert.

Melihat kepada latar belakang Syawal, melalui jadual menunjukkan ibu dan ayah

Syawal bekerja sebagai guru di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ini menampakkan

sosio-ekonomi mereka adalah dalam keadaan yang baik. Ini dapat di lihat melalui pendapat

bulanan yang diperolehi oelh kedua ibu dan ayah Syawal adalah tinggi dan mampu untuk

memberikan kewangan dan keperluan harian yang mencukupi. Dengan itu, apa yang hendak

saya jelaskan di sini adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian yang baik bagi

Syawal ialah faktor pemakanan. Keluarga Syawal mempunyai kewangan yang mencukupi

Page 4: Assg Psikologi Pendidikan

untuk berbelanja bagi makanan yang seimbang.saya ingin menekankan bahawa tidak mustahil

semasa ibu Syawal mengandungkan Syawal, beliau telah mengamalkan makanan-makanan

yang sihat dan juga makanan tambahan atau minuman tambahan yang boleh membantu

tumbesaran sel-sel otak janin semasa dalam kandungan lagi. Ibu Syawal mampu untuk

berbelaja bagi membantu perkembangan otak Syawal kerana beliau mempunyai sosio-

ekonomi yang baik. Ini juga adalah faktor yang mempengaruhi perkembangan otak Syawal

dari kecil dan mejurus kepada kecemerlangan Syawal dalam pelajaran. Tetapi, bagi Halim

pula, dia berada di situasi yang berbeza. Latar belakang kehidupan keluarga Halim adalah

dalam keadaan yang sederhana di mana hanya ayah Halim sahaja yang bekerja sebagai buruh

kasar dan ibunya adalah suri rumah sepanuh masa. Dengan itu pendapatan yang diperoleh

ayah Halim tidaklah sebesar mana. Hasil gaji yang diperoleh digunakan untuk belanja harian

keluarga dan perbelanjaan sekolah Halim dan adiknya yang berusia 8 tahun yang kini berada

di kelas 2 Bijak selain wang gaji yang diperoleh digunakan untuk membayar sewa rumah. Di

sini saya boleh katakan bahawa keluarga Halim tidak mempunyai masa untuk memikirkan

makanan atau minuman tambahan yang diperlukan oleh ibu Halim semasa mengandungkan

Halim. Dengan itu, sosio-ekonomi juga boleh menjadi punca kepada pencapaian

kecemerlangan dalam pelajaran dan pencapaian lemah dalam pelajaran.

Anatara faktor yang juga boleh mempengaruhi pencapaian akademik yang cemerlang

kepada Syawal adalah faktor persekitraran, kerana dia tinggal di kawasan yang selesa dan

kehidupan yang mempunyai perhubungan atau jalinan kejiranan yang rata-rata dalam keadaan

sosio ekonomi yang baik. Faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan murid dan

secara tidak langsung membawa kepada pencapaian akademik yang baik. Persekitaran tempat

tinggal Syawal adalah lebih kondusif dan wujud suasana belajar di mana terdapat pusat-pusat

tuisyen dan rakan-rakan yang juga mempunyai pencapaian akademik yang baik. Ini dapat di

sahkan dengan Teori Pembelajaran Peniruan oleh Albert Bandura di mana beliau menyatakan

bahawa kanak-kanak suka meniru perlakuan orang lain contohnya dalam situasi Syawal, dia

selalu meniru perlakuan rakan-rakannya yang balik awal pada waktu petang untuk

mengualang kaji pelajaran dan bersiap untuk pergi ke kelas tuisyen pada waktu. Foktor

persekitaran dan teori Pembelajaran Peniruan ini telah mempengaruhi Syawal untuk turut

bersama mengikuti cara belajar rakan-rakan di kawasan perumahan mereka dan mencapai

keputusan akademik yang baik. Halim pula tinggal dan menyewa di sebuah rumah kedai yang

mempunyai 3 bilik serta berkongsi dengan 2 keluarga yang lain iaitu adik sepupu lelaki

ayahnya yang bujang dan adik lelaki ibunya yang mepunyai seorang anak lelaki berusia 3

Page 5: Assg Psikologi Pendidikan

tahun. Dalam rumah tersebut, hanya 3 orang murid sahaja yang bersekolah. Ketiga-riga

mereka adalah dalam kelas yang terakhir. Dapat dilihat bahawa mereka tidak mempunyai

pembimbing yang membolehkan mereka untuk mendapatkan tunjuk ajar dalam meningkatkan

akademik mereka. Dengan itu, Halim tidak mempunyai pendorong atau sumber peniruan yang

dapat dijadikan contoh untuk merangsang semangat pembelajaran yang menjerumus kepada

peningkatan akademiknya. Teori Pelaziaman Pavlov menyatakan setiap rangsangan akan

menimbulkan tindak balas. Akan tetapi, Halim tidak mempunyai rangsangan yang

membawanya untuk belajar atau sesuatu yang boleh merangsangnya untuk belajar semasa

berada di rumah. Sebagai contoh, jika di sekolah guru menekankan untuk belajar, maka

halaim akan belajar, tetapi di ruamah, tidak ada yang merangsang atau menegur halim untuk

belajar. Dengan itu, dapat dinyatakan di sini bahawa, faktor persekitaran dapat mempengaruhi

dan merangsang proses pembelajaran murid dan membawa kepada pencapaian akademik

murid sama ada cemerlang atau sebaliknya.

Faktor ke empat ialah, faktor pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ini sanagt

kuat dan memberi kesan yang sanagat mendalam bagi seseorang murid. Walaupun sebagai ibu

bapa kita telah mengetahui perangai anak-anak, tetapi masih banyak perkara atau sifat yang

kita tidak ketahui seperti mana yang di ketahui oleh rakan-rakannya. Ini kerana,murid-murid

masih mempunyai batas yang terendiri terhadap ibu bapa. Contohnya, seorang kanak-kanak

menceritakan perasaan tidak suka terhadap guru tertentu di sekolah dengan rakannya, tetapi

mereka mungkin tidak akan berani memberitahu kepada ibu bapa mereka yang mereka tidak

suka akan guru tersebut. Mungkin kerana takut dimarahi, atau ada sebab yang lain

menyebabkan dia tidak memberitahu kepada ibu bapanya. Tetapi atas kepercayaan dan rapat

dengan rakannya, murid ini tidak takut untuk memberitahu yang dia tidak suka akan guru

tersebut. Jelaslah di sini bahawa pengaruh rakan sebaya itu sangat kuat dalam persahabatan

berbanding dengan keluarga. Dalam hal di atas, dapat saya perhatikan Syawal bergaul dengan

rakan-rakannya yang berada di dalam kelasnya dan berkawan rapat dengan salah seorang

murid yang mempunyai prestasi akademik yang baik sejak dari tahap 1 lagi dan telah

memperoleh keputusan 5A semasa penilaian peperiksaan akhir tahun 2011 semasa mereka

berada di tahun 4. Kelas 5 Elit merupakan kelas terbaik bagi tahun 5. Semua murid yang

duduk di dalam kelas tersebut adalah murid yang memperoleh keputusan peperiksaan akhir

tahun 2011 yang cemerlang sekurang-kurangnya 2A. Dengan itu, jelas dapat dilihat bahawa

Syawal berada di kelas yang baik dan pengaruh rakan-rakan untuk dia belajar dan bersaing

dengan rakan-rakan sekelasnya adalah tinggi malahan pula ibu Syawal adalah guru yang

Page 6: Assg Psikologi Pendidikan

mengajar di sekolah tempat Syawal bersekolah. Naum, Halim pula berada di kelas terakhir di

mana di situ ditempatkan untuk murid-murid yang memperoleh markah yang rendah semasa

peperiksaan akhir tahun tahu 2011. Dalam kelas tersebut, murid-murid yang mempunyai

markah rendah ini ada murid-murid yang kurang memberi tumpuan dalam pelajaran dan juga

murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dan masalah pembelajaran seperti disleksia.

rakan-rakan Halim adalah di kalangan murid yang nakal dan murid-murid yang kurang

memberikan perhatian dalam pelajaran mereka. Secara tidak langsung, Halim juga

terpengaruh dengan rakan-rakannya dengan kurang memberikan perhatian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Henson dan Eller, kepelbagaian individu

merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan

keupayaan diri atau membataskan keupayaan diri untuk belajar. Tetapi jika pengaruh tersebut

kuat dan tidak dapat di kawal oleh perasaan lawan murid tadi, ini akan menyebabkan murid

akan membataskan diri dari belajar dan ini akan memberikan kesan yang negatif kepada

murid tersebut.

LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL OLEH GURU

Guru perlu memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan dan mengekalkan

prestasi pembelajaran yang ada pada murid sekarang. Terdapat banyak langkah yang boleh di

ambil oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembalajaran yang sedia ada pada Halim dan

guru boleh melakukan beberapa akitiviti yang boleh merangsang Halim untuk mengambil

bahagian penuh dalam pembelajaran di dalam kelas seterusnya mningkatkan perstasinya

dalam penilaian yang akan datang. Definisi pembelajaran ialah, perubahan individu

disebabkan oleh pengalaman menurut Slavin (1997), Mazur (1990) dan Rocklin (1987).

Stalling (1973) pula berpendapat bahawa pembelajaran itu berlaku berdasarkan tiga kriteria

penting iaitu, permbelajaran itu perlu menampakkan perubahan dalam tingkah laku, ia juga

harus melibatkan pemikiran, dan pembelajaran harus mengalami perubahan

melaluipengalaman atau latihan. Menurut Crow dan Crow pula, pembelajaran adalah

pemerolehan tabiat, pengetahuan sikap yang melibatkan cara baru dalam melakukan sesuatu

kerja. Dengan itu, langkah pertama yang boleh diambil oleh guru adalah dengan mengenali

personaliti Halim, seterusnya mengenali cara pembelajaran yang sesuai bagi Halim. Salah

satu cara yang boleh membantu Halim untuk meningkatkan pretasi pencapaian akademiknya

ialah dengan mengadakan Pembelajaran Koperatif di mana dalam terdapat murid yang cardas

Page 7: Assg Psikologi Pendidikan

dan lemah dalam kelompok mereka. Dalam pembelajaran, guru akan meminta murid yang

cerdas untuk membantu murid yang lemah dalam pelajaran. Murid yang cerdas ini akan

berusaha untuk membantu murid yang lemah dengan bersungguh-sungguh kerana ini akan

mempengaruhi markah kumpulan mereka. Dengan itu, semangat kerjasama akan menjadi

semakin tinggi apabila mereka diarahkan untuk bertanding dengan kumpulan lain. Ini secara

tidak langsung akan menarik minat Halim dan rakan-rakannya untuk menyertai dalam kerja

kumpulan ini. Teori pembelajaran sosial menyatakan Albert Bandura (1986) manusia saling

memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain yang membawa maksud dalam

pembelajaran. Oleh yang demikian, Halim akan memperoleh pembelajaran melalui

perkongsian melalui pembelajaran koperatif ini.

Langkah kedua yang boleh diambil oleh guru dalam meningkatkan pencapaian

akademik Halim ialah dengan menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran individu.

Kaedah ini perlu menitikberatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

keupayaan dan minat murid. Guru perlu mengadakan bimbingan secara individu dengan cara

menyediakan bahan atau latihan individu kepada murid yang lambat. Salah satu cara yang

boleh digunakan guru untuk mebimbing murid ialah dengan memberikan latihan yang

berasaskan mata pelajaran. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Inggeris, murid tahun 5

diminta untuk membuat cerita berdasarkan satu gambar aktiviti di rumah. Tetapi murid yang

lemah tidak dapat mengikuti pengajaran biasa, guru boleh memberikan lembaran lain kepada

murid lemah tersebut di mana lembaran tersebut mempunyai beberapa gambar yang

melibatkan aktiviti di rumah yang lebih senang untuk murid tersebut mencipta ayat. Ini dapat

dijelaskan melalui Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Dalam pembelajaran kostruktivisme

menjelaskan bahawa pendekatan pembelajaran ini memberikan peluang kepada pelajar untuk

membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau

hubungan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari menurut Borich dan Tambori (1997).

Program Pengayaan dan Pemulihan perlu dijalankan kepada Syawal. Ini kerana

Syawal cepat untuk memperoleh maklumat yang diberikan oleh guru semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Ini kerana Syawal mempunyai kesediaan

pembelajaran di mana Syawal mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelun dia

mempelajari sesuatu pelajaran yang baru. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila

dilakukan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada Syawal. Dengan itu,

Syawal akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu pengajaran baru dan dia hanya perlu

diberikan penegasan agar maklumat pengajarang yang diperolehinya dapat disimpan dalam

Page 8: Assg Psikologi Pendidikan

ingatan jangka masa panjang. Contohnya, dalam kelas Matematik selepas guru memberikan

contoh dan kerja di dalam kelas, guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid yang

telah siap kerja lebih awal agar apa yang telah dipelajari mereka pada awal dan pertengahan

pengajaran diulangi semasa menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Ataupun,

sebelum tamat masa mengajar, guru membuat kuiz di dalam kelas untuk menguji sejauh mana

penglibatan, pengetahuan dan kefahaman mereka tentang satu-satu maklumat yang diperolehi

semasa guru mengajar dapat diingat semula dan secara tidak langsung akan dapat membentu

rakan mereka yang lain dalam proses menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa

depan. Pembelajaran seperti ini adalah jenis Pembelajaran Masteri dan jenis pembelajaran ini

dapat memberikan kesan jangkan masa yang lama dan telah disahkan oleh benjamin Bloom

(1968). Beliau menyatakan bahawa murid yang telah mencapai tahap yang diinginkan boleh

diberikan aktiviti pengayaan dalam menyelesaikan masalah kretif.

Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh guru dalam membantu Syawal untuk

memperoleh maklumat pembelajaran dan kekal ialah dengan memberikan pengajaran secara

Pengajaran Langsung. Pengajaran Langsung adalah pengajaran yang berorentasikan matlamat

dan distrukturkan oleh guru menurut Slavin (1997). Pengajaran ini lebih menekankan apa

objektif yang perlu murid perolehi sebelum pengajaran dilakukan di dalam kelas. Dalam

situasi pembelajaran Syawal, ini akan dapat membantu Syawal untuk menetapkan sasaran

atau objektif pembelajaran yang akan dia perolehi dan apakah maklumat yang perlu dia

perolehi. Contohnya, sebelum pembelajaran bermula, guru telah memberi tahu apa yang akan

mereka pelajari.guru menyatakan hasil pembelajaran yang dikehendaki dan timbulkan minat

murid. Seterusnya guru membuat pengajaran sebenar seperti membentang, memberi contoh,

membuat demonstrasi dan sebagainya. Pada akhir pengajaran, guru memberikan latihan atau

tugasan kepada syawal untuk membatu Syawal mengetahui isi pengajaran lebih mendalam

dan ingatan yang lebih kekal.

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yangtelah saya lakukan saya dapati melalui perbezaan individu

dan perbezaan gaya pembelajaran yang terdapat pada Halim dan Syawal, guru harus mengkaji

faktor-faktor yang boleh mempengaruhi akademik kedua-dua muridnya. Guru juga perlu

membuat kajian tentang langkah-langkah yang boleh membantu dan meningkat dan

memantapkan lagi pembelajaran mana-mana murid di bawah jagaannya. Guru perlulah

memberikan lebih perhatian kepada Halim agar Halim lebih dapat memberikan tumpuan

Page 9: Assg Psikologi Pendidikan

dalam pembelajaran dengan mengenali latar belakang kehidupan Halim yang menyebabkan

dia memperoleh pencapaian yang lemah dalam akademiknya. Bagi Syawal pula, guru harus

selalu memberikan tugasan dan perbincangan secara individu atau kumpulan agar maklumat

yang diperoleh olehnya akan dapat disimpan dalam ingatan jangka masa panjangnya boleh

membantunya dalam meningkatkan lagi keputusan pencapaian akademiknya. Kesimpulannya,

sebelum guru melakukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengenal

murid mereka dari segi personaliti, tahap kemampuan, kesediaan belajar dan gaya pengajaran

yang sesuai diberikan kepada murid tersebut agar dapat memberikan bimbingan serta tujuk

ajar yang kekal kepada murid. Guru juga perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan dapat memberi pengajaran dan pengetahuan dalam jangka masa yang panjang

seterusnya, maklumatyang diberikan akan dapat digunakan oleh murid pada masa yang akan

datang.

(2595 perkataan)

Page 10: Assg Psikologi Pendidikan

RUJUKAN

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus. (2001) . Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan.

MeteorDoc

Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala

Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala

Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.