assalamu alaykum wa rahmatullah wa barakatuh, auzu billahi...

5
MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH BIDA’AH Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi Minashaytanir Rajeem. Bismillahir Rahmanir Raheem, Wassalatu Wassalamu ala Rasulina Muhammadin Sayyidul Awwalin wal Akhirin, Madad Ya Rasulallah, Madad Ya As’habi RasuLillah, Madad Ya Mashayikhina, Sheykh Abdullah Daghestani, Sheykh Nazim al-Haqqani. Dastur. Tariqatunas sohba, wal khayru fil jamiyya. Bulan Mawlid ialah bulan yang harus di beri penghormatan dan di muliakan. Rahmat Allah yang teragung yang di anugerah kepada kita dan kita harus mengingatinya ialah Nikmat dipilih menjadi Umat Nabi Muhammad . Manusia dalam keadaan lalai, mereka tidak tahu menilai nikmat ini dan mereka tidak menghiraukan nya. Mereka mencari perkara perkara lain, perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat. Mereka mencari orang orang yang tidak memberi manfaat. Bukan hanya orang orang yang tidak bermanafaat mereka mencari orang orang yang berbahaya. Mereka juga melakukan perkara yang mungkar dan berbahaya. Allah mengurniakan kepada kita berbagai Rahmat atau Nikmat tetapi kita tidak melihat dan hargai nya. Mereka hanya tertarik kepada luaran yang indah dengan berwarna warni tetapi mereka tidak melihat dalaman yang penuh dengan debu kekotoran. Untuk memuliakan bulan Mawlid ini adalah suatu daripada amalan amalan yang terbaik. Adakah mereka memberi gelaran amalan ini sebagai bida’ah? Satu tuduhan yang lumrah buat masa kini. Ada orang tidak tahu akan Rahmat dan Nikmat meraikan bulan Mawlid. Orang orang yang ditakdir menjadi Muslim yang terhitung dari kalangan umat Muhammad adalah orang orang yang harus meraikan kerahmatan Ilahi. Tetapi Syaithan mengoda mereka dan merugikan mereka. Mereka gelarkan sambutan Mawlid ini bida’ah. Ini ialah kumpulan orang yang kononnya faham tentang Islam dengan membaca buku. Inilah terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai guru mursyid dan murrabi sebagai ketua mereka untuk memimpin mereka. Dengan ini, mereka boleh lihat dengan sendiri bahawa membaca buku sahaja tidak boleh memberi manfaat.

Upload: others

Post on 09-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi ...depo.hakkani.org/altyazi/Akbaba_18_Sohbet_Mevlit_Bidat_Degildir... · MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH

MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH BIDA’AH

Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh,

Auzu Billahi Minashaytanir Rajeem. Bismillahir Rahmanir Raheem,

Wassalatu Wassalamu ala Rasulina Muhammadin Sayyidul Awwalin wal Akhirin,

Madad Ya Rasulallah, Madad Ya As’habi RasuLillah, Madad Ya Mashayikhina,

Sheykh Abdullah Daghestani, Sheykh Nazim al-Haqqani. Dastur.

Tariqatunas sohba, wal khayru fil jamiyya.

Bulan Mawlid ialah bulan yang harus di beri penghormatan dan di muliakan.

Rahmat Allah yang teragung yang di anugerah kepada kita dan kita harus

mengingatinya ialah Nikmat dipilih menjadi Umat Nabi Muhammad . Manusia dalam

keadaan lalai, mereka tidak tahu menilai nikmat ini dan mereka tidak menghiraukan nya.

Mereka mencari perkara perkara lain, perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat.

Mereka mencari orang orang yang tidak memberi manfaat. Bukan hanya orang orang yang

tidak bermanafaat mereka mencari orang orang yang berbahaya. Mereka juga melakukan

perkara yang mungkar dan berbahaya. Allah mengurniakan kepada kita berbagai Rahmat

atau Nikmat tetapi kita tidak melihat dan hargai nya. Mereka hanya tertarik kepada luaran

yang indah dengan berwarna warni tetapi mereka tidak melihat dalaman yang penuh

dengan debu kekotoran.

Untuk memuliakan bulan Mawlid ini adalah suatu daripada amalan amalan yang

terbaik.

Adakah mereka memberi gelaran amalan ini sebagai bida’ah? Satu tuduhan yang

lumrah buat masa kini. Ada orang tidak tahu akan Rahmat dan Nikmat meraikan bulan

Mawlid. Orang orang yang ditakdir menjadi Muslim yang terhitung dari kalangan umat

Muhammad adalah orang orang yang harus meraikan kerahmatan Ilahi. Tetapi

Syaithan mengoda mereka dan merugikan mereka. Mereka gelarkan sambutan Mawlid ini

bida’ah. Ini ialah kumpulan orang yang kononnya faham tentang Islam dengan membaca

buku. Inilah terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai guru mursyid dan murrabi

sebagai ketua mereka untuk memimpin mereka. Dengan ini, mereka boleh lihat dengan

sendiri bahawa membaca buku sahaja tidak boleh memberi manfaat.

Page 2: Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi ...depo.hakkani.org/altyazi/Akbaba_18_Sohbet_Mevlit_Bidat_Degildir... · MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH

Agama Islam, manusia sejagat diseluruh dunia ini diciptakan demi untuk Rasulullah

. Mereka yang benar benar beriman, percaya akan hakikat ini. Kepercayaan ini adalah

nadi keimanan. Tetapi Shaytan telah menyesatkan banyak orang. Mereka memberi gelaran

kepada mereka yang memuliakan Nabi Muhammad dan yang patuhi arahan Allah;

sebagai orang orang mushrik dan melakukan shirik. Makna nya buku yang mereka baca

tidak memberi manafaat kepada mereka. Buku sahaja tidak boleh memberi faedah.

Mereka harus dibimbing oleh seorang hamba kesayangan Allah jika tidak keadaan

mereka tidaklah baik.

Bila dosa dilakukan tanpa pengetahuan, orang itu boleh bertaubat dan Allah akan

mengampunkan dosa nya. Tetapi bila dosa dilakukan dengan sengaja dan penuh

kegigihan dalam kadar mendesak, orang itu akan menghadapi penderitaan hukuman.

Hukuman tidak memuliakan Baginda Rasulullah adalah berdosa, bukan makruh tetapi

berdosa. Allah memerintah kita untuk muliakan Rasulullah , untuk memberi

salawat dan salam ke atas nya, untuk mengingati Baginda dan menziarahi maqam nya.

Junjungan kita Rasulullah bersabda dengan maksud nya “Sesiapa yang menziarahi aku

di maqam perkuburan aku sama seperi mereka melawat aku semasa aku hidup.” Apa

makna ini semua.? Ini menunjukan betapa penting nya perkara ini dan betapa tinggi nya

maqam Baginda Rasulullah . Bukanlah seperti mana yang mereka nyatakan. Ia bukan

lah perkara bida’ah atau shirik bila seseorang memuliakan Rasululllah . Sebalik nya ia

adalah suatu amalan saleh dan berpahala. Allah berfirman untuk memberi salawat dan

salam :

يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسل موا وملئكته يصلون على النبي إن الل

تسليما

“InnAllaha wa malaikatahu yusalluna ‘alannabi, ya ayyuhallathina amanu sallu

‘alayhi wa sallimu tasleema.” (Sura Ahzab:56) Sesungguhnya Allah dan malaikatNya

berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad

s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah

salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Page 3: Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi ...depo.hakkani.org/altyazi/Akbaba_18_Sohbet_Mevlit_Bidat_Degildir... · MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH

Allah memerintah untuk memberi salawat dan salam kepada Baginda Rasulullah

. Maksud nya kita mesti sentiasa memberi salawat dan salam. Bila dan berapa banyak

tidak di sebut. Muliakanlah nya dan memberi salawat serta salam sebanyak daya kita ke

atas kekasih kita Rasulullah . Allah akan memberi balasan yang tidak terhingga dan

tidak disia siakan amalan anda.

Seperti yang kami jelaskan, mereka ini adalah orang yang berpelajaran tetapi jahil.

Mereka menjadi permainan Shaytan. Mengapa kita berkata demikian. Islam sebenar telah

berkembang. Maka Shaytan mencuba sedaya upaya mengurangkan keindahan dan

kebaikan Islam; demi untuk menyesatkan Muslimin dan Muslimat di dalam perjalanan.

Jika anda berkata pada zaman dahalu, yang amalan bermawlid dan memuliakan Rasulullah

adalah bida’ah dan shirik . Mereka akan ketawakan anda. “Bagaimana anda boleh

bercakap demikian.” Mereka menuduh Mawlid dan memuliakan junjungan kita Rasulullah

sebagai shirik dan bida’ah. Tetapi orang pada zaman ini telah biasa kedengaran

perkara ini dan tidak menghiraukan nya.

Kita harus menunjuk suatu reaksi dan tindak balas kepada mereka. Jika satu

hukuman di beri kepada orang yang bukan ‘ulama’ atau orang yang tidak terpelajar. Bagi

orang yang mengakui diri mereka sebagai ‘ulama’ mesti di beri hukuman dua kali ganda.

Kenapa? Kerana mereka telah menyesatkan diri sendiri dan orang orang lain. Dia

menyangkal perkara yang benar walaupun dia terpelajar. Moga Allah memimpin umat

ini. InsyaAllah, moga umat ini tidak mengikut orang orang yang sesat. Kegelapan akan

turun dan menghinggapi mereka. Apa lah ertinya hidup jika kemurkaan Allah turun

menimpa mereka? Tiada keberkatan dan kebaikan atas kerja mereka. Mereka tidak

membuat Allah dan Rasulullah bergembira, tetapi Shaytan pasti akan bergembira.

Janganlah orang menuruti hawa nafsu ego nya, tetapi ikuti lah pejalanan seorang

kawan Allah. Ego mereka dan Shaytan menipu mereka. Sesiapa yang tidak mempunyai

seorang murshid, seorang pembimbing untuk perjalanan, pasti sesat dan memasuki

lembah yang berbahaya. Sesiapa yang ada seorang mentor, seorang kaunselor (penasihat)

di sebelah dia, akan berjalan atas landasan yang benar tidak kira malam atau siang, mereka

akan sampai destinasi mereka dan mereka tidak akan sesat perjalanan nya. Mereka akan

meniti perjalanan menuju kepada Islam dan Iman yang sebenar nya .

Baginda Rasulullah telah bersabda dengan maksud nya adalah suatu amalan

yang baik untuk menunjuk orang jalan yang benar. Adalah Sunnah untuk menunjuk

perjalanan itu. Jika ada orang bertanya tentang sesuatu arah perjalanan maka hendaklah

anda menunjuk perjalanan itu jika anda tahu dan ini adalah perkara yang baik. Ada negara

Page 4: Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi ...depo.hakkani.org/altyazi/Akbaba_18_Sohbet_Mevlit_Bidat_Degildir... · MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH

jika diminta arahan perjalanan mereka akan tunjuk perjalanan yang salah. Ada banyak

orang begitu. Jika orang pergi bertanya kepada Shaytan tentang arahan perjalanan maka

pasti mereka akan tunjuk arahan yang salah dan bertentangan. Tetapi jika mereka di

pimpini oleh orang yang tahu perjalanan maka mereka tidak perlu menanya orang lain dan

mereka akan sampai destinasi mereka dengan selamat dan selesa. Jika tidak, seluruh hidup

mereka akan melalui fitna, korupsi dan kegelapan. Akhir nya walaupun Iman mereka akan

selamat, junjungan kita Rasulullah tidak akan memberi syafaat nya pada hari qiyamat

kerana mereka juga tidak menerima konsep shafaat Rasulullah .

Ada anggapan begini berlaku dengan orang orang ini. Mereka tidak menerima

shafaat dan tidak mahu menerima pertolongan orang. Mereka tidak menerima apa apa jua.

Mereka ingat mereka akan selamat dengan amalan mereka dan akhir nya mereka akan

menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Kerana Rasulullah

tidak akan mengambil berat sangat terhadap mereka kerana apa yang mereka lakukan

di dunia.

Junjungan kita Rasulullah akan mengambil berat tentang seorang yang berdosa,

tetapi dia tidak akan melihat orang orang yang sedemikian. Kerana meraka sombong dan

tidak beradab. Keangkuhan dengan berbangga kepada diri sendiri dan perwatakan yang

tercela pada diri mereka. Mereka biadab dan kasar peribadi. Tetapi orang yang berdosa

yang memohon “Aku telah berdosa ya Rasulullah berilah aku shafaat mu”, mereka

akan diberi shafaat Rasulullah .

تي شفاعتي ألهل الكبائر من أم

“Syafaat aku atas mereka yang melakukan dosa besar antara umat ku.” Bersabda

Rasulullah . Tetapi mereka harus menghormati junjungan kita Rasulullah . Moga

bulan kita ini di rahmati Allah . Marilah kita memuliakan bulan ini. Marilah kita ingat

mengingati akan keberkatan bulan ini. Marilah kita memberi salawat dan salam kepada

Rasulullah dalam kadar yang berlebihan. Marilah kita buat baik kerana Allah demi

mengingati kemulian Rasulullah . Marilah kita tolong yang miskin dan mereka yang

memerlukan demi untuk memperingati Mawlid ini. Jika anda memberitahu mereka yang

mereka di hulur bantuan kerana Allah demi memperingati Rasulullah mereka akan

Page 5: Assalamu Alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, Auzu Billahi ...depo.hakkani.org/altyazi/Akbaba_18_Sohbet_Mevlit_Bidat_Degildir... · MAWLID IS NOT BIDAH MENYAMBUT MAWLID BUKAN LAH

bergembira dan ini akan membuat mereka mengingati bulan Mawlid tahun depan .

Ini perkara yang baik.

InsyaAllah, moga kita bertemu lebih banyak Mawlid yang akan datang. Moga Allah

memberi taufiq dan hidayah kepada kumpulan yang tidak baik ini. Bimbingan dan

petunjuk hanya dari Allah . Moga Allah beri mereka akal yang waras. Alhamdulillah,

negara Anatolia ini mempamerkan kasih sayang yang amat dalam terhadap Rasulullah .

Alhamdulillah kita telah menjelajahi di merata dunia. Tersebar luas kasih sayang terhadap

Rasulullah . Tetapi kumpulan yang tidak baik ini seperti kanser menular di merata

tempat. Shaytan yang meluaskan sebaran kanser ini. Kita tidak ada jangkitan di sini,

Alhamdulillah, tetapi banyak di tempat lain.

Itulah sebab kita memohon “Moga Allah memperbetulkan mereka.” Moga Allah

lindungi kita dari kejahatan mereka. Anda menyambut mawlid dengan senang dan selesa

di sini tetapi bukan lah senang untuk dilakukan di tempat lain. Jika berkumpul berlebihan

mereka akan berfikir perkara perkara yang buruk atau bahaya akan timpa dari semua arah.

Moga Allah menghantar kepada dunia Islam ini Pemilik yang akan mengambil

alih pentadbiran dunia ini, InsyaAllah. InsyaAllah, Mahdi Alayhis Salam akan muncul

tahun depan supaya Allah menyelamat umat Muhammad . Moga Allah meredhai

anda semua.

Wa Minallah at-Tawfeeq.

Al-Fatiha.

Hadrat Shaykh Muhammad Mehmet Adil

18 December 2015, Akbaba Dargah, Post-Hadra