ass hbpe2203 hj zainuddin

73
HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN 1. Kata Alu-aluan 2 2. Soalan Tugasan 3 3. Pengenalan 5 4. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahan 0tot 7 4.1. Ujian Lompat Jauh Berdiri 8 4.2. Ujian Bangkit Tubi 10 4.3. Ujian Kekuatan Abdomen 12 4.4. Ujian Gayut Tangan 14 5. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahankkardiovaskular 16 5.1. Ujian Yo-Yo Intermittent Recovery 17 5.2. Ujian Larian Ulang-Alik (Ujian Bleep/Beep) 19 5.3. Ujian Larian 2.4 km 21 5.4. Ujian Cooper 12 minit 23 6. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal – Kelembutan 25 6.1. Ujian Sit And Reach 26 1 MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

Upload: fauzisaem

Post on 18-Jun-2015

1.942 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. Kata Alu-aluan 2

2. Soalan Tugasan 3

3. Pengenalan 5

4. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahan 0tot 7

4.1. Ujian Lompat Jauh Berdiri 8

4.2. Ujian Bangkit Tubi 10

4.3. Ujian Kekuatan Abdomen 12

4.4. Ujian Gayut Tangan 14

5. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahankkardiovaskular 16

5.1. Ujian Yo-Yo Intermittent Recovery 17

5.2. Ujian Larian Ulang-Alik (Ujian Bleep/Beep) 19

5.3. Ujian Larian 2.4 km 21

5.4. Ujian Cooper 12 minit 23

6. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal – Kelembutan 25

6.1. Ujian Sit And Reach 26

6.2. Ujian Jangkauan Melunjur 28

6.3. Ujian “Extension” Kepanjangan, “Trunk” Tengkuk 30

6.4. Ujian Angkat bahu 32

7. Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal – Kepantasan 34

7.1. Ujian T 35

7.2. Ujian 3 Vone Shuttle Drill 36

7.3. Ujian Lari Pecut 30 Meter 38

7.4. Ujian henman Shuttle 40

1MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 2: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

8. Bentuk Pengukuran Untuk Mengukur Lemak Para Atlit 42

8.1. Pengukuran Lipatan Kulit 43

8.2. Lipatan Kulit 44

8.3. Lokasi Pengukuran Bacaan – Perempuan 46

8.4. Lokasi Pengukuran Bacaan – Lelaki 47

8.5. Anggaran Peratusan Lemak Untuk Jumlah Lipatan Kulit

9. Kesimpulan 50

10. Rujukan 51

11. Lampiran 52

2MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 3: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

1. KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya

menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu

Tuan Haji Zainuddin bin Haji Abd.Kadir atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan

tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di

Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai

harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam

meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT

melimpah rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menjayakan

tugasan ini.

Terima Kasih.

3MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 4: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

2. SOALAN TUGASAN

SOALAN TUGASAN

Dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi Majlis Sukan Daerah, anda telah dilantik sebagai

Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga Daerah ke Majlis Sukan Olahraga di peringkat negeri.

Jawatan tersebut menghendaki anda merangka program latihan pusat peringkat daerah yang

akan berlangsung selama empat (4) minggu. Dalam program latihan pusat tersebut, pihak

Jawatan Kuasa Tertinggi juga menghendaki anda menjalankan ujian kecergasan fizikal

terhadap atlit yang bakal mewakili daerah.

(a) Kenal pasti EMPAT jenis ujian pengukuran kecergasan fizikal yang bersesuaian bagi

elemen-elemen di bawah:

daya tahan otot

daya tahan kardiovaskular

kelembutan

kepantasan

(20 markah)

(b) Kenal pasti satu bentuk pengukuran untuk mengukur lemak para atlit yang terpilih.

(10 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

4MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 5: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

2.1. PANDUAN PELAJAR

1. Jelaskan prosedur perlaksanaan ujian kecergasan fizikal dan ujian pengukuran lemak

tersebut dengan ilustrasi lakaran atau gambar.

2. Hanya gambar yang diambil oleh dengan menggunakan kamera sendiri sahaja boleh

diterima. Pelajar dilarang menggunakan gambar-gambar yang dimuat turun daripada

Internet.

3. Penjelasan anda perlu merangkumi:

(a) Nama dan Objektif ujian tersebut.

(b) Had umur sampel

(c) Peralatan yang perlu

(d) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

(e) Pentadbiran/ arahan dan ‘norm’ permarkahan.

5MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 6: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

3. PENGENALAN

Sukan Olahraga antara sukan terpenting di negara kita. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Daerah Pasir Gudang Johor telah menganjurkan beberapa kem latihan pusat sebagai satu

usaha terancang untuk membuka peluang dengan seluas-luasnya kepada pelajar yang terpilih

dilatih secara aktif dan professional, disamping dapat memupuk semangat dan menggarap

bakat ke tahap setinggi mungkin dalam bidang sukan tersebut.

Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas-asas

penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak mudah dan

semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu dilatih

(Zamerchili, 1977).

Manakala ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat

maklumat atlet. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri

prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran

ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh

seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi

nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul,

menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian ialah

perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia dilakukan

bertujuan bagi menjamin bahawa segala persediaan ujian adalah mencukupi dan diharapkan

bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan dengan lancar. Manakala melalui ujian pasca

prosedurnya melibatkan analisis data ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod 6

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 7: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

pencapaian ujian secara individu dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan

menggunakan teknik statistik yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga

maklumat yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min,

sisihan piawai, dan juga melalui ujian t-test.

Menurut Bompa (1999) latihan yang bersistematik dengan menggunakan pendekatan

yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga. Sesuatu program latihan

perlu merangkumi factor-faktor asas latihan iaitu persediaan taktikal, teknikal dan persediaan

psikologi. Perkara yang penting dalam menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan

ialah kefahaman jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan cirri-ciri komponen

latihan dan bentuk-bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut peringkat-

peringkat latihan.

7MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 8: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4. UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL - DAYA TAHAN OTOT

Menurut Johnson & Nelson (1986), mereka telah mendefinisikan bahawa kekuatan

daya tahan otot sebagai kemampuan fizikal yang membolehkan seseorang individu itu dapat

menahan dan melakukan aktiviti-aktiviti kekuatan daya tahan otot dengan lebih lama dalam

sesuatu situasi. Kemahiran motor yang melibatkan kekuatan daya tahan otot ini adalah

penting dalam aktiviti sukan sepak takraw khususnya dan juga sukan-sukan yang lain seperti

sukan bola tampar, bola baling, bola keranjang, dan sebagainya. Mereka juga mengatakan

bahawa kekuatan daya tahan otot teras adalah kuasa otot yang dikenakan terhadap objek yang

berada dalam keadaan statik dan dinamik, yang diukur melalui satu ujian yang memerlukan

satu daya maksima untuk memberi pergerakan atau satu kedudukan.

Kekuatan juga merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran.

Kekuatan daya tahan otot adalah sangat penting dalam meningkatan prestasi seseorang atlit.

Banyak faedah dan kepentingan yang diperolehi hasil daripada latihan di kawasan teras ini.

Banyak penyelidik yang menjalankan penyelidikan mengenai otot teras ini ingin mengupas

kepentingan dan faedah kekuatan daya tahan otot teras ini. Ini disebabkan kekuatan daya

tahan otot teras ini banyak melibatkan otot utama atau major yang berkait rapat dengan setiap

aktiviti serta perlakuan tidak kira semasa aktiviti harian atau bersukan.

8MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 9: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.1. DAYA TAHAN OTOT – LOMPAT JAUH BERDIRI

(a) Nama ujian

Lompat Jauh Berdiri

(b) Objektif ujian tersebut

Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar

(c) Had umur sampel

10 tahun hingga dewasa

(d) Peralatan yang perlu

i. Pita Pengukur(2 meter),

ii. Penanda Jarak

iii. Masking Tape

iv. Pembaris

v. Kapur

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.

Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan.

9MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 10: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f) Pentadbiran/arahan

1. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.

2. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu.

3. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian

murid perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan

lebih jauh.

4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi

arahan.

5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli

dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata.

6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi

ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil.

7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan

kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat.

(g) Norm’ Permarkahan

(i) Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut

iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan.

(ii) Percubaan akan dicatat

(iii) Jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.

10MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 11: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.2. DAYA TAHAN OTOT – BANGKIT TUBI

(a) Nama ujian

Bangkit tubi

(b) Objektif ujian tersebut

Mengukur kekuatan terhadap otot abdomen.

(c) Had umur sampel

10 tahun hingga dewasa

(d) Peralatan yang perlu

1. Pita pengukur

2. Tilam

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.

Kebolehpercayaan : A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini

(Johnson & Nelson, 1986) melaporkan hubung

kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had

untuk ujian bangun tubi.

(f) Pentadbiran/arahan

1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada

12-18 inci daripada punggung.

2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu

yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta

semasa ujian dijalankan.

11MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 12: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring

hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal.

4. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula

menyentuh lantai sebelum bangkit semula.

5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan

kembali semula ke kedudukan asal.

(g) Norm Permarkahan

Nombor bangkit tubi yang lengkap dalam seminit direkodkan sebagai markah.

Perbezaan ujian ini membolehkan masa seminit atau dua minit diberikan.

12MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 13: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.3. DAYA TAHAN OTOT – UJIAN KEKUATAN ABDOMEN (STRAIGHT LEG

LIFT)

(a) Nama ujian

Ujian Kekuatan Abdomen (Straight Leg Lift)

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini menguji darjah kekuatan abdomen.

(c) Had umur sampel

10 tahun hingga dewasa

(d) Peralatan yang perlu

Tilam latihan, papan ujian kekuatan abdomen dengan pelbagai tanda sudut

atau guna protractor/goniometer/flexometer.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Paras keesahan diterima dalam ujian ini.

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Peserta baring di atas tilam latihan bersebelahan dengan papan ujian

kekuatan abdomen.

(ii) Tangan disilang pada dada dengan kepala diletakkan di atas tilam

latihan dan penguji akan meletakkan jari tangan di belakang tubuh

badan peserta.

(iii) Ujian dimulakan dengan peserta meluruskan kedua-dua kakinya

sehingga ke 90o. Pada masa yang sama peserta perlu memberi tekanan

13MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 14: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

ke atas jari tangan penguji dengan mengecutkan otot abdomen untuk

beberapa saat.

(iv) Peserta kemudiannya menurunkan kedua-dua kaki secara perlahan-

lahan dan tahan sehinggalah ke sudut yang terdaya dilakukannya.

(g) Norm Permarkahan

(i) Bacaan sudut terendah yang dapat dicapai akan diambil.

Sudut Pangkat90 Sangat lemah, posisi permulaan75 Lemah60 Bawah tahap memuaskan45 Memuaskan30 Atas tahap memuaskan 15 Baik0 Cemerlang

14MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 15: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.4. DAYA TAHAN OTOT – Ujian Gayut Tangan

(a) Nama ujian

Ujian Gayut Tangan

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas tubuh.

(c) Had umur sampel

10 tahun hingga dewasa

(d) Peralatan yang perlu

Jam randik, ‘horizontal overhead bar’.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Paras keesahan diterima dalam ujian ini.

(f) Pentadbiran/ arahan

(i) Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara ‘overhand grip’

(tapak tangan menghala ke luar badan) atau ‘underhand grip’ (tapak

tangan menghala ke arah badan).

(ii) Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan

dagu berada di bahagian atas bar.15

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 16: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iii) Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan

dalam keadaan lurus.

(g) Norm Permarkahan

(i) Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan

masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di

bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu direkod juga.

(ii) Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang

paling lama akan diambil.

16MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 17: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5. UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL - DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR

Skor kecergasan kardiovaskular mengambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung

dan paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam

badan bagi menjalankan fungsi masing-masing. Sistem kardiovaskular yang sihat dapat

membekalkan darah dan oksigen yang diperlukan dengan mudah tetapi system

kardiovaskular yang lemah terpaksa bekerja lebih keras membekalkan jumlah darah dan

oksigen yang diperlukan.

17MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 18: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.1 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR – UJIAN YO-YO INTERMITTENT

RECOVERY

(a) Nama ujian

Ujian Yo-yo Intermittent Recovery

(b) Objektif ujian tersebut

Ujian ini menilai kebolehan seseorang individu untuk melakukan jeda secara

berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang.

(c) Had umur sampel

10 tahun ke atas

(d) Peralatan yang perlu

Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita

pengukur, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang

maksimum

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai

seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang

dilalui.

(ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat

‘bleep’ yang akan dibunyikan dari pita audio.

(iii) Apabila peserta selesai lari ulang-alik 20 meter (2 X 20 meter),

terdapat waktu rehat aktif selama 10 saat di mana peserta perlu

berjalan atau berjoging ulang-alik 5 meter (2 X 5 meter).18

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 19: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iv) Peserta akan kembali di garisan permulaan untuk larian ulang-alik 20

meter dan juga rehat aktif ulang-alik 5 meter secara berulang-ulang

sehingga ke tahap kelesuan.

(v) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat ‘bleep’

berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan

sehingga isyarat berbunyi. Masa antara isyarat ‘bleep’ akan

berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah

ditingkatkan.

(g) Norm Permarkahan

(i) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi

garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut.

(ii) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat

ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

19MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 20: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.2. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR – UJIAN LARIAN ULANG-ALIK

(UJIAN BLEEP/BEEP)

(a) Nama ujian

Ujian Larian Ulang-alik (Ujian Bleep/Beep)

(b) Objektif ujian tersebut.

Satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif

dan ujian ini telah dicipta di Kanada yang kini menjadi salah satu ujian

kecergasan aerobik yang popular di dunia.

(c) Had umur sampel

10 tahun ke atas.

(d) Peralatan yang perlu

Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita

pengukur, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang

maksimum

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai

seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang

dilalui.

(ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat

“bleep” yang akan dibunyikan dari pita audio.20

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 21: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iii) Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat “bleep”

berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan

sehingga isyarat berbunyi.

(iv) Masa antara isyarat “bleep” akan berkurangan setiap tahap, dengan itu

kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.

(v) Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di

mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan.

(g) Norm Permarkahan

(i) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi

garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut.

(ii) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat

ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

21MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 22: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.3. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR – UJIAN LARIAN 2.4KM

(a) Nama ujian

Ujian Larian 2.4km

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini bertujuan menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang.

(c) Had umur sampel

10 tahun ketas

(d) Peralatan yang perlu

Jam randik, trek larian, borang catatan, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang

maksimum

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Peserta memanaskan badan sebelum berlari.

(ii) Peserta bersedia di garisan permulaan.

(iii) Mula berlari apabila mendapat isyarat mula.

(g) Norm Permarkahan22

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 23: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(i) Masa catatan diambil sebaik sahaja peserta sampai ke garisan penamat

dan pada masa yang sama masa catatan direkodkan dalam borang

catatan.

(ii) Berdasarkan masa dalam minit dan saat perserta menghabiskan larian.

23MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 24: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.4 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR – UJIAN COOPER 12 MINIT

(a) Nama ujian

Ujian Cooper 12 Minit

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini adalah untuk menguji tahap kecergasan aerobik seseorang individu.

(c) Had umur sampel

10 tahun ke atas

(d) Peralatan yang perlu

Jam randik, trek larian 400 meter, kon/penanda, borang rekod, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang

maksimum

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Kon penanda diletakkan pada jarak yang tertentu di trek larian (setiap

100 meter bagi trek larian 400 meter) bagi memudahkan catatan jarak

larian yang telah dilakukan oleh peserta.

(ii) Peserta akan berlari selama 12 minit dan jarak yang dilalui akan

direkodkan. Peserta dibenarkan untuk berjalan tetapi peserta

digalakkan untuk melakukan yang terbaik (tahap maksimum).

24MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 25: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g) Norm Permarkahan

(i) Masa yang terbaik

25MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 26: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6. UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL - KELEMBUTAN

Fleksibiliti adalah keupayaan sesautu sendi atau sendi-sendi untuk membenarkan

pergerakan berlaku dengan lancar ke arah julat pergerakan yang maksimun tanpa merasa

sakit pada sendi tulang dan otot-otot. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh pemanjangan

otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.

Fleksibiliti juga dapat diterangkan sebagai kemampuan sendi-sendi tubuh badan

bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin. Fleksibiliti bergantung kepada kebolehan otot

menguncup dan memanjang serta ligamen-ligamen pada sendi. Fleksibiliti mempunyai sifat–

sifat khusus atau spesifik iaitu tidak semua bahagian badan seseorang itu mempunyai tahap

fleksibiliti yang sama. Fleksibiliti sendi atau bahagian bandan banyak bergantung kepada

jenis pergerakan yang dilakukan.

Safrit (1973) telah membahagikan fleksibiliti kepada dua jenis iaitu kelembutan statik

dan kelembutan dinamik. Kelembutan statik merujuk kepada sejauh mana bahagian-bahagian

badan dapat diregangkan ke arah yang berbeza. Fleksibiliti dinamik pula melibatkan

pergerakan ektensi atau fleksi yang terdiri daripada tiga jenis iaitu kepantasan pergerakan

anggota, kepantasan menukar arah dan kepantasan larian. Menurut Johnson dan Nelson

(1986) pula menyatakan bahawa, fleksibiliti ialah keupayaan sendi melakukan pergerakan

dengan lancar tanpa menghadapi masalah.

Fleksibiliti sesuatu sendi itu sendiri di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti

memanaskan badan, daya usaha, relaksasi, teloransi kesakitan dan suhu (Barrow dan Mc 19

Gee, 1979). Di samping itu fleksibiliti juga mungkin berbeza penggunaannya dari satu sendi

ke satu sendi yang lain kerana setiap penggunaannya di khususkan.

26MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 27: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.1. KELEMBUTAN - SIT AND REACH

(a) Nama ujian

Sit and Reach

(b) Objektif ujian tersebut

Mengukur kelenturan fleksi bahagian leher dan atas pinggang dengan betul.

(c) Had umur sampel

11 hingga 21 tahun.

(d) Peralatan yang perlu

Kerusi, jam randik, pembaris makmal 1 meter, alat tulis dan pita pengukur.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan muka dilaporkan oleh AAHPERD (1980)

Kebolehpercayaan ; r=0.86 (Jorgensen & nicolaisen. 1986)

R=0.96 (Jackson, morrow, tensen, jones & schultes, 1996)

27MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 28: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f) Pentadbiran/arahan

i) Subjek meniarap dengan keadaan badan yang lurus . Kedua-dua kaki

diluruskan kebelakang dan tangan dibelakang paha. Subjek meniarap

diatas lantai dan tapak tangan dibawa kebelakang dan kaki dibuka seluas

bahu.

ii) Ukur tinggi hujung dagu dari permukaan lantai dengan pembaris dan

catatkan bacaan pada 0.5 cm yang terdekat.

iii) Arahan sedia dan mula diberikan untuk memulakan ujian.

iv) Dalam keadaan meniarap, cuba angkat badan dan dagu seberapa tinggi

yang boleh.

(g) Norm Permarkahan

(i) Subjek perlu menahan dalam posisi di dalam masa 5 saat untuk diambil

bacaan

(ii) Ukur bahagian hujung dagu dari lantai dengan pembaris 1 meter dan

catatkan bacaan pada 0.5 terdekat.

(iii) Subjek akan membuat ujian sebanyak 2 kali, bacaan tertinggi akan dikira.

(iv) Subjek dibenar membuat dua kali percubaan sebelum ujian. 36 kiraan

skor bacaan terbaik dari dua percubaan akan diambil.

28MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 29: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.2. KELEMBUTAN – JANGKAUAN MELUNJUR

(a) Nama ujian

Jangkaun melunjur

(b) Objektif ujian tersebut

Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring

(c) Had umur sampel

5 tahun hingga remaja.

(d) Peralatan yang perlu

1. Kotak pengukur

2. Pembaris

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.80

dan 0.90

Kebolehpercayaan : 70 atau lebih.

29MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 30: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f) Pentadbiran/arahan

1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan.

Murid perlu menanggalkan kasut.

2. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding.

3. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah

kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan

tangan lurus kehadapan.

4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri.

Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan

bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak.

5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing).

(g) Norm Permarkahan

Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik

direkodkan dalam unit cm.

30MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 31: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.3. KELEMBUTAN – UJIAN “EXTENSION” KEPANJANGAN, “TRUNK” DAN

TENGKUK (JOHNSON DAN NELSON 1986)

(a) Nama ujian

Ujian “extension” kepanjangan, “trunk” dan tengkuk (Johnson dan Nelson

1986)

(b) Objektif ujian tersebut.

Untuk mengukur kebolehan untuk memanjangkan “trunk” (kelenturan relatif).

(c) Had umur sampel

6 tahun hingga umur kolej.

(d) Peralatan yang perlu

Tikar, dan kayu pengukur, atau pita pengukur.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan : Kesahan paras.

Kebolehpercayaan : 90 melalui ujian semula.

31MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 32: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Pengambil ujian hendaklah duduk di kerusi keras, dan pentadbir ujian

hendaklah mengukur jarak yang hampir inci daripada hujung hidung

kepada tempat duduk di mana para peserta duduk. (Dagu hendaklah

sama rata apabila jarak diukur).

(ii) Pengambil ujian akan menganggapkan dalam keadaan meniarap di atas

tikar, letakkan kedua-dua tangan di bahagian belakang. Dengan

berpasangan menahan pinggang bertentangan tikar, pengambil ujian

mengangkat “trunk” dengan perlahan-lahan dan mengawal kelakuan

tersebut setinggi yang mampu daripada tikar.

(iii) Jarak dikira daripada hujung hidung hingga ke tikar akan di ukur.

(iv) Jika rasa kurang selesa di bahagian belakang, ujian haruslah

diberhentikan serta-merta.

(g) Norm permarkahan

Tiga angkatan yang terbaik ditolak dengan “trunk” dan kepanjangan tengkuk

diukur. Tulang belakang yang paling hamper dengan kepanjangan “trunk” dan

tengkuk, adalah markah yang terbaik.

32MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 33: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.4. KELEMBUTAN - UJIAN ANGKATAN BAHU (MILLER DAN ALIEN 1990)

(a) Nama ujian

Ujian angkatan bahu (Miller dan Alien 1990)

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian angkatan bahu hampir sama dengan pengangkatan bahu dan

pergelangan tangan, tetapi ia hanya mengukur kelenturan bahu sahaja. Ia

mengukur kelenturan yang mutlak berbanding kelenturan relatif.

(c) Had umur sampel

6 tahun hingga umur kolej.

(d) Peralatan yang perlu

Tikar dan dua kayu pengukur, atau satu kayu pengukuhan dan pita pengukur.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Kesahan paras.

(f) Pentadbiran/arahan

Pengambil ujian meniarap di tikar dengan dagu di tikar dan tangan

dipanjangkan ke hadapan secara terus di hadapan bahu. Kayu pengukur

ditahan dengan tangan untuk bahagian keluasan bahu. Kayu pengukur

pergelangan tangan dan siku diluruskan dan kayu pengukur diangkat di atas

sejauh yang boleh, dengan dagu bersentuh dengan tukar. Jarak diukur dalam

inci daripada bawah kayu pengukur hingga tikar.

33MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 34: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g) Norm permarkahan

Tiga markah yang terbaik dikira. Tiada permarkahan dilaporkan, tetapi

pengukuran adalah untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelenturan

yang tidak mencukupi.

34MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 35: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7. UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL – KEPANTASAN

Mengikut Verdusi (1980), masa reaksi digunakan untuk mengukur

kepantasan ibu jari dan jari telunjuk bertindak balas kepada pembaris yang dijatuhkan.

Kesahan konstruk digunakan oleh penyelidik lampau bagi memilih masa reaksi. Nilai

kebolehpercayaan ujian yang pernah dilaporkan oleh Jonson & Nelson (1979) ialah

0.89 dan diperolehi melalui kaedah uji dan ulang uji. Masa reaksi ialah masa yang

diambil untuk bertindak balas kepada sesuatu rangsangan. Kepantasan dan masa

reaksi adalah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam

kebanyakkan kemahiran sukan. Fulton dan Hubbat (1975), melaporkan bahawa

kepantasan dan masa reaksi kanak-kanak lelaki dan perempuan meningkat secara

signifikan dengan umur.

35MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 36: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.1. KEPANTASAN – UJIAN T

(a) Nama ujian

Ujian-T

(b) Objektif ujian tersebut.

Mengenalpasti tahap ketangkasan di antara kumpulan posisi permain

(c) Had umur sampel

5 tahun hingga dewasa

(d) Peralatan yang perlu

Kon, pita ukur, pita penanda dan jam randik

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Paras kesahan diterima.

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Ujian ini merangkumi larian pecut, lari sisi (kiri dan kanan) dan larian

undur.

(ii) Empat kon akan disusun berbentuk T dan bertanda A, B, C dan D.

Jarak kon A ke kon B adalah 10 meter dan jarak kon B ke C dan B ke

D adalah 5 meter.

(iv) Subjek memulakan larian dan tamat pada kon A.

(f) Norm Permarkahan

Masa larian dicatat sebaik sahaja subjek menyentuh kon A.

36MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 37: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.2. KEPANTASAN - UJIAN 3-CONE SHUTTLE DRILL

(a) Nama ujian

Ujian 3-Cone Shuttle Drill

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam pertukaran arah

dengan pantas.

(c) Had umur sampel

10 tahun ke atas

(d) Peralatan yang perlu

Jam randik, pita pengukur, kon, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Paras kesahan diterima.

37MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 38: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f) Pentadbiran/arahan

(i) Berdasarkan kepada rajah di bawah, satu litar berbentuk L dibentuk

dengan jarak antara ketiga-tiga kon adalah 5 meter.

(ii) Peserta akan bermula dari Kon 1 dan berdiri dalam posisi ‘3 point

stance’ iaitu keadaan di mana peserta perlu berdiri dalam keadaan

badan dibongkokkan dengan sebelah tangan menyentuh permukaan

lantai dan tangan yang sebelah lagi diletakkan di atas paha.

(iii) Apabila mendapat isyarat ‘mula’, peserta perlu berlari ke Kon 2 dan

menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan.

(iv) Kemudian, peserta perlu berpusing balik dan berlari ke Kon 1 serta

menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan.

(v) Peserta akan meneruskan larian ke Kon 2, berpusing ke arah Kon 3

(berlari keliling) dan terus berlari kembali ke Kon 1 melalui Kon 2

(berlari keliling).

(f) Norm Permarkahan

(i) Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan

peserta diberi dua kali percubaan di mana catatan masa yang terbaik

akan diambil kira.

38MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 39: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.3. KEPANTASAN – LARI PECUT 30 METER

(a) Nama ujian

Lari pecut 30 meter

(b) Objektif ujian tersebut

Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari kedudukan berdiri

(c) Had umur sampel

10 tahun ke atas

(d) Peralatan yang perlu

i. Pita ukur

ii. Jam randik

iii. Wisel

iv. el

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen

yang maksimum.

(f) Pentadbiran/arahan

1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan

permulaan.

2. Penguji memberi isyarat “sedia” dan “lari” di samping meniup wisel.

3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan

penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.

39MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 40: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g) Norm Permarkahan

(i). Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan

penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.

(ii). Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

40MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 41: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.4. KEPANTASAN - UJIAN HENMAN SHUTTLE

(a)

Nama ujian

41MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 42: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Ujian Henman Shuttle

(b) Objektif ujian tersebut.

Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam larian secara berulang-

alik.

(c) Had umur sampel

(d) Peralatan yang perlu

Jam randik, pita pengukur, kon/penanda, pencatat.

(e) Kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen

yang maksimum.

(f) Pentadbiran/ arahan dan ‘norm’ permarkahan

i) Peserta bersedia di garisan permulaan dan memulakan larian ulang-alik 20

meter setelah diberi isyarat ‘mula’.

ii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh secara ulang-alik tanpa

henti untuk mendapatkan seberapa banyak ulangan yang mampu dalam

masa 1 minit.

iii) Selepas 1 minit berakhir, peserta diberi masa rehat selama 1 minit sebelum

meneruskan larian lagi.

iv) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1

minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut.

(g) Norm Permarkahan

i) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1

minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut.

ii) Keputusan peserta adalah jumlah ulangan larian yang dapat dilakukan

dalam kelima-lima set larian yang setiap satunya adalah selama 1 minit.

42MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 43: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8. SATU BENTUK PENGUKURAN UNTUK MENGUKUR LEMAK PARA

ATLIT

8.1. PENGUKURAN LIPATAN KULIT (SKINFOLD)

Wood (2004) telah mentafsirkan pengukuran lipatan kulit sebagai suatu pengaggaran

lemak badan dengan menggunakan pengukuran ketebalan lipatan kulit. Selain itu, beliau juga

menyatakan bahawa kaliper pengukuran lipatan kulit adalah direka khas untuk mengukur tisu

di bawah kulit dengan tepat.

43MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 44: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Untuk memudahkan pengukuran dijabclankan, beliau telah mengemukakan dua jenis

kaedah yang boleh digunakan iaitu

(i) Tujuh tempat lipatan kulit

Tujuh tempat tersebut ialah dada, trisep, subskapular, axilla, suprailiak,

abdomen dan paha.

(i) Tiga tempat lipatan kulit

Tiga bahagian badan yang diukur ialah dada, abdomen dan paha bagi lelaki,

trisep, supraliak dan paha bagi wanita.

Menurut Koop (1995), pengukurun lipatan kulit adalah suatu pengukuran di mana

ukuran lipatan kulit dan lemak telah diambil pada bahagian tubuh badan yang tertentu dan

dimasukkan ke dalam suatu persamaan unutk mendapatkan anggaran jumlah lemak dalam

tubuh. Dalam kaedah pengukuran ini, kaedah pengukuran komposisi tubuh badan manusia

digunakan dengan meluas untuk menilai dan mentaksir peratusan lemak tubuh badan.

Telford et al. (1984) pula mendapati min bagi tujuh lipatan kulit yang diukur adalah

87 mm dan berdasarkan dapatan kajian beliau merumuskan bahawa atlet elit bola jaring

menyamai atlet bola kerangjang profesional iaitu mempunyai otot-otot yang besar tetapi

tahap lemak dalam tisu badan rendah.

8.2. LIPATAN KULIT

(a) Ujian ini memerlukan pengukuran ketebalan lipatan kulit di beberapa tempat

pada badan. Jumlah bacaan lipatan kulit ini membolehkan jangkaan jumlah

kandungan lemak dalam badan dibuat.

(b) Peralatan :

Kaliper lipatan kulit.

(c) Kelebihan :

Hanya memerlukan kaliper lipatan kulit tetapi penguji perlu konsisten dalam

cara pengambilan bacaan.44

MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 45: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(d) Prosedur :

Untuk memastikan kita dapat mengambil ukuran dengan tepat, beberapa

perkara seperti berikut haruslah diambil perhatian.

(1) Ambil ukuran lilitan badan pada bahagian kanan tubuh badan sahaja;

(2) Berhati-hati dalam mengenalpasti dan cuba tandakan kawasan yang

hendak diukur;

(3) Genggam lipatan kulit dengan kukuh menggunakan ibu jari dan jari

penunjuk dengan ukuran ½ inci dari tempat yang hendak diukur;

(4) Jangan sesekali melepaskan lipatan kulit semasa mengukur;

(5) Letakkan alat pengukur di bawah ½ inci dari ibujari dan jari penunjuk;

(6) Sentiasa melepaskan penyepit alat pengukur secara perlahan;

(7) Pengukuran diambil selepas 4 saat alat digenggam;

(8) Minimum untuk pengukuran adalah sebanyak 2 kali; dan

(9) Pastikan orang yang diuji sentiasa kering dan bebas daripada minyak

atau pelembab.

(10) Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada

tempat yang hendak diuji. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih

kurang 2.5cm.

(11) Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah

dicubit lebih kurang 1.25cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.

(12) Biar kaliper itu menutup rahangnya selama 2-3 saat sebelum

mengambil bacaan. Skala pada angkup ialah dalam milimeter.

(13) Ambil tiga kali bacaan pada setiap tempat dan ambil bacaan median.

Contoh : Bacaan 8 mm, 9 mm, 10 mm;bacaan 9 mm diambil.

(14) Tempat mengambil bacaan ialah bahagian kanan badan atau bahagian

badan yang dominan.

45MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

AlatUntuk Mengukur Lipatan Kulit

Page 46: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Kawasan pengukuran adalah berbeza di antara lelaki dan wanita. Mari kita lihat bahagian

tertentu yang diukur pada lelaki dan perempuan dalam rajah-rajah di bawah. Menggunakan

gambar tersebut, mari kita lihat cara untuk membuat pengukuran.

8.3. LOKASI PENGUKURAN BACAAN – WANITA

46MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Trisep(Antara Bahu –Siku)

Page 47: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.4. LOKASI PENGUKURAN BACAAN - LELAKI

47MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Abdomen(Bahagian Perut)

Suprailium(Atas tulang pinggul)

Subscapula (bawah tulang bahu)

Bawah Paha

Page 48: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.5. ANGGARAN PERATUSAN LEMAK UNTUK JUMLAH LIPATAN KULIT

PADA BAHAGIAN TRISEP, ABDOMEN DAN KUADRISEP

LELAKI PEREMPUAN

Jumlah Lipatan Peratusan Lemak Jumlah Lipatan Peratusan Lemak

8-10 3.2 23-25 16.8

11-13 4.1 26-28 17.7

14-46 5.0 29-31 18.5

17-19 6.0 32-34 19.4

20-22 6.0 35-37 20.2

23-25 7.8 38-40 21.0

26-28 8.7 41-43 21.9

29-31 9.7 44-46 22.7

48MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Bahagian Dada

Page 49: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

32-34 10.6 47-49 23.5

35-37 11.5 50-52 24.4

38-40 12.5 53-55 25.2

41-43 13.4 56-58 26.1

44-46 14.3 59-61 26.9

47-49 15.2 62-64 27.7

50-52 16.2 65-67 28.6

53-55 17.1 68-70 29.4

56-58 18.0 71-73 30.2

59-61 18.9 74-76 31.1

62-64 19.9 77-79 31.9

65-67 20.8 80-82 32.7

68-70 21.7 83-85 33.6

71-73 22.6 86-88 34.4

74-76 23.6 89-91 35.5

77-79 24.5 92-94 36.1

80-82 25.4 95-97 36.9

83-85 26.4 98-100 37.8

86-88 27.3 101-103 38.6

89-91 28.2 104-106 39.4

92-94 29.1 107-109 40.3

95-97 30.1 110-112 41.1

98-100 31.0 113-115 42.0

101-103 31.9 116-118 42.8

104-106 32.8 119-121 43.6

107-109 33.8 122-124 44.5

110-112 34.7 125-127 45.3

113-115 35.6 128-130 46.1

116-118 36.6 131-133 47.0

119-121 37.5 134-136 47.8

122-124 38.4 137-139 48.7

125-127 39.3 140-142 49.5

49MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 50: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.6. PENGKELASAN PENGIRAAN PERATUS LEMAK TUBUH

Pengkelasan Lelaki Perempuan

Tidak sihat (terlalu rendah) < 5% < 8%

Boleh diterima (lower end) 6-15% 9-23%

Boleh diterima (higher end) 16-24% 24-31%

Tidak sihat (terlalu tinggi) >24% >31%

9. KESIMPULAN

Kecergasan keseluruhan mengambil kira aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan

sosial. Hampir semua pergerakan fizikal pada tahap-tahap tertentu melibatkan elemen-elemen

seperti daya, kecepatan, jangka masa, komplesiti dan julat pergerakan. Seseorang mungkin

memahami aspek motor seseorang individu sebagaimana komponen fisiologikal seperti

kekuatan, kelajuan, ketahanan dan koordinasi. Dari sudut latihan tumpuan utama mungkin

dari segi memantapkan seseorang atlit melalui komponen fisiologikal yang lebih dikenali

sebagai keupayaan kecekapan biomotor selain dari mempertingkatkan kemahiran.

Kecekapan/keupayaan seseorang individu melakukan sesautu latihan di anggap satu

penyebab dan pergerakan itu sendiri sebagai kesan. Kecekapan untuk mengawal penyebab

50MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 51: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

untuk melaksanakan kesan yang berhasil adalah diperlukan. Menilai tahap kecergasan fizikal

atlit perlu dilakukan untuk menilai apakah mereka mencapai standart yang telah di tetapkan.

Hasil ujian ini telah membuktikan bahawa ujian kercergasan ini telah berjaya untuk

meningkatkan tahap kecergasan atlit yang bakal mewakili daerah Pasir Gudang bagi

empatkomponen yang di uji. Aspek kekuatan otot, kekuatan kardiovaskular, kelembutan dan

kelajuan adalah antara komponen penting bagi sukan olahraga untuk meningkatkan prestasi.

Bagaimanapun, bagi memastikan latihan bagi komponen yang di uji ini berkesan, atlet

perlulah mengikut latihan dengan betul baik dari segi masa latihan dan juga kekerapan

latihan. Jika latihan ini tidak dijalankan dengan betul, peningkatan tidak akan berlaku

terhadap pemain. Jika pemain tidak menunjukkan sebarang peningkatan,maka mereka tidak

akan dapat mempamerkan aksi yang memuaskan dalam pertandingan kelak.

Kesimpulannya, dapatan ujian kecergasan fizikal ini telah menunjukkan bahawa

latihan yang dilakukan selama 4 minggu ini telah meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlet

olahraga daerah Pasir Gudang bagi komponen kelembutan, kelajuan dan kekuatan otot dan

kardiovaskular walaupun tidak terlalu tinggi tetapi proses ke arah mencapainya berlaku. Di

harapkan gabungan atlet dengan kesedaran dan semangat yang tinggi serta pihak jurulatih dan

juga pihak pengurusan pasukan olahraga MSSD Pasir Gudang dapat mencapai sasaran pingat

yang di fokuskan.

10. RUJUKAN

Azizi Y., Shahrin H., Jamaluddin R., Yusof B. dan Abdul Rahim H. (2007). Menguasai

Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baumgartner, A.T. & Jackson, S.A. (2003) Measurement for Evaluation in Physical

Education & Exercise Science. NY: McGraw Hill.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian

dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

David B. et. al.(2000). Physical Education and the Study of Sport. Spain: Mosby.

51MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 52: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

David, K.M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How.

NY: McGraw Hill.

Douglos, N.H., & Alan, C.L., (2003). Measurement for Evaluation in Physical

Education & Exercise Science. USA:Viacom Company.

Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal.Selangor :

Meteor Doc. Sdn Bhd.

Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi.

Ipoh : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma

Publications.

10. LAMPIRAN

PROGRAM LATIHAN PUSAT OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN DAERAH

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

TARIKH MULA : 10 JANUARI 2010

TARIKH TAMAT : 08 FEBRUARI 2010

TEMPOH : 28 HARI (4 MINGGU)

TEMPAT : STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG, JOHOR

MEREKA YANG TERPILIH :

1. Adik Fatin Noradilah bt Mohd Nor 12 tahun

52MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303

Page 53: ASS Hbpe2203 Hj Zainuddin

HBPE 2203UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

2. Adik Nor Anis Husna bt Azhar 12 tahun

3. Adik Nor Syamimi bt Ahmad Zaini 12 tahun

4. Adik Yasmin Diana bt Maryan 12 tahun

5. Adik Nur Afiqah Batrisyia binti Mohd Fauzi 12 tahun

53MOHD FAUZI BIN SAEM731024-01-5303