asma wati binti sanip - fp.utm.my fileterima kasih juga kepada semua pensyarah fakulti pendidikan...
TRANSCRIPT
KESESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, ALATAN DAN KEMUDAHAN
SERTA KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) MENGIKUT
PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
ASMA WATI BINTI SANIP
Universiti Teknologi Malaysia
ii
iii
KESESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, ALATAN DAN KEMUDAHAN
SERTA KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) MENGIKUT
PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
ASMA WATI BINTI SANIP
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat suami tercinta serta putera puteriku tersayang,
Arshad bin Kamaludin
Nuralifah bt Arshad
Muhamad Arif bin Arshad
Muhammad Aziq bin Arshad
Muhammad Azim bin Arshad
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan kalian tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
Buat ayah dan ibuku,
Hj. Sanip bin Hj. Abdullah
Hjh. Siti Joriah @ Jamiah bt Hj. Bahari
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kekanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak
memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah
penyelia, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak
guru-guru pembimbing sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini juga
amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama
ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat mak, abah, suami dan anak-anak yang tersayang, segala doa
restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah
SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa,
kemudahan dan alatan serta kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi matapelajaran
Kemahiran Hidup elektif Kemahiran Teknikal mengikut perspektif guru-guru
Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah penyelidikan
adalah berbentuk diskriptif yang menggunakan soal selidik terhadap 40 sampel yang
dipilih secara rawak. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Ujian-t digunakan bagi melihat
perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan
dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru Kemahiran
Teknikal peringkat menengah rendah. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru amat
bersetuju bahawa isi kandungan sukatan Kemahiran Teknikal adalah bersesuaian
untuk pelajar sekolah menengah rendah dengan jumlah min yang tinggi iaitu 3.82.
Guru-guru juga bersetuju dengan masa yang diperuntukan iaitu dengan min yang
sederhana (3.10) dan juga kemudahan dan alatan yang mencukupi bagi mata
pelajaran Kemahiran Teknikal juga dengan jumlah min yang tinggi (3.79). Malahan
kaedah pengajaran secara tunjuk cara dalam pengajaran Kemahiran Teknikal amat
dipersetujui oleh guru-guru dengan mencatatkan jumlah min yang tinggi (4.10).
Berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,
kemudahan dan alatan yang mencukupi serta kesesuaian kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal
peringkat menengah rendah. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan
kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan guru yang
berketrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisme mereka.
v
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the perception of the Technical
Skill teachers at Johor Bahru secondary school towards the suitability of contents,
time provided, tools and equipment also demonstration strategy in Technical subject.
The research is done through questionnaires to 40 Living Skill teachers around Johor
Bahru secondary schooll who had teaching Technical Skill at randomly. The data
was analysed using the SPSS 11.5 software to get the frequencies, the percentage and
the mean. The t- test was using for looking to difference towards the suitability of
contents, time provided, tools and equipment also demonstration strategy between
the gender of the Technical Skill teachers. The outcome of this research showed that
the teachers agree that the content is suitable which the total mean are high (3.82).
The teachers also agree with the time was provided is suitable with the total mean are
moderate (3.10). About the tools and equipment the teachers agree that it was
suitable and the the total mean are high (3.79). For the demonstration strategy the
teachers also agree that it is suitable for students secondary school learning which the
total mean are high (4.10). According to the t-test analysis, the data shown there are
no significance difference towards the suitability of contents, time provided, tools
and equipment also demonstration strategy between the gender of the Technical Skill
teachers. This research is meant to give the guidelines to the concerned parties to
improve the implementation of teaching process, therefore will produce presentable,
dedicated and highly committed teachers to their professionalism.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN TESIS
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.7.1 Guru 7
vii
1.7.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 7
1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri 8
1.7.4 Pentadbiran Sekolah 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Kemahiran Hidup Bersepadu 9
1.9.2 Guru Kemahiran Hidup 9
1.9.3 Kemahiran Teknikal 9
1.9.4 Sukatan Kemahiran Hidup Bersepadu 9
1.9.5 Alatan dan Kelengkapan 9
1.9.6 Strategi Pengajaran 10
1.9.7 Tunjukcara (Demonstrasi) 10
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 11
2.3 Isi Kandungan 13
2.4 Peruntukan Masa 15
2.5 Kemudahan Asas Di Sekolah 17
2.6 Alatan dan Kemudahan 19
2.7 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 21
viii
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Penganalisaan Data 33
4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 36
4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 37
4.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Jantina Responden 37
4.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Umur Responden 37
4.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Bangsa Responden 38
4.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Pencapaian Akademik
Responden 38
4.2.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Jawatan Responden 39
4.2.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Mengikut Pengalaman Mengajar
Responden 39
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 40
4.3.1 Persoalan Kajian 1
Adakah sukatan matapelajaran
Kemahiran Teknikal sesuai untuk
ix
pengajaran dan pembelajaran
peringkat menengah rendah? 40
4.3.2 Persoalan Kajian 2
Adakah masa yang diperuntukan bagi
sesuatu sesi pengajaran subjek
Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah? 43
4.3.3 Persoalan Kajian 3
Adakah alatan atau kemudahan
mencukupi atau mudah diperoleh
bagi proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran
Teknikal peringkat menengah rendah? 46
4.3.4 Persoalan Kajian 4
Adakah kaedah tunjukcara (demonstrasi)
sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran
teknikal peringkat menengah rendah? 49
4.3.5 Pengujian Hipotesis Kajian 52
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54
5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan Dan Rumusan 57
5.2.1 Demografi Responden 57
5.2.2 Persoalan Kajian 1
Kesesuaian isi kandungan sukatan
matapelajaran Kemahiran Teknikaluntuk
pengajaran dan pembelajaran
peringkat menengah rendah 59
5.2.3 Persoalan Kajian 2
Masa yang diperuntukan mencukupi bagi
x
sesuatu sesi pengajaran subjek
Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah 60
5.2.4 Persoalan Kajian 3
alatan dan kemudahan
mencukupi atau mudah diperoleh
bagi proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran
Teknikal peringkat menengah rendah 61
5.2.5 Persoalan Kajian 4
Kesesuaian kaedah tunjukcara dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek
Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah 63
5.3 Cadangan Kajian 65
5.3.1 Pihak Guru 65
5.3.2 Pihak Sekolah 65
5.3.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 66
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.5 Penutup 67
RUJUKAN 69
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 72
LAMPIRAN B 78
LAMPIRAN C 80
LAMPIRAN D 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Senarai Tempat Kajian Yang Dijalankan
Dan Bilangan Sampel 29
3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 30
3.3 Skor Skala Likert 31
3.4 Nilai Statistik Alpha Cronbach 32
3.5 Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubahsuai 32
3.6 Pengkelasan Semula Skala Likert 34
3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 34
3.8 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 37
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Umur 37
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Bangsa 38
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pencapaian
Akademik 38
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jawatan 39
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut
Pengalaman 39
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan
Analisis Kesesuaian Sukatan 41
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan
Analisis Kesesuaian Masa 44
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan
xii
Analisis Alatan dan Kemudahan 47
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkaitan
Analisis Kesesuaian Kaedah demonstrasi 50
4.11 Dapatan ujian-t Kesesuaian Sukatan 52
4.12 Dapatan ujian-t Kesesuaian Masa 52
4.13 Dapatan ujian-t Kemudahan dan Alatan 53
4.14 Dapatan ujian-t Kesesuian Keadah Demonstrasi 54
4.15 Analisis Keseluruhan dan tahap penilaian
Persoalan Kajian 54
4.16 Analisis Keseluruhan Dapatan ujian-t bagi Setiap
Persoalan Kajian 55
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bagi menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menyediakan aneka strategi bagi menangkis pandangan masyarakat
yang memandang rendah terhadap Pendidikan Teknik khususnya Pendidikan
Vokasional. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengkaji semula tentang peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem
pendidikan formal.
Justeru itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan dalam
program KBSM. Melalui matapelajaran ini, objektif tersebut dapat dicapai dengan
mendedahkan pelajar-pelajar menengah rendah kerpada Pendidikan Teknik dan
Vokasional, disamping menekankan terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti
keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang
baik, disiplin serta semangat untuk bersaing (Kementerian Pelajaran Malaysia 1991)
Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun
1991 selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
adalah berupa hasil daripada perubahan kurikulum melalui perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Pentadbiran Negara pada tahun 1979 dan
kurikulum ini merupakan satu keseimbangan dan kesinambungan daripada
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
2
Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian
rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu
melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,
emosi dan intelek serta berketrampilan.
Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum
yang bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan
’Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989
yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).
Matlamat pelajaran Kemahiran Hidup ialah untuk mendedahkan pelajar
kepada aspek teknologi, perdagangan dan keusahawanan serta teknikal dalam
kehidupan seharian. Lantaran itu pra vokasional para pelajar boleh dikembangkan
melalui penyelidkan untuk tujuan meningkatkan lagi teknologi dalam bidang
pembuatan pada masa akan datang.
Telah menjadi wawasan kerajaan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara industri, maka dengan itu para pelajar sepatutnya diberi pendedahan yang
luas berkenaan dengan teknologi dan semua perkara yang berkaitan. Lantaran itu
kemahiran yang diajar dalam sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup dikatakan
sedikit sebanyak dapat memenuhi kriteria tersebut.
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002),
matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang
berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk
meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga
kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan
Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).
Sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup telah banyak melalui perubahan
sejak dari tahun 1989 hinggalah kepada rombakan terbaru sukatan pada tahun 2002.
3
Konsepnya masih sama iaitu mengandungi dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan
(Elektif). Dalam bahagian Teras mengandungi komponen Reka Bentuk dan
Teknologi. Di dalam bahagian Pilihan pula mengandungi komponen Kemahiran
Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 3 diwajibkan untuk mempelajari komponen di
dalam bahagian Teras manakala bahagian Pilihan pula mereka dibenarkan untuk
memilih salah satu daripada setiap komponen yang ditawarkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-
vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran
asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara
produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa
berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat
sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysian bertarikh 4 November
1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua komponen yang
terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun 1991, sukatan
sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup Bersepadu.
Rombakan terkini sukatan matapelajaran kemahiran Hidup adalah dalam tahun 2002
dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga,
Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Dapatan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang
keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7
September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta
kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan
sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan
bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.
4
Bertitik tolak daripada sukatan matapelajaran KHB yang dirombak pada
tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian
sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan isi kandungan, masa yang
diperuntukkan, kemudahan dan alatan dan juga kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah
dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat
matapelajaran Kemahiran hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini
melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik
darjah.
Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk
mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi
semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya
bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi isi kandungan, masa,
kemudahan dan alatan yang mencukupi atau tidak atau serta kesesuaian kaedah
pengajaran secara tunjuk cara (demonstrasi) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Sejauh mana kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup untuk pelajaran peringkat
menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci
dibuat bagi menilai kesesuaian sukatan pelajaran kemahiran Hidup untuk pelajaran
menengah rendah mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup.
5
1.4 Objektif Kajian
Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi
mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup. Objektif khususnya ialah:
i- Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan matapelajaran Kemahiran
Teknikal bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.
ii- Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi
pengajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.
iii- Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran
dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah.
iv- Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal
peringkat menengah rendah.
v- Melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,
kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik telah cuba mencari jawapan berpandukan
kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
i- Adakah isi kandungan matapelajaran Kemahiran Teknikal sesuai
untuk pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah?
ii- Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran
subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?
ii- Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah?
iii- Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
iv- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina
guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah?
v- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara
jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
viii- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara
jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
ix- Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara
(demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran
teknikal peringkat menengah rendah?