as-syifa ramadan 1431h

16

Upload: hakimah-suhaimi

Post on 31-Mar-2016

260 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Majalah Keluaran Exco Modal Insan MESTA Batch Year 3 2010

TRANSCRIPT

Page 1: As-Syifa Ramadan 1431H
Page 2: As-Syifa Ramadan 1431H

Muhasabah Ramadan Page 3

Kisah Clinical Year 2010 Page 6

Dos and Don’ ts Page 7

Apa Patut Saya Jawab..Kalau.. Page 8

Hadis Qudsi Page 10

Adab-adab Mudah di Bulan Puasa Page 12

Interview with Our ‘ Ayahanda’ Page 13

Emergency! An English Call Page 14

Komik: Kenapa Ya? Page 15

Like Buletin As-Syifa on FB Page 16

Contents

Page 3: As-Syifa Ramadan 1431H

“Tak best ler bulan Ramadan ni. Kena puasa, nak buat banyak kerja tak bo-leh, cepat penat. Dah la tak leh makan, nak merokok pon tak leh. Ape ntah faedah bulan puasa ni? Macam takde faedah pon.‖ Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 merupakan satu perintah yang jelas mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Ter-lampau banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan ini, sabda Nabi SAW : “Sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan ramadhan, nes-caya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh”. Agak-agaknya sahabat, kenapa Nabi bersabda demikian? Ramadan ni best sebab…

1. Ditutup seluruh pintu-pintu neraka dan dibukakan seluruh pintu—pintu syurga.

2. Diikat semua syaitan dan dikurung di dalam neraka. Hanya tinggal nafsu yang perlu dilawan dan ia dapat dikalahkan dengan berpuasa.

3. 10 hari pertamanya adalah rahmat, bermakna kita akan memperoleh nikmat yang kita inginkan.

4. 10 hari kedua adalah keampunan. 5. 10 hari ketiga adalah pelepasan daripada api neraka.

Page 4: As-Syifa Ramadan 1431H

6. Makan pon dapat pahala fuh bestnya-tapi bukan bulan puasa ke? i. Sahur

- Bersahurlah kamu kerana sahur itu ada berkat – Imam Muslim

- Makanlah sahur walaupun hanya dengan seteguk air – Ibnu Hibban

- Perbezaan antara puasa kami dan puasa ahli kitab ialah adanya makan sahur — Riwayat Imam Muslim

- Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan sela-wat ke atas orang orang yang bersahur – At-Tabrani

ii. Berbuka(Iftar)

7. Lailatul Qadar

Satu malam yang kehadirannya dirahsiakan, dinantikan, dan ditunggu oleh semua umat islam, iaitu malam Lailatul Qadr. Beribadat pada malam tersebut adalah lebih baik daripada 1000 bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Stay up masa world cup boleh, stay up time Ramadan tak boleh? Knape yer?Tengok bola berjam-jam, solat 2 rakaat(tak sampai 10 minit) pon tak leh? Knape yer?

Entah apa pun jawapannya terpulanglah kepada setiap individu yg bgelar muslim utk menjawabnya. Jangan jawab sekarang. Jawablah dengan yang Maha Pencipta. Agaknya lepas tak jawapan kite? Wallahua’lam.

Page 5: As-Syifa Ramadan 1431H

“Awalnya RAHMAT, pertengahannya PENGAMPUNAN,

dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA”

Al-Hadith

Page 6: As-Syifa Ramadan 1431H

Bagaimanakah 3rd year anda? Gemilang, cemerlang dan terbilang ? Cuba lihat student 1, 2 dan 3?

Pernah melalui kisah yang sama seperti mereka?

STUDENT 1: Waa.. Bestnya clinical year ni boleh jumpa dengan real patient.. Boleh buat physical examination, pastu boleh tengok operation

procedure life, pastu boleh bla..bla..bla..

STUDENT2: HISH!!.. Penat la bila masuk clinical year nih.. Nak kena buat case write up la, case presentation la,

pastu asyik kena marah je..

STUDENT3: WEI!!.. Benci la budak @#..TUTT..%$*, asyik dia saja present kat bedside, dah la curi patient aku, pastu masuk Operation Theatre (OT) curi

turn orang pulak.. Mengada arr..

Macam-macam karenah kan? Tu pun tak semua dialog dapat dimuatkan, pokoknya saya ingin menekankan bahawa kita patut bertimbang rasa dan bertolak-ansur walaupun kita makin sibuk sekarang ni. Mungkin kita tidak sedar kadang-kadang tindakan kita tu salah, jadi di sini saya senaraikan beberapa perkara yang sahabat2-sahabat kita pernah complain

sepanjang kita di clinical year nih...

..Kisah Clinical Year 2010 ..

Page 7: As-Syifa Ramadan 1431H

1. Naik bas pukul 7 am- kesian budak-budak selayang yang terpaksa tunggu

student Sg Buloh.

2. Senyum la selalu- jangan la terkena jangkitan facial nerve palsy pulak

lepas dah masuk clinical year ni. =P

3. Bertolak-ansur sewaktu study, jangan rebut-rebut patient, share ilmu dengan kawan- ingat ilmu itu milik mutlak Allah. Kuat mana pon study tp kalau tidak diizinkan oleh pemilikNYA takkan dapat punyer. Bahkan buat tambah

stress jer.

4. Jaga pergaulan- kita orang islam, kena la jaga pergaulan, jangan terhimpit-himpit sangat antara lelaki dan perempuan terutamanya kat CSL(sorry ye terpaksa berterus terang). Kepada yang tinggi tu bagi la peluang

yang rendah ke depan...

5. Tolong tumpangkan member-member yg tak berkenderaan. Nak kira minyak petrol? Em.. terpulang ler. Tapi elok

juga sedekah bulan puasa ni.

1. Naik bas lewat– Consider kawan-

kawan yang nak ke selayang

2. Malas bertegur-sapa– Kita ni student lagi, nanti bila jd doktor lagi busy, senyum selalu, beri salam bukan saja pada kawan-kawan tapi kepada doktor-doktor kat hospital (walaupun diorang tak balas senyuman, anggap la ia suatu sedekah, kita kan lebih k a y a d e n g a n s e n y u m a n ! )

senyum=positive thinking=good health

3. Tolong jangan menzalimi orang

lain. Ambil patient kawan contohnya.

4. Suara yang terjerit-jerit- Maaf, ini sebagai teguran manja, kepada muslimat diharap anda menjaga suara anda yang kekadang tu terkuat

volumenya..

5. Malas untuk solat jemaah dan usrah- sama kita menjaga makanan roh kita, jangan sampai roh kita kebuluran, solat berjemaah, bukankah kita dituntut begitu? Rasanya tak la berat untuk sekurang-kurangnya 2

dari 5 waktu untuk bersolat jemaah

Indahnya hidup bermasyarakat. Perlulah kita sedar bahawa kita ini hidup bermasyarakat, susah sekiranya jika kita hidup berseorangan. Sesungguhnya Allah akan terus membantu kita selagi mana kita membantu hambanya yang lain. Yakin la dgn janji Allah. Allahuakbar!

DO DON’T

Page 8: As-Syifa Ramadan 1431H

Patient : Doktor, kalau ambik darah sah tak puasa saya?

Doktor : Sah. Patient : Lagi satu, doktor kata nak buat

endoscope kat saya, batal ke masih sah puasa saya?

Doktor : Emm... Entah ler, saya tak belajar pulak time medical school dulu. Hehe...

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa

ialah:

1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat

tidak sampai batas gegendang telinga)

2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan

dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung.

3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-

apa bahan ketika prosedur rawatan itu;

4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur

darah;

5. Pendermaan atau pemindahan darah;

6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada

permukaan kulit;

7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan

pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

9. Pemeriksaan laparoscope, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian

dalaman pesakit;

Apa patut saya jawab... KALAU...

Page 9: As-Syifa Ramadan 1431H

Apa patut saya jawab... KALAU...

10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir

ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan

proses menelan;

11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil

daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;

12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis

atau peritonealdialisis.

14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau

suntikan setempat; dan

15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada

tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (asthma) atau penyakit

paru-paru kronik(kecuali memang terlampau memerlukan inhaler tersebut)

2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal

suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal

(vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan

pemeriksaan dalaman vagina wanita.

3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing

(uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam

saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary

catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau

jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk

pemeriksaan;

5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope)

untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

6. Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.

Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan JAKIM (2009)

Page 10: As-Syifa Ramadan 1431H
Page 11: As-Syifa Ramadan 1431H

More Ramadan 1431H Pictures:

http://www.boston.com/bigpicture/2010/08/

Page 12: As-Syifa Ramadan 1431H

Elakkan bergaduh.

Katakanlah

“Aku ni berpuasa, selamat atas

kamu”.

Pakai pakaian bersih,, sikat

rambut - biar nampak bersih.

Tidur sebentar sebelum zohor, Allah akan buat terasa

kenyang.

Wangikan diri.

Elakkan bernyanyi

Elakkan daripada bersumpah.

Elakkan

daripada bermusafir kecuali kece-

masan.

Makhruh jika makan terlalu penuh

dalam bulan Ramadhan.

Read a lot of Quran. Satu ayat

seperti khatam Al-Quran.

ADAB MUDAH DI BULAN

RAMADHAN

Page 13: As-Syifa Ramadan 1431H

Our ‘Ayahanda’ Interview With

Ketibaan bulan ramadhan disambut dengan penuh syukur, atas segala peluang untuk merebut ganjaran akhirat dan keampunan Allah. Krew As-syifa bertambah bersyukur kerana dalam bulan mulia ini kami berpeluang untuk menemuramah Dr Faisal Fadli, pengetua kolej kita yang terkenal dengan sifatnya yang mesra pelajar. Berikut merupakan

hasil temubual kami.

Pada pendapat Dr, bagaimanakah kita hendak memanfaatkan bulan Ramadan sepenuhnya pada masa kita dengan tugasan sebagai seorang pelajar mahupun seorang doktor yang sentiasa sibuk dengan

urusan di hospital?

Kalau diikutkan, bulan Ramadan lagi banyak masa sebab masa makan tengahari sudah tidak perlu makan cuma waktu malam tu

sahajalah kita perlu menunaikan solat terawih. Saya rasa dari segi masa untuk study tidak ada banyak masalah. Bagi saya, belajar itu amal juga kerana sekiranya kita niat kerana Allah taala lilahi taala amalan nya akan dapat pahala dan sama seperti

amalan-amalan yang lain.

Mengenai pelajar yang tinggal di kolej kediaman, pada pendapat Dr apakah sikap yang perlu ada pada setiap pelajar untuk

mengekalkan keharmonian di kolej ini?

Seperti apa yang saya beritahu sebelum ini, yang paling utama adalah tanggungjawab bersama dalam aspek menjaga kebersihan kerana kawasan kita ini dekat dengan kedai-kedai menjual bunga. Pada masa mereka menggunakan baja seperti tahi ayam, waktu itu kita akan ada masalah dengan lalat yang begitu banyak jadi pastikan semua sampah

diikat dan dibuang di tempat yang betul. Selain itu, sikap yang perlu pada setiap pelajar adalah mengormati rakan-rakan

yang lain dengan tidak membuat bising.

Akhir sekali, apakah nasihat Dr kepada pelajar-pelajar tahun 3 yang baru sahaja hampir sebulan menjejakkan kaki ke alam

klinikal di hospital?

Bagi saya apa yang penting adalah jangan segan untuk bertanya kepada pensyarah sekiranya ada masalah. Hospital Sungai

Buloh adalah ―teaching hospital‖ kita tapi bukan hospital kita sepenuhnya. Oleh itu semua staf disitu mestilah kita hormati. Sekiranya bertembung dengan Dr atau specialist di situ berilah salam sepertimana kamu bertembung atau berjumpa dengan pensyarah kamu. Bagi saya juga, walaupun tiada pensyarah di wad, kamu boleh bertanya kepada doktor-doktor di wad masing-masing sekiranya tidak faham mengenai apa-apa prosedur. Satu lagi nasihat saya, kamu semua harus menganggap kena marah itu satu lumrah kehidupan. Orang lain pun ada masa kena marah juga, bukan kita seorang sahaja. Sebenarnya kita boleh banyak belajar dari kesalahan, cuma kita

kena tahan.

http://emihttp://emi--medic.blogspot.com/medic.blogspot.com/

Page 14: As-Syifa Ramadan 1431H

Bismillahirrahmanirrahim.. If headache and vomiting are the warning signs in Dengue cases, for us as medical students who just entered clinical years, the countless reminders by different lecturers may be the warning signs that something really needs to be done to ―revive‖ our English. In many of the talks and classes given by our lecturers, again and again, we keep hearing the same advice – that the students should improve their English.

From my point of view, initially I do not think that we should be concerned about it, as I believe that many of our friends have good English proficiency but maybe due to the lack of confidence or knowledge about the proper way to present during bedside teaching, we ended up as bad English speakers in the lecturer’s eyes. However, as time passed, I could not agree more with them as one by one evidence is revealed. Who can forget the afternoon session we hadA with Dr Adrian who excellently acted out as the judge of the Spell-It-Right competition using our most commonly misspelled words?

I would love to share my opinion regarding this issue. Six weeks into the clinical years, I now firmly believe that to perform well in this phase, having good English is a must and in order for it to be achieved there is no shortcut but to practise, practise and keep practising. Keep presenting cases at least to our best friend until it becomes our nature and everything just flows out like speaking in our own mother-tongue. Also, let us strive to also improve our English grammar, vocabulary, pronunciation and sentence structure. Armed with a high degree of confidence and excellent English, we should be able to fully utilize our medical knowledge, amaze the examiners and pass the exam. InsyaAllah..

Affect and effect

Who’s and whose

Discrete and discreet

It’s and its

Trough, throw, thorough

Stationary and stationery

Complement and compliment

An English Call

Most commonly misspelled words: Breech Weaning Most commonly mispronounced words: Examine Determine SELF TEST: Explain the difference between each word.

Advise and advice

Remember, as Muslims we have no choice but to be EXCELLENT. For that reason, we need to put in some effort and try to HELP

each other as Islam never teaches us to be self-centered.

Emergency!

ع يحفلاحىل

حح

Page 15: As-Syifa Ramadan 1431H

orang rasa rugi

Kalau ter-miss megasale, warehouse sale, mark-down offer, dan segala

jenis sales,

tapiii

Tapi sikit pun tak rasa rugi kalau

KENAPA YA ???

Terlepas

‘MEGASALE’

dari

ALLAH??