april 2008 - fp.utm.my · pdf fileketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar...
TRANSCRIPT
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : TUAN HJ. HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : APRIL 2008
AMALAN PENGURUSAN KURIKULUM SERTA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.
NURBAIZURA BINTI YAHYA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………...........
Nama Penulis : NURBAIZURA BINTI YAHYA
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa Buat , Ayahanda dan Bonda yang dikasihi…..
(Hj Yahya Bin Hj Rahmat & Hajah Zuraidah Bt Hj Idris) Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….
Teristimewa buat,
Tunangku (Mohd Azhar Bin Mohd Salleh @ Khalid)
Yang sentiasa memberi peransang dan semangat sepanjang perjauanganku…. Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....
Khas buat,
Kakak serta adik-adikku tersayang….. Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang memjadikan ku terus mengapai cita-cita….
Jua buat, Buat teman-teman yang mengenali diri ini.... menjaga diri ini ketika disambar keresahan...
Kenang daku dalam doa kalian Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah s.w.t.
Amin…
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
izinNya memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam menyempurnakan
Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan jayanya.
Persediaan dan perancangan yang rapi dan teratur diperlukan bagi
memperolehi kejayaan dalam menghasilkan projek ini kerana kejayaan tidak akan
datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan dikejar. Walau bagaimanapun
kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama,
sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya.
Justeru itu saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tn Hj Hassan Bin Hushin selaku penyelia yang begitu banyak membimbing
dan membantu tanpa rasa jemu dengan curahan idea-idea yang bernas dan menarik.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua
pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak
memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Ustaz
Jelani Bin Ramly selaku Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru
yang telah memberi kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian
di sekolahnya. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum,
pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di Sekolah Rendah Islam
Hidayah (SRIH). Sampel kajian terdiri daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik
digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan
untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, amalan pengurusan keselamatan dan
amalan pengurusan kesihatan di SRIH. Nilai keboleh percayaan instrumen kajian ini
adalah α= 0.916. Data maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan
menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS )Versi 14.0 serta analisis
deskriptif berbentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi
pengurusan kurikulum dan pengurusan keselamatan adalah tinggi. Oleh itu jelas
membuktikan bahawa semua aspek pengurusan ini diamalkan oleh pihak sekolah.
Walaubagaimanapun bagi elemen pengurusan kesihatan berada pada tahap
sederhana. Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mempertingkatkan
keberkesanan amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di
kalangan pihak sekolah dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan
penambahbaikan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the curriculum, safety and health
management practices in Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). 68 SRIH teachers
were selected as the sample of this research. Questionnaire was the research
instrument in this research. Descriptive statistic analysis was used to identify the
curriculum, safety and health management practices in Sekolah Rendah Islam
Hidayah. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.916. The data
gathered were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) 14.0 For
Windows. The data was analyzed descriptive and it was presented in the value of
mean and percentage. Results showed that, for curiculum and safety management
element practice in SRIH with high value of mean. It clearly shows that all
management aspects already implemented among school team. But, in health
management element it’s found that at the moderate level. Finally, this research
suggests that school authorities should improve the effectiveness of management
practices among school team by forming a Safety and Health committee. Ideas for
further research have been submitted for purposes of continous improvement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8 Definisi Operational 7
1.8.1 Pengurusan 7
1.8.2 Pengurusan Kurikulum 8
1.8.3 Pengurusan Keselamatan 8
1.8.4 Pengurusan Kesihatan 8
1.8.5 Kurikulum 9
1.8.6 Sekolah Rendah Islam Hidayah 9
1.8.7 Amalan 9
1.9 Kesimpulan 9
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teori Berkaitan 10
2.2.1 Definisi Pengurusan 10
2.2.2 Definisi Pengurusan Sekolah
Menurut Perspektif Islam 11
2.2.3 Konsep Pengurusan dari
Pelbagai Perspektif 13
2.3 Kajian Terdahulu 17
2.3.1 Kajian di Malaysia 18
2.3.2 Kajian Luar Negara 19
2.4 Pengurusan Kurikulum Sekolah 20
2.5 Pengurusan Keselamatan Sekolah 28
2.6 Pengurusan Rancangan Kesihatan
Sekolah 32
2.7 Kesimpulan 36
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37
3.l Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.4 Tempat Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 39
3.5.1 Soal Selidik 39
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Kesahan Soal Selidik 43
3.8 Prosedur Kajian 44
3.9 Kaedah Penganalisaan Data 44
3.10 Pengumpulan Data 46
3.11 Analisis Data 46
3.12 Kesimpulan 48
BAB 4 ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Latar Belakang Responden
Kajian: Bahagian A 49
4.2.1 Jantina 50
4.2.2 Umur 50
4.2.3 Latar Belakang Pendidikan 51
4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 51
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 52
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 61
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 63
4.6 Kesimpulan 65
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN 68
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan 69
5.3 Perbincangan Latar Belakang
Responden 69
5.4 Perbincangan Hasil Kajian 70
5.5 Cadangan Kajian 81
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.7 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI 84
LAMPIRAN A - G 90-122
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Tahap dan Taraf Pencapaian Sekolah 16
2.2 Tahap Pencapaian Sekolah Berdasarkan Peratus Pencapaian 16
3.1 Pecahan Item Soal Selidik 41
3.2 Nilai Alpha Cronbach 42
3.3 Panduan Penentu Skor Item 45
3.4 Amalan Penilaian Responden Berdasarkan Min 47
3.5 Kaedah Statistik yang digunakan untuk menguji Objektif 48
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 50
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 50
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Latar Belakang 51
Pendidikan
4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan 52
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 52
Min Bagi Aspek Pengurusan Jawatan Kuasa Kurikulum Sekolah
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 54
Min Bagi Aspek Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 56
Min Bagi Aspek Pengurusan Jawatankuasa Jadual Waktu Guru
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 58
Min Bagi Aspek Pengurusan Penyeliaan Pengajaran dan
Pembelajaran
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 59
Min Bagi Aspek Pengurusan Perancangan Pengajaran
dan Pembelajaran
4.10 Jadual Perbandingan Min Aspek-Aspek Pengurusan Kurikulum 61
4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 62
Min Bagi Aspek Sistem Kawalam Keselamatan
Murid
4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan Dan 64
Min Bagi Aspek Aspek Sistem Kawalam Kesihatan
Murid
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Elemen Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 15
3.1 Format Instrumen 45
3.2 Pengiraan Julat Min 47
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
IPS - Institusi Pendidikan Swasta
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SIH - Sekolah Islam Hidayah
SRIH - Sekolah Rendah Islam Hidayah
SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah
KBSR - Kurikulum bersepadu Sekolah Rendah
UPSR - Unit Peperiksaan Sekolah Rendah
SPPM - Sijil Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
SKIPS - Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta
JKS - Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
HEM - Hal Ehwal Murid
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
ISO - International Organization for Standardization
SIRIM - Standards and Industrial Research Institute of Malaysia
MAMPU - Malaysian Adminstrative Modernisation and Management
Planning Unit
TQM - Total Quality Management
JNS - Jemaah Nazir Sekolah
MS - Malaysia Standard
IPS - Instrumen Pemastian Standard
GPK - Guru Penolong Kanan
xv
SENARAI SINGKATAN
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
RKS - Rancangan Kesihatan Sekolah
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
MUSLEH - Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad
JPMP - Jawatan Kuasa Panitia Mata Pelajaran
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 90
B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 98
C Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 99
Sek. Ren. Islam Hidayah
D Kesahan Soal Selidik 102
E Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 103
F Analisis Data Kajian Statistik Deskriptif 104-108
G Surat Pekeliling 109-122
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada
ketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar sebagai
persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang
agama. Pada awal tahun 1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem
pendidikan telah mewujudkan sekolah swasta bagi menampung para pelajar untuk
meneruskan pelajaran diperingkat menengah.
Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana
pendidikan swasta turut sama menyediakan peluang pendidikan diperingkat
pendidikan tinggi sebagai alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki
institusi-institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di
Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh
institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan
bantuan Kerajaan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan,
pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah
Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
2
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menyediakan segala
kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di
Malaysia khususnya di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara
kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi
meja, buku teks, makmal komputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang
mencukupi.
Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk
semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak
Institusi Pendidikan Swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi
menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga
warganegara antarabangsa.
Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru merupakan sebuah sekolah
swasta yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendidikan Islam kepada anak-
anak bukan sahaja berasal dari Johor tetapi juga Sarawak, Sabah, Singapura dan
Indonesia dari darjah satu hingga darjah 6. Sekolah dibina tanpa bertujuan untuk
mencari keuntungan. Dalam menjalankan pendidikan, Sekolah Rendah Islam
Hidayah tidak terlepas dalam menjaga sistem pengurusan sekolah. Pelajar dapat
mempertingkatkan prestasi mereka jika sistem pengurusan sekolah adalah berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Satu sistem pengurusan yang sistematik perlu diwujudkan dan dilaksanakan
di sekolah bagi memastikan sekolah sentiasa mempertingkatkan keberkesanan
pengurusan di sekolah dengan menggunakan “Self Assessment” sebagai mekanisme
kawalan luaran dan kawalan dalaman.
Mengikut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat sesebuah organisasi
adalah untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan
dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan
3
kecekapan organisasi bagi mencapai matlamatnya. Dalam hubungan ini, bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan sesebuah sekolah itu,
amalan dan beberapa perkara harus dipertimbangkan dengan teliti. Oleh itu dalam
pengurusan sekolah perlu di wujudkan sistem, peraturan dan norma kerja yang harus
dipatuhi oleh semua individu.
Di Malaysia kita memperkenalkan sistem piawaian untuk keluaran yang
dipasarkan dan memastikan kualiti keluaran tersebut. Hal ini termasuklah sijil
piawaian yang diberikan oleh SIRIM. Di peringkat antarabangsa kita mempunyai
piawaian yang ditentukan oleh suatu badan yang diiktiraf yang disebut sebagai ISO
9000 atau QS 9000. Dalam sistem pengurusan kita mempunyai kaedah untuk
menentukan kualiti dengan memperkenalkan Pengurusan Berkualiti Menyeluruh atau
TQM (Total Quality Management). ( Mohd Yusof Hj Osman, 2000).
Dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara terdapat Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM) yang digunakan oleh Jemaah Nazir Sekolah
(JNS) untuk memastikan pendidikan yang diberikan mencapai standard kualiti yang
tinggi. SKPM digunakan untuk sekolah dan institusi awam manakala untuk sekolah
dan institusi swasta memperkenalkan Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta
(SKIPS).
Kementerian Pendidikan akhir-akhir ini menerima laporan dan aduan
mengenai kejadian dimana murid menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perbuatan
jenayah semasa dalam perjalanan pergi dan balik sekolah, yang dilakukan oleh orang
yang tidak berperikemanusiaan. Meskipun perbuatan jenayah tersebut dilakukan
diluar kawasan sekolah dan memang sukar bagi sekolah untuk membuat
pengawasan, namun Kementerian Pendidikan berpendirian bahawa keselamatan dan
kebajikan murid hendaklah sentiasa menjadi keutamaan perhatian pihak sekolah.
Sekolah Rendah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah swasta yang
hanya mengandungi garis panduan yang terhad dari segi pengurusan kurikulum serta
keselamatan dan kesihatan. Kebanyakan penyeliaan dan pemantauan sekolah dalam
4
pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan ini dibuat oleh guru besar dan
lembaga pengelola sekolah. Pemeriksaan dalaman oleh pihak sekolah perlu
dijalankan untuk menilai amalan pengurusan sekolah sebelum mengadakan audit luar
dari Musleh dan Jemaah Nazir.
1.3 Penyataan Masalah
Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang
penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan.
Jika sesebuah sekolah mengkehendaki keputusan yang cemerlang dalam apa jua
bidang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan
strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Sesebuah sekolah yang
berhasrat menuju ke arah kecemerlangan perlulah mempunyai satu standard dalam
pengurusan penilaian yang memainkan peranan oleh guru dalam mengamalkan
pengurusan yang efektif.
Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiada satu standard piawaian
yang dikhaskan kepada sekolah untuk digunakan sebagai garis panduan dalam sistem
penilaian pengurusan sekolah swasta di Malaysia. Berdasarkan kepada latar
belakang masalah yang dinyatakan, oleh itu pengkaji ingin menjalankan satu kajian
untuk mengenalpasti sama ada amalan pengurusan mengenai elemen pengurusan
kurikulum, pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di beri kepentingan
oleh guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru .
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengurusan di Sekolah
Rendah Islam Hidayah, mengenai elemen pengurusan kurikulum, pengurusan
5
keselamatan dan pengurusan kesihatan. Justeru itu kajian ini menjurus secara
spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:
i. Mengenalpasti amalan Pengurusan Kurikulum di Sekolah Rendah Islam
Hidayah, Johor Bahru.
ii. Mengenalpasti amalan Pengurusan Keselamatan di Sekolah Rendah Islam
Hidayah, Johor Bahru.
iii. Mengenalpasti amalan Pengurusan Kesihatan di Sekolah Rendah Islam
Hidayah, Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan cuba dijawab di dalam kajian ini iaitu berdasarkan
beberapa perkara yang telah disebutkan sebelum ini. Antaranya ialah:
i. Apakan amalan Pengurusan Kurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah
Johor Bahru?
ii. Apakah amalan Pengurusan Keselamatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah,
Johor Bahru?
iii. Apakah amalan Pengurusan Kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah,
Johor Bahru?
6
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak
sekolah berkenaan mempertingkatkan lagi sistem pengurusan di Sekolah Rendah
Islam Hidayah (SRIH). Ia juga dapat memberikan garis panduan kepada pihak
sekolah terutamanya pentadbir bagi mewujudkan sistem pengurusan yang lebih
efisyen dan berkualiti tinggi. Pengkaji menganggap kajian itu penting kerana:
a. Menjadikan instrumen yang telah dibina oleh penyelidik sebagai penilaian
dalaman (self assessment) kepada sekolah untuk proses penambahbaikan.
b. Penyelidikan ini boleh dijadikan panduan secara am atau dirujuk oleh guru
dan pihak pentadbir supaya dapat memantapkan lagi sistem pengurusan
kurikulum serta pengurusan keselamatan dan kesihatan.
c. Sebagai panduan dan kesedaran kepada pihak sekolah supaya memperbaiki
sistem pengurusan yang sedia ada.
d. Kajian ini juga memberi peluang kepada guru-guru meningkatkan kemahiran-
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian kerja yang
cemerlang.
e. Maklumat dari kajian ini boleh dijadikan ‘benchmarking’ kepada sekolah-
sekolah swasta di Malaysia untuk mencapai standard kualiti yang di iktiraf di
dunia.
f. Memberi kesedaran kepada pihak sekolah supaya mewujudkan guru-guru
yang berkeyakinan tinggi dan menyediakan diri sebaik mungkin untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti pada abad 21 ini untuk mendidik serta
melahirkan generasi yang berkualiti.
7
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan melibatkan kesemua 68 orang guru di Sekolah
Rendah Islam Hidayah.(SRIH). Kajian ini terbatas kepada pengurusan kurikulum
serta pengurusan keselamatan dan kesihatan. Item-item kajian digubal untuk
mendapatkan maklumat tentang pengurusan kurikulum serta pengurusan keselamatan
dan kesihatan. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dengan
menggunakan set soal selidik.
Kajian ini mengkaji elemen pengurusan Kurikulum, pengurusan Keselamatan
dan pengurusan Kesihatan yang merangkumi aspek jawatankuasa kurikulum sekolah,
panitia mata pelajaran, jawatankuasa jadual waktu guru, penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran, perancangan pengajaran dan pembelajaran, ciri asas sistem kawalan
keselamatan murid, penekanan keselamatan murid luar kawasan sekolah dan
perkhidmatan kesihatan murid.
1.8 Definisi Operasional
Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah dalam kajian untuk
menerangkan perbendaharaan kata yang dimaksudkan supaya lebih jelas dan tepat.
Definisi operasional yang diterangkan dalam bahagian ini adalah merupakan istilah-
istilah yang bersesuian dengan konteks kajian ini sahaja.
1.8.1 Pengurusan
Pengurusan dalam kajian ini adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan oleh pengetua dan guru sekolah dalam amalan pengurusan sekolah.
Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, penyeliaan,
8
kawalan dan penilaian khususnya berkaitan dengan kurikulum, keselamatan dan
kesihatan.
1.8.2 Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Kurikulum dalam kajian ini adalah merujuk kepada aspek
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Jadual
Waktu Guru, Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran serta Perancangan Pengajaran
dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai fungsi yang penting yang mesti
dilakukan untuk menentukan kejayaan pengurusan kurikulum supaya matlamat dan
objektif yang ditentukan tercapai.
1.8.3 Pengurusan Keselamatan
Pengurusan Keselamatan dalam kajian ini merujuk kepada penekanan ciri-ciri
asas keselamatan dan penekanan terhadap keselamatan murid di dalam dan luar
kawasan sekolah.
1.8.4 Pengurusan Kesihatan
Pengurusan Kesihatan dalam kajian ini merujuk kepada penekanan ciri-ciri
pengurusan kesihatan murid dari segi perkhidmatan kesihatan, penyelenggaraan
kantin dan kebersihan keseluruhannya.
9
1.8.5 Kurikulum
Kurikulum dalan kajian ini adalah merujuk kepada rancangan atau program
pengajian yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman,
strategi pembelajaran dan pengajaran serta penilaian untuk mencapai objektif
pendidikan.
1.8.6 Sekolah Rendah Islam Hidayah
Dalam kajian ini, Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah institusi
pendidikan swasta yang tempat di negeri Johor Bahru yang berteraskan Islam dan
tidak bermatlamatkan keuntungan. Kajian dilakukan ke atas sekolah ini adalah
bertujuan melihat amalan kualiti pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan dan
pengurusan kesihatan di SRIH.
1.8.7 Amalan
Sesuatu yang dilakukan oleh pihak sekolah di dalam pengurusan kurikulum
serta pengurusan keselamatan dan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah.
1.9 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dalam penulisan bab satu, ia menekankan kepada latar
belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian dan definisi operasional. Kajian ini diharapkan dapat membuat satu
kesimpulan bahawa pengurusan yang diamalkan oleh pihak sekolah di Sekolah
Rendah Islam Hidayah boleh membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam
pengurusan dan dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa depan.