aplikasi teknologi dalam pendidikan
DESCRIPTION
Penulisan dalam bentuk kertas kerja mengenai aplikasi teknologi dalam pendidikan - UMMALANDTRANSCRIPT
1
IXEB 4103
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
TUGASAN 1
APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2014
OLEH :
HAFIZAN AFIF BIN HAMIDI IEB110011
MOHD FAKARORUZI BIN SHAMSUDDIN IEB110021
MUHAMMAD SHAIFFULLAH BIN AHMAD IEB110031
MUHAMMAD ADNAN BIN CHE ABDUL HAMID IEB 110023
2
Kandungan
Bahagian 1
Pengenalan Kepelbagaian Teknologi dan Pengaruhnya . 3
Bahagian 2
Dalam bahagian ini , penerangan secara terperinci mengenai
2.1 Teknologi yang telah dikenal pasti , perisian yang telah dipilih seterusnya digunakan
untuk tujuan teknologi dalam pendidikan 5
2.2 Maklumat-maklumat seperti cara penggunaan kepada pengguna dalam konteks
pendidikan dan dakwah 7
2.3 Kelebihan aplikasi
2.4 Kekurangan aplikasi 20
Bahagian 3 .
3.1 .Perisian
3.2 Nilai yang dapat diambil oleh pengguna . 21
3.3 Perkara yang memerlukan penambahbaikan 22
Rumusan 23
Penutup 24
3
Pengenalan Kepelbagaian Teknologi dan Pengaruhnya .
Teknologi merupakan suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian .Hal
ini ditambah lagi dengan pelbagai perkara atau aplikasi yang wujud dalam rangkaian teknologi
maklumat semasa .Ia merangkumi pelbagai aplikasi seperti perhubungan sosial , permainan,
penyampaian maklumat , hiburan dan lain -lain .Pada abad ini umat islam , rata -rata berhadapan
dengan situasi dunia global yang semakin mencabar .Kekuatan -kekuatan antarabangsa yang
mendokong kepelbagaian latar aliran kelihatan semakin aktif sebagai agen penyebaran dalam
merencana ideologi pembawaan yang tersendiri .Strategis melancarkan serangan demi serangan
secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menyentuh sensitiviti perkauman,
keagamaan sehinggakan mengheret kepada ancaman peribadi sama ada melalui penggunaan
simbol-simbol , laman web , laman sesawang atau blog-blog serta jaringan sosial seperti
facebook, twitter dan sebagainya .
Berdasarkan kepada pemerhatian umum, ratusan simbol dan laman web digunakan bagi
mengeliru dan melemahkan pegangan umat islam yang berada di alam internet ini.Tambahan
lagi , penyalahgunaan atau menggunakan teknologi internet dan telekomunikasi tidak
sebagaimana yang sepatutnya adalah bertentangan dengan tuntutan agama , undang-undang serta
tatasusila masyarakat .Hatta , menggunakan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat
islam sebenarnya adalah agenda licik musuh islam yang telah berjaya digunakan untuk
menjatuhkan beberapa negara islam terutama bumi yang penuh dengan kancah pergolakan iaitui
di timur tengah .
4
Oleh itu , terdapat cadangan supaya internet harus ditapis dan dikawal seharusnya
dipertimbangkan supaya kemudahan ini tidak memporak-porandakan masyarakat dan negara
.Justeru , pelbagai tindakan proaktif telah direncana oleh Malaysia , khususnya melalui
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkasakan beberapa akta
yang berkaitan dengan teknologi maklumat .Berikut adalah beberapa akta berkaitan :
a) Akta Rasmi 1972
b) Akta Kawasan Larangan dan Tempat larangan 1959
Pekeliling Am Bil 3 , Tahun 2000-Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Kerajaan .
c) Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2001-Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)
d) Akta Jenayah Komputer 1997 /Computer Crimes Act 1997
e) Akta Tanda Digital /Digital Signature Act 1997
f) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998/Communications and Multimedia Act 1998
Justeru , dalam konteks cabaran anti islam melalui teknologi maklumat yang hebat ini , maka
menjadi tugas dan tanggungjawab umat islam untuk menggunakan apa sahaja langkah proaktif
yang munasabah termasuklah media sosial bagi melawan , menentang , menjawab , menangkis
serangan , propaganda , tipu muslihat musuh -musuh islam dan gerakan -gerakan yang
menggangugugat kedudukan umat islam khususnya di negara Malaysia .
5
Bahagian 2
Dalam bahagian ini , penerangan secara terperinci mengenai ;
2.1 Teknologi yang telah dikenal pasti , perisian yang telah dipilih seterusnya digunakan
untuk tujuan teknologi dalam pendidikan
2.2 Maklumat-maklumat seperti cara penggunaan kepada pengguna dalam konteks
pendidikan dan dakwah
2.3 Kelebihan aplikasi
2.4 Kekurangan aplikasi
2.1 Teknologi yang telah dikenal pasti , perisian yang telah dipilih seterusnya digunakan
untuk tujuan teknologi dalam pendidikan .
Pengenalan Kepada Ummaland
Sebagaimana kita semua maklum kini terdapat , Sebuah laman sosial atau aplikasi sosial yang
baru yang dikenali sebagai Ummaland dan ianya kian mendapat perhatian seluruh dunia apabila
penggunaan ia kini mencecah kira-kira 94,046 pengguna sejak ia mula dilancarkan. Aplikasi
sosial ummaland ini telah di perkenalkan pada bulan Julai yang lepas dan apa yang
Menariknya aplikasi sosial ialah, meskipun konsepnya sama seperti aplikasi Facebook yang
dicipta Mark Zuckerberg, namun rangkaian sosial terbaru ilham seorang muslim Maruf
Yusupov yang berasal dari Uzbekistan itu dikhususkan untuk umat Islam berinteraksi dan
berkongsi pandangan di antara satu sama lain. Sebagaimana kita maklum aplikasi Ummaland
6
ini adalah merupakan salah satu idea terbaru itu menumpukan kepada pendidikan Islam melalui
medium dakwah seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Medium ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu medium dakwah pada masa
kini,Memandangkan kecenderungan masyarakat global hari ini memilih untuk berkomunikasi
secara maya melalui jaringan lawan sosial , maka Ummaland juga tidak kurang hebatnya
bercirikan seperti laman sosial yang lain tetapi disuntik dengan ciri islamisasi dan mesra
pengguna . Menuentuh isu mesra pengguna , pengguna mudah mengakses maklumat seperti
waktu solat, kalender hijri , peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah islam dan jauh lebih itu
informasi –informasi yang terkandung ayat-ayat Alquran dan Hadith juga boleh didapati dengan
mudahnya .
Selain itu menerusi aplikasi ummaland ini juga ianya dapat meningkatkan ekspresi diri dan
interaksi sosial selain bermanfaat untuk menjadikan umat Islam lebih produktif dan bersatu
sebagai sebuah masyarakat dalam satu medium. Terdapat pelbagai aplikasi yang menarik dan
lebih berbentuk mesra dakwah yang terdapat menerusi aplikasi sosial ini.Contohnya , aplikasi
akademi yang berkisar mengenai cara mudah mempelajari Bahasa arab , tips kehidupan
berumahtangga , hebahan mengenai tatacara hidup rasulullah atau Sunnah Nabi Muhammad
s.a.w dan lain –lain. Keadaan ini akan memudahkan kita untuk mempelajari tentang sesuatu
perkara berkaitan agama islam dengan menggunakan aplikasi Ummaland sebagai rujukan atau
bahan yang mudah didapati.
Tambahan lagi , aplikasi Ummaland menyediakan maklumat, interaksi dan iklan yang
bercorak Islamik dengan tidak menjadikan ikon –ikon yang lazimnya dieksploitasi dalam
7
gambar-gambar atau perlakuan yang berunsur lucah dan keterlaluan .Penggunaan ikon yang
mempunyai nilai adab yang tinggi selain menepati kehendak syariat dari segi tatacara peragaan .
Sekaligus Ummaland menjadi daya tarik seramai mungkin orang bukan Islam untuk mendekati
Islam dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam menjadi latar dalam aplikasi media
sosial tersebut.
Visi Dan Tujuan Kepada Penubuhan Ummaland
Visi penubuhannya adalah bersandarkan kepada beberapa perkara antaranya penyatuan ummah,
pendidikan, produktiviti, terutama hal ehwal muamalat dalam islam amal .Melalui pendekatan
‘action speaks louder than words’ mengetengahkan tindakan melalui pembinaan laman sosial ini
menjadi satu perkara yang hebat dan setanding dengan jaringan laman sosial yang telah lama
diwujudkan serta mendapat rating pengguna yang tinggi.
“Kita berhasrat untuk menyatukan ummah dan saudara Islam secara dalam talian di bawah satu
bumbung supaya semua pihak mendapat manfaat daripada kemahiran dan kreativiti masing-
masing.“Kami percaya pendidikan Islam yang sempurna adalah penyelesaian kepada
kebanyakan cabaran seharian, maka disebabkan pendidikan Islam diintegrasikan sebagai ciri-ciri
teras rangkaian kami,” kata Maruf dalam sebuah portal.ummaland-logo-600x212. Menurut
beliau , bagi meneruskan kelangsungan rangkaian sosial terbaru itu, institusi Islam seluruh
dunia dialu-alukan untuk menyertai Ummaland dalam menjayakan usaha murni ini.Berbeza
dengan rangkaian sosial lain yang hanya mempromosi “likes” dan “share” sahaja,dan tidak
menfokuskan kepada ciri informatif. Menurut pengasas ummaland ini , Ummaland mahu
mengubah sikap itu kepada sesuatu yang .“Sebagai contoh, jika masjid atau masyarakat
8
tempatan memerlukan sokongan, kita mungkin dapat melawat dan membantu mereka secara
peribadi. Ummaland yang menyerupai laman sosial , facebook ini ditubuhkan khusus untuk
muslim-muslim berhubung antara satu sama lain serata dunia dalam urusan dakwah, perniagaan,
dan berkenalan.
Ummaland juga adalah merupakan sebuah laman sosial yang membolehkan pengguna berhubung
rapat dapat juga berkongsi pendapat dan informasi dengan saudara muslim di seluruh dunia
dalam pelbagai hal ataupun isu khususnya dalam hal-hal agama kerana Ummaland ini direka
khusus , platform untuk umat Islam. Ummaland juga dikatakan lebih menjurus kepada
perbincangan mengenai agama Islam dan mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.
Kita dapat lihat pada hari ini suasana serta ideologi umat Islam di seluruh dunia amat berbeza
dan membawa kepada pertelagahan sehingga menncetus konflik antara negara .Isu yang
mewarnai perbincangan mencakupi pelbagai aspek seperti keamanan, kestabilan politik,
kemajuan , sosial, ekonomi dan lain-lain .
Dengan kewujudan Ummaland ini mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata sesetengah
pihak tentang isu-isu yang berlaku di negara-negara Islam khususnya.Dalam masa yang sama,
objektif Ummaland adalah untuk menjadi tempat tarikan seramai-medium dakwah- orang
bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial
tersebut. Keunikan Ummaland adalah ia lebih menjurus kepada pendidikan bercorak Islamik
dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa
terbuangdengan perkara yang tidak berfaedah sekaligus memaparkan isi kandungan agama.
9
Terdapat perbezaan yang sangat ketara dengan laman sosial yang telah wujud sebelum ini seperti
facebook, Friendster, wechat dan sebagainya kerana Ummaland mempunyai lebih banyak
aplikasi-aplikasi yang bersifat islamik.
Kelebihan Aplikasi Ummaland
Terdapat banyak kelebihan yang dapat diketahui menerusi laman sosial Ummaland ini kerana ia
bertujuan khusus untuk umat Islam dan bersifat lebih Islamik. Jadi lebih banyak aplikasi yang
dihasilkan dalam laman sosial ini amat berguna kepada penggunanya. Satu perkongsian menerusi
blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri
daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial
Facebook.Seperti yang kita ketahui dalam laman sosial facebook banyak perkara yang tidak
harus ada dalam laman sosial tersebut seperti gambar yang berunsur lucah, keganasan malah
bahan yang tidak melalui tapisan-tapisan tertentu dan sebagainya kerana kebanyakan pengguna
facebook itu adalah berumur dalam lingkungan 5 tahun dan keatas. Justeru , impak negatif dilihat
begitu mudah tercetus kerana lingkungan umur penggunanya kebanyakan terdiri daripada
golongan remaja .
Pun begitu ,terdapat banyak toolbar yang berfaedah yang terdapat dalam laman sosial
Ummaland ini. Toolbar yang terdapat dalam laman sosial Ummaland ini adalah bertujuan untuk
memudahkan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai pendedahan dalam laman sosial ini
tentang pelbagai perkara dan isu semasa atau global. Tambahan pula ia adalah melibatkan isu
global terutama yang menyentuh hal ehwal umat islam. Aplikasi seperti ini sangat berfaedah
untuk digunakan bagi seseorang yang ingin memanfaatkan masa mereka melalui laman sosial.
Dalam toolbar yang terdapat dalam laman sosial Ummaland ini adalah seperti blog, akademi,
10
fundraising, video dan e-zakat. Kesemua toolbar tersebut adalah sangat bermanfaat dan memberi
kemudahan kepada pengguna laman sosial ini tanpa perlu membazir lebih banyak wang dan
tenaga.Berikut adalah paparan fungsi unik toolbar yang dapat dilihat dalam laman sosial
Ummaland ialah :
1. Akademi sebagai Pusat Pembelajaran
Di Ummaland terdapat toolbar Academy. Disini pengguna boleh mempelajari
pelbagai perkara yang berbentuk ilmiah . Aplikasi yang disediakan dalam laman sosial
Ummaland ini adalah diberi secara percuma dan terdapat juga aplikasi yang mengenakan
bayaran tertentu berdasarkan perkhidmatan yang diberikan . Antara perkara yang terdapat dalam
akademi toolbar ini adalah seperti Teknologi ,Perniagaan, Reka Bentuk, Kesenian & Fotografi
11
,Kesihatan & Kecergasan, Gaya Hidup, Matematik & Sains, Pendidikan, Bahasa-Bahasa,
Kemanusiaan, Sains Sosial, Kerajinan & Hobi, Sukan dan Pengajian Islam. Melalui akademi ini
pelbagai perkara yang boleh dipelajari oleh pengguna antaranya seperti mempelajari Bahasa arab
ataupun mengetahui tentang kehidupan berumahtangga. Semuanya terdapat dalam toolbar
akademi ini bagi memudahkan pengguna untuk mencuba pelbagai aplikasi yang jarang dijumpai
dalam laman sosial yang telah wujud sebelum ini.
12
2. Aktviti Pungutan Derma / Fundraising
13
Toolbar fundraising ini adalah untuk ruang aktiviti mengumpul dana bagi kempen-
kempen berbentuk kemanusiaan seperti menyumbang Quran bagi yang tidak berkemampuan,
One Women One Nation, dan pembiayaan penghasilan al-Quran Open Source. Selain itu juga,
aplikasi ini adalah untuk membantu umat islam dalam pelbagai isudan konflik kemanusiaan
seperti membantu rakyat Gaza, Syria dan lain-lain.
Terkini ada lebih kurang 44 buah kempen, dan 4 kempen telah tamat. Ianya tidak lain dan tidak
bukan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang tidak
mempunyai kemampuan daripada kestabilan ekonomi. Bukan itu sahaja, pemfokusan kepada
nasib haiwan juga turut menjadi perhatian apabila dengan kutipan dana bagi membiayai badan-
badan yang menyelamatkan kucing-kucing terbiar dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
15
Dalam toolbar video terdapat banyak kategori video yang dipaparkan termasuklah video-video
bacaan hadith, bacaan quran, serta macam-macam perkongsian daripada muslimin lain. Video-
video ini sangat berguna dan bermanfaat kepada pengguna Ummaland kerana ia tidak akan
melalaikan pengguna laman sosial Ummaland ini. Antara kategori video yang disediakan dalam
toolbar video ini adalah seperti Ummaland, Quran, Hadis, Islam, Dakwah, Sejarah Islam,
Sumbangan Saintifik Islam, Nasyid, Pendidikan, Berita & Politik, Bukan berasaskan keuntungan
& Aktivisme, People & Blogs, Pets & Animals, Sains & Teknologi, Sukan, Travels & Aktiviti,
Cara & Gaya, Permainan, Autos & Vehicles, Komedi, Hiburan dan Seni, dan Filem & Animasi.
Kesemuanya dapat ditonton dengan hanya menekan pada kategori yang ingin ditonton. Ianya
sangat mudah kepada pengguna Ummaland kerana pelbagai kategori telah disediakan.
16
4. Blogs
17
Aplikasi blog ini juga terdapat dalam laman sosial Ummaland. Blog-blog yang terdapat dalam
laman sosial ini adalah berbentuk islamik dan tidak akan wujud blog-blog yang tidak berfaedah
seperti blog lucah, blog ganas dan lain-lain. Blog-blog yang terdapat dalam laman sosial
Ummaland amat bermakna dan berguna kepada pengguna laman sosial ini kerana kesemua blog
yang terdapat dalam laman sosial ini amat menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan
manusia. Antara kategori blog yang tersedia dalam laman sosial Ummaland ini adalah seperti
Tempah Ulasan, perniagaan, menukar Cerita, dakwah, pendidikan, Hiburan & Seni, Keluarga &
Rumah, Kesihatan & Kecergasan, Temuduga, Rekreasi, Membeli-belah, Persatuan, Sukan,
Kisah-kisah Nabi, teknologi dan Memahami Peraduan Quran.Kesemua kategori ini dapat dilihat
dengan mudah dalam laman sosial Ummaland ini.
18
19
5. E-Zakat
Kemudahan untuk mengeluarkan zakat ini juga disediakan di dalam laman sosial Ummaland. Ia
adalah bagi memudahkan pengguna untuk mengeluarkan zakat tanpa perlu mengambil masa
yang lama untuk membayar di kaunter zakat dan sebagainya. Dalam aplikasi ini boleh juga
mengetahui nilai atau kadar zakat yang perlu dikeluarkan berdasarkan beberapa kriteria yang
tertentu . Pengguna boleh mengisi ruangan khusus yang disediakan dengan memasukkan nilai
harta yang terdapat pada mereka. Ia sangat bermanfaat dan aplikasi ini belum pernah wujud
dalam laman sosial yang telah wujud sebelum ini.
20
Kekurangan Aplikasi Ummaland
1. Teknikal
Setiap laman web ataupun laman sosial mempunyai kelemahannya masing-masing termasuk
juga Ummaland ini. Kemungkinan laman sosial ummaland masih di peringkat awal atau
mungkin dalam peringkat percubaan kerana terdapat beberapa masalah yang masih perlu
diperbaiki. Terdapat banyak lagi kekurangan yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Masalah
yang masih melanda sekarang ini ataupun yang agak popular adalah loading yang agak lambat .
Ia akan menyebabkan pengguna Ummaland ini akan merasa cepat bosan kerana terpaksa
menunggu buat masa yang lama.Selain itu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pengguna
adalah kesukaran untuk menukar gambar profil. Terdapat beberapa komen daripada pengguna
yang telah menggunakan laman sosial ini mengatakan sedemikian apabila mereka merasa sangat
keliru dengan sistem yang terdapat dalam Ummaland. Tetapi terdapat cara yang senang untuk
mengatasinya. Mungkin ia harus diperjelaskan dengan lebih terang dan senang untuk difahami
oleh pengguna Ummaland ini.
2. Aksesibiliti
Aksesibiliti terhadap aplikasi ini adalah bersifat terhad.Aplikasi ini terbuka kepada mereka yang
mempunyai akses kepada rangkaian internet , dan sudah tentu bagi mereka yang tidak
mempunyai capaian internet atau berada diluar Bandar tidak dapat mengakses aplikasi ini.
21
3. Bahasa
Kemudahan alih Bahasa kepada Bahasa tempatan atau ‘mother tongue language ‘ pengguna tidak
dapat ditukar.Ia telah di’standard’kan kepada Bahasa Inggeris .Sekaligus mengehadkan
pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa .
22
Bahagian 3 .
Di bahagian rumusan ini , beberapa perkara dapat disimpulkan berdasarkan tugasan yang telh
diberikan .
1. Aplikasi
Secara keseluruhan aplikasi Ummaland ini mempunyai ciri unik yang tersendiri.Dengan
menyerupai laman sosial seperti Facebook , Ummaland mengetengahkan ciri-ciri eksklusif yang
bercorak islamik.Paparan kandungan-kandungan yang bersifat ilmiah serta penggunaan ikon-
ikon yang menambah lagi paparan menarik di ruangan laman sosial tersebut .Dengan rekaan
grafik syang menarik serta fungsi yang mesra pengguna ia menarik minat pengguna untuk
mendalami dengan lebih jauh mengenai aplikasi ini dan ia juga bersifat mudah bagi pengguna
dan tidak rumit atau mendatangkan kesukaran untuk mengakses sesuatu perkara .
2. Nilai kandungan yang dapat diambil oleh pengguna .
Totalnya , terdapat pelbagai nilai yang boleh diambil oleh pengguna daripada aplikasi ini
.Perkara yang paling utama sudah tentu nilai ilmiah yang boleh didapati daripada Dalil –dalil
naqli yang dimasukkan dalam aplikasi tersebut .Selain itu, rangkaian aplikasi yang memudahkan
pengguna mengakses kamus , perkataan dan lain-lain yang berkaitan .Tambahan lagi , pengguna
juga mudah mendapatkan informasi seperti tips berumahtangga , video ceramah-ceramah atau
kuliah agama daripada majlis-majlis ilmu serta video berbentuk pendidikan yang lain.Hal ini
sudah pasti dan jelas menunjukkan laman sosial ini bersifat informatif.
23
3 .Perkara yang memerlukan penambahbaikan
Bagi ruangan penambahbaikan , aplikasi ini memerlukan suatu perkara yang membolehkan
pengguna melihat autoriti atau kesahihan sesuatu maklumat dalam setiap kandungan yang
dimuatnaik.Meskipun setiap bahan yang dimuatnaik telah dibenarkan oleh pengendali laman
sosial, tindakan penapisan juga perlu diambil kira dan dipandang serius.Hal ini bagi
mengelakkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nilai kandungan atau mengubah bentuk
pemahaman pengguna terhadap bahan kandungan yang digunakan .
24
Penutup
Secara keseluruhan , telah dirangkumkan setiap perkara yang perlu dimuatkan dalam tugasan ini
bagi memenuhi keperluan tugasan .Setiap aspek dan perkara telah disenth dan diperincikan
dalam ruangan perbincangan .Refleksinya , penulis telah mengetahui :
1) Pemilihan Aplikasi dan perisian yang betul dalam mengaitkan atau membantu dalam
bidang pendidikan .
2) Ketepatan kandungan , nilai serta ciri yang terdapat dalam sesuatu aplikasi .Hal ini
memerlukan penulis untuk melakukan pengamatan dari aspek-aspek tertentu sebelum
memilih aplikasi tersebut untuk digunakan bagi tujuan pendidikan .
3) Penulis dapat membuat ulasan secara kritikal dengan mengait isu-isu semasa serta
keperluan yang semasa dengan aplikasi yang dipilih , sekaligus membuat perbandingan
kritikal dengan aplikasi yang setara dengannya .
4) Penulis dapat membuat rumusan secara keseluruhan terhadap tugasan yang telah
diberikan dan dapat melengkapkan tugasan mengikut peruntukan masa yang telah
ditetapkan .
Sekian, terima kasih .