antara benci dan rindu
TRANSCRIPT
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
1/262
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
2/262
1
IDUP tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah. Begitulah
perumpamaan yang boleh aku tujukan untuk diriku. Kadang-kadang terlintas di hati, apakah
salah dan dosaku sehingga aku diuji begini? Terpaksa melalui hari-hari yang mendatang penuh
dengan penipuan dan kelukaan. Sungguh tidak kusangka, badai yang suatu ketika dahulu pernah
bertandang dalam hidupku, kini kembali menyapa. Entah apalah silapku sehingga begini diriku
diuji.
Terbayang di ruang ingatanku, wajah lelaki yang sudah lama ingin kulupakan. Semenjak
keluarga lelaki itu datang merisikku tujuh tahun lepas, percaturan hidupku berubah. Semuanya
ibu dan abah yang tentukan. Aku langsung tidak diberi ruang untuk membuat pilihan. Kadang-
kadang aku rasakan diriku ini tidak layak untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun ia
sebenarnya berkaitan dengan hidup dan masa depanku. Sedangkan pada waktu itu usiaku sudah
menjangkau dua puluh tiga tahun. Rasa kecewa dan jauh hati hanya kusimpan kemas dalam
lipatan sanubari. Tiada seorang pun yang tahu betapa seksa hidupku selepas tarikh itu.
Kalaulah aku tidak bertemu kembali dengan Nisa, bekas adik iparku itu... sudah tentu
aku tidak perlu melalui semua ini. Terpaksa berdepan dengan lelaki yang amat aku benci!!! Tapi
apakan daya, takdir penentu segala.
Hidupku kembali hilang keceriaannya semenjak tiga bulan lepas....
H
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
3/262
Ini Kak Ifa, kan? tegur satu suara. Aku yang leka memilih makanan waktu itu segera
berpaling. Sedikit kaget.
Gadis itu tersenyum riang. Menampakkan giginya yang putih berseri.
Nisa?
Ya Allah Kak Ifa, akak pergi mana selama ni? Langsung tak dapat dijejak! ucapnya
lantas memelukku.
Aku kaget! Pinggan yang penuh berisi, hampir terlepas dek terkejut dengan tindakannya.
Malu juga apabila banyak mata memandang ke arah kami berdua. Setelah agak lama barulah dia
melepaskan aku.
Akak pergi mana selama ni? tanya Nisa lagi.
Akak sambung belajar Nisa. Kat London.
Kenapa takcontactkami langsung? Kalau ya pun marahkan abang, janganlah sampai
kami disisihkan....
Tak, akak tak bermaksud begitu.Errr kita cari tempat, Nisa. Susah cakap kat sini.
Nisa lantas bersetuju dengan sarananku. Kami mengambil tempat yang sedikit tersorok.
Mudah untuk kami berbual. Waktu makan tengah hari itu dipenuhi dengan menjawab soalan-
soalan Nisa yang tidak henti-henti keluar dari mulutnya. Tetapi semua itu hanya berkisarkan
kehidupan yang aku jalani dalam tempoh lima tahun selepas berpisah dengan abangnya.
Sesekali Nisa ada juga bertanyakan perihal aku dengan abangnya. Tetapi aku hanya
mendiamkan diri. Bagiku sudah tidak ada keperluan untuk aku menjawabnya. Semuanya sudah
berlalu. Aku tidak mahu mengingatinya lagi. Dan bekas adik iparku itu seolah-olah
memahaminya.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
4/262
Kami berpisah apabila waktu makan tengah hari tamat. Sebelum berpisah, Nisa ada
meminta nombor telefon dan alamatku. Aku terpaksa turutkan kerana tidak mahu
menghampakannya. Sangkaku itu adalah kebetulan dan tidak mungkin ada apa-apa yang akan
berlaku selepas pertemuanku dengan Nisa. Tetapi nampaknya lain pula yang terjadi. Keesokan
harinya aku telah dihubungi oleh seorang wanita yang cukup aku kenal. Walaupun sudah lima
tahun berpisah tetapi kelembutan suaranya masih jelas di ruang ingatanku. Itulah bekas ibu
mentuaku, Puan Maria. Terlintas di fikiranku, tentulah Nisa yang memberikan nombor telefonku
kepadanya.
Lama aku berbual dengan bekas ibu mentuaku itu. Wanita itu tidak membenarkan aku
meletakkan telefon. Rindu padaku katanya. Ah, sesungguhnya aku turut merinduinya.
Selepas puas berbual, Puan Maria meminta untuk berbual dengan ibu pula. Aku hanya
turutkan kehendak Puan Maria. Selepas itu aku tinggalkan ibu di situ. Malas hendak ambil
pusing akan perbualan mereka berdua. Hal orang tua-tua tidak elok kalau orang muda masuk
campur. Lagipun aku sendiri perlu melakukan persediaan untuk mengajar esok.
SEKALI lagi ia tidak berhenti di situ saja. Keesokan harinya selepas pulang ke rumah, ibu
meminta aku ke ruang tamu. Kulihat abah sudah sedia menunggu. Aku hanya duduk tanpa
banyak soal. Selepas mendengar kata-kata ibu, aku seakan terhenyak di tempat duduk. Kata ibu,
Puan Maria mengajak kami ke rumahnya pada hujung minggu ini. Dan mereka telah pun
bersetuju. Puas aku memberi alasan untuk mengelak, tetapi tidak diterima oleh ibu dan abah.
Mereka memang beria-ia hendak aku turut serta. Akhirnya selepas berlaku perang mulut antara
aku dengan ibu dan abah, barulah aku bersetuju.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
5/262
Seperti biasa, jika melibatkan keluarga itu, aku pasti tidak akan dapat membuat
keputusan sendiri. Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku hanya mengeluh, lalu membawa
diri ke laman. Tidak tahu berapa lama aku duduk di situ melihat keindahan langit yang ditaburi
bintang-bintang bergemerlapan. Cuba meredakan kedukaan yang bersarang di hati.
Hai, anak ibu menungkan apa tu?
Tiba-tiba suara lembut menyapa pendengaranku. Lantas aku hadiahkan senyuman manis
untuknya. Walaupun hati dilanda duka, tetapi untuk menyakitkan hatinya tidak sama sekali.
Tak ada apalah ibu. Saja Ifa ambil angin kat luar ni. Kenapa ibu tak tidur lagi? Dah
lewat ni.
Tau pun dah lewat. Habis tu, kenapa Ifa tak tidur lagi? Esokkan nak bangun awal?
tanya ibu sambil melabuhkan punggungnya di sebelahku.
Aku hanya mendiamkan diri. Perlukah aku ke sana? Hatiku memang membantah keras.
Tetapi kata ibu dan abah bukan boleh dibantah. Pasti aku akan dimarahi mereka. Tidak
dinafikan, ibu dan abah memang orang tua yang baik. Begitu juga dalam hal yang satu ini, aku
tidak boleh melawan cakap mereka. Jika tersilap kata buruk padahnya.
Kadang-kadang aku terfikir apalah yang membuatkan mereka begitu menyanjungi
keluarga bekas menantu mereka itu? Sedangkan hakikat penceraian kami sudah jelas benar.
Lelaki keparat itu yang menceraikan aku kerana aku ini hanyalah pilihan keluarga dan bukanlah
pilihan hatinya. Aku ini gadis yang kolot dan selekeh. Tidak seperti Anne, teman wanitanya itu.
Wanita seksi yang begitu bergaya.
Kenapa Ifa diam aje? Ada yang tak kena ke?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
6/262
Tak adalah ibu. Emmm... ibu, kalau Ifa tak pergi ke Kuala Lumpur, tak boleh ke? Ifa
banyak kerja yang nak disiapkan. Ibu dengan abah ajelah yang pergi ya? pujukku lembut.
Moga-moga alasan aku kali ini diterima.
Masuk yang ini sudah kali keberapa aku pujuk mereka. Tetapi semuanya hampa kerana
ibu mendapat sokongan padu abah. Aku harap dengan ketiadaan abah, hati ibu dapat
dilembutkan.
Kerja apa? Kita pergikan hari Ahad?
Suara ibu sudah mula meninggi.
Tapi bu.
Dah! Tak ada tapi-tapi lagi. Esok Ifa mesti ikut ibu dengan abah ke KL. Dah, pergi
masuk tidur! Perintah ibu.
Aku hanya mengeluh hampa. Gagal lagi! Nampaknya aku terpaksa juga mengikut mereka. Ya
Allah... kau tabahkanlah hatiku untuk hadapi semua ini.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
7/262
2
FA pergi mana selama ni, nak? Puas kami cari... ujar Puan Maria dalam
esak tangisnya.
Sedari tadi tubuhku tidak dilepaskan daripada pelukannya. Wajahku juga berkali-kali
diciumnya. Suasana pilu itu juga turut membuatkan air mataku tumpah. Penerimaan bekas
mentuaku itu sedikit sebanyak mengundang rasa terharu di hatiku. Ternyata mereka tidak
membuang aku walaupun sudah lima tahun kami tidak bersua muka.
Ifa sambung belajar ma, di London, beritahuku dalam nada perlahan.
Patutlah kami tak dapat kesan Ifa langsung. Shima dengan Hassan pindah pun tak
beritahu kami. Kalaulah Nisa tak terserempak dengan Ifa kat konvokesyen pendidikan hari tu,
agaknya sampai sekarang kami tak jumpa dengan Ifa sekeluarga, marah Puan M aria kepada
kami semua.
Maaf, sebab buat Maria sekeluarga tercari-cari. Selepas Ifa bercerai dengan Rizal, kami
malu nak contact dengan Maria sekeluarga lagi. Takut Maria sekeluarga berdendam dengan
kami, ujar ibu lembut.
Abah sekadar mengangguk setuju. Sedangkan perasaan aku yang tidak enak. Kata-kata
ibu tadi seolah-olah menyalahkan aku. Sedangkan aku tidak bersalah pun....
I
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
8/262
Kenapa pula macam tu, Shima, Hassan... bukan salah Ifa pun. Ni semua salah Si Rizal
tu sendiri. Intan depan mata tak nampak, kaca juga yang dicarinya. Saya pun tak tahulah kenapa
Rizal tu bodoh sangat waktu tu. Isteri sebaik Ifa diceraikan. Hah, bila dah tak ada baru terkapai-
kapai mencari! kata bekas ayah mentuaku pula.
Hatiku sedikit tenang mendengar kata-katanya. Nyata di mata bekas mentuaku, aku tidak
bersalah. Tetapi anak lelaki kesayangan mereka yang bersalah. Tetapi timbul pula persoalan di
benakku pada lewat ucapannya. Benarkah Rizal mencariku selama ini? Namun aku cepat sedar
diri. Untuk apa dicari lagi gadis kolot ini, sedangkan dia sudah memiliki teman wanita yang
cukup sempurna. Agaknya papa hanya berkata begitu untuk menyedapkan hati kami sekeluarga.
Eh, marilah masuk. Bersembang kat luar pula kita ni. Macam dah tak ada rumah.
Entah awak ni... bukannya nak diajak tetamu kita masuk. Datang dari Kedah mesti
penat ni.
Saya excitedsangat bang. Maklumlah, dah lama tak jumpa dengan Ifa ni. Makin cantik
Ifa sekarang, puji Puan Maria sambil mengelus-elus wajahku.
Aku tersenyum malu.
Akhirnya aku melangkah juga ke rumah ini. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan
selepas berpisah dengan Yusrizal. Tetapi nampaknya semua itu terjadi jua selepas lima tahun
kami berpisah. Rumah ini tidak jauh berubah. Tetap indah seperti kali terakhir aku melihatnya.
Makin kelihatan indah dengan keramahan penghuninya.
Sedari tadi aku dilayan mesra oleh mama dan papa. Mama pula awal-awal lagi menyuruh
aku bermalam di rumah itu. Rindu katanya. Pada mulanya aku menolak, tetapi setelah dipujuk
oleh ibu dan abah, memandangkan esok adalah cuti khas, maka aku terpaksa bersetuju akhirnya.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
9/262
Aku bimbang sebenarnya. Bimbang jika terserempak dengan Yusrizal. Bagaimana aku
hendak menghadapinya? Mesti dia tidak suka dan marah jika melihat aku di sini. Maklumlah...
perempuan kolot ini kembali lagi dalam hidupnya. Perempuan kolot? Huh, itu dulu... tidak lagi
sekarang!
Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan. Dan kepahitan itulah telah
membuatkan aku berubah. Malah, sebagai seorang pensyarah perakaunan di Universiti Utara
Malaysia (UUM) menuntut aku supaya lebih berkeyakinan.
Tempoh lima tahun benar-benar menjadikan aku sebagai Ifa yang lain. Bukan Ifa yang
lemah seperti lima tahun dulu. Dengan persiapan yang ada dalam diriku sekarang, tidak ada
alasan untuk aku takut dengan Yusrizal lagi. Lagipun aku ke sini bukan kerana dia. Kalau tidak
disebabkan ibu dan abah yang memaksa, tidak mungkin aku ke sini.
Hai, sis!
Aku yang sedang leka mengacau gulai, sedikit tersentak apabila terasa tubuhku dipeluk
dari belakang.
Nisa, terkejut akak! marahku sambil menjeling manja. Dari mana ni? Baru nampak
muka. Akak dah lama kat sini, tau.
Sorry, sis. Ada hal sikit. Akak, jom ikut Nisa kejap, ajak Nisa sambil menarik
tanganku.
Eh, nak pergi mana ni?
Alah, jomlah!
Nanti siapa yang tengokkan kari ni?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
10/262
Alah, Mak Idah ada. Mak Idah, tolong tengokkan ek? pinta Nisa kepada pembantu
rumah mereka yang sedang membasuh pinggan.
Baiklah, Nisa.
Aku ditarik oleh Nisa ke depan. Kelam-kabut aku membetulkan langkah kerana bimbang
akan tersungkur. Langkah Nisa terlalu laju.
Nisa, pelan-pelanlah... jatuh akak nanti.
Nisa tidak mengendahkan kata-kataku, malah terus menarik tanganku.
Abang Rizal, tengok siapa yang datang ni?
Mataku membulat. Tidak menyangka, rupa-rupanya inilah tujuan Nisa beria-ia benar
mahu menarik aku ke ruang tamu. Ingin menemukan aku dengan abangnya! Pada Nisa, aku
hadiahkan pandangan kurang senang.
Gadis itu hanya tersenyum sumbing.
Kali ini aku dipaksa pula duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya itu. Geram
waktu itu tidak usah dicakap. Apatah lagi apabila mataku menangkap pandangan mata Yusrizal
yang begitu tajam menikam wajahku. Macam tidak pernah tengok orang aja! Berbukit rasa
menyampahku terhadapnya saat ini.
Macamlah aku tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Mesti tengah mengutuk aku la
tu! Buat apalah minah kolot ni datang sini lagi? Tak pun, mesti dia harap aku berambus cepat.
Maklumlah, sudah tentulah kedatanganku ini mengganggu ketenteramannya. Eleh... aku pun tak
harap nak duduk melongo menghadap muka kau kat sini. Kucing kat rumah aku lagi cantik
mukanya daripada kau.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
11/262
Eh, ya ke? Tak adalah kut. Hakikatnya, Yusrizal memang kacak orangnya. Nampaknya
dia lebih kacak dalam tempoh lima tahun kami berpisah. Sempat juga aku meneliti raut
wajahnya. Rambutnya yang dahulu dibiarkan panjang, kini telah dipotong pendek. Setahu aku,
lelaki ini memang tidak pernah membiarkan rambutnya pendek selepas tamat sekolah.
Wajah yang cerah itu kelihatan bersih sekali. Seperti wajah orang beriman. Tetapi itu
hanya pandanganku. Hakikatnya lelaki ini bukan seperti itu. Terlalu sosial. Cakap saja aktiviti
maksiat yang ada, semuanya pernah dia lakukan. Cuma dia tidaklah sampai mengambil dadah
dan pil ecstasy.
Eh, Rizal... yang kau tenung Si Ifa sampai macam tu sekali kenapa?
Suara Puan Maria tiba-tiba memecah kesunyian. Aku mengalihkan pandangan ke
sekeliling. Saat itu tidak dapat diungkap rasa malu yang datang. Masakan tidak, semua orang di
ruang tamu itu memandang tepat ke arah kami sambil tersenyum mengusik. Aku alihkan pula
pandanganku ke arah Yusrizal.
Lelaki itu kelihatan tersenyum malu sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Tak ada apa-apalah ma... cuma lama tak jumpa dengan Ifa. Lain Ifa sekarang. Ifa apa
khabar? tanya Yusrizal berbasa-basi.
Terkejut aku dengan teguran itu. Sangkaku Yusrizal tidak akan menegurku lagi selepas
penceraian kami. Itulah yang dikatakannya kepadaku lima tahun dulu, bahawa dia tidak mahu
melihat wajahku muncul di depan matanya lagi. Bukan saja wajah, malah bayang aku pun dia
tidak mahu tengok. Saat itu aku sedar betapa hinanya diri aku di mata dia. Bertitik tolak dari
situlah, aku tanamkan kebencian terhadap dirinya. Dan kebencian itu telah menjadikan aku
sebagai insan yang baru. Insan yang tidak pernah kenal erti kekalahan.
Ifa, kenapa diam? Kan Rizal tanya tu.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
12/262
Suara lembut ibu memecahkan kebuntuanku. Aku seakan baru tersedar. Sekali lagi
semua mata memandang ke arahku.
Baik.... Dengan malas aku menjawab,
Kalau Rizal nak tahu, Ifa ni sambung belajar, buat master kat London. Lepas tu
keluarga dia orang pula berpindah, sebab tu kita tak dapat cari dia orang sebelum ni, terang
Puan Maria.
Oh, ya ke? Berapa tahun Ifa belajar kat sana? Selalunya mastertak sampai lima tahun,
kan?
Tiga tahun.
So, Ifa buat apa sekarang ni? tanya lelaki itu lagi.
Aku pula sudah semakin malas mahu menjawab. Tetapi disebabkan kami sedang menjadi
perhatian, terpaksa juga aku ringankan mulut. Kerja.
Eh, Ifa ni... Rizal tu penat bertanya, sepatah-sepatah dia jawab, tegur abah.
Aku hanya mendiamkan diri. Biar semua orang tahu yang memang aku tidak bercadang
hendak beringan mulut dengan Yusrizal. Itu pun sudah kira bertuah aku jawab juga soalan yang
diajukan. Kalau langsung tak jawab, macam mana?
Biarlah Hassan. Mungkin Ifa tu malu lagi kut. Nanti okeylah tu, sampuk bekas ayah
mentuaku pula.
Tuan, puan... makan malam dah dihidangkan.
Alhamdulillah... nampaknya Mak Idah telah menyelamatkan keadaan.
Hah, jom kita makan. Saya pun dah lapar ni, pelawa bekas ayah mentuaku. Nisa, ajak
kakak tu makan.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
13/262
Baik papa. Jom, Kak Ifa.
Aku akur. Lagipun seperti bekas ayah mentuaku, aku juga lapar. Maklumlah sepanjang
perjalanan, aku hanya minum air mineral. Selera aku hilang kerana mabuk jalan. Itulah
kelemahan aku.
Aku mengambil tempat. Makanan yang terhidang di atas meja kelihatan begitu
menyelerakan. Terasa seperti hendak ditelan semua. Aku mula membayangkan jika aku berada
di rumah. Tentulah aku tidak sesopan sekarang.He he he....
Keghairahan untuk makan seakan hilang apabila Yusrizal mengambil tempat di
sebelahku. Aku jadi kaku. Kenapa dalam banyak-banyak tempat, dekat sebelah aku juga yang
jadi pilihan? Meja makan ini cukup besar. Pilih saja tempat lain asalkan bukan dekat aku. Tetapi
mungkin Yusrizal sudah biasa makan di sini.
Aku teringat ketika aku masih menjadi isterinya dulu. Aku dan Yusrizal akan duduk di
tempat yang sama seperti yang kami duduki sekarang. Dan bermulalah lakonan antara kami.
Kami akan berlagak seperti kamilah pasangan yang paling bahagia sedangkan hakikatnya bukan
begitu. Walaupun hati aku menangis, tetapi aku terpaksa turutkan juga permintaan Yusrizal
kerana dia tidak mahu kedua-dua ibu bapanya menghidu kedinginan hubungan kami.
Eh, Ifa... kenapa tak makan? Rizal ambilkan nasi untuk Ifa tu.
Yusrizal hanya akur akan permintaan bekas ayah mentuaku itu. Dua senduk nasi
diletakkan di dalam pinggan nasiku. Kalau tadi nasi sebanyak ini kurasakan tidak cukup, tetapi
sekarang separuh pinggan pun belum tentu aku dapat habiskan.
Ifa nak lauk apa? Nanti abang ambilkan.
Gulp abang? Sejak bila dia membahasakan dirinya abang ni? Kalau dulu yalah juga.
Tapi kata ganti diri itu hanya akan digunakan sekiranya kami berkomunikasi di hadapan keluarga
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
14/262
masing-masing. Jika tidak, Yusrizal lebih senang beraku-engkau saja denganku. Takkanlah
setelah bercerai pun kata ganti diri itu hendak dikekalkan?
Ifa???
Errr... tak apa. Nanti saya ambil sendiri.
Yusrizal hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia menumpukan pada makan
malamnya semula. Lelaki itu kelihatan berselera benar. Aku pula yang hilang selera. Tetapi aku
perlu makan untuk menghilangkan rasa laparku.
Walaupun suasana di meja makan itu agak meriah, namun masih tidak dapat
mengeluarkan aku daripada dunia yang kuciptakan sendiri. Banyak perkara yang aku sedang
fikirkan sekarang ini. Antaranya termasuklah sikap lelaki yang berada di sebelahku ini. Entah
mengapa aku dapat rasakan kelainan pada sifatnya. Tetapi perasaan itu cepat-cepat kuhakis
kerana aku tahu itu semua hanya lakonan Yusrizal. Lakonan yang dilakukan untuk mengaburi
mata keluarga kami, sama seperti yang kami lakukan lima tahun lepas.
SELEPAS makan malam, aku dan Nisa membantu Mak Idah mengemas ruang tempat kami
makan tadi. Kalau diikutkan hati memang malas hendak meringankan tangan. Dengan perutku
yang full tank ini cukup untuk membuatkan aku tidur nyenyak hingga ke esok pagi. Tapi
apakan daya, lahir sebagai anak perempuan memang itulah kerjanya. Kalau tidak menolong
dikatakan malas pula!
Sesudah mengemas, Nisa mengajak aku berbual di laman banglo itu. Aku hanya
turutkan. Lagipun sudah lama aku tidak menghabiskan masa di laman indah yang mama ciptakan
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
15/262
ini. Mama memang kreatif orangnya. Aku masih ingat ketika aku masih menjadi menantu rumah
ini dulu. Aku sering menghabiskan masa di sini. Laman ini membuatkan fikiranku tenang.
Terasa tidak ada satu pun masalah yang aku hadapi jika aku berada di sini.
Kami melabuhkan punggung di kerusi kayu yang tersedia di tengah laman itu. Aku
semakin kagum dengan hasil kerja mama. Laman ini bertambah cantik. Malah semakin luas.
Kalaulah aku mempunyai laman secantik ini, sudah tentu dari pagi hingga ke malamlah aku
bertapa di sini. Dan ibu pun mungkin tidak mengenali lagi anaknya. Kerana aku sudah bertukar
kerjaya dari seorang pensyarah kepada penunggu laman terhormat.He he he....
Aku dan Nisa terus berbual hingga tidak sedar malam sudah semakin lewat. Bukan kami
saja, malah ibu bapaku dan bekas ibu bapa mentuaku juga nampaknya masih tidak mahu
mengakhiri perbualan. Terlalu banyak yang dibualkan. Sesekali terdengar ilai tawa mereka dari
ruang tamu. Cuma Yusrizal sahaja aku tidak tahu ke mana telah menghilang. Mungkin sudah
masuk tidur.
Akak, kalau Nisa tanya sikit akak jangan marah ya?
Belum tanya lagi macam mana nak marah Nisa, balasku cuba berseloroh.
Nisa hanya tersenyum. Ah, gadis ini terlalu murah dengan senyuman.
Janji jangan marah tau? pintanya lagi.
Akhirnya aku mengangguk sambil tersenyum.
Emmm... akak masih marahkan Abang Rizal ke?
Soalan Nisa yang kufikir terlalu drastik itu benar-benar membuatkan aku bungkam.
Terus terang aku katakan, aku tidak tahu hendak berkata apa. Untuk sementara aku hanya
membiarkan soalan Nisa begitu saja.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
16/262
Akak?
Aku alihkan pandangan ke arah Nisa. Kelihatan gadis itu seperti tidak sabar-sabar untuk
mendengar butir bicaraku.
Nisa rasa macam mana? tanyaku pula.
Kalau dari pandangan mata Nisa ni, memang nampak macam akak masih marahkan
abang lagi. Tapi entahlah... jawab Nisa perlahan.
Kalau itu yang Nisa nampak... so macam tu la, jawabku acuh tak acuh. Malas
sebenarnya mahu membincangkan hal ini. Lagipun Nisa adalah adik Yusrizal. Takkanlah aku
hendak mengutuk si abang depan adiknya pula. Tidakkah itu keterlaluan? Lainlah kalau yang di
depanku ini Linda, teman baikku. Bolehlah juga aku buat ketupat(mengumpat). Sepanjang lima
tahun ini pun sudah banyak mana ketupatyang aku buat dengan Linda. Tidak terkira!
Alah, cakaplah Kak Ifa. Anggap saja Nisa sebagai tempat luahkan perasaan. Akak tak
boleh pendam saja apa yang akak rasa. Sesekali kena diluahkan juga. Betul tak?
Tak ada apa yang nak diluahkan, Nisa. Semuanya sudah selesai. Antara akak dengan
abang sudah tak ada apa-apa lagi. Jadi, tak usahlah kita bincangkan lagi hal ni ya, pintaku.
Berharap benar pengertian daripada Nisa.
Walaupun bekas adik iparku kelihatan tidak puas hati, tetapi dia terpaksa turutkan
kehendakku. Nisa bukanlah orang yang suka memaksa. Dia amat memahami. Aku sudah
menganggapnya sebagai adik kandungku sendiri. Lagipun aku anak tunggal. Tidak ada kakak
atau adik perempuan yang boleh berkongsi suka dan dukaku. Pada Nisalah aku luahkan segala-
galanya sepanjang tempoh aku menjadi isteri Yusrizal dulu. Hanya Nisa yang mengetahui
perihal rumah tanggaku dengan abangnya dulu. Itupun kerana Nisa turut ternampak adegan
maksiat antara Yusrizal dengan teman wanitanya yang berlaku di rumah kami lima tahun lepas.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
17/262
Ketika itu aku baru pulang dari kampung kerana menziarahi abah yang kurang sihat.
Yusrizal tidak turut serta. Selepas mendapat keizinannya aku pulang seorang diri. Nasiblah ibu
dan abah tidak banyak soal. Mereka hanya menerima alasanku yang menantu mereka itu sibuk
dengan tugas pejabatnya.
Selepas beberapa hari di kampung dan kesihatan abah sudah semakin baik, aku putuskan
untuk pulang. Sebaik tiba di pudu raya, aku cuba menelefon Yusrizal untuk meminta dia
menjemputku. Tetapi talian telefon bimbitnya tidak aktif. Beberapa kali kucuba tetapi masih
tiada balasan. Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan Nisa. Gadis itu muncul setelah lima belas
minit aku menunggu.
Sebaik sampai di rumah, aku pelik kerana kereta Yusrizal ada terparkir di porch.
Bermakna Yusrizal tidak ke mana-mana. Ah, mungkin dia tidur. Sebab itu dia matikan talian
kerana tidak mahu diganggu. Tetapi kenapa hatiku rasa tidak enak?
Aku jemput Nisa masuk. Gadis itu hanya menurut. Aku pulas tombol pintu. Semakin
pelik apabila aku dapati pintu rumah tidak berkunci. Dan sebaik sahaja pintu utama rumah
kutolak, alangkah terperanjatnya aku dan Nisa dengan adegan yang terhidang di depan mata
kami. Aku terjelopok di atas lantai, tidak percaya lelaki yang bersama wanita itu adalah suamiku.
Wanita itu hanya berpakaian dalam manakala Yusrizal hanya mengenakan seluar pendek.
Mereka kelihatan asyik sekali berkucupan sehingga langsung tidak menyedari kehadiran kami di
situ. Jadi inilah alasan mengapa Yusrizal tidak mahu mengikutku pulang ke kampung. Ingin
menghabiskan masa bersama teman wanitanya tanpa gangguan aku. Menitis air mataku saat itu.
Mereka hanya tersedar apabila Nisa berdehem kuat. Terkocoh-kocoh wanita itu
mengenakan pakaiannya semula. Manakala Yusrizal merenungku dengan pandangan yang maha
tajam. Mungkin marah kerana aku membawa pulang adiknya yang secara tidak sengaja turut
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
18/262
menyaksikan adegan sebabak itu. Selama ini tiada seorang pun yang tahu, tetapi sekarang
rahsianya pecah di depan adiknya sendiri.
Apa yang abang buat ni hah??? Abang tak malu ke??? Abang tu dah kahwin tau? Hei...
perempuan! Kau buat apa kat sini hah??? Keluar!!! pekik Nisa.
Adik iparku kelihatan marah benar. Hampir saja dia menampar perempuan itu tetapi
nampaknya perempuan itu lebih pantas bertindak. Dia menjadikan tubuh Yusrizal sebagai
tempatnya berlindung.
Nisa!!! Jangan kurang ajar!!! pekik Yusrizal pula.
Nisa yang kurang ajar ke abang dengan perempuan ni yang kurang ajar? Sampai hati
abang buat macam ni kat Kak Ifa. Abang tak kesian ke dengan Kak Ifa. Dia isteri yang baik, tapi
kenapa abang buat macam ni pada dia???
Nisa, baik kau balik. Jangan campur hal abang!!!
Nisa takkan balik selagi Nisa tak belasah perempuan ni. Hei perempuan tak tahu
malu!!! Mari sini kau. Biar aku belasah kau cukup-cukup. Dasar perempuan sundal!!!
Nisa seperti orang gila. Aku sendiri tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya
memandang. Air mataku semakin laju menitis. Teruk juga perempuan itu dibelasah oleh Nisa.
Tenaga lelaki Yusrizal masih tidak mampu menahan ketangkasan Nisa. Akhirnya Yusrizal
memeluk pinggang Nisa dan menarik adiknya itu menjauhi teman wanitanya yang sudah
terjelepok di lantai. Namun itu masih tidak mampu menghentikan Nisa. Dengan kaki yang masih
bebas, dia menendang wanita itu dengan agak kuat.
Nisa, sudah! Jangan sampai abang hilang sabar!!!
Lepaskan Nisa. Nisa nak ajar dia cukup-cukup. Dasar perempuan perosak rumah tangga
orang!!!
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
19/262
Abang kata sudah, Nisa!!!
Bersama tempikan itu, Yusrizal menghadiahkan penampar sulungnya buat Nisa.
Terduduk gadis itu di sofa. Aku yang seakan baru tersedar, laju sahaja langkahku mendapatkan
Nisa yang sudah teresak-esak menangis. Tubuhnya kupeluk erat.
Abang, kenapa abang tampar Nisa? Dia tak bersalah, marahku pada Yusrizal.
Kau diam! Sejak kau hadir dalam hidup aku, semuanya porak-peranda. Mulai hari ni,
aku tak mahu tengok muka kau kat sini lagi. Berambus kau dari hidup aku! Bukan saja muka
kau, malah bayang kau pun aku tak mahu tengok! Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku
ceraikan kau!!! Pergilah mana kau nak pergi. Aku tak peduli lagi!!! Sekarang, berambus!!!
Terpanar aku mendengar kalimah itu. Benarkah aku telah diceraikan?
Abang!
Berambus aku kata!!!
Yusrizal menarik aku dan Nisa keluar dari rumah itu. Walaupun aku cuba merayu tetapi
tidak dipedulikan. Hempasan kuat pintu rumah seakan menyedarkan aku bahawa aku bukan lagi
puan di rumah itu. Walaupun berat kaki melangkah, aku gagahkan juga. Aku sudah tidak mampu
menenangkan Nisa yang semakin galak menangis. Bagaimana hendak kupujuknya jika hatiku
sendiri luka berdarah.
Berita penceraian antara aku dan Yusrizal aku khabarkan pada orang tua kami. Tetapi
aku tidak mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada hari terakhir aku menjadi isteri
Yusrizal. Pada Nisa telah awal-awal lagi kupinta agar jangan buka cerita. Aku hanya biarkan
Yusrizal yang menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh orang tuanya. Alasan yang dia
berikan ialah kami tidak sefahaman lagi. Dan dia sudah mempunyai pilihan hati dan ingin
menikahi teman wanitanya itu selepas habis tempoh edahku.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
20/262
Aku hanya menelan kata-katanya itu. Walaupun pahit, itulah yang harus kutelan. Mama
dan papa cuba memujuknya tetapi pendirian anak lelaki mereka bukan senang hendak digoyah.
Akhirnya mereka terpaksa akur.
Masih terbayang di ruang mataku linangan air mata mama ketika kali terakhir aku
memeluknya. Dan itulah kali terakhir aku menatap wajahnya.
Akak? Akak menangis?
Aku terkejut. Pantas air mata yang mengalir kusapu dengan telapak tangan. Terasa
seperti semalam tragedi itu berlaku hingga sakitnya begitu mencengkam jiwa.
Tak adalah. Mata akak masuk habuk, dalihku. Aku menghadiahkan senyuman buat
Nisa. Tetapi Nisa seakan mengerti lalu mengalihkan tempat duduknya di sebelahku. Perlahan-
lahan air mataku yang masih berbaki disapunya. Aku jadi malu sendiri.
Nisa minta maaf kalau soalan Nisa tadi membuatkan akak teringat kisah silam. Nisa
janji Nisa takkan tanya lagi soalan macam tu. Maafkan Nisa, ya?
Tak apalah, Nisa. Bukan salah Nisa. Memang dah nasib akak macam tu.
Dahlah akak. Jomlah kita masuk.
Aku mengangguk. Namun belum sempat aku bangun, satu suara yang cukup aku kenali
menyapa kami.
Hai... berbual panjang nampak, sapa Yusrizal.
Aku menghadiahkan jelingan buatnya saat mata kami berbalas pandang. Biar dia rasa.
Nisa, boleh abang cakap dengan Kak Ifa sekejap, pinta Yusrizal pada adiknya.
Nisa mengalihkan pandangannya padaku. Aku lantas menggeleng. Tidak mahu
ditinggalkan. Ditinggalkan bersama Yusrizal membuatkan aku jadi tidak betah.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
21/262
Baiklah, tapi jangan lewat sangat berbual. Kak Ifa dah mengantuk tu.
Aku terkejut dengan reaksi Nisa.
Nisa berlalu. Tinggallah aku dengan Yusrizal. Lelaki itu melabuhkan punggung di
sebelahku. Tindakannya itu membuatkan aku gelisah. Entah apalah yang hendak dicakapkan
agaknya. Sedangkan padaku sudah tidak ada apa-apa yang hendak dibincangkan antara aku dan
dirinya.
Cantikkan langit malam ni, Ifa? Yusrizal memulakan bicara.
Aku mencebik. Itu aje ke dia nak cakap?
Kalau itu aje yang awak nak cakap, maaf... saya tak ada masa nak dengar. Saya masuk
dulu. Dah mengantuk ni! ujarku lantas ingin berlalu.
Nanti dulu, Ifa. Please... duduk dulu. Abang ada hal nak bincang dengan Ifa ni.
Awak nak bincang apa lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa. Kita dah bercerai. So,
sekarang teruskan dengan kehidupan awak dan saya dengan kehidupan saya.
Tidak Ifa... antara kita masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Please...
duduk dulu. Kita bincang, pujuk Yusrizal lembut.
Entah mengapa aku jadi mual apabila mendengar suara lembutnya itu. Suara pujuk rayu
yang suatu ketika dahulu hanyalah untuk perempuan itu.
Saya tak mahu.Maaf... saya masuk dulu, kataku dan mula melangkah.
Ifa masih marahkan abang?
Langkah kakiku terhenti. Yusrizal melangkah menghampiriku.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
22/262
Abang tahu Ifa masih marahkan abang. Dan abang juga tahu hati Ifa masih terluka.
Berilah peluang untuk abang sembuhkannya. Abang akan tebus semua kesalahan abang selama
ni. Berilah abang peluang, Ifa....
Aku lantas berpaling menghadapnya. Perasaan marah mula menguasai diri. Apa yang
awak cakap ni, hah? Awak dah gila ek?
Abang tak gila, Ifa. Abang masih waras. Malah abang mengaku inilah satu-satunya
perkara yang abang lakukan dengan fikiran yang waras. Selama ni abang hanya turutkan nafsu
saja. Bagilah abang peluang, Ifa.And I promise you wont regret it.
Kata-katanya meletuskan tawaku. Kenapa dengan Yusrizal ni? Angin tak ada, ribut tak
ada, tiba-tiba jadi begini. Mana perginya sifat kasar lelaki itu? Mana pergi sifat bongkaknya
dahulu. Apa dah jadi? Sehingga sanggup merayu pada perempuan yang suatu ketika dahulu
dianggap kolot ini.
Apa dah jadi dengan awak ni sebenarnya? Awak ni memang dah hilang akal kut. Awak
sedar tak pada siapa yang awak rayu ni? Pada perempuan kampung yang kononnya kolot, tak
tahu bergaya macam teman wanita awak yang seksi tu. Yang ketinggalan zaman, yang...
Cukup, Ifa! Abang tahu abang silap. Intan depan mata abang tak nampak, kaca juga
yang abang puja-pujakan. Abang takkan ulang kesilapan abang lagi. Maafkanlah abang, Ifa...
rayunya lagi.
Rimas aku waktu itu. Sungguh aku tidak percaya pada kata-kata yang lahir dari bibirnya
itu. Padaku semuanya dusta. Entah apalah tujuan Yusrizal merayu pada aku begini? Pasti ada
udang di sebalik batu. Jangan haraplah aku akan termakan dengan lakonan kau lagi. Lelaki
hipokrit!!!
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
23/262
Dahlah... awak ni memang dah gila. Saya nasihatkan esok awak pergi jumpa doktor
betulkan apa yang patut. Otak awak tu memang dah mereng sangat-sangat. Saya pun nak masuk
tidur. Nanti berjangkitpulakpenyakit gila awak tu. Goodnight!
Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Yusrizal yang terkulat-kulat di
situ. Panggilannya langsung tidak aku endahkan. Padan muka! Baru kau tahu siapa aku sekarang.
Ingat senang nak makan pujukan kau.
Huh!
IFA, nanti janganlah jemu datang melawat kami di sini. Mama harap sangat hubungan kita tak
terputus macam tu aje. Mama dah anggap Ifa macam anak mama sendiri, ya sayang? ujar Puan
Maria dengan linangan air mata.
Seperti semalam, Puan Maria memeluk erat tubuhku. Aku lihat air mata wanita itu
bergenang. Sungguh hatiku tersentuh. Linangan air mata mama seolah-olah menyampaikan
maksud yang mama benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Rasa terharu
yang bermukim di dada sedikit sebanyak telah mengundang air mataku juga. Walau cuba
kutahan tetapi ia tetap mengalir membasahi pipi. Sekali lagi aku gagal menyembunyikan
kesedihanku. Kasih sayang wanita itu telah membuatkan aku kalah.
Mama janganlah sedih. Ifa janji, Ifa takkan lupakan mama sekeluarga. Ifa pernah hidup
dalam keluarga ni dulu. Macam manalah Ifa boleh lupa. Aku berkata lirih.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
24/262
Sememangnya aku tidak pernah lupakan kasih sayang mama padaku. Malah, aku akui
sepanjang lima tahun berpisah, aku begitu merindui mama. Sunguh beruntung Yusrizal dan Nisa
kerana mempunyai mama yang begitu baik dan penyayang.
Janji?
Ifa janji, ma....
Selepas aku melafazkan janji, barulah Puan Maria melepaskan tubuhku lalu tersenyum.
Mungkin berpuas hati dengan janjiku tadi. Sempat juga mama menghadiahkan kucupan di
dahiku sebelum beralih kepada ibu pula. Aku pula beralih kepada Nisa. Dia kulihat sedang
mengalirkan air mata. Air matanya lantas kusapu.
Nisa pantas memeluk erat tubuhku dan aku membalas pelukannya.
Akak jangan lupakan Nisa ya. Selalu-selalulah SMS Nisa. Nisa tak ada kakak. Nisa dah
anggap akak macam kakak Nisa sendiri, ujar Nisa dalam tangisan.
Semakin laju air mataku menuruni pipi apabila mendengar rintihannya. Aku pantas
membalas kata-katanya dengan anggukan.
Nisa belajar rajin-rajin ya? Jangan hampakan harapan orang tua, pesanku sambil aku
mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
Nisa janji kak, janji Nisa kepadaku.
Aku meleraikan pelukan lalu beralih pula kepada papa. Aku menghulurkan tangan
kepada papa lalu tunduk untuk mengucup tangannya.
Ifa minta maaf kalau Ifa ada buat salah pada papa selama Ifa di sini. Halalkanlah makan
minum Ifa selama Ifa menjadi menantupapa.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
25/262
Papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Telapak tangannya mengusap
lembut kepalaku.
Ifa tak salah. Semua tu dah takdir Tuhan. Siapalah kita nak menghalang. Papa harap
janganlah Ifa lupa kami di sini, ucap papa yang juga berpesan perkara yang sama.
Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku melepaskan tangan papa.
Semua orang telah kujumpa melainkan Yusrizal. Lelaki itu menghadiahkan senyuman sewaktu
mata kami bertentangan. Aku masih teragak-agak sama ada hendak maju atau tidak.
Aku alihkan pandangan kepada semua. Mereka turut menjatuhkan pandangan ke arahku.
Kupandang ibu dengan pandangan penuh bermakna. Ibu lantas tersenyum mengangguk.
Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berdepan dengan Yusrizal juga. Aku tahu
alangkah tidak sopannya sekiranya aku pergi begitu saja. Walaupun dendamku masih
bermaharajalela, aku terpaksa melakukan ini demi menyenangkan hati semua pihak. Mereka pula
seakan mengerti ketidaksenanganku ketika berdepan dengan Yusrizal, lalu bergerak ke keretaku
yang tersadai di luar pagar. Tinggallah kami berdua di situ dengan suasana yang sunyi sepi.
Aku berdiri bertentangan dengan Yusrizal. Untuk beberapa ketika tiada bicara yang
terluah antara kami. Hanya pandangan mata yang mengungkap maksud di dada. Yang pasti
hatiku tidak terasa berat hendak meninggalkannya seperti perasaanku pada ahli keluarganya yang
lain.
Rizal.... Akhirnya aku memulakan bicara.
Yusrizal masih merenung ke dalam mataku. Renungannya membuatkan aku hampir
kalah. Sejak mengenali lelaki ini, aku mula menyedari satu lagi kelemahanku. Aku tidak akan
sesekali mampu untuk membalas renungannya. Tetapi hari ini aku gagahkan jua.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
26/262
Selepas kita bercerai, ada perkara yang saya nak cakap kat awak tapi tak
berkesempatan, sebab awak tak nak tengok muka saya, malah bayang saya sekalipun,
sambungku lagi.
Wajah Yusrizal berubah apabila mendengar bicaraku. Mungkin tidak menyangka yang
aku masih mengingati kata-katanya dulu. Ah, hakikatnya aku tidak mungkin akan lupa! Dan dia
juga mungkin tidak menyangka yang aku masih mahu mengungkit kisah lama pada saat ini.
Dan saya nak bagitau hari ni.
Apa dia, Ifa? Katakanlah... abang sedia mendengarnya.
Saya nak minta maaf sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang tempoh saya
menjadi isteri awak. Dan halalkanlah makan minum saya.
Tidak, Ifa isteri yang baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Cuma abang yang
bodoh kerana tidak pandai menilai ketulusan hati Ifa. Malah, abang banyak melukakan hati Ifa.
Abang yang sepatutnya minta maaf, bukan Ifa, balas Yusrizal dalam nada yang tenang.
Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil.
Tidak. Saya yang salah dari mula lagi. Sepatutnya saya berkeras menolak pinangan
keluarga awak dulu, kerana saya sedar akan perbezaan kita. Tapi saya kalah dengan permintaan
ibu supaya menerima pinangan tu. Dan akhirnya kita berkahwin walaupun pada waktu itu saya
terpaksa meninggalkan teman lelaki saya kerana awak. Tapi saya reda kerana saya percaya
pilihan orang tua lebih berkekalan. Tapi nampaknya saya silap. Walaupun saya cuba pertahankan
perkahwinan kita, takdir Tuhan mengatasi segala-galanya. Perkahwinan kita hancur juga.
Semuanya salah saya.
Mata Yusrizal tidak berkelip daripada memandang wajahku. Kerutan di dahinya
menunjukkan yang dia kurang jelas dengan kata-kataku tadi.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
27/262
Apa maksud Ifa? Ifa pun tak bersetuju dengan perkahwinan kita dulu?
Ya! Awak pernah mengatakan yang kehadiran saya telah memporak-perandakan hidup
awak. Begitu juga saya. Semenjak kehadiran awak, hidup saya berubah. Ibu yang selama ni tak
pernah menghalang akan keinginan saya, mula mengawal setiap gerak-geri saya. Pinangan dari
keluarga awak saya terima kerana ibu. Saya tinggalkan teman lelaki saya juga kerana ibu. Ibu
begitu menentang hubungan kami selepas kedatangan lamaran dari keluarga awak, sedangkan
sebelum itu ibu tak pernah kisah pun siapa pilihan saya. Hidup saya tak bermakna selepas itu.
Kalau awak fikir awak sorang yang menderita dengan perkahwinan itu, awak silap... kerana saya
yang lebih menderita.
Aku menarik nafas dalam. Hari ini aku mahu meluahkan segala-galanya. Biarlah
Yusrizal tahu, kerana aku sudah tidak mampu lagi menanggungnya seorang diri. Ia begitu
menjerut hatiku. Kulihat postur Yusrizal masih seperti sebelumnya. Tetapi kali ini kerutan di
dahinya semakin banyak.
I... Ifa ada teman lelaki sebelum kita kahwin?
Hanya anggukan yang kuberikan sebagai jawapan.
Kenapa Ifa tak pernah beritahu abang?
Sekali lagi aku tertawa. Kali ini sedikit sinis.
Kenapa saya tak pernah beritahu? Perlukah? Lagipun cuba awak fikir, sepanjang
setahun perkahwinan kita, pernahkah awak ambil berat tentang saya? Tak, Yusrizal! Bercakap
dengan saya bila perlu saja. Sakit pening saya tak pernah awak ambil tahu. Semuanya saya yang
tanggung sendiri. Yang awak tahu hanya keluar bersuka ria dengan Anne. Itupun awak masih
bertanya kenapa saya tak pernah beritahu? Suaraku sudah sedikit meninggi.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
28/262
Yusrizal meraup mukanya. Kekesalan jelas terpancar di situ. Bukan aku sengaja mahu
mengungkit, tetapi setiap kali membincangkan hal ini, amarahku sukar dikawal. Walaupun puas
aku mencuba, tapi ia hanyalah sia-sia.
Maafkan abang, Ifa. Abang tahu abang memang bodoh. Punya isteri sebaik Ifa tapi
abang sia-siakan. Selepas abang berkahwin dengan Anne, barulah abang sedar siapa intan, siapa
permata. Masa tu abang benar-benar menyesal. Anne tak seperti yang abang sangkakan. Dia tak
layak menjadi seorang isteri. Tuhan saja yang tahu perasaan abang waktu tu. Abang selalu
teringatkan Ifa. Kenangan kita sepanjang menjadi suami isteri. Tapi abang sedar, terlajak
tindakan akan menyesal seumur usia. Perkahwinan kedua abang juga kecundang, Ifa. Tapi kali
ini lebih singkat. Perkahwinan abang dengan Anne hanya bertahan lapan bulan.
Aku memandang tepat ke wajahnya. Terjawablah sudah persoalanku selama ini. Patutlah
aku tidak nampak Anne sepanjang aku berada di sini. Rupa-rupanya mereka telah lama bercerai.
Tidak kusangka, cinta juga tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan Yusrizal. Ah, tidak!
Perkahwinan Yusrizal dengan Anne bukan berdasarkan cinta, tetapi berlandaskan nafsu semata.
Benarlah kata para ulama, setiap tindakan yang berlandaskan nafsu tidak akan bertahan lama.
Sudahlah, saya tak mahu kenangkan lagi perkara tu. Apa yang nak saya cakapkan,
sudah pun saya luahkan. Selepas ni saya harap kita dapat jalani kehidupan kita seperti biasa.
Saya pergi dulu, kataku lalu mula mengorak langkah.
Hatiku lega kerana hari ini sedikit sebanyak beban di dadaku sudah terluah. Sekarang
aku akan kembali ke kehidupanku semula. Semoga ada yang lebih indah menantiku di sana.
Tak adakah peluang kedua untuk abang, Ifa?
Pertanyaan Yusrizal mematikan langkahku. Perlahan-lahan aku berpusing menghadap
wajah kusutnya semula.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
29/262
Maafkan saya, Rizal. Saya pernah beri peluang pada awak dulu. Bukan sekali, malah
berkali-kali. Siang malam saya berdoa kepada Allah supaya awak berubah dan menerima saya
sebagai isteri. Tapi awak tetap tak berubah. Malah, saya diceraikan. Saya sudah tak mampu nak
memberi peluang pada awak lagi. Selagi hati saya masih terasa sakit, selagi itulah saya takkan
memaafkan awak, ujarku nekad.
Yusrizal berjalan menghampiriku. Wajahnya yang tadi kelihatan kusut semakin kusut.
Mungkin kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil. Tapi untuk apa?
Abang tau bukan mudah untuk Ifa lupakan apa yang telah abang lakukan pada Ifa dulu.
Walaupun Ifa tak mahu berikan abang peluang, tapi abang akan terus mencuba untuk memenangi
hati Ifa. Abang tahu hanya Ifa yang abang tunggu selama ni. Selepas abang mengahwini Anne,
barulah abang sedar siapa yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa dan akan terus mencintai
Ifa.
Cukup! Saya tak mahu dengar lagi semua ni. Pada saya semua yang keluar dari mulut
awak dusta belaka. Tapi awak jangan harap saya akan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya
bukan lagi Ifa yang dulu.
Tak Ifa, abang betul-betul maksudkan apa yang abang cakap. Abang tak tipu! Abang
tahu dalam keadaan macam ni, Ifa mungkin tak akan percaya. Tapi abang akan buktikan kata-
kata abang, Ifa. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenaran kata-kata abang ni, ujar Yusrizal
bersungguh-sungguh.
Hendak ketawa aku mendengar kata-katanya itu. Tetapi kutahan kerana bimbang
didengari semua orang di situ. Pasti mereka akan tahu yang kami sedang bergaduh sekarang ini.
Kalau itu yang awak cakapkan, saya amat berharap yang hari tu takkan pernah wujud.
Saya pergi dulu. Jaga diri awak. Dan jagalah keluarga awak. Assalamualaikum.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
30/262
Kali ini aku melangkah tanpa menoleh lagi. Itulah yang aku harapkan. Aku tak mahu lagi
memandang ke belakang. Aku mahu terus ke depan. Kerana masa lalu terlalu menyakitkan.
3
KU memerhatikan pelajar-pelajarku yang sedang tekun menyiapkan latihan
yang telah kami bincangkan sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi bagi setiap pelajar. Mungkin
mereka pun sudah arif dengan cara aku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu
mengingatkan para pelajar supaya membaca nota yang telah aku upload ke dalam blog aku.
Biasanya aku akan uploadnotaku itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajar-pelajarku
membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya akan
menekankan bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan memang banyak
melibatkan pengiraan. Cuma beberapa peratus sahaja yang diperuntukkan untuk teori. Dan
selalunya pelajar jurusan ini memang cukup fobia dengan soalan teori. Mereka lebih
menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku cukup maklum tentang itu, kerana aku juga pernah
menjadi pelajar seperti mereka dulu.
A
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
31/262
Para pelajar masih leka dengan tugasan mereka. Tidak kurang juga yang sedang berbual
di belakang kelas. Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku
tahu kedua-dua pelajar itu adalah pelajar pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam
kotak ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka berdualah yang banyak
membantuku ketika perbincangan kami.
Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu barisan yang lain. Sempat juga ku intai
workings yang mereka lorekkan. Ada yang memuaskan hati, malah ada juga yang tidak.
Biasalah, fikirku. Itulah yang dikatakan proses pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika
tidak bukanlah dinamakan belajar.
Dayana, this is incorrect!Ive told you so many times. Retained profit brought forward
for the first journal entry in consolidation comes from the acquisition date. And retained profit
for minority interest comes from current year amount. Dont you remember?
Pelajar itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan gelagatnya.
Oh my God. I really forgot about that. No wonder my consolidated balance sheet was
not tally.
See? If you make a careless mistake from the beginning it will affect all your workings.
So, be more careful. This is just a small mistake actually, but I cant help you during the exam .
Okay, Miss Ifa. Thanks.
Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang.
Nampaknya aku perlu menamatkan sesi pengajaran walaupun kelas sepatutnya tamat pada pukul
empat petang. Lalu aku bergerak ke depan kelas.
Okay class. We will end our class now. Before that please remember that our topic for
next class is changes in ownership. I have uploaded it in my blog. So, please get the copy and
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
32/262
make some revision before my next class. I will ask you some question related to the topic. Just
to make sure that all of you do the reading. And one more thing, please complete your
consolidated worksheet for the exercise just now. I have already given you the final answer,
right? So, try to get the final answer. If you have any problem do not hesitate to see me, okay?
Okay, Miss Ifa! jawab para pelajar serentak.
Okay, class is dismissed.
Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan kelas dan menuju ke bilikku. Banyak
lagi kerja yang menantiku di sana. Semuanya memerlukan komitmenku dengan segera. Yang
pastinya dalam dua tiga minggu ini aku akan sibuk. Bimbang juga jika aku tidak akan punya
masa untuk pelajarku. Setiap kali consultation hour bilik akulah yang paling meriah daripada
pensyarah-pensyarah yang lain. Pernah suatu ketika dulu, Encik Ramli menegurku kerana terlalu
ramai studentyang datang berjumpaku, sedangkan pensyarah lain tidak pula begitu.
Hai, Ifa... meriah bilik awak ni nampak. Apa hal?
Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah pelajar-pelajarku yang datang dengan
pelbagai permasalahan.
Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultationsaya, jawabku.
Hai, susah juga jadi pensyarah favourite pelajar lelaki ya? Waktu consultation mesti
penuh dengan pelajar. Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar perempuan tak ada pula masalah
dalam pelajaran ya, perli Encik Rahim.
Kelihatan mereka semua hanya tertawa. Aku pula malas melayan kerenah mereka lalu
kembali menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, mereka memang memerlukan
tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah rakan pensyarah yang mengatakan
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
33/262
pelajar-pelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku. Nonsense! Takkanlah student nak
mengurat pensyarah?
Aku meneruskan langkah. Saat kakiku menapak di depan bilik, hatiku sedikit hairan
apabila ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu bilikku. Di tangannya ada sejambak
bunga mawar yang sungguh cantik. Lelaki itu lantas menyapaku.
Cik Ifa?
Ya saya.
Ada pesanan bunga untuk Cik Ifa, beritahunya sambil menghulurkan jambangan bunga
itu kepadaku.
Aku menyambut hulurannya dengan seribu pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati
memberikan jambangan bunga ini? Aku ada admirerke?
Sila signdi sini, Cik Ifa, pinta lelaki itu.
Aku yang masih kebingungan hanya menurut kehendaknya.
Okey, terima kasih. Saya pergi dulu.
Aku hanya mengangguk. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada
jambangan bunga yang berada di dalam tanganku. Sekeping kad yang terselit di celah-celah
kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka.
Hidup manusia memang tidak pernah sunyi dengan melakukan kesilapan,
Dan kesilapanku yang paling besar adalah melukaimu,
Kutahu bukan mudah untuk dirimu menerimaku kembali,
Tapi diri ini akan tetap mencuba,
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
34/262
Kerana kutahu kau tercipta untuk diriku....
~Yusrizal~
Setelah membaca kata-kata itu, cepat sahaja kakiku mencari tong sampah. Lalu jambangan indah
itu kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup di rumah, kini Yusrizal berani pula
menghantar bunga untuk memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku akan menerima pujuk
rayunya. Hati ini tidak akan sesekali tewas dengan pujuk rayunya!
4
ERIMA KASIH ya, ucapku kepada penghantar bunga itu. Selepas
menutup pintu aku memerhatikan jambangan bunga mawar yang masih
kupegang. Selalunya bunga mawar ini hanya akan menjadi makanan tong sampah sahaja. Tetapi
nampaknya niatku itu terpaksa dibatalkan dahulu untuk hari ini kerana tong sampah di luar sudah
penuh dengan bunga-bunga kiriman Yusrizal. Terpaksalah aku bersabar sementara menunggu
pekerja majlis perbandaran mengosongkan tong sampah itu.
T
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
35/262
Sabar ya wahai bunga. Kejap lagi aku akan pastikan tempat kau kat dalam tong sampah
tu. Tapikan antara semua bunga yang dihantar pada aku, kaulah yang paling bertuah. Sempat
juga kau merasa duduk dalam bilik aku yang cantik ni.
Seperti selalu, pasti sekeping kad akan dikepilkan bersama. Teringin juga aku hendak
mengetahui apa pula yang mahu diluahkan Yusrizal di situ. Sebelum ini pun aku tidak pernah
lupa untuk membaca kata-kata yang telah dicoretkan Yusrizal untuk diriku. Aku suka apabila
Yusrizal merayu begitu. Ternyata dendam lama masih tidak mampu kukikis. Biar dia pula
merasai bagaimana perasaanku apabila merayu pada dirinya dulu. Rayuan yang tidak pernah
dipedulikan. Malah ditongsampahkan begitu sahaja.
Sayangku, andai bisa diputarkan masa,
Pasti aku tidak akan berasa derita rindu seperti hari ini,
Kerana akulah lelaki yang paling bertuah memiliki isteri sebaikmu,
Sayangku, andai bisa diputarkan masa,
Aku akan pastikan kaulah wanita yang paling bahagia di dunia ini,
Kerana aku akan cuba menjadi suami terbaik buatmu.
~Yusrizal~
Huh!
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
36/262
Kalaulah boleh diputarkan waktu, takkan aku begitu bodoh nak menerima lamaranmu.
Kerana kutahu derita yang bakal kau rencanakan untuk diriku, ujarku menyambung puisi
Yusrizal.
Selama tiga hari ini Yusrizal tidak akan lupa untuk mengirimkan bunga untuk aku.
Hatiku tertanya-tanya, mengapa Yusrizal masih sanggup membazirkan wang, sedangkan aku
tidak memberikan respons terhadap kesungguhannya itu. Mungkin juga playboy seperti Yusrizal
masih berpegang kuat kepada pepatah Melayu yang mengatakan hati perempuan seperti kerak
nasi yang akan jadi lembut sekiranya dicurahkan dengan air. Kalau itulah yang ada dalam
fikirannya, ternyata lelaki itu salah perhitungan kerana aku bukan seperti wanita yang selemah
itu.
Deringan telefon bimbit di atas meja sedikit membuatkan aku tersentak. Menandakan
satu SMS telah diterima. Cepat sahaja aku mencapainya kerana aku sememangnya sedang
menunggu SMS daripada seorang pensyarah yang akan memaklumkan tarikh dan waktu untuk
mesyuarat bagi semua pensyarah perakaunan kewangan lanjutan.
Namun tatkala melihat nombor yang tidak dikenali, hatiku sedikit hairan. Tetapi
mungkin juga rakan pensyarahku itu menggunakan nombor baru ataupun dia meminjam telefon
orang lain. Lalu, punat readkutekan.
Hi, Ifa... did you get the flowers? - Yusrizal.
Aduh! Dia lagi? Sudahlah! Aku dah cukup semak dengan bunga yang dikirimkan setiap
hari. Kini ditambah pula dengan SMS ini. Makin berserabut kepalaku. Dari mana pula lelaki itu
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
37/262
mendapat nombor telefon bimbitku? Ini mesti kerja Nisa! Dia seorang sahaja yang tahu nombor
telefon bimbitku.
Isy, tak boleh harap betul budak ni. Sudah berapa kali aku mengingatkan dirinya supaya
jangan memberikan nombor telefonku kepada abangnya itu. Eee... geram betul! Kini apa pula
yang harus aku lakukan untuk menghadapi lelaki ini.
Aku tidak berniat untuk membalas SMS yang dihantarnya. Lantas SMS itu aku delete.
Tak mahu ia berada di dalam telefon bimbitku terlalu lama. Kalau boleh aku tidak mahu semua
tentang Yusrizal menghantui diriku. Cuma satu yang tak bisa kukikis. Kenangan! Ya, kenangan
lalu yang begitu memeritkan. Seandainya kenangan itu juga boleh aku delete seperti yang
kulakukan terhadap SMS itu, pasti akan kulakukan. Tapi, mana mungkin!
Semenjak itu aku sering diganggu dengan SMS Yusrizal saban hari. Hampir sahaja aku
menukar nombor telefon, tapi apabila mengingatkan yang nombor ini telah kudaftarkan di UUM
niatku itu kumatikan sahaja. Jika aku menukarkan nombor telefon bimbitku banyak pula
prosedur yang perlu aku jalani untuk mendaftarkan kembali nombor itu.
Gangguan itu berterusan hinggalah ke hari ini. Sudah tiga bulan ia berlanjutan. Tapi
sekali pun aku tidak pernah mempedulikannya. Semua SMS yang dihantar oleh Yusrizal,
kubiarkan sepi. Selama tiga bulan ini jugalah Yusrizal tidak pernah lupa untuk mengirimkan
bunga untukku. Tidak terkira berapa banyak wang yang Yusrizal habiskan. Tapi apa yang
dihairankan jika dia anak orang berada.
Ketukan di muka pintu mematikan lamunanku. Daripada bunyi ketukan itu aku sudah
kenal akan orangnya. Pantas bibirku tersenyum.
Come in! laungku.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
38/262
Apabila daun pintu dikuak, terpacullah wajah lelaki yang suatu ketika dahulu terlalu
sukar untuk aku lupakan.
Hai, sibuk ke?
Tak adalah, tengah berangan aje.
Daniel tersenyum. Tanpa disuruh, Daniel menarik kerusi berhampiranku lalu melabuhkan
punggungnya di situ.
So, hari ni dapat bunga lagi? tanya Daniel. Dia sudah maklum akan kiriman bunga
daripada Yusrizal. Bukan niatku untuk mencanangkan itu semua. Tetapi siapa yang tidak hairan
apabila setiap hari penghantar bunga akan berkunjung ke bilikku. Lagi pula aku juga yang selalu
memenuhkan tong sampah itu.
Macam biasalah, jawabku sambil memuncungkan bibirku ke arah letaknya bunga itu.
Hai, dah tak buang nampak. Kenapa, nak buat hiasan kat dalam bilik ke?
Tak adalah. Dah buang tebiatagaknya I nak buat macam tu. Tong sampah penuhlah.
Nanti I buanglah, ucapku dengan muka menyampah.
Daniel tersenyum sambil menggeleng.
Tong sampah tu tiap-tiap hari makan bunga. Kesian dia... kasilah makan benda lain
pula.
Biarlah dia makan bunga. Sedap apa, bukan senang nak dapat tu.
Kesian ex-husbandyou tu. Penat-penat dia belikan you bunga setiap hari tapi you buang
macam tu saja.
Buat apa I nak kesiankan dia? Dia tak pernah kesiankan I pun.
Mungkin dia dah berubah, Ifa. Cubalah bagi dia peluang.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
39/262
Untuk apa? Supaya dia dapat sakitkan hati I lagi. No way! I dah serik dengan lelaki
buaya macam tu.
Daniel mengangkat bahu.
Suka hati you la. I cuma bagi nasihat. Jangan nanti you menyesal sudah.
Nope! I takkan sesekali menyesal dengan lelaki macam tu. Sia-sia saja!
Well, well see. Emmm... so jadi taklunchnanti?
Yup! Sure.
Kalau macam tu jumpa lunch hournanti ek.
Okey.
PERUT yang berlagu riang memaksa aku melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Patutlah...
dah pukul dua belas empat puluh lima tengah hari. Tidak lama selepas itu kedengaran ketukan di
muka pintu bilikku. Aku tersenyum kerana anggapanku sudah tentulah Daniel yang menungguku
untuk makan bersama.
Daniel, tunggu kejap, I nak kemaskan meja ni! laungku dari dalam bilik. Namun aku
sedikit hairan dengan bunyi ketukannya hari ini. Terasa lain benar. Mana pergi trademark
ketukannya seperti selalu? Mungkin dia sudah malas hendak melagukan ketukan itu lagi. He he
he....
Setelah berpuas hati, pantas tanganku mencapai dompet dan telefon bimbit lalu
menyumbat ke dalam kocek seluarku. Lebih mudah begitu. Aku tidak gemar membawa tas
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
40/262
tangan. Ngeri rasanya apabila membaca surat khabar yang menceritakan tentang kejadian ragut
yang banyak berlaku akhir-akhir ini. Aku tidak mahu kejadian itu terjadi kepada diriku pula.
Jalan terbaik adalah dengan membiarkan tanganku kosong.
Pintu bilik kubuka.
Im coming, Da. Mulutku ternganga. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat di
hadapan mataku ini. Mustahil!! Bagaimana dia boleh ada kat sini?
Rizal??? Apa yang awak buat kat sini?
Lelaki itu hanya tersenyum tenang. Mungkin dia sudah menjangkakan reaksi sebegitu
daripadaku.
Hai Ifa. Apa khabar?
Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh ada kat sini?
Soalanku tidak dijawab malah dia masih tersengih seperti kerang busuk. Sungguh aku
tidak menyangka akan bertemunya semula. Sangkaku pertemuan di rumahnya tiga bulan lepas
adalah yang terakhir tapi ternyata tidak! Yusrizal masih mahu mengganggu hidupku.
Ifa tak nak jemput abang masuk ke?
Aku yang masih dalam keadaan terkejut tiba-tiba mula tersedar. Mataku meliar
memerhati sekeliling. Takut sekiranya ada pensyarah-pensyarah lain yang ternampak gelagat
kami berdua.
Maaf, saya dah janji dengan kawan, jawabku.
Lunchke?
Aku mengangguk tanda mengiyakan.
Emmm jom lunchdengan abang. Abang pun tak makan lagi ni.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
41/262
Saya dah janji dengan oranglah, ulangku lagi dengan nada menyampah. Cakap bahasa
Melayu pun tak faham.
Emmm... cancellah. Abang datang jauh-jauh ni sebab nak jumpa Ifa. Dengan kawan,
esok-esok pun boleh lunchsama.
Suka hati awak aja nak suruh saya cancel. Saya dah berjanji dengan oranglah.
Ifa tak kesian dengan abang ke? Abang datang jauh-jauh ni. Kerja yang berlambak
dekat ofis pun abang tinggalkan semata-mata nak jumpa dengan Ifa.
Saya tak suruh pun awak buat semua tu. Awak yang rela hati nak buat. So, jangan nak
salahkan saya. Sekarang ni, can you please excuse me? Saya dah lapar. Menghadap muka awak
ni bukannya mengenyangkan pun! tempelakku. Sengaja menyakitkan hatinya. Sengaja cari
pasal siapa suruh. Sendiri buat, sendiri tanggunglah!
Aku pantas melepaskan diri sebaik sahaja mengunci pintu bilikku. Yusrizal hanya
kubiarkan terkulat-kulat memerhatikan tingkah lakuku. Baru sahaja aku berkira-kira hendak
menelefon Daniel dan memaklumkan bahawa aku sedang menunggunya di tepi kereta, tiba-tiba
aku terasa rentapan kuat di pergelangan tanganku. Terdorong aku ke hadapan. Tindakan yang
drastik membuatkan tubuhku hilang imbangan.
Rizal! Apa ni? Lepaslah....
Abang naklunchdengan Ifa sekarang.
Tapi saya dah janji dengan oranglah. Awak ni tak faham bahasa ke? marahku. N amun
nada suara masih cuba kukawal kerana takut terdengar dek orang lain.
Abang tak peduli! Cancelkan saja lunch tu. Sekarang abang nak Ifa ikut abang!
tegasnya.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
42/262
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
43/262
Aku terkejut apabila nama yang pada anggapanku cukup asing baginya, disebut.
Bagaimana pula dia mengetahui pasal Daniel? Seingat aku, ketika di rumahnya dulu aku tidak
pernah sebut nama Daniel di hadapannya. Apatah lagi bercerita itu dan ini tentang Daniel
padanya.
Kenapa? Terkejut macam mana abang boleh tahu? ujar Yusrizal sambil menyandarkan
badannya ke kerusi.
Mataku mengecil melihat lagaknya itu. Sebagai isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus
membukakan mulut untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benakku ini.
Bukan saja rupanya, malah siapa dia dalam hidup Ifa sebelum dan selepas kita kahwin
pun abang tahu... ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Di dalam fikiranku pula
terlintas adakah Yusrizal sudah bertukar kerjaya? Menjadi penyiasat persendirian, mungkin....
Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ifa, kan? Juga merangkap pensyarah perakaunan di
fakulti Ifa, kan?
Macam mana awak tahu semua ni? soalku. Kalau dibiarkanmamat
ni merepek,
alamatnya sampai ke esok pagi pun tak habis.
Yusrizal menjongketkan bahunya sambil tersenyum bangga. Sakit hatiku dengan
senyumannya itu. Senyuman itu seolah-olah mengejekku.
Nak seribu daya, Ifa. Tak nak, seribu dalih.
Saya tanya macam mana awak boleh tahu tentang dia? tanyaku sekali lagi. Keningku
diangkat tanda aku tidak berniat hendak bergurau dengannya.
Abang upah penyiasat.
Hah? Awak ni dah gila ke?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
44/262
Yup!!! Memang abang dah gila. Abang gilakan Ifa!
Nonsense! marahku. Sampai begitu sekali sikap keanak-anakan Yusrizal. Sanggup
menghabiskan wang untuk menyiasat tentang Daniel. Tetapi kalau difikirkan, salahku juga
kerana memberitahunya yang aku punya kekasih hati sebelum aku mengahwininya.
Bagi Ifa itu semua nonsense. Tapi bagi abang tak! Hati abang tak tenang sejak Ifa
beritahu yang Ifa pernah bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa orang tu.
Habis tu, bila awak dah tahu puaslah hati awak ya? Saya sebenarnya tak faham. Untuk
apa awak buat semua ni? Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama putus!
Memang hubungan Ifa dengan dia dah lama putus. Tapi Ifa masih berkawan dengan dia,
kan?
So what? Tak boleh ke saya nak berkawan dengan dia?
Tak salah kalau Ifa nak berkawan dengan dia. Tapi salah kalau Ifa berniat nak bercinta
semula dengan dia.
Aku terdiam. Kata-kata Yusrizal memang tidak dapat aku terima. Untuk bercinta dengan
Daniel semula memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati. Tetapi kalau ya pun
aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal tidak berhak untuk halang. Dia langsung tidak punya
hak untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan.
Yang awak ni kenapa? Kalau ya saya nak bercinta dengan dia pun apa salahnya. Saya
tak terikat dengan sesiapa dan dia pun begitu. Awak siapa nak halang saya? ujarku tidak puas
hati.
Your ex-husband! jawabnya pantas.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
45/262
Ex-husband. Awak faham ke maksud ex tu? Kalau tak tahu biar saya beritahu. Ex
maksudnya bekas. Bermakna kita sudah tak punya apa-apa hubungan dan awak tak berhak nak
halang saya! marahku. Tetapi masih cuba kukawal nada suaraku kerana bimbang akan
mengganggu pengunjung yang lain.
Aku benar-benar mengharapkan kata-kataku akan memberikan sedikit reaksi pada wajah
Yusrizal. Terkejut dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubah kerana kata-
kataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu ternyata memberikan reaksi. Tetapi bukan
reaksi yang aku harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku pula yang terasa
sakit hati.
Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak cakap tadi, Im your ex-husband and
your future husband.
Ridiculous!
Not for me! Abang akan buktikan pada Ifa nanti. Ingat tak apa yang abang cakap kat
rumah abang dulu? Yang abang akan cuba memenangi hati Ifa semula? Itulah yang abang sedang
lakukan sekarang.
Kata-katanya mengundang ketawa sinisku.
Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi saya akan pastikan yang awak takkan berjaya.
Sekali kita berpisah, bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya. Faham?!
Yusrizal menganggukkan kepalanya. Kelihatan seperti memperlekehkan kata-kataku
sebentar tadi. Well, well wait and see.
Pantas saja aku mencapai telefon bimbitku di atas meja dan bersedia untuk bangun.
Lebih lama aku di sini, makin bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik!
Ifa nak ke mana?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
46/262
Balik!
Tapi Ifa belum habiskan makanan tu lagi. Membazir aja.
Membazir? Tak pun. Awak yang bayar, bukan saya. Awakkan orang kaya. Kalau
setakat sepuluh ringgit apalah sangat, kan? Lagipun saya dah kenyang menghadap muka awak!
Kenapa? Abang handsome sangat ke hari ni sampai Ifa kenyang menghadap muka
abang?
Aku semakin bengang. Kali ini aku benar-benar telah bersedia untuk meninggalkan meja
itu. Tetapi Yusrizal pantas menghalang.
Okey... okey... Im sorry. Tapi Ifa kena habiskan makanan ni. Abang tengok Ifa tak
makan pun tadi. Berangan aja lebih. Nanti Ifa yang lapar. Kalau perut lapar macam-mana nak
mengajar. Betul tak?
Kalau saya lapar, tahulah saya nak cari makanan. Dekat UUM tu banyak tempat
makan.
Ifa dengar cakap abang. Habiskan makanan ni dulu. Selagi makanan ni tak habis, selagi
tu abang takkan hantar Ifa balik, ugut Yusrizal.
Eleh, ingat aku takut!
Saya boleh naik teksi la!
Okey kalau boleh. Tapi setahu abang tempat ni susah nak dapat teksi.
Mana awak tahu? Awak bukan orang sini.
Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum abang bawa Ifa datang sini, mestilah
abang buat survey sikit.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
47/262
Betul juga, fikirku. Kenapalah aku tak terfikir. Yusrizal langsung tidak pernah datang
sini. Jadi bagaimana pula dia tahu ada satu restoran yang cukup cantik dan selesa di kawasan ini?
Mesti dia sudah mengkajinya. Mengenangkan itu, aku kembali duduk dan meneruskan makan.
Tidak langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir di bibir Yusrizal itu. Untuk
apa? Menyakitkan hati aku saja nantinya.
DALAM perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Sama seperti perjalanan pergi juga.
Sakit hati yang kurasakan juga sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki yang
hebat kerana mampu mengimbangkan kebencianku terhadapnya.
Aku menjeling Yusrizal yang tenang memandu. Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat
berharap agar kakiku cepat-cepat dapat memijak bumi UUM. Tetapi nampaknya dengan kadar
kelajuan kereta yang dipandu Yusrizal, aku terpaksa melupakan saja niatku.
Berapa jam lagilah agaknya aku nak sampai? Bawa makan bukan main jauh. Sampai ke
Alor Setar. Apa salahnya kalau makan kat Changlun aje? omelku di dalam hati.
Gelisah aje abang tengok Ifa ni? Kenapa? Tiba-tiba kedengaran suara Yusrizal
memecah kesunyian.
Boleh tak awak pandu laju sikit. Kalau macam ni bila nak sampai?
Mungkin dua jam lagi.
Selamba saja Yusrizal menjawab.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
48/262
Dua jam lagi? Dah nak pukul dua ni awak tahu tak? Pukul dua nanti saya ada kelas.
Solat pun belum lagi.
Okey... kalau macam tu kita pergi solat dulu. Tu kat depan tu ada masjid.
Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan masjid. Selepas mematikan enjin dia
terus keluar. Sedangkan aku masih kaku di tempat duduk. Entah apa yang aku sedang fikirkan
aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya aku sedang memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku
tak tahu. Yusrizal bukannya suka bersolat dahulunya. Tetapi kenapa sekarang bermurah hati pula
memijakkan kaki ke masjid. Apa dia ingat bila masuk masjid boleh pura-pura solat?
La apa yang Ifa tercegat lagi kat situ? Kata tadi nak solat? Cepatlah nanti lambat pula
sampai dekat UUM.
Aku pantas melangkah keluar dari kereta lalu mengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana
sudah semestinya aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku segera mencapai kain
telekung yang memang telah disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah kain telekungnya
bersih. Kalau tak, sebelum sempat aku menghabiskan solat sudah tentu aku pengsan dulu.
Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Selepas bersolat sempat juga aku
mengintai Yusrizal di sebalik langsir yang memisahkan tempat solat wanita dengan tempat solat
lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa. Hairan! Aku tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang
bersih dan setenang itu. Tetapi kenapa aku dapat melihatnya hari ini? Benarkah lelaki itu sudah
berubah?
Aku pantas menutup tirai apabila Yusrizal sudah bangun dan melipat sejadah. Aku tidak
mahu dia menyedari perbuatanku itu. Kami bertemu kembali di luar masjid. Yusrizal menantiku
dengan senyuman di bibir. Entah mengapa senyuman itu seakan-akan meredakan hatiku yang
sedang membara dengan sikapnya tadi.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
49/262
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
50/262
Sayang memang sayang. Tapi abang lebih sayangkan bunga yang kat depan mata abang
sekarang ni. Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni, memang jauh bezanya. Abang lebih
rela kehabisan duit daripada kehilangan bunga ni. Ujarnya bermadah!
Nak termuntah aku mendengarnya.
Oh ya, Ifa suka bunga tu?
Hanya jelingan yang kuberikan sebagai jawapan.
Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak, bukan saya. So, terpulang pada awak.
Yang saya tahu sekarang saya nak balik UUM.
Sekali lagi lelaki itu menghadiahkan senyuman untukku. Ah, kenapa sekarang lelaki ini
begitu murah dengan senyuman?
Okeylah, jom!
5
BUdengar Ifa keluar dengan Rizal tadi. Betul ke?
Soalan ibu yang tiba-tiba itu membuatkan otakku berputar ligat.
I
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
51/262
Siapa pula yang gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motif
dia?
Macam mana ibu tahu? soalku sambil menuangkan air ke dalam gelas untuk makan
malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat.
Adalah... jawab ibu selamba.
Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni!
Kalau ibu dah tahu, kenapa tanya Ifa lagi?
Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi? tanya ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria.
Kalau ibu dah dengar macam tu... so, macam tu la, jawabku acuh tak acuh.
Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar
kembali. Tetapi ibu tidak tahu yang aku tidak akan sesekali membenarkan perkara itu berlaku.
Eh, budak ni... cubalah serius sikit. Main-mainpulakdia!
Ibu, pergilah panggil abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat, ujarku
cuba menukar topik perbualan. Aku tahu, ibu tidak akan berhenti bercakap jika perbualan itu
berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu.
Nak tukar topiklah tu! Tempelak ibu lantas bangun menuju ke tingkat atas.
Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku melarikan diri.
OKAY class, today all of you have to submit your project report. I hope all groups can make it
by today. Otherwise your marks will be reduced. Remember, marks contribution for this project
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
52/262
is 20%. Its quite a big proportion for your final marks, guys. So dont lose it! Yes, Malik?
tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ia mengangkat tangannya.
What about presentation Miss Ifa?
Oh,yes, I was almost forgot about that. Thanks Malikfor reminding me.
Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana
mengingatkan aku tentang pembentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahu
melakukan pembentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana
sudah tentu apabila di hadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu, gementar dan
macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu? Kerana aku juga pernah menjadi pelajar
dulu.
I think its better if we proceed with the presentation next week. I dont want to point up
which group will present first. It depends on you. If you think youre ready to present, then you
can just proceed. Is that, okay?
Yes
! jawab pelajar-pelajarku serentak.
Good. After this you can hand-in your project report and class dismiss then .
Serentak dengan itu, kelas yang tadinya senyap sunyi kembali hingar-bingar. Seperti
pasar saja keadaannya.
Aku mengumpulkan laporan projek yang telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja.
Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Tetapi tidak semestinya yang kurang
ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa isinya dahulu. Nasib baik cover kepada buku
projek itu telah aku tetapkan warnanya, iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna
yang akan mereka pilih untuk dijadikan cover.
Miss Ifa, boleh kita bercakap sebentar?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
53/262
Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa India sedang
berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan hati yang
dialami gadis itu.
Yes, Melissa?How can I help you?
Actually, miss, I have a problem....
What kind of problem?
Sebenarnya, miss... saya percaya di dalam project reportkumpulan saya, ada terselit
satu surat. Surat kompelin daripada mereka tentang saya.
Surat kompelin tentang awak? Dahiku berkerut. Namun begitu tanganku lincah
mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu... dan hasilnya ternyata benar.
Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu membaca. Selesai
membacaa aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan.
I think you have to explain it to me.
Gadis itu sedikit tertunduk.
Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi? Kenapa bila dah parah macam ni
baru awak nak bersemuka dengan saya? tanyaku kepada Melissa.
Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya.
Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah
kesihatan emak saya. Saya sangat sayangkan emak saya.
Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan mak. Tapi seelok-eloknya awak beritahu
saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut untuk awak.
Jadi, bagaimana sekarang miss?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
54/262
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menyandarkan badanku ke kerusi.
Saya rasa awak kena buat individual assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada
awak mahupun pada group awak. Apa kata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul
tiga petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada awak, okey?
Thanks, miss. I really appreciate that. Saya takkan mensia-siakan peluang yang miss
bagi pada saya. Ucap gadis itu, ceria.
HAI anak abah! Menungkan apa tu? sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah
dipanggil oleh ibu. Sekali gus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa.
Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran.
Walaupun aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa
menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya
untuk belajar? Sudahlah terpaksa selalu pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang terlantar
sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
La... yang pandang abah macam tu sekali kenapa?
Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah
sedikit hairan.
Tak ada apa-apalah... tiba-tiba aje jadi rindu pulak dengan abah, jawabku manja.
Pantas lengan abah kupaut. Manakala kepalaku pula melentok mesra di bahu abah.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
55/262
Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya? ujar abah sambil mengusap
kepalaku.
Mestilah, dengan siapa lagi Ifa nak bermanja kalau bukan dengan abah dan ibu?
Dengan suami! sampuk ibu.
Aku mengerutkan dahi. Bila masapulakaku kahwin. Aku confuse sendiri.
Bila masa pula Ifa ada suami bu?
Lima tahun lepas.
Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single, jawabku pantas. Ibu sengaja hendak mendera
perasaanku lagi.
Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje yang tak nak, kata ibu lagi.
Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa. Ifa dah serik!
Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan.
Abah ni kenapa? Sakit tau! aduku sambil menggosok-gosok pipi.
Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu.
Mulut tu celopar sangat. Kalau betul nanti tak kahwin sampai ke tua macam mana?
Alah... biarlah. Bukannya Ifa tak pernah kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal aje,
jawabku.
Makin mencuka wajah ibu dan abah.
Abah tak suka Ifa cakap macam tu. Ifa ajelah anak kami... satu-satunya anak kami.
Kami dah tak ada anak lain. Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok ada orang
jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup, Ifa. Ifa nak ibu dengan abah pergi
dengan hati tak tenang?
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
56/262
Alamak! Inilah yang paling aku tak suka. Nampaknya perbualan kami sudah semakin
serius. Dan yang paling aku lemah apabila orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk
menutup terus mulutku. Aku merenung wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Perasaan
sayu mula menjalar ke seluruh jiwa.
Kenapa abah cakap macam ni? tanyaku dengan suara serak.
Abah tu cakap apa yang betul, Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti, siapalah yang nak jaga
kamu. Kami ni risau, Ifa. Ifa tu perempuan, janda pulak tu. Perkara yang paling membuatkan
kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara, selama manalah Ifa
boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah ada suami tu
lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti, balas ibu pula.
Hatiku tiba-tiba jadi sayu.
Ifa, bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman jadi isteri Rizal
dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut dikecewakan
lagi.
Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa. Cuba bagi peluang
sekali lagi kat Rizal... dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa tu. Ifa pun dah dua puluh
lapan tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada anak dua tiga orang, tahu?
Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku memandang wajah abah pula.
Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata
ibu tadi.
Hah? Bagi peluang pada Rizal? Oh, please no... no... no... Ifa tak nak kahwin dengan
dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup nak hadapinya lagi. Ifa
sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
57/262
Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam Rizal
yang dulu.
Mana abah tahu dia dah berubah? Ifa nampak sama aja... ucapku dengan nada
menyampah.
Tapi aku tersedar yang ucapanku langsung tidak selari dengan fikiranku. Petang tadi
dengan mataku sendiri, aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak ketara kerana
selama tempoh aku menjadi isterinya, tidak pernah aku melihat dirinya menunaikan
kewajipannya itu.
Dua hari satu malam dah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang dah berubah
Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal la yang jadi imam solat maghrib dan isyak untuk kami
semua.
Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tetapi takkan abah nak
berbohong pulak? Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi, mana mungkin aku turut
serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu.
Pada fikiranku, sudah tentulah abah atau Pak Kassim driveryang menjadi imam. Tetapi
ternyata sangkaanku salah.
Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai berlakon.
Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat, kan? kataku masih cuba menyangkal kata-
kata abah.
Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam? Ingat cerita dekat TV ke yang shoot
bila nak bagi salam aja? Kalau yang tu memanglah siapa-siapa pun boleh! tempelak ibu pula.
Aku semakin rimas. Walaupun aku seorang pensyarah tetapi untuk berlawan cakap
dengan orang tuaku memang aku akan kalah.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
58/262
Cup! Cup! Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan ibu beria-iapromote Si Rizal tu? Kan
ke kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi....
Kelihatan abah dengan ibu serba salah. Mereka memandang sesama sendiri.
Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba ibu bapaku
sampaikan.
Kenapa ni abah, ibu? tanyaku.
Pada mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah
menganggukkan kepala barulah ibu mengalah.
Sedangkan hatiku waktu itu sudah semakin berdebar kencang.
Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon. Katanya mereka nak hantar
rombongan meminang Ifa minggu depan.
Hah?
Aku terkejut. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang? Bermakna
ibu dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak, takkanlah mereka hendak menghantar rombongan
meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu.
Ibu, abah... apa ni? Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah?
Rasa hendak pengsan aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala.
Kenapa ibu dengan abah tak tanya Ifa dulu?
Ifa, ibu dan abah buat semua ni untuk Ifa juga....
Untuk Ifa? Untuk Ifa ke untuk kepentingan ibu dengan abah? ujarku kuat.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
59/262
Hilang terus rasa hormatku kepada mereka dek kerana rasa geram yang tidak dapat
ditahan. Aku tidak pedulikan perubahan pada wajah mereka walaupun aku tahu dosa yang bakal
aku tanggung kerana meninggikan suara dengan mereka.
Ifa! Kenapa cakap macam tu? marah abah.
Betul, kan apa yang Ifa cakap ni? Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan perasaan
Ifa? Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi pilihan. Ifa dah dua
puluh lapan tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat keputusan sendiri? Yang nak
kahwin Ifa, bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa deritanya bukan ibu dengan abah!
marahku.
Air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata jatuh berderaian.
Kedua-dua orang tuaku tertunduk. Mungkin menyedari akan kebenaran kata-kataku itu.
Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi percayalah sayang, kali ni kami tak
silap buat pilihan, pujuk ibu. Telapak tangannya cuba mengusap pipiku.
Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan kelakuanku. Masakan tidak, selama
ini aku tidak pernah melanggar perintahnya, tetapi hari ini berlainan sekali.
Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal! Bentakku lalu berlari menuju ke bilik.
Panggilan ibu dan abah tidak langsung aku hiraukan. Amarahku benar-benar melonjak.
Cukuplah aku terseksa dulu... aku tak mahu terseksa lagi.
Tetapi kenapa ibu dengan abah tak mahu memahami???
Aku melepaskan tangisku di atas katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap
keputusan ibu dengan abah, malah aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara
dengan mereka berdua. Orang yang tidak sepatutnya aku berkata uh sekalipun.
-
8/8/2019 Antara Benci Dan Rindu
60/262
6
ARI ini genaplah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu dan abah.
Aku tahu berdosa besar bagi seorang anak melakukan semua itu. Tetapi aku terpaksa. Aku