analisis set soalan bm mengikut aras taksonomi bloom
DESCRIPTION
soalan bmTRANSCRIPT
ANALISIS SET SOALAN
MENGIKUT ARAS TAKSONOMI
BLOOM.
SET SOALAN BAHASA MELAYU AKHIR TAHUN (TAHUN 4)
PENGENALAN
Set soalan ini mengandungi 40 soalan
objektif.
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4.
Aras soalan yang dibuat mengikut aras
Taksonomi Bloom.
ANALISIS JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
0
2
4
6
8
10
12
14
PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
BIL
AN
GA
N S
OA
LAN
ARAS TAKSONOMI BLOOM
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
ARAS TAKSONOMI BLOOM
ANALISIS TOPIK TATABAHASA
0
1
2
3
4
5
JUM
LAH
SO
ALA
N
TOPIK TATABAHASA
BILANGAN SOALAN TATABAHASA
ANALISIS SOALAN KEFAHAMAN
0
1
2
3
4
5
6
PETIKAN 1 PETIKAN 2
BIL
AN
GA
N S
OA
LAN
JENIS PETIKAN
ANALISIS SOALAN KEFAHAMAN
PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN
ANALISIS SETIAP SOALAN
BERDASARKAN TAKSONOMI
BLOOM
ARAS PENGETAHUAN
Soalan 1 ialah berhubung dengan topik penjodoh
bilangan.
Aras bagi soalan ini ialah aras pengetahuan.
Soalan ini menjadi antara soalan penting yang mampu
menilai kemahiran murid dalam berfikir.
Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut
dijalankan oleh murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan
kemampuan murid menguasai topik penjodoh bilangan.
Selain itu, soalan 2, soalan 3, soalan 6, soalan 14, soalan 15, soalan 17 juga merupakan soalan yang berada pada aras pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom.
Antara topik-topik bagi soalan ini ialah topik kata arah, kata majmuk, kata adjektif, kata nama, sinonim dan antonim.
Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata tersebut sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan murid untuk memilih jawapan paling tepat.
ARAS KEFAHAMAN
Bagi soalan aras kefahaman pula melibatkan sebelas
soalan yang meliputi topik penanda wacana, kata
nama, kata ganda, kata majmuk, imbuhan, kata adjektif,
sinonim dan juga antonim.
Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan
murid memilih jawapan yang sesuai berdasarkan
kefahaman mereka sebelum menjawab soalan.
Soalan yang berbentuk kata seerti yang juga menjadi antara topik
pengajaran merupakan soalan yang berada pada aras mudah di
mana murid hanya perlu memilih perkataan seerti atau
berlawanan.
Namun begitu, murid perlu mempunyai pengetahuan dan
penguasaan yang baik terhadap topik-topik tersebut sebelum
menjawab soalan ini.
ARAS APLIKASI DAN ANALISIS
Seterusnya ialah soalan aras sederhana yang melibatkan aras
aplikasi dan analisis. Terdapat sebelas bentuk soalan pada
peringkat ini.
Dalam soalan yang melibatkan penggunaan perkataan bergaris
yang betul ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh murid
yang mana murid perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam
menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul contohnya
perkataan tajam.
Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat
yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
seperti ayat majmuk dan ayat aktif.
Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada aras analisis
kerana memerlukan murid untuk memilih lebih daripada satu ayat
yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul dan tepat.
ARAS SINTESIS DAN PENILAIAN
Bagi soalan yang berdasarkan petikan ini memerlukan murid
memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap
soalan yang terdapat dalam soalan tersebut.
Soalan ini dilihat berada pada aras tinggi yang melibatkan aras
sintesis dan penilaian kerana ayat yang terapat dalam setiap
jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang
terdapat dalam petikan.
Namun begitu, kemampuan murid dalam memilih ayat
yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang
terdapat pada petikan akan membantu murid memilih
jawapan yang betul dan tepat.
Hal ini juga selari dengan objektif yang dinyatakan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang mana ingin
meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kreatif dan
kritis.
Di samping itu, soalan 40 dan soalan 35 memerlukan murid menilai
setiap jawapan sama ada berkaitan dengan petikan yang telah
dibaca atau sebaliknya.
Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman murid
terhadap petikan yang dibaca dan memberi pendapat
berhubung dengan petikan tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH