wacana dan teks
Post on 30-Nov-2015
98 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
1.0WACANA DAN TEKS
1.1 Definisi wacana
Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran
yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada
tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah:
Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Contoh wacana dalam bentuk
lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog manakala wacana dalam bentuk tulisan
terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.
Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian adalah
kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu
bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan
ayat yang tidak berhubungan.
Fonem
2
Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat, ini adalah kerana:
Dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja
tetapi turut merangkum aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat.
Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu
perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku,ataupun satu siri buku
Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi
penggunaannya.
•Contoh ayat “Mengapa bising sangat” :
Daripada segi struktur merupakan ayat tanya
Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah ayat perintah,
iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap.
Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran stuktural
(rumus) dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka
berakhir pada tahap ayat sahaja walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering
melebihi batas ayat
3
1.2 Ciri-ciri wacana
CIRI-CIRI WACANA
4
TUJUAN
Setiap wacana yang dihasilkan mestilah mempunyai tujuan. Tujuan ditentukan
oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya untuk
menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan juga menentukan jenis wacana
yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat,
ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya.
KOHESI (tautan)
Kohesi bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan
dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan
wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui
hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama,
frasa atau ayat dengan perkataan.
KOHEREN (runtutan)
Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambungan idea
yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna.
PENERIMAAN
Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca
memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan
atau tulisan.
5
MAKLUMAT
Terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada
peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan
maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan
pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini)
KEADAAN
Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk
menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan pemilihan kata, frasa
atau ayat adalah penting.
INTERTEKS
Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacana-
wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang
memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana
bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau
didengarnya itu.
6
1.3 PENANDA WACANA
Untuk memastikan keutuhan wacana,kata atau rangkai kata telah digunakan bagi
merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Unsur perangkai
ini dikenal sebagai penanda wacana.
ANALISIS WACANA YANG TERDAPAT DI DALAM TEKS
FUNGSI CONTOH PENANDA WACANA
Tambahan Begitu juga
Tambahan dan penegasan -
Pertentangan Namun begitu
Sebab dan kesan atau lanjutan -Oleh yang demikian
-oleh sebab itu
perkaitan -
Waktu -
Tempat -
Perbandingan Oleh hal yang demikian
contoh Contohnya
Penyataan semula iaitu
urutan Akhirnya
Tujuan dan maksud Hal ini adalah
harapan -
pendahuluan -
rumusan Sebagai rumusan
Singkatan -
generalisasi -
Penekanan atau penegasan Jelaslah
Bahasa klasik maka
7
2.0SEMANTIK
Dalam bidang linguistik,semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu
bahasa. Daripada segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema
yang bererti “tanda” atau “lambang”. Oleh hal yang demikian, semantik juga dapat
diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambang-lambang
yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat manakala ayat terbina daripada rentetan
kata. Oleh yang demikian, untuk meneliti makna dalam sesuatu bahasa, peringkat
bahasa yang diteliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu
morfem,kata,frasa,dan ayat. Dengan ini,semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian
tentang makna morfem,kata,frasa,dan ayat dalam sesuatu bahasa.
PERKAITAN MAKNA PERKATAAN
Daripada segi leksikal, kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai hubungan
sinonim, antonim, hiponim, polism, homonim(homofon dan homograf).
2.1 SINONIM
Sinonim ialah ungkapan atau kata yang maknanya hamper sama dengan ungkapan
atau kata lain. Sebagai contoh, kata cerdik mempunyai makna yang hampir sama
dengan kata bijak, pintar, atau pandai. Dengan ini, dikatakan cerdik, bijak, pintar, dan
pandai merupakan kata-kata yang bersinonim.
CONTOH DALAM PETIKAN SINONIM DENGAN
makna Maksud,erti
akal fikiran
seni Halus,kecil
bidang Lebar, lerang, buka
Berdasarkan jadual di atas, contoh sinonim yang terdapat dalam petikan adalah tidak
banyak. Perkataan makna bersinonim dengan maksud dan erti. Perkataan akal pula
bersinonim dengan fikiran. Selain itu, perkataan seni bersinonim dengan halus dan kecil
manakala perkataan bidang besinonim dengan lebar,lerang dan buka.
8
2.2 ANTONIM
Antonim bermaksud kata yang maknanya dianggap berlawanan dengan kata lain.
Sebagai contohnya, kata tidur berlawanan maknanya dengan kata jaga, manakala kata
berani berlawanan maknanya dengan kata takut.
CONTOH DALAM PETIKAN ANTONIM DENGAN
muda tua
turun naik
putih hitam
baik buruk
dosa pahala
Terdapat lima perkataan di dalam petikan yang dapat diketengahkan oleh pengarang.
Perkataan muda antonimnya adalah tua. Turun antonym dengan naik.putih pula
berlawanan dengan hitam.selain itu, antonym bagi baik ialah buruk dan dosa ialah
pahala.
2.3 HIPONIM
Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu sesuatu
ungkapan itu merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Sebagai
contohnya, kerusi ialah hiponim terhadap perabot kerana kerusi tergolong dalam makna
perabot. Dalam hal ini, kerusi memang perabot tetapi perabot bukanlah kerusi semata-
mata sebaliknya merangkum perabot lain.
CONTOH DALAM PETIKAN HIPONIM DENGAN
- -
Di dalam petikan tidak terdapat contok perkataan hiponim.
9
2.4 POLISM
Polism diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau
satu set makna. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polism sama dengan
homonim ,iaitu satu patah kata mempunyai lebih daripada satu makna. Banyak kata
bahasa Melayu yang tergolong sebagai polism. Antaranya ialah kata derai, jatuh,
kepala, mentah dan turun.
CONTOH DALAM PETIKAN MAKNA
jatuh -gugur
-merosot
-terbenam
-tumbang
-muflis
Terdapat satu sahaja perkataan polism di dalam petikan. Contohnya ialah perkataan
jatuh. Makna bagi perkataan jatuh ialah gugur, merosot, terbenam,tumbang dan muflis.
2.5 HOMONIM
Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada
daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang
berbeza. Contohnya lompang, pasang, rawan, sari, ulas, buku, batu dan sebagainya.
CONTOH DALAM PETIKAN MAKNA
buku i-penjodoh bilangan
ii-bongkah
Berdasarkan jadual di atas, terdapat satu perkataan homonim sahaja di dalam teks.
Contoh di dalam teks ialah buku yang member makna penjodoh bilangan dan bongkah.
10
2.6 HOMOFON
Homofon merujuk kepada kata-kata yang sama sebutannya atau bunyinya tetapi
berbeza dari segi ejaan dan maknanya. Contohnya baka dengan baqa.
CONTOH DALAM PETIKAN HOMOFON
masa massa
baka baqa
Terdapat dua contoh di dalam petikan. Contohnya ialah masa dan homofonnya ialah
massa. Bagi perkataan baka pula homofonnya ialah baqa.
2.7 HOMOGRAF
Homograf ialah kata-kata yang sama ejaannya tetapi mempunyai sebutan yang
berbeza dan sudah tentulah maknanya juga berbeza. Contohnya bela, perang,
rendang, selak, semak dan sepak.
CONTOH DALAM PETIKAN MAKNA
Semak i- Belukar
ii- meneliti
Bela i- pelihara
ii- mempertahankan
Di dalam petikan, hanya terdapat dua contoh homograf sahaja.contohnya ialh
perkataan semak yang membawa maksud belukar dan meneliti. Bagi perkataan bela
pula, homografnya ialah pelihara dan mempertahankan.
11
3.0PSIKOLINGUISTIK
Konsep Linguistik
Menurut Aitchinson (1987), ilmu linguistik didefinisikan sebagai
penyelidikan yang sistematik mengenai
bahasa iaitu ilmu yang menghuraikan kesemua
aspek bahasa dan merumuskan teori-teori
tentang bagaimana bahasa berfungsi.
Menurut Abdullah Hassan (1984) pula linguistik ialah satu
sains yang mengkaji bahasa yang
merangkumi teori-teori dan teknik-teknik yang
digunakan untuk menganalisis bahasa.
Selain itu, Nik Hassan Basri (2003)
mengatakan linguistik merupakan satu pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik
memenuhi syarat-syarat yang diperlukan
seperti dalam pengkajian bidang yang
lain.
Stork & Widdowson (1983), pula
mengatakan linguistik merupakan ilmu
pengetahuan yang mengkaji tentang
bahasa, merangkumi semua segi komunikasi
manusia daripada pemerian bunyi-bunyi
bahasa kepada analisis secara menyeluruh.
Menurut Dewan Bahasa Edisi Ketiga
(1984) linguistik merupakan satu
kajian/ilmu tentang bahasa dalam
hubungannya dengan masyarakat.
12
Konsep Psikologi
Menurut Gleitman (1986), Psikologi ditakrifkan sebagai
ilmu tentang akal budi, kadang kala disebut sebagai ilmu
tingkah laku. Bidang kajian ini cuba menjawab persoalan
tentang bagaimana organisma-organisma melakukan sesuatu
dan mengapa hal tersebut dilakukan.
Mangantar Simajuntak (1986) pula mengatakan psikologi ialah satu sains mengenai
manusia yang cuba mengkaji proses akal manusia dengan segala manifestasinya yang
mengatur perilaku manusia itu.
Selain itu, Atan Long (1976) berpendapat bahawa perkataan
psikologi berasal daripada gabungan perkataan Yunani iaitu psyche yang bermaksud
nafas, kehidupan & jiwa/semangat dan perkataan
logy yang bermakna pengkajian mengenai sesuatu. Oleh itu,
perkataan psikologi membawa erti pengkajian berkenaan jiwa
dan semangat manusia.
Aitchison pula membahagikan bidang kajian psikolinguistik kepada dua topik iaitu aspek
yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan
bahasa-bahasa pertama/ibunda dan aspek
yang berkaitan dengan proses pemahaman input bahasa dan aspek yang berkaitan dengan
ingatan dan penyimpanan maklumat bahasa
/pengetahuan bahasa
Bagi Garnhem (1905) pula, psikolinguistik adalah kajian
tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia
menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik
yang matlamatnya untuk mengetahui cara bahasa dihasilkan dan difahami.
13
KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN PEMBELAJARAN BAHASA
KEDUA
Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara
semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara
tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) :
“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan melalui
proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda
mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya
menggunakan bahasa itu.”
Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari
secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu,
dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah perlu.
Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada
pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa kedua kepada
bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian. Pelajar perlu
melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah
tertentu.
Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980)
menjelaskan :
“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu
amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang
digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek
yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.”
Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses
mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada
bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar
sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu,
pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara bersistem.
dan formal.
14
Perbezaan konsep pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
Dari segi prinsip:
-penguasaan sesuatu kemahiran bahasa
berlaku secara beransur-ansur.
-setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan
cara yang perlahan.
-kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa
untuk menguasai bahasa tersebut
-kanak-kanak belajar menggunakan bahasa
melalui pemerhatian atau pendengaran dan
kemudiannya menggunakan unsur yang
sama dalam keadaan yang serupa bagi
memberikan maknanya
-kanak-kanak mempelajari pertuturan
menurut kebiasaan tertentu
-satu proses mekanis yang membentuk
lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran
bahasa.
-mesti didahulukan dengan kemahiran
lisan.
-pelajar belajar secara membuat analogi
-makna haruslah dipelajari dalam
konteks yang dapat menerangkan
makna itu sendiri
-Pembelajaran berlaku secara formal
dan mempunyai guru
15
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
Strategi:
-melalui proses tidak formal
-satu proses yang tidak ada pilihan
-kanak-kanak, secara genetik, telah
diprogramkan untuk berjaya dalam proses
penguasaan bahasa pertama
-tidak mengalami kesulitan masa
-memerlukan usaha gigih dan
perancangan teliti
-proses yang ada pilihan
-faktor genetik tidak memainkan peranan
penting
-mengalami kesulitan masa
16
Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara pemerolehan bahasa
pertama dan pembelajaran bahasa kedua. Dari segi prinsip, penguasaan sesuatu
kemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur dalam pemerolehan bahasa
pertama. Bagi pembelajaran bahasa kedua, berlaku satu proses mekanis yang
membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Setiap kemahiran bahasa
dikuasai dengan cara yang perlahan dalam pemerolehan bahasa pertama manakala
pembelajaran bahasa kedua mesti didahulukan dengan lisan. Selain itu, kanak-kanak
tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut dalam pemerolehan
bahasa pertama manakala pelajar belajar secara membuat analogi bagi pembelajaran
bahasa kedua. Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau
pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang
serupa bagi memberikan maknanya bagi pemerolehan bahasa pertama manakala
makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri
bagi pembelajaran bahasa kedua. Di samping itu, kanak-kanak mempelajari pertuturan
menurut kebiasaan tertentu bagi pemerolehan bahasa pertama manakala bagi
pembelajaran bahasa kedua pula, pembelajaran berlaku secara formal dan mempunyai
guru.
Dari segi strategi pula, pemerolehan bahasa pertama melalui proses tidak formal
manakala pembelajaran bahasa kedua memerlukan usaha gigih dan perancangan teliti.
pemerolehan bahasa pertama merupakan satu proses yang tidak ada pilihan manakala
pembelajaran bahasa kedua pula proses yang mempunyai pilihan. Selain itu, kanak-
kanak, secara genetik, telah diprogramkan untuk berjaya dalam proses penguasaan
bahasa pertama manakala faktor genetik tidak memainkan peranan penting bagi
pembelajaran bahasa kedua. Pemerolehan bahasa pertama tidak mengalami kesulitan
masa manakala pembelajaran bahasa kedua mengalami kesulitan masa.
top related