universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · student’s learning styles was adapted and modified...
Post on 09-May-2019
218 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19: 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA BUDAYA FORMAL SEKOLAH DAN GAYA
PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NURFAIZAH BINTI ABD MAJID
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi
Pengajian Tinggi. 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
/
______________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
NO. 1, LRG HJ YUSOF, KG MELAYU, PONTIAN BESAR KIRI, 82000 PONTIAN, JOHOR.
Tarikh : 28 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERH berkuasa/organisasi berkenaan ini perlu dikelaskan sebagai SU♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcs
secara penyelidikan, atau diserpenyelidikan, atau Laporan Pro
PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
NAMA PENYELIATarikh : 28 APRIL 2008
AD, sila lampirkan surat daripada pihak dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis LIT atau TERHAD.
is bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana tasi bagi pengajian secara kerja kursus dan jek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini sudah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : 28 APRIL 2008
HUBUNGAN ANTARA BUDAYA FORMAL SEKOLAH DAN GAYA
PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NURFAIZAH BINTI ABD MAJID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NURFAIZAH BINTI ABD MAJID
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas buat ibu dan ayah tersayang
Rohani binti Yusoff
dan
Abdul Majid bin Abdul Rahman
Yang tidak jemu-jemu menitipkan
Kata-kata semangat buat anakmu ini
Tanpa kalian perjuanganku ini tak mungkin berjaya
Buat keluarga tersayang
Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah bagi
Buat rakan-rakan seperjuangan
Nurul Ain Hamsari, Norliza Othman, Norlaily Ahmad dan rakan kelas SPC
Yang sentiasa memberikan buah fikiran dan idea yang bernas
Terima kasih untuk segalanya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya,
dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Azizi Yahaya selaku
penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat serta
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyelidik menjalankan kajian ini.
Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada bonda dan ayahanda yang
disayangi kerana banyak memberi bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya
kajian ini. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan
yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah
sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu kluster atas kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.953. Soal selidik berkaitan dengan budaya formal sekolah diambil dan diubah suai dari borang pengesanan iklim atau budaya formal sekolah yang dibina oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1988). Manakala soal selidik berkaitan gaya pembelajaran pelajar diambil dan diubah suai dari soal selidik Barbe Modality Index yang telah dibina oleh Barbe (1985). Statistik deskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan serta mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson pada paras signifikan 0.05 digunakan untuk mengetahui hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran mengikut lokasi sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah guru dan pelajar harus mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the relationship between formal school culture and student’s learning styles with academic achievement. The sample consists of 234 students from five secondary schools in Pontian, Johor. The sampling has been done using the cluster on cluster random sampling method. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.953. The questionnaire for formal school culture was adapted and modified from climate or culture in formal school form constructed by Curriculum Development Centre (1988). The questionnaire for student’s learning styles was adapted and modified from Barbe Modality Index questionnaire that was created by Barbe (1985). Descriptive statistics sush as frequency, mean and standard deviation were used to analyse the dominant aspects of formal school culture and student’s learning styles and to analyse student’s academic achievement. The inferential statistics such as Pearson correlations were used at significant level 0.05 to analyze the relationship between formal school culture and student’s learning styles with academic achievement. In addition, t-test was used to analyze the difference between formal school culture and student’s learning styles toward school location. The findings from this study showed that the dominant aspect of formal school culture was social. The results showed that the dominant aspect of students’ learning style was visual. Pearson correlation analysis showed that there was significant relationship between formal school cultures with academic achievement. Moreover, there was significant relationship between student’s learning style with academic achievement. Therefore, suggestions were made in this study. The study suggested that teacher and student should identify formal school culture and student’s learning styles, so that, student can increase their academic performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xx
SENARAI SINGKATAN xxi
SENARAI LAMPIRAN xxii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
viii
1.7 Rasional Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Skop Kajian 15
1.10 Batasan Kajian 15
1.11 Definisi Istilah 16
1.11.1 Pembelajaran 16
1.11.2 Gaya Pembelajaran 16
1.11.2.1 Gaya Pembelajaran Visual 17
1.11.2.2 Gaya Pembelajaran Auditori 17
1.11.2.3Gaya Pembelajaran Kinestetik 17
1.11.3 Budaya 18
1.11.4 Budaya Formal Sekolah 18
1.11.4.1 Budaya Formal Sekolah 19
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal
1.11.4.2 Budaya Formal Sekolah 19
Berdasarkan Dari Aspek Sosial
1.11.4.3 Budaya Formal Sekolah 19
Berdasarkan Dari Aspek Budaya
Ilmu
1.11.5 Lokasi Sekolah 20
1.11.6 Pelajar 20
1.11.7 Guru 20
1.11.8 Pencapaian Akademik 21
1.11.9 Mata Pelajaran 21
1.11.10 Kesimpulan 21
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 22
2.2 Budaya Formal Sekolah 23
2.2.1 Budaya Formal Sekolah Berdasarkan 24
Dari Aspek Fizikal
ix
2.2.2 Budaya Formal Sekolah Berdasarkan 24
Dari Aspek Sosial
2.2.3 Budaya Formal Sekolah Berdasarkan 25
Dari Aspek Budaya Ilmu
2.3 Sorotan Kajian Dalam Negara Mengenai 26
Budaya Formal Sekolah
2.3.1 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 28
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal
2.3.2 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 29
Berdasarkan Dari Aspek Sosial
2.3.3 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 30
Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu
2.4 Sorotan Kajian Luar Negara Mengenai 31
Budaya Formal Sekolah
2.4.1 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 31
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal
2.4.2 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 32
Berdasarkan Dari Aspek Sosial
2.4.3 Sorotan Kajian Budaya Formal Sekolah 32
Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu
2.5 Teori dan Model Berkenaan dengan 33
Budaya Formal Sekolah
2.5.1 Model OHI 33
(Organization Health Inventory)
2.5.2 Model Iklim Organisasi 35
2.5.3 Model Organisasi Berkesan 37
(Organizational Effectiveness Model)
2.5.4 Penggunaan Model Organisasi Berkesan 39
Sebagai Model Kajian
2.6 Gaya Pembelajaran Pelajar 40
2.7 Sorotan Kajian Dalam Negara Mengenai 41
Gaya Pembelajaran
2.8 Sorotan Kajian Luar Negara Mengenai 46
Gaya Pembelajaran
x
2.9 Teori dan Model Berkenaan dengan Gaya 50
Pembelajaran
2.9.1 Teori Gaya Pembelajaran Kolb (1984) 50
2.9.2 Teori Gaya Pembelajaran Filder dan 52
Silverman (1988)
2.9.3 Model Gaya Pembelajaran (VAK), 53
Barbe (1987)
2.9.4 Penggunaan Model Gaya Pembelajaran 56
(VAK), Barbe (1987) Sebagai Model
Kajian
2.10 Kerangka Kajian 57
2.10.1 Penggunaan Kerangka Kajian 58
2.11 Kesimpulan 58
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 59
3.2 Reka Bentuk Kajian 59
3.3 Populasi Kajian 60
3.4 Sampel Kajian 61
3.5 Instrumen Kajian 64
3.6 Prosedur Kajian 67
3.7 Kajian Rintis 68
3.8 Kaedah Analisis Data 69
3.9 Kesimpulan 74
xi
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 75
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 76
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian. 81
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Budaya 81
Formal Sekolah yang Paling Dominan
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal, Sosial
dan Budaya Ilmu?
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Gaya 89
Pembelajaran Pelajar yang Paling
Dominan Berdasarkan Dari Aspek
Visual, Auditori dan Kinestetik yang
Diamalkan Oleh Pelajar Sekolah?
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Tahap 98
Pencapaian Akademik Di Kalangan
Pelajar Sekolah?
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Apakah Tahap 99
Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut
Lokasi Sekolah?
4.3.5 Persoalan Kajian 5: Apakah Tahap 100
Budaya Formal Sekolah Mengikut
Lokasi Sekolah?
4.3.6 Persoalan Kajian 6: Adakah Terdapat 101
Hubungan yang Signifikan Antara
Budaya Formal Sekolah Berdasarkan
Dari Aspek Fizikal, Sosial dan
Budaya Ilmu dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar Sekolah?
4.3.6.1 Pengujian Hipotesis Nol 1: Tidak 101
Terdapat Hubungan yang
Signifikan Antara Budaya Formal
Sekolah Berdasarkan Dari Aspek
xii
Fizikal, Sosial dan Budaya Ilmu
dengan Pencapaian Akademik
Di Kalangan Pelajar Sekolah
4.3.7 Persoalan Kajian 7: Adakah Terdapat 104
Hubungan yang Signifikan Antara Gaya
Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari
Aspek Visual, Auditori dan Kinestetik
dengan Pencapaian Akademik Di
Kalangan Pelajar Sekolah?
4.3.7.1 Pengujian Hipotesis Nol 2: Tidak 104
Terdapat Hubungan yang
Signifikan Antara Gaya
Pembelajaran Pelajar Berdasarkan
Dari Aspek Visual, Auditori dan
Kinestetik dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan
Pelajar Sekolah
4.3.8 Persoalan Kajian 8: Adakah Terdapat 107
Perbezaan yang Signifikan Antara
Budaya Formal Sekolah Berdasarkan
Dari Aspek Fizikal, Sosial dan
Budaya Ilmu?
4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 3: Tidak 107
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Budaya Formal Sekolah
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal,
Sosial dan Budaya Ilmu
Mengikut Lokasi Sekolah
4.3.9 Persoalan Kajian 9: Adakah Terdapat 111
Perbezaan yang Signifikan Antara
Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan
Dari Aspek Visual, Auditori dan Kinestetik
Mengikut Lokasi Sekolah?
xiii
4.3.9.1 Pengujian Hipoteis Nol 4: Tidak 111
Terdapat Perbezaan yang
Signifikan Antara Gaya
Pembelajaran Pelajar Berdasarkan
Dari Aspek Visual, Auditori
dan Kinestetik Mengikut
Lokasi Sekolah
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 115
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 116
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 117
5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Budaya 118
Formal Sekolah yang Paling Dominan
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal,
Sosial dan Budaya Ilmu
5.2.3 Perbincangan Hasil Analisis Gaya 120
Pembelajaran Pelajar yang Paling
Dominan Berdasarkan Dari Aspek
Visual, Auditori dan Kinestetik
5.2.4 Perbincangan Hasil Analisis Tahap 122
Pencapaian Akademik Di Kalangan
Pelajar Sekolah
5.2.5 Perbincangan Hasil Analisis Tahap 123
Pencapaian Akademik Pelajar
Mengikut Lokasi Sekolah
5.2.6 Perbincangan Hasil Analisis Tahap 123
Budaya Formal Sekolah Mengikut
Lokasi Sekolah
xiv
5.2.7 Perbincangan Hasil Analisis 124
Sama Ada Terdapat Hubungan
yang Signifikan Antara
Budaya Formal Sekolah Berdasarkan
Dari Aspek Fizikal, Sosial dan
Budaya Ilmu Dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar Sekolah
5.2.8 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 128
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Gaya Pembelajaran pelajar
Berdasarkan Dari Aspek Visual,
Auditori dan Kinestetik dengan
Pencapaian Akademik di Kalangan
Pelajar Sekolah
5.2.9 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 131
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Budaya Formal Sekolah
Berdasarkan Dari Aspek Fizikal, Sosial
dan Budaya Ilmu Mengikut
Lokasi Sekolah
5.2.10 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 132
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Gaya Pembelajaran Pelajar
Berdasarkan Dari Aspek Visual,
Auditori dan Kinestetik Mengikut
Lokasi Sekolah
5.3 Rumusan Kajian 133
5.4 Cadangan Kajian 136
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 142
5.6 Kesimpulan 143
xv
RUJUKAN 144
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 152
LAMPIRAN B 160
LAMPIRAN C 161
LAMPIRAN D 162
LAMPIRAN E 164
LAMPIRAN F 165
LAMPIRAN G 166
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Ciri-Ciri Budaya Formal Sekolah
26
2.2 Gambaran Model OHI
34
3.1 Bilangan Populasi Pelajar Tingkatan Empat Bagi Setiap Sekolah
61
3.2 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan (1970)
62
3.3 Bilangan Sampel Pelajar Tingkatan Empat Bagi Setiap Sekolah
64
3.4 Perincian Item Soal Selidik ( Bahagian B )
65
3.5 Perincian Item Soal Selidik (Bahagian C)
66
3.6 Kaedah Pemeringkatan Skala Likert Lima Mata
66
3.7 Nilai Alfa Cronbach Bahagian B dan C
69
3.8 Ringkasan Pengujian Statistik Persoalan Kajian
70
3.9 Pengkelasan Tahap Berdasarkan Skor Min
71
3.10 Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian
71
3.11 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan
72
3.12 Analisis Korelasi Pearson
72
3.13 Klasifikasi Kekuatan Korelasi
73
xvii
3.14 Skor Pencapaian Mata Pelajaran
73
3.15 Tahap Pencapaian Akademik
74
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Pelajar Mengikut Lokasi Sekolah
76
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Pelajar Mengikut Jantina
77
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Pelajar Mengikut Bangsa
78
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Pelajar Mengikut Pencapaian Mata Pelajaran (n=234)
80
4.5 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Fizikal (n=234)
83
4.6 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Peryataan Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Sosial (n=234)
85
4.7 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu (n=234)
88
4.8 Taburan Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Dalam Budaya Formal Sekolah
8.9
4.9 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Dari Aspek Visual (n=234)
92
4.10 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Dari Aspek Auditori (n=234)
94
4.11 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Dari Aspek Kinestetik (n=234)
96
4.12 Taburan Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Dalam Gaya Pembelajaran (n=234)
97
4.13 Taburan Frekuensi dan Peratus Pelajar Mengikut Tahap Pencapaian Akademik (n=234)
98
xviii
4.14 Taburan Tahap Pencapaian Akademik Pelajar
Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
99
4.15 Taburan Tahap Budaya Formal Sekolah Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
100
4.16 Korelasi Pearson Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Fizikal dengan Pencapaian Akademik
101
4.17 Korelasi Pearson Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Sosial dengan Pencapaian Akademik
102
4.18 Korelasi Pearson Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu dengan Pencapaian akademik
103
4.19 Korelasi Pearson Budaya Formal Sekolah Secara Keseluruhan dengan Pencapaian Akademik
103
4.20 Korelasi Pearson Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Visual dengan Pencapaian Akademik
104
4.21 Korelasi Pearson Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Auditori dengan Pencapaian Akademik
105
4.22 Korelasi Pearson Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Kinestetik dengan Pencapaian Akademik
106
4.23 Korelasi Pearson Gaya Pembelajaran Pelajar Secara Keseluruhan dengan Pencapaian Akademik
107
4.24 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Fizikal Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
108
4.25 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Sosial Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
109
xix
4.26
Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
110
4.27 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Budaya Formal Sekolah Secara Keseluruhan Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
110
4.28 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Visual Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
111
4.29 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Auditori Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
112
4.30 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Dari Aspek Kinestetik Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
113
4.31 Taburan Min dan Nilai Signifikan (Ujian-t) Bagi Perbezaan yang Signifikan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar Secara Keseluruhan Mengikut Lokasi Sekolah (n=234)
114
xx
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
2.3 Iklim Organisasi
36
2.2 Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)
38
2.3 Gaya Pembelajaran Dominan Mengikut Teori Gaya Pembelajaran Kolb (1984)
52
2.4 Kerangka Kajian Mengenai Budaya Formal Sekolah dan Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut Model Organisasi Berkesan dan Model Gaya Pembelajaran (VAK), Barbe (1987)
58
xxi
SENARAI SINGKATAN
SPSS Standard Package for Social Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KPLI Kursus Pengajian Guru Lepasan Ijazah
PLSP Preferences Learning Style Pupil
LCD Liquid Crystal Display
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PMR Penilaian Menengah Rendah
ESL English as Second Language
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
ST Sangat Setuju
SP Sisihan Piawai
xxii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kajian 152
B Surat Pengesahan Item 160
C Kebolehpercayaan Soal Selidik 161
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada EPRD, KPM
162
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada JPNJ
164
F Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai
165
G Surat Kebenaran Menulis Laporan Akhir
Projek Sarjana Muda (PSM) Melebihi 100
Muka Surat
166
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi
diri individu. Setiap individu berpotensi mencapai kecemerlangan dalam akademik
jika diberi pendedahan dan bimbingan yang secukupnya. Menurut Entwistle (1981),
pendidikan bukan satu proses yang pasif dalam menerima ilmu pengetahuan. Para
pelajar harus aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan
itu, pembelajaran sepatutnya melibatkan pelbagai aktiviti seperti keperluan untuk
mengingat, membuat perkaitan antara maklumat baru dan lama, mengimplementasi
teori idea atau pengetahuan akademik dalam kehidupan seharian, mempunyai
pendirian dan menilai sesuatu perkara secara kritikal.
Sekolah adalah sebagai sebuah organisasi formal yang mempunyai matlamat
tertentu. Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat
kecil yang mempunyai budaya tersendiri. Menurut Mohd Salleh (1997), dalam
pengisian budaya formal sekolah, guru memainkan peranan penting dalam
memahami matlamat sekolah jangka pendek dan panjang. Sebagai contoh, guru
berbincang mengenai perkembangan sistem pembelajaran termasuk kurikulum yang
memang menjadi agenda penting setiap tahun.
2
Menurut Ee (1994), matlamat pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) ialah usaha yang berterusan bagi melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Secara umumya,
ada beberapa kajian telah menunjukkan bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh
kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Terdapat jurang perbezaan dalam
pendidikan telah wujud di antara bandar dan luar bandar maka usaha telah diambil ke
arah pengurangan jurang tersebut. Ini dilakukan dengan cara menyediakan
kemudahan-kemudahan kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.
Menurut Mohd Salleh (1997), kedudukan kawasan sekolah dianggap sebagai
faktor utama yang mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan. Kajian Ong
(2001), telah menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang belajar di sekolah luar
bandar adalah rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar di sekolah
bandar. Menurut Amir (2006), budaya formal sekolah merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Maka boleh
dikatakan bahawa budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan
budaya ilmu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
Secara umumnya, pembelajaran bertambah kompleks ketika menghadapi Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di mana
keputusan pelajar pada peperiksaan ini memberi kesan yang besar pada masa depan
mereka. Menurut Ee (1996), dalam usaha untuk mengadakan pengajaran yang
berkesan guru hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
mereka. Justeru itu, guru perlu mengetahui gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya
agar dapat merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk proses pembelajaran dan
pengajaran yang efektif.
Menurut Ramlan dan Lily Mastura (2005), dalam proses pendidikan di
sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi kegiatan belajar merupakan kegiatan
yang paling utama dan terpenting. Ini membawa maksud bahawa terlaksana atau
3
tidaknya pendidikan itu bergantung kepada proses pembelajaran yang berlaku di
dalam kelas atau di luar kelas. Menurut Ford (1992), kejayaan seseorang itu bukan
hanya boleh diusahakan oleh seseorang itu sahaja malah kejayaan di dalam
pendidikan adalah merupakan hasil usaha sokongan dari pelbagai pihak. Bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendaklah
berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Menurut
Ainon dan Abdullah (2005), keberkesanan sesuatu pengajaran amat bergantung
kepada kualiti seseorang guru. Guru yang komited dan beriltizam akan menjamin
kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, sistem pendidikan di
Malaysia perlu dinamik, dengan memberi penekanan pada aspek budaya formal
sekolah. Selain itu, pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar penting dalam
merancang pengajaran agar dapat melahirkan pelajar yang berpotensi untuk
mencapai kecemerlangan akademik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebagai sebuah negara yang mengorak langkah ke arah pendidikan bertaraf
dunia dan berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), maka langkah-
langkah harus diatur dengan bijak dan teratur supaya matlamat pendidikan tercapai.
Menurut Schofield (1972) yang dipetik oleh Abdul Rahman dan Zakaria (1994),
menyatakan bahawa pendidikan adalah sama dengan pengalaman iaitu pengalaman
organisma hidup yang berinteraksi dengan persekitaran. Menurut Abdul Rahman
dan Zakaria (1994), menyatakan bahawa pendidikan adalah sesuatu proses, tetapi ia
bukanlah sebarang proses. Proses pendidikan mempunyai ciri-ciri tertentu
antarannya ialah mengenai proses yang memerlukan masa yang lama sebelum orang
yang terlibat menjadi orang yang terdidik. Satu lagi ciri pendidikan adalah
merupakan satu perkataan tugas dan pendidikan juga dikaitkan dengan pencapaian.
4
Justeru itu, proses pendidikan dianggap sebagai tugas yang berhubung dengan
pencapaian.
Menurut Hishammuddin (2007), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah membentangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
PIPP merupakan suatu perubahan sosial yang telah menggariskan enam teras strategi
antaranya merapatkan jurang pendidikan. PIPP menekankan dari segi aspek
merapatkan jurang pendidikan di sekolah bandar dan di sekolah luar bandar. KPM
telah memperuntukan bantuan kewangan bagi menyediakan kemudahan di sekolah
luar bandar.
Menurut Shaharir (1996), cabaran kedua ‘Wawasan 2020’ menegaskan
bahawa kita perlu mewujudkan bangsa Malaysia yang terunggul secara psikologi
atau berjiwa bebas, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri. Selain itu, dalam
pengenalan wawasan 2020 diungkapkan bahawa kita mesti menjadi negara maju
mengikut acuan kita sendiri. Justeru itu, peranan nilai dan budaya dalam
pembentukan negara Malaysia maju harus dipertimbangkan. Maka generasi muda
menjadi teras kepada pembangunan negara. Namun menurut Mohammad dan Ang
(1987), untuk membawa seseorang itu ke arah kegemilangan, maka tindakan harus
dilakukan lebih awal iaitu melalui proses memperkembangkan potensi individu
secara berterusan sejak dari peringkat sekolah lagi.
Justeru itu, pihak sekolah harus mewujudkan budaya formal sekolah yang
berkesan bagi salah satu cara memastikan kecemerlangan para pelajar. Menurut
Mohd Salleh (1997), budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-
kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan
tindakan kebiasaan yang mengambarkan cara hidup mereka. Menurut Amir (2006),
perbezaan budaya adalah ketara di antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.
Namun begitu, adalah sukar untuk mencari budaya formal sekolah yang piawai dan
boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Menurut Ee (1996), terdapat garis panduan
5
ringkas yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1988), untuk mengesan
tahap budaya formal sekolah dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2007, perancangan
kurikulum dan pembangunan perisian tidak seimbang dengan pembangunan
infrastruktur. Sebanyak 138 buah sekolah menengah di seluruh negara masih lagi
tidak mempunyai makmal komputer dan 25 buah tidak mempunyai makmal Sains.
Ekoran itu, kekurangan infrastruktur akan memberi kesan yang negatif kepada
pencapaian akademik pelajar. Maka pencapaian akademik pelajar yang tidak
cemerlang adalah bukan disebabkan oleh kecerdasan pelajar semata-mata.
Pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh faktor lain antaranya seperti
budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal yang menekankan tentang
infrastruktur (http://www.tutor.com.my/tutor/dunia, 2007).
Secara umumnya, pelajar di sekolah bandar mempunyai prestasi akademik
yang baik berbanding dengan pelajar di sekolah luar bandar. Menurut Nahar (2005),
pada tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri dari sekolah menengah luar bandar telah
mendapat 17A1 dalam SPM. Namun begitu, bilangan pelajar yang cemerlang di
sekolah menengah luar bandar adalah sedikit, kebanyakan pelajar mendapat
keputusan yang sederhana.
Pencapaian akademik amat berkait rapat dengan gaya pembelajaran pelajar.
Menurut Wan Zuraida (2002), terdapat pelbagai cara pembelajaran pelajar seperti
memahami, berbincang, pembelajaran secara sendiri, pembelajaran berkumpulan dan
sebagainya. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Oleh itu,
Pelajar yang cemerlang mempunyai gaya pembelajaran yang efektif. Menurut
Shahabuddin dan Rohizani (2004), pembelajaran dan pengajaran harus
mementingkan kreativiti dan minat setiap pelajar.
6
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Namun walaupun sistem pendidikan diperbaiki dari masa ke semasa,
terdapat juga pelajar yang masih mendapat keputusan yang rendah dalam PMR dan
SPM. Selain melihat aspek budaya formal sekolah, gaya pembelajaran pelajar harus
dikenal pasti bagi merancang pengajaran yang paling efektif untuk
memperkembangkan potensi para pelajar.
Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti budaya formal sekolah
dan gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan. Setelah budaya formal sekolah
dan gaya pembelajaran dikenal pasti, maka proses pengajaran pembelajaran dapat
diperbaiki. Guru harus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai supaya
lebih proaktif dan berkesan kepada para pelajar. Maka persekitaran sekolah harus
dalam keadaan yang selesa dan pendekatan pengajaran harus dipelbagaikan supaya
dapat memberi peluang kepada para pelajar belajar dengan lebih baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam menghadapi cabaran abad ke-21, pengetahuan asas mengenai
pendidikan adalah sesuatu yang relevan dan perlu diperkukuhkan supaya perspektif
baru dalam menjana perubahan untuk pendidikan dapat dilakukan dengan berkesan.
Pendidikan di Malaysia sekarang dikatakan tertumpu kepada usaha untuk mencapai
matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara industri. Maka sekolah yang
dianggap sebagai agen pembudayaan menjadi suatu medan untuk mencapai matlamat
ini. Namun sesetengah sekolah yang terlalu ghairah untuk menjadi sebuah sekolah
yang cemerlang, terlampau berorientasikan kepada akademik.
7
Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah setiap sekolah mempunyai
budaya tersendiri. Terdapat sekolah yang menekankan tindakan instrumental yang
mana lebih menumpukan kepada matlamat sekolah pada masa akan datang dan lebih
berorientasikan peperiksaan. Namun terdapat juga sekolah yang memberi penekanan
pada tindakan ekspresif iaitu menumpukan kepada kegiatan kokurikulum dan nilai-
nilai afektif. Sehubungan dengan itu, para pelajar dipengaruhi oleh budaya formal
sekolah mereka. Secara umumnya, terdapat perbezaan budaya formal sekolah di
antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar yang mempengaruhi para pelajar.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji budaya formal sekolah dari
aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu di antara pelajar sekolah. Penyelidik ingin
mengenal pasti budaya formal sekolah yang paling dominan berdasarkan dari aspek
fizikal, sosial dan budaya ilmu. Penyelidik juga ingin mengetahui sama ada terdapat
hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dengan pencapaian
akademik pelajar. Selain itu, penyelidik ingin mengetahui sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara budaya formal sekolah mengikut lokasi sekolah.
Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi
individu. Maka pelajar harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar
pelajar dapat memberi fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. Setiap individu
mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Oleh itu setiap minit yang diperuntukkan
akan hanya bermakna sekiranya pelajar itu dapat memahami dan mengingati fakta
dan konsep penting pelajaran berkenaan.
Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengenal pasti gaya pembelajaran
pelajar yang paling dominan berdasarkan dari aspek visual, auditori dan kinestetik.
Penyelidik juga ingin mengkaji sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik. Selain itu, penyelidik ingin
mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar mengikut lokasi sekolah.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah mengenai hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya
pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah.
Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti budaya formal sekolah yang paling dominan berdasarkan dari
aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu
1.4.2 Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan berdasarkan
dari aspek visual, auditori dan kinestetik yang diamalkan oleh pelajar sekolah
1.4.3 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah
1.4.4 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar mengikut lokasi sekolah
1.4.5 Mengenal pasti tahap budaya formal sekolah mengikut lokasi sekolah
1.4.6 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara budaya
formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah
1.4.7 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran pelajar berdasarkan dari aspek visual, auditori dan kinestetik
dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah
1.4.8 Mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara budaya
formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu dan
gaya pembelajaran pelajar berdasarkan dari aspek visual, auditori dan
kinestetik mengikut lokasi sekolah.
9
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah budaya formal sekolah yang paling dominan berdasarkan dari aspek
fizikal, sosial dan budaya ilmu?
1.5.2 Apakah gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan berdasarkan dari
aspek visual, auditori dan kinestetik yang diamalkan oleh pelajar sekolah?
1.5.3 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah?
1.5.4 Apakah tahap pencapaian akademik pelajar mengikut lokasi sekolah?
1.5.5 Apakah tahap budaya formal sekolah mengikut lokasi sekolah?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah
berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu dengan pencapaian
akademik di kalangan pelajar sekolah?
1.5.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan dari aspek visual, auditori dan kinestetik dengan pencapaian
akademik di kalangan pelajar sekolah?
1.5.8 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara budaya formal sekolah
berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu mengikut lokasi
sekolah?
1.5.9 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar
berdasarkan dari aspek visual, auditori dan kinestetik mengikut lokasi
sekolah?
top related