universiti edisi 2010: bil. 4 km ebangsaan alaysia … jkees 2010 dis.pdf · acara sukaneka pada...
Post on 31-Jan-2018
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 1
P enat jerih sejak awal tahun berhas i l akhirnya apabila
hasrat Ketua Jabatan un-tuk mengadakan Kolokium dan Sanggar Kerja JKEES 2010 terlaksana dengan jayanya pada 15-17 Okto-ber yang lalu. Bertempat di Bukit Gambang Resort City, program ini telah ber-jalan dengan jayanya dan dihadiri oleh hampir kese-mua kakitangan jabatan.
L a w a t a n s e r t a penilaian akreditasi pada t a h u n 2 0 0 8 t e l a h membolehkan program-p r o g r a m J a b a t a n memperolehi 3 tahun pengakreditasian dan seterusnya akan cuba u n t uk m end a p a tk a n selebihnya (2 tahun akreditasi) yang akan dijangka hadir pada awal tahun 2011. Sebagai
l a n g k a h - l a n g k a h p e r s e d i a a n s e r t a penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung, acara sebegini amat diperlukan.
P e n g a n j u r a n kolokium dan sanggar kerja ini juga bertujuan bagi meningkatkan KPI kumpulan penyelidikan yang terdapat di jabatan. Penyelidik senior yang telah mengetuai geran-geran pen ye l id i k an j uga diharap dapat berkongsi m a k l u m a t d a n pengalaman dengan pensyarah baru demi meningkatkan mutu penyelidikan di Jabatan khasnya dan UKM amnya. Perkongsian i lmu di kalangan
KOLOKIUM & SANGGAR
KERJA JKEES 2010
Edisi 2010: Bil. 4
Kandungan...
1
3
3
4
5
BBBULETINULETINULETIN National University of Malaysia
UNIVERSITI
KEBANGSAAN
MALAYSIA
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
kakitangan akademik b a g i t u j u a n p e n a m b a h b a i k a n berterusan (CQI) demi meningkatkan imej dan kreadibiliti kumpulan penyelidikan di jabatan.
Selain itu, ia juga
dapat merapatkan lagi
h u b u n g a n s e r t a
silaturrahim di kalangan
kakitangan akademik
dan juga sokongan di
samping membentuk
semangat kerjasama
yang tinggi dalam
m e l a k s a n a k a n
perancangan Jabatan
untuk tahun-tahun yang
mendatang.
Lagi berita di muka 2
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 2
Edisi 2010: Bil. 4
B e r i k u t d isenaraikan tu lang belakang utama yang telah berusaha keras bagi m em as t ik an has ra t jabatan ini tercapai:
Penasihat: Prof. Madya Dr. Hafizah Husain
Pengerusi: Dr. Sawal Hamid Md Ali
Naib Pengerusi: Dr. Nasharuddin Zainal
Setiausaha: Cik Junaidah Damri
Bendahari: Cik Aida Baharuddin
Biro Program
: Puan Wan Mimi Diyana Wan Zaki
: Encik Ahmad Ashrif A Bakar
Biro Tugas-Tugas Khas
: Encik Mohamad Shobbri Hashim
: Encik Mohd Jeffri Kamaruddin
: Cik Nor Jaziha Mat Jalil
Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 pe ta ng pa da ha r i pertama. Seterusnya, ialah sesi taklimat ringkas berserta dengan ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Hafizah Husain selaku ketua jabatan. Kak itangan sokongan dan akademik dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk sesi perbincangan. Program pada malam ini berakhir pada kira-kira jam 11.00 malam.
Hari kedua adalah
sesi sukaneka antara
kak i tangan beser ta
keluarga masing-masing.
Aktivit i ini ternyata
menjadi aktiviti yang
berjaya merapatkan lagi
perhubungan di antara
kakitangan sokongan dan
a k a d e m i k b e r i k u t
p e n g l i b a t a n s e t i a p
individu untuk setiap
a c a r a y a n g
dipertandingkan.
A n t a r a a c a r a
s u k a n e k a y a n g
dipertandingan adalah
cari gula-gula dalam
tepung, tiup belon sampai
pecah, isi air dalam botol,
lontaran kasih dan bola
Sambungan:
KOLOKIUM & SANGGAR KERJA JKEES 2010
sepak. Seterusnya pada
malam hari diadakan
maj l is penyampaian
hadiah bagi pemenang
acara sukaneka pada
sebelah pagi.
Majlis itu juga turut
d i s e r i k a n d e n g a n
penyampaian hadiah
cabutan bertuah. Lebih
membanggakan, tiada
seorang kakitangan pun
yang pulang dengan
tangan kosong pada
malam itu.
Antara foto kenangan majlis Kolokium & Sanggar Kerja JKEES 2010
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 3
Edisi 2010: Bil. 4
Berita Kecemerlangan:
Hadiah Penerbitan ANGKASA 2010
B ersempena dengan tahun Malaysia Inovatif 2010, Agensi Angkasa Negara
(ANGKASA) telah mengambil inisi-atif untuk menganjurkan Hadiah Penerbitan Angkasa 2009 (HPA 09) buat kali ketujuh dalam usaha untuk meningkatkan budaya penulisan dan penerbitan ilmiah serta menanamkan budaya kecintaan terhadap kecemerlangan di kalan-gan masyarakat dalam bidang ang-kasa di Malaysia.
Pertandingan ini adalah ter-buka kepada mana-mana individu yang terlibat dalam bidang angkasa seluruh negara yang telah mengha-silkan penerbitan merangkumi ker-tas kerja ilmiah dalan bidang ang-kasa pada tahun 2009, penerbitan buku asli sama ada telah diterbitkan atau manuskrip (telah mempunyai surat penerimaan untuk penerbitan) dan tesis ilmiah dalam bidang ang-kasa pada sesi 2009 2010.
Ahli jabatan ternyata cemer-lang berikutan kejayaan menerima anugerah seperti tersenarai:
Anugerah Penerbitan di Majalah/
Jurnal/ E-Jurnal:
Tempat Pertama:
Penulis: Alina Marie Hasbi, Mohammed Awad Momani, Mohd. Alauddin Mohd. Ali, Norbahiah Misran
Tajuk: Ionospheric And Magnetic Disturbances During The 2005 Sumatran Earthquakes
Hadiah: RM 2,500.00
Tempat kedua:
Penulis: Muhammad Saadi, Mardina Abdullah
Tajuk: Development of TEC Map Over Equatorial Anomaly Using GPS Data
Hadiah: RM 1,500.00
Tempat Ketiga:
Penulis: R. Anwar, M.T. Islam, Norbahiah Misran, G. Gopir, B. Yatim
Tajuk: Development of A Multiband VHF Antenna For Low-Frequency Transient Radio Telescope
Hadiah: RM 1,000.00
Kategori Pembentangan di
Persidangan
Tempat ketiga:
Penulis: Mardina Abdullah, Siti Aminah Bahari, Baharudin Yatim
Tajuk: Variations of TEC Over Different Regions During Ionospheric Storms
Hadiah: RM 800.00
Kategori Kertas Kerja Professional dalam Bidang
Aplikasi Angkasa
Tempat Ketiga:
Penulis: Mardina Abdullah, Hal J. Strangeways, David M.A. Walsh
Tajuk: Improving Ambiguity Resolution Rate With An Accurate Ionospheric Differential Correction
Hadiah: RM 1,000.00
Kategori Tesis Ilmiah
Peringkat Pra-siswazah:
Penulis: Yap Kok Wai, Hilmi Sanusi
P ada 30 Nov 2010 yang lalu, jabatan telah menjemput penceramah dari ControlEz
Technology iaitu En. Kenny Ang Teoh Ong untuk menyampaikan satu ceramah teknikal bertajuk “Industrial Programmable Logic Controller” bertempat di Dewan Kuliah 2. En. Kenny merupakan panel penasihat industri (IAP) jabatan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang sistem kawalan. Ceramah selama 2 jam ini telah disasarkan kepada pelajar tahun 4 kursus KL4023 - Rekabentuk Sistem Kawalan. Dalam aktiviti ini, di samping didedahkan tentang sistem kawalan dalam industri, para pelajar juga telah diberi satu demo tentang penggunaan PLC. Latihan dan kuiz diberikan di akhir sesi ini untuk menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang topik yang dipelajari. Ceramah ini dijalankan atas usaha pensyarah jabatan iaitu Pn. Hamimi Fadziati dan En. Yushaizad Yusof.
Ceramah Teknikal:
Rekabentuk Sistem
Kawalan
Penceramah: En. Kenny Ang
Artikel ini disediakan oleh Pn. Hamimi Fadziati A. Wahab
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 4
Edisi 2010: Bil. 4
P ada 15 hingga 18 November yang lalu, jabatan telah menerima kunjungan Pro-
fesor Yun Soon Fatt, dari Nanyang Technological University, Singa-pore bagi menilai program Sarjana dan Sarjanamuda Mikroelektronik yang ditawarkan oleh JKEES.
Lawatan ini merupakan keperluan jabatan bagi memenuhi keperluan MQA (Agensi Kelaya-kan Malaysia), EAC (Engineering Accreditation Council), dan ISO (International Organization for Standardization).
Bagi memenuhi keperluan ini, 2 siri lawatan perlu diatur un-tuk tempoh 5 tahun.
Lawatan penilai luar ini adalah bagi memastikan kualiti dan pencapaian bagi kursus berada pada tahap yang ditetapkan dan juga bertindak sebagai pemerhati luar yang me-mantau praktik yang adil dalam penilai sesuatu program dan pres-tasi pelajar.
Antara tugas dan tanggungjawab lain seorang penilai luar adalah
menilai dan menyemak
kurikulum bagi program p r a s i s w a z a h d a n siswazah.
Menilai kualiti kakitangan,
kelayakan dan pendeda-han mereka kepada indus-tri, ini merangkumi juga penilaian bagi beban kerja seseorang kakitangan akademik dalam penga-jaran, penyelidikan, kon-sultansi dan penyeliaan projek pelajar.
Meni la i n isbah pen-
syarah:pelajar dan beban pelajar dan membantu ja-batan dalam menentukan tindakan pembetulan se-kiranya keperluan yang dicadangkan tidak tepat.
Menilai dan menyemak
proses dan persediaan
k e r t a s p e p e r i k s a a n (prosedur penyediaan, se-makan, jaminan kualiti, kerahsiaan dan keselama-tan).
Menyemak kertas peperik-
saan dan skema markah untuk soalan, silibus yang dirangkumi, keseimbangan antara teori dan aplikasi, sama ada soalan adalah pada tahap yang berse-suaian, pemilihan soalan yang betul, dan kesesuaian skema pemarkahan.
Menilai skrip jawapan pelajar
yang telah disemak untuk memastikan markah diberi-kan mengikut skema jawa-pan. Perkara ini meliputi:
Sampel adalah dari pela-
jar bagus, pelajar biasa dan pelajar lemah
Keadilan atau tidak bagi
sistem pemarkahan, kae-dah follow-through yang diambil di mana satu ba-hagian jawapan salah, respon calon terhadap soalan tersebut dan pem-bahagian markah.
Menilai dan membantu
pembangunan garis pan-duan kursus, kerja mak-mal, tugasan, reka bentuk projek dan projek tahun
LAWATAN PROF YUN SOON FATT (PENILAI LUAR)
akhir. Ini merangkumi cadangan pembaikan perlu dan/atau topik baru kepada kurikulum.
Menilai prosedur dan
peraturan peperiksaan
Komited terhadap pen-
gurusan program yang dinilai.
Meyediakan laporan
dan maklum balas untuk penambahbaikan kualiti berterusan.
Lawatan dimulai dengan sesi takli-mat ringkas oleh Ketua Jabatan berkenaan jabatan dan fakulti. Antara aktiviti sepanjang lawatan beliau adalah menyemak PEO dn PO serta kurikulum dan fail penga-jaran. Tidak ketinggalan, beliau juga dibawa melawat makmal un-tuk meninjau kemudahan yang ditawarkan dan projek pelajar yang disimpan di makmal.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang dialami kaki-tangan akademik dan sokongan, satu sesi temuramah bersama kakitangan turut diatur.
Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan kualiti pro-gram jabatan. Hasil pemerhatian beliau direkodkan dalam laporan beliau dan menjadi rujukan kaki-tangan jabatan sebagai satu lang-kah penambahbaikan berterusan yang dipraktikkan di JKEES.
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 5
PEKA 2010
Edisi 2010: Bil. 4
S ekali lagi pada tahun ini, fakulti
dengan jayanya telah men-
ganjurkan Kongres Penga-
jaran dan Pembelajaran UKM 2010
di Everly Resort Melaka. PEKA 2010
pada tahun in diserikan lagi dengan
sesi perasmian oleh Yg. Bhg. NC
UKM Prof. Tan Sri Dato‟ Dr. Sharifah
Habsah Syed Hasan Shahabudin.
Jabatan tidak ketinggalan turut serta
memeriahkan lagi kongres ini melalui
penyertaan beberapa kakitangan
jabatan yang bertindak menghantar
artikel-artikel untuk PEKA 2010.
Pengajaran dan pembelajaran sedang mengalami perubahan besar selepas penguatkuasaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kongres ini adalah merupakan medium yang menyediakan perkongsian pengala-man, penyelidikan dan amalan ter-baik di kalangan kakitangan akademik UKM. Perkongsian ini adalah melibatkan pengajaran & pembelajaran, pengukuran & penilaian, penyeliaan dan pemban-gunan profesional kakitangan akademik. Tersenarai di sebelah adalah
senarai pembentang dan artikel
masing-masing.
Sawal Hamid Mohd Ali
Penambahbaikan Kaedah Pengukuran dan Penilaian Hasil Kursus
Hamimi Fadziati A. Wahab
Penambahbaikan Kaedah Kooperatif Jigsaw untuk Memenuhi Kepelbagaian Stail Pembe-lajaran Pelajar
Nasharuddin Zainal Penerapan Budaya Inovasi Mentor dan Pela-jar Sekolah Menengah Melalui “Microcontroller School Mentoring Project”
Hafizah Husain Beban Jam Notional Pensyarah Fakulti Keju-ruteraan dan Alam Bina
Norbahiah Misran Penambahbaikan Berterusan Program JKEES Berdasarkan Maklumbalas Penilai Luar Pro-gram, Panel Penasihat Industri dan Pelajar
Afida Ayob Nurturing Creativity And Innovative Thinking Through Experiential Learning
Sawal Hamid Mohd Ali
Online Project Allocation & Assesment Sys-tem (OPAAS) Ver 1.0
Hamimi Fadziati A. Wahab
Proses Pengukuran & Penilaian Secara Lang-sung Hasil Program
Kiri: Yg. Bhg. Dekan ketika majlis pembukaan
Kanan Atas: Peserta PEKA 2010
Kanan Bawah: Pembentangan dari wakil jabatan, KJ dan Dr Sawal
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 6
Edisi 2010: Bil. 4
Ceramah Industri:
SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA
P ada 4 November 2010 yang lalu, pihak JKEES telah menjemput Tuan Haji En
Norizan Ghazali dan Dr Azizul Azizan dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), dan juga Encik Faizal Ridhwan dari Telekom Malaysia Berhad bagi menjayakan ceramah industri yang diaturkan untuk semua pelajar Tahun Empat JKEES. Walaupun sesi ceramah ini dianjurkan secara khususnya untuk pelajar jurusan Komunikasi dan Komputer, kehadiran pelajar jurusan Elektrik & Elektronik dan Microelektronik juga adalah sangat membanggakan. Tujuan ceramah ini adalah:
mendedahkan pelajar kepada
peranan SKMM dan Telekom Malaysia di dalam sistem komunikasi/telekomunikasi di Malaysia
melengkapkan mereka dengan
pengetahuan semasa berkaitan komunikasi / telekomunikasi di negara kita. Selain daripada itu, para pelajar juga didedahkan kepada perkembangan dan isu semasa berkaitan sistem komunikasi dan telekomunikasi negara. Antara isu yang dikongsi oleh para penceramah dan mendapat perhatian utama para pelajar adalah mengenai langkah SKMM memperkenalkan penggunaan nombor telefon selular dengan format baru iaitu 3 + 8. Secara keseluruhannya, penganjuran ceramah industri telah berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan di samping memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama JKESS bersama pihak industri.
Penceramah: Dr Azizul Azizan
Pelajar-pelajar JKEES Tahun 4
Artikel ini disumbangkan oleh Pn. Wan Mimi Diyana Wan Zaki
BENGKEL KAEDAH MENILAI PO
P enilaian dan Pengukuran merupakan aspek yang penting yang perlu
dititikberatkan di dalam amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada Pembelajaran Berasaskan hasil (PBL). Penilaian dan pengukuran hasil pembelajaran kursus (CO) dan seterusnya hasil program (PO) perlu dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan penyampaian sesuatu kursus. Keperluan untuk memenuhi kehendak EAC 2008 terhadap pengukuran CO dan PO secara terus telah memandu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES) untuk menjana kaedah pengukuran CO dan PO secara terus yang baru.
Justeru, pada 21 Disember 2010 yang lalu, Jabatan telah menganjurkan Bengkel Kaedah Menilai PO di Hotel Residence, UNITEN. Bengkel ini diadakan bagi memperkenal dan melatih para tenaga akademik Jabatan
menggunakan kaedah pengukuran ini dengan memberi fokus terhadap kursus-kursus yang ditawarkan pada Semester 1, 2010/2011; seterusnya dapat diguna pakai untuk penilaian pada setiap semester yang akan datang.
Prof Dekan antara tetamu jem-putan
Lagi berita di muka 7...
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 7
Edisi 2010: Bil. 4
LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PRASISWAZAH DARI UNIMAP
P ada 28 Oktober 2010, JKEES telah menerima kunjungan empat orang
pensyarah dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) untuk aktiviti penanda aras program prasiswazah dan perkongsian praktis terbaik dalam pengendalian program prasiswazah di JKEES. Delegasi dari UNIMAP terdiri dari ketua-ketua program prasiswazah dari Pusat Pengajian Mikroelektronik UNIMAP.
Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan, Penyelaras-penyelaras Program Prasiswazah dan Setiausaha Jabatan. Mereka seterusnya dibawa ke Bilik Mesyuarat JKEES untuk sesi perbincangan dan taklimat jabatan. Ketua JKEES telah memperkenalkan jabatan dan membentangkan pendekatan dan aktiviti penyediaan dokumen EAC. Satu perkara yang amat
penting dalam sesi taklimat tersebut adalah perkongsian praktis terbaik dalam mengendalikan akreditasi EAC. Sesi soal jawab berjalan rancak di antara delegasi dari UNIMAP dan Penyelaras program di JKEES. Pelbagai pengalaman mengendalikan program dikongsikan di antara mereka.
Seterusnya delegasi dibawa
untuk sesi lawatan ke makmal-
makmal pengajaran yang telah
diatur oleh Pegawai Sains JKEES,
Cik Aida Baharuddin. Delegasi
melahirkan rasa kagum dengan
perjalanan dan sistem pengurusan
makmal yang teratur yang wujud di
JKEES. Acara berakhir dengan
jamuan makan tengah hari dan
bertukar-tukar cenderahati.
Kunjungan seperti ini merupakan
satu aktiviti yang baik dan perlu
diteruskan di kalangan IPTA di
Malaysia.
Acara bertukar-tukar cenderamata di
antara wakil delegasi UNIMAP dan Ketua
JKEES
Artikel ini disumbangkan oleh Prof. Madya Dr. Norbahiah Misran
SAMBUNGAN:
BENGKEL KAEDAH MENILAI PO
Sekitar 30 orang ahli akademik JKEES menghadiri bengkel ini, ditambah beberapa orang wakil jabatan lain di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM bertujuan untuk berkongsi pengetahuan penggunaan kaedah terbaru ini. Bengkel dibahagi kepada dua sesi, pagi dan petang. Bengkel dimulakan dengan taklimat oleh pengarah program, Dr. Ashrif selaku pengerusi Unit Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran (UP3) Jabatan. Seterusnya para pensyarah menilai kursus masing-masing dengan bantuan para fasilitator. Antara perkara-perkara yang
dilengkapkan dalam bengkel termasuklah profil kursus, borang alatan penilaian CO-PO dan pemasukan komponen kompetensi dalam templat pemarkahan kursus berdasarkan CO dan PO yang telah ditetapkan. Program ini turut diserikan dengan kedatangan Dekan FKAB Prof. Dr. Marzuki pada sesi petang.
Kiri: antara perserta bengkel
Atas: pensyarah JKEES yang turut menghadiri bengkel
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 8
Edisi 2010: Bil. 4
PROGRAM KERJASAMA UKM-UEM BENGKEL MIKROPEN-
GAWAL
P ada 13 November yang
lalu, pelajar dan kakitangan
JKEES sekali lagi telah ber-
tolak ke Johor untuk meneruskan
lagi sesi program kerjasama UKM-
UEM bengkel mikropengawal. Di
sesi ini, setiap kumpulan akan
meneruskan projek masing-masing
seperti yang telah dibentangkan
sewaktu sesi terdahulu.
Lawatan kali ini merupakan
lawatan terakhir dan semua kum-
pulan telah menyiapkan projek
masing-masing dengan jayanya.
Pada Januari 2011 ini akan diada-
kan pameran produk-produk yang
terhasil sepanjang program ini.
Seterusnya di senaraikan projek-
projek yang dijalankan di bawah
program kerjasama ini.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA JAYA
Tajuk Projek : Auto Shield Pengenalan : Projek ini adalah untuk kegunaan dalaman rumah/pejabat yang menggunakan langsir bagi menghalang kemasukan terus cahaya matahari. Langsir akan digerakkan secara sendiri untuk menutup ruang tertentu apabila mengesan kehadiran cahaya/suhu yang tinggi mengikut skala yang ditetapkan. Seterusnya, apabila sen-sor mengesan kehadiran cahaya/suhu adalah rendah, langsir akan secara automatik dibuka semula.
Tajuk Projek : i-itik Pengenalan : Projek ini lebih menjurus kepada bidang penterna-kan iaitu sejenis itik dari spesies Khaki Campbell. Penjagaan itik amat khusus kerana ia memerlukan jadual makanan yang tetap, pencahayaan yang cukup, bekalan air yang berterusan dan juga bebas daripada gangguan makhluk perosak. Sehubungan itu, kumpulan telah bersetuju agar penyelesaian terhadap kekangan tersebut dikenalpasti seperti berikut: Pemakanan berjadual – menggunakan „timing sequence’ di mana alat yang direka akan secara automatik mengeluarkan makanan
daripada mesin pada masa-masa yang ditetapkan. Pencahayaan – menggunakan „sensor‟ untuk mengesan cahaya dan lampu akan dihidupkan selama 4 jam. Bekalan air berterusan – pengaturcaraan digunakan bagi mengesan kehadiran air dan seterusnya menyalurkan air mengikut kadar yang ditetapkan dan berterusan dengan menggunakan pam air.
Tajuk Projek : BMI Pengenalan : Objektif utama projek ini adalah un-tuk mengukur tahap BMI seseorang secara auto-matik. Pengukuran aras ketinggian menggunakan alat pengesan (sensor) ultrasonik. Alat pengesan tersebut akan mengesan aras ketinggian seseorang dan mesin BMI akan mengira secara terus aras BMI seseorang setelah data berat (kg) seseorang dire-kodkan.
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 9
Edisi 2010: Bil. 4
SAMBUNGAN...PROGRAM KERJASAMA UKM-UEM BENG-
KEL MIKROPENGAWAL
Tajuk Projek : i-board Pengenalan : Projek ini direka khas untuk memadam papan hijau / papan putih secara automatik tanpa memer-lukan tenaga manusia. Cabaran utama projek ini adalah untuk mem-bolehkan pemadam yang direka dapat memadam pa-pan hijau/papan putih den-gan bersih.
Tajuk Projek : i-ampaian Pengenalan : Projek i-ampaian yang dicadangkan adalah khusus bagi membantu meringankan beban ibu-ibu dirumah. Ampaian yang dibina dapat menampung berat pakaian sebanyak 12 kg dan akan digerakkan secara automatik ke dalam rumah apabila ia diperlukan.
Foto kenangan semua yang terlibat dengan program di Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Jaya
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA JAYA
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 10
Edisi 2010: Bil. 4
SAMBUNGAN...PROGRAM KERJASAMA UKM-UEM BENG-
KEL MIKROPENGAWAL
Tajuk Projek : CS
2 (Cyber,
Smart, Stick) Pengenalan : Projek ini dicipta khas untuk kegunaan OKU (buta). Tongkat yang dibina akan mengesan objek-objek yang disentuh bagi membantu pengguna OKU melakukan kerja se-harian/berjalan.
Tajuk Projek : Accurate Brake System (ABS) Pengenalan : Projek yang dibina menggunakan dua buah kereta sebagai bahan ujian di mana kereta A akan menghantar isyarat menggunakan „IR Transmitter‟ apabila hendak membrek dan kereta B akan menerima pesanan yang diberikan dan kereta akan dibrek mengikut jauh yang telah ditetapkan.
PROJEK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Tajuk Projek : Automatic Gate Pengenalan : Projek akan diaplikasikan di kantin sekolah bagi mengelakkan kesesakan/pelajar tidak berbaris. Pagar yang dibina boleh memuatkan 10 orang pelajar dalam satu-satu masa dan apabila telah penuh, pintu pagar akan ditutup secara auto-matik. Apabila 3 orang pelajar telah selesai dengan urusan pembelian, secara automatik, pintu pagar akan terbuka semula bagi membolehkan 3 orang pelajar lagi memasuki zon pagar automatik.
Buletin JKEES, Bil. 4 (Dis 2010) - 11
Edisi 2010: Bil. 4
SAMBUNGAN...PROGRAM KERJASAMA UKM-UEM BENG-
KEL MIKROPENGAWAL
Tajuk Projek : Smart Coin Dispenser Pengenalan : Pelajar akan membina sebuah tabung akan dengan menggunakan peralatan utama seperti LED, LCD, sensor & sound sen-sor. Kata laluan akan diperlukan setiap kali wang hendak dimasukkan dan apabila „slot‟ terbuka, duit akan dimasukkan. Inframerah akan mengenalpasti jenis duit yang dimasuk-kan (sama ada 5¢, 10¢, 20¢ & 50¢) dan sete-lah itu jumlah wang yang dimasukkan akan dipaparkan menggunakan LED dan muzik akan dimainkan mengikut jenis duit yang dima-sukkan.
Tajuk Projek : KK Walk Thru Pengenalan : Pengaplikasian program dilakukan pada kantin-kantin sekolah bagi mengelakkan ke-
sesakan berlaku. Pelajar akan memilih makanan yang hendak dipesan dengan memasukkan kod yang berkaitan dan paparan harga dan senarai
makanan yang dibeli akan terpapar. Setelah barang pesanan diperolehi, pelajar akan terus ke kaunter bayaran dan selesai.
PROJEK BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Foto kenangan semua yang terlibat dengan program di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar
top related