tugasan waj 3104 literasi bahasa
Post on 30-Nov-2014
487 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Pra tulisan ialah satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak. Ini kerana
mereka perlu menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang
khusus dan sesuai agar dapat diterima oleh masyarakat. Pada peringkat ini, kanak-
kanak amat suka membuat contengan di atas permukaan objek-objek yang ada di
sekitar mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan
ke atas permukaan objek tersebut. Contengan merupakan perkembangan dari
membuat contengan bebas kepada contengan terkawal.
Peringkat pra tulisan ini berfungsi sebagai latihan otot tangan, jari dan mata
kanak-kanak. Peringkat ini menitikberatkan perkara-perkara seperti latihan
pergerakan tangan dan jari. Antara contoh aktiviti yang dilakukan bagi melatih
pergerakan tangan dan jari kanak-kanak ialah dengan aktiviti menggunting dan
mengoyak kertas atau gambar objek seperti gambar buah-buahan dan haiwan.
Selain itu, kanak-kanak juda digalakkan untuk menganyam dan menampal kertas
agar pergerakan tangan mereka dapat dikawal dengan baik. Kanak-kanak juga
boleh menguli tepung atau polistesin dan membentuk objek serta huruf yang telah
dipelajari.
Pada peringkat pra tulisan ini juga, kanak-kanak perlu menguasai gerak
tangan bebas. Selain itu, pelajar perlu menguasai cara memegang alat tulis dengan
betul. Ini kerana cara pegangan yang salah akan memberi kesan yang tidak kemas
kepada tulisan yang ditulis. Pelajar juga perlu mempraktikkan cara duduk yang betul
agar dapat menulis dengan sempurna dan selesa.
Pelajar juga boleh melakukan latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari
atas ke bawah dan lain-lain. Latihan ini membantu murid untuk menyelaraskan
koordinasi mata mereka. Murid perlu melatih tangan mereka untuk menulis dari kiri
ke kanan. Bukan itu sahaja, guru perlu melaksanakan aktiviti membuat corak,
menyambung titik, memadan bentuk dan lain-lain. Sebagai contoh, guru melukiskan
bulatan dengan titik lalu meminta pelajar untuk menyambungkan titik berkenaan
agar menjadi bentuk yang sempurna.
Bukan itu sahaja, guru boleh merancang aktiviti membentuk huruf, dalam
aktiviti ini pelajar perlu membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk. Seterusnya, dari
bentuk-bentuk tersebut, guru boleh meminta pelajar untuk terus melukis corak
campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Kemudian, murid
perlu membuat latihan tambahan dengan melukis gambar yang mengandungi
garisan lurus dan bulat. Contoh lukisan ialah gambar berbentuk seperti rumah dan
kon.
2.0
TUGASAN PEMBENTANGAN :
MOHAMAD FIRDAUS BIN
RADZALI
2.1 Tajuk Tugasan
Tajuk tugasan yang dilaksanakan untuk tugasan pembentangan ialah :
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
Melaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan Dan Mata
2.2 Rujukan
Hajah Noresah bt. Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Panduan Guru Bahasa Melaysia (Sekolah Kebangsaan) Tahun 1. Kuala Lumpur:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kumpulan BM1. (2012). Aktiviti Pratulisan. Dicapai pada 20 Ogos 2013, daripada
http://literasibmwaj3104.blogspot.com/p/tajuk-7.html
Mohd Nor Izwan Sulaiman. (2009). Pratulisan. Dicapai pada 21 Ogos 2013, daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31-pratulisan.html
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Selangor
Darul Ehsan : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
2.3 CD
2.4 Lampiran
3.0
TUGASAN PEMBENTANGAN :
RAFIZA BINTI DARUS
3.1 Tajuk Tugasan
Tajuk tugasan yang dilaksanakan untuk tugasan pembentangan ialah :
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
Melaksanakan Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadankan Bentuk,
Dan Lain-lain
3.2 Rujukan
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, & Abdul Rashid Mohamed. (2007). Humor
Dalam Pengajaran. Batu Caves : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bluezybear. (2011). Aktiviti Pratulisan. Diakses pada 1 Ogos 2013, daripada
http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktiviti-pratulisan.html
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Strategi Perancangan Dan
Pelaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Firdaus Has. (2010). Aktiviti Pratulisan. Diakses pada 1 Ogos 2013, daripada
http://literasibahasa.blogspot.com/2010/11/aktiviti-pratulisan_05.html
Shahabuddin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad. (2007). Pedagogi:
Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Batu Caves : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Sufean Bin Hussin, Shahril@Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som, &
Alina Ranee (ed). (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Batu
Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
3.3 Lampiran
4.0 TUGASAN BERPASANGAN
4.1 Nota Power Point
4.2 CD
4.3 Lampiran
5.0 REFLEKSI
5.1 Disediakan Oleh Mohamad Firdaus Bin Radzali
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, syukur ke hadrat ilahi kerana
limpah kurnia-Nya dapat saya menyudahkan tugasan projek Literasi Bahasa bersama rakan
sekumpulan saya Rafiza Binti Darus dengan jayanya. Tugasan ini diberikan tempoh 4
hingga 6 minggu. Subjek ini wajib diambil oleh setiap guru pelatih PISMP Semester 2. Hal ini
sedikit sebanyak memberi kami pendedahan dan ilmu pengetahuan dengan lebih
mendalam lagi tentang subjek Literasi Bahasa. Literasi bahasa merupakan subjek yang
mendedahkan guru pelatih bagaimana untuk menganalisis aktiviti kemahiran asas membaca
dan aktiviti kemahiran asas menulis.
Tugasan ini diagihkan oleh pensyarah pembimbing subjek ini sendiri iaitu Pn. Hajah
Nik Noraini Binti Raja Abdullah sendiri di dalam semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di dalam bilik kuliah C5. Dalam tugasan ini, saya dan Rafiza
mendapatkan tajuk besar yang sama iaitu aktiviti pra tulisan. Di bawahnya pula dipecahkan
kepada beberapa bahagian dan saya terpilih untuk membuat tugasan berkaitan aktiviti pra
tulisan iaitu melaksanakan aktiviti pergerakan mata, tangan dan jari. Dengan kata yang lain,
aktiviti ini menekankan aspek penggunaan kemahiran motor halus kerana ia masih dalam
peringkat pra tulisan.
Peringkat pra tulisan ini berfungsi sebagai latihan otot tangan, jari dan mata kanak-
kanak. Peringkat ini menitikberatkan perkara-perkara seperti latihan pergerakan tangan dan
jari. Antara contoh aktiviti yang dilakukan bagi melatih pergerakan tangan dan jari kanak-
kanak ialah dengan aktiviti menggunting dan mengoyak kertas atau gambar objek seperti
gambar buah-buahan dan haiwan. Selain itu, kanak-kanak juda digalakkan untuk
menganyam dan menampal kertas agar pergerakan tangan mereka dapat dikawal dengan
baik. Kanak-kanak juga boleh menguli tepung atau plastesin dan membentuk objek serta
huruf yang telah dipelajari.
Memang sudah menjadi fitrah dalam kehidupan, jika mengkehendaki sesuatu, kita
hendaklah menempuhi alam kesusahan itu dahulu. Begitu juga semasa proses menyiapkan
tugasan ini, saya menghadapi pelbagai konflik dan kesukaran untuk menyiapkannya. Salah
satu daripadanya ialah masalah untuk memahami kehendak soalan. Ini merupakan kali
pertama dalam hidup saya membuat tugasan berkaitan dengan penyediaan alat bantu
mengajar. Jadi, adalah agak sukar bagi saya untuk memahami kehendak soalan kerana
mungkin saya kurang fokus pada penerangan yang diberikan oleh pensyarah. Sebagai satu
inisiatif, saya rela naik turun Jabatan Pengajian Melayu untuk berkolaborasi secara langsung
dengan pensyarah pembimbing untuk mendapat penerangan yang lebih jelas dan lanjut.
Selain daripada mendapat bimbingan daripada pensyarah, rakan-rakan, membuat grafik
serta peta konsep, mengenali abang-abang yang lebih tua daripada saya turut banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak beban saya
dapat diringankan dengan bantuan mereka.
Satu lagi masalah yang saya hadapi ialah semasa ingin mencari maklumat dalam
internet. Ini kerana kemudahan akses internet di kolej kediaman bahkan di kampus ini
sendiri adalah sangat perlahan dek kerana kebanjiran guru pelatih yang menggunakannya.
Jadi, sebagai langkah insiatif lain, saya sanggup berjaga sehingga subuh pada hari minggu
semata-mata ingin memuat turun perisian itu kerana kebiasaannya pada lewat malam ke
atas, akses internet agak laju berbanding dengan waktu puncak. Kata-kata semangat
daripada tutor saya sendiri iaitu “waktu tidur orang adalah waktu jaga kita” sering saya ingat
dalam hati saya ini dalam pada menyahut arus Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia
(PPPM).
Selain itu, melalui pembuatan tugasan projek ini, saya dapat mengetahui banyak
info-info yang baru mengenaI cara mengajar murid di samping pengetahuan yang telah
sedia ada melalui teori dan praktikal. Ini sangat penting kerana selepas saya tamat kursus di
sini, saya akan mengajar murid-murid menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah
tapi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Seperti mana
saya pergi ke sekolah selama seminggu untu menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), kebanyakan daripada guru yang mengajar di sekolah hanya mengedarkan
lembaran kerja dan menggunakan kaedah “chalk and talk”. Harapan saya ialah agar saya
dapat mengubah gaya pembelajaran murid-murid menjadi lebih menarik dan berkesan.
Secara tidak langsung, murid akan dapat meningkatkan lagi motivasi intrinsik untuk belajar.
Melalui tugasan ini juga, banyak pengalaman baru yang saya peroleh. Antaranya
ialah saya dapat menyelami sendiri jiwa murid-murid apabila saya cuba untuk menggunakan
alat bantu mengajar yang saya cipta dengan tujuan untuk memastikan bahan yang dicipta
adalah berkesan atau kurang berkesan terhadap tahap murid itu sendiri. Saya sangat
berpuas hati kerana saya dapat menghasilkan satu alat bantu belajar yang agak menarik
terhadap murid kerana saya telah mencubanya terhadap murid tahun 1 sendiri di SK
Mengabang Telipot ketika proses PBS kali ke-2 berlaku di dalam kelas bahasa Melayu yang
saya ganti. Kelihatan murid-murid sangat berminat dan seronok menggunakan alat tersebut
di samping objektif pengajaran yang cuba saya sampaikan tercapai. Akhir penulisan refleksi
ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Melayu kerana
memberikan tugasan sebegini kepada kami kerana sejujurnya, tugasan ini banyak
mendorong guru pelatih termasuk diri saya sendiri ke arah menjadi seorang guru. Sekian.
5.2 Disediakan Oleh Rafiza Binti Darus
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi kesihatan yang baik dan
tenaga yang mencukupi sepanjang penyediaan kerja kursus bagi subjek Literasi Bahasa
(WAJ 3104) ini sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
mengikut kehendak tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kejayaan penghasilan tugasan
ini juga tidak akan tercapai jika tiada bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah akademik
iaitu Puan Hajah Nik Noraini Binti Raja Abdullah dan pensyarah-pensyarah lain yang tidak
jemu-jemu membantu saya dalam memahami kerja kursus ini. Sememangnya bantuan yang
diberikan ini sangat berguna kepada saya dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan
untuk menjadi guru yang berkebolehan.
Semasa proses penyediaan kerja kursus ini, saya menghadapi beberapa kesulitan
dalam memahami kehendak tugasan ini pada mulanya. Tetapi, lama-kelamaan saya dapat
juga memahami cara penyediaan kerja kursus bagi subjek ini dengan bantuan dan tunjuk
ajar daripada pensyarah akademik dan bantuan daripada rakan-rakan kumpulan lain. Selain
itu, kekurangan sumber rujukan juga merupakan antara masalah yang saya hadapi semasa
pelaksanaan tugasan ini seperti kesukaran mendapatkan buku-buku rujukan yang berkaitan
literasi bahasa. Walaupun begitu, masalah ini bukanlah penghalang kepada saya untuk tidak
memberi komitmen yang sebaiknya terhadap kerja kursus ini. Oleh sebab itu, saya atasinya
dengan mencari sumber rujukan daripada internet yang sememangnya banyak membantu
saya dalam penghasilan kerja kursus ini.
Tidak dinafikan, walaupun terdapat halangan dan rintangan yang saya hadapi dalam
menyiapkan kerja kursus ini, hal ini tidak sedikit pun melumpuhkan semangat saya dalam
menghasilkan tugasan yang dapat memuaskan hati setiap pihak. Tambahan pula, halangan
dan rintangan yang dihadapi inilah yang membawa saya kepada medium baharu di mana
pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh telah saya kumpul sebagai
bekalan menjadi seorang guru yang berkaliber suatu hari nanti. Saya sedar bahawa
pengalaman yang saya dapat semasa penyediaan kerja kursus ini merupakan suatu harta
yang sangat berharga dan tidak mungkin diperoleh dari mana-mana tempat kerana sesuatu
pengalaman itu tidak akan dapat dinikmati tanpa diri sendiri mengalami dan menjalaninya
yang dapat membantu pembentukan personaliti dalam diri saya.
Sepanjang proses penyediaan kerja kursus ini, terdapat pelbagai pengalaman dan
maklumat terbaharu yang sangat berguna kepada saya dalam usaha mendalami sebanyak
mungkin ilmu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid
di sekolah. Antara pengalaman berharga yang diperoleh semasa proses pelaksanaan kerja
kursus ini ialah saya dapat meneroka pelbagai kaedah dan teknik untuk mengajar subjek
Bahasa Melayu yang lebih berkesan dan menarik. Melalui pengalaman ini saya dapat
mempelajari bahawa murid-murid akan lebih cepat faham tentang tajuk yang diajar oleh
guru semasa di dalam kelas jika guru bijak menggunakan alat bantu mengajar dan
melaksanakan aktiviti bahasa yang sesuai dan menarik minat mereka untuk belajar dan
tidak hanya menggunakan buku teks semata-mata dalam menyampaikan ilmu semasa di
dalam kelas.
Pengalaman ini membuatkan saya sedar bahawa setiap manusia itu berbeza antara
satu sama lain dan hal ini samalah juga dengan murid-murid yang mempunyai tahap
kemampuan yang berbeza-beza dalam memahami sesuatu perkara yang diajar kerana ada
sesetengah murid yang cepat memahami dengan apa yang diajarkan oleh guru dan ada
juga yang lambat menguasai sesuatu pengetahuan. Di sinilah peranan guru diuji dalam
usaha merapatkan jurang pengetahuan antara murid-murid supaya yang lemah akan berada
setanding dengan murid-murid yang cemerlang. Oleh sebab itu, sebagai bakal guru saya
perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan kaedah dan teknik yang dapat
menarik minat murid-murid memahami subjek Bahasa Melayu yang akan saya ajarkan di
sekolah kelak supaya saya dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka dan masalah
ini telah diselesaikan apabila kehadiran kerja kursus ini yang telah memberi pelbagai
pendedahan kepada saya mendalami kemahiran ini.
Selain itu, kerja kursus ini juga menyedarkan saya bahawa setiap guru itu perlu
kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar dan perlu bijak dalam merancang aktiviti
yang mampu meningkatkan pemahaman murid berkaitan tajuk yang diajar. Oleh sebab itu,
sebagai seorang bakal guru saya perlu mempersiapkan diri dengan dengan pelbagai
pengetahuan dan pengalaman supaya saya dapat menghasilkan sesuatu bahan dan aktiviti
yang kreatif selain mampu memberi manfaat kepada individu di sekitar saya. Hal ini adalah
supaya kemahiran yang dimiliki ini dapat memberi nilai tambah kepada saya dalam
menghadapi realiti dunia pendidikan yang sentiasa menginginkan warganya mempunyai
pelbagai kemahiran dan mampu merealisasikan setiap hasrat yang diinginkan oleh kerajaan
yang sentiasa berubah mengikut keperluan pada zaman moden ini.
Tidak ketinggalan, pengalaman mengajar di dalam kelas dengan menggunakan
bahan bantu mengajar yang dihasilkan merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga
buat saya sepanjang bergelar guru pelatih. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan tidak melibatkan murid-murid sekolah yang betul, peranan yang digalas
oleh rakan-rakan guru pelatih sebagai murid-murid telah menghidupkan suasana bilik darjah
di sekolah rendah di mana terdapat pelbagai kerenah murid-murid yang perlu ditangani
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Melalui pengalaman ini saya belajar untuk menguji kemampuan diri saya semasa
mengajar di dalam kelas. Ternyata banyak kelemahan yang saya perlu perbaiki agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sememangnya,
kelemahan yang saya sedari semasa pelaksanaan pembentangan di dalam kelas ini
membuatkan saya berfikir sejenak tentang realiti dalam dunia pendidikan kelak yang
memerlukan saya mempertingkat potensi diri dengan pelbagai kemahiran supaya
kelemahan yang dimiliki ini dapat saya atasinya agar suatu hari nanti saya dapat menjadi
seorang guru yang mampu membentuk generasi yang cemerlang. Oleh itu, saya sangat
bersyukur kerana saya dapat menyedari kelemahan ini pada peringkat awal di mana saya
dapat mengambil langkah penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan ini yang
semestinya akan menjejaskan prestasi saya dalam bidang pendidikan kelak jika saya tidak
berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah ini dari sekarang.
Sememangnya, tugasan ini juga membantu saya mendalami peranan sebagai
seorang guru yang menggalas tanggungjawab dalam merealisasikan setiap dasar kerajaan
terutamanya peranan guru dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan
yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan juga negara. Memilih profesion
perguruan bukanlah perkara mudah yang mampu dilaksanakan oleh semua orang jika tiada
keazaman yang tinggi dalam diri untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang
berpengetahuan dan berkebolehan. Oleh sebab itu, saya berasa bangga kerana menjadi
insan terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini suatu hari nanti dan ini merupakan suatu
pengiktirafan yang saya idam-idamkan untuk bersama-sama berganding bahu dan
berkongsi keringat untuk membangunkan modal insan negara ini suatu hari nanti.
Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberi saya suatu pengalaman dan
pengetahuan baharu yang mampu membentuk peribadi saya sebagai bakal guru yang akan
berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa depan. Saya percaya bahawa halangan
yang saya tempuhi semasa melaksanakan tugasan ini bukanlah setanding dengan halangan
yang bakal saya tempuhi dalam dunia pendidikan kelak. Sememangnya, segala input
berguna yang dapat saya jadikan sebagai bekalan sebagai seorang guru suatu hari nanti
akan sentiasa tersemat dalam diri saya dan saya juga berharap pengalaman dan ilmu
pengetahuan ini dapat menjadi rujukan kepada orang lain juga.
Sekian, terima kasih.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti pratulisan yang dijalankan sememangnya mampu memberi
pendedahan kepada murid-murid yang baru belajar untuk menulis. Pendedahan yang
diberikan semasa melaksanakan bengkel aktiviti pratulisan akan dapat membantu murid-
murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke arah cara penulisan yang
lebih tersusun iaitu penulisan secara mekanis.
Aktiviti pratulisan yang dilaksanakan akan membantu murid menguasai cara
memegang alat tulis dengan betul serta melatih motor kasar dan motor halus murid yang
dapat memberi kesan kepada cara penulisan mereka sepertimana objektif pratulisan itu
sendiri yang bertujuan melatih pergerakan tangan, jari dan mata serta melatih koordinasi
ketiga-tiga anggota ini semasa pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid.
Oleh itu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dan menarik minat
mereka untuk belajar memandangkan pada peringkat ini merupakan peringkat pembinaan
asas kemahiran menulis yang perlu disemai dalam kalangan murid-murid supaya mereka
dapat menulis dengan lebih baik pada peringkat seterusnya. Jika pada peringkat ini murid
tidak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka untuk belajar
menulis, sudah tentu kemahiran menulis ini akan lambat dikuasai oleh murid selain mereka
tidak mempunyai pendedahan tentang cara penulisan yang betul oleh guru-guru.
top related