tugasan a teori (autosaved).docx
Post on 10-Apr-2016
243 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TUGASAN A
A MAJOR
Kord Diminished 7th
Rajah 1: Diminished 7 th
Dalam skel A major, triad bagi A major adalah not 1-3-5 iaitu not A-C-E. di dalam
kord diminished 7th, ia ditambah menjadi 4 not iaitu A, C, Eb, Gb. Dalam menghasilkan jeda
bagi A major, kord diminished 7th harus dimulakan dengan not yang pertama iaitu not A.
Berdasarkan formula di bawah, jeda antara not 1 ke not 3 iaitu not A ke not C adalah minor
ke 3. Jeda antara not 1 ke not 6 iaitu not A ke not Eb adalah diminished 5 th. Jeda antara not
1 ke not 9 iaitu not A ke not Gb adalah diminished 7th. (Sila rujuk rajah di atas)
Formula Dim 7 th : min 3 rd + dim 5 th +dim 7 th
1
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord vii d7
Rajah 2: vii d7
Seterusnya, dalam skel A major, not ke 7 adalah not G#. G# terhasil kerana salah
satu syap yang ada dalam skel A major adalah G syap. Oleh itu, kord vii7 dibentuk daripada
not-not ke 7, not ke 2 , not ke 4 dan not ke 6 iaitu not-not G# - B – D - F . Berdasarkan
formula dibawah, jeda antara not G# ke not B ialah minor 3rd, jeda antara not G# ke
not D adalah diminished 5th, jeda antara not G# ke not F ialah diminished 7th.
2
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord # iv d7
Rajah 3: #ivd7
Seterusnya, dalam skel A major, not ke 4 adalah D. Not D disyapkan kerana pada
kord #iv d7 mempunyai syap dihadapan. Kord #iv d7 dari skel A major dibentuk daripada not
ke 4, not ke 6, not 1 dan not ke 3 iaitu not D# - F# – A – C. Berdasarkan formula dibawah,
jeda antara not D# ke not F# ialah minor 3rd, jeda antara not D# ke not A adalah
diminished 5th, jeda antara not D# ke not C ialah diminished 7th.
3
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord ii 7
Rajah 4: ii 7 (b)
Seterusnya, dalam skel A major, not ke ii adalah dalam nada minor iaitu not B.
namun begitu, di dalam tugasan yang diberikan kord yang diberikan adalah kord ii7. Oleh
itu, kord vang dibentuk daripada not-not ke 2, not ke 4 , not ke 6 dan not 1 iaitu not-not B - D
– F# - A. pada rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat pembalikan yang
berlaku iaitu pembalikan pertama. Oleh itu, kedudukan not akan berubah iaitu not D
paling hadapan diikuti not F#, not A dan not B di bahagian belakang. Berdasarkan
formula dibawah, jeda antara not D ke not F# ialah minor 3rd, jeda antara not D ke not
A adalah diminished 5th, jeda antara not D ke not B ialah diminished 7th.
4
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
C MINOR
Kord Diminished 7 th
Rajah 5: Diminished 7th
Dalam skel C minor, triad bagi C minor adalah not 1-3-5 iaitu not C – Eb - G. di
dalam kord diminished 7th, ia ditambah menjadi 4 not. Dalam erti kata lain, tambah pada not
ke 7 iaitu C –Eb – Gb - Bbb. Dalam menghasilkan jeda bagi C minor, kord diminished 7 th
harus dimulakan dengan not yang pertama iaitu not C. Berdasarkan formula di bawah, jeda
antara not 1 ke not 3 iaitu not C ke not Eb adalah minor ke 3. Jeda antara not 1 ke not 6 iaitu
not C ke not Gb adalah diminished 5th. Jeda antara not 1 ke not 9 iaitu not C ke not Bbb
adalah diminished 7th. (Sila rujuk rajah di atas)
5
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord vii d7
Rajah 2: vii d7
Didalam nada Major dan Minor bagi semua tanda nada, kord yang ketujuh ialah
diminished. Dalam kord yang mengandungi 7th bermaksud kord tersebut mengandungi not
tambahan dalam sesebuah kord tersebut. Kord viid7 adalah kord yang dibentuk dengan
menggunakan not ke-7, dan tiga not seterusnya di mana jarak di antara setiap not-not
tersebut adalah sama iaitu 3 semiton.
Dapat di perhatikan dalam skel C minor, not ke 7 merupakan not B. Triad bagi not ke
7 adalah B – D – F. Tetapi, soalan tugasan, apa yang harus dilakukan adalah mencari kord
vii d7 dalam nada C minor. Kord vii d7 dibentuk daripada not-not ke 7, not ke 2 , not ke 4
dan not ke 6 iaitu not-not B – D – F - Ab. Berdasarkan formula dibawah, jeda antara not
B ke not D ialah minor 3rd, jeda antara not B ke not F adalah diminished 5th, jeda antara
not B ke not Ab ialah diminished 7th.
6
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord # iv d7
Rajah 3: #ivd7
Seterusnya, dalam skel C minor, not ke 4 adalah F#. Not F disyapkan kerana pada
kord #iv d7 mempunyai syap dihadapan. Kord #iv d7 dari skel C minor dibentuk daripada not
ke 4, not ke 6, not 1 dan not ke 3 iaitu not F# - A – C - Eb. Berdasarkan formula dibawah,
jeda antara not F# ke not A# ialah minor 3rd, jeda antara not F# ke not C adalah
diminished 5th, jeda antara not F# ke not Eb ialah diminished 7th.
7
Formula kord vii d7 : min 3rd + dim 5 + dim 7th
Kord ii 7 (b)
Rajah 4: ii 7 (b)
Seterusnya, dalam skel C minor, not ke ii adalah diminished iaitu C diminished 7.
Namun begitu, di dalam tugasan yang diberikan kord yang diberikan adalah kord ii7. Oleh
itu, kord vang dibentuk daripada not-not ke 2, not ke 4 , not ke 6 dan not 1 iaitu not-not D - F
– Ab - C. Pada rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat pembalikan yang
berlaku iaitu pembalikan pertama. Oleh itu, kedudukan not akan berubah iaitu not F
paling hadapan diikuti not Ab, not C dan not D di bahagian belakang. Berdasarkan
formula dibawah, jeda antara not F ke not Ab ialah minor 3rd, jeda antara not F ke not
C adalah diminished 5th, jeda antara not F ke not D ialah diminished 7th.
8
Perbezaan Setiap Kord
A MAJOR C MINOR
Diminished 7th
Not diminished 7th bagi A
major terdiri daripada not
A- C - Eb – Gb.
Terdiri daripada nada major
iaitu A major.
Mempunyai 3# iaitu F#, C#,
G#.
Jeda antara not A ke not C
adalah minor 3rd.
Jeda antara not A ke not Eb
adalah diminished 5th.
Jeda antara not A ke not
Gb adalah diminished 7th.
Not diminished 7th bagi nada
C minor terdiri daripada not
C – Eb – Gb – Bbb.
Terdiri daripada nada minor
iaitu C minor.
Mempunyai 3b iaitu Bb, Eb,
Ab.
Jeda antara not C ke not Eb
adalah minor 3rd.
Jeda antara not C ke not Gb
adalah diminished 5th.
Jeda antara not C ke not Bbb
adalah diminished 7th.
Kord vii d7
Kord vii d7 terdiri daripada
not G# - B – D – F.
Jeda antara not G# ke not
B adalah minor 3rd.
Jeda antara not G# ke not
D adalah diminished 5th.
Jeda antara not G# ke not F
adalah diminished 7th.
Terdiri daripada not B –D – F
– Ab.
Jeda antara not B ke not D
adalah minor 3rd.
Jeda antara not B ke not F
adalah diminished 5th.
Jeda antara not B ke not A
adalah diminished 7th.
9
Kord #iv d7
Kord #iv d7 terdiri daripada
not D# - F – A – C.
Jeda antara not D# ke not F
adalah minor 3rd.
Jeda antara not D# ke not A
adalah diminished 5th.
Jeda antara not D# ke not
C adalah diminished 7th.
Kord #iv d7 terdiri daripada
not F# - A – C - Eb.
Jeda antara not F# ke not A
adalah minor 3rd.
Jeda antara not F# ke not C
adalah diminished 5th.
Jeda antara not F# ke not Eb
adalah diminished 7th.
Kord ii7
Kord ii7 terdiri daripada not
D - F – Ab – C.
Kord ke ii dalam nada minor
adalah diminished.
Jeda antara not D ke not F
adalah minor 3rd.
Jeda antara not D ke not Ab
adalah diminished 5th.
Jeda antara not D ke not C
adalah diminished 7th.
Kord ii7 terdiri daripada not B - D – F# – A.
Kord ke ii dalam nada major
adalah minor.
Jeda antara not B ke not D
adalah minor 3rd.
Jeda antara not B ke not F#
adalah diminished 5th.
Jeda antara not B ke not A
adalah diminished 7th.
10
TUGASAN B
TAJUK MODULASI
MODULASI
Modulasi ialah istilah bagi perpindahan sesuatu nada ke nada yang lain didalam
sesebuah karya atau lagu. Overtune adalah sebahagian daripada modulasi, tapi biasanya
istilah ini digunakan kalau perpindahannya dalam satu interval yang lebih tinggi (contohnya
nada F ke nada G), sedangkan modulasi dipakai untuk yang perubahan nada yang lain yang
lebih tinggi dan yang lain-lain.
PIVOT MODULASI
Setiap satu contoh menunjukkan bagaimana pivot modulasi boleh digunakan
untuk memodulasikan pelbagai nada berhubung dengan tonik. salah satu cara untuk
membuat modulasi dari dari satu nada ke nada yang lain dengan lebih lancar adalah
dengan menggunakan kord yang umum bagi kedua-dua nada sebagai jenis pivot.
Semua contoh adalah dalam nada C major, tetapi boleh digunakan dalam pelbagai
nada. Contoh-contoh yang dapat diperhatikan dibawah menunjukkan progresi kord
sahaja.
Nada relatif minor
11
Nada Dominan
Nada subdominan
12
Nada Relatif Major
Abrupt Modulasi
Cara yang paling jelas untuk memodulasi adalah dengan cara mengikuti
perkembangan dalam satu nada ngan perkembangan nada baru . Sebab modulasi berbunyi
begitu mendadak kerana E major triad ( kord ketiga ) tiba-tiba memperkenalkan not yang
bukan sebahagian daripada C utama - G #. Jenis modulasi seperti ini adalah lebih berkesan
antara nada yang berkait rapat dengan kord V di A hanya mempunyai satu not yang
berbeza dari kord iii dalam C. Modulasi mendadak akan berbunyi dengan lebih teratur
antara jarak nada.
Phrase modulasi
13
Frasa atau modulasi langsung adalah perubahan secara mendadak .Cara yang
paling mudah untuk memodulasi adalah untuk menukar nada pada awal frasa , jadi setiap
frasa akan kekal pada nada yang sama. Ini dipanggil modulasi frasa (iaitu nada baru akan
bermula pada awal frasa) . Dalam contoh di bawah , frasa kedua bermula dengan modulasi
frasa iaitu irama yang sebelumnya adalah dalam E major dan permulaan frasa yang baru
bermula di A major.
HIASAN MELODIK
Aspek yang seterusnya adalah not-not hiasan atau ornament. Not-not ini digunakan
untuk memperindahkan lagi sesebuah karya atau lagu. Selalunya perkara ini diterapkan
secara impromptu oleh pemuzik. Terdapat beberapa jenis not hiasan seperti mordent, trills,
turns, dan banyak lagi. Dalam penulisan ianya ditulis menggunakan tanda-tanda yang kecil
di atas not untuk menunjukkan jenis hiasan yang diingini pada bahagian bahagian tertentu.
Dalam sesetengah gubahan terutamanya pada karya yang perlahan, komposer tidak
menunjukkan jenis not-not hiasan yang dikehendaki. Mereka berharap agar pemuzik
memasukkannya sendiri. Justeru itu, memahami cara yang betul untuk menggunakan not-
not hiasan adalah penting dan menjadi sebahagian seni nyanyian atau permainan alatan
muzik.
.
NOT PASSING
Not Passing atau Passing note adalah not bukan harmoni yang terdapat di antara
dua not yang bergerak secara stepwise dalam sesebuah bahagian gubahan lagu. Selalunya
passing note adalah penghubung di antara satu jeda melodi ketiga dalam salah satu suara-
suara yang ditulis. Dalam erti kata lain, not passing kelihatan apabila sesuatu melodi
bergerak selangkah dari satu kord ton ke kord ton yang lain melalui satu not transisi yang
bersifat dissonant dengan kord yang ada. Not dissonant selalunya mengarah kepada voice
14
leading note. Passing note terbit pada bahagian unaccented dalam bar, oleh itu not
dissonant tersebut tidaklah bersifat prominent atau penting. Contoh passing note (tanda *):
a)
b)
NOT AUXILLARY
Not auksillari atau auxillary note juga dikenali sebagai neighbours note. Auxillary not
dimasukkan di antara dua not yang bersebelahan yang mempunyai pic yang sama. Auxillary
note boleh diletakkan sama ada di sebelah atas atau bawah not yang berturut tersebut. Ia
biasanya bersifat unaccented, tetapi kadang-kadang ianya dijumpai bersifat accented.
Auxillary note boleh bergerak sama ada satu ton atau semiton; atau diatonik atau kromatik.
15
Terdapat istilah Chromatic Auxillary Note apabila not yang digunakan tidak terdapat dalam
skel nada lagu tersebut. Apabila auxillary note berada di atas harmony note, ianya dipanggil
Upper Auxillary Note, manakala apabila ia di bawah ia digelar Lower Auxillary Note. Upper
Auxillary notes selalunya diatonik dan lower auxillary notes boleh jadi sharp chromatic
bukannya flat chromatic.
Contoh auxillary note:
APPOGGIATURA
Appoggiatura berasal dari appoggiare kata kerja Itali iaitu
"untuk bersandar atas".Appoggiatura panjang seperti yang berlawanan appoggiatura pendek
, iaitu acciaccatura adalah penting dan sering bergantung kepada not utama dengan
mengambil masa nilai appoggiatura kepadanya umumnya setengah nilai masa nota,
walaupun dalam masa tiga , sebagai contoh, ia mungkin menerima dua pertiga daripada
masa itu. Not tambahan (the unessential note) adalah satu tahap lebih tinggi atau lebih
rendah daripada not utama dan jika lebih rendah, ia mungkin atau tidak dikromatikkan
secara menaik.
Simbolnya ditulis di atas not sebenar seperti dalam rajah di bawah:
16
Cara memainkan not tersebut ialah not Appoggiatura dimainkan separuh nilai dari
not sebenar. Penjelasan dalam bentuk not sebenar boleh dilihat di bawah:
NOT CHANGING
Not Changing atau 'changing tones' dikesan apabila terdapat double appoggiatura
yang menjurus kepada on chord resolution note. Changing note melibatkan empat not yang
mana not pertama dan not keempat adalah sama. Di tengah-tengahnya terdapat dua not
yang tidak terdapat dalam kord yang bersifat satu langkah ke bawah dan satu langkah ke
atas yang mempunyai jeda ketiga. Not kedua adalah unaccented, manakala not ketiga boleh
jadi accented atau unaccented. Changing note juga kadangkala dirujuk sebagai 'double
auxiliary note’.
Contoh changing note:
17
NOT ANTICIPATION
Anticipation adalah unaccented note yang pendek atau cepat. Ia dimainkan dengan segera
sebelum not berikutnya yang sama pic dengannya. Not yang sebelum anticipation ini
biasanya diatonic step atas atau bawah. Anticipation juga berlaku apabila satu not
dimainkan sebelum kord tertentu tetapi not tersebut kepunyaan kord itu.
Contoh anticipation:
RUJUKAN
Michael Miller. (1998) Music Theory (second edition), Special Markets, Alpha Books, 375
Hudson Sreeet New York, NY 10014, Alpha Books.
Eric Taylor,(1993) The AB Guide To Music Theory, Royal School Of Music, Ltd14 Bedford
Square, London WICB, Dotesios, Printers Ltd, Trowbridge.
Loh, P.K (1991). A Handbook of Music Theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.
18
Lovelock, W. (1933). Ornaments and Abbreviations. Norwich: William Elskin Music
Services.
Ng, L. (1991). Theory of Music Made Easy Grade 5. Penang: Rhythm MP Sdn. Bhd.
Taylor, E. (1991). The AB Guide to Music Theory, Part II. London: The Associated Board of
the Royal Schools of Music.
Taylor, E. (2000). Music Theory in Practice Grade 6. London: The Associated Board of the
Royal Schools of Music.
19
top related