transisi tahun 1 2012
Post on 26-Feb-2018
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
1/65
TARIKH :
04 26 JANUARI 2012
TEMPAT :
BILIK DARJAH 1 CEMERLANG
SK TANJONG BATU, SANDAKAN
Disediakan Oleh,
CIK RAINI BINTI ISMAIL
PENYELARAS PROGRAM TRANSISI 2012
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
2/65
1.
Kata-kata aluan 2-4
2.Pengenalan, Objektif 5
3.Minda Cerdas, Mata Bercahaya 6
4.Jawatankuasa Induk 7
5.Jawatankuasa Pelaksana 8
6.Jadual Program 9-22
7.Gambar Aktiviti 23-60
8.Keputusan Diagnostik 61
9.Rujukan 64
10. Lampiran 65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
3/65
Bismillaahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
keizinanNya kita telah berjaya melaksanakan Program Transisi Murid Tahun Satu2012seperti yang telah dirancang.
Syabas dan tahniah kepada penyelaras program, ahli jawatankuasa
induk, ahli jawatankuasa pelaksana, semua guru dan warga Sekolah
Kebangsaan Tanjong Batu, Sandakan yang telah memberikan komitmen
seratus peratus bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.
Saya amat menghargai komitmen yang telah ditunjukkan semasa program ini
berlangsung.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang
telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Harapan saya
agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
( En. Asmat Bin Aliaman )
Kata Kata AluanGuru BesarSekolah Kebangsaan Tanjong Batu,Sandakan.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
4/65
Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah
rahmatNya kita telah berjaya melaksanakan Program Transisi Murid Tahun Satu
sesi 2012 ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan rakan
pentadbir yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan padu dalam
menjayakan program ini.
Sebagai pentadbir yang terlibat secara langsung dalam program ini
yang julung kalinya dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan oleh
pihak PPD dan JPN memanglah tidak mudah. Namun begitu pihak sekolah
seboleh daya telah berusaha untuk melaksanakan program ini seperti yang
sepatutnya.
Saya bersyukur dan berasa amat bertuah kerana semua rakan guru
telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat tinggi. Terutama sekali
kepada Guru Kelas Tahun Satu yang merupakan penyelaras kepada program
ini. Saya menyedari dan melihat sendiri kesungguhan dan usaha keras beliau
dalam menjayakan program ini cukup membanggakan. Bolehlah saya katakan
beliau telah berusaha melaksanakan program ini dari sifar kepada apa yang
anda lihat pada laporan yang beliau sediakan. Tahniah! Begitu juga dengan
rakan-rakan guru yang lain.
Kata Kata AluanPenolong Kanan KurikulumSekolah Kebangsaan Tanjong Batu,
Sandakan
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
5/65
Mari kita kekalkan momentum anjakan pradigma bahawa kita
sebenarnya boleh melakukan yang terbaik. Ayuh! kita tunjukkan dan buktikan
bahawa warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Sandakan ini sebenarnya
adalah mereka yang jika dicampak ke laut menjadi pulau, bila lontar ke darat
menjadi gunung dan andai dilempar ke langit menjadi bintang. Kita telah
buktikan melalui pelaporan program transisi ini. Sebagai permulaan tahun 2012
sebenarnya kita telah berada di landasan menuju kecemerlangan seperti
mana yang kita rancang dan usahakan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang berusaha
melaksanakan program ini dengan jayanya. Semoga usaha ini di teruskan
pada masa akan datang. Cara terbaik mengetahui kemiskinan hari esok,
adalah dengan merancang kelmarin dan melakukan hari ini.
Sekian. Terima kasih.
( En. Mesdor@Masdor Bin Malde )
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
6/65
Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Syukur, alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinanNya
kita telah berjaya merealisasikan Program Transisi Murid Tahun Satu 2012 seperti
yang telah dirancang. Program Transisi Murid Tahun Satu 2012bermula pada 4
Januari sehingga 26 Januari 2012 yang lalu bertempat di Kelas Tahun 1 Sekolah
Kebangsaan Tanjong Batu, Sandakan.
Sepanjang program ini berlangsung banyak memberi pengalaman baru
kepada saya sebagai penyelaras program buat pertama kalinya. Program ini
telah berjaya mencapai objektifnya iaitu berkenalan dan membina hubungan
mesra dalam kalangan murid agar dapat mengurangkan rasa malu, segan dan
takut untuk ke sekolah serta suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza semasa berada di Prasekolah. Selain itu, program ini juga dapat
mengenalpasti potensi setiap murid melalui Ujian Diagnostik Linus pada akhir
program transisi.
Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa induk, ahli jawatankuasapelaksana, guru-guru serta semua warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu,
Sandakan yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung
sebelum, semasa dan selepas program ini dijayakan. Sesungguhnya yang
lemah dan kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri dan yang baik itu
adalah dari Allah SWT. Saya berharap agar komitmen yang telah kita berikan
pada program ini dapat kita teruskan pada masa akan datang.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan di simpan di dalam hati.
Sekian. Terima kasih.
..
(Cik Raini Binti Ismail)
Kata Kata AluanPenyelaras ProgramTransisi Murid Tahun 1 2012
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
7/65
PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang
bertujuan membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan
tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu
sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini dapat memastikan agar
semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman
dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran
di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
OBJEKTIF
Program Transisi Murid Tahun Satu ini bertujuan
(i) Mengenali dan membina hubungan mesra dalam kalangan murid-
murid dan guru dalam masa yang singkat.
(ii) Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan murid
yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi
(iii) Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah
baru.
(iv) Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran
KSSR yang menyeronokkan dan
(v) Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan
bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-ansur
dan bersistematik
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
8/65
MINDA CERDAS
Kemampuan murid-murid tahun satu membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh
dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.
Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta
bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu
melalui aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murini yang ada atau yang di bawa dari
pra sekolah.
MATA BERCAHAYA
Murid-murid tahun satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus
belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-
guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa
ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau
penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka
yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan
proses pembelajaran mereka di tahun satu.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
9/65
Jawatankuasa Induk
Program Transisi Murid Tahun Satu
2012
Penasihat
PPD
Pengerusi
En. Asmat Bin Aliaman
Timbalan Pengerusi
En. Mesdor @ Masdor Bin Malde
Naib Pengerusi I
En. Hussin Bin Said
Naib Pengerusi II
Pn. Renny Kok Shang Chan
Setiausaha
Cik Raini Binti Ismail
Bendahari
En. Iruwan Bin Amboragang
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
10/65
Jawatankuasa Pelaksana
Program Transisi Murid Tahun Satu
2012
Penyelaras Program : Cik Raini Binti Ismail
AJK Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu : Cik Raini Binti Ismail
Bahasa Inggeris : Pn. Renny Kok Shang Chan
Matematik : Cik Sarmini Binti Saliasan
Sains : Pn. Norzarina Binti Jaji
Pendidikan Agama Islam
& Bahasa Arab : Pn. Siti Asma Binti Abd Rahim
Muzik : Pn. Elyrona Saimun
Pendidikan Jasmani : En. Iruwan Bin Amboragang
Pendidikan Kesihatan : Guru Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Pendidikan Seni Visual : Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Dokumentasi : Cik Raini Binti Ismail
Disiplin : En. Tasman Bin Abd Rahman
SPBT : En. Andi Sudirman A. Rahman
PSS : Pn. Norzarina Binti Jaji
PraSekolah : Pn. Farah Wahidah Binti Zainal
Pemulihan : En. Sahrudin Bin Abdullah
Keselamatan : Ketua Pengawal keselamatan Sekolah
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
11/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
MINGGU TARIKH AKTIVITI
1 0410 JANUARI 2012
ORIENTASI
2 1117 JANUARI 2012
PENDEKATAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
BERTEMA
3 1826 JANUARI 2012
DIAGNOSTIK MURID LINUS
MODUL SIAGA LINUS
( LITERASI )
INSTRUMEN SARINGAN
1 TAHUN 2011
( NUMERASI )
***Diagnostik murid linus untuk LITERASIboleh menggunakan salah satu Modul
Siaga Linus
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
12/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Pertama : Minggu Orientasi
04 Januari 2012 ( Rabu )
Masa Aktiviti Tindakan
O730-0800 PERHIMPUNAN Semua Guru
0800-0900 Pendaftaran Murid Tahun 1
Guru menyambut kedatangan murid-murid
Guru kelas merekodkan butiran murid-murid
Guru Kelas
0900-1000 Taklimat
Taklimat daripada pihak pentadbir sekolah
kepada ibu bapa / penjaga dan murid-
murid
Sesi memperkenalkan guru-guru Tahun 1 sesi
persekolahan 2012
Taklimat LINUS dan KSSR
Pengenalan LINUS dan KSSR kepada
ibubapa / penjaga
Pihak Pentadbir
PK 1
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
13/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
14/65
Penerangan keselamatan diri semasa
berada di sekolah dan dalam kelas
Tempat-tempat yang perlu dielakkan
/ kawasan larangan
1120-1220 Majlis Suaikenal murid-murid Tahun 1
Guru Kelas memperkenalkan diri
Aktiviti Mingel bersama murid-murid baru
Berkenalan di kiri dan kanan murid
Guru Kelas
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
15/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Pertama : Minggu Orientasi
05 Januari 2012 ( Khamis )
Masa Aktiviti Tindakan
O730-0800 Pengurusan kelasGuru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan Kebersihan Murid, Kelas
Guru Kelas
0800-0900 Budaya dan Peraturan Sekolah
Penerangan tentang budaya dan
peraturan sekolah
Adap bersopan kebenaran keluar / masuk
kelas
Adap memberi / menjawab salam
Guru BM
0900-1000 Lawatan ke kawasan sekolah
Pejabat Pengurusan Pentadbiran Sekolah
Bilik Guru
Bilik SPBT
Staf / KTBM
Guru Kelas
En. Andi
1000-1020 REHAT
1020-1120 Mengenal Bentuk
Mengira bentuk yang terdapat di
persekitaran murid
Mewarna bentuk
Guru MATH
1120-1220 Nyanyian Lagu
Menerangkan peraturan semasa
menyanyikan lagu
Memperkenalkan lagu sekolah
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Muzik
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
16/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Pertama : Minggu Orientasi
06 Januari 2012 ( Jumaat )
Masa Aktiviti Tindakan
O730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Nilai Kerohanian dan nilai-nilai murni
Bacaan doa sebelum memulakan P&P
Memberi dan menjawab salam dengan
betul
Guru PAI
0900-1000 Perbualan Pagi
Sarapan Pagi
Keperluan dan kepentingan sarapan pagi
Guru SAINS
1000-1020 REHAT
1020-1150 Nyayian lagu
Memperkenalkan lagu sekolah
Menyanyikan lagu sekolah
Aktiviti mewarna lencana sekolah
Guru Muzik
1150 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
17/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Pertama : Minggu Orientasi
09 Januari 2012 ( Isnin )
Masa Aktiviti Tindakan
0730-0800 PERHIMPUNAN Semua Guru
0800-0900 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0900-1000 Lawatan ke
Pusat Sumber Sekolah
-
Menerangkan peraturan-peraturan semasa
berada di pusat sumber
Bilik Muzik
-peraturan-peraturan semasa berada di
bilik muzik
Bilik Pemulihan
Guru PSS
MUzik
PEMULIHAN
1000-1020 REHAT
1020-1120 Nyanyian lagu
Memperkenalkan lagu negeri
Menyanyikan lagu negeri
Mewarna bendera negeri
Guru Muzik
1120-1220 Permainan Bahasa
Membentuk huruf-huruf ABC menggunakan
plastesin
Menyebut nama benda daripada huruf
Meneka huruf
Guru BM
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
18/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Pertama : Minggu Orientasi
10 Januari 2012 ( Selasa )
Masa Aktiviti TindakanO730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Aktiviti fizikal (Pergerakan Kreatif)
Pergerakan / Tarian Chicken Dance
Guru PJ
0900-1000 LawatanKantin Sekolah
adap-adap semasa berada di
kantin
cara membersihkan tangan
dengan betul
bacaan doa makan
Guru BM
1000-1020 REHAT
1020-1120 Greeting / Social Expression
Introduce yourselfSing a Song
Colouring
Guru BI
1120-1220 Bermain Sambil Belajar
Bermain plastesin mencampurkan warna
dan corak
Membentuk bunga , membentuk
binatang
Membentuk nombor 0-10
Menyebut nombor
Guru MATH
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
19/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Kedua : Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
11 Januari 2012 (Rabu)
MASA AKTIVITI TINDAKAN
0730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Dinamika Kumpulan
Mengenal bentuk
Meyambung titik-titik mengikut bentuk
Mewarna
Guru BM
0900-1000 Bercerita kisah teladan
Bersoal jawab tentang cerita
Pengajaran daripada cerita
Nilai murni
Guru PAI
1000-1020 REHAT
1020-1120 Dinamika kumpulan
Menyebut dan menggunakan nombor
Mengadakan pertandingan
Hadiah galakan
Guru MATH
1120-1220 Menyanyi sambil belajarWrite small letters and capital letter
Tajuk : if u happy
Teknik : Main peranan
Guru BI
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
20/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Kedua : Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
12 Januari 2012 (Khamis)
MASA AKTIVITI TINDAKAN
0730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Bercerita kisah teladan
Bersoal jawab tentang cerita
Pengajaran daripada cerita
Nilai murni
Guru BM
0900-1000 Nyanyian lagu
Memperkenalkan lagu Negaraku
Menyanyikan lagu Negaraku
Mewarna Jalur Gemilang
Guru MUZIK
1000-1020 REHAT
1020-1120 Dinamika kumpulan
Membilang nombor
Mengadakan pertandingan
Hadiah galakan
Guru math
1120-1220 Dinamika kumpulan
Mengenal bentuk
Menyambung titik-titik mengikut bentukMewarna
Guru bm
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
21/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Kedua : Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
13 Januari 2012 (Jumaat)
MASA AKTIVITI TINDAKAN
0730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Aktiviti Fizikal
Mengadakan pergerakan lokomotor
Cth: melompat seperti katak, berlari, sepertikuda dll
Meniru bunyi binatang sambil melakukan
pergerakan
Guru PJ
0900-1000 Belajar berdoa
Membaca dan menghafal doa Cth: doa
masuk dan keluar tandas, doa penerang
hati dll
Pengucapan Bertatasusila
Guru PAI
1000-1020 REHAT
1020-1120 Pendidikan kesihatanPenerangan tentang cara menjaga
kebersihan diri
Tema : Kebersihan bermula daripaa saya
Membaca cerita tentang kebersihan diri.
Memeriksa keberishan diri murid
Guru PK
1120-1150 Pendidikan Kesihatan
Mewarna, mengunting dan menampal
gambar peralatan kebersihan
Menilai hasil kerja kumpulan
Soal jawab
1150 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
22/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Kedua : Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
16 Januari 2012 (Isnin)
MASA AKTIVITI TINDAKAN
0730-0800 PERHIMPUNAN
0800-0830 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0830-0930 Sekolahku
Menyebut nama sekolah
Berbual tentang sekolah
Mewarna gambar sekolah
Guru BM
0930-1000 Bermain sambil belajar
Aktiviti kumpulan
Menyebut nombor tersembunyi
Mewarna nombor
Guru MATH
1000-1020 REHAT
1020-1120 Mengenali tentang warna
Mewarna gambar
Guru BI
1120-1220 Mengenali anggota badan
Menggunting dan menampal
Aktiviti kumpulan
Guru SAINS
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
23/65
JADUAL PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
Minggu Kedua : Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
17 Januari 2012 (Selasa)
MASA AKTIVITI TINDAKAN
0730-0800 Pengurusan kelas
Guru kelas mengambil kehadiran murid
Pemeriksaan kebersihan murid, kelas,
bacaan doa
Menyanyikan lagu sekolah
Guru Kelas
0800-0900 Bercerita
Tajuk : Arnab dan Kura-kura
Teknik : Main Peranan
Aktiviti :
Bersoal jawab tentang cerita
Mewarna gambar
Guru BM
0900-1000 Mengenali tentang warna
Aktiviti kumpulan
Membentuk kumpulan mengikut warna
Mewarna gambar
Guru SAINS
1000-1020 REHAT
1020-1120 Bermain sambil belajar
Bermain kad huruf dan meneka nama
pada kad
Nyanyian lagu ABC
Guru BM
1120-1220 Mengenali nombor
Membina nombor menggunakan
plastesin
Menyusun dan membilang nombor
Guru MATH
1220 Bersurai
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
24/65
JAWATAN KUASA INDUK DAN PELAKSANA
PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2012
Duduk dari kanan: Pn. Renny Kok Shang Chan (PK KOKUM), EN. Asmat Bin
Aliaman (Guru Besar), En. Mesdor@Masdor Bin Malde (PK 1), Hjh. Normah Binti
Aliusin (PK HEM). Berdiri dari kanan:Cik Raini Binti Ismail, Pn. Siti Asma Binti Abd
Rahim, Pn. Farah Wahidah Binti Zainal, Pn. Norzarinah Binti Jaji, Cik Sarmini Binti
Saliasan, En. Hussin Bin Said, Pn. Hasma Binti Madail, Pn. Elyrona Saimun, Pn.
Hatimah, En. Syukur, En. Iruwan Bin Amboragang, En. Darwis Bin Paddu, En. Bahri
Bin Taasa, En. Tasman Bin Abd Rahman, En. Shahrudin Bin Abdullah dan En. Andi
Sudirman A,Rahman.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
25/65
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami murid Tahun 1 Cemerlang baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
26/65
Megah berkibar Jalur Gemilang
Megah gagah bagai helang
Kami Murid Tahun 1 Cemerlang
Menjadi anak berjasa terbilang.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
27/65
SK Tanjong Batu
Mendidik kami semua
Dengan cogan kata ilmu pelita hidup
Itu lah yang terutama menyatukan semua bangsa
Menuju puncak jaya
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
28/65
Selamat Datang ke Kelas Tahun 1 Cemerlang
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
29/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
30/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
31/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
32/65
Taklimat daripada Penyelaras Program
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
33/65
Taklimat kepada ibu bapa / penjaga
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
34/65
Ibu bapa dan penjaga yang hadir ke Taklimat Program Transisi Murid
Tahun 1 2012
Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan penjaga
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
35/65
Guru-guru Tahun 1 yang hadir ke taklimat dan wakil daripada pihak
pentadbir sekolah.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
36/65
Taklimat daripada En. Mesdor@Masdor Bin Malde Penolong Kanan 1
tentang Program Transisi Murid Tahun 1
Taklimat daripada En. Andi Sudirman A.Rahman Guru SPBT Sekolah.
Taklimat daripada En. Tasman Bin Abd Rahman daripada Unit
Disiplin Sekolah
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
37/65
Guru Kelas Tahun 1 meyampaikan taklimat berkaitan Kad oo1R dan
buku rekod kesihatan murid mewakili PKHEM
Taklimat daripada En. Musa Ketua Pengawal Keselamatan
Sekolah
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
38/65
Pengerusi memberi penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga yang
hadir ke Taklimat.
Aktiviti Mingel atau suai kenal dalam kalangan murid-
murid tahun satu.
Kata orang tak kenal maka tak suka
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
39/65
Aktiviti menulis dan mewarna lencana sekolah Jalur
Gemilang
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
40/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
41/65
Membentuk pelbagai bentuk dan huruf ABC menggunakan
plastesin.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
42/65
Aktiviti Fizikal bersama Cikgu Iruwan
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
43/65
Greetings with Teacher Renny Kok
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
44/65
Satu Dua Tiga Empat
Rajin Belajar Cepat Dapat Belajar Matematik bersama
Cikgu Sarmini Saliasan.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
45/65
Aktiviti Pendidikan Agama Islam
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
46/65
Assalammualaikum cikgu kami murid-murid Tahun 1 Cemerlang
datang melawat
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
47/65
Murid-murid bersalaman dengan guru-guru semasa lawatan ke bilik
guru dan pejabat pentadbiran sekolah.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
48/65
Lawatan ke Bilik Muzik.
Murid menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
49/65
Lawatan ke Bilik Pemulihan
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
50/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
51/65
Melawat Pusat Sumber Sekolah.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
52/65
Lawatan ke Bilik SPBT
Murid-murid diberi penerangan tentang penjagaan buku teks
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
53/65
Lawatan ke Prasekolah
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
54/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
55/65
Melawat ke Bilik ICT bersama Cikgu Shahrudin.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
56/65
Aktiviti dalam kelas.
Murid-murid menulis di atas kad manila yang telah diletakkan tepung
di dalamnya kemudian murid akan menulis huruf vokal yang
disebutkan oleh guru.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
57/65
Murid-murid menulis huruf di udara.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
58/65
Murid-murid menulis huruf di belakang badan rakan mereka sambil
menyebut huruf yang ditulis.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
59/65
Ujian Diagnostik LINUS.
Aktiviti Fizikal Tarian Chicken Dance.
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
60/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
61/65
Senyum seindah suria
Yang membawa bahagia
Senyum lah dari hati duniamu berseri
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
62/65
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
63/65
Senyum tak perlu kata apa-apa
Senyum tak perlu kata apa-apa
Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini
Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
64/65
SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 CEMERLANG
2012
BIL NO.
DAFTAR
NAMA MURID J TARIKH
LAHIR
NO. S/B NO. K/P
1 001/12 AZRYMAR BIN OMAR L 06.09.2005 SB268985 050906-12-13
2 002/12 FARA SAZLINA BINTI BASRI P 17.07.2005 SB263530 050717-12-05
3 003/13 JUWANA BINTI SAMSUL P 10.09.2005 SB267890 050910-12-0
4 004/12 MAZLAN BIN EMIL L 10.06.2005 SB256668 050610-12-08
5 005/12 MAZROY BIN MAZLAN L 29.11.2005 SB268494 050929-12-05
6 006/12 MUHAMMAD RAZAEMY BIN KUSNO L 15.03.2005 SB244493 050315-12-10
7 007/12 NORFITRI BINTI NAZID P 03.11.2005 SB286544 051103-12-05
8 008/12 NUR SHAIBAH BINTI BILHE P 04.05.2005 SB255967 050504-12-08
9 009/12 SAFUAN BIN MAULUD L 23.05.2005 SB256299 050523-12-03
10 010/12 SITI NUR SHANILAH BINTI MUHMAD YUNUS P 14.07.2005 SB263330 050714-12-04
-
7/25/2019 Transisi Tahun 1 2012
65/65
1.
Panduan Kriteria Pelaksanaan Program Transisi 2012.
2. Kit Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu. Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul/modul_lat_transisi.pdf
4.
http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-
sepanjang-program-transisi.html
5. http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-
tahun-1
6. http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/progr
am/kit_transisi.pdf
http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul/modul_lat_transisi.pdfhttp://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://www.slideshare.net/cikgupaklong/program-transisi-tahun-1http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://sktmnputraperdana.blogspot.com/2011/01/aktiviti-sepanjang-program-transisi.htmlhttp://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul/modul_lat_transisi.pdf
top related