teori sistem

Post on 07-Jun-2015

5.149 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kaitan teori sistem terapi keluarga

TRANSCRIPT

SEJARAH SYSTEMS THEORY :

Asalnya dari konsep matematik, fizik dan kejuruteraan yang dikesan oleh ahli teoritikal pada tahun 1940an. Mereka cuba membangunkan satu model yang mampu berfungsi menguruskan unit-unit di dalam bidang mekanik dan biologi

Bateson dan rakan-rakannya mendapati sistem teori merupakan alat yang sesuai untuk menterjemahkan cara bagaimana ahli keluarga mampu berperanan menguruskan pelbagai koleksi individu di dalam keluarga.

teori Sistem digunakan sebagai garis panduan untuk menentukan kefungsian dan ketidak fungsian keluarga

Sistem didefinisikan sebagai satu set elemen atau unsur yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Setiap unsur saling bergantungan di antara satu sama lain bersama-sama mewujudkan keseluruhan,( Miller, 1978)

Menurut Gray (1969) teori sistem memberi penekanan kepada keseluruhan interaksi antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dan berasaskan konsep organisasi.

Pendekatan ini menafikan perhubungan sebab akibat sehala tetapi memandang berat kepada perhubungan sebab akibat dua hala dala perhubungan harian.

Konsep-konsep Teori Sistem :1.Organisasi – merupakan asas teori sistem.

Ia merujuk kepada perhubungan unsur yang sistematik yang terjalin dalam sesuatu sistem. Interaksi sistem itu boleh dijangkakan dalam satu pola yang tersusun.

2.Keseluruhan – Apabila unsur dalam sesuatu sistem itu tersusun atau wujudnya organisasi, maka akan terjalin satu keseluruhan. Dalam konteks ini, pertama tidak ada sistem yang boleh difahami atau diterangkan dalam keadaan yang terpisah. Kedua, tidak ada unsur yang wujud dalam sistem itu boleh difahami dalam keadaan terasing kerana ia tidak berfungsi secara sendiri

3. Sempadan – merupakan garisan sesuatu sistem. Ia melindungi sistem berkenaan daripada tekanan dan mengawal keluar-masuk maklumat. Ia akan memastikan unsur dalam sistem itu bersatu dan jelekit. Pada waktu yang sama ia akan membenarkan sistem bertinteraksi dengan sistem lain. Walaubagaimanapun jika sempadan terlalu longgar sistem akan kehilangan identiti dan rasa hormat dan jika sempadan terlalu ketat ia akan disingkir dan terasing

4. Sistem terbuka – Sistem terbuka menerima maklumat atau tenaga daripada persekitaran luaran dan kemudian memberi maklumbalas kembali. Sempadan sistem yang terbuka haruslah mudah diubah-ubah berinteraksi dengan dunia luar tetapi tidaklah sehingga terlalu longgar hingga menghilangkan identitinya.

5. Sistem tertutup – ia tidak menerima apa jua maklumat atau tenaga daripada persekitaran luar. Ianya beroperasi dengan tenaga dalamnya sahaja. Sistem ini dikatakan bersifat entropi iaitu tidak teratur dan cenderung ke arah yang tidak sempurna dan kehancuran

6. Homeostasis – merujuk kepada kecenderungan sesuatu sistem itu untuk mengekalkan keseimbangan pada sesuatu aras yang telah dipersetujui dan untuk mengambil apa jua tindakan apabila sistem itu berada dalam keadaan tergugat. Homeostasis selalunya tercapai dengan mekanisme-servo yang dikenali sebagai lingkaran maklumbalas. Lingkaran ini akan mengembalikan maklumat kepada sistem untuk menggerakkan proses interaksi dalam yang boleh mengekalkan keseimbangan dalam sistem berkenaan dan mempastikan satu keadaan yang dinamik dan stabil

Sistem teori cuba mengesan bagaimana corak personaliti individu di dalam keluarga dapat mempengaruhi bentuk tingkahlaku ahli di dalam sesebuah keluarga

Kita akan melihat bagaimana perkara yang berlaku didalam sesebuah keluarga hasil daripada peranan individu seperti pentingkan diri sendiri, pemurah, suka memberontak, pasif, toleransi, menghasut dan sebagainya dapat kita pelajari bagaimana corak hubungan persaudaraan yang diperlukan untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut.Sesetengah individu lebih suka menghasut dalam ahli keluarganya dan ia lebih daripada orang lain.

Sebenarnya konsep ini menceritakan bagaimana dua individu di dalam sesebuah keluarga memberi sumbangan tentang peranan masing-masing termasuklah seorang yang suka memujuk seorang suka menjauhkan diri, seorang dapat berperanan dengan baik yang lain tidak dan sebagainya.

Sistem teori berperanan dan memberi fokus untuk melihat bagaimana peranan individu di dalam sesebuah keluarga mampu mencorakkan kehidupan dan perjalannan keluarga tersebut. Individu merupakan rangkaian penting dalam mencorakan sesebuah keluarga.

Sebagai contoh : Jika seorang ibu memarahi anaknya, kemudian suaminya pula menasihati anaknya jangan jadi nakal dan anaknya masih melakukan perkara yang sama, sistem akan memberi fokus kepada perhubungan sebab-akibat dua hala dalam perhubungan harian

Pada 1940an ahli biologi Austria Ludwig Von Bertalanfly berusaha mengabungkan pelbagai konsep daripada sistem berfikir dan biologikal ke dalam satu teori yang universal yang menjadi sistem kehidupan daripada pemikiran manusia ke alam yang lebih global. Ia mulai menghitung satu lagi sistem sosial yang lebih kompleks dan cuba membangunkan satu model yang dinamakan General System Theory

Mark Davidson (1983) telah membuat tafsiran tentang GST dimana setiap sistem adalah terdiri daripada subsistem kepada sistem induk. Contohnya air merupakan gabungan daripada hidrogen dan oksigen (H2O). Mereka menganggap keluarga juga merupakan satu sistem induk di mana di dalamnya terdiri daripada pelbagai koleksi individu (subsistem) yang mempunyai personaliti dan peranan masing-masing. Jadi ahli terapi mesti memberikan fokus kepada interaksi yang berlaku antara personaliti.

RUMUSAN :

Teori Sistem merupakan asas yang penting membina sebuah keluarga yang sejahtera dan berfungsi sebagai sebuah keluarga.

Pentingnya peranan dan tanggungjawab ahli di dalam sistem dan saling bergantung antara satu sama lain sebagai sebuah sistem yang kukuh dan stabil

top related