tanda-tanda kiamat : dalil dan kronologi

Post on 11-Jul-2015

614 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

مباحث السمعية

IUS 4313

‘Tanda-tanda kiamat : Dalil dan Kronologi’BIL NAMA NO MATRIK

1 RAJA NOORDINIWAHIDA BT RAJA ABDULLAH

032552

2 NOOR FARAH FATIN BT PA’AIS 032243

3 NURULIZZATI BT MOHAMED NAWI 033027

4 TENGKU RUHANI BT TENGKU AHMAD HAMEZAH

032529

PENDAHULUAN

• Menurut kitab Tanda-tanda Kiamat, Tanda kecil

dan Tanda Besar yang diterbitkan oleh Yusuf bin

Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA, beliau

mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai nas

yang soheh yang menjelaskan tata urutan tanda-

tanda hari kiamat yang besar menurut

kejadiannya.

• Yang disebutkan dalam hadis-hadis hanyalah

penyebutan secara keseluruhan tanpa menyebut

urutannya.

PENDAPAT 1Imam muslim meriwayatkan hadis tersebut dari Abu Hurairah ra iaitu :

الدخان ودابة األرض، وطلوع الشمس من: بادروا باالعمال ستا

مغربها

.العامة وخويصة احدكموامر

Ertinya : bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelumdatangnya enam perkara ini iaitu keluarnya Dajjal, asap,binatang dari perut bumi, terbitnya matahari dari sebelahbarah, disibukkan kamu oleh urusan umum dan datangnyakematian yang merungutmu. (sahih muslim))

Ini juga sebuah hadis yang diriwayatkan dari

seorang sahabat dengan dua lafaz yang berbeza

tertib atau susunannya mengenai sebahagian tanda-

tanda hari kiamat yang besar, yang disamping

berbeza turutannya juga salah satunya

menggunatan huruf ataf (او) (atau) dan satunya lagi

menggunakan huruf ataf ‘wawu’ (و) Dan yang

keduanya tidak menunjukkan tertib atau berurutan

dalam kejadian.

Yang mungkin diketahui ialah beruntungnya sebahagian

tanda-tanda tersebut yang terjadi sebahagian kemudian

disusuli dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang

tertera dalam beberapa riwayat, antara lain hafis

diriwayatkan oleh An-Nawwas bin Sam’an yang insya

Allah akan disebutkan nanti. Dalam hadis tersebut

disebutkan sebahagian tanda-tanda itu secara berturutan

menurut kejadiannya. Pertama disebutkan keluarnya

Dajjal kepada manusia, kemudian turunnya nabi Isa a.s

untuk membunuh Dajjal, kemudian turunnya Yakjuj dan

Makjuj pada zaman nabi Isa a.s, dan doa beliau agar

mereka dibinasakan.

PENDAPAT 2

Menurut kitab yang sama Al-Hafizh Ibn Katsir

berpendapat bahawa keluarnya binatang dari perut

bumi merupakan tanda-tanda hari kiamat yang

pertama kali terjadi di bumi yang tidak dapat

dijinakkan, sebab binatang yang berbicara kepada

manusia dan menentukan yang mana mukmin dan

yang mana kafir merupakan suatu perkara yang luar

biasa, dengan menyalahi kebiasaan yang terjadi.

Adapun terbitnya matahari dari barat merupakan perkara

yang sangat jelas dan ini merupakan tanda-tanda di langit

yang muncul pertama kali. Sedangkan munculnya dajjal,

turunnya nabi isa dari langit dan keluarnya ya’juj dan

ma’juj, meskipun semua itu telah muncul sebelum

terbitnya matahari dari barat dan sebelum keluarnya

binatang dari dalam bumi, tetapi mereka semua seperti

manusia yang dapat disaksikan dan dimaklumi, berbeza

dengan keluarnya binatang dari dalam bumi dan

terbitnya matahari dari barat yang merupakan sesuatu

yang aneh.

PENDAPAT 3

Ibn Hajar telah mengklasifikasikan tanda-tanda besar terjadinya harikiamat itu kepada tiga fasa.

Fasa pertama- keluarnya Dajjal yang memberitahu terjadinyaperubahan bumi, dan perkara ini berakhir dengan wafatnya nabi Isaa.s.

Fasa kedua- terbitnya matahari dari barat yang menunjukkanperubahan alam dan perkara ini berakhir dengan keluarnya binatangdari perut bumi.

Fasa ketiga- keluarnya api yang menghimpunkan seluruh manusia.

Selanjutnya beliau berkata : ‘hikmahnya, bahawa ketika

matahari terbit dari barat, pintu taubat ditutup, lalu

keluarlah binatang dari perut bumi yang kedatangannya

itu membezakan yang mana mukmin dan yang mana

kafir, dengan maksud itu menyempurnakan penutupan

pintu taubat. Tanda kiamat yang terakhir muncul adalah

api yang menghimpunkan manusia.

KESIMPULANPendapat yang muktamad ialah pendapat ibn Hajar, kerana

keluarnya dajjal dalam keadaan sebagai manusia semata-

mata bukanlah tanda hari kiamat, tetapi tanda hari kiamat

itu ialah keluarnya dajjal dalam kewujudannya sebagai

manusia dengan melakukan perkara-perkara yang luar

biasa, iaiatu menyuruh langit menurunkan hujan lalu turun

hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan sesuatu

lalu tumbuh, di samping keadaan-keadaan lainnya yang

luar biasa, sebagaimana akan dibicarakan dalam perbahasan

tentang dajjal nanti. Maka dajjal merupakan tanda hari

kiamat yang pertama kali akan terjadi di bumi dengan luar

biasa.

Ath-thaibi berkata : “ayat-ayat (kejadian-kejadian) yang

merupakan tanda-tanda kiamat itu ada yang sebagai

petanda telah dekatnya hari kiamat dan ada pula yang

menjadi tanda terjadinya kiamat. Di antara dua tanda

telah hampirnya kiamat ialah dajjal, turunnya Isa, ya’juj

dan ma’juj dan gempa bumi. Dan yang termasuk

golongan kedua (tanda terjadinya kiamat) ialah

keluarnya asap, terbitnya matahari dari barat, keluarnya

binatang dari perut bumi dan keluarnya api yang

mengumpulkan seluruh manusia.

Iniah urutan sejumlah tanda kiamat dan tidak menjelaskan

urutannya menurut kejadiannya. Dan nampaknya Ath-Thaibi

melihat tertib ayat (urutan tanda-tanda kiamat) menurut

penyebutannya pada tiap bahagian.

Sesungguhnya pembahagian sebagaimana yang dikemukakan

oleh Ath-Thaibi itu merupakan pembahagian yang baik dan

cermat, kerana apabila telah keluar tanda-tanda pada bahagian

pertama yang menunjukkan bahawa hari kiamat sudah dekat,

maka perkara ini akan mendorong manusia untuk segera

bertaubat dan kembali kepada Tuhan mereka, samada ia orang

mukmin mahupun kafir. Tanda-tanda bahagian (kumpulan)

pertama ini telah pengarang sebutkan tertib turutannya menurut

kejadiannya, yang diantaranya sering terjadi gempa dan perkara

itu memang berkaitan.

Adapun jika telah datang bahagian kedua yang

menunjukkan terjadinya kiamat, maka manusia

dibezakan secara jelas mana yang mukmin dan mana

yang kafir sebagaimana yang akan disebutkan nanti

bahawa ketika keluar asap keadaan orang mukmin

seperti diserang selsema sedangkan orang kafir

menggelembung kerana asap tersebut.

Kemudian matahari terbit dari barat, lalu pintu taubat

ditutup. Maka tidak ada gunanya keimanan orang kafir

bila mereka beriman sesudah itu dan tidak ada gunanya

pula taubat orang baru bertaubat setelah itu.

Sesudah itu keluarnya binatang dari dalam bumi, lalu

membezakan manusia yang kafir dari orang yang

mukmin, kerana binatang tersebut memberi tanda pada

orang mukmin dan orang kafir sebagaimana akan

disebutkan nanti. Kemudian yang terakhir kali muncul

ialah api yang menghimpunkan manusia.

RUJUKAN

Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA, 2014,

Tanda-Tanda Kiamat, Tanda Kecil & Tanda Besar, Al-

Hidayah Publication.

Dr. Abdul Hamid Handawi, 2012, Dasyatnya Alam

Kubur Dan Negeri Akhirat, Jasmine Publication

top related