tahap pemahaman pelajar terhadap konsep jirim … · alhamdulillah, syukur kepada allah s.w.t....
Post on 02-Mar-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP JIRIM DAN APLIKASI
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
EZAITYESIRAH BINTI CHE’ AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP JIRIM DAN APLIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya EZAITYESIRAH BINTI CHE’ AZIZ
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
______
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 578-B LORONG TOK PAYUNG, KG DUSUN PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN20400 KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 1 APRIL 2006 Tarikh: 3 APRIL2006.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan : .……………………………
Nama Penyelia : PM. AZIZ B. NORDIN
Tarikh : 3 APRIL 2006
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penulis : EZAITYESIRAH BINTI CHE’ AZIZ
Tarikh : 1 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ibu dan ayah tersayang;
Sarifah binti Saari dan Che Aziz bin Che Soh
Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pengorbananmu.
Teman-teman seperjuangan
Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita demi Allah S.W.T.
Untuk saudara Al-Muhaimin Abdul Hadi yang telah banyak memberikan pertolongan
dan galakkan untuk menjayakan kajian ini.
Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya
Insya Allah.
TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP JIRIM DAN APLIKASI
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
EZAITYESIRAH BINTI CHE’ AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakuti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Aziz bin Nordin selaku
penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang
diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan akan
dikenang sepanjang hayat.
Penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor dan pengetua setiap sekolah yang terpilih kerana telah memberi kebenaran
untuk menjalankan kajian ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segala dorongan dan bantuan.
Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam
membantu menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas budi baik kalian.
v
ABSTRAK
Dalam perkembangan terkini, kurikulum sains di sekolah menengah, khususnya
kurikulum kimia antara lain memberi penekanan terhadap aplikasi konsep yang
dipelajari di bilik darjah dalam kehidupan harian secara eksplisit. Melalui pembelajaran
kontekstual, proses pembelajaran berlaku dengan lebih bermakna dalam suasana yang
menyeronokkan. Walau bagaimanapun, banyak hasil kajian menunjukkan ramai di
kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan
konsep yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian. Antara konsep asas kimia yang
banyak menimbulkan masalah di kalangan pelajar ialah konsep jirim. Maka, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap konsep jirim dan
hubungannya dengan aplikasi dalam kehidupan seharian. Seramai 110 orang pelajar
tingkatan empat aliran sains di sekitar daerah Muar yang dipilih secara rawak mudah dan
rawak kelompok dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini merupakan suatu penyelidikan
yang berbentuk deskriptif. Penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah
soal-selidik untuk mengesan pemahaman dan menyiasat idea alternatif pelajar. Data-data
yang telah diperolehi dianalisis berbantukan komputer menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) Versi 10.0. Kajian menunjukkan tahap pemahaman
dan aplikasi konsep jirim dalam kehidupan harian dikalangan pelajar adalah lemah
terutamanya dari segi aspek mikroskopik (idea sains). Hasil kajian juga menunjukkan
pelajar tidak dapat mengaplikasikan konsep jirim dengan kehidupan seharian. Beberapa
cadangan telah dikemukakan dan diharap dijadikan panduan kepada pelajar, guru, ibu-
bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil alternatif terbaik bagi
mengatasi masalah pembelajaran dan memahami konsep jirim.
vi
ABSTRACT
In this latest development, the science curriculum in secondary schools,
especially the chemistry curriculum among others emphasize on applications of concepts
taught in classroom and used explicitly in daily life. Through contextual learning, the
learning process is carried out more effectively and in a enjoyable environment.
However many research outcomes shows that many students face problems in
understanding and applying the concepts in everyday life. The concept of matter is
among one of the basic concepts of chemistry which create problems to students.
Therefore, a research aimed at identifying the students’ understanding towards the
concept of matter and its relationship with application in daily life. A total of 110 form
four science stream students around the Muar district, were chosen by using simple
random and cluster sampling involved in this research. The research is more of
descriptive form. It was implemented by using questionnaire to detect students
understanding of the topic and investigate any alternative ideas from students. The
analysis of data collected is obtained through the usage of computer software called
Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Result indicated that the
level of understanding and application of the concept of matter in daily life among
students is weak level, especially from the microscopic aspects. Further research should
be carried out to identify more misconception. Recommendations for further study were
also suggested to help students, teachers, parents and Education Department and
Ministry of Education to overcome student problems in understanding matter concepts.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
viii
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Skop kajian 6
1.8 Batasan Kajian 6
1.9 Definisi Istilah 7
1.9.1 Pemahaman 7
1.9.2 Pelajar 7
1.9.3 Konsep 7
1.9.4 Pengaplikasian 8
1.9.5 Jirim 8
1.9.6 Kerangka Alternatif 8
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 9
2.2 Kurikulum Sains Sekolah Menengah 9
2.3 Objektif Kimia KBSM 10
2.4 Tahap Kefahaman Dan Aplikasi Konsep Jirim Dalam 11
Kehidupan Harian Di Kalangan Pelajar
2.5 Pandangan pelajar Tentang Binaan Asas Jirim 13
2.6 Tinjauan Tentang kerangka Alternatif Konsep Kinetik 14
Jirim
2.7 Pembelajaran Secara Kontekstual 15
2.8 Rumusan 16
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Prosedur Kajian 18
3.4 Tempat Kajian 18
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 19
3.6 Instrumen Kajian 19
3.7 Kajian Rintis 20
3.8 Analisis Data 20
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pendahuluan 21
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 22
4.2.1 Jantina 22
4.2.2 Bangsa 23
4.2.3 Ujian 23
4.2.4 Lokasi Sekolah 24
4.3 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar Mengenai 24
Zarah-Zarah Jirim
4.4 Analisis Tahap Aplikasi Pelajar Mengenai Konsep 34
Jirim Dalam Kehidupan Seharian
4.5 Perhubungan Antara Konsep Jirim dengan 47
fenomena Kehidupan Seharian
x
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 51
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 51
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 52
5.2.2 Pebincangan Tahap Kefahaman Pelajar Mengenai 52
Zarah-Zarah Jirim
5.2.3 Perbincangan Tahap Aplikasi Pelajar Mengenai 57
Konsep Jirim
Dalam Kehidupan
5.2.4 Perbincangan Perhubungan Antara Konsep Jirim 62
dengan fenomena Kehidupan Seharian
5.3 Rumusan 62
5.4 Implikasi Kajian 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN : A - D 71-74
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 22
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 23
4.3 Taburan Responden Mengikut Ujian Kimia 23
4.4 Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 24
4.5 Keputusan mengenai gambarajah sampel bagi molekul 25
udara dalam sebuah belon selepas diberi tenaga
4.6 Keputusan mengenai gambarajah dan penerangan sampel 27
menunjukkan zarah-zarah aluminium apabila dipanaskan dari
suhu 300C ke 500C
4.7 Keputusan mengenai gambarajah dan penerangan sampel 30
menunjukkan zarah-zarah air dalam keadaan pepejal, cecair
dan gas.
4.8 Keputusan mengenai penerangan sampel hablur Kalium 33
Manggant (VII) diletakkan dalam agar-agar.
4.9 Keputusan mengenai penerangan bau haruman sate yang dapat 35
dihidu oleh Saiful
4.10 Keputusan mengenai penerangan sebiji belon ditiup kembang 37
dan digantung pada siling
4.11 Keputusan mengenai penerangan sampel bagi perubahan ubat 38
gegat
4.12(a) Keputusan mengenai penerangan sampel bagi perubahan 40
mentega yang diletakkan di bawah matahari terik
xii
4.12(b) Keputusan mengenai penerangan sampel untuk mengembalikan 41
mentega kepada keadaan asal.
4.13 Keputusan mengenai penerangan sampel bagi perubahan 43
sebiji gelas yang mengandungi ais.
4.14 Keputusan mengenai penerangan sampel bagi perubahan dawai 45
ampaian yang meledung ke bawah pada hari panas terik.
4.15 Perhubungan antara soalan 1b dengan soalan 6c 47
4.16 Perhubungan antara soalan 2b dengan soalan 6c 47
4.17 Perhubungan antara soalan 3b dengan soalan 3c 48
4.18 Perhubungan antara soalan 3b dengan soalan 4c 48
4.19 Perhubungan antara soalan 3b dengan soalan 5c 49
4.20 Perhubungan antara soalan 4b dengan soalan 1c 49
4.21 Perhubungan antara soalan 4b dengan soalan 2c 50
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 71
B Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia 72
C Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan Malaysia 73
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan 74
Negeri Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia
untuk memahami fenomena di sekeliling mereka. Pembelajaran sains akan
memberikan kita kefahaman tentang kewujudan peraturan dan hukum-hukum
tertentu dan kesaling hubungan yang terdapat dengan Pencipta alam. Ia
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains supaya mereka
boleh menghadapi kehidupan harian dengan lebih bermakna.
Bermula daripada Kurikulum Tradisi, pendidikan sains di sekolah
menengah atas di Malaysia telah berubah kepada Kurikulum Sains Tulen Moden
(1972), Sains KBSM (1982, 1983 dan 1989), dan yang terbaru kepada Sains
KBSM yang disemak semula (2002) (Abu Hassan, op. cit). Sepanjang
perkembangan kurikulum sains ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
mencadangkan beberapa pendekatan pengajaran yang dapat membantu
meningkatkan pemahaman murid dan memberi penekanan terhadap penggunaan
sains dalam kehidupan seharian.
Selaras dengan tujuan tersebut, kurikulum sains terkini yang diamalkan di
sekolah menengah telah menjadikan pendekatan secara kontekstual sebagai salah
satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001a). Pendekatan ini ditekankan dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Sains, terutamanya dalam mata pelajaran kimia yang merupakan satu disiplin
sains yang berkait rapat dengan kehidupan harian (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001b)
Justeru, sukatan pelajaran kimia dirancang bagi membolehkan pelajar
memahami bidang kimia dengan lebih mendalam dari segi teori, konsep serta
aplikasinya dalam kehidupan harian secara eksplisit (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Selaras dengan keperluan negara untuk melahirkan masyarakat yang
bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh yang dapat
menjadi penyumbang kepada pembangunan negara (Wan Mohd Zahid, 1994),
kurikulum kimia sekolah digubal bagi membolehkan pelajar memperoleh
pengetahuan kimia, seterusnya melahirkan pelajar yang dapat
menghubungkaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan fenomena alam
semulajadi dan pengalaman harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001b).
Demi membolehkan pelajar mengaplikasikan konsep jirim dalam
penyelesaian masalah harian secara berkesan, kefahaman pelajar terhadap konsep
tersebut amat diperlukan (Stone, 1978). Pelajar tidak dapat menyelesaikan
masalah secara mikroskopik dengan baik jika mereka gagal memahami sesuatu
konsep dan hanya setakat penghafalan (Zoller, 2001). Banyak hasil kajian
menunjukkan ramai di kalangan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami
konsep jirim ( Stavy, 1990; Valanides, 2000; Grivry, 2001; Chiu et., 2002;
Mohammad Yusuf et al., 2002). Sebilangan pelajar yang berpendapat bahawa,
saiz zarah akan mengembang apabila dikenakan haba (Griffiths dan Preston,
1992). Terdapat juga pelajar yang beranggapan bahawa bilangan zarah udara
akan bertambah apabila udara dipanaskan (Givry, 2001).
Kajian Osborne dan Whittrock (1983), menunjukkan bahawa kanak-
kanak telah mempunyai konsep sains tersendiri berasaskan persepsi dan
pengalaman mereka sebelum memasuki alam persekolahan. Pra-konsep pada
mereka ini wujud dari interaksi mereka dengan persekitaran seharian mereka.
Kebanyakan daripada pra-konsep kanak-kanak ini adalah berpanjangan, tetap
dan sukar diubah.
Ramai kajian sains yang lain seperti Viennot (1979), Mc Dermott (1984),
Driver et al., (1985), Halloun dan Hestenes (1987) juga bersetuju bahawa
halangan utama kepada pembelajaran sains seseorang adalah mungkin
disebabkan oleh rangka konsep pelajar terhadap sesuatu yang dipelajarinya jauh
berbeza daripada konsep yang diberikan guru-guru dan ahli-ahli sains.
Salah konsep sains kanak-kanak berlaku terutamanya dalam kimia seperti
konsep kelarutan, konsep pertukaran fasa, konsep atom dan konsep berkala
(Abraham et al., 1992). Konsep-konsep ini adalah asas dalam mempelajari kimia
yang harus dikuasai oleh setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam
bidang sains.
Kajian yang telah dilakukan, didapati ramai pelajar bermasalah untuk
memahami dan mengaplikasikan konsep asas kimia (sains) dalam kehidupan
harian secara mikroskopik, sedangkan penggunaan sains semakin penting untuk
pembangunan negara. Justeru, satu kajian terhadap sejauh mana pemahaman
pelajar mengenai konsep jirim dan pengaplikasian konsep tersebut dalam
kehidupan harian di kalangan pelajar perlu dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep
serta kemahiran dalam subjek sains. Antara sebab kepada permasalah ini ialah
kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang bersedia untuk
melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan sains dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep dengan
pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep sains yang ingin diterapkan
tidak berjaya dicapai oleh pelajar.
Tujuan sebenar kajian ini adalah untuk mengkaji masalah pelajar dalam
memahami konsep jirim. Aspek yang ditekankan adalah pemahaman pelajar
terhadap konsep jirim dalam keadaan pepejal, cecair dan gas bagi perubahan
haba dan tenaga kinetik, perubahan keadaan jirim dan resapan. Di samping itu,
mengkaji tahap aplikasi pelajar terhadap konsep ini dalam kehidupan seharian
mereka. Tanpa kefahaman asas yang betul terhadap konsep jirim, para pelajar
mungkin tidak dapat mengaplikasikan dan mengaitkan dengan fenomena
seharian mereka. Hal ini menyebabkan, proses pembelajaran menjadi kurang
berkesan dan pencapaian pelajaran akan menurun seterusnya membantutkan
keperluan negara untuk melahirkan ramai para saintis yang menyumbangkan
kepada pembangunan negara.
1.4 Objektif Kajian
Berhubung dengan penyertaan masalah yang telah disebutkan di atas,
perkara-perkara yang boleh menjadi persoalan utama dalam kajian ini adalah :
1) Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep jirim dalam
keadaan pepejal, cecair dan gas.
2) Mengenal pasti tahap aplikasi konsep jirim dalam kehidupan seharian
3) Mengenal pasti perhubungan di antara konsep jirim dengan tahap aplikasi
pelajar dalam kehidupan seharian
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan, pernyataan, berikut adalah merupakan persoalan kajian
yang cuba dijawab melalui penyelidikan ini.
1) Apakah tahap kefahaman pelajar mengenai konsep jirim dalam keadaan
pepejal, cecair dan gas ?
2) Apakah tahap aplikasi konsep jirim dalam kehidupan seharian?
3) Adakah pelajar dapat mengaitkan konsep jirim dengan fenomena harian
mereka?
top related