sukan individu-tugasan 2
Post on 16-Apr-2017
342 Views
Preview:
TRANSCRIPT
QGJ3053: SUKAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ZAMRI BIN MD. ISA D043253 017-3228765
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ONG KUAN BOON
TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013
TUGASAN 2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. Pengenalan 3
2. Sukan Olahraga Sekolah 3
3. Prinsip Latihan Sukan 5
3.1 Kesediaan 6
3.2 Adaptasi 6
2.3 Perbezaan Individu 7
2.4 Intensiti 8
2.5 Kekerapan 8
2.6 Jangkamasa 9
2.7 Ulangan 9
2.8 Pengkhususan 9
2.9 Kepelbagaian 12
2.10 Ansur Maju 13
2.11 Memanaskan & Menyejukkan badan 14
2.12 Kebolehbalikan 15
4. Penutup 15
5. Rujukan 16
2
1. Pengenalan
Sukan dan permainan merupakan komponen yang penting dalam sistem persekolahan
di Malaysia. Dalam melaksanakan program sukan dan permainan di sekolah, guru pakar atau
jurulatih sukan perlu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran asas dalam
kejurulatihan. Perkara paling penting yang perlu diketahui oleh semua jurulatih ialah prinsip-
prinsip latihan dalam sukan. Begitu juga dalam sukan olahraga yang merupakan satu jenis
sukan individu yang utama di sekolah. Sukan olahraga bukan sahaja dipertandingkan pada
peringkat negeri atau kebangsaan tetapi pada setiap tahun sekolah akan menganjurkan
kejohanan sukan tahunan yang memerlukan guru rumah sukan untuk melatih wakil rumah
masing-masing dalam acara olahraga. Guru harus tahu bagaimana untuk mengaplikasikan
prinsip-prinsip latihan terutama bagi melatih atlet olahraga sekolah. Semua prinsip latihan
perlu mendapat pertimbangan sewajarnya oleh guru dalam merancang sesi latihan atlet
olahraga bagi melahirkan atlet yang dapat menguasai semua kemahiran untuk digunakan
semasa pertandingan.
2. Sukan Olahraga Sekolah
Menurut Wikepedia.org, olahraga trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan
yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. nama ‘olahraga’ berasal daripada perkataan
Greek ‘athos’ bermaksud ‘bertanding’. Olahraga terbahagi kepada tiga kategori iaitu Balapan,
Padang dan acara khas.
Senarai acara Balapan yang dipertandingkan ialah:
a. Acara pecut:
100 meter
200 meter
400 meter
b. Jarak sederhana
800 meter
1500 meter
c. Jarak jauh
3000 meter
5000 meter
10,000 meter
d. Lari berganti-ganti
4 x 100 meter
3
4 x 200 meter
4 x 400 meter
e. Lari berpagar
100 meter
110 meter
400 meter
f. Lari berhalangan
3000 meter
Senarai acara padang ialah:
Lompat jauh
Lompat kijang
Lompat tinggi
Lompat bergalah
Lontar peluru
Senarai acara khas ialah:
Heptathlon –Gabungan 7 acara
Pentathlon – Gabungan 5 acara
Dekathlon – Gabungan 10 acara
Lumba jalan kaki
Pada peringkat sekolah, dalam kejohanan olahraga tahunan murid dibenarkan untuk
mengambil gabungan beberapa acara bagi memberi peluang kepada seramai mungkin murid
untuk sama-sama terlibat dalam olahraga. Melalui penglibatan murid dalam kejohanan
tahunan olahraga sekolah, barulah guru akan dapat menilai prestasi murid untuk memilih
murid mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga pada peringkat yang lebih tinggi. Pada
tahap ini, guru perlu merancang jadual latihan yang bersesuaian dengan murid berdasarkan
kepada prinsip-prinsip latihan sukan bagi melahirkan atlet sekolah yang benar-benar
cemerlang dan dapat menunjukkan kebolehan serta bakat mereka dalam sukan olahraga.
3. Prinsip Latihan Sukan
4
Prinsip-prinsip latihan sukan merupakan amalan yang mempengaruhi proses
pelaksanaan dan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk
mengelakkan kecederaan, kelesuan, kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada.
Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perlu diambil kira dalam sesuatu
perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip latihan ini perlu diaplikasikan dengan baik bagi
merancang program latihan jangkamasa panjang atau pendek bagi mencapai objektif latihan
yang berkesan. Prinsip-prinsip sukan individu terbahagi kepada 12 prinsip utama iaitu:
a. Kesediaan
b. Adaptasi
c. Perbezaan Individu
d. Intensiti
e. Kekerapan
f. Jangkamasa
g. Ulangan
h. Pengkhususan
i. Kepelbagaian
j. Ansur Maju
k. Memanaskan & Menyejukkan badan
l. Kebolehbalikan
Prinsip-prinsip dalam sukan ini perlu diaplikasikan sebelum, semasa dan selepas
menjalankan latihan acara sukan olahraga di sekolah. Program latihan yang dirancang
mengikut prinsip-prinsip latihan yang bersesuaian dengan kehendak individu serta komponen
kecergasan yang berkaitan akan dapat melahirkan individu yang memiliki kemahiran yang
tinggi, kecergasan fizikal yang optimum dan berkekalan. Mengikut modul latihan sukan yang
diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, perkara asas yang perlu dipertimbangkan
untuk menjalankan persediaan dan perancangan latihan ialah tahap keupayaan murid,
bilangan murid, langkah-langkah keselamatan, tempat latihan, kemudahan peralatan, masa
5
latihan serta pemahaman guru terhadap pengetahuan sedia ada murid. Bagi sukan olahraga,
penumpuan kepada prinsip latihan akan dapat menyediakan jurulatih dan atlet dalam keadaan
yang benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjalani latihan olahraga.
Berikut ialah perancangan sesi latihan yang dijalankan di sekolah mengikut prinsip latihan
sukan.
3.1. Kesediaan.
Kesediaan merupakan faktor utama yang mendorong individu melibatkan diri dalam
sukan olahraga. Kejohanan sukan sekolah merupakan satu platform untuk menganalisa
keupayaan, kelebihan dan kelemahan murid yang mewaikili setiap rumah sukan dalam acara
olahraga. Prinsip kesediaan dapat dilihat berdasarkan minat murid, bakat dan kebolehan
murid dalam acara yang disertai oleh mereka. Kesediaan dapat dinilai berdasarkan kejayaan
murid dalam merangkul kejuaraan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kejayaan murid
untuk menjadi johan pertandingan antara rumah sukan telah menunjukkan bahawa murid
tersebut mempunyai asas yang kukuh bagi dipilih untuk mewakili sekolah dalam acara
olahraga. Pemilihan atlet olahraga dijalankan berdasarkan pencapaian cemerlang murid
dalam kejohanan sukan tahunan sekolah.
3.2. Adaptasi
Prinsip adaptasi berkaitan dengan penerimaan kesan latihan untuk meningkatkan
kecergasan diri serta penguasaan kemahiran dalam sesuatu sukan berdasarkan progran
latihan. Adaptasi bergantung kepada jenis sistem tenaga yang mendiminasikan permainan,
kemahiran dan keupayaan motor yang diperlukan untuk bermain sesuatu sukan dengan baik
(Bompa dan gregory Haff, 2009). Bagi meningkatkan adaptasi murid dalam latihan sukan
olahraga sekolah, beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan
ialah:
Perancangan program latihan dibuat dengan mengambil kira faktor keupayaan fizikal
murid, umur murid, jantina murid, peringkat-peringkat latihan yang mempunyai ciri
ansur maju supaya atlet olahraga mempunyai keupayaan untuk menjalani latihan
secara konsisten.
Program latihan akan diadakan secara berterusan dalam tempoh waktu tidak melebihi
2 jam pada setiap hari bagi mengelakkan aktiviti latihan yang berlebihan.
Latihan alternatif akan dirancang bagi memastikan semua atlet mampu untuk
menjalani latihan megikut kemampuan diri masing-masing.
6
Setiap pencapaian dan prestasi murid semasa menjalani latihan akan dicatat dan
direkodkan bagi membuat analisis tahap penguasaan dan perkembangan pencapaian
murid. Rekod pencapaian ini akan digunakan bagi merangka pelbagai latihan
tambahan untuk mengukuhkan lagi keupayaan murid.
Aktiviti kecergasan fizikal seperti joging atau berbasikal akan dijalankan setiap
minggu bagi meningkatkan kecergasan atlet supaya fizikal mereka benar-benar
bersedia untuk mengikuti program latihan.
Semua perkara ini diberi perhatian bagi merangka program latihan untuk atlet
sekolah. Dengan mengambil berat proses adaptasi murid terhadap program latihan ini
akan menyediakan murid dari segi fizikal dan mental untuk menjalani latihan secara
intensif. Proses adaptasi ini dapat membantu murid untuk lebih fokus dan dapat
menyesuaikan diri dengan jadual latihan, corak latihan serta mempunyai kecergasan
fizikal dan mental bagi menempuh cabaran semasa menjalani latihan olahraga
sekolah.
3.3. Perbezaan individu
Program latihan yang dirancang bermatlamat untuk melahirkan atlet olahraga sekolah
yang mampu bersaing di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta mampu untuk
memecahkan rekod olahraga seterusnya mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam
sebarang kejohanan olahraga. Bagi mencapai matlamat ini, jadual latihan yang dirancang
dibezakan mengikut jantina dan keupayaan fizikal murid. Jadual latihan bagi murid lelaki
adalah berbeza dengan jadual latihan bagi murid perempuan. Murid lelaki mempunyai jadual
latihan dengan peruntukan masa yang lebih lama berbanding murid perempuan. Perkara ini
bergantung kepada fakta tentang keupayaan fizikal murid lelaki lebih tinggi dripada
keupayaan fizikal murid perempuan.
Sebelum menjalani latihan sukan, guru akan mengambil maklumat kesihatan murid
bagi memastikan murid tidak mempunyai penyakit yang merbahaya yang akan mengundang
risiko keselamatan diri murid semasa menjalani latihan fizikal. Sekiranya murid mempunyai
rekod kesihatan yang kurang baik tetapi masih dibenarkan untuk bersukan atas nasihat
doktor, guru seharusnya tahu langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya murid tersebut
diserang penyakit semasa latihan sukan seperti asma atau sawan. Rekod perubatan murid
mestilah dirujuk untuk memastikan murid mampu menerima beban latihan yang telah
dirancang oleh guru.
7
Satu sesi post mortem akan dijalankan sebaik sahaja selesai latihan pada setiap kali
latihan selama 5 hingga 10 minit untuk membincangkan kelemahan atau masalah yang
dihadapi oleh atlet olahraga sepanjang menjalani latihan. Pengumpulan makluma dua hala ini
dapat digunakan oleh guru untuk membuat penambahbaikan bagi sesi latihan akan datang
yang boleh memberi keselesaan dan keyakinan kepada kedua-dua pihak untuk meneruskan
latihan.
3.4. Intensiti
Sebelum menjalani latihan, guru perlu mengukur kadar nadi rehat dan kadar nadi
maksimum murid bagi mendapatkan kadar nadi latihan dan kadar nadi sasaran untuk intensiti
60%.
Rekod pengiraan pergerakan nadi ini akan digunakan bagi merancang jenis aktiviti
latihan serta tahap dan darjah kesukaran aktiviti. Bagi atlet olahraga sekolah jadual aktiviti
yang dapat dijalankan perlu dirujuk berdasarkan kadar Nadi Latihan mereka. Aras kesukaran
atau bebanan aktiviti akan ditingkatkan secara ansur maju mengikut kebolehan individu.
Jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan Kadar Nadi Latihan bagi seorang atlet.
PERKARA PENGIRAAN
Maksimum 220-umur (20) = 200
Kadar Nadi Kerja 200-70 (KNR) = 130
Kadar Nadi Latihan 130 x 60% + 70 = 148
Nadi Tertinggi 80% + 70 = 174
Jadual 1: Contoh pengiraan Kadar Nadi Latihan
3.5. Kekerapan
Latihan sukan olahraga dijalankan sebanyak 3 kali seminggu dengan mengambil masa
selama 2 jam pada setiap hari latihan dijalankan. Latihan yang dijalankan memberi fokus
kepada kecergasan fizikal dengan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan stamina
serta daya tahan kardiovaskular murid, aspek teknik dan kemahiran serta pengaplikasian
pengetahuan dan kemahiran bagi menyediakan murid pada suasana sebenar pertandingan.
Fasa latihan ini akan berterusan sehingga ke hari pertandingan.
8
3.6. Jangkamasa
Menurut Baumgarthner (2003), Intensiti senaman pada tahap sederhana dengan
tempoh masa yang sederhana panjang pada peringkat permulaan sesuatu latihan adalah lebih
baik daripada intensiti tinggi dengan jangkamasa yang panjang. Jangkamasa latihan yang
dirancang ialah 2 jam bagi setiap sesi latihan. Bagi latihan peningkatan daya kardiovaskular
murid jangkamasa yang sesuai ialah antara 15 hingga ke 60 minit. Aktiviti seterusnya iaitu
latihan murid dari segi teknik dan kemahiran akan mengambil masa 60 minit yang
seterusnya. Tempoh masa 2 jam bagi setiap kali sesi latihan adalah bersesuaian dengan
aktiviti latihan olahraga.
3.7. Ulangan
Fasa latihan akan berterusan sehinggalah pada hari pertandingan. Peningkatan pada
kadar latihan serta tahap kemahiran akan berjalan sepanjang tempoh latihan. Sepanjang
tempoh latihan akan berlaku pengulangan aktiviti yang akan mempunyai penambahan
intensiti aktiviti bagi meningkatkan keupayaan murid untuk mencapai dan menguasai
kemahiran dengan sempurna. Murid akan menjalankan aktiviti larian mengikut jenis acara
yang disertai oleh mereka dan diulang sehingga guru berpuas hati dengan pencapaian murid.
Murid akan diminta untuk membuat 5 ulangan pada minggu pertama dan setiap ulangan akan
ditambah pada mingu-minggu berikutnya.
3.8. Pengkhususan
Bagi menjalanakan program latihan yang melibatkan atlet olahraga, pengkhususan
jenis latihan adalah berdasarkan kepada keperluan peningkatan kemahiran serta teknik dalam
olahraga. Aktiviti latihan yang dijalankan untuk atlet olahraga bagi meningkatkan daya tahan
kardiovaskular ialah .
Latihan Farklek
Latihan Tekanan
Latihan Litar
Latihan LSD (Long Slow Distance)
Kaedah latihan litar digunakan bagi meningkatkan daya tahan otot, meningkatkan
keupayaan anaerobik dan aerobik, meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan dan
membina daya tahan kardiovaskular. latihan jenis ini dapat dijalankan mengikut kemampuan
individu secara berterusan. peningkatan beban boleh berlaku apabila atlet menjalankan
latihan mengikut kaedah ini dengan proses pengulangan yang ditambah secara beransur-ansur
9
selaras dengan peningkatan kemampuan mereka. Latihan ini mempunyai ciri prinsip latihan
sukan di mana ia mempunyai objektif yang jelas, direka mengikut kemampuan individu,
intensiti secara ansur maju bagi mengelakkan kecederaan kepada murid serta proses ulangan
yang dilakukan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid secara ansur maju. Kebaikan
latihan litar ialah:
i. Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti, ulangan dan kekerapan.
ii. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi.
iii. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap,
kemampuan, dan kebolehan.
iv. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku.
v. Boleh dilakukan tanpa alat.
vi. Boleh diubahsuai mengikut masa.
vii. Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif.
viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan.
ix. Kemudahan yang bebas.
x. Boleh digunakan untuk menguji diri.
Contoh perancangan bagi satu sesi latihan:
10
Gambar 1: Aktiviti
gerak kendur /
regangan
11
Rujuk gambar di bawah
(Sumber: Modul Latihan Sukan
untuk Guru Penasihat Kelab
Sukan Sekolah: Sukan Olahraga
Sekolah Rendah)
3.9. Kepelbagaian
Program latihan untuk atlet sekolah dirancang melalui beberapa fasa latihan iaitu:
Fasa persediaan
a. Fasa persediaan umum
Fasa latihan ini memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan
fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot dan kekuatan asas. Kaedah latihan yang digunakan ialah
latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda, latihan
bebanan dan latihan jeda jarak jauh. Isipadu latihan adalah tinggi antara
85% hingga 100% dan intensiti latihan adalah sederhana antara 40% hingga
70%. Masa yang diperuntukkan pula ialah antara enam hingga sepuluh
minggu.
b. Fasa persediaan khusus
Bagi fasa persediaan khusus, penekanan diberi kepada komponen-
komponen yang lebih dominan dalam olahraga. isipadu latihan dikurangkan
kepada 65% dan intensiti latihan ditingkatkan kepada 95%. Masa yang
diperuntukkan untuk fasa ini ialah antara enam hingga sepuluh minggu.
Kaedah latihan yang digunakan ialah latihan jeda jarak sederhana, latihan
jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan bebanan
untuk meningkatkan kekuatan.
Fasa Pertandingan
a. Fasa pra pertandingan
Latihan dilakukan dalam situasi sebenar pertandingan olahraga. Bagi
sukan olahraga, isipadu latihan adalah sederhana antara 60% hingga 70%
dan intensiti latihan ditingkatkan sehingga 100%. Kaedah latihan pecutan
berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan latihan pliometrik
diteruskan. ujian pasca kecergasan dijalankan pada peringkat fasa pra
pertandingan.
b. Fasa pertandingan
12
Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum
yang diperlukan dalam olahraga. isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi
memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutama pada hari
pertandingan. Kecergasan perlu dikekalkan dan dinilai melalui ujian masa,
jarak atau ketinggian.
Fasa transisi
Fasa transisi amat penting selepas sesuatu kejohanan olahraga dijalankan.
Pada fasa ini pemulihan fisiologi dan psikologi akan diberi bagi merawat
kecederaan dan mengatasi kebosanan. Rehat aktif diberikan kepada atlet olahraga
bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. tahap
kecergasan atlet akan dikekalkan pada 40% hingga 60% kemampuan maksimum.
Fasa ini juga penting untuk menilai semula keberkesanan program latihan
serterusnya membuat perancangan bagi program latihan akan datang.
3.10. Ansur Maju
Program latihan untuk atlet sekolah dirancang melalui beberapa fasa latihan
iaitu:
Fasa persediaan
a. Fasa persediaan umum
b. Fasa persediaan khusus
Fasa Pertandingan
a. Fasa pra pertandingan
b. Fasa pertandingan
Berdasarkan kepada fasa-fasa yang terdapat dalam progam latihan ini, prinsip ansur maju
telah diaplikasikan di mana murid akan didedahkan dengan latihan yang berintensiti rendah
sehingga fizikal dan otot mereka mampu menampung beban latihan yang berintensiti tinggi.
Setiap fasa latihan memerlukan murid untuk benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental
bagi menampung beban latihan yang diberikan. Prinsip ansur maju amat penting bagi
mengelakkan kecederaan. Pembelajaran kemahiran juga diberi daripada yang mudah kepada
yang lebih kompleks. Murid diberi pendedahan kepada kemahiran asas terlebih dahulu kemudia
barulah mereka akan didedahkan dengan kemahiran yang lebih tinggi dan dinamik.
Perubahan intensiti latihan juga dilaksanakan secara beransur-ansur. Pada peringkat awal
latihan, murid akan menjalani latihan yang berintensiti rendah antara 40% hingga 70%. Intensiti
latihan akan ditingkatkan kepada 95% pada peringkat latihan persediaan khusus. Sehinggalah
13
pada fasa pra pertandingan dan fasa pertandingan, intensiti latihan akan ditingkatkan lagi
sehingga mencapai 100%.
3.11. Memanaskan & Menyejukkan badan
Perancangan aktiviti bagi setiap sesi latihan mewajibkan setiap atlet untuk menjalankan sesi
memanaskan pada permulaan latihan serta aktiviti menyejukkan badan selepas selesai aktiviti
latihan. Contoh aktiviti pemanasan badan ialah seperti dalam gambar di bawah:
Gambar 2: Senaman Regangan statik
Gambar 3: Senaman Regangan Dinamik
14
(Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Sukan
Olahraga Sekolah Rendah)
Contoh aktiviti menyejukkan badan ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Gambar 3: Aktiviti gerak kendur / regangan
(Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Sukan
Olahraga Sekolah Rendah)
3.12. Kebolehbalikan
Prinsip kebolehbalikan ini diaplikasikan semasa fasa transisi dalam perancangan
program latihan. Pada fasa ini pemulihan fisiologi dan psikologi akan diberi bagi merawat
kecederaan dan mengatasi kebosanan. Rehat aktif diberikan kepada atlet olahraga bagi
mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. tahap kecergasan atlet akan
dikekalkan pada 40% hingga 60% kemampuan maksimum. Fasa ini juga penting untuk
menilai semula keberkesanan program latihan serterusnya membuat perancangan bagi
program latihan akan datang.
4. Penutup
Perancangan program latihan bagi atlet olahraga sekolah memerlukan penelitian guru
dalam pelbagai perkara sebelum benar-benar dapat dilaksanakan di sekolah. Guru perlu
memastikan program yang dirancang mempunyai prinsip-prinsip latihan sukan supaya matlamat
program berkenaan dapat dicapai selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara yang bertujuan
untuk mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan
15
peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat
dipertingkatkan. Selain itu, perancangan program sukan yang memenuhi prinsip-prinsip sukan ini
akan dapat menyediakan satu program yang dilaksanakan dengan berkesan serta dapat mencapai
objektif dan matlamat pelaksanaan program latihan tersebut. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip
latihan sukan ini akan dapat memenuhi keperluan fizikal murid, kebolehan serta kemampuan
murid untuk mengikuti latihan sukan dengan berkesan tanpa melibatkan kecederaan atau
perasaan bosan yang akan mengganggu pelaksanaan program latihan tersebut. Kesimpulannya,
sebarang perancangan program latihan yang dibuat oleh guru mestilah mengaplikasikan prinsip-
prinsip latihan sukan terutamanya prinsip memanaskan dan menyejukkan badan, ansur maju,
intensiti, pengkhususan, Jangkamasa dan pengulangan latihan. Prinsip-prinsip ini penting dalam
latihan yang melibatkan kelajuan dan kecergasan bagi mendapatkan hasil yang optimum.
5. Rujukan
Hazell Erdawaty (2013), Jenis2 latihan daripada
http://www.slideshare.net/erdawaty/jenis2-latihan
Hazell Erdawaty (2013), Prinsip-prinsip latihan dalam kaedah latihan daripada
http://www.slideshare.net/erdawaty/prinsipprinsip-latihan
Kamaruddin Haji Kassim (2011), Perancangan Program latihan daripada
http://sainssukanbrass.blogspot.com/
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Sukan Olahraga Sekolah
Rendah, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia daripada
http://www.moe.gov.my/
Mohd Nazrol Ismail Nazrol (2012), Intensiti daripada
http://www.slideshare.net/mohdnazrolismailnazrol/intensiti
16
top related