strategi belajar berkumpulan dan pengaruhnya … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan...
Post on 16-Jun-2019
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA
TERHADAP PRESTASI AKADEMIK:
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA
SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM.
AMANI BINTI ABD KARIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP
PRESTASI AKADEMIK: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA
SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM.
AMANI BINTI ABD KARIM
Laporan Projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
Dedikasi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukurku atas segala kurniaan-Mu
Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W
Buat Suami tercinta
Abdul Hadi bin Ismail
Terima Kasih atas pengorbanan dan sumbangan
Buat Ayah dan Ibu yang tersayang
Abd Karim bin Hassan & Khatijah binti Hassan
Ku Pohon Doa Restu Kalian dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Buat Penyelia yang dikagumi..
Ustaz Abdullah bin Sulong
Syukran Jazilan
Terima Kasih atas tunjuk ajarmu
Buat Pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang
disanjungi..
Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini, semoga
segala jasa dan tunjuk ajar kalian dirahmati Allah hendak-Nya.
Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan...
Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi,
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Terima kasih atas segala-galanya.....
Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke
atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk membawa
rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdullah bin
Sulong selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa
keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan
buah fikiran.sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun
Islam dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang
banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan
akan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini dapat
memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan pengaruh terhadap faktor pengurusan
masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani
aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi akademik pelajar. Kajian ini
dijalankan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam) di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik
yang mengandungi 37 item telah diedarkan kepada 135 responden yang terdiri daripada
pelajar tahun satu hingga empat SPI. Walau bagaimanapun hanya 115 sampel yang
mengembalikannya. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai ά = 0.925. Ianya dianalisis
secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan
Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil analisis menunjukkan
bahawa prestasi akademik dan persepsi pelajar terhadap strategi belajar berkumpulan
adalah tinggi pada tahap min 4.12 dan 4.22. Di samping itu, faktor pengurusan masa,
interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan juga berada pada tahap
tinggi iaitu 4.12, 4.29, 4.14 dan 4.38. Analisis secara inferensi juga dilakukan
menggunakan pekali Pearson (r) dan regrasi (r²) untuk melihat hubungan dan pengaruh
yang wujud antara kedua-dua angkubah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan
yang signifikan bagi faktor pengurusan masa dengan nilai r = 0.426, interaksi ahli
dengan nilai r = 0.634, kandungan perbincangan dengan nilai r = 0.710, dan ketua
kumpulan dengan nilai r = 0.412. Dapatan kajian juga mendapati terdapat pengaruh bagi
faktor pengurusan masa dengan nilai r²= 0.181, interaksi ahli dengan nilai r² = 0.402,
kandungan perbincangan dengan nilai r² = 0.504 dan ketua kumpulan dengan nilai r² =
0.170.
vi
ABSTRACT
The purpose of the study is to identify the relationship and influence of study
group activities and the factors that time managment, group communication, discussion
topic and group leader toward student’s academic achievement. The research had been
performed at the Faculty of Education, UTM. A set of questionnaires containing 37
items had been distributed to 135 samples from first until fourth year students of the
Bachelor of Science with Education (Islamic Studies) UTM, only 115 set been collected.
Pilot research shows that ά = 0.925 and analyzed descriptively to obtain the frequency,
percentage and mean using Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows.
The analyzed result shows that student’s academic achievement and student’s perception
about study group strategy has high level mean 4.12 dan 4.22. In addition, the factors
that time managment, group communication, discussion topic and group leader has high
level mean 4.12, 4.29, 4.14 dan 4.38. Data obtained were analyzed by inference statistics
using Pearson correlation (r) and regression (r²) to see relationship and existing
influence between the two variables. The result shows that there are significant and
relationship for factor time managment with the value r = 0.426, group communication
with the value r = 0.634, discussion topic with the value r = 0.710 and group leader with
the value r = 0.412. The result also shows that there are influence for factor time
managment with the value r²= 0.181, group communication with the value r² = 0.402,
discussion topic with the value r² = 0.504 and group leader with the value r² = 0.170.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
viii
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Defini Istilah 11
1.9.1 Strategi 11
1.9.2 Belajar 11
1.9.3 Kumpulan 11
1.9.4 Pengaruh 12
1.9.5 Prestasi 12
1.9.6 Akademik 12
1.9.7 Pelajar 13
1.10 Kesimpulan 13
BAB 11 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Strategi Belajar Penentu Kejayaan 14
2.2.1 Kaedah Pembelajaran Menurut Islam 16
2.2.2 Kaedah Pembelajaran Pada Masa Kini 20
2.3 Konsep Pembelajaran Secara Berkumpulan 22
2.3.1 Pembelajaran 23
2.3.2 Kumpulan 24
2.3.3 Pembelajaran Secara Berkumpulan 24
2.4 Teknik Belajar Secara Berkumpulan 26
2.5 Faktor-Faktor yang Mempunyai Hubungan dalam 29
Menjalani Aktiviti Belajar Berkumpulan
2.5.1 Faktor Pengurusan Masa 29
2.5.2 Faktor Interaksi Ahli 31
2.5.3 Faktor Kandungan Perbincangan 33
2.5.4 Faktor Ketua Kumpulan 34
2.6 Keberkesanan Belajar Berkumpulan 35
ix
2.7 Kajian Lepas 38
2.8 Kesimpulan 39
BAB 111 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 40
3.3 Tempat Kajian 41
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 43
3.52 Pengumpulan Data Sekunder 45
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 46
3.7 Kajian Rintis 47
3.8 Analisis Data 47
3.9 Jangka Masa Kajian 50
3.10 Kesimpulan 50
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 51
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden (SPI) 53
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 53
Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 53
Umur
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 54
Aliran Pendidikan
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 55
Tahun Kursus
x
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 55
Tempat Tinggal
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 56
4.3.1 Analisis Prestasi Akademik Pelajar 56
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar 57
Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan
4.3.3 Analisis Data Mengenai Faktor Pengurusan 61
Masa Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan
4.3.4 Analisis Data Mengenai Faktor Interaksi 65
Ahli Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan
4.3.5 Analisis Data Mengenai Faktor Kandungan 70
Perbincangan Terhadap Strategi Belajar
Berkumpulan
4.3.6 Analisis Data Mengenai Faktor Ketua Kumpulan 75
Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan
4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 80
4.4.1 Analisis Korelasi 80
4.4.2 Analisis Regrasi 83
4.5 Analisis Keseluruhan 85
4.6 Kesimpulan 87
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 88
5.2 Perbincangan 88
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 89
5.2.2 Prestasi Akademik Pelajar 90
5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Strategi 91
Pembelajaran Secara Berkumpulan
5.2.4 Kepentingan Faktor-Faktor Strategi 92
xi
Pembelajaran Berkumpulan
5.2.5 Analisis Inferensi 97
5.3 Rumusan 99
5.3.1 Mengetahui Persepsi Pelajar SPI terhadap 99
Strategi Belajar Berkumpulan
5.3.2 Hubungan Strategi Pembelajaran Berkumpulan 100
dan Faktor-Faktornya Dalam Menyumbang kepada
Prestasi Akademik Pelajar
5.3.3 Pengaruh Strategi Pembelajaran Berkumpulan 100
dan Faktor Faktornya Dalam Menyumbang
kepada Prestasi Akademik Pelajar
5.4 Cadangan 101
5.4.1 Memperkasakan Strategi Pembelajaran 101
Berkumpulan di Semua Institusi Pendidikan
5.4.2 Meningkatkan Persepsi Pelajar Terhadap
Kepentingan Belajar Berkumpulan 103
5.4.3 Memberi Keutamaan Terhadap Faktor 104
Kandungan Perbincangan dan Interaksi Ahli
Dalam Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan
5.4.4 Memberi Perhatian Terhadap Faktor Pengurusan 105
Masa dan Ketua Kumpulan Dalam
Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 106
5.6 Kesimpulan 107
BIBLIOGRAFI 108
LAMPIRAN 114
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Jumlah Populasi Kajian 42
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 44
Jadual 3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Konstruk 45
dan Bilangan Item Soal Selidik
Jadual 3.4 Penggunaan Kaedah Statistik mengikut Pecahan 48
Objektif Kajian
Jadual 3.5 Nilai Skor Min 49
Jadual 3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 49
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 53
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 54
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 55
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 55
Jadual 4.6 Taburan Keputusan PNGK 56
Jadual 4.7 Taburan skor bagi Item 1 57
Jadual 4.8 Taburan skor bagi Item 2 57
Jadual 4.9 Taburan skor bagi Item 3 58
Jadual 4.10 Taburan skor bagi Item 4 58
Jadual 4.11 Taburan skor bagi Item 5 59
Jadual 4.12 Taburan skor bagi Item 6 59
Jadual 4.13 Taburan skor bagi Item 7 60
Jadual 4.14 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Pelajar 60
xiii
Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan
Jadual 4.15 Taburan skor bagi Item 8 61
Jadual 4.16 Taburan skor bagi Item 9 61
Jadual 4.17 Taburan skor bagi Item 10 62
Jadual 4.18 Taburan skor bagi Item 11 62
Jadual 4.19 Taburan skor bagi Item 12 63
Jadual 4.20 Taburan skor bagi Item 13 63
Jadual 4.21 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 64
Pengurusan Masa
Jadual 4.22 Taburan skor bagi Item 14 65
Jadual 4.23 Taburan skor bagi Item 15 65
Jadual 4.24 Taburan skor bagi Item 16 66
Jadual 4.25 Taburan skor bagi Item 17 66
Jadual 4.26 Taburan skor bagi Item 18 67
Jadual 4.27 Taburan skor bagi Item 19 67
Jadual 4.28 Taburan skor bagi Item 20 68
Jadual 4.29 Taburan skor bagi Item 21 68
Jadual 4.30 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 69
Interaksi Ahli
Jadual 4.31 Taburan skor bagi Item 22 70
Jadual 4.32 Taburan skor bagi Item 23 70
Jadual 4.33 Taburan skor bagi Item 24 71
Jadual 4.34 Taburan skor bagi Item 25 72
Jadual 4.35 Taburan skor bagi Item 26 72
Jadual 4.36 Taburan skor bagi Item 27 73
Jadual 4.37 Taburan skor bagi Item 28 73
Jadual 4.38 Taburan skor bagi Item 29 74
Jadual 4.39 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 74
Kandungan Perbincangan
Jadual 4.40 Taburan skor bagi Item 30 75
xiv
Jadual 4.41 Taburan skor bagi Item 31 76
Jadual 4.42 Taburan skor bagi Item 32 76
Jadual 4.43 Taburan skor bagi Item 33 77
Jadual 4.44 Taburan skor bagi Item 34 77
Jadual 4.45 Taburan skor bagi Item 35 78
Jadual 4.46 Taburan skor bagi Item 36 78
Jadual 4.47 Taburan skor bagi Item 37 79
Jadual 4.48 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 79
Ketua Kumpulan
Jadual 4.49 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 81
Dengan Faktor Pengurusan Masa
Jadual 4.50 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 81
Dengan Faktor Interaksi Ahli
Jadual 4.51 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 82
Dengan Faktor Kandungan Perbincangan
Jadual 4.52 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 82
Dengan Faktor Ketua Kumpulan
Jadual 4.53 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 83
Dengan Faktor Pengurusan Masa
Jadual 4.54 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84
Dengan Faktor Interaksi Ahli
Jadual 4.55 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84
Dengan Faktor Kandungan Perbincangan
Jadual 4.56 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84
Dengan Faktor Ketua Kumpulan
Jadual 4.57 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 85
Jadual 4.58 Keputusan Korelasi 86
Jadual 4.59 Keputusan Regrasi 86
xv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah Al-Alaq, 98: 1-2 1
Surah Al-Maidah, 5 :2 4
Surah Al-Najm, 53: 3-4 16
Surah Al-Annam, 6: 1 17
Surah Al-Nahl, 16: 125 18
Surah Al-Waaqiah, 56 : 68-69 19
Surah Al-‘Ashr, 103: 1-3 30
xvi
SENARAI SINGKATAN
a.s - Alaihimus Salam
Bil - Bilangan
Ha - Hipotesis Alternatif
Ho - Hipotesis Nol
KS - Kurang Setuju
N - Jumlah Responden
PNGK - Purata Gred Nilai Keseluruhan
r - Pekali Kolerasi
r² - Regrasi
S - Setuju
s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala
Sig - Signifikan
SPSS - Statistic Package For Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
C Keratan Akbar: Pembelajaran Berkumpulan Cara
Terbaik Kuasai Bahasa Inggeris
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tuntutan supaya mencari ilmu pengetahuan dalam Islam bermula dengan
penurunan wahyu yang pertama yang berbunyi (إقراء). Sebagaimana firman Allah S.W.T
yang berbunyi:
ù& t�ø%$# ÉΟó™$$ Î/ y7În/u‘ “ Ï%©!$# t,n=y{ t,n=y{ ∩⊇∪ z≈|¡ΣM}$# ôÏΒ @,n=tã ∩⊄∪
Terjemahan: “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu
Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku”.
{Surah al-Alaq, 98: 1-2}
2
Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap individu muslim sama ada
lelaki ataupun perempuan. Ini kerana dengan menguasai sesuatu ilmu, seseorang itu
dapat menambahkan lagi keimanannya kepada Allah, seterusnya mendapat kedudukan
terpuji dalam masyarakat. Oleh itu, usaha mencari ilmu dan cintakan ilmu merupakan
antara nilai terpuji yang perlu ada dalam masyarakat. Prinsip mencari ilmu pengetahuan
dan sifat ingin tahu yang menjadi pendorong kepada kemajuan manusia adalah
merupakan prinsip dan sifat sejagat yang amat dianjurkan dalam Islam. Sebagaimana
sabda Baginda s.a.w dalam sebuah hadisnya:
أ ن ع :مل� س و ه ي ل ع هللا ىل� ص هللا ل و س ر ال ق : ل قا ا� م ن ب س ن " مل س م لك0 ىل ع ة ض ي ر ف مل ع ال ب ل ط "
Maksudnya: “Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Menuntut
ilmu adalah suatu fardu yang wajib atas setiaporang Islam”.
(Ibnu Majah)
Menurut Sabri Ahmad (2006: 7-9), seorang ulama yang bernama Ibni Abdul
Barri membincangkan tentang ilmu dan kepentingannya terhadap manusia. Beliau
menggambarkan tentang kepentingan menuntut ilmu melalui pandangannya melalui
kata-kata hikmat berikut:
“Pelajarilah ilmu, kerana kita akan takut kepada Allah, menuntutnya
sebagai ibadat, mencarinya adalah jihad, mengajarkan kepada orang yang
tidak mengetahui adalah sedekah dan dengan menguasai ilmu Allah
mengangkat martabat sesuatu kaum dan para malaikat sentiasa
mengusapkan mereka dengan sayapnya”.
3
Selain itu, dengan ilmu manusia dapat mencapai kedudukan orang yang
mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat. Bagi seorang muslim, soal menuntut
ilmu pengetahuan mesti dijadikan sebagai perkara utama kerana agama Islam begitu
menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
Abdullah Nasih Ulwan (1998: 53), menyebut bahawa Rasulullah s.a.w memiliki
kaedah yang utama, petunjuk dan contoh dalam menyampaikan nasihat dan pelajaran. Di
mana kaedah tersebut bergantung kepada keadaan masyarakat atau individu dan
persekitarannya. Antara elemen-elemen penting berkaitan kaedah yang ditunjukkan oleh
baginda dalam menyampaikan pengajaran ialah mementingkan cara bercerita, soal
jawab atau perbincangan, menjadikan nasihat sebagai permulaan pengajaran dan
menyebut nama Allah S.W.T, menyertakan senda gurau dalam pengajaran,
menimbulkan keraguan dalam memberi nasihat, pengajaran dari soalan mudah kepada
yang lebih penting dan pengajaran dalam menunjukkan benda yang diharamkan setelah
diberi penjelasan.
Secara keseluruhannya, pendekatan dan strategi pembelajaran yang dianjurkan
oleh al-Quran dan as-Sunnah lebih memberi tumpuan kepada keperluan pelajar. Pelajar
berperanan aktif dalam pembelajaran contohnya melalui sesi perbincangan dan soal
jawab sehingga mereka mampu mengumpul pengetahuan daripada pelbagai sumber
sosial dan persekitaran yang lebih berkesan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerjasama merupakan suatu yang amat penting dalam pembentukan sesebuah
masyarakat dan organisasi. Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam perkembangan
masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah ke hari ini. Pengertian
kerjasama secara umumnya ialah orang yang bersatu dalam suatu pekerjaan yang terdiri
daripada dua orang atau lebih untuk tujuan tertentu, dan untuk menghasilkan
pengeluaran dan mengagihkannya. Mereka ini tolong menolong antara satu sama lain
untuk membentuk kesatuan yang kukuh. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
(#θçΡuρ$ yè s?uρ ’n? tã Îh�É9 ø9$# 3“ uθø)−G9$#uρ ( Ÿωuρ (#θçΡuρ$ yès? ’ n? tã ÉΟ øOM}$# Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ 4 (#θ à)?$#uρ ©!$# ( ¨βÎ) ©! $# ߉ƒ ωx© É>$ s) Ïèø9$# ∩⊄∪
Terjemahannya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa
(maksiat)dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya
Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
(Surah al-Maidah, 5 :2)
Menurut Mohammad Shatar Sabran (2005: 51), satu kepintaran mampu untuk
menghasilkan keputusan yang baik, tetapi apabila dua kepintaran dicampur menjadi
satu, keputusan yang dihasikan adalah lebih baik daripada yang pertama. Begitu juga
jika tiga dicampur menjadi satu, maka keputusan yang terhasil akan menjadi jauh lebih
baik daripada yang pertama dan yang kedua. Lebih banyak kepintaran disatukan, maka
lebih baiklah keputusan yang dihasilkan. Begitu juga dengan perbincangan dalam
5
kumpulan merupakan kaedah yang amat efektif untuk pelajar mencapai kejayaan dan
kecemerlangan akademik. Hal ini kerana melalui kaedah perbincangan kumpulan,
pelajar mampu untuk melakukan banyak perkara dalam jangka masa yang singkat.
Di samping itu, daya ingatan pelajar bertambah kuat serta mampu untuk bertahan
lama. Ini kerana perbincangan kumpulan melatih minda dan pemikiran pelajar untuk
sentiasa berfikir dan bertukar idea sesama mereka yang terlibat dalam kumpulan
perbincangan tersebut. Otak dan pemikiran pelajar akan lebih aktif dan mempunyai daya
ingatan yang tahan lama untuk menyimpan maklumat yang diperolehi semasa
perbincangan (Mohammad Shatar, 2005: 51).
Proses pembelajaran memerlukan kepada strategi belajar yang berkesan untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang bagi seseorang pelajar. Belajar secara berkumpulan
merupakan salah satu strategi yang berkesan. Malangnya strategi pembelajaran ini
kurang diamalkan oleh kebanyakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia kerana
mereka lebih menggemari belajar secara individu daripada berkumpulan.
Mengamalkan belajar secara berkumpulan adalah satu fanemona yang baru dan
jarang diamalkan dalam kalangan pelajar Malaysia. Sebaliknya, belajar secara
berkumpulan adalah suatu perkara biasa kepada pelajar-pelajar di England, Amerika
Syarikat dan di negara-negara maju. Keadaan ini berlaku kerana sistem pendidikan di
Malaysia lebih memberikan tumpuan kepada kerja-kerja individu. Kajian yang telah
dilakukan di luar negara mendapati kuantiti dan kualiti kerja yang dibuat memberi kesan
kepada ahli dalam kumpulan. Secara amnya, belajar berkumpulan boleh meningkat
prestasi seseorang dan juga ahli kumpulannya.
6
Selain itu, belajar berkumpulan juga dapat membantu sesebuah sekolah
memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik berbanding dengan sekolah yang
lain. Sebagai contoh, kita dapati pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di
Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sentiasa meningkat
dan konsisten kerana mengamalkan pembelajaran berkumpulan. Oleh itu, satu cara yang
cukup jelas untuk mengekalkan prestasi pelajar ialah dengan cara bekerja dalam
kumpulan (Sabri Ahmad, 2006: 112).
Justeru itu, terdapat tanggapan bahawa stategi belajar secara berkumpulan
mempunyai banyak kelebihan serta dapat mempertingkatkan pencapaian akademik
berbanding belajar secara individu.
1.3 Pernyataan Masalah
Universiti merupakan institusi pengajian tinggi yang melahirkan bakal pelajar
yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berketrampilan sama ada dari segi rohani,
jasmani, emosi dan intelektual. Di sana, pelajar diberi pendedahan kepada segala bentuk
ilmu duniawi atau ukhrawi sebagai bekalan pada masa hadapan. Pelbagai gaya
pembelajaran diamalkan oleh mereka mengikut keselesaan diri masing-masing.
Antaranya ialah melalui aktiviti bercerita, berdialog, kuliah, soal jawab, diskusi atau
perbincangan, eksperimen atau simulasi yang dijalankan secara individu atau
berkumpulan.
Kebanyakan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
mereka mengamalkan pembelajaran secara individu dan kadangkala secara
7
berkumpulan. Ini kerana kemungkinan wujudnya halangan dalam membentuk kumpulan
belajar yang lebih berkesan dan selesa. Walaupun mereka sudah didedahkan dengan
pelbagai kebaikan belajar berkumpulan yang sudah agak lama, ramai dalam kalangan
mereka yang tidak mampu mempraktikkannya disebabkan tidak begitu mengetahui
dengan jelas kebaikannya dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Menurut Sabri Ahmad (2006: 243), belajar berkumpulan mempunyai kebaikan
kerana ia dapat merangsang motivasi dan minat seseorang berbanding belajar secara
individu. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar Sarjana
Muda Pendidikan Islam (SPI) terhadap strategi belajar secara berkumpulan, di samping
mengenal pasti hubungan dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempunyai
hubungan semasa menjalani aktiviti belajar berkumpulan. Kajian ini dijalankan
berdasarkan objektif berikut:
1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(SPI) terhadap strategi belajar berkumpulan.
1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan antara faktor pengurusan masa,
interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam
menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan terhadap prestasi akademik
pelajar.
8
1.4.3 Untuk mengenal pasti faktor pengurusan masa, interaksi ahli, kandungan
perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran
berkumpulan mempengaruhi prestasi akademik pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberikan jawapan kepada beberapa
persoalan seperti berikut:
1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar SPI terhadap strategi belajar
berkumpulan ?
1.5.2 Adakah terdapat hubungan antara faktor pengurusan masa, interaksi ahli,
kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti
pembelajaran berkumpulan terhadap prestasi akademik pelajar ?
1.5.3 Adakah faktor pengurusan masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan
dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan
mempengaruhi prestasi akademik pelajar ?
top related