skema kertas 2 sejarah stpm 2011 trial sabah
Post on 07-Apr-2018
301 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
1/30
BAHAGIAN A
1. Jelaskan perubahan peranan raja atau sultan sebelum dan semasa zaman penjajahan British di TanahMelayu.
Skema pemarkahan
Pengenalan
Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum
kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun
penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis.Sebaliknya British
mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial.Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman
penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
Isi -isi
A. Peranan sultan sebelum penjajahan British
i. Politik
a. Sultan sebagai ketua kerajaan
- Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh
dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah
Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun
bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-
undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah
b. Peranan sultan melantik pembesar
- Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda
berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang
lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.
c. Sultan menentukan hubungan diplomatic
- Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing.Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua
perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan
pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan
d. Sultan berperanan sebagai ketua tentera.
- Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan
mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara
lain.
ii. Ekonomi
- Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan
mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian,
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
2/30
perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya
serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad
menerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai
import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan
berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.
- Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakansesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara
pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan,
membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan
daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contoh di Kedah
mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik
seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan
perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
iii. Sosial
- Sultan merupakan lambang perpaduan, dan simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan
sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan
berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi
mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa
sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan
supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan
mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.
- Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai
khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan
peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah
Melayu
B. Perubahan peranan sultan akibat penjajahan
- Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen,
Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British
memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah
kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini.
- Sultan kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagiberkuasa menjatuhkan hukuman. British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur
dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.
- Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua
keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir.
Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.
- Sultan kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi kepada Residen British. Urusan percukaian, import-
eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-
ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.
- Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir
British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatanterlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri
sahaja.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
3/30
- Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di
tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang
Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union
pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948
tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas adalah jelas bahawa sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam
bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik,
ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.Peranan sultan yang lebih luas dan
berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan
penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru
yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan
Residen.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
4/30
2. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum campur tangan British.
Pendahuluan
Sebelum campur tangan British, masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telahpun
mempunyai undang-undang mereka tersendiri.Undang-undang ini dipanggil hukum adat.Hukum adat
merupakan peraturan dan undang-undang yang diamalkan secara turun-temurun.Sesiapa yang
melanggarnya boleh dihukum.Hukum adat ini dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat
dan memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan selesa.Di Tanah Melayu terdapat dua
hukum adat yang diamalkan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.Di Sarawak hukum adat yang
diamalkan ialah Adat Dusun Tunggu manakala di Sabah pula ialah Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat
Temogun.
Isi - isi
1. Adat Perpatih
1.1Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung,
Sumatera dan dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Minangkabau. Adat ini berkembang di
Negeri Sembilan dan Naning pada abad ke-17.
1.2Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikan pemerintah dibuat dari
bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga , lembaga memilih
Undang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar (Raja). Ini bermakna Yamtuan Besar
tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan pembesar kerana perlantikan itu dibuat oleh
para pembesar yang berada di hierarki yang lebih ke bawah. Selain itu keputusan yangdibuat oleh Yamtuan Besar juga adalah berdasarkan keputusan bersama dengan Undang.
1.3Dari segi kekeluargaan dan perkahwinan, Adat Perpatih mengamalkan hidup secara
bersuku-suku, iaitu hidup secara berkeluarga dengan ahli-ahlinya terdiri daripada satu
ikatan sedarah sedaging. Setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu
Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang,
Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka, Tiga Batu.
1.4Dalam soal perkahwinan Adat Perpatih mengamalkan eksogami iaitu tidak membenarkan
perkahwinan sesama suku. Selepas berkahwin, si suami akan meninggalkan keluarganya
kerana si isteri akan membawanya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumahsendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri. Jika berlaku penceraian atau si
isteri meninggal dunia, maka si suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal
manakala anak-anaknya mereka bukan menjadi hak keluarga asas pasangan suami isteri
tersebut tetapi hak rumpun ibunya.
1.5Adat Perpatih juga bersifat matriarchal/matrilineal, iaitu mengutamakan kedudukan wanita.
Wanita dianggap sebagai pengasas suku.Harta pusaka turun-temurun adalah kepunyaan
suku.Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu dan anak perempuan menjadi asas
wujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Si suami tidak berhak ke atas
harta pusaka.1.6Dari segi undang-undang jenayah, hukuman dalam Adat Perpatih bersifat pemulihan,
berperikemanusiaan dan bertimbangrasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
5/30
berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya jika seseorang dari suku
itu dicederakan, dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing sebagai ganti
darah yang mengalir, besar atau kecil binatang itu bergantung kepada besar atau kecil luka
yang dialami. Bagi kes kecurian hukumannya ialah memulangkan semula barang yang dicuri
atau dibayar ganti rugi.Bagi kesalahan membunuh, si pembunuh mesti menanggung hidup
keluarga si mati.Hukuman bunuh hanya boleh dikenakan ke atas kesalahan serius seperti
mendurhaka. Adat Perpatih berpegang kepada konsep orang yang melakukan jenayah
boleh mengubah perangai mereka. Pelaksana undang-undang biasanya dijalankan oleh
Buapak atau Lembaga kecuali hukuman bunuh yang hanya boleh dijatuhi oleh Yamtuan
Besar
2. Adat Temenggung
2.1 Adat ini berasal dari Palembang, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan. Adat ini telah diresapi oleh unsur-unsur Islam mengikut mazhab
Shafie. Adat ini dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang.
Disebar luaskan ke seluruh Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan kawasan Naning
di Melaka.
2.2 Dari segi politik Adat Temenggung bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan
pemerintah atau raja. Raja atau sultan terlalu istimewa dan kuasanya diperkukuhkan
dengan konsep daulat dan durhaka. Kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian dan sesiapa
yang melanggarnya terkena tulah raja. Raja mempunyai keistimewaan tertentu yang
dilambangkan dengan penggunaan warna tertentu dan bahasa dalam yang hanya
dikhaskan untuknya. Raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik
pembesar sama di peringkat negeri, jajahan, mukim mahupun kampung. Jawatan
sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya akan dilantik menjadi sultan jika
berlaku kemangkatan sultan kecuali di Perak.
2.3 Dari segi pembahagian harta Adat Temenggung mengutamakan kaum lelaki (bersifat
patriarchal) yang dianggap akan melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Sifat ini
sejajar dengan prinsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga.
Anak lelaki akan mewarisi harta pusaka dengan kadar 2/3 berbanding anak
perempuan. Ini berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam
keluarga berbanding anak perempuan. Jika berlaku pencerian lazimnya cara
pembahagian harta suami isteri dibuat mengikut hukum syarak. Harta yang didapati
semasa perkahwinan dipanggil harta sepencarian. Bagi harta sepencarian, ia akan
dibahagikan dua sama banyak kepada isteri yang diceraikan dan jika isteri yang
diceraikan tidak bekerja si isteri hanya berhak mendapat 1/3 bahagian sahaja.
2.4 Dalam soal perkahwinan Adat Temenggung mengamalkan endogami, iaitu
membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja dengan syarat ia tidak
bertentangan dengan hukum syarak. Seseorang perempuan yang berkahwin
dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya kerana si isteri
lazimnya akan menjadi ahli keluarga si suami.2.5 Dari segi Udang-undang Adat Temenggung bersifat menghukum atau pembalasan.
Oleh itu pelaksanaan sesuatu undang-undang dibuat dengan tegas. Ia bertujuan untuk
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
6/30
memberi ikhtibar kepada orang lain dan pembalasan kepada si pesalah. Contoh
kesalahan membunuh akan dihukum bunuh. Dalam Adat Temenggung sultan atau
pembesar yang akan menjadi pelaksana undang-undang. Pembesar boleh
mengendalikan semua kesalahan kecuali yang melibatkan hukuman bunuh. Kesalahan
yang melibatkan hukuman bunuh hanya dikendalikan oleh sultan.
3. Hukum adat masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak
3.1Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga mempunyai adat yang tersendiri seperti di Tanah
Melayu bagi menjamin keharmonian hidup. Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan
Adat Tunggu (denda dan kesalahan) dan Undang-undang Mahkamah Melayu. Hukum adat
mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban. Hukum adat menentukan
tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu kumpulan masyarakat. Semua
penduduk Rumah Panjang dalam kumpulan tersebut berhak bercucuk tanam, memburu,
dan mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka. Antara kesalahan yang dikenakan
hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarang bencana, kecemasan , tidak
bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang telah dipersetujui, dan pelawat yang memasuki
rumah panjang tanpa menanggalkan parangnya.
3.2Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-Tua.
Dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya Pengeran Temenggong atau Datuk
Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku yang akan bertindak
sebagai hakim. Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom, dan Adat
Timogun. Hukum adat ini dikendalikan oleh oleh Orang Tua
Kesimpulan
Hukum adat memainkan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup.Ia menjamin
keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal tingkah laku individu dalam
masyarakat. Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang adat semakin dipinggirkan kerana
British memperkenalkan undang-undang Barat . Undang-undang barat mula mengantikan peranan
undang-undang adat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hanya bahagian-bahagian tertentu
undang-undang adat dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati
penduduk tempatan dan mengelakkan penentangan daripada penduduk tempatan.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
7/30
Soalan 3
Bincangkan faktor-faktor dan tindakbalas pemimpin tempatan terhadap pembaharuan British di Pasir
puteh , Kelantan pada tahun 1915.
Pengenalan
Kebangkitan menentang British di kelantan bermula sejak perlantikan seorang penasihat British pada
tahun 1909 melalui perjanjian Bangkok. Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan telah
menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan pemimpin terutamanya Tok Janggut ( Hj Mat Hassan
bin Munas). Peraturan peraturan baru diperkenalkan oleh penasihat British telah menimbulkan
penentangan di Pasir puteh pada 29 april 1915.
1si-1si
Faktor-faktor penentangan
1. Pembaharuan sistem cukai
1.1telah British memperkenalkan undang-undang hasil padi dan kelapa, menurut
peraturan ini semua pemilik tanah sawah dikehendaki memaklumkan kepada tok
kweng tentang keluasan tanah, hasil dan kedudukan tanah tersebut. Setiap penjuru
tanah bersamaan 400 depa dikenakan cukai tiga kupang setahun.1.2Pada 1915, sistem cukai tanah yang lebih ketat telah diperkenalkan. Pihak Inggeris
telah menguatkuasakan peraturan mendaftar tanah padi di kawasan pasir Puteh.
Semua pemilik tanah dikehendaki membayar cukai tahunan kepada pihak Inggeris
meskipun tanah tidak dikerjakan. Penduduk akan di saman atau didenda jika tidak
membayar pada tempoh yang ditetapkan.
1.3Beberapa cukai lain turut diperkenalkan seperti pokok buah-buah durian dikenakan
cukai 12 sen setahun, daun sirih 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau sebanyak 20
sen seekor, pokok kelapa 3 sen sepokok,pokok pinang 1 sen, pokok kayu seperti
tembusu,mendang dan kapur yang hendak ditebang sebanyak $1.00 dan tanah 60sen seekar.
2 Tidak puashati Engku Besar Jeram
2.1Engku Besar Tun Ahmad adalah pembesar di Jeram sebuah jajahan kecil di Pasir
Puteh. Jajahan Pasir Putih di bentuk di kelantan pada tahun 1904 atas cadangan W.A
Graham yang dilantik penasihat pentadbiran. Seorang pegawai daerah telah dilantik
untuk mentadbir Jajahan Pasir Putih. Dengan itu Engku Besar Jeram tidak lagi
berkuasa.
2.2Engku Besar Jeram terusnya kehilangan kuasa, kewibawaan dan keistemewaan.
Beliau tidak lagi dibenarkan mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil serta
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
8/30
kehilangan hak mengutip cukai dijajahan tersebut. Engku Besar Tun Ahmad hanya
berkuasa sebagai Tok Kweng Muda. Malah beliau juga perlu membayar cukai tanah
yang dimilikikepada British.
2.3Pembentukan jajahan dan perlantikan ketua jabatan sebagai pentadbir telah
mengambilalih kuasa pembesar. Pusat pentadbiran telah dipindahkan dari Jeram ke
Pasir Putih.Engku Besar dan penduduk setempat tidak puas hati terutamanya
dengan pembinaan balai polis.
3 Perlantikan beberapa jawatan penting oleh penasihat Inggeris
3.1Pada tahun 1913 penasiahat Inggeris di Kelantan telah melantik Encik Abdul Latif
dariSingapura sebagai pegawai daerah mengantikan Encik Salleh, seorang anak
tempatan.
3.2Che Andak yang lebih rendah tarafnya telah dinaikan pangkat oleh sebagai Tok
Kweng manakala Engku Besar dilucutkan dan hanya dilantik sebagai Tok Kweng
Muda. Tindakan ini memalukan Engku Besar kerana sebelum ini Che Andak berada di
bawah Engku Besar.
3.3Engku Besar telah mendorong Tok Janggut untuk menentang pembaharuan Inggeris
diKelantan dan seterusnya melancarkan penentangan terhadap Inggeris
4 Peranan Tok Janggut
4.1Penduduk menghadapi masalah untuk membayar cukai kerana pejabat daerah jauh
dari kediaman mereka. Hari dan waktu untuk membuat bayaran juga telahditetapkan .keadaan ini menjadi masalah kepada rakyat kerana sering menerima
denda atau saman kerana kelewatan membayar cukai.
4.2Tok Janggut juga mengalami kerumitan untuk membayar cukai dan datang berkali-
kali ke pejabat daerah tetapi gagal. Malah tok Janggut tidak dapat layanan yang
memuaskan dari pegawai yang bertugas. Pegawai yang bertugas sombong dan
bersikap kasar dengannya.
4.3Pengalaman pahit tok Janggut memberi inspirasi kepadanya untuk menghasut
penduduk tempatan agar memulaukan bayarankepada pihak Inggeris. Tindakan Tok
Janggut telah mendapat sokongan ramai.Ramai yang ditangkap dan saman dikeluarkankepada sesiapa yang tidak mahu membayar cukai.
4.4Tok Janggut telah bertindak mengumpulkan kekuatan untuk melancarkan
penentangan terhadap Inggeris . Pada April 1915, Tok Janggut bersamaa 2000 orang
penyokong yang bersesedia melakukan penentangan.
5 Pengaruh luar
5.1Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi India pada tahun1857 telah
mempengaruhi penduduk Kelantan untuk melancarkan penentangan terhadapBritish. Mereka percaya British akan mengalami kekalahan dalam perang Dunia
Pertama.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
9/30
5.2Apabila Dahagi meletus di India. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa
tentera India telah membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya rakyat
Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah seperti dahulu.
Tindakbalas pemimpin tempatan menentang British
1. Tok Janggut mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan beberapa
pemimpin lain dantelah berkempen mempengaruhi penduduk Pasir Puteh menentang
peraturan baru.
2. Tok Janggut dan pengikutnya mengadakan mesyuarat di kampong Jeram untuk menentang
British.
3. Pada 29 april Sarjan Che Wan dan beberapa anggota polis dikerah untuk menangkap Tok
Janggut. Sarjan Che Wan telah di tikam oleh Tok Janggut.
4. Tok Janggut telah melancarkan serangan tiga penjuru ke atas pasir. Berjaya menduduki Pasir
Puteh selama tiga hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan, menawan balai polis
dan membebaskan orang tahanan.Kerajaan sementara telah ditubuhkan di Pasir Puteh.
5. Penasihat British, W. Longham Carter telah meminta bantuan dari Singapura. Hadiah
sebanyak $500.00 telah ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut
dan rumah Tok janggut dibakar.
6. Pada 23 mei 1915, Tok janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir puteh. Dalam
pertempuran itu Tok Janggut telah terbunuh.
Kesimpulan
Kebangkitan Pasir Puteh di bawah pimpinan Tok Janggut Berjaya buat sementara waktu.Kebangkitan
ini gagal untuk bertahan bahi tempoh yang lama. Kejayaan Inggeris memperlihatkan wujudnya strategi
ketenteraan yang lebih kemas, teratur serta adanya penggunaan alat-alat senjata yang lebih moden.
Sentimen anti-Inggeris telah mencetus nasionalisme di Tanah Melayu dan perjuangan menuntut
kemerdekaan dari Inggeris.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
10/30
4. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-
Negeri Melayu Utara pada akhir abad ke-19
Pengenalan
- Peringkat awal Inggeris menjalankan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu Utara
- Ini bertujuan untuk melindungi hubungan baiknya dengan pihak Siam selain untuk mengelak
dari tercetusnya sengketa politik yang boleh membawa kepada peperangan dan menelan
belanja yang tinggi
- Namun hasrat ini tidak bertahan lama dan ianya mula berubah pada abad ke- 19 dari dasar
tidak campur tangan kepada dasar campur tangan
- Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perubahan sikap British antaranya ialah
tamatnya permusuhan antara Inggeris dan Perancis, kebimbangan terhadap penglibatan kuasa-
kuasa barat yang lain, sikap pemerintah di negeri-negeri Melayu Utara, Desakan saudagar-
saudagar dan sebagainya.
Isi-isi
1. Tamatnya permusuhan di antara Inggeris dan Perancis pada akhir abad ke-19
1.1Sebelum ini kedua-dua kuasa bermusuhan untuk memperkembangkan pengaruh
masing2 di Asia Tenggara
1.2Ketika itu Inggeris berada di Myanmar dan Perancis di Indochina
1.3Inggeris berusaha mengelak mempunyai sempadan yang sama dengan Perancis
1.415 Jan 1896- Perjanjian Sulit Inggeris-Perancis telah ditandatangani dan kedua-dua
kuasa bersetuju tidak akan melebarkan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya diThailand
1.5Persaingan kedua-dua kuasa ini di tamatkan dgn wujudnya Pakatan Inggeris-Perancis
pada 8 April 1904
1.6Dengan wujudnya hubungan baik ini maka Inggeris menggunakan peluang baik ini
untuk member perhatian kepada negeri-negeri Melayu Utara
1.7Secara tidak langsung Inggeris dapat menyekat kemungkinan berlakunya campur
tangan Perancis di Siam bagi menentang Imperialisme Barat
2. Bimbang Terhadap Penglibatan Kuasa-Kuasa Barat yang lain di Negeri-Negeri Melayu Utara
2.11880 an beberapa buah kuasa Eropah seperti Jerman, Amerika Syarikat, Rusia bersaing
untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara
2.2Jerman memerlukan sebuah petempatan di Asia Tenggara cuba mendapatkan Pulau
Langkawi dari tahun 1899-1900
2.3Rusia pula memujuk Siam di Bangkok agar menyerahkan Teluk Siam dan Ujong Salang
2.4Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kawasan perlombongan arang Batu
di Terengganu pada tahun 1901
2.5Inggeris tidak mahu kuasa-kuasa Eropah lain bertapak di Negara-negara Asia Tenggara dan
merasakan dirinya adalah paling layak menguasai negeri-negeri Melayu Utara kerana
Inggeris telahpun bertapak di negeri-negeri Melayu yang lain
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
11/30
3. Sikap Pemerintah Di Negeri-Negeri Melayu Utara
3.1Sejak awal lagi Raja-Raja Melayu tidak berminat berada dibawah naungan Siam
3.2Sultan Kelantan dan Terengganu berusaha berusaha membebaskan diri mereka dari
naungan Siam
3.31902: sultan Muhammad dari Kelantan berangkat ke Singapura untuk meminta
perlindungan Inggeris
3.4Sekiranya Inggeris enggan memberi perlindungan dan bantuan baginda akan berusaha
mendapatkan bantuan kuasa Eropah yang lain
3.5Inggeris tiada pilihan lain selain melibatkan diri dan campur tangan di negeri tersebut
4. Desakan Saudagar-Saudagar
4.1Mempengaruhi perubahan minat Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu Utara
4.2Sebahagian besar daripada pedagag Eropah yg berada di NNMU ialah berbangsa Inggeris
4.3Mereka mendesak Inggeris campur tangan di NNMU
4.4R.W Duff srg saudagar Inggeris yang berpengaruh ketika itu telah Berjaya mendapatkan
kawasan seluas 2000 batu persegi daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan tetapi
ditentang oleh Siam
4.5R.W Duff mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Inggeris supaya campur tangan di
NNMU4.6Duff juga mengugut utk mendapatkan bantuan Perancis dan Jerman jika sekiranya Inggeris
keberatan membantu
5. Peranan Pegawai Negeri-negeri Selat dan NNMB
5.1Frank Swettenham merupakan tokoh yg Berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris untuk
memulakan campur tangan di NNMU
5.2Desak kepentingan kerajaan Inggeris campur tangan di NNMU
5.3Sir Fredrick juga mengesa Pejabat Tanah Jajahan supaya mengiktiraf dasar menegakkankekuasaan Inggeris dalam erti kata sebenarnya di Tanah Melayu
5.4Beliau juga menyokong perluasan kuasa Inggeris di Utara Tanah Melayu bagi menyekat
peluang kuasa Eropah yang lain bertindak menguasainya
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
12/30
6. Masalah Dalaman Siam Sendiri
6.1Mendorong Siam melepaskan NNMU dari naungannya
6.2Pendapatan dari NNMU tidak menguntungkan
6.3Malah Siam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung masalah kewangan di
negeri-negeri tersebut
6.4Misalnya negeri Kedah mengalami krisis kewangan kerana membelanjakan sejumlah wang
yg besar untuk menguruskan perkahwinan diraja
6.5Siam terpaksa beri pinjaman berjumlah SP $ 2 Juta kepada Kedah- membebankan Siam
6.6Semasa Chulalongkorn 1868-1910 berusaha kembalikan kedaulatan Negara Siam dgn
memansuhkan hak wilayah asingan yg diperolehi oleh oleh Inggeris melalui perjanjian
Bowring 1855
6.7Inggeris akhirnya bersetuju dengan tindakan Siam
6.8Sebagai balasan NNMU telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris 1909
6.9Siam berasakan agak sukar untuk mengawal NNMU kerana Sultan-sultan NNMU berusaha
untuk membebaskan negeri dari Siam
6.10Inggeris pula sanggup mengeluarkan modal yg besar bagi menyiapkan projek landasan
kereta api di Selatan Siam
Kesimpulan
1. Akibat faktor-faktor tersebut telah membawa termeterainay Perjanjian Bangkok 9 Julai
1909 dan NNMU diserahkan oleh Siam kpd Inggeris
2. Melalui perjanjian ini bermulalah era kekuasaan Inggeris di NNMU3. NNMU menerima Penasihat Inggeris secara berperingkat-peringkat
4. Ianya dimulakan dengan Kelantan 1909, Kedah 1910, Terengganu 1919 dan Perlis 1932
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
13/30
5. Bincangkan dasar Jepun di Tanah Melayu antaratahun 1942 hingga tahun 1945.
A. Pengenalan
- Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabilaSingapura jatuh ke
tangan Jepun dan berakhir pada 12 September 1945.
- Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.
-Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, sosial danekonomi untuk
menguasai negara dan penduduk di Tanah Melayu supayamemberikan sokongan kepada
pemerintahan Jepun.
Isi-isi
1. Dasar Politik
1.1 Pada peringkat awalcorak pemerintahan Jepun keras dan zalim. Selepas Jun 1943, Jepun
mengubahdasarnya kepada bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk
mendapatkansokongan mereka kerana mengalami banyak kekalahan.
1.2 Pentadbiran Jepun telah memperkenalkan sistem pemerintahan bercorak ketenteraan.
Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun
yang berpusat di Singapura. Singapura diasingkan dan dikenali sebagai Syonan yang
bermaksud Cahaya Timur.
1.3 Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai MalaiBaru. Tanah Melayu
dibahagikan kepada tujuh wilayah dan setiap wilayahditadbir oleh Gabenor.Gabenor
menerima arahan daripada Gabenor diSingapura. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera
telah disatukansehingga tahun 1943.
1.4 Pada Ogos 1943, Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Thailandselaras
dengan perjanjian pada 11 Disember 1941. Tindakan ini sebagaimembalas jasa Thailandmembenarkan tentera Jepun mengunakan wilayahnya untuk menyerangTanah Melayu.
1.5 Jepun telah mewujudkan tiga jenis pasukan perisik tentera:
Kempeitai: menjadi perisik dalam masyarakat untuk mendapatkanmaklumat anti-Jepun.
Mereka sangat kejam dan membunuh ramai orangyang disyaki anti-Jepun.
Tekikan: mata-mata yang bertugas mencari musuh-musuh yang pro Britishuntuk
menentang Jepun. Mereka menjalankan propaganda, sabotaj danpembunuhan.
Toko: pegawai-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruhTanah Melayu
sehinggakan Jepun tidak menghadapi ancaman dari dalamnegeri.
1.6 Jepun memberikan keistimewaan kepada orang Melayu untuk mendapatkansokongan
daripada mereka. Ramai orang Melayu dilantik berkhidmat denganJepun sebagai PegawaiDaerah, polis dan tentera. Raja-raja Melayu diiktiraf dankedudukan mereka dikekalkan.
1.7 Pada tahun 1944, Jepun mula bertolak ansurkepada orang Cina kerana bergantung kepada
orang Cina dalam bidang ekonomi.Jepun memerlukan bantuan makanan daripada orang
Cina.
1.8 Jepun memberi layanan yang baik kepada orang India. Untuk menarik sokonganorang India,
Jepun membantu menubuhkan Liga Kebangsaan India dan TenteraNasional India. Jepun
menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yangdipimpin oleh Subha Chandra
Bose..
2. Dasar Sosial
2.1 Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di Tanah Melayu. Matlamat ini dicapai
melalui pelaksanaan rancangan penjepunan. Jepun berusaha mengukuh kedudukan
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
14/30
mereka di Tanah Melayu dengan memaksapenduduk menerima dan mengamalkan nilai-
nilai bahasa dan kebudayaan Jepun.
2.2 Jepun mengambil langkah memburuk-burukkan kebudayaan barat supaya dibenci
penduduk tempatan. Penghapusan penggunan radio gelombang pendek, mengharamkan
filemdan lagu-lagu Barat serta menutup pusat-pusat hiburan.
2.3 Jepun telah mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum penjajahanJepun.
Jepun juga mengambil langkah menukar nama akhbar-akhbar tempatankepada nama Jepun
seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
2.4 Pendidikan menjadi alat tentetra Jepun untuk menjepunkan masyarakat tempatan. Oleh itu
sistem pendidikan jepun diperkenalkan untuk mengantikan sistem pendididkan British di
Tanah Melayu.Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah
Cinadan sekolah Inggeris ditutup . Peluang kenaikan pangkat dan kemudahan-kemudahan
lain diberikanmengikut kebolehan dan kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun.
2.5 Hari-hari cuti am adalah berdasar kepada kalendar Jepun seperti hari jadimaharaja, hari
angkatan tentra darat, laut dan musim menuai di Jepun. Semua inibertujuan menaikan
semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap Negara Jepun.
3. Dasar Ekonomi
3.1 Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar ekonomibersifat bebas kepada sistem ekonomi
bersifat kawalan. Dasartutup pintu dijalankan dengan memutuskan hubungan perdagangan
dengan dunia luar. Jepun menggalakkan penubuhan industri ringan bagi
menghasilkanbarangan keperluan dalam negeri seperti minyak, sabun dan tali serta
tidakmenggalakkan barangan tersebut dieksport.
3.2 Jepun memperkenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan
pengangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan di kawal dengan ketatnta.
3.3 Perusahaan-perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat-syarikatJepun
seperti Mitsui dan Mitsubishi.3.4 Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenali sebagai mata wang Pokok Pisang
untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.
3.5 Jepun membangunkan bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekuranganmakanan.
Jepun memperkenalkan Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untukmeningkatkan pengeluaran
pertanian khususnya tanaman padi.Memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan
penanaman padi dua kali setahun.
3.6 Pada tahun 1943 Tanah Rizab Melayu dibuka kepada orang bukan Melayu untukdijadikan
kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.Menebang pokok getah
diladang-ladang dan membuka hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu,
.sagu dan jagung.Jepun juga menggalakan rakyat menanam keledek, keladi dan sayur-sayuran disekeliling rumah.
C. Kesimpulan
Mana-mana yang berkaitan
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
15/30
6. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada penyertaan Sabah danSarawak dalam
Persekutuan Malaysia 1963.
Pengenalan
- Pembentukan Malaysia merupakan satu usaha membentuk Persekutuan yang luas dengan
menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Brunei danSingapura.
- Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura pada 27 Mei 1961 bahawaperlu diwujudkan
satu persatuan ekonomi dan politik di antara Sabah, Sarawak , Brunei,Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) dan Singapura.
- Beliau juga mencadangkan bahawawilayah-wilayah berkenaan perlu bekerjasama bagi
mempercepat perhubungan dalamberbagai-bagai bidang serta menyatakan bahawa
Persekutuan Tanah Melayu sanggupmewujudkan satu gagasan politik yang baru di Asia
Tenggara dengan mendapatkankerjasama kerajaan British.
- Keputusan untuk menggabungkan wilayah-wilayah ini telahmencetuskan pelbagai reaksi
daripada pelbagai pihak. Meskipun terdapat pelbagaihalangan, Persekutuan Malaysia telah
diisytiharkan secara rasminya pada 16 September1963. Sabah dan Sarawak turut menyertaiMalaysia atas beberapa faktor sepertiperkembangan politik dalaman, keselamatan, ekonomi
dan sosial.
Isi-isi
1. Perkembangan politik di Sarawak/ancaman komunis
1.1Ancaman komunis di Sarawak pula semakin serius kerana terdapat kegiatan pengganaskomunis
di Kalimantan Utara. Parti berhaluan kiri seperti Persatuan Belia Maju Sarawak atau SAYA
(Sarawak Advance Youths Association) mula aggresif.1.2Pertubuhan ini mulamenghasut orang-orang Cina dan semakin kuat pengaruhnya apabila
berjaya menembusiParti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Selain itu, pergerakan Parti Komunis
Indonesiaturut merebak ke wilayah-wilayah Borneo.
1.3Selain itu, kerjasama yang wujud antarawilayah-wilayah yang bergabung dapat mengurangkan
ancaman komunis dalam negeri.Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai
pengalaman dalam cara-caramenghadapi ancaman komunis yang boleh dipraktikkan di Sabah
dan Sarawak.
1.4Hal inidapat memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu dalam
satugagasan.
2. Mempercepatkan kemerdekaan
2.1Melalui penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaandengan
lebih segera . Mengikut rancangan Tanah Melayu pada masa itu Malaysia hendaklah
ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun.
2.2Sekiranya Sabah dan Sarawakcuba mencapai kemerdekaan itu sendiri ia mungkin tidak akan
tercapai biarpun dalamtempoh 5 tahun. Oleh itu, bolehlah dianggap bahawa rancangan
Malaysia itu merupakanjalan pintas bagi Sabah dan Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.
Oleh itu melaluigabungan politik dan ekonomi antara rakyat Sabah dan Sarawak akan dapat
mencapaikemerdekaan melalui Malaysia dan seterusnya masa depan mereka akan lebihterjamin.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
16/30
2.3Selanjutnya gagasan Malaysia akan menjamin proses kemerdekaan yang lebih cepat
bagiwilayah-wilayah British di Borneo. Jika tidak bergabung dalam Malaysia pihak Britishtidak
mempunyai rancangan untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak.
2.4Sekiranya kemerdekaan diberi , wilayah-wilayah tersebut mungkin menghadapikesukaran
kerana hasil ekonomi di wilayah-wilayah tersebut yang kurang memuaskan.
3. Kerjasama Ekonomi
3.1Dengan menyertai Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat menyelesaikan beberapamasalah
terutamanya masalah ekonomi. Sebagai contoh, tenaga pakar yang sama dapatdimanfaatkan
dengan tujuan meningkatkan hasil pengeluaran kerana Sabah dan Sarawakmempunyai sumber-
sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan
galian. Dengan itu projek-projek pembangunan dapatdipesatkan. Seterusnya kegiatan ekonomi
di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung akanberkembang iaitu, import dan eksport akan terus
meningkat. Di samping itu, programekonomi dapat diselaraskan di seluruh Malaysia.
3.2Negeri-negeri yang maju sepertiPersekutuan Tanah Melayu dan Singapura dapat membantu
negeri yang mundur sepertiSabah dan Sarawak.
4. Keselamatan
4.1Dalam tahun 1960-an Persekutuan Tanah Melayu menghadapi ancaman pengganaskomunis
dimana Persekutuan Tanah Melayu yakin bahawa rakyat bumiputera Sabah danSarawak tidak
dapat hidup bersendirian.
4.2Melalui penyertaan dalamMalaysia, satu negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat
diwujudkan. Pasukanpertahanan negara dapat digemblengkan melalui penyatuan negeri-negeri
dalam satugagasan. Penubuhan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dapat
menyekatpengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara.
5. Kedudukan istimewa Bumiputera
5.1Golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak mendapat kedudukan yang istimewadari
kerajaan British. Oleh yang demikian kaum-kaum pendatang dan orang-orang asingyang datang
ke Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi pencapaian pelajaran mereka, telahdapat membolot
sebahagian besar daripada jawatan-jawatan penting di Sabah danSarawak.
5.2Sungguhpun jawatan yang terkanan sekali di pegang oleh pegawai-pegawaiBritish,tetapi selain
daripada pegawai-pegawai , jawatan-jawatan yang agak kanan bolehdikatakan hampir semua
dipegang oleh kaum-kaum pendatang. Golongan Bumiputerasangat sedikit yang mempunyai
pelajaran tinggi dan memegang jawatan-jawatan tersebut.5.3Adalah difikirkan bahawa kalaulah Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysiamaka
kemungkinan memberi layanan istimewa kepada Bumiputera Sabah dan Sarawakadalah lebih
besar iaitu kedudukan istimewa sememangnya telahpun dilaksanakan diPersekutuan Tanah
Melayu.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
17/30
6. Keseimbangan kaum
6.1Ketidakseimbangan kaum akan berlaku sekiranya hanya singapura yang akanmmenyertai
Persekutuan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum Melayu kerana 80% penduduk
Singapura terdiri daripada kaum Cina.
6.2Penyertaan Sabah dan Sarawak kedalam persekutuan Malaysia akan dapat mengimbangi
komposisi kaum.dan mengelakan masalah perkauman kerana Sabah dan Sarawak mempunyai
kaum bumiputra yang ramai.
6.3Tambahan pula,rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang samadengan
orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa Melayu dan mengamalkankebudayaan
yang hampir sama dengan penduduk Tanah Melayu.
Kesimpulan
1. Setelah pelbagai perundingan dan proses penyatuan yang agakrumit dan kompleks, akhirnya
Sabah dan Sarawak mengambil keputusan untuk menyertaiMalaysia.
2. Pelbagai reaksi muncul berikutan cadangan penubuhan Malaysia sama ada didalam dan luar
negara. Akhirnya Malaysia ditubuhkan pada 16 September, 1963 yang dianggotai oleh
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
3. Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Hingga kini Malaysiakekal dianggotai oleh
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
18/30
BAHAGIAN B
Soalan 7
Kewujudan hieraki sosial dalam sistem feaudal mengukuhkan Institusi beraja di Asia.Ulaskan pendapat
ini.
Skema pemarkahan
Pengenalan
1. Berasaskan kepada system feudal, masyarakat tradisional dipecahkan kepada golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah
2. Kewujudan hieraki sosial dalam masyarakat adalah ditentukan oleh dua factor iaitu kekayaan
dan kekuasaan.Golongan yang memiliki pengaruh dan harta akan menduduki tingkat sosial
yang lebih tinggi
3. Golongan atasan akan bertindak sebagai ketua dan menerajui kerajaan dan ianya telah
mewujudkan institusi beraja.
4. Sistem pemerintahan beraja hanya dapat diperkukuhkan melalui sokongan daripada golongan
bawahan.
Isi-isi penting
1. Unsur-unsur ketuhanan
1.1. Sistem beraja kekal meletakan kuasanya sebagai pemerintah yang tertinggi dalam hieraki
sosial.Raja menerima kepercayaan daripada seluruh rakyat bawahan dan memberi
penghormatan yang tinggi kepada raja iaitu sama pentingnya seperti menghormati tuhan.
1.2. Raja dianggap suci , menurut kepercayaan agama Hindu dan Buddha raja dianggap sebagai
tuhan di bumi. Seseorang raja yang memerintah lebih dikenali sebagai dewaraja yang
1.3. Mengikut tradisi kerajaan Myanmar menggunakan konsep dharmaraja, raja Thai
menggunakan gelaran Choa Phaendin ( yam Yuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yam Tuan
Nyawa) dan di China maharaja dianggap Son Of Heaven( menerima mandate dari Syurga).
2. Raja sebagai ketua kerajaan dan berkuasa mutlak
2.1. Golongan bawahan memberikan taat setiayang tidak berbelah bagi kepada raja.Rakyat
akantunduk dan mematuhi segala titah perintah raja.Kedudukan seorang raja amat di hormati
dan sangat tinggi, bahkan ditakuti rakyat. Rakyat tidak akan mempersoalkan tindak tanduk dan
perlakuan raja.
2.2. Dalam bidang politik raja bertindak sebagai ketua kerajaan atau ketua negara.raja berkuasa
membuat undang-undang sendiri denganntujuan untuk menguguhkan kedudukannya.
2.3. Dalam bidang ekonomi raja menguasai segala hasil ekonomi seperti pungutan cukai, hasil
pertanian , hasil bumi perdagangan ,ufti penduduk dan kepakaran. Penguasaan ekonomi
menjadikan kedudukan raja semakin kukuh dimata rakyat.
2.4. Dalam bidang sosial ,raja berkuasa mewujudkan keamanan dan kemakmuran negeri disamping
bertanggungjawab menyatupadukan rakyat.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
19/30
3. Daulat raja
3.1. Raja memiliki keistemewaan, melaluinya wujud daulat seseorang raja. Daulat merupakan ciri-
ciri kesempurnaan yang dimiliki oleh seseorang raja. Ia merangkumi kebolehan istemewa.
Kuasa politik tertinggi dan kewibawaan seseorang raja yang memerintah.
3.2. Apabila raja memerintah mempunyai daulat, maka rakyat akan menurut dan menjalankan titah
dan perintah kerajaan dengan penuh ketaatann dan kesetiaan. Oleh itu rakyat tidak akan
mempersoalkan tindakan hak dan tindakan seseorang raja.
3.3. Terdapat amalan yang dilakukan oleh rakyat sebagai tanda hormat dan sanjungan kepada raja.
Di negara China dan Siam rakyat tidak boleh melihat wajah raja dan mereka akan sujud
apabila bertemu raja.
3.4. Raja juga mempunyai mempunyai keistemewaan dalam beberapa perkara lain seperti pakaian,
bahasa, adat istiadat, alat dan lambang kebesaran. Melaluinya kedudukan raja dapat
diperkukuhkan kerana ia jelas berbeza dari rakyat biasa.
4. Sokongan bangsawan dan pegawai tinggi kerajaan
4.1. Dalam pemerintahan golongan ini bertindak sebagai nadi utama dan berperanan sebagaipenasihat dan orang kanan kepada raja. Golongan bangsawan terdiri dari putera-putera raja,
kaum kerabat serta golongan sarjana.
4.2. Di negara Jepun, golongan bangsawan dikenali sebagai daimyo, di Vietnam sebagai mandarin
dan di siam sebagai nai serta Wungyi di Myanmar.
4.3. Merupakan perantaraan antara raja dan golongan bawahan. Golongan bangsawan bertanggung
jawab menjana sistem pentadbiran negara, memaju dan memakmurkan negeri, menjaga dan
mengekalkan keamanan, memelihara kebajikan rakyat dan mengetuai upacara keagamaan.
4.4. Golongan bangsawan yang Berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
sempurna Berjaya meletakkan raja pada kedudukan yang tinggi dalam hieraki sosial. Secara
tidak langsung kedudukan sistem beraja dapat diperkukuhkan secara berterusan
5. Unsur kebendaan yang dimiliki oleh raja.
5.1. Kedudukan dan ketinggian raja juga disokong oleh unsur kebendan. Gajah menjadi sebahagian
daripada raja di Thailand, Myanmar dan Jawa.
5.2. Gajah biasanya menjadi haiwan tunggangan dan dianggap suci. Raja Jawa biasanya akan
menunggang gajah sambil dikelilingi oleh hulubalang yang di gelar Bayangkara.
5.3. Thailand dan Myanmar menganggap gajah putih sebagai symbol kedaulatan sejagat dan
pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang terdapat pada gajah. Melaui unsur kebendaanini membolehkan raja dihormati dan disanjung tinggi.
Kesimpulan
Dalam masyarakat tradisional di Asia, kedudukan raja sangat unik . Raja berada dilapisan yang
paling atas dalam hieraki sosial. Hieraki sosial yang wujud telah Berjaya mengukuhkan institusi beraja
dikebanyakan negara di Asia. Selepas kedatangan imperialisme Barat instutusi raja telah berubah
sama sekali.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
20/30
Soalan 8
Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Thailand sebelum perluasan pengaruh
Barat
Skema pemarkahan
Pengenalan
Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga
dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan untuk mengekalkan keharmonian dan
menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah atau negara. Hukum adat meliputi segala
aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat
pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh
Barat.
Isi -isi
A. Adat yang diamalkan oleh masyarakat India
1. Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu
kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya.Menurut sistem kasta di India, masyarakat
dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan
dihormati. Terdapat empat sistem kasta yang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat),
Vaisya pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling
mulia manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat.
2. Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami.
Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendiri bersama-sama mayat suami
semasa upacara pengkebumian dijalankan. Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang
isteri terhadap suami sehingga sanggup sehidup semati.
3. Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi
amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka bertindak ganas dengan mencekik
mati pengembara atas nama Dewi Kali.
4. Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat India.
Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan seperti pemberiandowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak
pengantin lelaki.
5. Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda
kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakai sari yang berwarna putih supaya
dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami atau balu.
6. Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang mana lembu
sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap masyarakat India daripada makan
daging lembu.
7. Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Justeru,
menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Ganges bagi menghapuskan
dosa yang pernah dilakukan oleh mereka.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
21/30
B. Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand
1. Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang melarang
rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan
yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorang yang memandang wajah raja akan dijatuhkan
hukuman dengan membutakan matanya.
2. Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat setia
sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan oleh orang asing yang
mengadap Raja Siam.
3. Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat masyarakat di
Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya
dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya.
4. Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan istana dan
mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidak lagi menjadi isteri raja.
5. Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ada perarakan di
raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang dihormati dan dimuliakan oleh rakyat.
6. Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju semasa
mengadap raja.
Kesimpulan
Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lamamenjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak sepenuhnya adat yang
diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur
moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan
Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah
mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
22/30
Soalan 9.
Perjanjian Nangking 1842 dan perjanjian Bowring 1855 telah meninggalkan pelbagai kesan sosial dan
ekonomi kepada China dan Siam. Bincangkan.
Skema Pemarkahan
Pengenalan
Negara China dan Siam masih lagi mengamalkan dasar tutup pintu walaupun berlaku kemaraan kuasa
barat pada pertengahan abad ke-19.Termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut bermakna tamatlah
dasar pemencilan selama ini.Perjanjian Nangking dan perjanjian Bowring telah mendatangkan kesan
sosial dan ekonomi kepada Negara China dan Siam.
Isi-isi
1. Kesan sosial dan ekonomi ke atas China.
1.1. Agama Kristian telah berkembang dengan pesat. Mubaligh-mubaligh Kristiann dari Barat
bebas menyebarkan agama mereka di China. Kemasukan agama Kristian turut
berlakunya penentangan antara golongan China Kristian dengan China Ortodoks seperti
dalam Gerakan Boxer.
1.2. Berlaku keruntuhan Akhlak kerana kemasukan candu secara berleluasa dan tidak
terkawal. Merosakan sistem sosial masyarakat China terutama golongan belia. Ramai
belia China menjadi penagih dadah atau candu meyebabkan kesihatan mental dan
fizikal terjejas.
1.3. Perkembangan pendidikan barat turut berlaku . Negara china perlu mengubah system
pendidikan untuk menghadapi kuasa barat. Oleh itu aspek pendidikan barat diberi
tumpuan utama di bawah Gerakan Menguatkan Diri yang dilancarkan pada tahun 1861.
1.4. Perjanjian Nangking telah membawa kepada pembukaan lima buah pelabuhan iaituCanton, Amoy, Fuchow, Ningpo dan Shanghai.Pintu perdagangan Negara China telah
dibuka kepada kuasa-kuasa Barat ini bermakna berbagai barangan luar membanjiri
pasaran China.
1.5. Perkembangan industri tempatan seperti industri tenunan kain dan industri paku dan
jarum terjejas kesan kemasukan barangan asing secara besar-besaran ke Negara
China.Barangan asing turut dikenakan duti import dan eksport yang rendah. Barangan
barat menjadi lebih murah berbanding barang buatan Cina. Kesannya banyak industri
kecil telah ditutup.
1.6. Import candu meningkat dengan mendadak. Pedagang-pedagang barat mengimpot
candu dalam kuantiti yang banyak ke Negara China.Perdagangan candu memberikeuntungan besar kepada barat. China tidak berpuashati sehingga membawa kepada
perang Candu kedua.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
23/30
2. Kesan sosial dan ekonomi kepada Thailand.
2.1. Mongkut membenarkan mubaligh-mubaligh kristian agama Kristian dengan bebas di
Siam. Raja Siam telah menghadiahkan sebidang tanah kepada penganut agama
Kristian untuk dijadikan tanah perkuburan. Raja mongkut juga menyumbangkan wang
untuk membina gereja di Bangkok.2.2. Sistem pendidikan Barat dan sistem perhubungan moden telah diberi keutamaan oleh
Mongkut. Pembesar-pembesar diarahkan untuk mempelari bahasa asing bagi
memudahkan mereka berhubungan. Sekolah-sekolah berasaskan model barat telah di
bina. Guru-guru dari barat diambil untuk mengajar anak-anak golongan banhgsawan
dan putera raja.
2.3. Siam telah dibuka kepada pedagang-pedagang Barat. Kapal-kapal pedagang barat
dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan Siam. Banyak barangan dari Barat di
import ke Siam. Mongkut turut mengadakan perjanjian dengan Negara Barat yang lain
seperti Amerika, Perancis ,belanda. Dan Portugal.
2.4. penguasaan China ke atas ekonomi Siam dapat ditamatkan. [erdagangan mula di ambilalih oleh British. Pihak inggeris telah menbguasai 70% daripa perdagangan asing di
Siam.
2.5. Perjanjian Bowring turut mengubah system keewangan di Siam kepada system
keewangan moden. Sistem perbankan turut di perkenalkan. Ramai pelabur dari eropah
dating menanam modal di Siam.
Kesimpulan
Perjanjian Nangking dan Perjanjian Bowring telah meninggalkan pelbagai kesan sosialdan ekonomi ke atas Negara china dan Siam.Pelaksanaan perjanjaian itu telah
membuka lembaran baru kepada kedua-dua negara. Keangkuhan China sebagau
Middle of Kingdom telah dapat dihapuskan manakala kepada Siam ia telah dapat
menikmati arus pemodenan dan berjaya mengekal kedaulatannya.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
24/30
Soalan 10
Kaji kesan campurtangan British di India dan China yang membawa tercetusnya Dahagi
India pada tahun 1857 dan pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900.
Skema pemarkahan.
Pengenalan.
Pembaharuan dan perubahan aspek politik .sosial dan ekonomi oleh Barat telah
mendorong penentangan masyarakat setempat terhadap mereka. Pertentangan
pegangan serta budaya dan nilai kedua-dua pihak telah mencapai kemuncak apabila
berlakunya perang Dahagi di India dan pemberontakan Boxer di China
Isi-isi
1. Pembaharuan British di India
1.1. Dasar pengilhanan Lord Dalhousietelah dilakukan terhadap wilayah-wilayah
yang ditadbir oleh pemerintah India. Kesan pelaksanaan undang-undang lesap
warismenyebabkan British memiliki banyak kawasan dan wilayah di India seperti
Punjab, Karnatik dan Tanjore .Inggeris mencabar kedaulatan pemerintahan
tempatan apabila membatalkan bayaran pencen kepada Nana Shahib anak
angkat pewaris raja di Peshawar. Nana Shahib telah mengetua Dahagi India
pada tahun 1858.
1.2. Penghapusan amalan sosial oleh gabnor Jeneral William Bentinck iaitu thuggee,
suttee dan pembunuhan bayi perempuan . Lord Dalhousei juga telahmembenarkan balu berkahwin semula dan Perkahwinan semasa kanak-kanak
turut dihapuskan. Mengikut kacamata Barat ia adalah baik tetapi masyarakat
india beranggapan ia amat bertentangan dengan adat istiadat mereka dan ini
merupakan satu campurtangan terhadap mereka.
1.3. British juga menyebarkan pendidikan Barat dan cuba mengkristiankan orang
India serta menghapuskan sifat-sifat dan ciri-ciri pendidikan bercorak timur.
Perubahan inididapati memperkecilkan sistem pendidikan Hindu dan ia
menimbulkan kemarahan orang India.
1.4. Pengenalan teknologi barat seperti keretapi dan telegraf telah mengancam
kedudukan sistem kasta dan mencemarkan Agama Hindu. Pembinaan tali air
untuk menghubungkan beberapa kawasan sungai Ganges oleh British di tentang
oleh masyarakat India kerana mereka mengangap bahawa sungai Ganges
adalah suci dan menghina agama Hindu.
1.5. Amalan diskriminasi terhadap anggota tentera oleh British menambahkan lagi
sentimen tidak puashati terhadap British. Askar-askar sepoi di hantar ke luar
wilayah tanpa elaun, tentera berkebolehan di tukarkan ke perkhidmatan awam
supaya tidak dinaikan pangkat dan pangkat hanya diberikan kepada askar
British.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
25/30
1.6. Pengenalan penggunaan senapang ( riffle) yang digunakan menimbulkan
kemarahan tentera sepoi India. Penggunaan minyak babi dan minyak lembu
yang disapukan kepada peluru sebelum diisikan kedalam senapang sangat
sensitif kerana minyak babi adalah haram bagi orang Islam dan minyak lembu
adalah haram kepada orang Hindu. Sepoi Hindu dan Islam menganggap ia
merupakan muslihat pihak British menentang kebudayaan tempatan.
1.7. Thalukdar dan Tamindar merupakan pemungut cukai dan pentadbir tanah pada
zaman tradisi. Pihak British telah menghantar pegawainya untuk memungut
cukai dan menyebabkan peranan Thaludar dan Tamindar ditamatkan. Biritish di
anggap perampas dan menutup sumber rezeki mereka dam menimbul
kemarahan masyarakat India.
2. Pembaharuan British di China.
2.1. China menganggap orang asing Barbarian. Masyarakat China mengalami nasib
buruk selepas campurtangan British. Timbul perasaan anti asing Maharani
Doweger dan pegawai-pegawai istana.2.2. Penghapuasan amalan sosial dikalangan masyarakat Cina yang telah menganuti
agama Kristian. Mereka enggan meyertai adat penyembahan dan kebudayaaan
tempatan dan tidak mahu menampung perbelanjaan perayaan tempatan serta
dilarang menyertai upacara tradisi. Tindakan ini dianggap menghina tradisi
China.
2.3. Belaku bencana alam di wilayah-wilayah sungai Yang Tze dan SungainHwang
Ho.Bencana alam telah merosakkan tanaman dan menyebabkan kebuluran
kepada penduduk China. Berlakunya bencana alam tersebut telah dianggap
sebagai balasan dewa-dewi terhadap apa yang berlaku di China.
2.4. Ekonomi China merosot kerana barangan tempatan China tidak dapat bersaingdengan barang buatan Barat. Kain kapas, jarum, paku dan barangan lain adalah
lebih murah daripada yang di bawa dari oleh Barat. Berlaku difisit imbangan
perdagangan China. Cukai yang tinggi dikenakan untuk mengatasi masalah
tersebut telahmenyebabkan rakyat terbeban.
2.5. Pengenalan keretapi dan kapal wap telah menjejaskan pekerjaan pekerja cina
dalam industri pengangkutan cara tradisional seperti kuda,kereta lembu dan
Tongkang. Ramai yang menganggur dan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan
mereka.
2.6. Kerajaan China telah mengalami kerugian dan kemerosotan ekonomi, ini adalah
kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak untukmembayar ganti rugi peperangan. Keadaan ini menambahkan lagi perasaan
benci rakyat China terhadap kuasa asing.
Kesimpulan
Pertentangan adat dan budaya serta pengenalan dasar-dasar imperialis Barat yang
Menyusahkan rakyat merupakan punca utama berlakunya penentangan terhadap
kuasa barat. Bagi masyarakat India mereka masih belum bersedia menerima idea Barat yang radikal
dan drastik, manakala di China pula masyarakat beranggapan Barat menjadi punca kejadian buruk di
tanah air mereka dan perlu di usir keluar untuk keamanan.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
26/30
Soalan 11.
Bincangkan peranan yang dimainkan golongan intelektual dalam menyemai semangat nasionalisme di
Filipina dan Indionisia.
Skema pemarkahan.
Pengenalan
Golongan intelektual memainkan peranan yang penting dalam menyemai semangat
nasionalisme.Perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di bawah kekuasaan penjajah
mendorong golongan intelektual membebaskan negara mereka daripada penindasan kuasa asing.
Isi-isi
Filipina( Jose Rizal)
1. Gerakan propaganda
1.1 Mengasakan gerakan propaganda yang bersifat pemulihan .gerakan ini membongkar
kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan sepanyol di Filipina.
1.2 Menerbitkan La Solidaridad yang menggesa Sepanyol supaya menberi layanan yang sama
dengan Filipina dari undang-undang , mendapatkan kebebasan bersuara, berakhbar dan
berkumpul serta membuat rayuan.
1.3 Menghantar bantahan pada tahun 1888 dengan mengecam tindakan paderi kerana
campurtangan dalam hal ehwal awam , menghalanh usaha mewujudkan persefahaman di
antara Filipina dengan Sepanyol.
1.4 Memprotes kezaliman Sepanyol melalui kekacauan petani di Calamba antara tahun 1872
hingga 1892.
2. Liga Filipina
2.1 Menubuhkan liga Filipina pada 3 Julai 1892 dengan tujuan menentang
ketidakadilan,Mempertahankan kehendak dan keperluan rakyat Filipina, menyatukan kepulauan
Filipina, persamaan antara bangsa Filipina dan Sepanyol juga melantik wakil berbangsa .
Filipina di dalam Cortes Sepanyol.
2.2. Menerbitkan Novel berjudul Noli Me Tenggere (1887) dan El Filibusterismo(1891). Kedua-
dua novelnya membangkang kezaliman Sepanyol dan mengisahkan penderitaan orang Filipina.
2.3. Berjaya mempengaruhi pimpinan nasionalisme radikal dan revolusioner seperti AndresBonifacio dan Emilio Aguinaldo.
Indonisia( Sukarno)
Nasionalisme Indonisia semasa pemerintahan Belanda.
1.1. Menubuhkan Parti Nasional Indonisia pada Julai 1927 dengan tujuan menuntut
kemerdekaan Indonisia dengan cara tidak bekerjasama dengan Belanda dan
menjadikan Bahasa Indonisia sebagai bahasa rasmi.
1.2. Mendesak rakyat Indonisia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan kerajan serta
memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja dan mewujudkan syarikat-syarikat
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
27/30
1.3.
Kerjasama.
1.3 .Menggalakan pendidikan nasional dam memajukan sekolah-sekolah Taman Siswa.
2. Nasionalisme indonisia semasa pemerintahan Belanda.
2.1. Mempengaruhi Jepun melantik rakyat Indonisia sebagai pegawai pentadbiran Jepun di
Indonisia.
2.2. Menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA), PETA, MASJUMI bertujuan
meneruskan perjuangan nasionalisme pada zaman pendudukabn Jepun.
2.3. Menuntut kemerdekaan daripada Jepun dan Berjaya mengistiharkan kemerdekaan
Indonisia pada 17 Ogos 1945 tetapi tidak diiktiraf oleh Belanda.
2.4. Memperolehi kemerdekaan bagi Indonisia pada 27 Ogos 1949. Soekarno dilantik
sebagai presiden.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bahawa golongan berpendidikan memainkan peranan yang penting
dalam mencorakkan perubahan pemerintahan di negara Filipina dan Indonisia.Sokongan
daripada rakyat tempatan mendorong kejayaan menuntgut kemerdekaan di negara masing-
masing.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
28/30
Soalan 12.
Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan Jepun selepas
perang dunia kedua.
Skema pemarkahan
Pengenalan
1. Selepas perang dunia kedua Jepun dan China mengalami kedudukan ekonomi dan sosial
yang tenat.
2. China mengalami Zaman Perang saudara antara Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis
China( PKC). Kemenangan berpihak kepada PKC
3. PKC membentuk sebuah kerajaan Republik Komunis China. Dan telah menjalan pelbagai
usaha bagi memulihkan ekonomi dan sosial selepas perang.
4. Selepas Perang Dunia Kedua,Jepun telah di tadbir oleh Amerika Syarikat melalui Majlis
tertinggi kuasa Berikat atau SCAP.5. Majlis ini berperanan membantu Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen sekitar tahun 1945 hingga 1952.
Isi-isi.
Pembangunan ekonomi China.
1. Pembangunan Pertanian.
1.1. Dalam bidang pertanian dasar yang sederhana diamalkan bertujuan untuk
mengekalkan pengeluaran hasil pertanian serta membebaskan petani dari
kongkongan sistem pemilikan tanah feudal. Pengeluaran bidang pertanian dimajukandengan mengekalkan pemilikan tanah dan tuan tanah
1.2. Para petani digalakkan menyertai Syarikat Kerjasama atau bergabung sesame
pengeluar. Kerjasama bercorak sosialis dimana syarikat bersatu secara kolektif untuk
menyusun pengeluaran pertanian.
1.3. Bermula tahun 1958 . Usaha-usaha penyusunan semula dibuat dimana pertanian
dijalankan mengikut daerah atau Commune. Pada tahun yang sama terdapat 24,000
Commune dan setiapnya mempunyai ahli seramai 20,000 orang.
1.4. Matlamat pertanian untuk menghasilkan barangan keperluan bagi industri ringan serta
bahan makanan kepada penduduk Bandar. Antara hasil pertanaian yang di import
ialah gandum, beras,minyak dan jagung.
2. Pembangunan perindustrian
2.1. Rancangan Lima Tahun Pertama (1953-1957) digubal bertujuan untuk memulihkan
ekonomi negara kesan daripada perang saudara yang menelan perbelanjaan
sebanyak 77,000 juta dengan tumpuan diberikan kepada sektor perindustrian untuk
menambahkan pendapatan negara.
2.2. Peruntukan rancangan tersebut tertumpukepada perusahan dan perkilangan,
pengangkutan, perhubungan serta pembangunan.
2.3. Industri berat bertumpu di wilayah Manchuria seperti perkilangan kereta,lokomotif dan
elektronik.Industri ringan pula bertumpu di Shanghai dan kilang tekstil banyak
terdapat di Tientsin.
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
29/30
3. pembangunan sosial
3.1. Sistem pendidikan diperkenalkan bertujuan melatih rakyat yang buta huruf. Kemahiran
teknikal dan pendidikan sebagai alat indoktrinasi politik. Bidang sains dan teknologi
ditekankan dalam pendidikan di China.
3.2. Bidang pendidikan disasarkan kepada kanak-kanak dan juga kaum wanita yang tidak
diberi perhatian sebelum ini. Terdapat seramai 80 juta kanak-kanak mendapat
pendidikan pada tahun 1959. Kaum wanita yang mendapat pendidikan telah
meningkat 20 % selepas dasar pendidkan dilaksanakan.
3.3. Sekolah swasta juga terlibat membekalkan pendidikan dasar. Pendidikan masa lapang
disediakan oleh commune dan kilang-kilang juga menganjurkan kursus-kursus khas
untuk pekerjanya.
3.4. Dalam bidang kesihatan pihak kerajaan telah menyediakan hospital, klinik di setiap
daerah dan Bandar dan doktor dilatih di 39 buah sekolah perubatan.
3.5. Sistem perhubungan juga dimajukan. Projek jana kuasa elektrik dibina untuk
membekalkan tenaga kepada kilang-kilang dan memberi kemudahan sosial kepada
masyarakat.
Pembanguan ekonomi Jepun
1, Pembangunan pertanian.
1.1. Pada tahun 1946, Akta pembaharuan Tanah telah diperkenalkan iaitu tanah kepunyaan
absentee landlord akan dibeli serta oleh pihak berkuasa dan akan dijual kepada petani-
petani dengan harga yang berpatutan.
1.2. Pemlikan tanah kepada hamper 3 juta petani telah memajukan ekonomi petani luar
Bandar.Berlaku peningkatan dalam pengeluaran pertanian serta kepelbagai kegiatan
pertanian telah diusahakan.Kesannya menjadikan kedudukan ekonomi bertambahstabil.
1.3. SCAP mengambil langkah-langkah menghapuskan monopoli golongan zaibatsu,
Sebanyak 83 buah syarikat telah dibubarkan, harta dibekukan dan esekutif Zaibatsu
disingkirkan.
2. Pembangunan perindustrian.
2.1. SCAP menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja. Pada tahun 1945, akta kesatuann
sekerja telah memberi hak pekerjanmogok dan berunding secara kolektif. Menjelang
tahun 1949 seramai 6.5 juta orang pekerja menyertai kesatuan. Pembayarabn ganti rugitelah dihapuskan dan Amerika Syarikat telah membantu mempergiatkan kegiatan
ekonomi.
2.2. Mulai tahun 1952 , SCAP telah mengadakan perdagangan luar dan menggalakan
penyertaan pengusaha persendirian. Menjelang tahun 1950 , ekonomi Jepun mulai
pulih dan kota-kota besar yang musnah dapat dibina semula. Jepun Berjaya
mengeksport barang-barang keluarannya.
2.3. Pada tahun 1950 nilai eksport sebanyak 820 juta Yen. Kadar peningkatan amat jelas
iaitu pada tahun 1951-1955(8.6 %), 1956-1960 (9.1%) dan 1963 (12.1%). Perang korea
telah memangkin ekonomi jepun kerana telah membekal peralatan ketenteraan bernilai
4 bilion Yen dan dapat pesanan barangan keperluan berjumlah 809 juta Yen
-
8/4/2019 Skema Kertas 2 Sejarah Stpm 2011 Trial Sabah
30/30
3. Pembangunan sosial
3.1. SCAp mengadakan perubahan dalam bidang pendidikan iaitu menyusun semula
pendidikan berasaskan system pendidikan Amerika Syarikat. Ajaran dan kepercayaan
Shinto di hapuskan. Buku-buku teks di tapis dan pelajaran ditumpukan kepada
pemebentukan pribadi.
3.2. Kaedah pengajar bar diperkenalkan dan penekanan kepada aspek demokrasi.
Pendidikan wajib pada umur 6 hingga 9 tahun.Pentadbiran pendidikan berada di bawah
kerajaan temptan. Beberapa university baru turut ditubuhkan.
3.3. Jepun terus berkembang maju, sikap rakyat jepun, perbelanjaan ketenteraan yang
rendah, kadar wang simpanan tinggi. pembangunan sosial seperti kemudahan
perhubungan, kesihatan dan prasarana dapat dilaksanakan dengan cepat.
Kesimpulan
Kemajuan pembangunan ekonomi dan sosial didapati berjayandicapai oleh kedua-dua kerajaan.
Namun demikian , Jepun dilihat lebih Berjaya membangun negaranya berbanding dengan China.
Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang terbaik.Namun demikian China juga mampumembangun dengan menekankan fahaman soisialis dengan bantuan pihak Rusia.
top related