siti fairuz binti ismail - fp.utm.my · bonda dan ayahanda, ... a’lamin. daku akan sematkan...
Post on 13-Oct-2019
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH SUBUH
TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH, TAIPING, PERAK.
SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
CATATAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
Judul : FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH
SUBUH TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH,
TAIPING, PERAK.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 18 JLN TEMENGGONG, KG. SG. TENGI, 44010 KUALA KUBU BARU, SELANGOR.
Tarikh:03 April 2009 Tarikh: 03 April 2009
Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ. ABDULLAH
SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL
SULIT
√
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ. ABDULLAH
Tarikh : 03 April 2009________
i
FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH SUBUH
TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH, TAIPING, PERAK
SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .__________________
Nama penulis : SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL
Tarikh : 5 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Bonda dan Ayahanda,
Siti Rahamah Bt Hj Shamsuddin & Allahyarham Ismail Bin Awang
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku serta sentiasa
mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan bapa membawa ke syurga. Ayahanda... pemergianmu kuiringi
doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu.
Kekanda dan Adinda,
Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat,
Semoga Allah melimpahkan kurnia dan sentiasa melindungi kita dalam keadaan Iman dan Islam. Ketahuilah, ilmu tanpa amal adalah sia-sia.
Warga pendidik
(terutama Ustaz Hafiz Bin Abdullah)
Lautan ilmu ini membuatkan daku tenggelam asyik dalam mengenali Sang Pencipta Rabbul
A’lamin. Daku akan sematkan segala mutiara ilmu yang telah kalian curahkan buat pedoman
meniti hidup ini.
Sahabat Tersayang,
Jasa kalian amat kuhargai.....
Kenangan bermuhajadah selama bergelumang di lautan ilmu ini bersama kalian adalah antara
kenangan terindah yang pernah terakam dalam hidupku, semoga ikatan ukhuwah kita akan kekal
selamanya.
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيمSyukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta
selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya selepas pelbagai cabaran dan
dugaan dapat jua laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini disiapkan dengan sepenuhnya.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang
dihormati, Ustaz Hafiz Bin Hj. Abdullah di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan
serta tunjuk ajar yang telah diberikan bagi memastikan PSM yang dijalankan dapat
disempurnakan dengan baik.
Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada sahabat karib saya terutamanya
Harpah Bt. Bohri. Tidak dilupakan juga Tengku Nazuin Bt Tengku Nazudin dan Affizah
Bt Adai yang sentiasa di sisi di waktu susah dan senang. Jutaan terima kasih kerana
banyak membantu sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Segala nasihat dan tunjuk
ajar serta panduan amat dihargai. Tidak lupa juga rakan-rakan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung, jasa mereka semoga Allah membalasnya. Juga
penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan penyelidikan ini. Terutama buat Ustaz Osman Bin Daud yang banyak
membantu dan tidak dilupakan para jemaah Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid
Al-Falah yang sudi bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga Allah
S.W.T. membalas segala jasa mereka.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipat gandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong
masyarakat mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping,
Perak. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang
keistimewaan Tafsir Al-Azhar, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka dan
pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh tersebut. Sampel kajian ini terdiri
daripada jemaah Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah. Seramai 50 orang
mewakili keseluruhan jemaah telah dipilih secara tidak rawak. Set soal selidik
mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif
untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Secara keseluruhannya
hasil analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa ketiga–tiga faktor telah
mendorong mereka untuk mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah
dengan catatan nilai min berada pada tahap yang tinggi. Faktor keistimewaan Tafsir Al-
Azhar mencatat nilai min 4.53, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka
mencatat nilai min 4.55 dan pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh mencatat
nilai min 4.41 . Oleh yang demikian, sebagai pengukuhan dan penambaikkan kepada
kajian yang dijalankan, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan.
vi
ABSTRACT
This research is a survey to determine the factors that encourage the society to attend the
Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar at Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. This survey also aims
at obtaining feedback regarding the level of knowledge posses by Prof. Dr. Hamka. The
sample for this research comprised of the congregation of Masjid Al-Falah. Fifty
respondents representing the overall congregation were chosen non randomly. A set of
45 item questionnaires were distributed to the respondents and the data was analysed
descriptively to obtain the frequency, percentage and mean values. Statistical Package
for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows was used to analyse the data. Overall, the
research findings show that the respondents agreed that the three factors mentioned
encourage them to attend the Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar as the mean value scored is
high. The factor of the special features of Tafsir Al-Azhar scored mean value of 4.53;
the high level of knowledge possessed by Prof. Dr. Hamka scored mean value of 4.55
and approach used in the Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar scored mean value of 4.41.
Therefore, as the reinforcement and improvement for this research, the researcher has
put forward several recommendations.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Faktor 9
1.8.2 Mendorong 10
1.8.3 Jemaah 10
1.8.4 Mengikuti 10
1.8.5 Kuliah 11
1.8.6.1 Tafsir Al-Azhar 11
1.8.7 Masjid Al-Falah, Taiping, Perak 12
1.9 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Pengenalan kepada Tafsir Al-Azhar 13
2.2.1 Sejarah penulisan Tafsir Al-Azhar 14
2.2.2 Metod penulisan Hamka dalam
Tafsir Al-Azhar 16
2.2.3 Penerbitan Tafsir Al-Azhar 18
2.2.4 Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 18
2.2.4.1 Gaya bahasa Tafsir Al-Azhar 19
2.2.4.2 Rujukan muktabar di Alam
Melayu 19
2.3 Biografi Hamka 20
2.3.1 Latar Belakang Keluarga 21
2.3.2 Pendidikan 21
2.3.3 Perkahwinan 23
2.3.4 Kegiatan 24
2.3.4.1 Muhammadiyah 25
ix
2.3.4.2 Majlis Ulama Indonesia 26
2.3.4.3 Sasterawan 27
2.3.5 Hasil karya Hamka 28
2.3.5.1 Agama, Sastera dan Budaya 28
2.3.5.2 Sastera, Agama dan Falsafah 29
2.3.5.3 Agama dan Falsafah 30
2.3.5.4 Pengurusan dan Ketua Pengarang 31
2.3.5.5 Karya Agung Tafsir Al-Azhar 31
2.3.6 Kematian 32
2.4 Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah 32
2.4.1 Sejarah Kuliah Tafsir Al-Azhar 33
2.4.2 Pendekatan Kuliah Subuh Tafsir
Al-Azhar 34
2.4.3 Latar belakang Tenaga Pengajar Kuliah
Subuh Tafsir Al-Azhar 34
2.5 Kajian terdahulu 36
2.6 Kesimpulan 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 40
3.5.1 Soal Selidik 40
3.5.1.1 Bahagian A 41
3.5.1.2 Bahagian B, C dan D 41
3.5.2 Temubual 42
x
3.6 Tatacara Kajian 43
3.6.1 Kajian Rintis 43
3.6.2 Kajian Sebenar 44
3.7 Analisis Data 44
3.8 Jangka Masa Kajian 46
3.9 Kesimpulan 47
BAB IV DAPATAN KAJIAN 48
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Analisis Data dan Keputusan 49
4.2.1 Bahagian A 49
4.2.2 Bahagian B 52
4.2.3 Bahagian C 60
4.2.4 Bahagian D 68
4.3 Analisis Keseluruhan 76
4.3.1 Bahagian B 77
4.3.2 Bahagian C 79
4.3.3 Bahagian D 81
4.4 Kesimpulan 82
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 84
5.1 Pendahuluan 84
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Latar Belakang Responden 85
5.2.2 Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 86
xi
5.2.3 Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki
Oleh Prof. Dr. Hamka 87
5.2.4 Faktor Pendekatan Dalam Kuliah Subuh
Tafsir Al-Azhar 88
5.3 Rumusan 89
5.3.1 Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 90
5.3.2 Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki
Oleh Prof. Dr. Hamka 89
5.3.3 Faktor Pendekatan Yang Digunakan
Oleh Tenaga Pengajar Dalam Kuliah
Subuh Tafsir Al-Azhar 91
5.4 Cadangan 92
5.4.1 Cadangan Tindakan 91
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.5 Penutup 94
BIBLIOGRAFI 95
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 42
3.2 Agihan Soalan Mengikut
Klasifikasi Persoalan Kajian 42
3.3 Nilai Skor Min 45
3.4 Pembahagian 5 point Skala Likert 45
3.5 Jangka Masa Kajian 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 50
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Jarak
Tempat Tinggal Dari Masjid Al-Falah 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Kuliah Yang Dihadiri Oleh Responden 51
4.6 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B01 52
4.7 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B02 53
4.8 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B03 53
4.9 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B04 54
4.10 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B05 54
4.11 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B06 55
4.12 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B07 55
4.13 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B08 56
xiii
4.14 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B09 56
4.15 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B10 57
4.16 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B11 57
4.17 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B12 58
4.18 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B13 58
4.19 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B14 59
4.20 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B15 59
4.21 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C01 60
4.22 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C02 60
4.23 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C03 61
4.24 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C04 61
4.25 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C05 62
4.26 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C06 62
4.27 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C07 63
4.28 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C08 63
4.29 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C09 64
4.30 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C10 64
4.31 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C11 65
4.32 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C12 65
4.33 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C13 66
4.34 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C14 66
4.35 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C15 67
4.36 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D01 68
4.37 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D02 69
4.38 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D03 69
4.39 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D04 70
4.40 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D05 70
4.41 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D06 71
4.42 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D07 71
4.43 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D08 72
4.44 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D09 72
xiv
4.45 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D10 73
4.46 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D11 73
4.47 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D12 74
4.48 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D13 75
4.49 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D14 75
4.50 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D15 76
4.51 Rumusan Peratusan dan Min Bagi
Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 77
4.52 Rumusan Peratusan dan Min Bagi
Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki
Oleh Prof. Dr. Hamka 79
4.53 Rumusan Peratusan dan Min Bagi
Faktor Pendekatan Yang Digunakan
Dalam Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar 81
4.54 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 83
xv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
α - Alpha
Hamka - Haji Abdul Malik Karim Amrullah
HR - Hadith Riwayat
km - Kilometer
KS - Kurang Setuju
n - Jumlah Responden
PSM - Projek Sarjana Muda
S - Setuju
s.a.w. - Sallallahu 'alaihi wa sallam
SPSS - Statiscal Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta'ala
TS - Tidak Setuju
t.th - Tahun tidak diketahui
xvi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk
A Contoh Borang Soal selidik
B Contoh Soalan Temu Bual
C Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti Pendidikan
D Surat Permohonan Menjalankan Kajian Di Masjid
Al-Falah
BAB І
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Al-Quran diturunkan kepada umat manusia supaya manusia
menjadikannya sebagai paksi dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Allah
memerintahkan kepada sekalian umat manusia supaya menuruti ajaran Al-Quran
sebagai panduan hidup. Seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A‘raf ayat 3
(Sheikh ‘Abdullah Basmeih, 2000: 272):
(#θãèÎ7 ®?$# !$tΒ tΑ Ì“Ρé& Ν ä3 øŠ s9 Î) ÏiΒ óΟ ä3 În/ §‘ Ÿωuρ (#θãèÎ7 −Fs? ÏΒ ÿ ϵ ÏΡρ ߊ
u!$u‹ Ï9 ÷ρ r& 3 Wξ‹ Î=s% $Β tβρ ã ©. x‹s? ∩⊂∪
Terjemahannya: “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad) turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin selain dari Allah; (tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”
2
Allah juga telah menjanjikan kepada hambaNya bahawa sesiapa yang mengikuti
ajaran Al-Quran dan As-Sunnah akan memperolehi kejayaan dan kemenangan. Seperti
firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A‘raf ayat 157 (Sheikh ‘Abdullah Basmeih, 2000:
308):
t Ï% ©! $# šχθãèÎ7 −Ftƒ tΑθß™ §9 $# ¢ É< ¨Ζ9 $# ¥_ÍhΓW{ $# “Ï% ©! $# … çµ tΡρ ߉Åg s†
$¹/θçGõ3 tΒ öΝ èδy‰Ψ Ïã ’ Îû Ïπ1 u‘öθ−G9 $# È≅‹ ÅgΥM}$# uρ Ν èδã ãΒù'tƒ Å∃ρã ÷èyϑø9 $$Î/
öΝ ßγ8 pκ ÷] tƒ uρ Ç tã Ì x6Ψ ßϑø9 $# ‘≅ Ït ä†uρ ÞΟ ßγ s9 ÏM≈ t6 Íh‹ ©Ü9$# ãΠ Ìh pt ä†uρ ÞΟ ÎγøŠ n=tæ
y] Í× ¯≈ t6 y‚ø9 $# ßì ŸÒtƒ uρ öΝ ßγ ÷Ζ tã öΝ èδu ñÀÎ) Ÿ≅≈n=øñF{ $# uρ ÉL ©9 $# ôM tΡ% x. óΟ Îγ øŠ n=tæ
4 š Ï% ©! $$sù (#θãΖ tΒ# u ϵ Î/ çνρ â‘ ¨“ tã uρ çνρ ã |Á tΡuρ (#θãèt7 ¨?$# uρ u‘θ‘Ζ9 $#
ü“Ï% ©! $# tΑ Ì“Ρé& ÿ… çµ yètΒ y7 Í× ¯≈ s9 'ρé& ãΝ èδ šχθßsÎ=ø ßϑø9 $# ∩⊇∈∠∪
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w), nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifatnya) di dalam taurat dan injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka dengan mengerjakan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
3
Ayat tersebut bermaksud sekiranya kita berpegang dengan apa yang telah
diperintahkan di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah kita tergolong dalam kalangan
orang yang berjaya. Secara tidak langsung untuk kita berpegang dengan perintah yang
terkandung di dalam Al-Quran kita perlu meneliti dan memahami terlebih dahulu secara
terperinci agar kita mengetahui segala hukum-hakam yang akan kita laksanakan dengan
baik dan jelas. Ini kerana Al-Quran itu sendiri merupakan sumber rujukan utama yang
perlu dirujuk oleh umat Islam supaya manusia tidak berada dalam golongan orang-orang
yang sesat dalam melaksanakan sesuatu amal ibadat. Ini selaras dengan hadis Nabi
Muhammad (Muwatta’, t.th: 704) :
ل قا) لى اهللا عليه وسلمص(رسول اهللا أن أنه بلغه: عن مالك كتاب اهللا : لوا ما مسكتم بهما ت فيكم امرين لن تضترك: (
)وسنة نبيه
Maksudnya: “Daripada Malik: Sesungguhnya telah disampaikan kepadanya bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda: Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Engkau tidak akan tersesat selagi kamu berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi.”
(H.R. Malik)
Maka lahirlah Ilmu Tafsir yang memandu umat Islam dalam memahami isi
kandungan Al-Quran dengan jelas dan terperinci. Hanya dengan mempelajari Ilmu
Tafsir kita akan dapat memahami maksud ayat Al-Quran secara tersurat mahupun
tersirat. Merupakan satu kerugian yang amat besar sekiranya umat Islam hanya
membaca Al-Quran tanpa memahami apa yang dibacanya. Oleh itu, kita perlu
menggalakkan masyarakat agar mempelajari Ilmu Tafsir supaya dapat membentuk
masyarakat yang patuh kepada Allah dan RasulNya di samping sekaligus dapat
menyelesaikan segala permasalahan masyarakat yang jahil tentang ilmu agama.
4
Ilmu tafsir telah mengalami perkembangan yang pesat dan kini masyarakat
mempunyai banyak pilihan dalam mencari tafsir yang boleh dijadikan sumber rujukan
dan panduan untuk memahami dan meneliti isi kandungan ayat-ayat Al-Quran. Antara
tafsir yang muktabar yang boleh dijadikan rujukan ialah Jami ‘al-bayan fi tafsir al-
Quran oleh Ibn Jarir al-Tabari, Al-Muharrir al-wajiz fi tafsir al-Kitab al-‘Aziz oleh Ibn
‘Atiyyah, Ma‘alim al-tanzil oleh al-Baghawi, Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh Ibn Kathir
dan Al-Durr al-manthur fi al-tafsir bi al-ma’thur oleh al-Suyuti. Ekoran daripada hal
tersebut penyelidik ingin menegaskan bahawa Prof. Dr. Hamka juga tidak ketinggalan
dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan menghasilkan tafsir yang muktabar di alam
Melayu iaitu Tafsir Al-Azhar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran agar ia
dapat menjadi tempat rujukan oleh masyarakat. Masyarakat pada masa kini telah
mempunyai banyak pilihan dalam memilih tafsir yang mahu dijadikan rujukan dalam
memahami ayat-ayat Al-Quran. Antara tafsir yang boleh dijadikan rujukan oleh
masyarakat Melayu khususnya ialah Tafsir Al-Azhar. Ini kerana Tafsir Al-Azhar
merupakan tafsir yang paling muktabar dan merupakan ensiklopedia agama yang ulung
di alam Melayu sesuai dengan bi’ah dan kebudayaan alam melayu itu sendiri (Abdul
Hafiz Abdullah, 2008:127).
Tafsir Al-Azhar merupakan sebuah tafsir yang lengkap yang dapat mengatasi
permasalahan masyarakat Melayu dalam mencari tafsir yang boleh dijadikan rujukan
dan panduan. Tafsir Al-Azhar ialah sebuah tafsir hasil karya al-Marhum Prof. Dr.
Hamka yang merupakan seorang tokoh ilmuan agama dan penulis yang telah banyak
menghasilkan karya dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiyah. Tafsir Al-Azhar
5
merupakan karya al-Marhum yang paling agung. Beliau berharap Tafsir Al-Azhar
memudahkan lagi pemahaman mereka mengenai ayat-ayat Al-Quran dan membantu
umat Islam menghayatinya (Abdul Hafiz Bin Hj. Abdullah, 2008:125).
Kini, masyarakat telah semakin jauh daripada penghayatan agama dalam
kehidupan seharian lantaran daripada hidup yang tidak berpaksikan Al-Quran dan As-
Sunnah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam
menggalakkan masyarakat untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama khususnya
untuk memahami tafsiran ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana dengan mempelajari Ilmu
Tafsir akan membolehkan kita menghayati ajaran Islam dengan cara yang lebih
berkesan. Antara usaha yang dilakukan untuk mendekatkan masyarakat dengan
mempelajari Ilmu Tafsir ialah dengan menganjurkan kuliah tafsir kepada masyarakat
setempat. Perkara ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Falah, Taiping,
Perak yang menganjurkan Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar kepada masyarakat setempat.
Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar yang dijalankan di Masjid Al-Falah, Taiping,
Perak yang dikendalikan oleh Ustaz Osman Bin Daud yang bertindak sebagai tenaga
pengajar dalam menyampaikan isi kandungan Tafsir Al-Azhar. Mengikut pemerhatian
penyelidik, Kuliah Tafsir Al-Azhar mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dengan penyertaan jemaah yang ramai. Oleh itu, penyelidik begitu berminat untuk
mengkaji apakah yang mendorong jemaah dalam mengikuti kuliah tafsir ini.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar yang diadakan di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak
merupakan satu usaha yang murni dan mulia yang membawa masyarakat kembali
kepada Al-Quran. Ia adalah satu usaha yang perlu dicontohi oleh organisasi lain dalam
usaha membawa masyarakat memahami isi kandungan tersirat yang terdapat di sebalik
ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada manusia. Kuliah tersebut diadakan
pada setiap hari kecuali hari Ahad dan mengambil masa selama 1 jam. Walaupun ia
hanya mengambil masa selama 1 jam, namun masa tersebut digunakan dengan
sebaiknya oleh Tenaga Pengajar dalam menyampaikan isi kandungan Tafsir Al-Azhar.
Terdapat sekurang-kurangnya 50 orang yang mengikuti Kuliah Subuh tersebut.
Ia merupakan satu jumlah yang agak besar dan ekoran daripada itu telah menimbulkan
minat penyelidik untuk mengkaji adakah kemungkinan terdapat beberapa faktor yang
menarik minat jemaah dalam mengikuti kuliah subuh Tafsir Al-Azhar. Ekoran daripada
itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan mencari jawapan yang lebih tepat adakah faktor
keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ilmu yang dimilki oleh Prof. Dr. Hamka serta
pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar Masjid Al-Falah telah mendorong
minat masyarakat untuk mengikuti kuliah subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah,
Taiping, Perak.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4 1 Mengkaji faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar yang menyebabkan jemaah
mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.
1.4 2 Mengenalpasti faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka yang
menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.
1.4 3 Mengenalpasti faktor pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar
menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan berikut:
1.5. 1 Adakah faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar yang menyebabkan jemaah
mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?
1.5.2 Adakah faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka yang
menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?
8
1.5.3 Adakah pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar menyebabkan jemaah
mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini sangat penting dan perlu diteliti oleh beberapa pihak tertentu.
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan iaitu:
1.6.1 Sebagai satu alternatif untuk memberi pendedahan tentang Tafsir Al-Azhar
kepada masyarakat.
1.6.2 Menjadi rujukan kepada ahli akademik untuk melakukan kajian terhadap Prof.
Dr. Hamka khususnya dalam bidang pentafsiran Al-Quran.
1.6.3 Sebagai panduan kepada Tenaga Pengajar Masjid Al-Falah dalam memantapkan
lagi usaha mereka dalam menyampaikan Tafsir Al-Azhar kepada masyarakat.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota, Taiping, Perak Darul
Ridzuan pada 29 Januari 2009 semasa sesi Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar dijalankan.
Kajian ini terbatas dari segi saiz sampel kerana penyelidik hanya melibatkan jemaah
9
yang mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah pada tarikh tersebut
sahaja iaitu seramai 50 orang jemaah.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada tiga faktor sahaja iaitu faktor
keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr.
Hamka dan faktor pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah dan perkataan yang perlu dijelaskan terlebih dahulu
untuk memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang tajuk kajian yang dijalankan.
Istilah-istilah tersebut ialah:
1.8.1 Faktor
Menurut Kamus Dewan (1998: 348), maksud ‘faktor’ ialah unsur atau sebab
yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Maksud lain bagi istilah faktor ialah
bilangan (nombor) yang kalau didarab menghasilkan bilangan yang tertentu.
‘Faktor’ dalam kajian ini bermaksud unsur-unsur atau sebab-sebab yang
mempengaruhi jemaah untuk mengikuti Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah.
10
1.8.2 Mendorong
Menurut Kamus Dewan (1998: 314), terdapat dua maksud mendorong iaitu;
Menyorong (ke depan), menolak (dari belakang ke depan), tampil (ke depan). Kedua;
Kiasan memberansangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu).
‘Mendorong’ dalam kajian ini bermaksud perkara yang mempengaruhi
masyarakat mengikuti Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak.
1.8.3 Jemaah
Menurut Kamus Dewan (1998: 529), terdapat beberapa maksud maksud istilah
jemaah iaitu: Pertama; kumpulan orang yang beribadat. Kedua; Orang ramai,
perjumpaan orang ramai. Ketiga; Sidang.
‘Jemaah’ dalam kajian ini bermaksud perjumpaan dan kumpulan orang ramai
yang hadir untuk mendengar kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak.
1.8.4 Mengikuti
Menurut Kamus Dewan (1998: 482), terdapat empat maksud perkataan
mengikuti iaitu: Pertama; Turut di belakang orang, menurut apa telah terjadi atau ada.
11
Kedua; Turut sebagai yang telah dilakukan oleh orang, mencontohi apa yang dibuat oleh
orang sebelumnya. Ketiga; Turut hadir (dalam pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dan
lain-lain). Keempat; Memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat dan lain-lain)
dengan bersungguh-sungguh.
‘Mengikuti’ dalam kajian ini bermaksud masyarakat atau jemaah yang turut
hadir dalam Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid al-Falah, Taiping, Perak.
1.8.5 Kuliah
Menurut Kamus Dewan (1998: 724), terdapat beberapa maksud perkataan
‘kuliah’ antaranya ialah; Pelajaran yang disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh
mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan. Kedua; Ceramah agama.
‘Kuliah’ dalam kajian ini bermaksud syarahan dan kupasan ayat-ayat Al-Quran
dalam Tafsir Al-Azhar yang disampaikan oleh tenaga pengajar Masjid Al-Falah,
Taiping, Perak.
1.8.6 Tafsir Al-Azhar
Tafsir Al-Azhar ialah nama bagi tafsir Al-Quran hasil karya Prof. Dr. Hamka. Di
dalam kajian ini, Tafsir Al-Azhar didefinisikan sebagai penjelasan atau huraian tentang
ayat-ayat Al-Quran yang ditafsirkan oleh Prof. Dr. Hamka.
12
1.8.7 Masjid Al-Falah, Taiping, Perak
Masjid Al-Falah merupakan sebuah tempat kuliah Tafsir Al-Azhar dijalankan. Ia
terletak di Taman Sri Kota berhampiran dengan Taiping, Perak.
1.9 Penutup
Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui adakah
faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka
serta pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar
Masjid Al-Falah menjadi pendorong kepada jemaah mengikuti kuliah tafsir ini. Kajian
ini difokuskan kepada jemaah yang menghadiri Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di masjid
tersebut sebagai responden dalam usaha untuk mendapatkan data kajian.
top related