sistem pengurusan klinik dr suraya secara atas...
Post on 23-Nov-2018
278 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SISTEM PENGURUSAN KLINIK DR SURAYA SECARA ATAS TALIAN
NURSYAHIDAH BINTI AZRI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PEhIGESAHAN STATUS TESIS'
JUDUL: SISTEM PENGURUSAN KLINIK DR SURAYA SECARA ATAS TALIAN
Saya
SESI PENGAJIAN : IU2007f2008
NURSYAHIDAH BINTI AZRI (840{GO&6556)
GruRUr BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana./Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Maiaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
l. Tesis adalah hakmilik Univeniti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Silatandakan( / \
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijaiankan)
TIDAKTERHAD
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
NO 26. JALAN 6A15.,|i}650 BDRBARU BANGI.SELANGOR
EEn
Tarikh : 2 MEl2008
TERHAD
DR DAYANG NORIIAYATIBTABATNGJAWAWI
( Nama Penyelia )
Tarikh : 2 MEI2008
(TANDATANGAN PENYELIA)
PSZ 19 : 15 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak beftenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirftan surat daripada pihak bertuasa/organisasi
bertenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikaq atau laporan Projek Sat'anaMuda(PSM).
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya,'
Tandatangan : . .6VNama Penulis : Nursyahidah Binti Azri
Tarikh '. 2 Mei 2008
a
, "Saya akui batrawa saya telatr membaca karya ini dan pada pandargan
saya karya ini adalah memadai dari skop dar kualiti untuk tujuan
penganugerahan ljazah Sarjana Muda Sains Komputer"
Tandatangan :
NamaPenyelia : Dr. DayangNorhayati Binti Abang Jawawi
Taxikh : 2Mei2008
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Sistem Pengurusan
Klinik Dr. Suraya Secara Atas Talian” ini.
Di ruangan ini ingin saya rakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia saya, Dr. Dayang Norhayati binti Abang Jawawi yang telah banyak
membantu dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam segala proses bagi
menyiapkan projek ini. Terima kasih juga kepada kakitangan di Klinik Dr. Suraya
terutama sekali buat Dr. Suraya Sahat kerana telah sudi memberikan kerjasama dan
bantuan sepanjang pembangunan sistem ini.
Setinggi penghargaan juga dirakam kepada semua pensyarah Fakulti Sains
Komputer dan Sistem Maklumat terutama ketua jabatan dan pensyarah-pensyarah yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam Projek Sarjana Muda ini
di atas bimbingan dan tunjuk ajar mereka.
Ucapan yang teristimewa ditujukan buat keluarga saya terutama kedua ibu bapa
yang dikasihi di atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini. Akhir
sekali, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
memberikan bantuan, tunjuk ajar dan sokongan tanpa rasa jemu. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Sistem pengurusan klinik semasa yang digunakan di Klinik Dr. Suraya adalah
sistem berasaskan kertas yang mempunyai beberapa kelemahan seperti masalah
lambakan fail kertas serta kesukaran untuk mencari fail pesakit dan kesukaran untuk
menguruskan rekod ubat-ubatan. Oleh itu, Sistem Pengurusan Klinik Dr. Suraya Secara
Atas Talian ini dibangunkan untuk menggantikan sistem tersebut dengan satu sistem
pengurusan klinik berkomputer dan secara atas talian. Sistem ini dijangkakan dapat
mengurangkan penggunaan kertas dan menjadikan sistem pengurusan klinik tersebut
lebih efisyen dan sistematik. Sistem ini dibangunkan secara atas talian di mana
pengguna boleh mengakses dan menguruskan sistem ini dengan lebih meluas selagi
mereka mempunyai rangkaian internet. Model prototaip berevolusi telah dipilih bagi
model pembangunan sistem dan ia akan dibangunkan dengan menggunakan teknologi
ASP.NET kerana ia membenarkan pembinaan aplikasi web yang canggih yang boleh
berinteraksi dengan para pengguna. Sebagai contoh, aplikasi ASP.NET boleh
menggunakan kawalan kemasukan data (data-entry controls) seperti kotak perkataan
(text boxes) untuk menerima input daripada pengguna, memproses, mencapai atau
mengemaskini data daripada pangkalan data; dan menghantar kembali keputusan
daripada operasi-operasi tadi kepada pengguna. Diharapkan sistem ini dapat memberi
faedah kepada pihak pengurusan Klinik Dr. Suraya agar segala pengurusan klinik dapat
dijalankan dengan lebih cepat dan efisyen.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI ISTILAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat 3
1.4 Objektif Projek 3
1.5 Skop Projek 4
viii
1.6 Justifikasi Kepentingan Projek 5
1.7 Perancangan Projek 5
BAB 2 KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH
2.1 Pendahuluan 6
2.2 Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) 6
2.3 Kajian Sistem Sedia Ada 7
2.3.1 Hospital Information System 7
2.3.2 Sistem Rekod Pesakit Secara Atas Talian Hospital 8 Pakar Puteri
2.3.3 Sistem Pengurusan Maklumat Klinik Wakaf 9
An-Nur
2.3.4 Healthcare Information System With Component BasedDevelopment For Klinik Rakyat Sdn. Bhd. 10
2.3.5 Kajian Perbandingan Sistem Sedia Ada 11
2.4 Analisis Sistem 12
2.4.1 Latar Belakang Masalah & Analisa Sistem Semasa 12
2.5 Kajian, Teknik, Peralatan dan Teknologi Berkaitan 14
2.5.1 Laman Web Dinamik 14
2.5.2 UML 17
2.5.3 ASP 18
2.5.4 ASP.NET 18
2.5.5 Kajian Perbandingan ASP.NET dan ASP 20
2.6 Rumusan 22
ix
BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Kajian Ke Atas Metodologi 23
3.2.1 Model Lingkaran 24
3.2.2 Model Prototaip 25
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 27
3.4 Kajian Metodologi Pembangunan Perisian Secara 28 Terperinci 3.4.1 Kajian Terhadap Metodologi Prototaip 29
Berevolusi 3.5 Analisa Keperluan Sistem 31
3.5.1 Keperluan Perkakasan 31 3.5.2 Keperluan Perisian 32 3.5.3 Spesifikasi Input 34 3.5.4 Spesifikasi Output 34
3.6 Rumusan 35
BAB 4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK
4.1 Pendahuluan 36
4.2 Aliran Kerja Fasa Perincian 36
4.2.1 Permodelan Kes Guna 37
4.2.2 Gambar Rajah Jujukan 40
4.2.3 Gambar Rajah Aktiviti 40
4.2.4 Keperluan fungsi dan keperluan bukan fungsi 40
4.3 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 42
4.3.1 Reka bentuk Senibina 42
4.3.2 Reka Bentuk Antara Muka 43
4.3.3 Reka Bentuk Pangkalan Data 46
4.4 Aliran Kerja Fasa Pengujian dan Penerimaan 48
x
BAB 5 PERLAKSANAAN SISTEM
5.1 Pendahuluan 49
5.2 Perlaksanaan Sistem 49
5.2.1 Pembangunan Pangkalan Data Fizikal 50
5.2.2 Pembangunan Modul dan Pengkodan 52
5.2.3 Pengintegrasian Sistem 54
5.3 Pengujian Sistem 55
5.3.1 Pengujian Unit 55 5.3.2 Pengujian Integrasi 55
5.3.3 Pengujian Sistem 56 5.3.4 Ujian Penerimaan 57
5.4 Kesimpulan 57
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 58
6.2 Hasil dan Pencapaian 58
6.3 Kelebihan Sistem 59
6.4 Kekurangan Sistem 60
6.5 Cadangan Pembaikan 60
6.6 Kekangan dan Masalah Perlaksaan Projek 61
6.7 Ringkasan 61
SENARAI RUJUKAN 63
LAMPIRAN 57-137
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan
Penggunaan sistem pengurusan maklumat klinik secara manual dalam
pengurusan klinik seperti pengurusan rekod perubatan pesakit dan ubat-ubatan masih
ketara digunakan di kebanyakan klinik di Malaysia pada masa kini. Walaupun jelas
bahawa penggunaan sistem manual mempunyai banyak masalah dan kurang efisyen,
namun begitu masih ramai pihak pengurusan klinik yang enggan menggunakan
sistem berkomputer kerana sesetengah sistem pengurusan klinik berkomputer adalah
tidak mesra pengguna (user friendly) dan tidak memenuhi keperluan mereka.
Sistem Pengurusan Klinik Dr. Suraya Secara Atas Talian ini dibangunkan untuk
menggantikan sistem pengurusan maklumat klinik secara manual di Klinik Dr.
Suraya dengan sistem pengurusan maklumat klinik secara berkomputer serta boleh
dicapai secara atas talian. Sistem yang akan dibangunkan ini adalah merangkumi
pengurusan maklumat pendaftaran pesakit, rekod perubatan pesakit, dan rekod ubat-
ubatan. Sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan teknologi ASP.NET yang
merupakan satu teknologi ‘server-side’ khusus untuk pembangunan laman web yang
dinamik
ASP.NET ialah model pengaturcaraan untuk membina aplikasi-aplikasi
berasaskan web (web-based applications). Secara amnya ia adalah suatu ‘runtime’
dan set yang terdiri daripada ‘.NET Framework class libraries ‘yang boleh digunakan
untuk membina laman web dinamik. Ia dilarikan dalam konteks pelayan Web, seperti
2
Microsoft Internet Information Server (IIS), dan memproses arahan-arahan
pengaturcaraan pada pelayan untuk melayan permintaan pelayar. ASP.NET adalah
sebahagian daripada .NET Framework maka ASP.NET mempunyai kesemua
kelebihan yang terdapat pada rangka kerja (framework) tersebut termasuklah
rangkaian, capaian data, keselamatan, dan banyak lagi. Ini dapat membantu untuk
menghasilkan aplikasi-aplikasi web dengan lebih mudah. Selain itu, pembangun
sistem juga dapat mengurangkan masa dalam mereka cipta semula struktur asas yang
diperlukan oleh kesemua aplikasi, sebaliknya lebih menghabiskan masa menumpukan
kepada logik tertentu yang unik di dalam aplikasi mereka (Kauffman, 2005).
1.2 Pernyataan Masalah
Klinik Dr. Suraya merupakan sebuah klinik yang masih menggunakan sistem
pengurusan maklumat klinik secara manual yang melibatkan penggunaan kertas
dalam pengurusan rekod di klinik tersebut. Segala rekod perubatan pesakit
direkodkan ke dalam fail kertas dan rekod ubat-ubatan pula direkodkan ke dalam
buku khas.
Pada permulaannya, pihak pengurusan klinik selesa untuk tidak
menggunakan sistem berkomputer bagi pengurusan klinik kerana data-data atau
maklumat klinik yang perlu direkodkan adalah tidak terlalu banyak dan mudah untuk
diuruskan. Namun begitu, setelah setahun klinik tersebut beroperasi, pihak
pengurusan klinik mengalami beberapa masalah seperti masalah lambakan fail kertas,
kesukaran untuk mencari fail pesakit, dan kesukaran untuk menguruskan rekod ubat-
ubatan yang semakin banyak. Masalah-masalah tersebut boleh membawa kepada
kehilangan rekod perubatan pesakit sekiranya berlaku bencana seperti banjir,
kesukaran dalam pemantauan stok ubat-ubatan dan penempahan stok ubat-ubatan
baru sekiranya perlu, dan pencarian fail rekod perubatan pesakit secara manual adalah
kurang efisyen dan lebih memakan masa.
3
Oleh sebab itu, Sistem Pengurusan Klinik Dr. Suraya Secara Atas Talian ini
telah dicadangkan untuk dibangunkan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Sistem tersebut bukan sahaja mampu untuk meningkatkan mutu pengurusan pihak
klinik malah sistem tersebut juga dicadangkan untuk diaplikasikan secara atas talian
(online) untuk menjadikannya lebih efisyen dan fleksibel. Pengurusan yang
dijalankan secara atas talian membenarkan semua pihak berautoriti boleh
mencapainya pada bila-bila masa sahaja.
1.3 Matlamat
Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem pengurusan
maklumat klinik menggunakan teknologi ASP.NET yang dapat memberi kemudahan
kepada pihak pengurusan di Klinik Dr. Suraya dengan membolehkan pengurusan
maklumat klinik diuruskan secara berkomputer dan secara atas talian.
1.4 Objektif Projek
Berikut merupakan objektif yang telah dikenal pasti bagi mencapai matlamat
pembangunan sistem:
i. Melakukan kajian keperluan terhadap sistem pengurusan klinik yang sedia
ada di Klinik Dr. Suraya iaitu sistem pengurusan klinik yang berasaskan
kertas.
ii. Membangunkan spesifikasi keperluan dan rekabentuk bagi fungsi
pengurusan rekod maklumat dan rekod perubatan para pesakit bagi Sistem
Pengurusan Klinik Dr. Suraya Secara Atas Talian.
4
iii. Membangunkan spesifikasi keperluan dan rekabentuk bagi fungsi
pengurusan rekod ubat-ubatan bagi Sistem Pengurusan Klinik Dr. Suraya
Secara Atas Talian.
iv. Membangunkan prototaip sistem yang boleh dicapai secara atas talian
dengan menggunakan teknologi ASP.NET daripada spesifikasi keperluan
dan rekabentuk sistem yang telah dijalankan.
v. Melakukan pengujian ke atas prototaip Sistem Pengurusan Klinik Dr.
Suraya Secara Atas Talian yang telah dibangunkan.
1.5 Skop Projek
Projek yang dibangunkan adalah meliputi beberapa skop berikut:
i. Kajian kes adalah menumpukan kepada senario pengurusan klinik di
Klinik Dr. Suraya di Bandar Baru Bangi, Selangor.
ii. Projek ini akan menghasilkan prototaip sistem pengurusan maklumat
klinik yang ramah pengguna dan mudah untuk digunakan oleh doktor,
jururawat dan ahli farmasi di klinik tersebut dan sistem ini boleh dicapai
selagi mereka mempunyai sambungan internet.
5
1.6 Justifikasi Kepentingan Projek
Kepentingan projek yang akan dibangunkan ini ialah :
i. Memudahkan pihak pengurusan klinik untuk menguruskan segala maklumat
klinik yang semakin banyak dengan menggantikan sistem pengurusan
maklumat klinik berasaskan kertas dengan sistem pengurusan maklumat
klinik berkomputer.
ii. Memudahkan pihak pengurusan klinik untuk melakukan carian atau
kemaskini terhadap rekod-rekod perubatan pesakit di klinik tersebut.
iii. Mengurangkan masalah pengurusan stok ubat-ubatan yang merangkumi
merekod kuantiti semasa stok ubat-ubatan, merekod stok ubat-ubatan yang
baru sampai dan juga merekod ubat-ubatan yang telah dijual setiap kali
pesakit mendapatkan ubat-ubatan mereka.
1.7 Perancangan Projek
Perancangan projek telah dilampirkan pada Lampiran A.
top related