simposium dpi 2013

Post on 17-Jan-2016

84 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Simposium DPI 2013. PROF NAQUIB AL-ATTAS Kehidupan dan Sumbangannya dalam Sejarah & Falsafah Pendidikan. Ustaz Muhd Noor Deros. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Simposium DPI 2013

Ustaz Muhd Noor Deros

PROF NAQUIB AL-ATTAS

Kehidupan dan Sumbangannya dalam Sejarah & Falsafah Pendidikan

"...Ayam Jantan juga simbol bagi keadaan sedar celik dan jaga waspada serta giat berusaha mahupun

ke arah perkara ruhani mencari rasa

dan ma'na diri dengan maksud mencapai irfan."

- Adab & Peradaban, Karya Peng'tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas

Riwayat Hidup Prof. Naquib al-Attas

Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilahirkan di Bogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931.

Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah Al-Attas berasal dari Tanah Arab (keturunan Hadrami – Arab hadramaut, Yaman) yang salasilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayid. Ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat.

Riwayat Hidup Prof. Naquib al-Attas

Latar belakang pendidikan (formal) Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bermula sejak beliau berusia 5 tahun.

Ketika beliau berada di Johor Bahru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang dunia kedua meletus.

Pada tahun 1936-1941, beliau belajar di Ngee Neng English Primary School di Johor Bahru.

Pada zaman Penjajahan Jepun, beliau kembali ke Jawa Barat dan menetap di sana selama 4 tahun.

Pendidikan Prof. Naquib al-Attas

Beliau belajar bahasa Arab di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat pada tahun 1942-1945.

Tahun 1946 beliau kembali lagi ke Johor Bahru dan tinggal bersama bapa saudaranya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor waktu itu), lalu dengan Datuk Onn Jaafar yang kemudian juga menjadi Menteri Besar Johor (Dato Onn merupakan Presiden UMNO pertama).

Pendidikan Prof. Naquib al-Attas

Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Bahru tahun 1946-1949.

Pendidikan Prof. Naquib al-Attas

Kemudian, beliau menyertai angkatan tentera (1952-1955) sehingga pangkat Leftenan.

Namun, beliau keluar dari tentera dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, seterusnya melanjutkan pelajaran di McGill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A.

Pendidikan Prof. Naquib al-Attas

Tidak lama kemudian, beliau melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph.D.

Pendidikan Prof. Naquib al-Attas

Setelah menyelesaikan pembelajarannya di England, Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi dosen di Universiti Malaya, hingga akhirnya beliau dilantik menjadi ketua jurusan sastera di Fakulti kajian Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1968-1974, beliau menjabat jawatan sebagai Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya.

Pengalaman Prof. Naquib al-Attas

Beliau adalah pengasas-pengarah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Menurut catatan Wan Mohd Nor Wan Daud, al-Attas telah menulis 26 buku dan Monograf, baik yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu, dan banyak yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain; seperti Bahasa Arab, Persia, Turki, Urdu, melayu, Indonesia, Prancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepang, India, Korea dan Albania.

Pengalaman Prof. Naquib al-Attas

Istifaadah

- Beliau membesar di dalam keluarga berjiwa pejuang yang mementingkan ilmu dan memelihara tradisi Islam dengan setia.

- Beliau adalah keturuan Baginda s.a.w yang ke-37.

- Beliau banyak bersafar.

Istifaadah

- Pernah bertentang mata dan berdebat dengan puak orientalis. Sangat kenal dengan barat.

- Berusaha untuk menzahirkan Hikmah ke alam realiti.

- Karya-karya seni beliau dan ISTAC.

Manhaj/Metodologi Ilmu

- Prof Naquib berusaha melahirkan makna dan penafsiran segar daripada faham-faham yang lama, kerana seorang alim itu tidak semestinya harus membawa faham-faham baru, kerana banyak master ideas seperti kepercayaan pada Tuhan.

- Tujuan terakhir perjalanan rohani manusia, prinsip-prinsip akhlaq dan sebagainya tidak bersumber daripada akal manusia sebaliknya ia datang daripada wahyu. Kestabilan yang dinamik.

- Faham adab. Bahawa setiap perkara itu ada tempatnya. Mengakui dan menurutinya adalah hikmah. Adab adalah antara tema asasi pemikiran beliau.

Manhaj/Metodologi Ilmu

- Seperti Imam Ghazali, Prof Naquib melaungkan seruan islamisasi bahasa, ilmu & pandangan alam. Imam Ghazali menulis didalam kitabnya Ihya Ulumiddin bahawa pada zaman beliau istilah-istilah kunci Islam seperti fiqh, tauhid, ilm, zikir, telah diberikan pengertian yang salah. Beliau menulis Ihya ulumiddin nya bagi memperbetulkan kesalahan yang serius itu. Begitu juga dengan Prof Naquib.

Manhaj/Metodologi Ilmu

- Menekankan aspek epistemologi dan menerangkan dengan jelas epistemologi Islam yang betul. Penekanan pada pemikiran rasional dan kajian saintifik tanpa mengabaikan ketinggian pengalaman kerohanian sebagai sumber ilmu.

Manhaj/Metodologi Ilmu

Disiplin IlmuAgama األديان

Falsafah الحكمة

Tasawwuf التصوف

Metafizika ميتافيزيقا

Kosmologi كسمولوجيا

Bahasa Melayu اللغة الماليوية

Sejarah /تاريخ شجرة

Pendidikan تأديب

- Sarjana yang pertama menulis berdasarkan pemerhatian tentang tasawwuf sebagaimana ia difahami dan diamali oleh masyarakat Melayu.

- Orang pertama yang menulis sharah ke atas karya-karya besar tasawwuf Melayu berdasarkan makhtutat abad ke-16 dan ke-17. Salah satu darinya diperakui pada peringkat antarabangsa dan telah disenaraikan dalam International Bibliography of Philosophy di Brussels, Belgium.

Sumbangan Prof. Naquib Al-Attas dalam bidang Tasawwuf, Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah)

Sumbangan Prof Naquib Al-Attas dalam bidang Tasawwuf, Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah)

- Pencetus Ilmu Kalam Jadid.

- Melakukan diagnosis pada akar penyakit ketamadunan Barat, yaitu pada falsafah dan mitologi mereka yang melahirkan penyakit ketiadaan erti dan tujuan hidup dan hilangnya kebahagiaan. Mitologi Sysiphus & faham Tragedy.

"Di sini tragedy bukan lagi suatu bentuk seni, oleh kerana ia telah

memberikan kesan yang nyata dan khusus kepada budaya pemikiran dan keruhanian Barat pada semua zaman, baik yang berasaskan akal,

atau agama, mahupun yang sekular, dan telah mengambil tempat yang

mu'tamad dalam dongeng serta mitos orang Barat…

“… Hal ini merupakan petanda yang cukup nyata bahawa tragedy - sebagaimana yang dialami dan disedari oleh

orang Barat - adalah suatu pengalaman yang sebenarnya mereka lalui, dan bentuk yang dilakonkan dalam drama-drama ini hanyalah suatu bayangan mencerminkan apa

yang sebenarnya berlaku dalam hidup mereka."

- Prof Naquib Al-Attas, Ma'na Kebahagiaan & Pengalamannya Dalam Islam, ms 28.

1. Rangkaian Rubai'yat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1959.2. Some Aspects of Suftsm as Understood and Practised among the Malays, Malaysian Sociological Institute, Singapore, 1963.3. Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh, Monograph of the Royal Asiatic Society, Malaysian Branch, no. Ill, Singapore, 1966.4. The Mysticism of Hamrah Fansuri, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1970.5. Comments on the re-examination of al-Raniri's Hujjatu'l-Siddiq—A Refutation, Museums Department, Kuala Lumpur, 1975.

Karya-karya dalam bidang Tasawwuf,Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah)

Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam

Demonstrasi

Perubahan & Kemajuan

Kebahagiaan

Kebebasan

Contoh Perkataan-Perkataan Penting Yang Membentuk Pandangan Alam Seseorang Atau

Sesebuah Masyarakat

Apakah erti sebenar perkataan-perkataan

ini? السعادة

اإلختيار

والتطور التغير

Sumbangan dalam Bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam

-Karya-karya beliau dalam bahasa Melayu yang membicarakan bidang-bidang Islam adalah istimewa kerana bahasanya yang berirama sekaligus menjadi ikutan para golongan belia di Malaysia yang memberati kepada pemikiran ilmiah.

-Ini menandakan buat pertama kalinya bahasa Melayu moden digunakan secara ‘akliah dan sekaligus merupakan suatu bentuk baru pada bahasa Melayu.

Sumbangan dalam Bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam

- Dengan usaha giatnya maka tulisan Jawi, yang secara perlahan-lahan cuba dihapuskan sejak kemerdekaan dalam tahun 1957, telah diperkenalkan kembali sebagai huruf rasmi bahasa Melayu pada tahun 1970.

چچ Cha ت + ج

ڠڠ Ngaݢ + + ن

غ

ڽڽ Nya ي + ن

ݢݢ Ga ك + ج

ڤڤ Pa ب + ف

تتك جمله سباليك د

1. Islam : Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality, Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur, 1976.2. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, ABIM, Kuala Lumpur, 1977.3. Islam and the Philosophy of Science, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, 1989.4. The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990.

Karya-karya dalam bidang Metafizika,Bahasa & Pandangan Alam Islam

5. The Intuition of Existence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990.6. On Quiddity and Essence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990.7. The Degrees of Existence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1994.8. Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Kuala Lumpur, 1995.

Karya-karya dalam bidang Metafizika,Bahasa & Pandangan Alam Islam

Sejarah

- Perdebatan beliau dengan beberapa ahli orientalis Belanda dalam bidang Sejarah Islam, Kajibahasa dan Sejarah Persuratan Islam telah membuka cabang-cabang baru dalam penyelidikan dan pengajian.

Sejarah

- Beliau adalah orang pertama yang mengemukakan teori asli tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. Usaha ini telah membangkitkan suatu kesedaran untuk menilai semula Sejarah Islam di Asia Tenggara. Dalam hal ini pendekatan beliau dalam kajian Islam dalam sejarah dan kebudayaan, termasuklah masalah pembahagian zaman dan pengaruh tasawwur Islam ke atas bahasa dan pemikiran Melayu adalah penting.

- Beliau juga adalah orang yang pertama yang telah dapat menyatakan dengan pasti asal-usul bentuk persajakan Melayu yang dikenali sebagai sha'ir, dan telah mengenal-pasti orang yang pertama bertanggungjawab ke atas bentuk itu.

Sejarah

- Beliau adalah ilmuwan pertama yang mengenalpasti dan menghitung tarikh sebenar yang terpahat pada Batu Bersurat Terengganu, sekaligus menyelesaikan kekusutan yang telah membebankan para orientalis selama lebih dari setengah abad. Karya ini adalah amat penting kerana ia mempengaruhi secara langsung penulisan sejarah Islam di Asia Tenggara.

Sejarah

Batu Bersurat Terengganu ini merakamkan betapa

Islam telah ada di Terengganu sebelum 4 Rajab 702H/21 Februari

1303M. Ini telah mengubah sejarah awal yang

menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam

tahun 1409 Masihi.

Kepintaran Prof. Naquib di dalam Menemukan Tarikh Tepat yang tertera di

Batu Bersurat Terengganu

Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi

penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih

awal iaitu 22 Februari 1303.

Kepintaran Prof. Naquib di dalam Menemukan Tarikh Tepat yang tertera di

Batu Bersurat Terengganu

"...Juma'at dibulan Rajab di tahun

Sharatan disasanakala Baginda Rasul Allah

telah lalu tujoh ratus dua."

Prof Naquib Al-

Attas

د د بولن جمعة د تاهن رجب ىىرطان توجه اللو تله الله رسول بكندا سسنكال

دوا راتس

"...Juma'at dibulan Rajab ditahun

Saratan disasanakala

Baginda Rasul Allah telah lalu tujoh

ratus dua. (Seven hundred and (?)

(years)..."

Major H.S Paterson

د د بولن جمعة د تاهن رجب ىىرطان توجه اللو تله الله رسول بكندا سسنكال

دوا راتس

Atau?

Cancer

Aries

Tarikh yang tepat adalah 4 Rajab 702H/21 Februari 1303M

Yaqin & Penelitian Saintifik Sebagai Sumber Ilmu Yang

Berwibawa

1. The Origin of the Malay Sha'ir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968.2. Preliminary Statement on a General Theory of the Islamisation of the Malay-Indonesian Archipelago, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1969.3. The Correct Date of the Trengganu Inscription, Museums Department, Kuala Lumpur, 1971.4. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, 1972.5. Historical Fact and Fiction, Kuala Lumpur, Malaysia: UTM Press, 2011.

Karya-karya dalam Bidang Sejarah

Pendidikan

- Profesor al-Attas adalah seorang ahli flkir Islam dalam zaman moden ini yang bertanggungjawab mengemukakan dan menta'rif faham 'islamisasi'. Beliaulah yang memulakan pergerakan perubahan ilmiah (epistemological revolution) yang dialami di kalangan umat Islam kini dengan mengemukakan dan menta'rifkan faham 'islamisasi ilmu-llmu masakini', yang menurut pandangan beliau merupakan masalah utama yang dihadapi umat Islam kini.

Pendidikan

- Beliau menulis bahawa istilah tepat bagi pendidikan adalah Ta'dib تأديب bukan Tarbiyah تربية ataupun Ta'lim تعليم.

ما مأدبته فتعلموا، الله مأدبة القرآن هذا إناستطعتم

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah jemputan jamuan daripada Allah, maka belajarlah daripada

Ma'dabahNya semampu kamu." - Riwayat Ibn Mas'ud

Pendidikan

Yang ingin dididik adalah manusia, dan manusia adalah Hayawan Naatiq (Hidupan yang berbahasa). Bahasa membawa erti makna & logika, yaitu memahami tempat dan keterkaitan semua perkara. Alat mencapai makna dan logika pula adalah aqal & qalbu manusia yang pada hakkikatnya adalah satu dan bersifat rohani, maka bukanlah dinamakan pendidikan jika yang dididik itu bukankah rohani manusia. Dan sumber roh manusia adalah Allah s.w.t

Pendidikan

"Pengenalan dan pengakuan yang secara beransur-ansur ditanamkan ke dalam diri manusia, tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu di dalam tatanan penciptaan, sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan keperibadian."

- Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Concept of Education in Islam, ms 13.

Maka Takrif Pendidikan oleh Prof Naquib :

1. Aims and Objectives of Islamic Education, (Ed.) Islamic Education Series, Hodder and Stoughton and King Abdulaziz University, London, 1979.2. The Concept of Education in Islam, ABIM, Kuala Lumpur, 1980.3. Islam dan Sekularisme, Penerbit Pustaka, Bandung, 1981,4. Konsep Pendidikan dalam Islam, Mizan, Bandung, 1984.

Karya-karya dalam Bidang Pendidikan

SESI SOAL JAWAB

top related