saya/kami akui bahawa, selepas membaca karya ini, pada...
Post on 29-Mar-2019
260 Views
Preview:
TRANSCRIPT
“ Saya/Kami akui bahawa, selepas membaca karya ini, pada
pandangan saya/kami karya ini memadai dari aspek skop dan kualiti
untuk memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)
Universiti Teknologi Malaysia.”
Tandatangan : …………………………………………………...
Nama Penyelia I : ROBIAH BINTI SURATMAN
Tarikh : hb April 2010
PELAKSANAAN KEBENARAN MERANCANG DI
KAWASAN LUAR BANDAR
KAJIAN KES : PIHAK BERKUASA TEMPATAN UTARA
NEGERI SELANGOR
NINA IZURIN BINTI YAHYA
Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
(Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah)
Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iv
ABSTRAK
Akta 172 atau Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang digubal khusus untuk mengadakan keseragaman undang-undang bagi aktiviti perancangan fizikal dan pembangunan bandar dan desa. Walaubagaimanapun, aktiviti pembangunan di dalam begara ini tidak hanya terikat kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, tetapi juga akta lain termasuk Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan lain-lain. Pihak berkuasa tempatan di dalam melaksanakan kawalan perancangan juga turut dipandu oleh lain-lain mekanisme seperti Kaedah-Kaedah, peraturan, piawaian dan garis panduan. Di dalam menjelaskan secara terperinci mengenai sistem kawalan perancangan dari perspektif perundangan, justeru, kertas ini akan memfokuskan kepada mekanisme, proses, dan prosedur sedia ada yang terkandung di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) dan juga Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan tugas-tugasnya di dalam mengawal perancangan. Penekanan kajian adalah kepada prosidur Kebenaran Merancang yang mengkhususkan kepada kawasan luar bandar. Ini adalah penting memandangkan kawasan luar bandar sering keterbelakang dan kerana terdapatnya Pihak Berkuasa Tempatan yang mengendahkan prosedur Kebenaran Merancang di tanah pertanian. Selain daripada pengumpulan data daripada portal berkaitan, rujukan dokumen dan artikel, kajian akan melibatkan temubual yang dilaksanakan bersama perunding berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan dan pengubal dasar atau perundangan. Berdasarkan hasilpengkajian dan temubual, beberapa cadangan dan mekanisma pelaksanaan akan diperkenalkan termasul cadangan prosidur pelaksanaan dan cadangan kajian lanjutan untuk tindakan dan rujukan pihak berkaitan terutamanya Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. .
v
ABSTRACT
Act 172 or The Town and Country Planning Act 1976 was designed specially to cater the need pertaining to development control and to have uniformity on physical development in all urban and rural area. However, Development activities related to town and country planning in this country are not only bounded by the Town and Country Planning Act 1976(Act 172) but also other existing legislations such as the National Land Code 1965 (Act 56), Street, Drainage and Building Act 1974 (Act 133), Uniform Building By-Laws 1984 and a few others. Although all the act indirectly empowers the State Authority to create policies with regards to development and land use policies within the state, the real power lies within the hand of the Local Authority. The Local Authority in enforcing planning control is also guided by other mechanisms such as rules and regulations, standards and guidelines Therefore the main aim of the paper is to explain the mechanisms for planning control especially from the perspective of current legislations. It focuses on the mechanisms, processes and procedures that are provided in the Town and Country Planning Act 1976 (Act 172), Planning Control (General) Rules and National Land Code 1965 (Act 56), that can assist local authorities in practicing planning control. The emphasis is given to Planning Permission Procedures with regards to the rural area. This is important as it has become trend among local authorities to disregards planning permission procedures for development within the agriculture land. Besides gathering data from related portal, documents and article, it will involve interviews between selected agencies, consultant and the decision maker level. Based on the interviews and findings, the study will come up with several proposal such as introducing to new procedures and implementation mechanism such as conducting further studies on related issues for the reference of State and Local Authorities.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepentingan bidang perancang bandar telah bermula semenjak tahun 1801 di
mana Jawatankuasa Penilai (Committee of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau Pinang
bagi menjalankan perkhidmatan awal perancangan bandar yang melibatkan tugas
menyusun atur bandar kepada keadaan yang paling sesuai untuk keadaan penduduk pada
ketika itu. Ianya merupakan rekod-rekod terawal untuk memperkenalkan aktiviti
perancangan bandar di negara ini. Majlis Persekutuan (Federal Council) Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (F.M.S) telah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh W.F. Nutt yang
memohon untuk tindakan diambil terhadap pembangunan dan perluasan perbandaran
yang tidak terancang. Pada tahun 1913 pula, perundangan perancangan bandar
disediakan supaya bandar tersebut dapat disusun aturkan mengikut kawasan perkedaian
dan lain-lain aktiviti Federal Council di Kuala Lumpur pada tahun 1913. Brockman E.L.
seorang Ketua Setiausaha ketika itu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Perancang
Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dengan bertujuan untuk
menjalankan perkhidmatan perancangan bandar.
2
Kesedaran keperluan diwujudkan kebenaran merancang (KM) yang pada ketika
itu dikenali sebagai pelan susunatur bermula semenjak Kerajaan British di Tanah Melayu
memohon supaya Charles Reade dari Kerajaan Australia Selatan datang ke Tanah
Melayu 18 Januari 1921 bertindak sebagai Pegawai perancang ketika itu. Susunatur
bandar baru pertama telah disediakan di Kuala Kubu Baru pada tahun 1924 bagi
menempatkan semula pekan lama di Ampang Pecah yang sering dilanda banjir. Bermula
dari itu, jawatan perancang bandar dikekalkan sehingga tertubuhnya Lembaga Bandaran
yang kini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kini, aktiviti ‘pembangunan’ atau ‘pemajuan’ di negara ini adalah tertakluk
kepada beberapa perundangan sedia ada seperti Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)
dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang merupakan asas kepada
pentadbiran pengawalan pembangunan tanah. Dalam proses pembangunan yang bermula
dari penyelesaian isu status tanah kepada pendirian bangunan, banyak akta-akta lain
dirujuk khususnya undang-undang yang telah sedia ada wujud seperti Akta Jalan, Parit
dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
(UKBS), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kaedah- kaedah Pengawalan Perancangan
(Am) dan lain-lain akta yang dirujuk dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, amalan
semasa sistem pengawalan perancangan termasuk sistem memproses permohonan untuk
tujuan pemajuan atau pembangunan di negara ini, lebih banyak terikat kepada
peruntukan sedia ada di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) dan Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) kerana kedua-dua perundangan ini
digubal untuk mewujudkan satu pentadbiran tanah yang sistematik, mengatur,
mengawal, merancang pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan di dalam negara.
Menyedari betapa pentingnya kawalan pembangunan, akta 172 secara jelas
menyebut bahawa ‘mana-mana pembangunan perlu mendapatkan kebenaran merancang’
di mana dalam kes ini, pembangunan dirujuk sebagai apa-apa tindakan yang boleh
merubah rupa bentuk dan kegunaan tanah secara matan. Bagi menyelaraskan dan
memastikan ianya dipatuhi, kerajaan telah mengambil inisiatif mewujudkan Unit Pusat
Setempat (OSC) selaras dengan matlamat untuk menyeragam dan menaiktaraf sistem
penyampaian kerajaan dalam aspek pembangunan pada 12hb. April 2007 yang lepas
3
(KPKT, 2007). Melalui perlaksanaan OSC, kakitangan dari Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan telah ditempatkan di 114 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertujuan
untuk menyelaraskan sistem dan amalan sediada agar selaras dengan keperluan semasa.
Namun begitu, penubuhan OSC telah menampakkan beberapa kelemahan dan
kekurangan dalam sistem penyampaian kerajaan khususnya berkaitan aspek ‘amalan’
dan ‘keperluan’.
1.2 Penyataan Masalah
Desakan pembangunan di pusat bandar kini telah merebak ke kawasan luar
bandar. Selain daripada tekanan pembangunan yang menyebabkan serakan pembangunan
ke luar bandar, keinginan bersaing dengan kejayaan dan kekayaan kota telah mendorong
penduduk luar bandar membangunkan kawasan yang dahulunya di zonkan sebagai
kawasan pertanian kepada pembangunan mengikut citarasa sendiri. Kebanyakan tanah
yang dahulunya berkeluasan melebihi 10 ekar setiap pegangan telah dibangunkan tanpa
kawalan termasuk aktiviti memecah bahagian atau sempadan tanah untuk dijual kepada
individu lain. Bagi tujuan penyelarasan dan merancang pembangunan yang lebih
terkawal, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 melalui pelbagai peruntukan telah
menyediakan beberapa aspek kawalan pembangunan yang bersesuaian termasuk
penyediaan pelan induk, pelan pengezonan, kawalan pembangunan dan penyediaan
rancangan pemajuan yang melibatkan kajian dan penulisan mengikut kawasan. Melalui
peruntukan akta ini jugalah diperkenalkan ‘Kebenaran Merancang’ (KM) melalui
Bahagian IV yang memperuntukan kawalan pembangunan. Antara sumbangan dan
kepentingan KM kepada pembangunan adalah seperti aspek fizikal, sosial dan ekonomi.
4
1.2.1 Aspek Fizikal
KM mampu berfungsi sebagai alat kawalan pembangunan di mana ianya
digunakan untuk mengawal cadangan dan matlamat pemaju atau pemilik individu dalam
merancang tanah mereka. Ini adalah kerana melalui KM, PBT yang menyemak akan
mengambilkira aspek keselarasan dengan pembangunan sekitar melalui rujukan pelan
pengezonan dan pelan induk yang telah disediakan. Agensi teknikal pula boleh
mengenalpasti jajaran laluan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam untuk
disediakan seperti jajaran jalanraya, peparitan, pembentungan dan laluan bekalan
elektrik.
Bagi mendapatkan pembangunan fizikal yang sempurna dan memenuhi
keperluan semasa, pelbagai indikator digunakan termasuk menyediakan pelan induk dan
pelan pengezonan yang telah mengambilkira aspek unjuran pembangunan sehingga
beberapa tahun akan datang. Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
mempunyai pelan induk peparitan yang menentukan laluan larian air sehingga ke takat
akhir pembuangan serta saiz peparitan yang diukur mengikut unjuran pengaliran dari
pembangunan-pembangunan akan datang.
Pelan induk ini disediakan mengambilkira keperluan masa hadapan dan
penyelarasan jajaran seluruh negara. Namun begitu, sebagai agensi kerajaan yang hanya
mengawal dan menguruskan tanah, jabatan-jabatan ini bergantung sepenuhnya kepada
mengenakan syarat dan mengambil tanah orang awam selaku pemilik tanah. Sehubungan
dengan itu, tanpa KM, proses pengambilan tanah dan perancangan fizikal terbatas dan
tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
5
1.2.2 Aspek Sosial
Kesan dari aspek sosial sekiranya tiada KM pula dilihat daripada kesan yang
diterima dari masyarakat sosial akibat pembangunan tidak terkawal. KM memberikan
hak kepada jiran dan pemilik tanah sekitar untuk memberikan pandangan dan bantahan
jika dirasakan bersesuaian. Kewujudan KM memberikan peluang kepada penduduk
mengetahui jenis pembangunan yang akan dibangunkan dan turut serta dalam
memberikan pandangan. Ini jelas daripada sistem KM yang memberi peluang kepada
pemilik jiran mengulas KM yang berkenaan dengan lot-lot sekitarnya apabila PBT
menerima permohonan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari permohonan diterima
oleh PBT (ILBS, 1976).
Dari aspek lain, impak sosial turut dilihat dalam senario di mana kesan ketiadaan
KM yang menyebabkan sesebuah kawasan tiada kemudahan awam dan infrastruktur
untuk kegunaan bersama. KM mengenakan syarat seperti penyediaan kemudahan awam
seperti kawasan lapang untuk padang permainan dan sebagainya bagi keluasan tertentu
(rujuk senarai semakan di Lampiran 1). Tanpa permohonan yang dirujuk ke PBT, tanah
tidak dapat diambil dan kemudahan tidak dapat disediakan. Akibatnya, pembangunan
akan menjadi rapat-rapat tanpa mempunyai ruamng terbuka untuk kegunaan awam dan
ruang sosial. Ini termasuk kemudahan lain seperti surau, sekolah, dewan dan rumah
beribadat.
Ketiadaan kemudahan infrastruktur pula menyebabkan kemudahan seperti parit,
jalan dan rezab lain tidak dapat disediakan. Akibatnya, sistem peparitan yang didirikan
secara individual tidak mempunyai hala tuju dan akan menyebabkan limpahan semula.
Sebagai contoh, PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghabiskan
puluhan ribu ringgit untuk hanya membaiki dan menyusun semula sistem parit tanah
kawasan kampung ke sistem peparitan besar yang PBT sediakan sedangkan ianya
melibatkan tanah individu (Akhbar Sinar, 2009).
6
1.2.3 Aspek Ekonomi
Melalui kelulusan dan permohonan KM, ianya memberikan pulangan kepada
kerajaan bagi tujuan penyelenggaraan disamping membantu menjana ekonomi negeri. Ini
dapat dilihat daripada hasil kutipan cukai pintu di PBT, cukai tanah di Pejabat Tanah,
caruman parit di JPS dan beberapa caj pembangunan lain.
Dari aspek globalpula, ianya mampu menjana pendapatan negara melalui
kemasukan pelabur asing bagi sektor pembuatan, perusahaan dan perdagangan. Di
samping itu, memiliki pembangunan yang terancang, ianya mampu mewujudkan
persekitaran yang indah dan menarik untuk dijadikan tarikan pelancongan kepada
negara.
1.2.4 Percanggahan Sistem Perundangan
Peruntukan Akta 56 melalui Seksyen 114A bagi pembangunan tanah pertanian
telah disalah ertikan di mana klausa pembangunan bagi tanah pertanian yang merujuk
kepada pembangunan ‘sebuah’ kediaman bagi pemilik dan sambungan bagi ‘pekerja’
atau yang dibenarkan di atas satu per empat keluasan tanah telah dianggap sebagai kuasa
besar dalam membenarkan pembangunan dijalankan di atas tanah pertanian tanpa
merujuk kepada Akta 172. Rata-rata pembangunan di luar bandar tidak mempunyai
kelulusan dalam KM seperti yang dituntut dalam Subseksyen 19(1) memperuntukan
“tiada seorang pun, selain PBT, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan
apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan
itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah
subseksyen 24(3)”.
7
Subseksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan ‘pembangunan‘ atau ‘pemajuan‘
meliputi aktiviti-aktiviti berikut :
a) Menjalankan kerja-kerja bangunan yang meliputi meruntuh, mendiri, mendirikan
semula atau meluaskan sesuatu bangunan atau sebahagiannya;
b) Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan seperti membentuk dan meratakan tanah,
penjajaran jalan keluar masuk, penjajaran kabel dan saluran bekalan air;
c) Menjalankan kerja-kerja perlombongan dan perindustrian;
d) Membuat sesuatu perubahan matan dalam penggunaan tanah atau bangunan atau
mana-mana bahagian daripadanya; dan
e) Memecah sempadan dan mencantum tanah.
Berlainan dengan pemahaman di dalam Seksyen 114A KTN, amalan kini menjadikan
projek-projek pembangunan di kelaskan sebagai ‘kecil’ dikecualikan dari KM seperti :
a) Pembinaan rumah-rumah di kampung dan tanah-tanah pertanian;
b) Pembinaan tapak-tapak bangunan sementara seperti ekspo, pasar ramadhan dan
bazaar yang melebihi 1 bulan;
c) Perubahan material (renovation) bagi rumah teres, kedai atau bangunan 'free
standing' yang melibatkan perumahan fasad atau melebihi 500kp;
d) Perumahan kegunaan bangunan sediada berkonsepkan sementara.
Hakikatnya, peruntukan undang-undang tanah adalah dikuasai oleh KTN sebagai
akta induk. Namun begitu, ianya perlu di baca bersama dengan akta lain sebagai panduan
pembangunan keranan KTN menyenaraikan peruntukan perundangan secara menyeluruh
sahaja. Akibatnya kini, banyak permasalahan yang telah timbul hasil daripada kegagalan
8
memastikan peruntukan perundangan dalam aspek pembangunan dipatuhi. Dari aspek
kawalan pembangunan dan penguatkuasaan contohnya, PBT yang terpaksa mengambil
alih kawasan yang dahulunya bukan di bawah kuasa PBT. Kesanya, PBT tidak dapat
memperolehi rekod gunatanah sediada yang diperlukan untuk penyelarasan penyediaan
kemudahan (kutipan sampah, jalanraya dan penyelenggaraan). Disamping itu juga, ianya
membantu dalam menyelaraskan kutipan cukai yang merupakan sumber pendapatan
PBT. Pihak teknikal lain seperti Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) tidak
dapat menjalankan tugas dalam menilai hartanah. Urusan pembangunan seperti
pembinaan lebuhraya yang melibatkan pengambilan tanah akan sukar dilaksanakan
kerana ketiadaan sumber rujukan tepat. Kesanya, timbul masalah dari aspek sosial,
ekonomi dan fizikal seperti yang telah dibincnagkan dalam bab terdahulu.
Keadaan menjadi lebih kritikal apabila PBT mengambil tidakan meneruskan
‘amalan’ yang bercanggah dengan peruntukan perundangan ini seperti menyediakan
kemudahan pendirian bangunan kediaman di atas tanah pertanian dengan hanya perlu
mengemukakan pelan bangunan ke PBT. Sistem yang tidak akan melibatkan ulasan
teknikal berkaitan seperti JKR, JPS dan PTD bukan sahaja berisiko malahan tidak ada
rekod bagi menjamin keselamatan. Sehingga kini, masih terdapat beberapa PBT yang
telah menerimapakai Akta 172 sepenuhnya, namun perlaksanaan penuh akta tersebut,
yang turut melibatkan aspek kawalan pembangunan masih lemah di mana wujudnya
beberapa PBT kecil bertaraf daerah yang bergantung sepenuhnya ke atas kawalan
pembangunan dari JPBD Negeri (Hassan Basery Hamzah, 1999). Ianya bercanggah
dengan fungsi sebenar JPBD Negeri yang bertindak sebagai penasihat teknikal sahaja
bagi kawasan yang mempunyai PBPT (Ismail Ibrahim, 1999(1)).
Memandangkan Akta 172 bersifat enabling act yang memberi kuasa kepada
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk menerimapakai peruntukan yang ada telah memberi
peluang kepada PBN memilih untuk menerimapakai kesemua bahagian akta atau
sebahagian (Foziah Johar, 1999). Sehingga tahun 2001, negeri Johor sebagai sebuah
negeri yang maju hanya menerimapakai sepenuhnya Bahagian III iaitu melibatkan
Rancangan Pemajuan. Manakala bahagian lain di dalam akta tersebut, khususnya
Bahagian IV berhubung Kawalan Pembangunan yang melibatkan KM hanya
9
digunapakai sebahagian seksyen di mana selebihnya dimodofikasikan mengikut
kesesuaian (Alias Rameli, 2001).
1.2.5 Bilangan Permohonan KM di PBT
Melalui rajah 1.2.5, secara amnya menunjukkan rekod permohonan di PBT
seluruh negeri Selangor. Perbezaan ketara dimana wujudnya jurang perbezaan diantara
bilangan permohonan KM (Jenis 2) berbanding dengan Pelan Bangunan (PB) (Jenis 4).
Di Majlis Daerah Sabak Bernam sebagai contoh, hanya dua puluh empat (24)
permohonan KM diterima sepanjang tahun 2007 hingga akhir tahun 2009 (semenjak
penubuhan OSC).
Namun begitu, lebih daripada tiga ratus tujuh belas (317) permohonan PB
direkodkan. Kebanyakkan permohonan ini adalah terdiri daripada permohonan pelan
bangunan bagi pendirian sebuah rumah atau sebuah blok kedai di atas tanah lot kecil dan
lot pertanian tanpa mempunyai KM. Secara amnya, bilangan permohonan KM dan PB
tidak jauh berbeza dari segi bilangan kerana konsep OSC (semenjak April 2007) dan
PBT adalah menggunakan fail yang sama bagi menyelaraskan proses pembangunan
bermula dari KM sehingga permhonan CFO.
10
Rajah 1.2.5 : Rekod Penerimaan Permohonan bagi PBT Negeri Selangor, 2009
Sumber : Portal OSC Versi 3. KPKT http: www//epbt.gov.my Petunjuk: (1) Permohonan Serentak KM (5) Permohonan CFO (2) Permohonan KM (6) Permohonan CCC (3) Pelan Kejuruteraan (7) Permohonan Tidak Lengkap (4) Pelan Bangunan 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
Berpandukan kepada isu dan masalah yang dikenalpasti dalam penguatkuasaan
peruntukan Seksyen 19-21 Akta 172 berhubung KM, kajian ini disediakan berdasarkan
matlamat dan objektif seperti berikut :
11
1.3.1 Matlamat
Mengkaji tahap perlaksanaan dan penguatkuasaan perundangan perancangan bagi
Kebenaran Merancang sebagai elemen kawalan pembangunan di kawasan luar bandar.
1.3.2 Objektif Kajian
Bagi mencapai matlamat tersebut, objektif kajian adalah :
i) Mengenalpasti keperluan dan peruntukan perundangan dalam pembangunan
tanah melalui proses KM;
ii) Mengkaji isu dan masalah dalam melaksanakan Kebenaran Merancang di
kawasan luar bandar; dan
iii) Menyediakan mekanisma dalam perlaksanaan KM di kawasan luar bandar.
1.4 Skop Kajian
Selaras dengan matlamat dan objektif kajian yang telah dilandaskan, kajian akan
menfokuskan kepada aspek pembangunan tanah melalui proses dan prosedur KM yang
diperuntukan melalui Akta 172 di kawasan luar bandar Negeri Selangor. Ianya akan
melibatkan kupasan ke atas peruntukan di dalam Akta 172 berhubung KM yang
melibatkan :
12
i) Proses dan prosedur dalam KM secara am;
ii) Kajian umum berhubung penguatkuasaan Bahagian IV, Akta 172 berhubung KM
di kawasan Luar Bandar Negeri Selangor. Kajian ini melibatkan pengenalpastian
tarikh-tarikh berkuatkuasa seksyen kawalan pembangunan Akta 172 dalam
menilai punca ianya tidak diterimapakai sepenuhnya iaitu isu dan masalah dalam
menerapkan KM dalam amalan proses pembangunan di kawasan luar bandar; dan
iii) Keperluan dari aspek pembangunan berhubung KM. Bagi tujuan tersebut, kajian
akan memfokuskan kepada aspek kawalan seperti dalam peruntukan Seksyen 19,
Akta 172 yang memperuntukan penyediaan KM. Perbandingan akan dilakukan
melalui isu dan masalah berhubung penyediaan KM berdasarkan daripada
maklumat sekunder dan primer berhubung KM yang bertujuan untuk
mengenalpasti kaedah dalam menangani isu dan masalah. Bahagian akhir kajian
adalah penyataan dan penyelesaian kajian yang melibatkan usul dan cadangan ke
arah penambahbaikan sistem dan prosedur sediada.
Bagi memastikan hasil dan input yang tepat, kajian dilakukan dengan mengambil
contoh sampel di kawasan yang dibataskan kepada kawasan luar bandar berdasarkan
kepada kategori yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara, diatas tanah
kategori pertanian bagi menghadkan kajian kepada pembangunan tanpa KM di tanah
pertanian sahaja dan hanya melibatkan satu (1) negeri yang telah maju bagi
menghasilkan penemuan dan cadangan yang berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian
akan dihadkan bagi Kawasan Luar Bandar Kategori Pertanian di bahagian utara
Negeri Selangor yang memfokus kepada daerah-daerah kecil di Selangor.
13
1.5 Metodologi Kajian
Bagi mencapai objektif kajian yang telah disenaraikan, langkah-langkah
bersesuaian akan diambil agar kesemua pendekatan dan data yang diperolehi bertepatan
dan jelas. Bagi tujuan tersebut, metodologi kajian akan dibahagikan kepada empat (4)
peringkat yang melibatkan perancangan, pengumpulan data, analisis dan peringkat
cadangan.
1.5.1 Peringkat Pertama : Perancangan Kajian
Peringkat pertama adalah peringkat awal dan merupakan asas kepada kajian ini.
Peringkat perancangan ini akan melibatkan penggubalan dan memperincikan kajian yang
dijalankan untuk melihat keperluan. Dalam masa yang sama, isu masalah dikenalpasti,
objektif di rangka, skop kajian di bentuk dan kaedah pengkajian diatur agar menepati
keperluan dan tempoh kajian yang dibuat.
1.5.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data
Bagi tujuan kajian ini, penulisan akan merujuk kepada data primer melalui
temubual. Temubual akan dijalankan mengikut kategori iaitu pihak-pihak yang
berkepentingan untuk menjalankan dan menguatkuasakan Akta 172 bagi KM serta pihak
lawanan yang tidak melaksanakan KM seperti PBT, PBPT, Perunding dan pihak lain
yang berkepentingan sepertimana yang disenaraikan dalam skop kajian untuk melihat isu
dan masalah dalam melaksanakan KM di kawasan luar bandar serta keperluan
perlaksanaanya.
14
Terdapat banyak isu dan masalah berhubung percanggahan diantara amalan vs.
keperluan. Namun begitu, kajian telah menetapkan batasan kepada satu kawasan kajian
untuk dijadikan sampel dalam menilai punca isu dan masalah dalam merumuskan
cadangan. Data sekunder pula diperolehi daripada bahan rujukan bercetak termasuk
bahan perundangan, ensiklopedia, kertas kerja dan bahan cetakan lain yang diiktiraf yang
merujuk kepada topik kajian.
Bagi tujuan tersebut, kajian di peringkat kedua akan dipecahkan kepada dua (2)
bab iaitu seperti berikut :
i) Kajian terhadap sejarah dan perkembangan bidang perancang bandar dan
perundangan perancangan dalam konteks Perlembangaan Persekutuan dan
sistem organisasi perancangan di Malaysia; dan
ii) Kajian terhadap peruntukan perundangan perancangan melalui Akta 172 dan
akta-akta lain berkaitan.
1.5.3 Peringkat Ketiga: Analisis
Peringkat analisis adalah merupakan peringkat yang paling rumit di mana ianya
memberikan kesan kepada hasil akhir pengkajian. Pada peringkat ini, bahan-bahan
pengumpulan dan rujukan akan digunakan sepenuhnya untuk merumus dan membentuk
analisis yang melibatkan perbandingan antara pelan pembangunan berdasarkan
latarbelakang, isu dan prosedur yang diperolehi. Kajian seterusnya akan menyenaraikan
penemuan-penemuan berkaitan pelan pembangunan yang membantu ke peringkat
seterusnya. Data-data primer yang dikumpul adalah melalui 4 kaedah-kaedah berikut
mengikut kesesuaian :
15
i) Pengumpulan data dan rekod dari agensi berkaitan termasuk Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri iaitu Seksyen Kerajaan Tempatan di Unit Perancnagan Ekonomi
Negeri (UPEN) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
(JPBDNS);
ii) Penyediaan borang temubual yang diagihkan kepada ketiga-tiga PBT dalam
kawasan kajian yang melibatkan Utara Negeri Selangor. Data-data yang
dikumpul termasuk latarbelakang PBT, rekod permohonan, pandangan, isu dan
masalah serta cadangan am dalam usaha penambahbaikan sistem perancangan
sedia ada;
iii) Perbincangan dan temubual khas bersama penggubal undang-undang iaitu Akta
172 di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia di
Bahagian Kawal Selia Pembangunan dan Perundangan;
iv) Temubual khas bersama perunding-perunding berkaitan termasuk kontraktor,
pelukis pelan, arkitek dan perancang bandar yang mempunyai pengalaman dalam
berurusan dengan kawalan pembangunan.
1.5.4 Peringkat Keempat : Rumusan dan Cadangan Awal
Pada peringkat ini, beberapa cadangan dijangka akan dilaksanakan bagi
mendekati isu dan masalah yang telah dinyatakan di awal pengkajian. Rumusan akan
dibentuk bagi memberikan justifikasi terhadap kajian. Keseluruhan metodologi kajian
adalah seperti di Rajah 1.6.
16
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan membantu semua pihak yang terlibat seperti berikut :
i) Kontraktor / Perunding / Pemilik Individu
Pembangunan KM adalah merupakan prosedur lama yang diamalkan ke atas
projek-projek besar. Penyediaan kajian ini akan membantu pihak
kontraktor/perunding/pemilik perumahan dalam menterjemahkan masalah yang
dihadapi dan membentuk dalam merumuskan satu prosedur mudah dalam usaha
memudahkan pihak perunding dan kontraktor menjalankan tugas serta
mengalakkan pemilik tanah dan perumahan melalui prosedur sebenar dalam
melaksanakan pembangunan mengikut keperluan perundangan.
ii) Pihak Berkuasa Tempatan/Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
PBT dan PBPT secara amnya akan mendapatkan panduan am dan tindakan
selanjutnya dalam memastikan pembangunan yang lebih terancang dan sistem
penyimpanan data yang lebih tersusun dalam menguruskan daerah berkaitan.
Ianya juga dijangka akan memudahkan kerja-kerja harian dan tugas rutin
disamping memberikan pulangan kewangan dari segi fee pengurusan dan cukai
pembangunan.
iii) Orang Awam
Kajian akan memberikan pendedahan kepada orang awam terhadap keperluan
dan kepentingan perlaksanaan KM disamping menentukan hak orang awam ke
atas persekitaran dan pembangunan perumahan komuniti dan gunatanah ke arah
pembangunan yang terancang dan lestari.
17
1.7 Susunatur Bab
Bab 1 : Menerangkan tentang pengenalan kajian yang dipilih, pernyataan masalah yang
timbul serta objektif kajian yang ingin dicapai. Di dalam bab ini juga menerangkan skop
kawasan kajian dan kepentingan kajian ini.
Bab 2 : Bahagian teoritikal dan kajian literatur. Menerangkan definisi, konsep, proses,
latarbelakang dan teori berkaitan latarbelakang sistem perundangan berkaitan dengan
KM.
Bab 3 : Menerangkan tentang kawasan kajian yang dipilih serta latar belakang kes kajian
iaitu kawasan luar bandar di Negeri Selangor bertaraf tanah pertanian.
Bab 4 : Bab ini melibatkan kaedah bagaimana kajian ini dijalankan dan bagaimana data-
data diperolehi dan dianalisis. Analisis ini berpandukan kepada temubual kepada
responden yang telah dikenalpasti.
Bab 5 : Bab ini menekankan tentang analisis yang diperolehi dari kajian yang dilakukan.
Ia juga akan menghuraikan kesimpulan secara umum keseluruhan kajian yang telah
dilakukan. Di sini turut disertakan cadangan kajian lanjutan dan masalah yang dihadapi
semasa menjayakan kajian ini.
18
Analisis
Mengenalpasti Isu dan Masalah
Analisis Penemuan Kajian
Rumusan Peringkat Keempat
Cadangan Awal Mekanisma Perlaksanaan
Sumber Maklumat - Kertas kerja seminar,
kursus dan laporan bercetak
- Buku-buku rujukan - Bahan perundangan
Data Primer - Perbincangan agensi - Semakan rekod
permohonan
- Perkembangan Sistem Perundangan dan Perancangan di Malaysia; - Keperluan Kebenaran Merancang - Sistem organisasi dan kaedah perlaksanaan
- Tahap penguatkuasaan KM dan kefahaman peruntukan Akta 172 - Amalan dan modifikasi yang dijalankan - Isu dan masalah yang di hadapi
Peringkat Pertama
Peringkat Kedua
Peringkat Ketiga
Perancangan Kajian
Pengumpulan Data
Rumusan dan Cadangan Awal
◊ Mengenalpasti Objektif Kajian ◊ Menentukkan Kawasan Kajian,
Skop dan Batasan Kajian ◊ Pengumpulan Data (Primer dan Sekunder)
Rajah 1.7 : Cartalir Methodologi Kajian
BIBLIOGRAFI
Buku
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (1998) ”Proses Permohonan
Kebenaran Merancang Kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan”
(tidak diterbitkan)
Ibrahim Wahab (1991) ”Perancangan Bandar : Aspek Fizikal dan Kawalan
Pembangunan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hassan Basery Hamzah (1987) “Planning Permission Requirement With Regards
To Planning Application” Seminar Perundangan dan Pentadbiran Tanah,
Universiti Teknologi Malaysia (tidak diterbitkan)
Ismail Ibrahim (1999) “Pelaksanaan Undang-undang Perancangan Bandar dan
Desa” Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia
(tidak diterbitkan)
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (2000) ”Maklumat Status
Penerimapakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dalam Negeri
dan Kawasan PBPT” (tidak diterbitkan)
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (1996) ”Garispanduan
Penerimapakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan)
1995” (tidak diterbitkan)
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (1987) ”Standard Prosidur
Permohonan Kebenaran Merancang” (tidak diterbitkan)
Ezrin Arbi (1986) “Organisasi dan Pentadbiran Perancangan Bandar” Pusat
Sumber Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (tidak
diterbitkan)
Foziah Johar (1986) ”Perundangan Perancangan Bandar di Semenanjung
Malaysia” Pusat Sumber Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi
Malaysia (tidak diterbitkan)
Bruton, M.J. (1974) ”The Sprit and Purpose of Planning”, Hutchinson
Alias bin Rameli (2000) “Town Planning Legislations in Peninsular Malaysia”
Jabatan Perancangan Negeri Johor (tidak diterbitkan)
Goh Ban Lee (1991) Urban Planning in Malaysia : History Assumptions and
Issues Tempo Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (April 2007) “Penambahbaikan
Sistem Penyampaian Kerajaan”
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2001)
“Ensiklopedia Perundangan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia”
Jabatan Perancnagan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (2007) “Rancangan
Struktur Neger Selangor 2020”
Majlis Daerah Kuala Selangor (2005) “Rancangan Tempatan Daerah Kuala
Selangor”
Majlis Daerah Hulu Selangor (2008) “Rancangan Tempatan Daerah Hulu
Selangor”
Majlis Daerah Kuala Selangor (2005) “Rancangan Tempatan Daerah Sabak
Bernam”
Mohd. Anuar A. Wahab (1993) ”An Overview of The Development Control
System in Peninsular Malaysia” Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Undang-Undang Malaysia (1976) ”Akta Perancangan Bandar dan Desa”
Undang-undang Malaysia, Akta Kanun Tanah Negara (1965)
Undang-Undang Malaysia, Akta Jalan Parit dan Bangunan (1974)
Undang-Undang Malaysia, Akta Kerajaan Tempatan (1976)
Undang-Undang Malaysia, Perlembagaan Persekutuan (1960)
Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor (2001) “Kaedah-kaedah Pengawalan
Perancangan (Am) Negeri Selangor”
Risalah / Kertas Kerja
Norasiah Bt. Yahya (2000) “Prosidur Permohonan Kebenaran Merancang
Mesyuarat Pegawai Perancang Bandar dan Desa (j3) Malaysia Ke XIII
(Johor Bahru) (Tidak diterbitkan)
Ismail Ibrahim (1999) “Pelaksanaan Undang-undang Perancangan Bandar dan
Desa” Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia
(tidak diterbitkan)
Mohd Anuar A. Wahab (1993) “An Overview of The Development Control
System in Peninsular Malaysia” (tidak diterbitkan)
Alias Rameli (2007) “Responsiveness To The Market Mechanisms : A Way To
Strenghten The Malaysian Housing Planning Process“ (tidak diterbitkan)
Hj. Mohd. Azam Bin Mohd. Abid, Sistem Kelulusan Perancangan Di Bawah
Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Dan
Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seminar Pentadbiran Dan
Perundangan Tanah Untuk Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah
Semenanjung Malaysia, Tg.Malim, Disember 2003.
Laman web
Portal OSC http://www.epbt.gov.my/osc
Laman web Majlis Daerah Kuala Selangor http://www.mdks.gov.my
Laman web Majlis Daerah Hulu Selangor http://www.mdhs.gov.my
Laman web Majlis Daerah Sabak Bernam http://www.mdsb.gov.my
top related