sains [bab2 siri 1 nutrisi - gizi seimbang]
Post on 10-Aug-2015
79 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SAINS [SIRI 1]
TINGKATAN 2NUTRISI
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
[Pemakanan atau Gizi Seimbang]
Gizi
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari.
Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia.
Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian.
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan.
Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.
Gizi
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi
Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan.
Gizi Seimbang
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Sebagai contohnya, hidangan makan tengah hari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baik pulih sel (ayam atau daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air).
Gizi Seimbang
Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanantertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan.
Gizi Tidak Seimbang
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah.
Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.
Gizi Tidak Seimbang
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Gizi tidak seimbang akan menyebabkan mainutrisi (kekurangan zat makanan) dan pelbagai masalah kesihatan.
Lemak berlebihan menyebabkan obesiti dan penyakit jantung.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 29.1% daripada rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan manakala 14% lagi mengalami obesiti.
Status berat badan seseorang boleh ditentukan melalui pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT).
Gizi Tidak Seimbang
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Jadual berat badan berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (IJT)
Gizi Tidak Seimbang
IJT =Berat (kg)
Tinggi (m) X Tinggi (m)
Indeks jisim tubuh (LIT) Status berat badan
Kurang daripada 18.5 Kurang berat
18.5 hingga kurang daripada 25 Berat badan sihat
25 hingga kurang daripada 30 Berat badan berlebihan
30 ke atas Obesiti
Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT) :
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Pemakanan atau Gizi Seimbang
Pengambilan garam yang berlebihan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Pengambilan gula yang berlebihan pula menyebabkan diabetes.
Seseorang yang berkurangan kalsium berisiko menghidap osteoporosis manakala kekurangan protein menyebabkan kwasyiorkor.
Individu yang tidak berselera makan atau tidak makan kerana menjaga kelangsingan badan berisiko menghidap anoreksia nervosa.
Gizi Tidak Seimbang
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Faktor-faktor mempengaruhi gizi seimbang
Umur > Kanak-kanak dan remaja yang aktif memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan orang yang lebih tua. Mereka memerlukan protein yang lebih banyak untuk tumbesaran.
Saiz badan > Individu yang berbadan besar memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada individu yang berbadan kecil kerana jisim badan mereka lebih tinggi.
Jantina > Biasanya lelaki memerlukan tenaga yang lebih banyak kerana mereka lebih aktif dan lebih cepat kehilangan haba berbanding dengan perempuan.
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
Faktor-faktor mempengaruhi gizi seimbang
Pekerjaan > Orang yang melakukan kerja-kerja berat seperti buruh binaan atau yang melibatkan aktiviti fizikal seperti atlet memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan orang yang bekerja di pejabat.
Iklim > Penduduk di negara yang beriklim sejuk memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu badan berbanding dengan penduduk di negara beriklim panas.
Keadaan kesihatan > Seorang pesakit memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk memulihkan kesihatannya berbanding dengan orang sihat. Pesakit diabetes dan darah tinggi memerlukan gizi yang tertentu untuk mengawal penyakit mereka.
NUTRISI - Makanan dan Khasiatnya
SAINS TINGKATAN 2
top related