rujukan kami: jupem 18/7/2.15 jld 1 (16 )...i rujukan kami: jupem 18/7/2.15 jld 1 (16 ) tarikh : 15...
Post on 12-Feb-2021
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
i
-
i
Rujukan Kami: JUPEM 18/7/2.15 Jld 1 (16 )
Tarikh : 15 Jun 2015
Semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri
PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
BILANGAN 1 TAHUN 2015
GARIS PANDUAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH UNTUK
PENGELUARAN HAKMILIK STRATA
1. TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk mengedarkan Garis Panduan Pecah Bahagi
Bangunan Atau Tanah Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata selaras dengan
penguatkuasaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] dan Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] ke semua negeri di Semenanjung Malaysia
serta Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Akta A1450 dan Akta 757 telah digubal berikutan arahan Ketua Setiausaha
Negara agar proses pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata
dipercepatkan melalui keputusan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas
Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai pada 2009. Seterusnya,
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Jun 2010 telah meluluskan konsep baru
pengeluaran hakmilik strata serentak dengan pemilikan kosong (vacant
possession) yang membawa kepada pewartaan Akta A1450 pada 7 Febuari
2013 manakala Akta 757 pula telah diwartakan pada 8 Febuari 2013.
2.2. Majlis Tanah Negara (MTN) ke-69 pada 10 Disember 2013 telah meluluskan
supaya tarikh penguatkuasaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan 2013)
ditetapkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada suatu
tarikh yang sesuai, manakala Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)
-
ii
ke-69 pada 26 Januari 2015 pula telah bersetuju dengan penguatkuasaan
Akta 757 ditetapkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT).
2.3. Pelaksanaan Akta A1450 dan Akta 757 yang selari akan menyebabkan
perubahan dari segi aliran kerja meliputi tatacara permohonan, pengukuran,
penyediaan pelan dan semakan pecah bahagi bangunan atau tanah. Antara
intipati utama Akta 757 adalah keperluan kepada pemfailan jadual petak atau
jadual petak yang dipinda kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebelum
penjualan mana-mana petak sebagai usaha kawalan pra-permohonan
hakmilik strata. Intipati utama Akta A1450 pula adalah usaha memendekkan
tempoh masa pengeluaran hakmilik strata melalui syarat permohonan wajib di
peringkat struktur utama dicapai dan keperluan pengeluaran sijil cadangan
pelan strata oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.
2.4. Perubahan ini menyebabkan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
(KPUP) Bilangan 3 Tahun 2006 dan Bilangan 3 Tahun 2007 mengenai
peraturan dan garis panduan ukur bagi pecah bahagi bangunan atau tanah
untuk pengeluaran hakmilik strata yang digunakan sekarang perlu dipinda
bagi memenuhi perlaksanaan Akta A1450 selari dengan Akta 757.
3. FORMAT DAN KANDUNGAN
Garis panduan ini dibahagikan kepada 2 Jilid bagi memudahkan rujukan dibuat.
Jilid I terbahagi kepada tujuh (7) bab yang menerangkan prosedur dan tatacara
bagi pengukuran, penyediaan pelan, permohonan dan semakan bagi pecah bahagi
bangunan atau tanah dan Jilid II pula terdiri daripada lima belas (15) contoh-contoh
pelan yang berkaitan dengan pecah bahagi bangunan atau tanah seperti berikut:
JILID I
Bab 1 – Permulaan
Bab 2 – Penyediaan Jadual Petak Atau Jadual Petak Yang Dipinda
Bab 3 – Pengukuran
Bab 4 – Penyediaan Cadangan Pelan Strata (Proposed Strata Plan)
Bab 5 – Permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata (Certificate of Proposed Strata
Plan - CPSP)
Bab 6 – Tindakan Selepas Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Atau Tanah
Diluluskan Oleh Pengarah Tanah Dan Galian
Bab 7 – Permohonan Pecahan Atau Penyatuan Petak
-
iii
JILID II
Jadual Petak (JP)
Lampiran ‘JP1’ – Jadual Petak Pecah Bahagi Bangunan Dan Blok Sementara
Lampiran ‘JP2’ – Jadual Petak Pecah Bahagi Tanah
Lampiran ‘JP3’ – Jadual Petak Pecah Bahagi Tanah Dan Blok Sementara
Lampiran ‘JP4’ – Jadual Petak Pecah Bahagi Tanah Dengan Tingkat Bawah Tanah Yang
Dikongsi
Lampiran ‘JP5’ – Jadual Petak Pecah Bahagi Blok Sementara Yang Telah Dibangunkan
Cadangan Pelan Strata (CPS)
Lampiran ‘CPS1’ – Cadangan Pelan Strata Pecah Bahagi Bangunan Dan Blok Sementara
Lampiran ‘CPS2’ – Cadangan Pelan Strata Pecah Bahagi Tanah
Lampiran ‘CPS3’ – Cadangan Pelan Strata Pecah Bahagi Tanah Dan Blok Sementara
Lampiran ‘CPS4’ – Cadangan Pelan Strata Pecah Bahagi Tanah Dengan Tingkat Bawah
Tanah Yang Dikongsi
Lampiran ‘CPS5’ – Cadangan Pelan Strata Pecah Bahagi Blok Sementara Yang Telah
Dibangunkan
Pelan Akui Strata [PA(B)]
Lampiran ‘PAB1’ – Pelan Akui Strata Pecah Bahagi Bangunan Dan Blok Sementara
Lampiran ‘PAB2’ – Pelan Akui Strata Pecah Bahagi Tanah
Lampiran ‘PAB3’ – Pelan Akui Strata Pecah Bahagi Tanah Dan Blok Sementara
Lampiran ‘PAB4’ – Pelan Akui Strata Pecah Bahagi Tanah Dengan Tingkat Bawah Tanah
Yang Dikongsi
Lampiran ‘PAB5’ – Pelan Akui Strata Pecah Bahagi Blok Sementara Yang Telah
Dibangunkan
4. TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini hendaklah dikuatkuasakan penggunaannya mulai berkuatkuasanya
Akta A1450 dan Akta 757 di peringkat negeri dan wilayah persekutuan.
5. PEMBATALAN
Pekeliling-pekeliling KPUP Bilangan 3 Tahun 2006 dan Bilangan 3 Tahun 2007
serta Surat-surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2003, Bilangan 2 Tahun 2008 dan
Bilangan 5 Tahun 2008 adalah dengan ini dibatalkan.
6. PERALIHAN
Semua permohonan strata yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau
yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan, sebaik sebelum
-
iv
berkuatkuasanya Akta A1450 dan Akta 757, hendaklah diteruskan atau
diselesaikan seolah-olah AHS 1985 tidak dipinda selaras dengan peruntukan
seksyen 43 AHS 1985. Sehubungan itu, Pekeliling KPUP Bilangan 3 Tahun 2006
dan Bilangan 3 Tahun 2007 serta Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2003,
Bilangan 2 Tahun 2008 dan Bilangan 5 Tahun 2008 adalah terpakai bagi semua
permohonan berkenaan.
7. AM
Garis Panduan Pecah Bahagi Bangunan Atau Tanah Untuk Pengeluaran Hakmilik
Strata (dalam format PDF) ini boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan di
laman sesawang rasmi JUPEM.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATUK SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN, PMW, DSAP, DPMT, JSM, SMZ, KMN)
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia
Salinan kepada:
Agihan Dalaman:
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II
Pengarah Ukur Bahagian Kadaster
Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan
Agihan Luaran: Setiausaha, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
-
GARIS PANDUAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH UNTUK
PENGELUARAN HAKMILIK STRATA
JILID I
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
-
2
KANDUNGAN
KANDUNGAN .......................................................................................................................................................... 2
BAB 1 ....................................................................................................................................................................... 5
PERMULAAN ................................................................................................................................................ 5 1. TAJUK KECIL .................................................................................................................................................. 5
2. PEMAKAIAN .................................................................................................................................................... 5
3. MULA BERKUAT KUASA ............................................................................................................................. 5
4. TAFSIRAN ....................................................................................................................................................... 6
BAB 2 ..................................................................................................................................................................... 11
PENYEDIAAN JADUAL PETAK ATAU JADUAL PETAK YANG DIPINDA ................................................. 11 5. JADUAL PETAK ATAU JADUAL PETAK YANG DIPINDA .................................................................... 11
BAB 3 ..................................................................................................................................................................... 32
PENGUKURAN ........................................................................................................................................... 32 6. PENGENDALIAN UKURAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH ....................................... 32
BAB 4 ..................................................................................................................................................................... 39
PENYEDIAAN CADANGAN PELAN STRATA ............................................................................................ 39 7. CADANGAN PELAN STRATA (CPS) ....................................................................................................... 39
8. KAEDAH PENOMBORAN STRATA .......................................................................................................... 56
BAB 5 ..................................................................................................................................................................... 60
PERMOHONAN SIJIL CADANGAN PELAN STRATA (CERTIFICATE OF PROPOSED STRATA PLAN - CPSP) 60 9. SIJIL CADANGAN PELAN STRATA (CPSP) ........................................................................................... 60
10. PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN CPSP ...................................................................................... 61
11. PERMOHONAN CPSP BAGI BLOK/BLOK-BLOK SEMENTARA YANG TELAH DIBANGUNKAN ................................................................................................................. 62
12. TINDAKAN PENGARAH UKUR SELEPAS MENERIMA PERMOHONAN CPSP ............................. 64
13. PROSES SEMAKAN PERMOHONAN CPSP .......................................................................................... 64 14. TINDAKAN JURUUKUR TANAH BERLESEN SELEPAS MENERIMA CPSP DARIPADA
PENGARAH UKUR ..................................................................................................................................... 67
BAB 6 ..................................................................................................................................................................... 69
TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH
DILULUSKAN OLEH PENGARAH TANAH DAN GALIAN .......................................................................... 69 15. AM ................................................................................................................................................................... 69 16. TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN STRATA DILULUSKAN
OLEH PENGARAH TANAH DAN GALIAN BAGI BLOK/BLOK-BLOK SEMENTARA ....................... 69
17. MAKLUMAT-MAKLUMAT DALAM PELAN AKUI STRATA ................................................................... 70
BAB 7 ..................................................................................................................................................................... 73
PERMOHONAN PECAHAN ATAU PENYATUAN PETAK .......................................................................... 73 18. AM ................................................................................................................................................................... 73 19. TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN PERMOHONAN PECAHAN PETAK ATAU PENYATUAN
PETAK-PETAK ............................................................................................................................................. 75
-
3
LAMPIRAN ‘A’ ....................................................................................................................................................... 76
CARTA ALIR PENGELUARAN HAKMILIK STRATA SERENTAK DENGAN PEMILIKAN KOSONG ......... 76
LAMPIRAN ‘B1’ ..................................................................................................................................................... 79
JADUAL A – JENIS PETAK ......................................................................................................................... 79 JADUAL B – PETAK LANTAI KESELURUHAN ........................................................................................... 80 JADUAL C – PETAK AKSESORI ................................................................................................................ 81
LAMPIRAN ‘B2’ ..................................................................................................................................................... 82
CONTOH PENGIRAAN UNIT SYER ........................................................................................................... 82
LAMPIRAN ‘C1’ ..................................................................................................................................................... 83
HAD SEMPADAN RUANG SESUATU LANGKAN 1 ................................................................................... 83
LAMPIRAN ‘C2’ ..................................................................................................................................................... 84
HAD SEMPADAN RUANG SESUATU LANGKAN 2 ................................................................................... 84
LAMPIRAN ‘D’ ....................................................................................................................................................... 85
CONTOH LUKISAN KETEBALAN DINDING PETAK-PETAK DI ATAS MUKA SURAT GAMBAR RAJAH
BUKU KERJA LUAR .................................................................................................................................... 85
LAMPIRAN ‘E1’ ..................................................................................................................................................... 86
KEDUDUKAN DAN GAMBARAN BAY WINDOWS ..................................................................................... 86
LAMPIRAN ‘E2’ ..................................................................................................................................................... 87
PELAN TINGKAT ........................................................................................................................................ 87
LAMPIRAN ‘E3’ ..................................................................................................................................................... 88
KERATAN RENTAS .................................................................................................................................... 88
LAMPIRAN ‘E4’ ..................................................................................................................................................... 89
PANDANGAN A – A .................................................................................................................................... 89
LAMPIRAN ‘F’ ....................................................................................................................................................... 90
BAYARAN PERMOHONAN CPSP.............................................................................................................. 90
LAMPIRAN ‘G’ ....................................................................................................................................................... 91
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN CPSP ............................................................................................ 91
LAMPIRAN ‘H’ ....................................................................................................................................................... 95
CONTOH SURAT SEMAKAN TERATUR ................................................................................................... 95
LAMPIRAN ‘I1’ ...................................................................................................................................................... 96
CONTOH CPSP –SEKSYEN 8A ................................................................................................................. 96
LAMPIRAN ‘I2’ ...................................................................................................................................................... 97
CONTOH CPSP –SEKSYEN 20A ............................................................................................................... 97
LAMPIRAN ‘J’ ....................................................................................................................................................... 98
CONTOH PENGESAHAN TERATUR PADA CADANGAN PELAN STRATA ............................................. 98
LAMPIRAN ‘K’ ....................................................................................................................................................... 99
CONTOH SURAT TIDAK TERATUR .......................................................................................................... 99
-
4
LAMPIRAN ‘L’ ..................................................................................................................................................... 100
CARTA ALIR PROSESAN PERMOHONAN CPSP ................................................................................... 100
LAMPIRAN ‘M’ .................................................................................................................................................... 101
BORANG PENGHANTARAN PELAN AKUI STRATA ............................................................................... 101
LAMPIRAN ‘N’ ..................................................................................................................................................... 102
SENARAI SEMAKAN PELAN AKUI STRATA ........................................................................................... 102
LAMPIRAN ‘O’ ..................................................................................................................................................... 103
CARTA ALIR SEMAKAN PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH
(PERINGKAT PELAN AKUI STRATA) ...................................................................................................... 103
LAMPIRAN ‘P’ ..................................................................................................................................................... 104
BORANG PENGHANTARAN PELAN STRATA (PERINGKAT I)
PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK ..................................................................................................... 104
LAMPIRAN ‘Q’ ..................................................................................................................................................... 106
SENARAI SEMAKAN AWAL (PERINGKAT I) PERMOHONAN HAKMILIK STRATA –
PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK ..................................................................................................... 106
LAMPIRAN ‘R’ ..................................................................................................................................................... 107
KEPUTUSAN SEMAKAN AWAL PERINGKAT I PERMOHONAN HAKMILIK STRATA –
PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK ..................................................................................................... 107
LAMPIRAN ‘S’ ..................................................................................................................................................... 109
SENARAI SEMAKAN LANJUT (PERINGKAT I) PERMOHONAN HAKMILIK STRATA –
PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK ..................................................................................................... 109
LAMPIRAN ‘T’ ..................................................................................................................................................... 110
ULASAN PERMOHONAN HAKMILIK STRATA – PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK....................... 110
LAMPIRAN ‘U’ ..................................................................................................................................................... 111
CONTOH ULASAN TERATUR PADA CADANGAN PELAN STRATA BAGI PERMOHONAN
PECAHAN ATAU CANTUMAN PETAK ..................................................................................................... 111
LAMPIRAN ‘V’ ..................................................................................................................................................... 112
SENARAI SINGKATAN ............................................................................................................................. 112
-
5
BAB 1
PERMULAAN
1. TAJUK KECIL
Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Pecah Bahagi Bangunan atau
Tanah Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM).
2. PEMAKAIAN
(1) Garis panduan ini adalah terpakai bagi ukuran pecah bahagi bangunan
atau bangunan dan tanah atau tanah untuk pengeluaran hakmilik strata di
semua Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan di
Malaysia.
(2) Garis panduan ini juga hendaklah dikuatkuasakan ke atas Juruukur Tanah
Berlesen (JTB) yang diberi lesen oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
(LJT) di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 [Akta 458] atau Akta
berkaitan yang sedang berkuat kuasa untuk menjalankan amalan ukur bagi
pengeluaran hakmilik strata selaras dengan Peraturan 25, Peraturan-
Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011.
3. MULA BERKUAT KUASA
Garis panduan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 1
Tahun 2015 hendaklah terpakai dan berkuat kuasa mulai ianya dikuatkuasakan di
peringkat negeri dan wilayah persekutuan.
-
6
4. TAFSIRAN
Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain: –
“bangunan”, berhubungan dengan lot yang hendak dimajukan berperingkat-
peringkat, termasuklah mana-mana bangunan yang separuh siap atau yang
hendak didirikan dalam lot itu sebagaimana yang ditunjukkan atau dinyatakan
dalam mana-mana pelan strata yang dicadangkan yang dikemukakan untuk
kelulusan;
“bangunan atau tanah yang dipecah bahagi” ertinya suatu bangunan atau tanah
sebagaimana yang dipecahbahagikan di bawah Bahagian II atau Bahagian IV
Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“bangunan khas” ertinya mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996
atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007
yang diklasifikasikan sedemikian oleh Pihak Berkuasa Negeri;
“bangunan kos rendah” ertinya mana-mana bangunan yang diperakui oleh Pihak
Berkuasa Negeri di bawah seksyen 9B AHS 1985;
“blok sementara” –
(a) berhubung dengan sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, suatu blok
berkenaan dengan sesuatu bangunan yang dicadang untuk, atau sedang,
didirikan atas bangunan atau tanah, yang baginya suatu hakmilik strata
sementara yang berasingan telah dipohon;
(b) berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, suatu blok yang berkenaan
dengan petak tanah yang dicadangkan, yang baginya suatu hakmilik strata
sementara yang berasingan telah dipohon;
(c) berhubungan dengan sesuatu pelan strata yang diperakui, suatu blok yang
ditunjukkan di dalamnya, yang baginya suatu hakmilik strata sementara
hendak didaftarkan; dan
-
7
(d) berhubungan dengan sesuatu buku daftar strata, suatu blok yang
ditunjukkan di dalamnya, yang baginya suatu hakmilik strata sementara
telah didaftarkan;
“borang”, diikuti dengan nombor, ertinya borang dalam Jadual Pertama AHS 1985
yang dikenali dengan nombor tersebut;
“hakmilik strata” ertinya hakmilik yang dikeluarkan di bawah seksyen 16 AHS
1985;
“hakmilik strata sementara” ertinya hakmilik yang didaftarkan dan dikeluarkan di
bawah seksyen 16 AHS 1985 berkenaan dengan suatu blok sementara;
“harta bersama” ertinya sekian banyak daripada lot yang tidak terkandung dalam
mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok
sementara sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakukan;
“jadual petak” ertinya jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang disediakan
di bawah Akta Pengurusan Strata (APS) 2013 [Akta 757];
“Jurukur Tanah Berlesen” (JTB) ertinya Jurukur Tanah yang dilesenkan mengikut
seksyen 10 Akta Jurukur Tanah Berlesen [Akta 458];
“keluasan lantai”, berhubungan dengan sesuatu petak, ertinya kawasan yang
diduduki oleh petak itu;
“pelan lokasi” ertinya pelan lokasi di bawah subseksyen 8A(3) atau 20A(3) AHS
1985, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pelan strata”–
(a) berhubung dengan bangunan yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi
dan pelan tingkat, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak
yang ditunjukkan di dalam pelan strata yang diperakui; dan
(b) berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan
pelan tandaan, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang
ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakui, dan dalam hal petak tanah
dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat;
-
8
“pelan strata yang diperakui” ertinya pelan yang disediakan di bawah seksyen 13
atau 22 AHS 1985, mengikut mana-mana yang berkenaan dan yang diperakui
oleh Pengarah Ukur;
“pelan tandaan” ertinya pelan yang menunjukkan tandaan petak tanah;
“pelan tingkat”, ertinya suatu pelan tingkat di bawah subseksyen 8A(4) atau
20A(4) AHS 1985, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pemaju”– [Akta 757]
(a) berhubung dengan suatu kawasan pemajuan, ertinya mana-mana orang
atau kumpulan orang, dengan apa jua nama yang diperihalkan, yang
memajukan mana-mana tanah bagi maksud kegunaan kediaman,
komersial atau perindustrian, atau suatu kombinasi bagi kegunaan-
kegunaan itu; dan
(b) berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi,
termasuk pemilik asal lot itu sebelum pecah bahagi itu,
dan termasuk wasi, pentadbir dan pengganti dalam hakmilik dan pemegang serah
hak yang dibenarkan orang atau kumpulan orang itu, dan dalam hal jika orang
atau kumpulan orang itu sedang dilikuidasikan, termasuk mana-mana orang atau
badan yang dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa
untuk menjadi pelikuidasi sementara atau pelikuidasi;
“pembeli” ertinya mana-mana orang atau badan yang membeli suatu petak atau
yang mempunyai apa-apa urus niaga dengan suatu pemaju berkenaan dengan
pemerolehan petak itu;
“pemilik” merujuk kepada pemilik petak, iaitu orang atau badan yang pada masa
yang sama itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu petak, dan juga kepada pemilik
sesuatu blok sementara, iaitu orang atau badan yang pada masa yang sama itu
didaftarkan sebagai pemilik sesuatu blok sementara melainkan jika diperuntukkan
dengan nyata selainnya;
-
9
“Pendaftar” ertinya–
(a) berhubungan dengan hakmilik strata yang bergantungan pada hakmilik
Pejabat Pendaftaran, Pendaftar Hakmilik atau Timbalan Pendaftar Hakmilik
bagi Negeri; dan
(b) berhubungan dengan hakmilik strata yang bergantungan pada hakmilik
Pejabat Tanah, Pentadbir Tanah bagi Daerah;
“Pengarah” ertinya Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bagi Negeri atau Wilayah
Persekutuan dan termasuklah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian;
“Pengarah Ukur” ertinya Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri atau Wilayah
Persekutuan dan termasuk Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan yang dilantik
di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 [Akta 56];
“Pentadbir Tanah” ertinya Pentadbir Tanah bagi sesuatu Daerah (PTD) yang
dilantik di bawah KTN 1965 dan termasuklah Penolong Pentadbir Tanah yang
dilantik di bawah Kanun tersebut;
“perakuan siap dan pematuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di
bawah seksyen 3 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133];
“perbadanan pengurusan”, berhubungan dengan mana-mana bangunan atau
tanah yang dipecah bahagi yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakui,
ertinya perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 AHS 1985;
“perbadanan pengurusan subsidiari”, berhubung dengan harta bersama terhad,
ertinya perbadanan pengurusan subsidiari yang ditubuhkan di bawah seksyen 17A
AHS 1985;
“peringkat struktur utama” ertinya suatu peringkat di mana penyiapan kerja-kerja
bangunan diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di
bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133].
-
10
“petak”, berhubungan dengan sesuatu bangunan yang dipecah bahagi, ertinya
salah satu daripada unit individu yang (kecuali dalam hal suatu petak aksesori)
terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan,
dan berhubung dengan suatu tanah yang dipecah bahagi, ertinya satu daripada
unit-unit individu petak tanah;
“petak aksesori” ertinya mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan
strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadang hendak digunakan
bersama-sama dengan suatu petak;
“petak tanah” ertinya satu unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang
terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih dari empat tingkat yang
dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat bawah
tanah yang dikongsi, yang terkandung dalamnya petak-petak aksesori dan harta
bersama;
“sijil cadangan pelan strata” ertinya sijil yang mengesahkan pelan strata yang
dicadangkan yang disediakan di bawah seksyen 8A atau 20A AHS 1985, mengikut
mana yang berkenaan;
“tingkat” ertinya apa-apa pecah bahagian sesuatu bangunan secara mendatar
sama ada atau tidak atas paras yang sama seluruhnya dan sama ada di atas atau
di bawah permukaan bumi;
“unit-unit syer”, berkenaan dengan sesuatu petak, ertinya unit-unit syer yang
ditetapkan bagi petak itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar strata;
“unit-unit syer sementara” ertinya nilai syer yang diuntukkan kepada blok
sementara yang ditunjukkan dalam daftar strata; dan
“Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
-
11
BAB 2
PENYEDIAAN JADUAL PETAK ATAU JADUAL PETAK YANG DIPINDA
5. JADUAL PETAK ATAU JADUAL PETAK YANG DIPINDA
5.1. Di bawah seksyen 6 APS 2013, pemaju mana-mana bangunan atau tanah
yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak di dalam suatu
kawasan pemajuan tidak boleh menjual mana-mana petak atau petak yang
dicadangkan melainkan jika suatu jadual petak telah difailkan dengan
Pesuruhjaya Bangunan (COB). Dalam hal mana-mana pemajuan
berperingkat, pemaju juga tidak boleh menjual mana-mana petak atau petak
yang dicadangkan di dalam mana-mana blok sementara melainkan jika
pemaju itu telah memfailkan dengan COB suatu jadual petak yang dipinda.
5.2. Jadual petak merupakan satu dokumen kawalan penting yang perlu
disediakan oleh JTB bagi memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
transaksi di antara pihak pemaju dan pembeli itu telus serta memastikan
hakmilik strata dikeluarkan serentak dengan pemilikan kosong.
5.3. Pihak JTB bersama Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional yang dilantik
berperanan untuk memberi khidmat nasihat kepada pemaju, antara lainnya
terhadap kesesuaian reka bentuk pembangunan, termasuk di dalam urusan
menyediakan pelan bangunan dan jadual petak.
5.3.1. Jadual petak atau jadual petak yang dipinda hendaklah –
(1) mengandungi satu pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan
seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen 8A AHS 1985;
(2) menunjukkan semua petak, semua harta bersama dan semua
petak aksesori dan dalam hal petak aksesori, menyatakan
hubungkaitnya dengan petak, tidak kira sama ada petak-petak
aksesori itu adalah berdampingan atau tidak;
(3) menunjukkan unit syer yang dicadangkan bagi setiap petak atau
petak yang dicadangkan dan jumlah unit syer bagi semua petak;
(4) menunjukkan kuantum yang dicadangkan bagi unit syer
sementara bagi setiap blok sementara;
-
12
(5) menunjukkan petunjuk sempadan petak dalam warna merah,
sempadan petak aksesori dalam warna biru dan kawasan harta
bersama dalam warna kuning;
(6) mengandungi suatu perakuan JTB pemaju bahawa bangunan
atau petak tanah yang ditunjukkan dalam jadual petak atau
jadual petak yang dipinda, mengikut mana yang berkenaan,
boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan-peruntukan AHS
1985;
(7) mengandungi suatu perakuan Arkitek Profesional atau Jurutera
Profesional pemaju bahawa bangunan atau petak tanah yang
akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang telah diluluskan
dan mana-mana pindaan kepada pelan dan spesifikasi di bawah
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-
mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah akta itu, yang
disediakan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional
pemaju, boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan-peruntukan
AHS 1985; dan
(8) mengandungi apa-apa butiran lain sebagai mana yang
dinyatakan oleh COB.
5.3.2. Pemaju hendaklah melantik JTB bagi tujuan penyediaan jadual petak
atau jadual petak yang dipinda untuk difailkan kepada COB sebelum
penjualan mana-mana petak.
5.3.3. Bagi membolehkan hakmilik strata dikeluarkan serentak dengan
pemilikan kosong, sebaik-baiknya JTB dilantik oleh pemaju sebelum
permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan
bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat mengenai urusan berkaitan
tanah dan pembangunan berstrata.
5.3.4. Carta alir bagi keseluruhan proses permohonan hakmilik strata adalah
seperti di Lampiran ‘A’.
-
13
5.4. Tanggungjawab JTB yang dilantik
5.4.1. Memberi khidmat nasihat dalam urusan pembangunan berstrata
seperti berikut:
(1) menyediakan jadual petak atau jadual petak yang dipinda bagi
satu permohonan skim berstrata;
(2) memastikan bahawa tidak berlaku sebarang percanggahan di
antara jadual petak atau jadual petak yang dipinda dengan pelan
bangunan yang diluluskan;
(3) memohon Sijil Penentuan Formula Unit Syer (SiFUS) daripada
PTG bagi unit syer yang dicadangkan untuk setiap petak dan
unit syer sementara yang diuntukkan bagi setiap blok sementara
untuk dimasukkan ke dalam jadual petak;
(4) memastikan cadangan pembangunan berstrata berada dalam
satu (1) lot di mana permohonan cantuman/pecah
bahagian/pecah sempadan/pengambilan tanah dan lain-lain
urusan tanah dan pengeluaran hakmilik tanah diselesaikan
sebelum permohonan SiFUS;
(5) memastikan baki tempoh pajakan tanah yang terlibat dengan
pembangunan berstrata adalah tidak kurang 21 tahun semasa
kelulusan pecah bahagi bangunan atau tanah oleh pengarah;
(6) menyelesaikan urusan-urusan berkaitan perihal bangunan dan
tanah bagi mematuhi keperluan urusan permohonan dan
pendaftaran hakmilik strata; dan
(7) memastikan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam AHS 1985
dipatuhi.
5.4.2. Bagi penyediaan jadual petak berdasarkan pelan bangunan yang
diluluskan, JTB hendaklah memohon nombor skim, nombor jadual
petak dan nombor buku kerja luar daripada Pengarah Ukur.
5.4.3. Jadual petak yang dipinda perlu disediakan apabila suatu blok
sementara hendak dibangunkan bagi mana-mana pembangunan
berfasa.
-
14
5.4.4. Bagi penyediaan jadual petak yang dipinda, JTB yang dilantik perlu
memohon nombor fail baru daripada Pengarah Ukur tetapi
mengekalkan nombor skim, nombor jadual petak dan nombor buku
kerja luar yang asal. Penomboran folio pelan, jilid buku kerja luar,
petak-petak dan lain-lain nombor yang berkaitan perlu disambung
daripada fail sebelumnya bagi skim tersebut.
5.4.5. Bagi kes di mana JTB lain telah dilantik untuk menyediakan jadual
petak yang dipinda, prosedur di perkara 5.4.4. di atas perlu diikuti.
5.4.6. Bagi tujuan penyediaan jadual petak yang dipinda, unit syer yang
diumpukkan juga perlu mendapatkan SiFUS daripada PTG.
5.4.7. Setelah mendapatkan SiFUS, JTB bagi pihak pemaju hendaklah
memfailkan jadual petak atau jadual petak yang dipinda kepada COB
sebelum penjualan mana-mana petak selaras dengan peruntukan
seksyen 6 APS 2013.
5.4.8. Jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang telah difailkan
hendaklah dibuat perakuan terima oleh COB dan satu salinan jadual
petak atau jadual petak yang dipinda yang diperakukan sah daripada
salinan asal hendaklah dihantar kepada Pengarah Ukur semasa
permohonan sijil cadangan pelan strata.
5.5. Permohonan nombor skim, nombor jadual petak dan nombor buku kerja luar
5.5.1. JTB membuat permohonan seperti di perkara 5.4.2. kepada Pengarah
Ukur dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
(1) surat lantikan oleh pemaju;
(2) salinan resit deposit bayaran upah ukur LJT; dan
(3) salinan yang diperakui sah Surat Perintah Pembangunan atau
Surat Kebenaran Merancang.
5.5.2. Pengarah Ukur, setelah berpuashati permohonan adalah lengkap,
akan membuka satu fail dan memperuntukkan –
(1) nombor skim;
(2) nombor jadual petak; dan
(3) nombor buku kerja luar.
-
15
Nota:
Nombor jadual petak yang sama hendaklah digunakan untuk
penyediaan cadangan pelan strata dan pelan akui strata.
5.6. Maklumat-maklumat dalam jadual petak atau jadual petak yang dipinda
5.6.1. Jadual petak atau jadual petak yang dipinda melibatkan pecah bahagi
bangunan atau tanah hendaklah mengandungi maklumat
sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 8A atau 20A AHS 1985
mengikut tujuan berikut:
(1) bagi pecah bahagi bangunan sahaja, hendaklah mengandungi
pelan lokasi dan pelan tingkat;
(2) bagi pecah bahagi tanah sahaja, hendaklah mengandungi pelan
lokasi dan pelan tandaan;
(3) bagi pecah bahagi bangunan dan tanah, hendaklah
mengandungi pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan; dan
(4) bagi pecah bahagi tanah dengan tingkat bawah tanah yang
dikongsi, hendaklah mengandungi pelan lokasi, pelan tingkat
dan pelan tandaan.
5.6.2. Maklumat lain dalam jadual petak termasuk–
(1) jadual strata bagi setiap bangunan atau tanah yang dipecah
bahagi;
(2) ringkasan jadual strata bagi keseluruhan skim strata;
(3) nombor dengan huruf awalan “JP” hendaklah digunakan bagi
setiap folio jadual petak;
(4) jarak sempadan di atas jadual petak atau jadual petak yang
dipinda hendaklah berdasarkan nilai-nilai jarak di atas pelan
bangunan yang diluluskan dan ditunjukkan kepada 0.1 meter
terhampir; dan
(5) satu ruangan kosong bersaiz 10 sentimeter panjang dan 5
sentimeter lebar perlu disediakan di penjuru atas kanan pelan
bagi tujuan memasukkan perakuan pemfailan oleh COB.
-
16
5.6.3. Pelan lokasi
Pelan lokasi hendaklah mengandungi tajuk, pelan tapak bina dan
pelan keratan tegak.
(1) Tajuk hendaklah merangkumi maklumat berikut:
(a) nama negeri atau wilayah persekutuan;
(b) nama daerah atau jajahan;
(c) nama bandar atau pekan atau mukim;
(d) nombor seksyen/presint;
(e) nombor lot bersama nombor pelan akui (PA) asal;
(f) nombor hakmilik tanah;
(g) keluasan lot; dan
(h) nombor skim.
(2) Pelan tapak bina
Pelan tapak bina hendaklah dilukis mengikut skala dan
hendaklah menunjukkan maklumat–
(a) tanda-tanda sempadan dan sempadan lot tanpa bearing
dan jarak;
(b) sempadan-sempadan lot bersebelahan, abutal, nombor-
nombor lot bersebelahan dan jalan-jalan serta namanya;
(c) skala dan petunjuk arah utara;
(d) hujung mendatar setiap bangunan dengan nombor-
nombornya sama ada di atas atau di bawah permukaan
bumi dengan garisan hitam pekat;
(e) hujung mendatar setiap blok menara dengan garisan hitam
petak bersama dengan abjad pengenalan dalam susunan
yang betul dalam kes sesuatu bangunan yang
mengandungi lebih daripada satu blok menara;
-
17
(f) penentuan bagi blok sementara–
(i) hujung mendatar setiap blok sementara dengan
nombor-nombornya, sama ada di atas atau di bawah
bumi, hendaklah ditunjukkan dengan garisan hitam
putus-putus;
(ii) garisan keliling tapak blok sementara di permukaan
bumi dengan garisan hitam malar dan sekiranya
hujung mendatar blok sementara tersebut bertemu
dengan garisan keliling tapak, maka garisan keliling
tapak berkenaan tidak perlu ditunjukkan; dan
(iii) simbol paip atau pepaku besi bagi sempadan tanpa
diperihalkan untuk penjuru garisan keliling tapak blok
sementara;
(g) mana-mana cucur atap, kajang dan langkan yang bukan
sebahagian mana-mana petak yang dicadangkan yang
mengunjur ke suatu rizab jalan ditunjukkan dengan garisan
hitam putus-putus tanpa perlu berskala; dan
(h) sempadan dan nombor petak tanah, jika berkaitan.
(3) Pelan keratan tegak bangunan dan blok sementara
Keratan tegak, biasanya diambil dari pandangan hadapan tiap-
tiap bangunan dan tiap-tiap blok sementara berdasarkan
kepada pelan bangunan yang diluluskan atau pelan bangunan
yang dilukis di bawah perenggan 8A(1)(c) AHS 1985, hendaklah
dilukis pada skala yang sesuai dalam garisan hitam malar
kecuali dalam kes blok sementara hendaklah dilukiskan dalam
garisan hitam putus-putus serta menunjukkan–
(a) tajuk termasuk nombor bangunan, nombor blok sementara
dan skala;
(b) lantai dan siling setiap tingkat dan nombor tingkat;
(c) ketinggian tiap-tiap tingkat kepada 0.1 meter terhampir;
dan
(d) apa-apa maklumat lain yang perlu.
-
18
5.6.4. Pelan tingkat
Pelan tingkat hendaklah disediakan bagi setiap tingkat bangunan
yang dipecah bahagi.
(1) Pelan tingkat hendaklah mengandungi–
(a) tajuk termasuk nombor bangunan, abjad pengenalan
menara, nombor tingkat, nombor petak, nombor petak
aksesori dan skala;
(b) petunjuk arah utara;
(c) petunjuk warna untuk petak, petak aksesori dan harta
bersama;
(2) Pelan tingkat dilukis mengikut skala dan hendaklah
menunjukkan–
(a) setiap sempadan petak dengan garisan malar berwarna
merah;
(b) setiap sempadan petak aksesori dengan garisan malar
berwarna biru;
(c) semua harta bersama dengan warna kuning;
(d) setiap langkan yang bukan sebahagian petak dalam
garisan putus-putus dengan pernyataan “langkan”;
(e) setiap nombor petak;
(f) setiap nombor petak aksesori dan hubungkaitnya dengan
nombor petak dalam kurungan;
(g) setiap keluasan lantai petak dan petak aksesori
ditunjukkan kepada meter persegi terhampir;
(h) setiap keluasan bagi bahagian di setiap tingkat untuk petak
berbilang tingkat dan petak aksesori berbilang tingkat
hendaklah ditunjukkan dalam kurungan bersama dengan
keluasan keseluruhannya;
-
19
(i) harta bersama hendaklah ditunjukkan kedudukannya
dengan kegunaannya dinyatakan secara terperinci.
Contohnya, termasuklah pencawang elektrik, kolam
renang, tempat letak kereta/motor pelawat dan Orang
Kelainan Upaya (OKU), balai pengawal, taman permainan,
kebuk sampah, rumah kelab, gimnasium, dobi, kedai,
surau, dewan serba guna dan lain-lain serta harta bersama
berkaitan dengan aspek laluan seperti tangga, tangga
bergerak, lif dan seumpamanya;
(j) had bagi laluan kaki lima dan setiap ruang di bawah mana-
mana tangga yang menjadi sebahagian petak atau petak
aksesori, ditunjukkan dengan garisan putus-putus;
(k) abutal-abutal dan nombor-nombor petak bersebelahan,
berserta nombor folio JP sekiranya kesemua lantainya
tidak boleh ditunjukkan dalam satu folio JP;
(l) petak aksesori di luar bangunan hendaklah dilukis
mengikut skala dan menunjukkan–
(i) nombor petak aksesori dan hubungkaitnya dengan
nombor petak dalam kurungan;
(ii) setiap keluasan petak aksesori ditunjukkan kepada
meter persegi terhampir;
(iii) setiap sempadan petak aksesori dengan garisan
malar berwarna biru; dan
(iv) sambungan yang mencukupi dalam garisan hitam
putus-putus dengan bearing dan jarak bagi
mengaitkan petak aksesori kepada bangunan; dan
(m) apa-apa maklumat lain (jika perlu);
5.6.5. Pelan tandaan
Pelan tandaan bagi petak tanah hendaklah dilukis mengikut skala dan
menunjukkan maklumat–
(1) tajuk, skala dan petunjuk arah utara;
(2) sempadan petak tanah dengan bearing dan jarak;
-
20
(3) ikatan yang mencukupi dengan bearing dan jarak dari sempadan
lot kepada petak tanah;
(4) nombor petak tanah;
(5) garisan keliling tapak bangunan bagi setiap petak tanah;
(6) keluasan petak tanah dan petak aksesori hendaklah ditentukan
berdasarkan kepada nilai ukuran dan ditunjukkan kepada meter
persegi terhampir;
(7) bagi petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi,
pelan tingkat hendaklah dilukis bagi setiap tingkat bawah tanah
dengan menunjukkan semua petak aksesori dan harta bersama;
(8) keratan tegak bagi menunjukkan ketinggian tingkat bawah tanah
yang dikongsi perlu ditunjukkan dengan mengambil kira
pandangan hadapan skim perumahan tersebut, jika berkaitan;
dan
(9) bagi blok sementara yang berkenaan dengan petak tanah yang
dicadangkan–
(a) sempadan hendaklah ditunjukkan dengan garisan hitam
putus-putus berserta nilai bearing dan jarak;
(b) mempunyai ikatan yang mencukupi dengan bearing dan
jarak dari sempadan lot kepada blok sementara petak
tanah;
(c) sekurang-kurangnya dua (2) petak tanah yang dicadangkan
digabungkan menjadi satu blok sementara; dan
(d) nombor blok sementara yang berkenaan dengan petak
tanah.
5.6.6. Pengiraan unit syer
JTB bagi pihak pemaju hendaklah menyediakan cadangan unit syer
yang saksama sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan
10(1)(h) AHS 1985 dengan menggunakan formula unit syer yang
disediakan dalam Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Negeri.
-
21
(1) Unit syer bagi petak ialah keluasan petak didarabkan dengan
faktor pemberat bagi jenis petak dan faktor pemberat bagi petak
lantai keseluruhan. Bagi setiap petak aksesori, sekiranya ada,
keluasan petak aksesori didarabkan dengan faktor pemberat
bagi petak aksesori dan kemudiannya ditambah kepada unit
syer petak yang telah dihubungkaitkan.
(2) Secara formula, pengiraan unit syer adalah seperti berikut:
(a) Unit syer bagi petak = A x F1 x F2 + n
1(B x F3)
(b) Unit syer bagi petak tanah = (A x 0.8) + n
1(B x F3)
di mana–
(i) A ialah keluasan petak;
(ii) B ialah keluasan petak aksesori;
(iii) F1 ialah pemberat bagi jenis petak seperti di Jadual A;
(iv) F2 ialah pemberat bagi petak lantai keseluruhan
seperti di Jadual B; dan
(v) F3 ialah pemberat bagi petak aksesori seperti di
Jadual C.
Nota:
Jadual A, B dan C dan contoh pengiraan unit syer adalah
seperti di Lampiran ‘B1’ dan Lampiran ‘B2’.
5.6.7. Jadual strata
(1) Jadual strata bagi setiap bangunan hendaklah menunjukkan–
(a) maklumat menara (jika berkaitan);
(b) kedudukan tingkat;
(c) nombor setiap petak
(d) keluasan setiap petak;
(e) kegunaan setiap petak;
(f) rujukan folio JP bagi setiap petak;
(g) keluasan setiap petak aksesori;
-
22
(h) kegunaan setiap petak aksesori;
(i) rujukan folio JP bagi setiap petak;
(j) hubung kait setiap petak aksesori dengan petak;
(k) unit syer bagi petak;
(l) jumlah keseluruhan tingkat bangunan yang dipecah bahagi;
(m) jumlah keseluruhan petak;
(n) jumlah keseluruhan keluasan petak;
(o) jumlah keseluruhan petak aksesori;
(p) jumlah keseluruhan keluasan petak aksesori;
(q) jumlah keseluruhan unit syer bagi bangunan berkenaan;
dan
(r) jika didapati ruang di atas pelan tidak dapat memuatkan
keseluruhan jadual, maka ianya bolehlah ditunjukkan di
dalam beberapa folio.
(2) Jadual strata bagi blok sementara hendaklah menunjukkan–
(a) nombor blok sementara;
(b) kedudukan tingkat;
(c) bilangan petak bagi setiap tingkat;
(d) rujukan folio JP bagi blok sementara;
(e) bilangan petak aksesori setiap tingkat;
(f) rujukan folio JP bagi petak aksesori;
(g) jumlah unit syer setiap tingkat;
(h) jumlah keseluruhan tingkat;
(i) jumlah keseluruhan petak;
-
23
(j) jumlah keseluruhan petak aksesori;
(k) jumlah keseluruhan unit syer bagi blok sementara; dan
(l) jika didapati ruang di atas pelan tidak dapat memuatkan
keseluruhan jadual, maka ianya bolehlah ditunjukkan di
dalam beberapa folio.
(3) Jadual strata bagi pecah bahagi tanah hendaklah menunjukkan–
(a) bilangan tingkat setiap petak tanah;
(b) nombor petak tanah;
(c) keluasan setiap petak tanah;
(d) kegunaan setiap petak tanah;
(e) rujukan folio JP bagi setiap petak tanah;
(f) keluasan setiap petak aksesori;
(g) kegunaan setiap petak aksesori;
(h) rujukan folio JP bagi setiap petak aksesori;
(i) hubung kait setiap petak aksesori dengan petak tanah;
(j) unit syer bagi petak tanah;
(k) jumlah keseluruhan petak tanah;
(l) jumlah keseluruhan keluasan petak tanah;
(m) jumlah keseluruhan petak aksesori;
(n) jumlah keseluruhan keluasan petak aksesori;
(o) jumlah keseluruhan unit syer; dan
(p) jika didapati ruang di atas pelan tidak dapat memuatkan
keseluruhan jadual, maka ianya bolehlah ditunjukkan di
dalam beberapa folio.
-
24
(4) Jadual strata bagi blok sementara petak tanah hendaklah
menunjukkan–
(a) bilangan tingkat;
(b) nombor blok sementara;
(c) bilangan petak tanah;
(d) keluasan blok sementara;
(e) rujukan folio JP bagi blok sementara;
(f) bilangan petak aksesori;
(g) keluasan petak aksesori;
(h) rujukan folio JP bagi petak aksesori;
(i) unit syer bagi blok sementara;
(j) jumlah blok sementara;
(k) jumlah keseluruhan petak tanah;
(l) jumlah keseluruhan keluasan petak tanah;
(m) jumlah keseluruhan petak aksesori;
(n) jumlah keseluruhan keluasan petak aksesori;
(o) jumlah keseluruhan unit syer bagi semua blok sementara;
dan
(p) jika didapati ruang di atas pelan tidak dapat memuatkan
keseluruhan jadual, maka ianya bolehlah ditunjukkan di
dalam beberapa folio.
5.6.8. Ringkasan jadual strata
(1) Ringkasan jadual strata pecah bahagi bangunan hendaklah
menunjukkan–
(a) maklumat bangunan;
-
25
(b) bilangan tingkat setiap bangunan atau blok sementara;
(c) bilangan petak di dalam setiap bangunan atau blok
sementara;
(d) bilangan petak aksesori yang dihubung kait dengan setiap
bangunan;
(e) jumlah unit syer bagi setiap bangunan atau blok sementara;
(f) jumlah keseluruhan petak bagi skim;
(g) jumlah keseluruhan petak aksesori bagi skim; dan
(h) jumlah keseluruhan unit syer bagi skim.
(2) Ringkasan jadual strata pecah bahagi tanah hendaklah
menunjukkan–
(a) kategori pecah bahagi tanah (petak tanah atau blok
sementara);
(b) bilangan petak tanah setiap kategori pecah bahagi tanah;
(c) bilangan petak aksesori setiap kategori pecah bahagi
tanah;
(d) jumlah unit syer bagi setiap kategori pecah bahagi tanah;
(e) jumlah keseluruhan petak tanah bagi skim;
(f) jumlah keseluruhan petak aksesori bagi skim; dan
(g) jumlah keseluruhan unit syer bagi skim.
5.6.9. Pelan indeks bagi pelan tingkat atau pelan tandaan
Sekiranya terdapat mana-mana tingkat yang luas sehingga
menyebabkan penyediaan pelan tingkat melebihi 1 folio, JTB perlu
menyediakan Pelan Indeks bagi menunjukkan keseluruhan lantai bagi
tingkat berkenaan atau pelan tandaan.
-
26
5.6.10. Semua petak, petak aksesori dan harta bersama hendaklah
ditunjukkan dalam jadual petak. Bagi mengelakkan kekeliruan,
pematuhan kepada kaedah penomboran strata seperti mana yang
diterangkan dengan jelas di perkara 8 Bab 4 hendaklah dipatuhi.
5.6.11. Perakuan JTB pada jadual petak atau jadual petak yang dipinda
adalah seperti berikut:
(1) bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan sahaja–
“Saya, ............................................................. seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk
dipecah bahagi kepada petak-petak yang ditunjukkan ini boleh
dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20….
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”;
(2) bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan dan blok
sementara–
“Saya, .............................................................. seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk
dipecah bahagi kepada petak-petak dan blok/blok-blok
sementara yang ditunjukkan ini boleh dipecah bahagi di bawah
peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”;
-
27
(3) bagi kes pecah bahagi melibatkan tanah sahaja–
“Saya, .............................................................. seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa tanah yang
dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak tanah
yang ditunjukkan ini boleh dipecah bahagi di bawah peruntukan
Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”;
(4) bagi kes pecah bahagi melibatkan tanah dan blok sementara–
“Saya, ........................................................... seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa tanah yang
dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak tanah
dan blok/blok-blok sementara yang ditunjukkan ini boleh dipecah
bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta
318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”;
(5) bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan dan tanah–
“Saya, ......................................................... seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa bahawa
bangunan/bangunan-bangunan dan tanah yang dicadangkan
untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan petak-petak
tanah yang ditunjukkan ini boleh dipecah bahagi di bawah
peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
-
28
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”; dan
(6) bagi kes pecah bahagi melibatkan melibatkan bangunan dan
tanah serta blok sementara–
“Saya, ........................................................... seorang Juruukur
Tanah yang dilesenkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen
1958 [Akta 458], memperakui menurut seksyen 6 Akta
Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan dan tanah yang dicadangkan
untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan petak-petak
tanah serta blok/blok-blok sementara yang ditunjukkan ini boleh
dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................................
Juruukur Tanah yang dilesenkan di bawah Akta 458”.
5.6.12. Perakuan Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional pemaju pada
jadual petak atau jadual petak yang dipinda adalah seperti berikut:
(1) bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan sahaja–
“Saya, ............................................................ seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk
dipecah bahagi kepada petak-petak yang akan dibina mengikut
pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana pindaan
kepada pelan dan spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-mana undang-undang
kecil yang dibuat di bawah Akta itu, yang disediakan boleh
dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318].
-
29
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”;
(2) Bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan dan blok
sementara–
“Saya, ........................................................... seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk
dipecah bahagi kepada petak-petak dan blok/blok-blok
sementara yang akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi
yang diluluskan dan mana-mana pindaan kepada pelan dan
spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta
133] dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di
bawah Akta itu, yang disediakan boleh dipecah bahagi di bawah
peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”;
(3) Bagi kes pecah bahagi melibatkan tanah sahaja–
“Saya, ............................................................ seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-
petak tanah yang akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi
yang diluluskan dan mana-mana pindaan kepada pelan dan
spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta
133] dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di
bawah Akta itu, yang disediakan boleh dipecah bahagi di bawah
peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
-
30
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”;
(4) Bagi kes pecah bahagi melibatkan tanah dan blok sementara–
“Saya, ............................................................. seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-
petak tanah dan blok/blok-blok sementara yang akan dibina
mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana
pindaan kepada pelan dan spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit
dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-mana undang-undang
kecil yang dibuat di bawah Akta itu, yang disediakan boleh
dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”;
(5) Bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan dan tanah–
“Saya, ............................................................. seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan dan tanah yang dicadangkan
untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan petak-petak
tanah yang akan dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana pindaan kepada pelan dan
spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta
133] dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di
bawah Akta itu, yang disediakan boleh dipecah bahagi di bawah
peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].
-
31
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”; dan
(6) Bagi kes pecah bahagi melibatkan bangunan dan tanah serta
blok sementara–
“Saya, .............................................................. seorang Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta
117] / Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138], memperakui menurut
seksyen 6 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], bahawa
bangunan/bangunan-bangunan dan tanah yang dicadangkan
untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan petak-petak
tanah serta blok/blok-blok sementara yang akan dibina mengikut
pelan dan spesifikasi yang diluluskan dan mana-mana pindaan
kepada pelan dan spesifikasi di bawah Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 [Akta 133] dan mana-mana undang-undang
kecil yang dibuat di bawah Akta itu, yang disediakan boleh
dipecah bahagi di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318].
Bertarikh...................haribulan..........................20…
..................................................................
Arkitek Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 117/
Jurutera Profesional yang didaftarkan di bawah Akta 138”.
5.7. Contoh jadual petak dan jadual petak yang dipinda – Lampiran ‘JP1’ -
Hingga ‘JP5’ (JILID II).
-
32
BAB 3
PENGUKURAN
6. PENGENDALIAN UKURAN PECAH BAHAGI BANGUNAN ATAU TANAH
6.1. Aspek Keselamatan
6.1.1. Pekeliling Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB) 1/2000 dan 1/2001 mewajibkan aspek keselamatan dengan
pelaksanaan program Kad Hijau di tapak binaan. Semua kakitangan
yang bekerja di tapak binaan diwajibkan mempunyai Kad Hijau.
6.1.2. Program Kad Hijau adalah untuk meningkatkan kesedaran di
kalangan kakitangan yang bekerja di tapak pembinaan terhadap
bahaya-bahaya di tapak binaan melalui Kursus Induksi Keselamatan
dan Kesihatan.
6.1.3. Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim
Insurans khas yang menginsuranskannya terhadap kematian dan
kemalangan.
6.2. Kerja luar
6.2.1. Ukuran semula sempadan lot atau ukuran bagi pengeluaran hakmilik
kekal–
(1) ukuran semula sempadan lot atau ukuran bagi pengeluaran
hakmilik kekal bagi lot tanah di mana pembangunan berstrata
dicadangkan hendaklah dijalankan sebaik-baiknya sebelum
pembinaan dimulakan supaya JTB dapat memaklumkan had
pembangunan kepada pemaju;
(2) sempadan lot hendaklah diukur mengikut peraturan JUPEM;
(3) bagi tanda sempadan yang berganjak atau hilang hendaklah
dibuat tanam pastian atau diganti;
(4) pelan akui yang baru hendaklah dilukis; dan
-
33
(5) data berdigit bagi ukuran hendaklah dikemukakan mengikut
format dan media yang ditetapkan oleh Jabatan.
6.2.2. Ukuran bagi menentukan kedudukan bangunan-bangunan dan blok-
blok sementara–
(1) kedudukan setiap bangunan termasuk cucur atap, kajang dan
langkan hendaklah diukur dan ditunjukkan dalam buku kerja
luar;
(2) garis keliling tapak blok sementara mengikut pelan
bangunan yang diluluskan hendaklah ditandakan di atas tanah
dengan paip besi dan di atas bangunan dengan paku;
(3) penggunaan tanda sempadan ukur hendaklah sebagaimana
yang dinyatakan di dalam Pekeliling KPUP 4/2005;
(4) kedudukan bangunan-bangunan yang dahulunya blok-blok
sementara yang telah disiapkan berada di dalam lot;
(5) kedudukan bangunan yang bertindih atau melampaui
(encroach) sempadan ke dalam tanah rizab atau jalan atau
lorong belakang hendaklah tidak melebihi 0.076 meter. Had ini
adalah ukuran bersudut tepat (perpendicular) kepada garis
sempadan tanah rizab atau jalan atau lorong belakang
berkenaan; dan
(6) kegunaan setiap bangunan dan blok sementara hendaklah
dinyatakan.
6.2.3. Ukuran ketinggian setiap tingkat–
(1) ukuran ketinggian setiap tingkat hendaklah dibuat dan
direkodkan kepada 0.01 meter terhampir; dan
(2) perbezaan aras lantai di antara tingkat (sama ada di bawah
atau di atasnya) melalui celah tangga atau mana-mana
bahagian yang sesuai di bangunan tersebut, diukur
menggunakan alat pengukur jarak elektronik seperti
Distometer, Range Finder, Total Station dan seumpamanya.
Penggunaan pita pengukur keluli juga dibenarkan.
-
34
6.2.4. Ukuran dimensi petak, petak aksesori dan harta bersama
(1) Ukuran sempadan petak–
(a) sempadan petak adalah sempadan yang wujud bagi
petak-petak sebaik sahaja dokumen perakuan mencapai
peringkat struktur utama bagi pembinaan bangunan telah
dikeluarkan; dan
(b) sekiranya ukuran dijalankan selepas pengeluaran
Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil layak
Menduduki (CFO) serta JTB mendapati pengubahsuaian
kepada binaan asal tanpa kelulusan dari pihak berkuasa
berkenaan, maka sempadan bagi petak hendaklah
dirujukkan kepada had sempadan bagi petak yang asal,
yang berdasarkan ciri-ciri binaan tetap sebagaimana
yang dikehendaki oleh subperenggan 8A(1)(d)(ii) AHS
1985. Adalah wajar diperhatikan bahawa ciri-ciri binaan
tetap tersebut perlu masih wujud untuk membolehkan
penentuan had persempadanan petak yang asal.
(2) Ciri-ciri binaan tetap–
(a) ciri-ciri binaan tetap hendaklah ditafsirkan sebagai
meliputi semua jenis binaan yang tahan lama dan layak
untuk dijadikan rujukan had sempadan. Perlu
diperhatikan bahawa ciri-ciri binaan yang tidak
semestinya binaan penuh, juga diterima sebagai had
persempadanan. Sebagai contoh yang agak ekstrem –
metal strip atau epoxy paint yang ditanam atau ditanda
pada lantai yang tetap boleh turut diterima sebagai ciri
binaan tetap;
(b) langkan yang mempunyai ciri-ciri binaan tetap
sebagaimana yang ditunjukkan dengan jelas dalam pelan
bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa adalah
layak dijadikan sebahagian daripada petak utama
sekiranya selaras dengan kehendak subperenggan
8A(1)(d)(iv) AHS 1985 yang mendefinisikan bahawa
sempadan petak perlu mengikut ciri-ciri binaan tetap
yang terdapat di dalam bangunan. Had sempadan ruang
sesuatu langkan (yang telah dijadikan sebahagian petak)
boleh ditentukan seperti yang diterangkan di Lampiran
‘C1’ dan Lampiran ‘C2’;
-
35
(c) sebarang ruang yang mempunyai ciri-ciri binaan tetap
(contohnya seperti pelantar bunga, ruang tempat letak
pendingin hawa, ruang hadapan pintu utama dan lain-
lain) sebagaimana yang ditunjukkan dengan jelas dalam
pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa
hendaklah dijadikan petak aksesori. Walau
bagaimanapun ianya layak dijadikan sebahagian
daripada petak jika–
(i) memenuhi syarat-syarat di bawah subperenggan
8A(1)(d)(iv) AHS 1985; dan
(ii) dinyatakan dengan jelas pada jadual petak atau
jadual petak yang dipinda; atau perjanjian jual-beli
atau pelan perjanjian jual-beli yang dirujuk dan
dipersetujui antara pemaju atau vendor dengan
pembeli dalam hal di bawah perenggan 8(2)(b) dan
(d) atau perenggan 20(2)(b) dan (c) di mana
berkaitan.
(3) Ukuran dimensi mendatar setiap petak, petak aksesori dan
harta bersama hendaklah dibuat dan direkodkan kepada 0.01
meter terhampir.
(4) Ukuran dimensi mendatar dibuat sehingga ke permukaan
dinding.
(5) Ketebalan dinding hendaklah ditentukan dan dilukiskan di atas
gambar rajah buku kerja luar seperti berikut:
(a) ketebalan dinding sama bentuk hendaklah ditunjukkan
dengan satu garisan berserta nilai ukuran ketebalannya
di tempat yang sesuai atau dinyatakan seperti Gambar
Rajah ‘A’ di Lampiran ‘D’;
(b) ketebalan yang berbeza di perenggan-perenggan dinding
tertentu, hendaklah ditunjukkan dengan satu garisan
berserta dimensi mendatar dan ketebalannya seperti
Gambar Rajah ‘B’ di Lampiran ‘D’; dan
(c) ketebalan dinding yang tidak sebentuk dan yang rumit
sama ada sempadan petak mengikut pertengahan
dinding atau tidak hendaklah dilukis secara terperinci di
muka surat gambar rajah dengan menunjukkan had-had
-
36
sempadan petak, nilai ukuran ketebalan dan dimensi
mendatar dinding seperti Gambar Rajah ‘C’ di Lampiran
‘D’.
(6) Ketinggian setiap petak hendaklah diukur dari pertengahan
lantai ke pertengahan siling, kecuali diperihalkan dan
direkodkan kepada 0.01 meter terhampir.
(7) Sempadan petak aksesori di luar bangunan hendaklah
dipastikan daripada pelan bangunan yang diluluskan dan
sambungan yang mencukupi dengan bearing dan jarak kepada
bangunan diukur bagi menetapkan kedudukan petak aksesori.
(8) Bagi pembinaan yang melibatkan bay windows dan juga binaan
yang serupa dengannya, hendaklah dimasukkan ke dalam
sesuatu petak untuk pengeluaran hakmilik strata sebagai petak
aksesori sahaja memandangkan binaan bay windows tidak
memenuhi takrifan lantai mengikut seksyen 2 Undang-Undang
Bangunan Seragam 1984 dan juga ciri-ciri sempadan petak
mengikut subseksyen 13(3) AHS 1985. Kedudukan dan
gambaran bay windows dapat dilihat seperti di Lampiran ‘E1’
hingga Lampiran ‘E4’.
(9) Terdapat keadaan di mana ruang lobi lif juga boleh dijadikan
sebagai sebahagian petak atau petak aksesori dengan syarat
mendapat pengesahan dan perakuan dari Pihak Berkuasa
Tempatan dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri di
peringkat kelulusan pelan bangunan yang berkaitan dan
dicatatkan dengan jelas dalam pelan bangunan. Sebagai
contoh, jika di peringkat awal permohonan kelulusan pelan
bangunan, lobi telah dijadikan sebagai ruang tamu sesebuah
rumah, ianya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada
petak. Jika sekiranya untuk dijadikan sebagai lobi persendirian,
ruang lobi tersebut boleh dijadikan sebagai petak aksesori.
(10) Semua ruang yang berada di tingkat bawah tanah yang
dikongsi bagi petak tanah, hanya boleh dikategorikan sebagai
petak aksesori atau harta bersama.
(11) Ukuran bagi semua harta bersama hendaklah dibuat untuk
menentukan had kawasan sekeliling yang mana ukurannya
hendaklah dibuat secara terperinci ke atas setiap butiran yang
berkenaan dan dinyatakan perihal kegunaannya dalam buku
kerja luar dan data kerja luar berdigit. Contohnya termasuklah
pencawang elektrik, kolam renang, tempat letak kereta/motor
-
37
pelawat dan OKU, balai pengawal, taman permainan, tempat
buang sampah, rumah kelab (gimnasium, dobi, kedai, surau,
dewan serba guna dll) dan harta bersama berkaitan dengan
aspek laluan (tangga, tangga bergerak, lif dll).
(12) Pengenalan lantai yang relevan, bangunan dan petunjuk arah
utara hendaklah ditunjukkan pada setiap gambar rajah.
6.2.5. Ukuran petak yang serupa
Setiap petak yang serupa walaupun dalam lantai yang sama
hendaklah diukur.
6.2.6. Penentuan sempadan petak tanah dan blok sementara bagi petak
tanah–
(1) sempadan petak tanah adalah dimaksudkan sempadan yang
wujud bagi petak-petak tanah sebaik sahaja arkitek pemaju
membuat pengesahan bahawa pembinaan telah mencapai
peringkat struktur utama;
(2) sekiranya ukuran dijalankan selepas pengeluaran Perakuan
Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil layak Menduduki (CFO),
sempadan petak tanah adalah dimaksudkan sempadan yang
wujud bagi petak-petak tanah sebaik sahaja arkitek pemaju
membuat pengesahan bahawa bangunan telah dibina
mengikut pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa;
(3) sempadan petak tanah hendaklah ditanda dan diukur mengikut
peraturan JUPEM;
(4) sempadan petak tanah bagi bangunan berkembar/teres
hendaklah diukur sebagai sempadan dinding dua tuan;
(5) opset ke bangunan perlu diambil bagi menentukan kedudukan
dan garis keliling tapak bangunan;
(6) bangunan hendaklah disahkan berada sepenuhnya di dalam
petak tanah;
(7) tanda sempadan yang digunakan bagi petak tanah hendaklah
seperti yang diluluskan oleh Jabatan (Pekeliling KPUP 4/2005);
-
38
(8) tanda sempadan bagi blok sementara petak tanah hendaklah
ditanda menggunakan batu konkrit baru atau paip besi di atas
tanah;
(9) keluasan setiap petak tanah dan blok sementara bagi petak
tanah hendaklah ditunjukkan kepada meter persegi terhampir;
dan
(10) semua pengukuran dan pengiraan keluasan petak tanah dan
blok sementara bagi petak tanah hendaklah dalam format
JUPEM ASCII dan perlu dimajukan kepada Pengarah Ukur.
-
39
BAB 4
PENYEDIAAN CADANGAN PELAN STRATA
7. CADANGAN PELAN STRATA (CPS)
7.1. JTB yang menjalankan pengukuran pecah bahagi bangunan atau tanah
bertanggungjawab memastikan bahawa tidak berlaku sebarang
percanggahan di antara cadangan pelan strata yang disediakan dengan pelan
bangunan yang diluluskan, jadual petak serta pelan yang terkandung di dalam
dokumen perjanjian jual-beli antara pemaju atau vendor dengan pembeli atau
pemilik.
7.2. Maklumat-maklumat dalam CPS
7.2.1. CPS melibatkan pecah bahagi bangunan atau tanah hendaklah
mengandungi maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam
seksyen 8A atau 20A AHS 1985 mengikut tujuan berikut:
(1) bagi pecah bahagi bangunan sahaja, hendaklah mengandungi
pelan lokasi dan pelan tingkat;
(2) bagi pecah bahagi tanah sahaja, hendaklah mengandungi
pelan lokasi dan pelan tandaan;
(3) bagi pecah bahagi bangunan dan tanah, hendaklah
mengandungi pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan;
dan
(4) bagi pecah bahagi tanah dengan tingkat bawah tanah yang
dikongsi, hendaklah mengandungi pelan lokasi, pelan tingkat
dan pelan tandaan.
7.2.2. Maklumat lain dalam CPS termasuk –
(1) jadual strata bagi setiap bangunan atau tanah yang dipecah
bahagi;
(2) ringkasan jadual strata bagi keseluruhan skim strata;
-
40
(3) Nombor yang diperuntukkan melalui perkara 5.5.2. dengan
huruf awalan “CPS” hendaklah digunakan bagi setiap folio
cadangan pelan strata;
(4) Jarak sempadan di atas cadangan pelan strata–
(a) nilai-nilai jarak yang ditunjukkan di atas pelan bangunan
yang diluluskan boleh diterima untuk melukis cadangan
pelan strata di mana perbezaannya dengan nilai-nilai
yang diukur tidak melebihi 0.1 meter dan ditunjukkan
kepada 0.1 meter terhampir; dan
(b) jika perbezaan melebihi 0.1 meter maka nilai-nilai yang
diukur hendaklah diterima untuk penyediaan cadangan
pelan strata dan ditunjukkan kepada 0.1 meter terhampir;
dan
(6) satu ruangan kosong bersaiz 10 sentimeter panjang dan 5
sentimeter lebar perlu disediakan di penjuru atas kanan pelan
bagi tujuan memasukkan perakuan pemfailan oleh COB.
7.2.3. Pelan lokasi
Pelan lokasi hendaklah mengandungi tajuk, pelan tapak bina dan
pelan keratan tegak.
(1) Tajuk hendaklah merangkumi maklumat berikut:
(a) nama negeri atau wilayah persekutuan;
(b) nama daerah atau jajahan;
(c) nama bandar atau pekan atau mukim;
(d) nombor seksyen/presint;
(e) nombor lot bersama nombor pelan akui (PA) asal;
(f) nombor hakmilik tanah;
(g) keluasan lot; dan
(h) nombor skim.
-
41
(2) Pelan tapak bina
Pelan tapak bina hendaklah dilukis mengikut skala dan
menunjukkan maklumat–
(a) tanda-tanda sempadan dan sempadan lot tanpa bearing
dan jarak;
(b) sempadan-sempadan lot bersebelahan, abutal, nombor-
nombor lot bersebelahan dan jalan-jalan serta namanya;
(c) skala dan petunjuk arah utara;
(d) hujung mendatar setiap bangunan dengan nombor-
nombornya sama ada di atas atau di bawah permukaan
bumi dengan garisan hitam pekat;
(e) hujung mendatar setiap blok menara dengan garisan hitam
petak bersama dengan abjad pengenalan dalam susunan
yang betul dalam kes sesuatu bangunan yang
mengandungi lebih daripada satu blok menara;
(f) penentuan bagi blok sementara–
(i) hujung mendatar setiap blok sementara dengan
nombor-nombornya, sama ada di atas atau di bawah
bumi, hendaklah ditunjukkan dengan garisan hitam
putus-putus;
(ii) garisan keliling tapak blok sementara di permukaan
bumi dengan garisan hitam malar dan sekiranya
hujung mendatar blok sementara tersebut bertemu
dengan garisan keliling tapak, maka garisan keliling
tapak berkenaan tidak perlu ditunjukkan; dan
(iii) simbol paip atau paku bagi sempadan tanpa
diperihalkan untuk penjuru garisan keliling tapak blok
sementara;
(g) mana-mana cucur atap, kajang dan langkan yang bukan
sebahagian mana-mana petak yang dicadangkan yang
mengunjur ke suatu rizab jalan ditunjukkan dengan garisan
hitam putus-putus tanpa perlu berskala; dan
-
42
(h) sempadan dan nombor petak tanah, jika berkaitan.
(3) Pelan keratan tegak bangunan dan blok sementara
Keratan tegak, biasanya diambil dari pandangan hadapan tiap-
tiap bangunan dan tiap-tiap blok sementara berdasarkan
kepada pelan bangunan yang diluluskan atau pelan bangunan
yang dilukis di bawah perenggan 8A(1)(c) AHS 1985, hendaklah
dilukis pada skala yang sesuai dalam garisan hitam malar
kecuali dalam kes blok sementara hendaklah dilukiskan dalam
garisan hitam putus-putus serta menunjukkan–
(a) tajuk termasuk nombor bangunan, nombor blok sementara
dan skala;
(b) lantai dan siling setiap tingkat dan nombor tingkat;
(c) ketinggian tiap-tiap tingkat kepada 0.1 meter terhampir;
dan
(d) apa-apa maklumat lain yang perlu.
7.2.4. Pelan tingkat
Pelan tingkat hendaklah disediakan bagi setiap tingkat bangunan
yang dipecah bahagi.
(1) Pelan tingkat hendaklah mengandungi–
(a) tajuk yang termasuk nombor bangunan, abjad pengenalan
menara, nombor tingkat, nombor petak, nombor petak
aksesori dan skala;
(b) petunjuk arah utara; dan
(c) petunjuk warna untuk petak, petak aksesori dan harta
bersama;
(2) Pelan tingkat dilukis mengikut skala dan hendaklah
menunjukkan–
(a) setiap sempadan petak dengan garisan malar berwarna
merah dan jarak sempadan ditunjukkan kepada 0.1 meter
terhampir;
-
43
(b) setiap sempadan petak aksesori dengan garisan malar
berwarna biru dan jarak sempadan ditunjukkan kepada 0.1
meter terhampir;
(c) semua harta bersama dengan warna kuning;
(d) setiap langkan yang bukan sebahagian petak dalam
garisan putus-putus dan pernyataan “langkan”;
(e) setiap nombor petak;
(f) setiap nombor petak aksesori dan hubungkaitnya dengan
nombor petak dalam kurungan;
(g) setiap keluasan lantai petak dan petak aksesori
ditunjukkan kepada meter persegi terhampir;
(h) setiap petak berbilang tingkat dan petak aksesori berbilang
tingkat hendaklah ditunjukkan keluasan bagi setiap tingkat
dalam kurungan berserta dengan keluasan
keseluruhannya;
(i) ruang untuk kegunaan harta bersama secara keseluruhan
hendaklah ditunjukkan yang mana kedudukan dan tiap-tiap
kegunaannya dinyatakan secara terperinci. Contohnya
termasuklah pencawang elektrik, kolam renang, tempat
letak kereta/motor pelawat dan OKU, balai pengawal,
taman permainan, kebuk sampah, rumah kelab,
gimnasium, dobi, kedai, surau, dewan serba guna dan lain-
lain serta harta bersama berkaitan dengan aspek laluan
seperti tangga, tangga bergerak, lif dan seumpamanya;
(j) had bagi laluan kaki lima dan setiap ruang di bawah mana-
mana tangga yang menjadi sebahagian petak atau petak
aksesori, ditunjukkan dengan garisan putus-putus;
(k) abutal-abutal dan nombor-nombor petak bersebelahan,
berserta dengan nombor folio CPS sekiranya kesemua
lantainya tidak boleh ditunjukkan dalam satu folio CPS;
(l) petak aksesori di luar bangunan hendaklah dilukis
mengikut skala dan menunjukkan–
-
44
(i) nombor petak aksesori dan hubungkaitnya dengan
nombor petak dalam kurungan;
(ii) setiap keluasan petak aksesori ditunjukkan kepada
meter persegi terhampir;
(iii) setiap sempadan petak aksesori dengan garisan
malar berwarna biru; dan
(iv) sambungan yang mencukupi dalam garisan hitam
putus-putus sama dengan bearing dan jarak bagi
mengaitkan petak aksesori kepada bangunan; dan
(m) apa-apa maklu
top related