request for proposal (rfp) pembangunan ......bandar baru kota nilam perdana, mukim lembu, pendek,...
Post on 17-Feb-2020
49 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
"REQUEST FOR PROPOSAL" (RFP)
PEMBANGUNAN BANDAR BARU KOTA NILAM PERDANA,
MUKIM LEMBU, PENDEK, KOTA BHARU SELUAS 275.8
EKAR SECARA PENSWASTAAN
1.0 TUJUAN
1.1. Menawarkan kepada mana-mana syarikat atau pertubuhan
yang berkemampuan dan berpengalaman dalam
membangunkan sebuah Bandar Baru bernama Bandar Baru
Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu
Seluas 275.8 Ekar secara Penswastaan sebagaimana di
Lampiran A.
2.0 SYARAT-SYARAT UMUM RFP
RFP ini dibuka kepada mana-mana syarikat yang berkemampuan
dan memenuhi syarat:
a) Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya
RM1,000,000.00.
b) Mengemukakan ringkasan penyata kewangan terkini (3
tahun).
c) Kertas Cadangan Projek.
d) Lain-lain maklumat/dokumen yang boleh menyokong
permohonan.
e) Terbuka kepada syarikat tempatan dan asing yang
berpengalaman.
f) Membeli Dokumen RFP dengan harga RM5,000 dan Bayaran
Proses RM10,000.
g) Memahami terma di lampiran G.
3.0 CADANGAN KOMPONEN PEMBANGUNAN BANDAR BARU KOTA
NILAM PERDANA, MUKIM LEMBU, PENDEK, KOTA BHARU
SELUAS 275.8 EKAR SECARA PENSWASTAAN
3.1. Cadangan Komponen:-
(Komponen pembangunan adalah seperti konsep yang
telah dipersetujui di Lampiran A). 1
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
a) Perumahan yang mengandungi Apartment,
Kondominium, perumahan kos tinggi, perumahan kos
sederhana, perumahan kos rendah, pangsapuri kos
rendah dan rumah mampu milik .
b) Kemudahan masyarakat seperti tapak sekolah, klinik
kesihatan, balai polis dan sebagainya.
c) Pusat komersil atau bangunan perniagaan serta IKS.
d) Pusat Komuniti yang mengandungi dewan serbaguna,
bank dan sebagainya.
e) Pusat keagamaan yang mengandungi masjid atau surau.
f) Kemudahan awam yang lain yang mengandungi pasar
awam serta stesen bas dan teksi.
g) Taman Tempatan dan dataran .
h) Pusat Pengajian dan Kemahiran.
Sekiranya ada perubahan terhadap komponen ianya
hendaklah tidak lebih 30% dari komponen asal dan perlu
dinyatakan dengan jelas.
4. PERIHAL TANAH
a. Tanah yang dicadangkan seluas 275.8 ekar seperti pelan di
Lampiran A dan Lampiran B.
b. Keseluruhan tanah tersebut adalah tanah milik.
c. Lokasi tapak pembangunan terletak bersebelahan kawasan
perkampungan antaranya Kampung Keling, Kersak, Puteh dan
Lembu.
d. Terletak kira-kira 10.6 km dari Kota Bharu.
2
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
5. KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK 5.1. Pembangunan bandar baru ini akan dilaksanakan secara
penswastaan ini bermakna segala kos pengambilan balik tanah
dan pembangunan bandar baru ini ditanggung sepenuhnya
oleh pemaju.
6.0 PULANGAN KEPADA KERAJAAN
6.1 Pulangan kepada Kerajaan dikira melalui cara berikut :-
a. Kenaan caj sebanyak sekurang-kurangnya 20% dari
nilai tanah bagi kategori bangunan.
7.0 MAKLUMAT TERPERINCI YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH
PEMBIDA PROJEK
Cadangan itu hendaklah mengikut susunatur di bawah:
7.1 Maklumat Umum
Bahagian ini hendaklah mengandungi ringkasan eksekutif
yang merangkumi ;
i) Gambaran keseluruhan Projek (PIB),
ii) Pelaksanaan projek
iii) Jadual pelaksanaan dan
iv) Kos terperinci projek.
7.2 Pembida juga diminta untuk mengemukakan maklumat
lengkap mengenai Profil Syarikat yang merangkumi aspek
yang disenaraikan di bawah:
i. Nama syarikat;
ii. Pendaftaran Syarikat.
iii. Tahun Pemerbadanan;
3
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
iv. Sifat Perniagaan Utama;
v. Lokasi Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan;
vi. No Telefon, No Faks dan Alamat E-mel;
vii. Struktur Modal;
viii. Jenis Pertubuhan;
ix. Lembaga Pengarah;
x. Maklumat Pengurusan Tertinggi; dan
xi. Bilangan Pekerja.
7.3 Pembida juga diminta menyerahkan salinan pendaftaran
dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk syarikat
tempatan , Kementerian Kewangan / Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) / Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
7.4 Syarikat asing yang menyertai RFP dikehendaki menyerahkan
surat dari Kedutaan yang mengesahkannya adalah sebuah
syarikat Bona Fide.
7.5 Pembida mesti menyediakan akaun teraudit untuk tiga tahun
yang lalu, senarai projek (tempatan dan asing) dan kelayakan
juga harus dimasukkan.
8. KEUPAYAAN KORPORAT PEMBIDA 8.1 Keupayaan Pembangunan Projek dan Pengalaman
a) Pembida Projek mesti mengenal pasti perundingnya,
kontraktor, pembekal, pengendali dan pembiaya yang terlibat
untuk cadangan projek yang dicadangkan.
b) Pembida Projek mesti mengemukakan Ringkasan
Pengurusan Projek bagi pembangunan dan pelaksanaan projek
termasuk ringkasan fungsi pengurusan utama untuk
dilaksanakan dan keperluan jawatan untuk dipenuhi.
Ringkasan Pengurusan Projek hendaklah merangkumi Jadual
Pembinaan Projek dan operasi komersial. Dokumen yang
menunjukkan komitmen atau niat untuk mengambil bahagian
dalam projek ini mesti dimasukkan ke dalam cadangan ini.
4
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
c) Surat Persefahaman atau ikatan kontrak dari pihak
sekutu lain yang menunjukkan komitmen dalam menjayakan
projek ini harus dimasukkan jika ada.
d) Pertukaran Syarikat pemohon atau usahasama tidak
dibenarkan selepas diluluskan melainkan selepas mendapat
kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri.
8.2 Keupayaan Teknikal Pembangunan
Bahagian ini mesti lengkap dan mengandungi maklumat yang
mencukupi untuk memperlihatkan bahawa Pembida Projek
mampu untuk merekabentuk, membina dan mengendalikan
Projek yang dicadangkan.
Sekurang-kurangnya, hendaklah termasuk:
i. Pengalaman staf teknikal;
ii. Resume personal utama yang akan dikaitkan dengan
projek tersebut dan nama-nama perunding yang akan
digunakan untuk Projek; dan
iii. Senarai projek (bersama-sama dengan kos)
dibangunkan dan dikendalikan oleh Pembida Projek atau
rakan-rakan sekutunya yang bernilai lebih RM30 Juta.
8.3 Keupayaan Kewangan
i. Pemohon atau syarikat atau badan yang ingin memohon
hendaklah :-
a) Mempunyai modal berbayar (Paid–up capital
RM1,000,000.00 sekurang-kurangnya).
b) Mengemukakan ringkasan penyata kewangan
terkini dan 3 tahun kebelakang.
c) Mengemukakan projek-projek yang telah
dilaksanakan dan nilai projek tersebut hendaklah
5
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
sekurang-kurangnya RM30 Juta samada oleh
syarikat ibu/sekutu/kongsi/konsortium.
d) Mengemukakan keupayaan dalam mendapatkan
dana bagi projek ini samada dari rakan kongsi
atau bank atau lain-lain yang boleh meyakinkan
Kerajaan.
8.4 Anggaran Kos, Pendanaan dan Pulangan Pelaburan(ROI)
a) Pembida Projek hendaklah menyediakan kos modal dan
kos operasi yang mencukupi.
b) Pembida Projek mesti menyediakan pelan pembiayaan
projek terperinci termasuk butiran hutang dan ekuiti,
bersama dengan dokumentasi yang menunjukkan
pengalaman dalam mendapatkan pembiayaan untuk
projek-projek saiz yang sama.
c) Pembida Projek hendaklah menyediakan aliran tunai
projek terperinci dan menunjukkan aliran pendapatan
yang diperlukan untuk memberikan pulangan pelaburan
(iaitu untuk memenuhi keperluan perkhidmatan hutang
dan untuk memberi pulangan yang munasabah kepada
pelabur ekuiti) di bawah syarat operasi biasa sepanjang
tempoh kontrak yang dicadangkan. Pembida Projek juga
diminta menunjukkan andaian keperluan dan syarat
perkhidmatan hutang.
Disediakan oleh:
BKPK, SUK
1HB JANUARI 2020
6
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
LAMPIRAN A
PEMBANGUNAN BANDAR BARU KOTA NILAM PERDANA,
MUKIM LEMBU, PENDEK, KOTA BHARU SELUAS 275.8
EKAR SECARA PENSWASTAAN
7
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
8
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
LAMPIRAN B
LOKASI CADANGAN PEMBANGUNAN BANDAR BARU KOTA NILAM
PERDANA, MUKIM LEMBU, PENDEK, KOTA BHARU SELUAS 275.8
EKAR SECARA PENSWASTAAN
Lokasi tapak sebagaimana yang ditunjukkan dengan Arrow diatas.
9
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
Appendix C
SECRETARIAT
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)
Tingkat Bawah, Blok 1
Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu
UP: Bahagian Pelaburan Negeri
10
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
11
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
12
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
13
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
14
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
APPENDIX F1
INTERGRITY PACT DECLARATION FORM BIDDER’S DECLARATION FORM FOR RFP
15
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
APPENDIX F2
INTERGRITY PACT DECLARATION FORM SUCCESSFUL BIDDER’S DECLARATION FORM
16
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
LAMPIRAN G
"REQUEST FOR PROPOSAL" (RFP)
PEMBANGUNAN BANDAR BARU KOTA NILAM PERDANA,
MUKIM LEMBU, PENDEK, KOTA BHARU SELUAS 275.8
EKAR SECARA PENSWASTAAN
TERMA DAN SYARAT
a. Pembida Projek dijemput untuk mengemukakan cadangan
mereka mengikut keperluan yang terkandung di dalam Para 3
dokumen ini. Apa-apa kegagalan untuk menyediakan semua
maklumat / dokumen yang dinyatakan boleh mengakibatkan
penolakan cadangan atau memberi penilaian yang lebih
rendah.
b. Pembida Projek hendaklah menanggung semua kos yang
berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan cadangannya
ini.
c. Pembida Projek dikehendaki mengemukakan RM10,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) melalui cek bank / wang
pos sebagai bayaran pemprosesan kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan apabila mengemukakan cadangan
itu. Cek peribadi dan cek syarikat tidak dapat diterima. Jumlah
ini tidak boleh dikembalikan.
d. Cadangan yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak
akan dilayan.
e. Satu (1) softcopy dan satu (2) salinan hardcopy mestilah
dikemukakan ke alamat berikut:
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan
Ting 1, Blok 1, Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu
Kelantan
f. Penyerahan dokumen RFP hendaklah diletakkan di dalam sampul surat yang tertutup, ditandakan dengan jelas di sudut
17
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
kanan atas petak itu sebagai " Pembangunan Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 ".
g. Semua cadangan hendaklah dalam bahasa Melayu.
h. Semua cadangan hendaklah ditaip pada kertas A4 (8.27 "x
11.69"). Setiap bahagian hendaklah bermula pada halaman
baru dan diletakkan dengan betul. Setiap halaman akan diberi nombor dalam urutan dan hendaklah termasuk pengenalan Pembida Projek.
i. Cadangan mesti ditandatangani oleh seorang pegawai yang
diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak organisasi yang mengemukakan cadangan itu (Lampiran E).
j. Penaja Projek dikehendaki menandatangani Borang
Pengisytiharan Integriti Pact seperti di Lampiran F1 dan F2 dan memahami 'Fasal Pencegahan Rasuah dalam Dokumen Perolehan Kerajaan' seperti di Lampiran G.
k. Sebarang cadangan untuk ciri atau alternatif tambahan, dalam
rangka kerja umum yang dinyatakan adalah dialu-alukan.
l. Syarikat yang menyertai RFP ini sama ada boleh mengemukakan cadangan sendiri atau dengan kerjasama
orang lain atau gabungan konsortium. Walau bagaimanapun, peranan dan tanggungjawab setiap syarikat mestilah
dinyatakan dengan jelas.
m. Tiada pindaan boleh dibuat kepada cadangan itu selepas penyerahannya.
n. Kerajaan mempunyai budi bicara mutlak untuk menerima atau
menolak cadangan yang dikemukakan dan tidak diwajibkan dalam apa cara untuk memberi projek kepada orang dan atau
syarikat yang mengemukakan cadangan itu. Kerajaan tidak perlu untuk memberikan alasan apa pun terhadap penolakan.
o. Selepas penerbitan RFP, maklumat berkaitan dengan
kandungan, pemeriksaan, penilaian dan perbandingan cadangan RFP dan pemberian kontrak tidak akan didedahkan
kepada responden atau orang lain yang tidak secara rasmi terlibat dengan proses tersebut.
p. Semua penyerahan tawaran adalah sah selama enam (6)
bulan dari tarikh tutup tawaran RFP ini tetapi Kerajaan berhak
18
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
melanjutkan tempoh sah tiga (3) bulan tambahan dengan
memberi notis kepada responden.
q. Hanya syarikat yang disenarai pendek dan / atau berjaya dalam RFP ini akan diberitahu mengenai status mereka dan akan dikehendaki membuat representasi terhadap cadangan mereka. Tidak akan ada pemberitahuan status penawaran kepada syarikat yang tidak berjaya.
r. Kerajaan tidak diwajibkan memaklumkan atau memberi butir-
butir mengenai proses pemilihan kepada Pembida Projek yang berjaya atau tidak berjaya.
s. Pembida Projek yang berjaya dikehendaki menandatangani
perjanjian rasmi dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga memiliki hak untuk mengenal pasti pihak berkuasa / agensi mana yang akan ditugaskan sebagai pihak atau wakil untuk tujuan perjanjian penandatanganan.
t. Kegagalan Pembida Projek yang berjaya untuk mematuhi
keperluan yang ditetapkan akan menjadi alasan yang mencukupi untuk pembatalan award.
u. Pembida Projek yang berjaya dikehendaki dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh Surat Anugerah (LOA) suatu
bon prestasi dalam bentuk Jaminan Bank kepada jumlah yang bersamaan dengan lima peratus (5%) dari keseluruhan Kos
Projek yang dikeluarkan oleh bank berlesen yang beroperasi di Malaysia.
v. Jaminan Bank hendaklah disimpan sah dari tarikh terbitan
hingga tidak lebih awal daripada tiga (3) bulan selepas penyiapan projek. Sekiranya Pembida Projek gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan, Jaminan
Bank akan dilucuthakkan. Jaminan Bank juga akan dilucuthakkan jika Pembida Projek menarik balik Cadangannya
semasa tempoh sah atau sebarang pelanjutannya dan akan menjadi hasil Kerajaan.
w. Kerajaan pada setiap masa mempunyai hak untuk mengubah
dari semasa ke semasa spesifikasi dan keterangan yang disebut dalam RFP dan spesifikasi dan deskripsi yang diubah ini mesti dipatuhi oleh Pembida. Sekiranya sebarang pindaan kepada RFP ini, semua pemohon akan diberitahu dengan sewajarnya secara bersurat.
19
Bandar Baru Kota Nilam Perdana, Mukim Lembu, Pendek, Kota Bharu Seluas 275.8 Ekar
secara Penswastaan
RFP No: UPEN/RFP/01/-2020
x. Hendaklah dipersetujui dan difahami bahawa sekiranya rundingan ini gagal dan kontrak tidak ditandatangani, tidak akan ada tindakan tindakan terhadap Kerajaan oleh syarikat dan juga tidak akan mengambil suatu tindakan terhadap kerajaan untuk sebarang tindakan walau apa pun yang timbul.
y. Walaupun penjagaan diambil untuk memastikan bahawa fakta
dan maklumat yang terkandung dalam RFP ini adalah betul
pada masa ia dibentangkan, Kerajaan dengan ini tidak
membuat representasi tentang ketepatan dan kecukupan fakta dan maklumat yang terkandung dalam RFP. Kerajaan tidak
akan bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidaktepatan atau kekurangan fakta dan maklumat sedemikian.
Disediakan Oleh
BKPK, SUK
1HB JANUARI 2020
20
top related