politeknik sultan haji ahmad shah mesin pemotong … pemotong rumput... · of lawnmower engine....
Post on 13-Mar-2019
321 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
MESIN PEMOTONG RUMPUT MENGGUNAKAN MOTOR
PENGHIDUP
NAMA NO. PENDAFTARAN
MUHAMMAD NASRULLAH BIN 02EKM14F2001
ABDULLAH
CHE WAN MUHD NIZAMMUDDIN 02DKM14F2002
BIN CHE WAN MOHD NARAWI
MUHAMMAD FARHAN AFIQ BIN 02DKM14F2010
MOHD AZIZAN
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DISEMBER 2016
2
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
MESIN PEMOTONG RUMPUT MENGGUNAKAN MOTOR
PENGHIDUP
NAMA NO. PENDAFTARAN
MUHAMMAD NASRULLAH BIN 02EKM14F2001
ABDULLAH
CHE WAN MUHD NIZAMMUDDIN 02DKM14F2002
MUHD FARHAN AFIQ BIN MOHD 02DKM14F2010
AZIZAN
Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan
Mekanikal.
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
DISEMBER 2016
3
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK
TAJUK : MESIN PEMOTONG RUMPUT MENGGUNAKAN MOTOR
PENGHIDUP
SESI : DISEMBER 2016
1. Kami, 1. MUHAMMAD NASRULLAH BIN ABDULLAH (02EKM14F2001)
2.CHE WAN MUHAMMAD NIZAMMUDDIN (02DKM14F2002)
3.MUHAMMAD FARHAN AFIQ BIN MOHD AZIZAN (02DKM14F2010)
adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Mekanikal,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat di Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah, Semambu 25350, Kuantan. (selepas ini dirujuk sebagai Politeknik tersebut)
2. Kami mengakui bahawa Mesin Pemotong Rumput Menggunakan Motor
Penghidup dan harta intelek yang ada didalamnya adalah reka cipta kami tanpa
mengambil atau meniru mana- mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.
3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek kepada Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut :-
1) MUHAMMAD NASRULLAH BIN ABDULLAH ) …………………….
( No. Kad Pengenalan:-930303-03-6539) ) MUHAMMAD NASRULLAH
2) CHE WAN MUHAMMAD NIZAMMUDDIN ) …………………….
( No. Kad Pengenalan:-961103-06-5847) ) CHE WAN NIZAMMUDDIN
3) MUHAMMAD FARHAN AFIQ ) …………………….
(No. Kad Pengenalan:- 961118-06-5719) ) MUHAMMAD FARHAN
Di hadapan saya, AZMAN BIN MD SALEH ) …………………….
sebagai penyelia projek pada tarikh : …………… ) AZMAN BIN MD SALEH
4
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Illahi kerana telah
diberi kekuatan dan kesihatan kepada kami untuk meneruskan kehidupan di dunia ini
seperti biasa untuk membolehkan kami menyiapkan projek akhir ini dengan jayanya.
Tanpa izin dariNya kemungkinan kami tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik.
Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami
iaitu Encik Azman Bin Saleh untuk bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai
sepanjang kami melaksanakan projek ini
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberi
semangat kepada kami supaya dapat meneruskan perjuangan kami ini. Tidak lupa juga
kepada ahli kumpulan kerana telah memberi kerjasama yang baik semasa melakukan
projek ini. Penghargaan yang terakhir sekali adalah kami juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ahli keluarga kami yang banyak memberikan kata-kata semangat dan
nasihat semasa kami melakukan projek ini. Oleh itu, tanpa anda semua kemungkinan
projek kami lakukan ini tidak akan berjaya dan sempurna.
5
ABSTRAK
Mesin pemotong rumput menggunakan motor penghidup ini merupakan satu projek yang
kami laksanakan bagi memudahkan pengguna mesin pemotong rumput menghidupkan
mesin. Pengguna mesin pemotong rumput yang menggunakan “pull starter” perlu
menggunakan tenaga yang banyak bagi menghidupkan mesin pemotong rumput tersebut.
Selain itu, terdapat juga masalah apabila hendak menggunakan mesin pemotong rumput
mereka, tali “pull starter” tersebut putus kerana reput disebabkan oleh terkena air ataupun
telah lama tidak digunakan. Oleh itu, kami telah mendapat inspirasi untuk melakukan
penambah baikkan pada mesin rumput sedia ada dengan menggantikan “pull starter” yang
terdapat pada mesin rumput dengan motor penghidup supaya pengguna yang ingin
menggunakan mesin pemotong rumput ini tidak lagi perlu menggunakan tenaga untuk
menghidupkan mesin pemotong rumput tersebut sebaliknya hanya perlu menekan “push
button” yang disambungkan ke motor penghidup bagi membolehkan mesin pemotong
rumput tersebut berfungsi. Objektif bagi projek ini ialah bagi memudahkan lagi
pengguna dalam proses mereka untuk menghidupkan mesin pemotong rumput ini. Selain
itu, ianya bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam
menghidupkan mesin pemotong rumput ini serta menjimatkan masa para pengguna.
Mesin pemotong rumput ini juga direka bagi menguji keberkesanan motor penghidup
pada mesin pemotong rumput bagi tujuan penambah baikkan. Bahan bagi melaksanakan
projek ini menggunakan motor penghidup yang digunakan pada motosikal bagi
membolehkan takal berpusing untuk menghidupkan enjin mesin rumput. Manakala, bagi
proses pembentukkan komponen, kajian metodologi digunakan serta berpandukan carta
alir dalam proses perancangan, penghasilan dan pengujian projek. Hasilnya, dengan
mengikuti langkah serta prosedur yang betul, projek ini telah berjaya dilaksanakan.
6
ABSTRACT
Mower using the starter motor is a project that we have implemented for the convenience
of lawnmower engine. Users lawnmower that uses "pull starter" should use a lot of
energy to turn on the lawnmower. In addition, there are also problems when it comes to
using their lawn mowers, string "pull starter" is broken because of decay caused by
exposure to water or has not been used. Therefore, we have been inspired to do the adder
baikkan on mower existing by replacing "pull starter" of the mower with a starter motor
so that users who want to use the lawn mower is no longer necessary to use force to turn
the lawnmower instead only need to press the "push button" connected to the starter
motor to allow the mower to work. The objective of this project is to facilitate the users in
their processes to turn on this lawn mower. In addition, it aims to reduce the use of
manpower in turn mower to save time as well as consumers. Mower is also designed to
test the effectiveness of the starter motor on the mower for the purpose of enhancing
baikkan. Materials for this project using the starter motor used on motorcycles to allow
pulley swivel mower to start the engine. Whereas, for the process of formation of the
components, according to the study methodology used and a flow chart of the process of
designing, producing and testing the project. As a result, by following the correct steps
and procedures, the project has been successfully implemented.
7
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN KEASLIAN DAN HAKMILIK
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL
3
4
5
6
7-9
10
11
12
SENARAI SINGKATAN 13
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 14
1.2 Pernyataan Masalah 15
1.3 Objektif Kajian 15
1.4 Skop Kajian 15
1.5 Kepentingan Kajian 16
1.6 Rumusan bab 16
8
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Pengenalan bab 17
2.3 Konsep/Teori 18-19
2.4 Komponen yang digunakan 20-26
2.5 Kajian terdahulu 27-30
2.6 Kesimpulan 30
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan Bab 31-32
3.2 Carta Aliran 32
3.3 Konsep Kerja PRIME 34-42
3.4 Kesimpulan Bab 43
4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisa Kejuruteraan 45-46
4.3 Hasil Dapatan Kajian 46
4.4 Perbincangan 47
4.5 Kesimpulan Bab 48
9
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Kesimpulan 49-50
5.3 Cadangan 50
5.4 Rujukan 51
5.5 Lampiran 52
10
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.4.1 Spesifikasi mesin rumput 20
2.4.2 Spesifikasi motor penghidup 21
2.4.3 Spesifikasi gear 22
2.4.4 Spesifikasi bateri 23
2.4.5 Spesifikasi suis 24
2.4.6 Spesifikasi besi 25
2.4.7 Spesifikasi rantai 26
3.3.1 Jadual penilaian bermatrik 39
3.3.2 Jadual anggaran kos 40
3.3.3 Carta gantt 52
11
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Rajah Mesin rumput 20
2.2 Rajah Motor penghidup 21
2.3 Rajah Gear 22
2.4 Rajah Bateri 23
2.5 Rajah Suis 24
2.6 Rajah Besi 25
2.7 Rajah Rantai 26
3.2.1 Rajah carta alir 33
3.3.1 Konsep rekabentuk 1 35
3.3.2 Konsep rekabentuk 2 36
3.3.3 Konsep rekabentuk 3 37
3.3.4 Lukisan berbantu komputer 38
13
SENARAI SINGKATAN
Kg Kilogram
g gram
cm centimeter
m meter
v Voltan
Hv Frekuensi
RM Ringgit Malaysia
PE ( tenaga keupayaan )
14
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Mesin rumput galas merupakan antara alat utama yang digunakan untuk kerja-kerja
memotong rumput di laman-laman rumah, padang bola mahupun taman permainan. Di
zaman yang semakin maju ini alatan tangan seperti sabit semakin kurang digunakan
kecuali di halaman yang kecil ataupun yang tidak berkemampuan. Sebahagian besar
masyarakat pasti akan menggunakan mesin rumput untuk memotong rumput ini kerana
lebih menjimatkan tenaga serta menjimatkan masa.
Bagi kontraktor yang mengambil upah memesin rumput di kawasan-kawasan
tertentu, mesin rumput galas ini digunakan dalam kuantiti yang banyak bagi mempercepat
dan memudahkan kerja. Dalam keadaan seperti ini, sudah semestinya mesin rumput perlu
berfungsi tanpa sebarang masalah terutama bagi menghidupkan mesin.
Justeru itu, idea diperoleh untuk menggantikan “pull starter” pada mesin rumput
dengan motor penghidup. Dengan menggunakan kaedah motor penghidup ini boleh
memudahkan mesin untuk dihidupkan dan pengguna tidak perlu risau tentang masalah
“pull starter” yang mudah putus. Motor penghidup ini juga mampu mengurangkan
penggunaan tenaga untuk menghidupkan mesin serta memudahkan pengguna untuk
menghidupkan kembali mesin jika ianya tidak berfungsi ketika mereka sedang
menggunakannya.
15
1.2 PENYATAAN MASALAH
Kebanyakan pengguna mesin rumput galas mempunyai masalah dengan “pull
starter” kerana tali “pull starter” pada mesin rumput mudah putus atau reput jika
sering digunakan serta dibiarkan terkena air. Pengguna juga perlu menggunakan
tenaga yang banyak untuk menghidupkan mesin jika menggunakan “pull starter”.
“Pull starter” pada mesin rumput galas menyukarkan pengguna untuk menghidupkan
mesin jika ianya tidak berfungsi ketika sedang digunakan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
i. Merekabentuk mesin rumput menggunakan motor penghidup
ii. Menjimatkan masa dan tenaga pengguna.
iii. Menguji keberkesanan motor penghidup pada mesin rumput galas bagi tujuan
penambahbaikkan pada mesin.
1.4 SKOP KAJIAN
i. Motor penghidup berfungsi sebagai penghidup mesin rumput menggantikan “pull
starter”.
ii. Mesin ini dilengkapi bateri yang disambung ke motor penghidup.
iii. Jenis bateri yang digunakan pada mesin ini ialah bateri sel basah bervoltan 12v.
16
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Dalam melaksanakan sesuatu projek, menjalankan kajian adalah amat penting bagi
memastikan projek yang dihasilkan mengikut serta memenuhi kehendak pengguna.
Kajian yang dilakukan dapat membantu pelajar untuk memastikan projek yang dijalankan
mampu terhasil mengikut masa yang ditetapkan serta spesifikasi yang diinginkan dapat
dipenuhi. Kajian yang dijalankan mampu membantu pelajar membezakan kos serta
kemudahan untuk mencari bahan yang diperlukan. Jika kajian tidak dilakukan terlebih
dahulu, pelajar mungkin akan menggunakan kos yang berlebihan serta projek yang
dihasilkan mungkin tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
1.6 RUMUSAN BAB
Dalam bab ini dibincangkan tentang objektif yang ingin dicapai dalam melakukan
projek ini. Selain itu, disertakan skop kajian dimana serta penyataan masalah. Tujuan
penyataan masalah ini dibincangkan kerana projek yang ingin dijalankan ini perlu
mengatasi segala masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi menarik minat pengguna
serta memuaskan keinginan para pengguna. Kepentingan kajian yang dinyatakan di dalam
bab ini ialah tentang perkara yang perlu dititik beratkan bagi melaksanakan projek ini.
Antara aspek yang paling penting ialah projek ini harus mempunyai ciri-ciri keselamatan
serta memenuhi kehendak pengguna.
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji
permasalahan kajian. Kajian literatur digunakan untuk memberikan konteks kajian
dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan
sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain.
Kandungan dalam bab ini boleh mengandungi satu pengenalan ringkas kepada tajuk
kajian, konsep atau toeri yang berkaitan, kajian terdahulu yang ada kaitan dalam bidang
kajian dan rumusan bab ini.
2.2 PENGENALAN BAB
Dalam melaksanakan sesuatu projek, adalah amat penting untuk menjalankan
kajian tentang komponen yang perlu digunakan untuk menyiapkan projek tersebut. Bab
ini menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.
Selain itu , bab ini menerangkan tentang bahan yang digunakan, untuk tujuan literatur ,
ianya adalah trend keseluruhan tajuk, cadangan dalam teori, metodologi, bukti dan
kesimpulan atau masalah. Pentingnya kajian ini adalah untuk membantu memudahkan
18
pengguna mengetahui tentang komponen serta bahan-bahan yang digunakan dalam
menjayakan projek.
2.3 TEORI
Bahagian ini menerangkan tentang teori yang digunakan untuk mendapatkan
bacaan untuk data yang dikehendaki semasa uji lari. Selain itu, dalam bahagian teori ini
juga ia menerangkan tentang formula-formula yang terlibat dalam pengiraan data projek
ini. Semua formula yang digunakan telah dirujuk dengan penyelia projek bagi
mendapatkan penerangan tentang formula yang akan digunakan.
2.3.1 Tenaga Keupayaan
Tenaga keupayaan adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan atau
jasad kerana kedudukannya. Tenaga keupayaan ini dikira berdasarkan tenaga yang
digunakan manusia untuk menghidupkan mesin pemotong rumput dengan
menggunakan “pull starter”. Tenaga keupayaan ini dikira dengan menggunakan
rumus PE ( tenaga keupayaan ) bersamaan dengan m ( jisim ), g ( graviti ), h (
tinggi ) seperti dibawah :
PE ( tenaga keupayaan ) = m ( jisim ) g ( graviti ) h ( tinggi )
19
2.3.2 Masa yang diambil
Masa yang diambil oleh gear yang dibekalkan kuasa elektrik secara. Ianya
dikira dengan menggunakan rumus T ( masa ) bersamaan dengan d ( jarak )
bahagi v ( halaju ) seperti dibawah :
T (masa) = d (jarak)
v (halaju)
2.3.3 Kelajuan yang diperlukan
Kelajuan yang diperlukan gear yang disambung menggunakan rantai untuk
menmbolehkan enjin pada mesin rumput berfungsi. Arus elektrik yang dibekalkan
oleh bateri akan bertindak balas apabila starter elektrik ditekan maka gear yang
terdapat akan berputar sehingga mencapai kelajuan yang cukup untuk
menghidupkan enjin mesin rumput. Kelajuan ini dikira dengan menggunakan
rumus s ( speed ) bersamaan dengan d (distance ) dibahagikan dengan t ( time)
seperti yang dibawah :
s ( speed ) = d ( distance )
t ( time )
20
2.4 KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
i. Mesin rumput
Tujuan : Bahan utama dimana “pull starter” ditukar kepada motor penghidup
Spesifikasi :
Jadual 2.1: Spesifikasi Mesin Rumput
Kapasiti tangki 1.2 ℓ
Kuasa 1.4Hp
Kelajuan 7000rpm
Silinder 32cc
Mesin rumput yang digunakan mempunyai tangki yang mampu menampung
minyak sebanyak 1.2 liter serta mempunyai kuasa sebanyak 1.4Hp. Kelajuan putaran
pada bilah pemotong rumput ialah sebanyak 7000rpm maksimum. Mesin rumput ini
dibekalkan dengan silinder 32cc.
Rajah 2.1: Mesin Rumput
21
ii. Motor Penghidup
Tujuan : Berfungsi sebagai penghidup mesin rumput
Spesifikasi :
Jadual 2.2: Spesifikasi Motor Penghidup
Voltan 12v
Frekuensi 75Hz
Berat 250g
Motor penghidup merupakan komponen utama dalam melaksanakan projek ini
kerana ianya menggantikan “pull starter” yang terdapat pada mesin rumput yang
berfungsi sebagai penghidup mesin pemotong rumput. Motor penghidup yang digunakan
adalah motor penghidup yang digunakan pada motosikal empat lejang bervoltan 12v.
Frekuensi bagi motor penghidup ini adalah 75Hz.
Rajah 2.2 : Motor Penghidup
22
iv. Gear
Tujuan : Menggerakkan rantai
Spesifikasi :
2.3: Spesifikasi Gear
Saiz 32 gigi gear
Jenis Besi tahan karat
Berat 100g
Gear adalah komponen yang digerakkan melalui rantai yang disambung pada dua
buah gear yang membolehkan gear tersebut berputar lalu membekalkan kuasa kepada
kompressor untuk menghidupkan enjin mesin rumput. Saiz gear yang digunakan adalah
32 gigi gear dan merupakan gear yang tahan karat. Gear yang diletakkan pada motor
penghidup disambung kepada gear yang diletakkan pada tapak asal “pull starter”
menggunakan rantai.
Rajah 2.3: Gear
23
iv. Bateri
Tujuan : Sumber tenaga elektrik
Spesifikasi :
2.4: Spesifikasi Bateri
Saiz 10x7 cm
Berat 400g
Kelebihan Boleh diisi semula
Bateri merupakan penjana kuasa bagi motor penghidup untuk membolehkannya
berputar bagi menghidupkan enjin mesin pemotong rumput. Saiz bateri yang digunakan
ialah 10x7 cm dan mempunyai berat 400g. Kelebihan bagi bateri yang digunakan ini ialah
ianya boleh diisi semula kerana merupakan bateri sel basah.
Rajah 2.4: Bateri Sel Basah
24
v. Suis
Tujuan : Digunakan untuk mematikan enjin mesin rumput
Spesifikasi :
2.5: Spesifikasi Suis
Jenis Plastik
Warna Hitam
Berat 50g
Suis berfungsi sebagai pemati mesin rumput. Suis merupakan komponen yang
memutuskan aliran elektrik yang dibekalkan oleh bateri. Jenis suis yang digunakan ialah
jenis plastik dan mempunyai berat 50 g. Suis ini terletak pada batang mesin rumput dan
ianya akan memutuskan aliran elektrik serta merta jika ditekan.
Rajah 2.5: Suis
25
vi. Besi
Tujuan : Sebagai tapak pemegang starter
Spesifikasi :
2.6: Spesifikasi Besi
Jenis Keluli
Panjang 2 m
Ketebalan 1 cm
Besi ini digunakan sebagai tapak pemegang bateri. Besi ini dikimpal pada sisi
mesin pemotong rumput untuk memudahkan ianya ditukar atau diisi semula. Besi yang
digunakan merupakan jenis keluli dan mempunyai kepanjangan 2 m. Tebal besi ini ialah
1 cm.
Rajah 2.6: Besi
26
vii. Rantai
Tujuan : Berfungsi sebagai penghubung putaran gear
Spesifikasi :
2.7: Spesifikasi Rantai
Jenis Tahan karat
Panjang 40 cm
Ketebalan 1 cm
Rantai merupakan komponen utama bagi membolehkan motor penghidup
berputar. Rantai yang digunakan mempunyai kepanjangan 40 cm serta merupakan rantai
tahan karat. Rantai ini perlu sentiasa diselenggara bagi memastikan ianya berfungsi
dengan baik serta sentiasa bersalut dengan minyak pelincir.
Rajah 2.7: Rantai
27
2.5 KAJIAN TERDAHULU
i. Sejarah Mesin Rumput
Bagi pemilik rumah yang memiliki halaman luas akan selalu mendapat kesulitan
untuk memotong rumput di perkarangan. Hal itu menjadi dasar pemikiran seorang warga
Inggeris yang bernama Edwin Beard Budding, seorang pemuda yang memperolehi idea
untuk mencipta mesin pemotong rumput bagi memudahkan proses memotong rumput.
Edward Beard Budding lahir pada tahun 1830 , di Kota Stroud , Gloucestershire ,
Inggeris. Semenjak kecil beliau telah memiliki bakat sebagai seorang pencetus idea.
Kedua ibu dan bapanya adalah petani yang tinggal di Stroud , Glouchestershire.
Meskipun tergolong dalam golongan miskin , orang tuanya sanggup menyekolahkan
Budding hingga mendapatkan gelaran pencipta. Sebelum menciptakan mesin pemotong
rumput, Budding bekerja sebagai pemotong kain di sebuah kedai fabric pakaian di
Chalford. Di tengah kesibukan dalam memotong kain , ia masih sempat memikirkan idea
untuk menciptakan sesuatu yang berguna bagi kepentingan publik.
Suatu hari , Budding berfikir bagaimana cara memotong rumput di halaman rumahnya
dengan cepat dan rapi. Budding terinspirasi menciptakan mesin pemotong rumput setelah
memerhatikan cara kerja mesin pemotong pakaian yang berbentuk silinder. Mesin
tersebut dilekatkan pada papan untuk menghaluskan pakaian setelah ditenun. Dengan
tekun Budding mengamati cara kerja mesin pemotong pakaian tersebut.
Pada tahun 1927 , Budding mulai mengambarkan konsep kerja mesin pemotong kain
tersebut untuk diterapkan sebagai mesin pemotong rumput. Budding mencipta mesin
tersebut dengan menggunakan besi yang dilekapkan dengan roda yang berpisau. Dalam
proses pergerakan mesin ini, pisau tersebut akan digerakkan oleh mesin untuk meratakan
permukaan rumput. Sejak saat itu Budding dikenali oleh masyarakat Inggeris sebagai
seorang pekerja tekstil yang berhasil mencipta mesin pemotong rumput pertama. Alat ini
merupakan adaptasi dari tekanan putar yang digunakan untuk memotong serat pada
karpet.
28
Setelah beberapa tahun Budding berhasil membuat model pertama mesin pemotong
rumput. Bahkan , Budding mengajak seorang pemuda terkenal bernama John Ferrabee
untuk berkolaborasi mengembangkan penemuannya yang menakjubkan itu. Berasa yakin
dengan ciptaannya mampu mendatangkan hasil, pada 18 Mei 1830, Budding
mendapatkan bantuan dana daripada John Ferrabee untuk menghasilkan mesin pemottong
rumput di kota kelahirannya , Stroud , Gloucestershire , Inggeris. Pada 25 Oktober 1830 ,
beliau memperkenalkan karyanya yang menakjubkan itu di Inggeris.
Pada 1831 , untuk pertama kalinya mesin pemotong rumput ciptaan Budding mula
dikenalkan pada masyarakat dengan melakukan ujian pertama di taman Zoological
Inggeris. Hasilnya cukup memuaskan. Pada tahun yang sama , Budding mempromosikan
mesin ciptaan beliau yang mampu memotong rumput dengan lebih cepat dan mesin
ciptaan beliau tersebut terjual hingga 1000 unit. Sepuluh tahun kemudian , Budding
membuat inovasi dengan membuat mesin pemotong rumput menggunakan tenaga kuda.
Dalam perkembangannya , mesin ini mampu dihasilkan sehingga 5000 unit setiap
tahun. Namun , pada 1863, tanpa diketahui sebabnya, mesin yang dicipta dengan susah
payah ini telah mengalami kejatuhan. Pada awal 1900, unit yang sama dicipta. Alat ini
dikendalikan dengan tangan , ditarik oleh kuda atau diberi tenaga oleh mesin wap.
Pada tahun 1864, Edward Beard Budding telah meninggal dunia kerana terkena
penyakit stroke. Beliau dikebumikan di kota kelahirannya. Berkat jasanya , model
pertama mesin pemotong rumput yang dicipta beliau diabadikan di Museum Stroud,
Museum ilmiah London, dan Museum Milton Kyenes.
Gambar Rajah 2.6: Mesin Rumput
29
ii. Sejarah Motor Penghidup
Pada abad ini , hampir semua kenderaan, khususnya kereta menggunakan starter
elektrik. Namun tahukah anda bahawa teknologi ini sebenarnya sudah ditemukan seabad
yang lalu? Ya, starter elektrik pertama kali dikenalkan pada kereta Cadillac Touring
Edition tahun 1912 dan sebagai penghargaan terhadap para penemunya, kini General
Motor (GM) melakukan jamuan memperingati hal tersebut.
Kisah tentang penemuan starter elektrik ini bermula ketika penemunya Clyde J.
Coleman dari Rockaway Automobile Company di tahun 1903. Beliau memerhatikan
begitu susah para pengguna menggunakan engkol untuk menghidupkan mesin tersebut
selain membazirkan masa. Clyde J. Coleman mencipta starter elektrik pertama kali pada
24 November 1903. Beliau telah membuatkan generasi seterusnya tidak lagi perlu
bersusah payah dan memakan masa ketika menghidupkan mesin ataupun kenderaan.
Ketika itu Cadillac pun melakukan sedikit inovasi dalam periklanan yang mana setelah
adanya starter elektrik, mereka membuat iklan menampilkan perempuan dalam iklan ,
menunjukkan mereka sebagai pemandu, bukan penumpang. Jadi untuk memandu tidak
semata-mata urusan kaum adam, dengan adanya starter elektrik tersebut kaum perempuan
juga mampu melakukannya. Memasuki awal tahun 1990, kenderaan yang mempunyai
starter elektrik semakin popular dan mendapat permintaan yang sangat tinggi pada
pasaran automotif global hasil dari teknologi tersebut.
Ketika General Motor pertama kali memasang starter elektrik pada Cadillac Touring
Edition , mereka mendapat sambutan yang hangat kerana mereka mampu menghidukan
kenderaan dengan mudah. Namun perkara yang sedikit mengejutkan, meskipun pencipta
starter elektrik ini ialah Clyde J. Coleman tapi siapa sangka hak miliknya sendiri
dipegang oleh Charles F. Kettering dari Dayton Engineering Laboratories yang kemudian
dikenali dengan nama Delco. Kononnya starter elektrik yang direka bentuk oleh Charles
lebih ringkas dan banyak digunakan dari tahun 1911 dan mengalami banyak perubahan
dan penyempurnaan hingga saat ini.
30
Dipetik dari kata-katanya yang terkenal iaitu “Seorang penemu mengalami kegagalan
999 kali , jika berhasil sekali sahaja ia sudah menjadi seorang penemu. Mereka
menganggap kegagalan itu hanya sebagai latihan”, Charles F. Kettering telah melakukan
sebuah perubahan yang amat besar dalam dunia industri automotif.
Gambar Rajah 2.7: Motor Penghidup
2.6 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah menjalankan kajian terhadap barang-barang dan
komponen yang diperlukan untuk membina projek ini, didapati komponen yang
mempunyai spesifikasi yang sesuai perlu digunakan bagi membendung sebarang kejadian
atau kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, ia juga amat penting agar komponen ini
dapat menjimatkan kos untuk projek tahun akhir ini serta dapat menambah pengetahuan
tentang bahan-bahan yang digunakan untuk projek ini. Dalam pada itu, projek akhir ini
dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah sulit yang tidak dapat
diselesaikan.
31
BAB 3
METODOLOGI
.
Metodologi kajian merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan
dan menentukan tatacara yang efektik bagi menjawab pemasalahan kajian. Bab ini
merangkumi pengenalan bab, rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan data, instrument
kajian, kaedah analisis data dan rumusan bab. Namun demikian, subtajuk yang terdapat
dalam bahagian yang bergantung sebahagian besarnya kepada jenis projek yang
dilaksanakan. Sesetengah kajian mungkin memerlukan perbincangan lebih terperinci
berkaitan reka bentuk dan instrument kajian berbanding kajian yang lain.
3.1 PENGENALAN BAB
Metodologi adalah satu aspek kejuruteraan yang perlu diambil berat dalam
menghasilkan sesuatu produk. Metodologi ini di sama ertikan sebagai cara-cara kaedah
pemilihan dan analisis. Selain itu, dengan adanya metodologi ini produk yang dibuat
dapat diselesaikan dengan sempurna dan cemerlang.
Metodologi juga merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik digunakan.
Metodologi termasuk koleksi falsafah teori, konsep atau idea kerana ia berkaitan
dengan sesuatu bidang atau bidang siasatan. Kaedah merujuk kepada lebih daripada satu
set mudah kaedah, sebaliknya ia merujuk kepada rasional dan andaian falsafah bahawa
32
kajian sebagai garis bawah berbanding dengan kaedah saintifik. Inilah sebabnya mengapa
kesusasteraan ilmiah sering mengandungi satu bahagian pada para penyilidik.
Setiap langkah projek ini adalah satu proses untuk menyiapkan projek itu. Setiap
langkah mesti diikuti satu persatu dan perlu dilakukan dengan teliti. Jika beberapa
kesilapan berlaku ia boleh membuat projek mungkin tidak dapat beroperasi atau tidak
kelihatan kemas dan sempurna.
3.2 CARTA ALIRAN
Carta aliran projek akhir ini ditunjukkan di rajah 3.1. Pertama sekali ialah
berkumpul sesama ahli kumpulan untuk mengkaji keperluan pengguna untuk rekabentuk
mesin pemotong rumput menggunakan motor penghidup. Kemudian membuat senarai
masalah rekabentuk yang dihadapi. Seterusnya, merekabentuk projek semula dan
melakukan penilaian dan pemilihan konsep iaitu melakukan anggaran kos yang
diperlukan untuk menghidupkan alat ini. Akhir sekali, ujian dijalankan dan melakukan
pembaikkan akhir apabila terdapat beberapa kesilapan dan kekurangan yang tidak dapat
dikesan sebelum ujilari dilakukan dalam projhek yang dihasilkan sebelum
dipersembahkan kepada para panel penilai yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan untuk
menilai hasil dari projek yang dilakukan ini.
33
MULA
TAMAT
REKA BENTUK
AWAL
MEMAHAMI KONSEP
MODEL (PROJEK)
REKA BENTUK
AKHIR
PENYELIDIKAN
PROJEK
PEMASANGAN
(OPERASI)
PENGUJIAN
PEMILIHAN TAJUK
PROJEK
`
Rajah 3.1: Carta alir proses rekabentuk
34
3.3 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)
3.3.1 Problem Statement ( P )
i. Penyataan Masalah ( Rujuk Item 1.2 )
Kebanyakan pengguna mesin rumput galas mempunyai masalah dengan pull
starter kerana tali pull starter mudah putus atau reput jika sering digunakan serta
dibiarkan terkena air. Pengguna juga perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk
menghidupkan mesin jika menggunakan pull starter. Pull starter pada mesin rumput
galas menyukarkan pengguna untuk menghidupkan mesin jika ianya tidak berfungsi
ketika sedang digunakan.
3.3.2 Research (R)
i. Penyelidikan ( Rujuk Item 2.4)
Penyelidikan yang dilakukan adalah tentang bahan bahan yang sesuai
untuk digunakan bagi membangunkan projek kami ini. Antara bahan utama yang
digunakan dalam menjayakan projek ini ialah starter elektrik, gear, suis, bateri dan
besi. Pada item 2.4 disertakan kajian terdahulu yang dijalankan penyelidik
sebelum ini. Penyelidikan ini harus dijalankan bagi memastikan projek yang kami
jalankan ini menepati citarasa pengguna.
35
3.3.3 Invention ( I )
i. Percambahan Idea
a. Analisi Konsep Rekabentuk
Sebelum membuat atau reka bentuk sesuatu produk baru yang paling
penting untuk dilakukan adalah untuk menentukan aliran langkah reka bentuk
projek. Ia telah memisahkan empat langkah kepentingan bersama untuk
mewujudkan aliran reka bentuk produk. Seperti menentukan spesifikasi
mewujudkan konsep reka bentuk , membuat keputusan, dan reka bentuk
terperinci.
Rajah 3.2: Konsep Rekabentuk 1
36
Konsep rekabentuk 1 seperti di rajah 3.2 mempunyai kelebihan dari segi
menjimatkan kos kerana suis nya dilekapkan pada enjin mesin rumput tanpa perlu
menambah tapak tambahan bagi suis tersebut. Keburukkannya ialah kedudukan bateri
terlalu dekat dengan enjin menyukarkannya untuk berputar serta mungkin boleh
mendatangkan risiko kemalangan.
Rajah 3.3: Konsep Rekabentuk 2
Konsep rekabentuk 2 seperti yang tertera di rajah 3.3 mempunyai kelebihan dari
segi kedudukan bateri yang lebih strategic tanpa menganggu pergerakan enjin mahupun
komponen lain. Kelemahan pada lakaran ini ialah ianya tidak mempunyai suis untuk
37
mematikan enjin sekaligus menyukarkan pengguna kerana perlu menggunakan suis yang
berada pada batang mesin rumput tersebut.
Rajah 3.4: Konsep Rekabentuk 3
Konsep rekabentuk 3 seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.4 mempunyai
kelebihan pada bateri iaitu bateri diletakkan pada tapak baru. Tapak tersebut dihasilkan
dengan mengimpal besi tambahan pada bentuk sedia ada serta kedudukan bateri tidak
menggangu komponen lain.
39
ii. Pemilihan Idea
a. Jadual Penilaian Bermatrik
3.1: Jadual Penilaian Bermatrik
No.
Kriteria
Kriteria
minat
Konsep 1
Konsep 2
Konsep 3
Konsep
rujukan
1. Rekabentuk
komersial
4 - - +
D
A
T
U
M
2. Kos 5 + - -
3. Mudah alih 5 - + +
4. Saiz 4 - + +
5. Berat 4 + + +
6. Bahan 4 + - +
7. Jumlah + 3 3 5 0
8. Jumlah - 3 3 1 0
9. Jumlah keseluruhan 0 0 4 0
40
iii. Pemilihan Bahan
a. Anggaran Kos ( Bill of Materials )
3.2: Jadual Anggaran Kos
BIL ITEM KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH
1.
Motor Penghidup
1
RM 80
RM 80
2.
Gear
2
RM 10
RM 20
3.
Rantai
1
RM 15
RM 15
4.
Suis
1
RM 20
RM 20
5.
Bateri
1
RM 25
RM 25
6.
Besi
1
RM 10
RM 10
7.
Bolt dan nut
---
RM 10
RM 10
JUMLAH
RM 180
41
3.3.4 Modification ( M )
i. Pengujian
Tujuan menguji prototaip adalah untuk memastikan mekanisma yang kita gunakan
pada projek mampu berfungsi dengan sempurna serta tiada sebarang masalah pada projek.
Pengujian ini amat penting bagi memastikan tiada kekurangan serta spesifikasi yang
ditetapkan diikut sepenuhnya. Pengujian ini juga dilakukan bagi memastikan projek
berfungsi dengan baik sebelum dibentangkan kepada panel.
ii. Pengubahsuaian
Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin.
Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek jika terdapat
alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan berat mesin.
Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan
serta mengikut aspek yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti
spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin
dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna
mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya menjadi suatu tarikan dan
tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia lantas, mendatangkan hasil yang
lumayan kepada pelabur.
42
3.3.5 Evaluation ( E )
i. Prosedur Ujilari
Untuk menjalankan prosedur ujilari ini, projek perlu dipastikan berada didalam
keadaan yang baik serta selamat untuk diuji. Wayar-wayar elektrik yang terdapat pada
mesin tersebut perlu dipastikan bersambung dengan baik serta tidak mempunyai
kebocoran pada wayar yang disambungkan kepada bateri. Setelah memastikan mesin
berada dalam keadaan yang selamat, ujilari pun dimulakan. Starter ditekan bagi
menghidupkan mesin. Mesin berfungsi seperti yang diinginkan. Mesin diuji dengan saiz
gear yang berbeza untuk merekodkan masa yang diambil oleh mesin rumput untuk
berfungsi. Setelah melakukan ujian, gear bersaiz 32x12 adalah yang paling sesuai
digunakan kerana ia mengambil masa yang paling singkat. Selain itu, segala kerosakan
atau kecacatan pada projek perlu di lihat berulang kali dan dicatatkan pada buku atau
kertas untuk melakukan proses membaikpulih bahagian yang mengalami kerosakan pada
akhir proses ujilari. Pada masa yang sama data yang diperlukan perlulah diambil dan
dicatat pada buku catatan untuk dianalisis dan dibincangkan sesama ahli kumpulan projek
ini. Akhir sekali, projek dikemas semula kemudian diletakkan semula ke tempat yang
disediakan dan projek disimpan pada tempat yang selamat dan sesuai.
ii. Jadual diambil dan dicatatkan di dalam jadual dibawah :
3.3: Jadual Keputusan
Saiz gear Masa ( s )
32x12 5
32x15 8
24x15 10
43
3.4 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat di bab ini ialah, selepas menjalankan kajian bagi
bab tiga ini dan mendapat pengetahuan serta cara membuat projek dengan lebih jelas ,
terperinci dan mudah. Ini memudahkan lagi kerja-kerja yang dilakukan untuk
pembangunan projek. Data-data yang telah dikumpul dan dianalisis adalah data yang
amat penting dalam membuat projek akhir ini. Data-data ini semua dikumpul melalui
pelbagai jenis cara contohnya dengan melayari internet, membaca beberapa buah buku
yang berkaitan, di kedai-kedai dan melalui maklumat daripada pensyarah. Bab ini juga
menerangkan tentang kos bahan, kuantiti, harga serta jumlah keseluruhan yang
diperuntukkan bagi menyiapkan projek ini. Kajian rekabentuk yang dijalankan membantu
memudahkan proses bagi menentukan rekabentuk bagaimana yang sesuai dan tidak
menelan perbelanjaan yang banyak serta bahan yang ingin digunakan mudah diperolehi.
Selain daripada itu, dalam bab ini juga dapat mengetahui spesifikasi bahan yang berada di
pasaran serta harga-harga yang berbeza mengikut kedai-kedai yang berlainan. Faktor
pemilihan bahan juga amat penting dalam penghasilan projek ini. Ini kerana, pemilihan
barang yang tidak sesuai akan mendatangkan kemudaratan pada projek yang dihasilkan.
Contohnya, penggunaan bateri yang tidak cukup voltan akan menyebabkan “starter” tidak
mendapat kuasa yang mencukupi untuk menghidupkan enjin. Kegagalan dalam pemilihan
yang sesuai ini juga bukan sahaja membawa kemudaratan kepada projek malah ianya juga
akan menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk membeli bahan yang baru akibat daripada
kerosakkan yang dialami berpunca daripada kesilapan pemilihan bahan yang sesuai.
top related