perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
Post on 18-Aug-2015
79 Views
Preview:
TRANSCRIPT
- 1. SMK Sultanah Hajjah Kalsom (Shaks) 9 Mei 2015 (Sabtu)/ 20 Rejab 1436H
- 2. Laman blog cikgu www.iamchampion.blogspot.com bahan perbengkelan biologi 2015 2
- 3. SPM 2010 4. Rajah menunjukkan struktur satu sel haiwan. bahan perbengkelan biologi 2015 3
- 4. (a)(i) Pada Rajah, lebelkan P dan S. P: Membran plasma / sel S: Jalinan endoplasma kasar / JE kasar [Tolak: JEK] [2 markah] (ii) Terangkan fungsi kromosom. P1 Kromosom membawa / mengandungi maklumat genetik. [Tolak: mengandungi DNA] P2 Yang menentukan ciri-ciri dan fungsi-fungsi sel. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 4
- 5. (b) Terangkan apa yang akan berlaku kepada penghasilan enzim luar sel jika jasad Golgi dan S tidak ada. E1: Penghasilan (enzim luar sel) tidak lengkap // (enzim) tidak dihasilkan. [Tolak: sedikit enzim dihasilkan] E2: (Tanpa S) protein yg telah disintesiskan tidak boleh diangkut ke jasad Golgi (melalui vesikel angkutan). E3: (Tanpa jasad Golgi) protein tidak dapat diubah suai (kepada enzim luar sel) [Tolak: Enzim tidak boleh diubah suai] E4: (Protein) tidak dapat diasingkan (mengikut jenis). E5: (Enzim/ protein) tidak boleh dibungkus (dan dipindahkan kpd membran plasma untuk disingkirkan ke luar sel). E6: Tiada enzim / protein akan diangkut / dibebaskan / dihantar / dipindahkan keluar membran plasma. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 5
- 6. (c) Terangkan mengapa sel sperma mempunyai lebih mitokondrion. F: Mitokondria menjana tenaga / ATP // tapak respirasi sel. E: Sperma memerlukan jumlah tenaga yang banyak / lebih untuk bergerak / berenang (ke uterus / tiub fallopio semasa proses persenyawaan). [2 markah] (d) Terangkan bagaimana lisosom membantu dalam penyingkiran organel-organel yang rosak di dalam sel. P1: (Lisosom) merembeskan enzim (hidrolitik) // lisozim. P2: (Lisosom) /Lisozim / Enzim mencerna / menghidrolisis organel rosak. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 6
- 7. SPM 2011 (STRUKTUR) Rajah menunjukkan aras yang berbeza dalam organisasi sel bagi manusia daripada sel ke organ bahan perbengkelan biologi 2015 7
- 8. (a)(i) Namakan P, Q dan R. P: Tisu penghubung / (tisu) darah. [Tolak: plasma darah] Q: Pankreas. R: Sel otot / Sel otot licin. [Tolak: otot tanpa sel] [3 markah] (ii) Nyatakan satu fungsi sel darah. Mengangkut / membawa oksigen / karbon dioksida / gas respirasi. [Tolak: mengangkut darah / darah beroksigen / darah terdeoksigen] [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 8
- 9. (b) Terangkan fungsi Q dalam mengawal atur aras glukosa darah. F1: Pankreas merembeskan insulin apabila paras glukosa tinggi. E1: dengan menukarkan glukosa (berlebihan) kepada glikogen. [Tolak: berubah] E2: paras glukosa darah berkurang / kembali normal. ATAU F2: Pankreas merembeskan glucagon apabila paras glukosa rendah. E3: dengan menukarkan glikogen kepada glukosa. E4: paras glukosa meningkat/ kembali normal. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 9
- 10. SPM 2010 (Struktur) bahan perbengkelan biologi 2015 10 Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 masing-masing menunjukkan pergerakan bahan X dan Y merentasi membran plasma. Pergerakan X memerlukan tenaga tetapi pergerakan Y tidak memerlukan tenaga. Rajah 2.1 Rajah 2.2 (a) Terangkan proses yang terlibat dalam pergerakan X dan Y. X: Pengangkutan aktif Y: Resapan / pengangkutan pasif [2 markah]
- 11. (b)(i) Namakan satu contoh X dan Y X: ion kalsium / ion kalium / ion natrium / ion iodin / ion nitrat / ion klorida Y: oksigen / gas O2 [2 markah] (ii) Huraikan pergerakan Y seperti ditunjukkan pada Rajah 2.2. Y meresap / bergerak merentasi (membran plasma) / dari alveolus ke dalam kapilari darah. Dari kawasan (bahan larut / Y) berkepekatan tinggi (dalam alveolus) ke kawasan (bahan larut / Y) berkepekatan rendah (dalam kapilari darah). [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 11
- 12. (c) Rajah menunjukkan keadaan sel tumbuhan sebelum dan selepas direndam dalam sejenis larutan. Terangkan keadaan sel selepas direndam dalam larutan tersebut. Sel menjadi flasid / terplasmolisis. Sap sel adalah hipotonik // larutan adalah hipertonik. Molekul-molekul air meresap keluar dari sap sel ke dalam larutan. Osmosis berlaku. Membran plasma bergerak menjauhi dinding sel // sitoplasma / vakuol mengecut. [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 12
- 13. SPM 2011 (Struktur) Rajah menunjukkan sel tumbuhan yang telah direndam dalam larutan sukrosa 30%. (a)(i) Pada Rajah, labelkan X dan Y. [2 markah] X: Membran plasma / sel Y: Vakuol bahan perbengkelan biologi 2015 13
- 14. (ii) Namakan larutan yang mengisi ruang antara dinding sel dan X. Terangkan bagaimana larutan itu mengisi ruang tersebut. Nama larutan: (30%) larutan sukrosa. Penerangan: Dinding sel adalah telap (kepada sebarang bahan). Larutan sukrosa meresap / bergerak melalui dinding sel (dan memenuhi ruang). [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 14
- 15. (b) Sel tumbuhan dalam Rajah 2.1 telah mengalami plasmolisis. Terangkan bagaimana ini berlaku. Larutan adalah hipertonik terhadap (sap) sel. Air meresap keluar (daripada sel ke persekitaran) secara osmosis menyebabkan sitoplasma / vakuol mengecut. Plasma membrane (tertarik) menjauhi dinding sel. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 15
- 16. (c) Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 menunjukkan keadaan dua pokok yang telah diberi baja. Pokok pada Rajah 2.3 diberi baja secara berlebihan. Rajah 2.2 Rajah 2.3 Terangkan keadaan pokok pada Rajah 2.3. Tumbuhan menjadi layu. Kehadiran baja berlebihan meningkatkan kepekatan (bahan larut) air tanah // merendahkan keupayaan air tanah. Kepekatan (bahan larut) air tanah lebih tinggi / hipertonik kepada sap sel. (Molekul) air meresap keluar daripada sel secara osmosis menyebabkan sel mengalami plasmolisis // sel (menjadi) flasid. [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 16
- 17. (d) Rajah 2.4 menunjukkan satu kaedah pengawetan sayur- sayuran. Rajah 2.4 Terangkan kaedah yang digunakan. Kepekatan larutan garam adalah lebih tinggi / hipertonik kepada sap sel (pada sayuran). (Molekul) air meresap keluar daripada sel melalui osmosis. Sel (tumbuhan) menjadi kontang / dihidrasi. Bakteria tidak boleh tumbuh / hidup tanpa air (oleh itu sayur- sayuran tahan lebih lama). [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 17
- 18. SPM 2010 (Struktur) Rajah menunjukkan dua peringkat organisasi di dalam struktur protein. (a) Dalam Rajah, namakan peringkat organisasi di dalam struktur protein X dan Y. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 18 Peringkat organisasi dalam protein X: (Struktur) primer Peringkat organisasi dalam protein Y: (Struktur) sekunder
- 19. (b) Huraikan struktur protein X. P1 Terdiri daripada satu rantai polipeptida. P2 Urutan asid amino / dipeptida / peptida yang linear. [2 markah] (c) Rajah menunjukkan bagaimana protein X diuraikan untuk membentuk hasil. Terangkan bagaimana hasil-hasil dalam Rajah di atas dibentuk. P1 Proses hidrolisis berlaku // enzim / tripsin / protease bertindak ke atas protein X. [Tolak: pepsin / erepsin / peptidase] P2 Ikatan (Peptida) diuraikan. P3 Untuk menghasilkan dipeptida. [Tolak: Asid amino] [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 19
- 20. (d) Nyatakan mengapa protein haiwan adalah protein kelas pertama. (Protein haiwan) mengandungi semua asid amino perlu // mengandungi asid amino yang tidak boleh disintesiskan oleh badan. [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 20
- 21. (e) (i) Terangkan pernyataan di atas. P1 Protein ternyahasli. P2 Struktur protein berubah // struktur protein berubah / pecah / rosak. P3 Menyebabkan bentuk (3 dimensi) protein berubah // konfigurasi protein berubah. [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 21 Sutera adalah suatu contoh protein. Pakaian sutera menjadi berkedut apabila dibasuh menggunakan air panas pada suhu 650C.
- 22. (ii) Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan dua cara untuk mengekalkan kualiti pakaian sutera. 1. Basuh menggunakan air sejuk / air suam // jangan basuh di dalam air panas // simpan di dalam peti sejuk. [Tolak: Basuh menggunakan air melebihi 450C] 2. Tidak menjemur sutera secara langsung di bawah cahaya matari. 3. Cucian kering. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 22
- 23. SPM 2008(Struktur) Rajah menunjukkan sebahagian daripada peringkat pembahagian sel secara meiosis dalam satu sel haiwan. Perlakuan kromosom di peringkat S tidak ditunjukkan. bahan perbengkelan biologi 2015 23
- 24. (a) Namakan struktur berlabel X. Kromatid // kromosom. [1 markah] (b)(i) Dalam Rajah di atas, lengkapkan rajah diperingkat S untuk menunjukkan perlakuan kromosom. [1 markah] (ii) Nyatakan satu perubahan yang berlaku di peringkat S. P1 kromatid (berkembar) / (beradik) berpisah / berpisah pada sentromer. P2 Kromatid berkembar bagi setiap kromosom menjadi kromosom (individu). P3 Kromatid berkembar / beradik bergerak menunju kutub- kutub sel yang (bertentangan). [Tolak: kromosom ditarik ke kutub bertentangan] [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 24
- 25. (c) Rajah di bawah menunjukkan proses Y yang berlaku di peringkat P. Permulaan proses Y Akhir proses Y (i) Dalam Rajah di atas, lukis rajah yang menunjukkan rupa kromosom di akhir proses Y. [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 25
- 26. (ii) Namakan proses Y. Pindah silang [1 markah] (iii) Nyatakan satu kepentingan pross Y kepada semua organisma. Untuk menghasilkan variasi / sumber variasi bagi suatu organisma. [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 26
- 27. (d) Rajah di bawah menunjukkan sel-sel kulit. Sel- sel X adalah sel kanser yang terbentuk selepas sel-sel normal terdedah kepada faktor W. (i) Berikan dua contoh faktor W. Sinar ultra ungu / sinar X / sinar radioaktif / bahan karsinogen. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 27
- 28. (ii) Terangkan pembentukan sel X. P1 Faktor W menyebabkan mutasi / perubahan dalam bahan genetik gen / DNA / kromosom. P2 Menyebabkan pembahagian sel yang tidak terkawal / mitosis abnormal. [2 markah] (iii) Nyatakan dua cara untuk mengelakkan perkembangan sel X. P1 Mengelakkan dari terdedah kepada bahan karsinogenik / sinar radioaktif. P2 Mencegah daripada mengambil makanan yang mengandungi perasa / pewarna / penambah / pengawet / bahan karsinogenik // makan makanan organik. P3 Rawatan lebih awal bagi penyakit kanser // radioterapi / sinar gama kimoterapi / pembedahan. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 28
- 29. SPM 2010 (Struktur) Rajah menunjukkan peringkat-peringkat yang berbeza dalam suatu pembahagian sel. (a)(i) Namakan jenis pembahagian sel itu. Meiosis I / Meiosis. [Tolak: Meiosis II] [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 29
- 30. (ii) Susun peringkat-peringkat pembahagian sel itu mengikut urutan yang betul. [1 markah] (b)(i) Terangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R. P1 Kromosom homolog berpasangan / bersinapsis // pembentukan kiasma. P2 Bivalen terbentuk. P3 pertukaran kandungan genetik / gen // pindah silang. [2 markah] (ii) Nyatakan satu kepentingan perlakuan kromosom dalam (b)(i). (Menyebabkan) variasi (kerana pindah silang). [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 30 R P S Q
- 31. SPM 2011 (Struktur) Rajah menunjukkan sejenis organel yang terdapat dalam sel otot. Tindak balas biokimia berlaku dalam sel tersebut. (i) Namakan organel ini. Mitokondrion / mitokondria [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 31
- 32. (ii) Terangkan mengapa membran X dalam keadaan berlipat-lipat. F menambahkan jumlah luas permukaan / nisbah JLP/I. E untuk respirasi (sel) yang berkesan // kadar respirasi meningkat // lebih banyak oksigen meresap (ke dalam organel). [2 markah] (b) Tindak balas biokimia yang belaku dalam organel ini diringkaskan seperti berikut: (i) Namakan gas P. Oksigen / O2. [1 markah] (ii) Namakan hasil Q (Wap) air / H2O [1 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 32
- 33. (iii) Terangkan mengapa sel otot mengandungi banyak organel ini. F1 Otot memerlukan banyak tenaga / ATP. E1 untuk pengecutan / pengenduran otot. F2 Tapak respirasi sel. E2 untuk membekalkan tenaga. [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 33
- 34. SPM 2008 1. Rajah menunjukkan struktur satu organisma unisel yang hidup dalam kolam air tawar. Terangkan fungsi X dalam proses pengosmokawalaturan. [4 markah] 34bahan perbengkelan biologi 2015
- 35. SKEMA JAWAPAN SPM 2008 P1: vakuol mengecut mengawal atur jumlah air / tekanan osmosis. P2: air berlebihan meresap masuk ke dalam vakuol secara osmosis. P3: vakuol mengecut membesar / bertambah besar (hingga saiz maksimum). P4: (dan kemudian) vakuol mengecut / pecah di permukaan sel. P5: membebaskan air ke persekitaran luar. P6: vakuol mengecut. 35bahan perbengkelan biologi 2015
- 36. SPM 2006 Membran plasma menyelaputi protoplasma sel. Secara keseluruhan membran plasma mempamerkan sifat bendalir seolah-olah ia adalah satu lapisan minyak di dalam sebikar air. Apakah yang dimaksudkan dengan membran plasma mempamerkan sifat bendalir? [4 markah] 36bahan perbengkelan biologi 2015
- 37. SKEMA JAWAPAN SPM 2006 P1: Terdiri daripada dua lapisan / dwilapisan lipid. P2: Bahagian kepala bersifat hidrofilik dan ekor hidrofobik. P3: Membolehkan molekul fosfolipid tersusun rapat / membentuk lapisan. P4: Membentuk membran yang tidak statik / dinamik. P5: (Pelbagai jenis) molekul protein terselit di antara dwilapisan lipid. P6: Menjadikan struktur yang kenyal // tidak mudah pecah. 37bahan perbengkelan biologi 2015
- 38. SPM 2008 (b) Terangkan persamaan dan perbezaan antara resapan berbantu dan pengangkutan aktif dalam pergerakan molekul merentasi membran sel. [8 markah] 38bahan perbengkelan biologi 2015
- 39. SKEMA JAWAPAN SPM 2008 Persamaan: S1:Kedua-dua cara pengangkutan memerlukan protein pembawa dalam membran sel. P1: Yang melibatkan perubahan bentuk protein pembawa. S2: Kedua-duanya mengangkut molekul yang spesifik sahaja. P2: Protein pembawa mempunyai tapak yang spesifik. S3: Kedua-dua proses berlaku dalam sel hidup. P3: Sebab memerlukan protein pembawa. (mana-mana 4) 39bahan perbengkelan biologi 2015
- 40. Perbezaan: Resapan berbantu Pengangkutan aktif D1 Mengikut kecerunan kepekatan Melawan kecerunan kepekatan E1 Molekul bergerak dari kawasan kepekatan tinggi ke kawasan kepekatan rendah. Molekul bergerak dari kawasan kepekatan rendah ke kawasan kepekatan tinggi. D2 Molekul bergerak dalam kedua- dua arah merentasi membran plasma. Molekul bergerak dalam satu arah merentasi membran plasma. E2 Molekul boleh bergerak melalui liang protein tanpa ikatan. Molekul bergerak melalui protein pembawa (sahaja) yang mengandungi tapak penerima di bahagian luar membran. D3 Tiada ATP digunakan. ATP digunakan. E3 Tiada input tenaga yang diperlukan daripada sel Menyumbang tenaga untuk menggerakkan molekul terhadap kecerunan kepekatan. 40bahan perbengkelan biologi 2015
- 41. SPM 2008 (c) Rajah 6.2 dan Rajah 6.3 menunjukkan dua cara pengawetan ikan dan sayur. Rajah 6.2 Rajah 6.3 Terangkan bagaimana bahan-bahan pengawet itu berkesan dalam pengawetan setiap bahan makanan tersebut. [8 markah] 41bahan perbengkelan biologi 2015
- 42. F1: (Ikan diselaputi oleh) larutan garam yang hipertonik terhadap bendalir badan ikan. F2: Banyak air meresap keluar daripada ikan ke dalam larutan garam secara osmosis. F3: Ikan mengalami dehidrasi / pengontangan. F4: Menghalang pertumbuhan bakteria dalam tisu ikan. F5: Sel-sel bakteria juga mengalami plasmolisis. F6: (Keadaan ini) membunuh bakteria / mencegah pereputan ikan. V1: Sayuran direndam dalam cuka yang bersifat asid / mempunyai pH rendah. V2: Cuka meresap masuk ke dalam tisu-tisu sayuran. V3: Menyebabkan tisu sayuran menjadi berasid / mempunyai pH rendah. V4: Menghalang pertumbuhan bakteria dalam tisu. V5: Mencegah pereputan sayur. 42bahan perbengkelan biologi 2015
- 43. SPM 2014 Rajah 6.1 menunjukkan suatu tumbuhan dalam dua keadaan yang berbeza, M dan N. Keadaan M Keadaan N (a) Berdasarkan Rajah 6.1, terangkan apa yang berlaku kepada tumbuhan itu dalam keadaan M. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 43
- 44. F Tumbuhan layu E1 Tumbuhan diberi dengan baja berlebihan // kurang air dalam tanah // terdedah kepada cahaya matahari. E2 Air tanah adalah hipertonik terhadap sel (sap). E3 Air meresap keluar / bergerak keluar dari sel. E4 melalui osmosis. E5 Sitoplasma / vakuol mengecut / semakin mengecil. E6 Membran plasma menjauhi / tertarik dari dinding sel. E7 Plamolisis berlaku // sel tumbuhan flasid. bahan perbengkelan biologi 2015 44
- 45. (b) Terangkan satu kaedah yang membolehkan tumbuhan dalam keadaan M menjadi seperti di dalam keadaan N. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 45
- 46. F1 Menyiram tumbuhan // Meletakkan tumbuhan ke dalam (sebaldi / bekas yang mengandungi) air // Tambahkan (lebih) air. E1 Air tanah adalah hipotonik kepada sel (rerambut akar) // Kepekatan air di dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar) // Kepekatan air di dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar) sel. E2 Air memasuki / meresap ke dalam sel. E3 melalui osmosis. E4 vakuol / sitoplasma mengembang. E5 menyebabkan tekanan osmotik sel (rerambut akar) berkurangan / tekanan turgor meningkat. E6 menolak plasma membran ke arah dinding sel. E7 Deplasmolisis berlaku. E8 Sel menjadi segah. E9 Tumbuhan berdiri tegak / segar. bahan perbengkelan biologi 2015 46
- 47. (b) Seorang murid menjalankan eksperimen untuk menyiasat peratusan sel darah merah yang mengalami hemolisis apabila direndam ke dalam larutan natrium klorida berlainan kepekatan. Graf berikut menunjukkan keputusan eksperimen itu. Berdasarkan kepada graf, terangkan apakah yang berlaku kepada sel darah merah pada R dan S. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 47
- 48. F Pada titik R, kepekatan larutan natrium klorida adalah 0% / air suling. F1 Semua / 100% sel darah merah mengalami hemolsis. E1 0% natrium klorida / air suling adalah hipotonik terhadap sel darah merah. E2 air meresap ke dalam sel / sel darah merah. E3 secara osmosis. E4 sel darah merah mengembang / membengkak. E5 dan pecah / meletus. E6 membran sel tidak dapat bertahan terhadap tekanan tinggi / turgor / hidrostatik. E7 kerana membran sel sangat nipis // sel darah merah tiada dinding sel. bahan perbengkelan biologi 2015 48
- 49. F2 Pada titik S, larutan natrium klorida 0.85% / [0.80%-0.90%]. F3 0% / tiada sel darah merah yang mengalami hemolisis. E8 0.85% / [0.80%-0.90%] larutan natrium klorida / Pada titik S adalah larutan isotonik // kepekatan larutan natrium klorida adalah sama dengan sel darah merah / sel. E9 Bilangan / kadar molekul air yang meresap ke dalam dan keluar sel adalah sama / pergerakan bersih molekul air adalah sifar. E10 secara osmosis. E11 sel dalam keadaan normal / mengekalkan bentuk asalnya. bahan perbengkelan biologi 2015 49
- 50. SPM 2006 Rajah menunjukkan tiga organisma P, Q dan R. (a)(i) Huraikan jenis nutrisi pada P dan Q. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 50
- 51. Organisma P F1 (Nutrisi) autotrof / secara fotosintesis. P1 Mensintesis / menghasilkan makanan / glukosa / kanji sendiri. P2 daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga (cahaya). Organisma Q F2 (Nutrisi) heterotrof / holozoik. P3 Mendapat sumber makanan / bahan organik pepejal / cecair dari persekitaran // makan tumbuhan / pengeluar. bahan perbengkelan biologi 2015 51
- 52. SPM 2006 (b) Sembelit, rabun malam dan anemia adalah tiga masalah kesihatan. Nyatakan punca dan cadangkan cara untuk mengatasi setiap masalah kesihatan itu dari aspek nutrisi. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 52
- 53. Sembelit S1 tidak cukup jumlah makanan bergentian / serabut / serat / fiber / pelawas. S2 Makan lebih banyak sayur-sayuran / buah-buahan / bijiran. Rabun malam R1 Tiada / tidak cukup vitamin A. R2 Makan lebih banyak lobak merah / tomato. Anemia A1 Tidak cukup zat besi / ferum. A2 Makan lebih banyak bayam / hati (ayam) / hati (lembu) / kerang / limpa. bahan perbengkelan biologi 2015 53
- 54. SPM 2008 (a)(ii) Malnutrisi adalah keadaan yang timbul akibat gizi yang tidak seimbang di mana ada nutrien tertentu yang kurang, berlebihan atau dalam nisbah yang salah. Terangkan kesan kepada seseorang kanak-kanak yang diberi mana-mana dua nutrien makanan dalam amaun yang tidak mengcukupi untuk satu tempoh masa yang panjang. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 54
- 55. Protein F1 Seorang kanak-kanak yang kekurangan protein (untuk satu jangka masa panjang) akan menghidap kwasyiorkor / marasmus. S1 Protein diperlukan untuk pertumbuhan normal. C1 kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan kanak- kanak terbantut. Vitamin A (Kombinasi 2) F2 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin A (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap rabun malam. S2 Vitamin A diperlukan untuk menentukan sel-sel rod dalam retina sihat. C2 Kekurangan vitamin A mengurangkan keupayaan melihat dalam cahaya malap. bahan perbengkelan biologi 2015 55
- 56. Vitamin D (Kombinasi 3) F3 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin D (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap riket. S3 Vitamin D diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat. C3 kekurangan vitamin D menyebabkan tulang-tulang menjadi lembut dan tumbuh tidak sekata. Vitamin C (Kombinasi 4) F4 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin C (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap skurvi. S4 Vitamin C diperlukan untuk gusi dan kulit yang sihat. C4 Kekurangan vitamin C menyebabkan gusi membengkak dan berdarah. bahan perbengkelan biologi 2015 56
- 57. Serabut (Kombinasi 5) F5 Seorang kanak-kanak yang kekurangan pelawas (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap sembelit. S5 Serabut diperlukan untuk mencegah sembelit. C5 Kekurangan serabut menyebabkan sembelit / sukar mengeluarkan tinja. Kalsium (Kombinasi 6) F6 Seorang kanak-kanak yang kekurangan kalsium (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap osteoporosis. S6 Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi. C6 Kekurangan kalsium menyebabkan jisim tulang berkurangan / tulang menjadi rapuh dan ringan. bahan perbengkelan biologi 2015 57
- 58. SPM 2010 Rajah menunjukkan sistem pencernaan dan organ-organ berkaitan pencernaan. Terangkan bagaimana ikan kukus dicernakan di bahagian R, S dan T di dalam sistem itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 58
- 59. R / Perut F ikan kukus kaya dengan protein / dan lemak. P1 merembeskan / mengeluarkan pepsin. P2 yang menghidrolisiskan protein kepada polipeptida. pepsin P3 Protein + (air) pepton / polipeptida L1 Lemak tidak dihidrolisis. P4 dalam medium asid. bahan perbengkelan biologi 2015 59
- 60. S / Duodenum P5 menerima tripsin daripada pankreas. P6 Pepton / polipeptida dihidrolisiskan (oleh tripsin) kepada peptida / dipeptida. tripsin P7 Pepton / polipeptida + (air) peptida P8 dalam medium alkali. L2 Lemak ialah pengemulsi / diubah menjadi titisan kecil oleh (garam) hempedu. L3 Lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol. lipase L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol bahan perbengkelan biologi 2015 60
- 61. T / Ileum P9 Merembes erepsin / peptidase. P10 Peptida dihidrolisiskan oleh erepsin / peptidase kepada asid amino. erepsin P11 dipeptida / peptide + (air) Asid amino L3 lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol. lipase L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol bahan perbengkelan biologi 2015 61
- 62. SPM 2013 (b) Rajah menunjukkan piramid makanan. Terangkan kepentingan makanan bagi setiap aras dalam piramid makanan. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 62
- 63. F1 (Dalam piramid makanan), semakin tinggi aras kelas makanan ditempatkan, semakin sedikit kuantiti makanan yang diperlukan // makanan seimbang. E1 Aras 1 mengandungi (kalas makanan) karbohidrat. E2 membekalkan jumlah tenaga (yang tinggi). E3 kekurangan karbohidrat menyebabkan keletihan / marasmus. E4 berlebihan karbohidrat menyebabkan obesiti // mana- mana yang sesuai. E5 Aras 2 mengandungi (kelas makanan) vitamin / mineral / serat. E6 untuk kesihatan / fungsi metabolisme dalam badan. E7 Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi // mana- mana contoh yang sesuai. bahan perbengkelan biologi 2015 63
- 64. E8 Aras 3 mengandungi protein. E9 untuk membina sel-sel baru / menggantikan sel-sel yang mati / pertumbuhan. E10 Kekurangan protein menyebabkan marasmus / kwasyiorkor. E11 Berlebihan protein menyebabkan gout / kegagalan ginjal. E12 Aras 4 mengandungi lipid / gula / garam. E13 Membekalkan nilai tenaga yang tinggi // mana-mana jawapan yang sesuai. E14 Kekurangan lipd / gula / garam menyebabkan keletihan / contoh yang sesuai. E15 Berlebihan gula / lipid menyebabkan kencing manis / penyakit kardiovaskular / obesiti. bahan perbengkelan biologi 2015 64
- 65. SPM 2009 Rajah menunjukkan laluan molekul lemak melalui suatu sistem. Pundi hempedu, pankreas dan usus kecil adalah struktur-struktur yang terlibat dalam memproses molekul lemak. Terangkan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak sehingga boleh digunakan oleh sel-sel badan. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 65
- 66. Pencernaan D1 Lemak / makanan berminyak / lipid duraikan / dicernakan melalui pencernaan. D2 (garam) hempedu disimpan dalam pundi hempedu. D3 mengemulsi lemak / makanan berminyak / lipid (kepada titisan lipid). D4 pankreas merembes (jus pankreas yang mengandungi) lipase ke dalam duodenum. D5 lipase mencerna lipid / titisan lipid ke asid lemak dan gliserol / Lipid (titisan) gliserol + asid lemak [Tolak: tukar / ubah] bahan perbengkelan biologi 2015 66
- 67. Penyerapan A1 Penyerapan asid lemak dan gliserol / Pencernaan lipid berlaku di usus kecil. A2 (Asid lemak dan gliserol) diserap dari lumen ke dalam lakteal / vilus. A3 (di lakteal) berlaku kondensasi asid lemak dan gliserol daripada lipid / titsan lipid. A4 lipid diangkut (dari lakteal) melalui salur limfa. A5 ke dalam duktus kanan limfa / duktus toraks ke dalam aliran darah melalui vena subklavian. bahan perbengkelan biologi 2015 67
- 68. Asimilasi S1 asimilasi berlaku dalam sel. S2 sel menggunakan lipid untuk membentuk sebatian kompleks / komponen berstruktur / untuk mensintesis membran plasma / hormon. bahan perbengkelan biologi 2015 68
- 69. SPM 2008 Selepas penyerapan nutrien dalam usus kecil, bahan- bahan yang tidak tercerna dalam usus besar akan membentuk tinja. Terangkan pembentukan tinja dalam manusia. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 69
- 70. P1 Kandungan dalam usus kecil yang tidak diserap akan memasuki kolon. P2 Kandungan (usus) terdiri daripada campuran air, bahan makanan tidak terhadam / serabut, bakteria, sel-sel mati dan pigmen. P3 Kandungan tersebut bergerak perlahan-lahan di sepanjang kolon melalui peristalsis. P4 Air diserap semula / diperolehi semula daripada kandungan kolon. P5 untuk membentuk (bahan buangan separa pepejal) tinja. bahan perbengkelan biologi 2015 70
- 71. SPM 2008 Jadual menunjukkan makanan yang diambil oleh seorang budak lelaki berumur 15 tahun dalam menu hariannya. Keperluan tenaga harian budak itu ialah 12500 kJ. (i) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan nilai tenaga yang terkandung dalam pemakanan hariannya. Adakah pengambilan makanan itu memenuhi keperluan tenaga hariannya? [2 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 71 Jenis makanan Kuantitit yang diambil/ g Kandungan tenaga/ kJ Nasi 400 1600 Kentang goreng 500 1000 Kari ayam 300 300 Telur rebus 150 630 Mentega 50 3000 Susu 280 300 Sosej 300 500 Sardin 150 900
- 72. F1 Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari ialah 8230 kJ. F2 (Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari) kurang daripada keperluan tenaga hariannya. bahan perbengkelan biologi 2015 72
- 73. (ii) Budak lelaki ini mengambil menu ini secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Terangkan akibatnya terhadap kesihatan budak lelaki ini. [8 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 73
- 74. F1 Tidak mengandungi 7 kelas makanan dalam nisbah yang betul. C1 Menyebabkan sembelit. F2 Tidak mengandungi serabut yang mengcukupi. C2 Menyebabkan sembelit. F3 Mengandungi vitamin yang tertentu sahaja. C3 Menyebabkan penyakit kekurangan vitamin. F4 Mengandungi lemak yang tinggi. C4 Menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular. F5 Mengandungi protein tinggi. C5 Menyebabkan gout / meningkatkan aras asid urik dalam darah. F6 Mengandungi karbohidrat tinggi. C6 Menyebabkan kegendutan / diabetes melitus / aras gula darah tinggi bahan perbengkelan biologi 2015 74
- 75. (b) Rajah 9.2, 9.3 dan 9.4 menunjukkan keadaan fizikal tiga orang, yang berkaitan dengan tabiat makan mereka. Rajah 9.2 Rajah 9.4 Rajah 9.3 Terangkan hubungan antara tabiat makan dengan keadaan fizikal setiap individu itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 75 SPM 2009
- 76. Rajah 9.2 H1 Seorang yang sihat. H2 Mengekalkan jisim badan / BMI unggul / tiada penyakit. H3 makan kuantiti karbohidrat yang betul untuk membekalkan tenaga kepada badan. H4 makan kuantiti lemak yang betul untuk membekalkan tenaga / mensintesis membran plasma. H5 makan kuantiti protein yang betul untuk menghasilkan sel baru / membaiki sel / mengganti sel mati. H6 makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan daripada sembelit. H7 ambil vitamin / mineral untuk mengekalkan kesihatan / tumbesaran. bahan perbengkelan biologi 2015 76
- 77. Rajah 9.3 G1 Obesiti / lebihan tenaga disimpan dalam bentuk lemak. G2 ketidakseimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. G3 makan makanan secara berlebihan. Rajah 9.4 K1 Anoreksia nervosa K2 kehilangan berat badan yang mendadak. K3 berterusan lapar / tidak mengambil sebarang makanan dalam jangka masa yang lama. K4 Tenaga yang diambil kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh. bahan perbengkelan biologi 2015 77
- 78. SPM 2010 (b) Rajah menunjukkan tiga jenis makanan. Terangkan kesan jangka masa panjang pengambilan makanan-makanan yang berlebihan ke atas kesihatan individu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 78
- 79. Roti C1 Roti kaya dengan karbohidrat. C2 Kandungan glukosa yang tinggi dalam darah. B3/C3 Menyebabkan tekanan darah tinggi C4 dan Diabetes (mellitus) / glukosuria. C5 Glukosa / glikogen berlebihan ditukarkan kepada lemak. C6 Disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit. B7/C7 Kegendutan. bahan perbengkelan biologi 2015 79
- 80. Mentega B1 Mentega (kaya) dengan lemak / lipid. B2 Menyebabkan aras kolesterol yang tinggi dalam darah. C3/ B3 Menyebabkan tekanan darah tinggi. B4 kolesterol terenap di bahagian dinding dalam arteri. B4A Lumen arteri menjadi lebih kecil / pengaliran darah menjadi perlahan. B5 Arteriosklerosis / angina / angin ahmar / serangan jantung / embolisme / penyakit kardiovaskular. [Tolak: aterosklerosis] B6 Lemak berlebihan disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit. C7/B7 Kegendutan. bahan perbengkelan biologi 2015 80
- 81. Ayam goreng P1 Ayam goreng (kaya) dengan protein. P2 Hati terpaksa bekerja keras untuk menukarkan lebihan protein kepada urea. P3 Menyebabkan kegagalan hati berfungsi. P4 Ginjal terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan urea yang berlebihan // Peningkatan tekanan darah / peningkatan gula dalam darah. P5 Menyebabkan kegagalan buah pinggang // ginjal berfungsi. P6 Asid urik berlebihan akibat pengambilan protein berlebihan / daging ayam. bahan perbengkelan biologi 2015 81
- 82. SPM 2014 (a) Maklumat berikut ialah berkaitan tabiat makan bagi individu U dan individu W. Individu U Makan tidak mengikut masa yang menyebabkan perut selalu kosong Individu W Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti dengan memuntahkannya semula secara sengaja setiap kali selepas makan. (a) Terangkan bagaimana tabiat makan itu mempengaruhi kesihatan: (i) individu U (ii) individu W [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 82
- 83. Individu U P1 Menyebabkan ulser gastrik / gastritis. P2 (sebab) tiada makanan (di dalam perut). P3 Kelenjar gastrik merembeskan (banyak) jus gastrik. P4 (Jus Gastrik) mengandungi asid hidroklorik / asid. P5 bertindak ke atas lapisan (epithelium) pada dinding perut. P6 merosakkan sel-sel / tisu-tisu perut. P7 menyebabkan sakit abdomen / loya / muntah. P8 berkembang membentuk lubang / luka pada dinding perut. bahan perbengkelan biologi 2015 83
- 84. Individu W P1 Bulimia. P2 mengekalkan jisim badan. P3 menyebabkan tekanan / keresahan. P4 kurang / ketidakseimbangan ion mineral dalam darah. P5 kerosakan / kecederaan teruk pada salur pencernaan. P6 Cirit-birit. P7 menyebabkan sakit abdomen / kelesuan otot / ulser / sembelit / oedema / dihidratan / kembung / masalah mulut / pening P8 mengakibatkan penyakit kardiovaskular / kerosakan ginjal. bahan perbengkelan biologi 2015 84
- 85. SPM 2014 (b) Rajah menunjukkan satu set nasi lemak. Seorang kanak-kanak perempuan mengambil satu set nasi lemak sebagai sarapan setiap hari dalam jangka masa panjang. Bincangkan kesan baik dan kesan buruk diet itu terhadap kesihatannya. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 85
- 86. P1 Nasi lemak mengandungi karbohidrat / lemak / kolesterol. P2 membekalkan tenaga / pembinaan blok untuk molekul kompleks / DNA / RNA / glikogen. P3 karbohidrat berlebihan menyebabkan kegendutan / kencing manis. P4 santan kelapa dalam nasi lemak mengandungi kolesterol / lemak. P5 Ayam goreng / telur / kacang tanah goreng / sambal cili mengandungi protein / lemak / mineral / vitamin. P6 Protein diperlukan untuk membina sel-sel baru / pertumbuhan / pembahagian sel / baik pulih sel. P7 Protein berlebihan menyebabkan gout / kegagalan ginjal / hati / peningkatan aras asid urik dalam darah. P8 Vitamin diperlukan untuk kesihatan baik // mana fungsi-fungsi sesuai. P9 mana-mana penerangan betul vitamin dan fungsinya. bahan perbengkelan biologi 2015 86
- 87. P10 Vitamin larut lipid berlebihan menyebabkan keracunan hati / kerosakan tulang / keguguran rambut / kerosakan / kegagalan ginjal. P11 Lemak membekalkan tenaga / penebat / melindungi organ dalaman / untuk kalis air / pembinaan membran plasma. P12 Lemak berlebihan menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular. P13 Timun mengandungi serat / air. P14 Serat / air membantu peristalsis. P15 mencegah sembelit / mengurangkan risiko kanser / cegah penyakit jantung koronari. P16 air ialah medium tindak balas biokimia / pelarut / plasma darah // mana-mana contoh sesuai. P17 Mineral diperlukan untuk memelihara kesihatan / mana-mana jawapan sesuai. P18 mana-mana penerangan mineral dan fungsinya yang betul. bahan perbengkelan biologi 2015 87
- 88. SPM 2006 Tumbuhan hijau mensintesis makanan melalui proses fotosintesis. Proses kimia fotosintesis boleh diringkaskan seperti rajah skema dalam Rajah di bawah. (a) Nyatakan maksud fotosintesis berpandukan rajah skema dalam Rajah di atas. [2 markah] (b) Bermula daripada air dan karbon dioksida sebagai bahan mentah, terangkan bagaimana tumbuhan hijau menghasilkan kanji. [8 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 88
- 89. P1 Menghasilkan glukosa / kanji daripada karbon dioksida dan air. P2 Dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari. bahan perbengkelan biologi 2015 89
- 90. P1 Penyerapan tenaga cahaya oleh klorofil menghasilkan ATP / elektron / tenaga kimia P2 Fotolisis air menghasilkan ion H+ dan ion OH-. P3 Ion H+ bergabung dengan elektron membentuk (atom) hidrogen. P4 Hidrogen / ATP akan digunakan diperingkat tindak balas gelap. P5 (Tindak balas cahaya) berlaku di grana / granum. P6 Berlaku dalam keadaan tanpa cahaya / tidak memerlukan cahaya. P7 CO2 bergabung dengan hidrogen membentuk glukosa (dan air). P8 Glukosa yang terbentuk dikondensasikan / ditukarkan / disimpan sebagai kanji. P9 (Pembentukan glukosa dan kanji berlaku) melalui satu siri tindak balas kimia. P10 (Tindak balas kimia) memerlukan tenaga ATP. P11 (Tindak balas gelap) berlaku di stroma. bahan perbengkelan biologi 2015 90
- 91. SPM 2011 Rumah hijau digunakan untuk mengawal faktor biotik dan abiotik untuk meningkatkan hasil tanaman. Rajah menunjukkan pokok tomato yang ditanam dalam rumah hijau. Terangkan bagaimana rumah hijau mempengaruhi produktiviti pokok tomato itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 91
- 92. Faktor-faktor yang boleh dikawal dalam rumah hijau F1 Kepekatan gas karbon dioksida / CO2 E1 Mengcukupi / 0.03% / sekurang-kurangnya 0.03% dibekalkan sepanjang masa. E2 meningkatkan kadar fotosintesis. F2 Suhu E3 ditetapkan pada aras yang optimum / antara 150C 300C pada sepanjang masa. E4 untuk memaksimumkan aktiviti enzim. E5 untuk meningkatkan kadar fotosintesis. E6 untuk minimakan kehilangan air / kadar transpirasi. bahan perbengkelan biologi 2015 92
- 93. F3 Keamatan cahaya. E7 Kecukupan dan jarak gelombang cahaya yang betul (diperlukan oleh tanaman tersebut) dibekalkan sepanjang masa. E8 untuk meningkaatkan kadar fotosintesis. E9 Fotosintesis boleh dijalankan oleh tumbuhan sepanjang masa / tahun / semasa empat musim. F4 Nutrien / Baja E10 Nutrien yang mengcukupi dibekalkan sepanjang masa. F6 Kawalan serangga E12 untuk menghalang serangan serangga / perosak. E13 melindungi daripada cuaca buruk / angin kuat / keamatan cahaya melampau / suhu / salji F7 Kelembapan E14 untuk mengelakkan kehilangan air berlebihan. bahan perbengkelan biologi 2015 93
- 94. SPM 2011 Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pemprosesan makanan. Cadangkan dua kaedah dan bincangkan kebaikan dan keburukan setiap kaedah itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 94
- 95. Teknologi Kebaikan keburukan Memasak Membunuh mikroorganisma yang merosakkan makanan, Enzim yang memecah makanan mengalami denaturasi, cara paling mudah untuk mengelakkan kerosakan makanan, Membunuh mikroorganisma yg menyebabkan penyakit, Melembutkan makanan, makanan menjadi lebih sedap. Tidak tahan lama, Kualilti kesegaran berkurangan, perubahan rasa asli, vitamin musnah. bahan perbengkelan biologi 2015 95
- 96. Teknologi Kebaikan keburukan Pengawetan Menghalang pertumbuhan mikroorganisma, meningkatkan rasa, nilai komersial, tahan lama dan melonjakkan industri makanan. Garam yang tinggi menyebabkan hipertensi, gula yg tinggi menyebabkan diabetes, cuka yg tinggi menyebabkan gastrik, bahan pewarna di dalam makanan boleh menyebabkan kanser, kandungan nutrien kurang. bahan perbengkelan biologi 2015 96
- 97. Teknologi Kebaikan keburukan Pempasteuran Membunuh bakteria yg menyebabkan tuberkulosis, Mengekalkan rasa asli susu, mengekalkan nutrien, Melonjakkan industri makanan. Tidak memusnahkan spora mikroorganisma, hanya sesuai untuk makanan cecair/ susu shj. Tidak tahan lama selepas dibuka. bahan perbengkelan biologi 2015 97
- 98. Teknologi Kebaikan Keburukan Pengetinan Membunuh semua mikroorganisma dan sporanya, menghalang pertumbuhan mikroorganisma, tahan lama, lebih menarik, mudah dihadam dan melonjakkan industri makanan. Boleh menyebabkan kerosakan makanan sekiranya terdapat kerosakan pada bekas itu, Kehilangan nutrien, kurang rasa asli perisa/pewarna boleh menyebabkan kanser. bahan perbengkelan biologi 2015 98
- 99. Teknologi Kebaikan Keburukan Pengeringan Mikroorganisma tidak boleh hidup tanpa air, mudah dijalankan, tahan lama. Hilang nutrien dan berubah rasa asli. Rawatan Ultra Haba (UHT) Membunuh bakteria dan spora, Tahan lama dan melonjakkan industri makanan. Rasa akan berubah, kehilangan nutrien dan beberapa vitamin. Fermentasi Mengelakkan jus dari menjadi rosak, tahan lama, memperbaiki rasa, meningkatkan vitamin Memabukkan dan menukarkan rasa asli. bahan perbengkelan biologi 2015 99
- 100. SPM 2013 (a) Rajah menunjukkan pelbagai jenis makanan yang telah diproses melalui kaedah pemprosesan makanan. (i) Terangkan tujuan pemprosesan makanan. [5 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 100
- 101. F1 tahan lebih lama // mengelakkan pembaziran. P1 menambahkan bahan pengawet / penstabil / secara pemanasan / suhu tinggi / penggaraman / pengeringan F2 untuk meningkatkan nilai komersial // Nampak menarik. P2 secara pembungkusan / menambah pewarna. F3 rasa makanan lebih sedap P3 menambahkan perisa F4 mempelbagaikan jenis makanan P4 melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) / resepi yang inovatif. bahan perbengkelan biologi 2015 101
- 102. F5 meningkatkan ekonomi negara. P5 promosi / menggalakkan penghasilan makanan dalam skala yang besar. F6 untuk kesihatan yang lebih / elakkan daripada keracunan. P6 membekalkan nutrien. F7 mudah dicerna / hadam. P7 secara pemanasan / pengetinan. F8 mudah dibawa. P8 melalui pembungkusan / pengetinan. bahan perbengkelan biologi 2015 102
- 103. SPM 2013 (ii) Terangkan kesan buruk kaedah pemprosesan makanan terhadap kesihatan manusia. [5 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 103
- 104. Kandungan nutrien rendah Suhu tinggi memusnahkan vitamin/ nutrien Menyebabkan pening/ lemah/ malnutrisi Bahan karsinogenik tinggi Pewarna/ pengawet/ penstabil menyebabkan kanser Menggalakkan mutasi Kandungan gula tinggi Meningkatkan aras glukosa darah Menyebabkan kencing manis Kandungan garam tinggi Meningkatkan tekanan osmosis darah Menyebabkan tekanan darah tinggi/ hipertensi Kandungan lemak yang tinggi Meningkatkan jisim badan Menyebabkan obesiti/ penyakit kardiovaskular bahan perbengkelan biologi 2015 104
- 105. SPM 2007 Rajah menunjukkan tisu P dan sel Q. P terdapat dalam organisma multisel. Q terdapat dalam organisma unisel. (a) Berdasarkan Rajah di atas, terangkan proses respirasi sel yang berlaku di P dan di Q. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 105 Tisu P Sel Q Persamaan respirasi Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air+ Tenaga Persamaan respirasi Glukosa Karbon dioksida + Etanol + Tenaga
- 106. Tisu P; F1 Respirasi aerob. P1 Glukosa dioksidakan secara lengkap P2 Kuantiti tenaga yang dihasilkan tinggi / 28 ATP. Tisu Q; F2 Respirasi anaerob. P3 Glukosa tidak dioksidakan secara lengkap. P4 Kuantiti tenaga yang dihasilkan sedikit / 2ATP. bahan perbengkelan biologi 2015 106
- 107. SPM 2007 (b) Rajah di bawah menunjukkan dua individu, M dan N, dalam dua situasi yang berbeza. M sedang melakukan satu aktiviti cergas manakala N berada dalam keadaan rehat. Berdasarkan Rajah di atas, terangkan perbezaan proses fisiologi yang berlaku pada organ R, S dan T bagi individu M dan individu N.[6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 107
- 108. Fakta, F Penerangan, P Organ R F1: Kadar respirasi individu M lebih tinggi daripada individu N P1: Perlu lebih banyak oksigen untuk mengoksidakan glukosa // menghasilkan lebih tenaga. Organ S F2: Kadar denyutan jantung individu M lebih tinggi daripada individu N. P2: Supaya pengaliran darah lebih cepat (ke tisu) untuk membekalkan lebih banyak oksigen (ke tisu) Organ T F3: Kuantiti air kencing dalam individu M adalah sedikit (dan lebih pekat) daripada individu N. P3: Penyerapan semula air lebih banyak untuk mengekalkan tekanan osmosis // untuk mengawalatur tekanan osmosis darah. bahan perbengkelan biologi 2015 108
- 109. SPM 2012 (a) Gula dioksidakan semasa respirasi. Terangkan proses itu. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 109
- 110. F Respirasi aerob // glukosa diuraikan dengan lengkap. E1 Oksigen digunakan (untuk) pemecahan (glukosa) // proses pengoksidaan. E2 Substrat adalah glukosa. E3 Menghasilkan tenaga / membebaskan tenaga / ATP. E4 Karbon dioksida dan air dihasilkan (sebagai hasil buangan). E5 Persamaan tindak balas Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga Atau C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + 2898 kJ / 38 ATP / Tenaga E6 berlaku di mitokondria dan sitoplasma. bahan perbengkelan biologi 2015 110
- 111. SPM 2012 (b) Selepas menamatkan lumba lari, seorang atlet masih terus bernafas dengan cepat dan dalam untuk beberapa minit. Terangkan mengapa. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 111
- 112. F Pernafasan yang cepat dan dalam membolehkan individu menyedut lebih banyak oksigen. E1 (semasa aktiviti cergas / lumba lari), darah tidak dapat membekalkan oksigen dengan cepat untuk memenuhi keperluan respirasi oksidatif (respirasi aerob). E2 otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen / hutang oksigen. E4 asid laktik dihasilkan. E5 kepekatan asid laktik yang tinggi menyebabkan kekejangan / kelesuan otot. E6 untuk mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida dan air. E7 untuk mengurangkan kekejangan otot / kelesuan otot. E8 (banyak oksigen digunakan) untuk mengoksidakan asid laktik (kepada karbon dioksida dan air) // bayar hutang oksigen. bahan perbengkelan biologi 2015 112
- 113. SPM 2013 (b) Jadual menunjukkan kadar pernafasan seorang pelajar semasa rehat dan semasa melakukan aktiviti cergas. Terangkan mengapa kadar pernafasan pelajar itu berbeza semasa berehat dan semasa aktiviti cergas. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 113 Kadar pernafasan (Pernafasan per minit) Semasa berehat Semasa aktiviti cergas 16 30
- 114. P1 Kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti cergas lebih tinggi daripada semasa berehat. P2 (Semasa melakukan aktiviti cergas), lebih tenaga diperlukan. P3 untuk pengecutan otot. P4 Lebih banyak oksigen diperlukan. P5 untuk mengoksidakan glukosa. P6 untuk penghasilan tenaga. P7 banyak CO2 dihasilkan. bahan perbengkelan biologi 2015 114
- 115. P8 kepekatan CO2 meningkat. P9 pH darah menurun / berkurang // keasidan darah meningkat. P10 dikesan oleh kemoreseptor pusat. P11 (Kemoreseptor pusat) hantar impuls / merangsang otot respirasi P12 (Pusat respirasi) hantar impuls / rangsang otot respirasi / diafragma / otot interkosta. P13 otot respirasi / diafragma / otot interkosta mengecut dan mengendur lebih cepat. bahan perbengkelan biologi 2015 115
- 116. (c) Rajah menunjukkan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet. Terangkan perbezaan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet semasa dan selepas melakukan aktiviti cergas. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 116
- 117. Semasa melakukan aktiviti cergas Selepas melakukan aktiviti cergas P1 Kepekatan asid laktik darah meningkat Kepekatan asid latik darah menurun P2 Molekul glukosa diuraikan / dioksidakan tak lengkap. Molekul glukosa diuraikan / dioksidakan dengan lengkap. P3 Kurang tenaga dihasilkan // 150 kJ // 2 ATP. Banyak tenaga dihasilkan // 36 ATP // 38 ATP. P4 Pengumpulan asid laktik berlaku. Asid laktik dioksidakan / disingkirkan. P5 Respirasi anaerob berlaku Respirasi aerob berlaku. P6 Pengambilan oksigen tidak memenuhi keperluan sel / darah tidak dapat membekalkan cukup oksigen. Bekalan oksigen berlebihan / banyak (melalui pernafasan yang pantas dan dalam). P7 Kekurangan oksigen / hutang oksigen berlaku. Hutang oksigen dibayar. bahan perbengkelan biologi 2015 117
- 118. SPM 2012 (c) Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sistem respirasi manusia dengan sistem respirasi belalang berdasrkan struktur adaptasi untuk memaksimakan kadar pertukaran gas. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 118
- 119. SPM 2013 Rajah menunjukkan struktur respirasi seekor belalang. Terangkan bagaimana sel-sel badan memperoleh oksigen daripada udara. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 119
- 120. SPM 2013 Rajah 6.3(a) menunjukkan alveolus individu yang sihat. Rajah 6.3(b) menunjukkan alveolus individu yang menghidap emfisema. Rajah 6.3(a) Rajah 6.3(b) Emfisema adalah sejenis penyakit peparu. Terangkan kesan penyakit tersebut kepada kesihatan individu itu. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 120
- 121. SPM 2007 (c) Sebuah kolam mengandungi banyak tumbuhan akuatik. Rajah di bawah ialah graf yang menunjukkan perubahan peratusan kandungan oksigen terlarut dan karbon dioksida terlarut dalam kolam itu bagi tempoh 24 jam. Berdasarkan graf pada Rajah di atas, terangkan perbezaan perubahan peratusan kandungan oksigen terlarut dan karbon dioksida terlarut dalam kolam itu di peringkat X, peringkat Y dan peringkat Z. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 121
- 122. SPM 2007 Organisma-organisma berikut terdapat dalam satu komuniti sawah padi. Organisma-organisma ini saling berinteraksi antara satu sama lain dalam komuniti tersebut. (a)(i) Berdasarkan organisma-organisma di atas, bina: - Satu jaringan makanan yang menunjukkan interaksi semua organisma - Satu piramid nombor yang mengandungi empat aras trof [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 122 Belalang, Pokok padi, Beluncas, Katak, Burung hantu, Ular, Tikus
- 123. bahan perbengkelan biologi 2015 123
- 124. bahan perbengkelan biologi 2015 124
- 125. SPM 2007 (ii) Belalang dan beluncas merupakan perosak bagi pokok padi. Bagaimanakah populasi belalang dan beluncas dapat dikawal? Terangkan impak kaedah pengawalan itu ke atas komuniti sawah padi. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 125
- 126. F1 Guna racun serangga / pestisid. P1 Bunuh perosak / belalang dan beluncas. P2 Pengumpulan bahan kimia dalam organism lain daripada rantai makanan kerana mutasi. P3 perosak mutan rintang terhadap racun serangga. F2 kaedah kawalan biologi. P4 pemangsa bunuh hanya perosak yang khusus / belalang dan beluncas. P5 menyebabkan ketidakseimbangan populasi organisma dalam komuniti. P6 populasi perosak berkurang, pengeluar / pokok padi bertambah. bahan perbengkelan biologi 2015 126
- 127. SPM 2009 Rajah menunjukkan sejenis interaksi antara organisma. Namakan dan huraikan interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah di atas. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 127
- 128. P1 (Parasitisme ialah hubungan antara) dua organism di mana parasit akan mendapat keuntungan P2 Perumah sentiasa mendapat kerugian. P3 Parasit / Raflesia akan menyerap bahan makanan daripada pokok / perumah P4 Menggunakan akarnya yang telah diubahsuai. P5 Perumah akan mempunyai kurang nutrien / selnya rosak / cedera. bahan perbengkelan biologi 2015 128
- 129. SPM 2009 (b) Seorang peladang mendapati apabila bilangan tikus bertambah, hasil buah kelapa sawit berkurangan. Cadangkan bagaimana peladang itu dapat mengawal populasi tikus tanpa menggunakan racun perosak. Terangkan bagaimana kaedah itu berfungsi. [5 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 129
- 130. P1 Guna kawalan biologi P2 Kaedah melibatkan hubungan mangsa-pemangsa. P3 Pemangsa mestilah khusus / pemangsa semula jadi / musuh semula jadi kepada mangsa. P4 Pemangsa tidak merosakkan buah kelapa sawit. P5 Burung hantu / Ular / Pemangsa digunakan untuk menangkap mangsa / tikus. P6 Populasi tikus berkurangan. bahan perbengkelan biologi 2015 130
- 131. SPM 2014 Rajah menunjukkan satu rantai makanan di sawah padi. Terangkan kepentingan setiap organisma di dalam rantai makanan itu untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 131 Pokok padi 6x 103 kJ Beluncas 6x 102 kJ Burung 6x 10 kJ Burung helang
- 132. P1 Rantai makanan menunjukkan aliran tenaga daripada satu aras trof ke aras trof yang lain // menunjukkan aliran tenaga daripada pokok padi ke beluncas / beluncas ke burung / burung ke helang. P2 ( Semakin panjang rantai makanan) kurang / sedikit tenaga diterima oleh pengguna terakhir / helang // 10% tenaga dipindahkan daripada satu aras trof ke aras trof lain // 90% tenaga hilang P3 90% tenaga hilang kerana respirasi / pembiakan. P4 pokok padi menerima tenaga paling tinggi daripada matahari. P5 tenaga cahaya (daripada matahari) akan ditukarkan ke tenaga kimia / makanan. P6 melalui fotosintesis. bahan perbengkelan biologi 2015 132
- 133. P7 beluncas makan makanan daripada padi // burung makan makanan daripada beluncas // helang makan makanan daripada makan burung. P8 beluncas mendapat tenaga daripada padi // burung dapat tenaga daripada beluncas // helang dapat tenaga daripada burung. P9 tanpa pokok padi tiada aliran tenaga // Jika bilangan pokok padi berkurang / bertambah, bilangan beluncas berkurang / bertambah. P10 tiada makanan dihasilkan untuk semua pengguna. bahan perbengkelan biologi 2015 133
- 134. P11 menyebabkan kepupusan / kematian / kurang / migrasi. P12 Pokok padi berada pada aras trof pertama // beluncas pada aras trof kedua // burung pada aras trof ketiga / helang pada aras trof keempat. P13 Pokok padi ialah pengeluar / beluncas ialah pengguna primer / burung ialah pengguna sekunder / helang ialah pengguna tertier. P14 bilangan setiap organisma perlu dikekalkan untuk memastikan keseimbangan ekosistem // jika bilangan organism berubah , ia mungkin menyebabkan ekosistem tidak seimbang // helang mengawal bilangan burung // burung mengawal bilangan beluncas. bahan perbengkelan biologi 2015 134
- 135. P15 jika bilangan beluncas bertambah, bilangan pokok padi akan berkurang. P16 jika bilangan beluncas bertambah, bilangan burung akan bertambah. P17 jika bilangan beluncas berkurang, bilangan pokok padi akan bertambah. P18 jika bilangan beluncas berkurang, bilangan burung akan berkurang / migrasi. P19 jika bilangan burung bertambah, bilangan beluncas akan berkurang. P20 jika bilangan burung bertambah, bilangan helang akan meningkat. P21 jika bilangan burung berkurang, bilangan beluncas akan meningkat. P22 jika bilangan burung berkurang, bilangan helang akan berkurang / migrasi. P23 jika bilangan helang bertambah, bilangan burung akan berkurang. P24 jika bilangan helang berkurang, bilangan burung akan meningkat. bahan perbengkelan biologi 2015 135
- 136. SPM 2007Rajah menunjukkan proses pengkolonian dan penyesaran dalam suatu habitat. Apakah yang dimaksudkan dengan pengkolonian dan penyesaran dalam suatu habitat? Berdasarkan Rajah di atas, terangkan bagaimana pengkolonian dan penyesaran membawa kepada pembentukan hutan primer? [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 136
- 137. Pengkolonian ialah proses di mana sesuatu spesies berjaya memandiri di suatu kawasan yang baru terbentuk. Penyesaran ialah proses apabila sesuatu komuniti menukarkan persekitarannya dan mengakibatkan ia diganti oleh suatu komuniti lain. bahan perbengkelan biologi 2015 137
- 138. Spesies perintis (tumbuhan tenggelam) seperti Hydrilla sp. / Cabomba sp. / Elodea sp. menyebabkan perubahan dalam persekitaran, menjadikan ia lebih sesuai untuk spesies lain. Tumbuhan yang lain akan tenggelam dan terenap didasar kolam. Menyebabkan aras air kolam berkurang. Ini disebabkan pertambahan nutrien ke dalam kolam dan mengubah pH air dan tanah. Ini juga meningkatkan pertumbuhan tumbuhan terapung yang berjaya menyesarkan tumbuhan tenggelam. Tumbuhan terapung ini akan meliputi permukaan air, mencegah cahaya daripada matahari menembusi air. bahan perbengkelan biologi 2015 138
- 139. Menyebabkan kadar fotosintesis berkurang. Ini menghasilkan lebih banyak kadar tumbuhan mati ke dalam dasar kolam. Ini meninggikan aras lumpur / kolam semakin cetek. Tumbuhan terapung secara beransur-ansur digantikan dengan tumbuhan amfibia. Penyesar menyebabkan perubahan seterusnya kepada habitat/ kolam, membuatkan ia tidak sesuai lagi untuk tumbuhan terapung dan amfibia. Tumbuhan-tumbuhan ini akan digantikan oleh tanah/ komuniti daratan yang mendominasi kawasan itu. bahan perbengkelan biologi 2015 139
- 140. SPM 2007 (b) Rajah menunjukkan suatu ekosistem di Malaysia. Berdasarkan Rajah di atas, bincangkan kenapa ekosistem ini perlu dikekalkan. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 140
- 141. SPM 2010 Terangkan mengapa ekosistem paya bakau perlu dipelihara dan dipulihara? [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 141
- 142. SPM 2013 (b)(i) Terangkan kepentingan mengekalkan sungai sebagai satu habitat dalam ekosistem itu. [4 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 142
- 143. SPM 2013 (ii) Huraikan cara-cara untuk menambahbaik kualiti air sungai untuk kemandirian organisma akuatik yang lebih baik. [6 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 143
- 144. SPM 2009 Rajah menunjukkan peranan mikroorganisma dalam suatu ekosistem. (i) Berdasarkan Rajah di atas, terangkan bagaimana mikroorganisma mengekalkan kandungan sebatian X dalam tanah. [8 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 144
- 145. SPM 2009 (ii) Terangkan apa yang akan berlaku kepada ekosistem itu jika semua bakteria pengurai dan kulat mati. [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 145
- 146. SPM 2005 (b) Rajah menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan berhampiran satu kawasan perumahan dengan hasrat untuk membangunkan kawasan itu. Walau bagaimanapun, penduduk di kawasan tersebut bimbang tentang kesan buruk daripada aktiviti itu. Jika anda penduduk di kawasan itu, bincangkan kesan baik dan kesan buruk aktiviti tersebut. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 146
- 147. SPM 2006 (c) Proses fotosintesis didapati dapat menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar. Terangkan bagaimana pencemaran udara memberi kesan terhadap fotosintesis dan keseimbangan alam. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 147
- 148. SPM 2008 Rajah menunjukkan aktiviti pembakaran hutan. Bincangkan bagaimana aktiviti ini menyebabkan bencana terhadap alam sekitar. [7 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 148
- 149. SPM 2008 (b) Rajah menunjukkan dua aktiviti pertanian yang menggunakan produk bahan kimia. Bincangkan kesan baik dan kesan buruk kedua-dua aktiviti yang ditunjukkan pada Rajah di atas. Perbincangan harus berdasarkan impak pada pertanian dan alam sekitar. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 149
- 150. SPM 2011 (a) Rajah menunjukkan kesan-kesan aktiviti pertanian berhampiran sebuah kolam. Terangkan bagaimana aktiviti-aktiviti pertanian tersebut menyebabkan kematian tumbuhan akuatik dan ikan-ikan di dalam kolam itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 150 Aktiviti pertanian Pertumbuhan alga secara mendadak Kuantiti jirim organik mereput yang banyak Tumbuhan akuatik dan ikan mati
- 151. SPM 2011 (b) Rajah menunjukkan satu kawasan perindustrian baru berdekatan dengan kawasan perumahan. Bincangkan kesan baik dan kesan buruk yang disebabkan oleh aktiviti- aktiviti perindustrian terhadap manusia dan alam sekitar pada tahun- tahun akan datang. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 151
- 152. SPM 2013 Rajah menunjukkan suatu ekosistem. (a) Banyak kilang baharu didirikan berdekatan dengan sungai. Terangkan kesan buruk kewujudan kilang-kilang tersebut terhadap ekosistem itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 152
- 153. SPM 2014 Rajah menunjukkan dua jenis aktiviti manusia dalam suatu ekosistem. Terangkan impak setiap aktiviti kepada ekosistem tersebut. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 153 Aktiviti manusia Baja berlebihan digunakan dalam kebun sayur Penebangan pokok secara berleluasa
- 154. P1 Baja yang berlebihan mengandungi kandungan nitrat / fosfat yang tinggi larut dalam air hujan / mengalir ke dalam sungai yang berdekatan. P2 Menggalakkan pertumbuhan alga / menyebabkan alga tumbuh secara mendadak. P3 mengakibatkan eutrofikasi // alga bloom. P4 alga menutupi seluruh permukaan sungai dan menyekat cahaya matahari daripda menembusi ke dalam air. P5 menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan akuatik lebih rendah. P6 kurang oksigen dibebaskan. P7 kadar respirasi organism akuatik lebih rendah. P8 (organisma akuatik) bersaing dengan alga untuk oksigen. P9 menyebabkan organism akuatik mati. bahan perbengkelan biologi 2015 154
- 155. P10 kadar pemguraian oleh bacteria lebih tinggi. P11 kurang oksigen terlarut dalam air. P12 BOD air lebih tinggi // air tercemar. P13 pencemaran tanah. P14 perubahan Ph tanah // tanah menjadi berasid. P15 meningkatkan kemasinan tanah. P16 merosakkan akar tumbuhan. P17 Kurang / tiada air. P18 rencat pertumbuhan / kurang kadar pertumbuhan. P19 melambatkan percambahan biji benih. P20 kandungan mineral dalam tumbuhan meningkat. P21 menarik / boleh menyebabkan jangkitan perosak. P22 Tumbuhan mati. bahan perbengkelan biologi 2015 155
- 156. SPM 2005 (a) Rajah menunjukkan satu daripada fenomena alam sekitar yang menjadi isu perbincangan masa kini. Namakan fenomena ini dan terangkan bagaimana fenomena ini berlaku. Jika anda adalah seorang aktivis alam sekitar, cadangkan bagaimana anda akan menerangkan kepada orang ramai tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasi fenomena ini. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 156
- 157. P1 Fenomena ini ialah kesan rumah hijau. P2 (yang berlaku disebabkan) oleh peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera. P3 Akibat pembakaran bahan api fosil di dalam kenderaan / penebangan hutan yang berleluasa. P4 (Karbon dioksida yang dibebaskan) akan memerangkap haba. P5 Bangunan bercermin memantulkan haba dan hal ini meningkatkan suhu bumi. P6 Industri meningkatkan CFC / metana di atmosfera dan P7 Menyebabkan pemanasan global. P8 Bagi mengatasi masalah ini: Gunakan tenaga selain daripada bahan api fosil / tenaga solar. P9 Hadkan pembakaran terbuka / pembakaran hutan. P10 Tanam semula pokok selepas pembalakan. P11 Galakkan bumi hijau. P12 Kurangkan bangunan bercermin. bahan perbengkelan biologi 2015 157
- 158. SPM 2008 (a) Rajah menunjukkan satu fenomena yang berlaku dalam atmosfera bumi. Terangkan kesan fenomena tersebut terhadap alam sekitar jika aras kepekatan karbon dioksida, CO2 semakin meningkat. [3 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 158
- 159. P1 (Peningkatan dalam kepekatan karbon dioksida) akan memerangkap haba. P2 Peningkatan dalam suhu atmosfera global / dunia (kepada satu nilai yang lebih tinggi dari suhu normal) / menjadikan atmosfera lebih panas / menyebabkan peningkatan dalam suhu bumi / pemanasan global. P3 Pencairan ais (kutub) / aras air laut meningkat. P4 (Fenomena ini dinamakan) kesan rumah hijau. bahan perbengkelan biologi 2015 159
- 160. SPM 2010 (b) Rajah menunjukkan beberapa aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida ke atmosfera dalam suatu ekosistem. Terangkan kesan pertambahan kepekatan CO2 pada ekosistem itu. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 160
- 161. Kesan Rumah Hijau. Pertambahan kepekatan gas-gas Rumah Hijau / CO2 memerangkap / menyerap lebih banyak haba di atmosfera. Lapisan gas-gas Rumah Hijau bertindak sebagai penebat. Penghalang tenaga haba drp berpindah ke angkasa. Menyebabkan peningkatan suhu / pemanasan global. Kesan Rumah Hijau menyebabkan pengembangan termal air laut // pencairan glasier / ketulan ais. Menyebabkan aras air laut naik. Menyebabkan perubahan dlm arah angin / arus laut. Menyebabkan perubahan cuaca. Suhu lampau tinggi yg memberi kesan kpd fotosintesis. Penghasilan tanaman / haiwan berkurang. Pemusnahan rantai/ jaringan makanan. Kepupusan spesies// biodiversiti berkurangan. bahan perbengkelan biologi 2015 161
- 162. SPM 2012 (b) Rajah menunjukkan alatan kegunaan harian di rumah. Terangkan kesan pembebasan klorofluorokarbon ke atas kesihatan manusia dan ekosistem. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 162
- 163. Lapisan ozon melindungi / menghalang permukaan bumi /organisma drp sinar UV. CFC menyebabkan penipisan lapisan ozon. CFC melepaskan atom klorin melalui pertambahan UV. Klorin memecahkan / bertindak ke atas molekul ozon kepada oksigen. Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak cahaya / sinar UV menembusi atmosfera bumi. Katarak iaitu kornea mata mengeras. Kanser kulit iaitu pembahagian sel luar biasa / tidak terkawal. Kecacatan / penyakit genetik melalui mutasi. Penurunan sistem keimunan dengan kemusnahan sistem keimunan. Kemusnahan rantai / jaringan makanan menyebabkan fitoplankton / zooplankton / pengeluar / pengguna mati / musnah. Kepupusan organisma yang tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan persekitaran. Kemusnahan kitar karbon // penurunan kadar fotosintesis apabila klorofil / sel daun musnah // enzim ternyahasli. Perubahan cuaca yg menyebabkan peningkatan suhu / kemarau / banjir kilat. bahan perbengkelan biologi 2015 163
- 164. SPM 2007 (b) Kawasan sawah padi dibangunkan menjadi kawasan perindustrian seperti yang ditunjukkan pada Rajah di bawah. Bincangkan kesan baik dan kesan buruk sosial, ekonomi dan persekitaran akibat pembangunan ini. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 164
- 165. Kesan baik Penerangan G1: Menyediakan peluang pekerjaan P1: Meningkatkan taraf ekonomi. G2: Menyediakan keperluan asas infrastruktur. P2: Membina bangunan sekolah / klinik / untuk meningkatkan kualiti / peluang pekerjaan dalam pendidikan. G3: Menyediakan persekitaran hidup yang lebih baik / selesa kepada penduduk. P3: Mempunyai sistem pembersihan yang baik / bekalan air bersih / bekalan elektrik yang lebih baik. G4: Sistem pengangkutan yang baik. P4: Pengangkutan lebih cepat / menjimatkan masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. bahan perbengkelan biologi 2015 165
- 166. Kesan buruk Penerangan B1: Kawasan padi terdedah kepada tanah tebus guna. P5: Semasa hujan lebat, partikel tanah di hanyutkan ke sungai / sumber air menyebabkan banjir lumpur. B2: Habitat untuk flora / fauna / sawah padi musnah. P6: Kepupusan flora / fauna // mengurangkan populasi organisma. B3: Pencemaran udara / air / terma / bunyi. P7: disebabkan pembebasan bahan pencemar ke persekitaran // menyebabkan penyakit / bronkitis / asma / tekanan // kualiti kesihatan menurun. B4: Meningkatkan populasi di kawasan itu P8: Menyebabkan masalah sosial. bahan perbengkelan biologi 2015 166
- 167. SPM 2012 Rajah menunjukkan tiga tong sampah kitar semula P, Q dan R. Tong sampah kitar semula ini digunakan untuk mengumpul bahan-bahan terpakai. Kertas terpakai Kaca terpakai Plastik terpakai Bahan-bahan terpakai tersebut adalah daripada sumber semula jadi. Kertas daripada pokok Kaca daripada mineral Plastik daripada petroleum Terangkan bagaimana amalan mengitar semula bahan-bahan terpakai dalam Rajah di atas menyumbangkan kepada pengekalan keseimbangan alam. [10 markah] bahan perbengkelan biologi 2015 167
- 168. Kertas, Dengan menggunakan semula kertas terpakai kurang pokok akan ditebang / lebih banyak pokok yg dipelihara. Banyak habitat flora dan fauna dapat dipelihara. Kurang / tiada gangguan jaringan/rantai makanan. Kepupusan flora / fauna dapat dielakkan. Memelihara biodiversiti. Kitar karbon dapat dikekalkan // kepekatan CO2 / O2 dikekalkan. Kawasan tadahan air dipelihara. Mencegah banjir kilat / hakisan tanah / banjir lumpur / tanah runtuh / pemanasan global. Mengekalkan kawasan rekreasi. Mengurangkan pencemaran air / udara. Mengurangkan tapak pelupusan sampah. bahan perbengkelan biologi 2015 168
- 169. Kaca, Kurang kaca baru dihasilkan daripada kilang-kilang. Lebih tenaga / wang dapat dijimatkan. Kurang / halang ketandusan mineral // kurang bahan api fosil digunakan // mineral boleh diselamatkan. Eksploitasi sumber bumi dapat dikurangkan. Kurang pencemaran air / udara. Mengurangkan tapak pelupusan sampah. bahan perbengkelan biologi 2015 169
- 170. Plastik, Kurang petroleum diperlukan untuk menghasilkan plastik baru. Banyak petroleum dalam bumi dapat dipelihara untuk masa depan. Pembuangan plastik boleh mencemarkan persekitaran / plastik menyumbat longkang menyebabkan banjir kilat. Plastik tidak terbiodegradasi / tidak dimusnahkan oleh bakteria / pengurai. Merosakkan permandangan / boleh dilihat disepanjang jalan / pantai. Gas beracun dikeluarkan jika ia dibakar. Hidupan akuatik akan mati disebabkan tersilap memakan plastik yg disangkakan makanan. Mengurangkan masalah bahan sisa pepejal / kurangkan tapak pelupusan sampah. Kurangkan pencemaran udara/ air. bahan perbengkelan biologi 2015 170
top related