pelan tindakan global kedua sumber genetik tumbuhan untuk
Post on 11-Dec-2016
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PELAN TINDAKAN GLOBAL KEDUA
SUMBER GENETIK TUMBUHAN UNTUK MAKANAN DAN
PERTANIAN
SURUHANJAYA
SUMBER GENETIK
UNTUK MAKANAN
DAN PERTANIAN
PELAN TINDAKAN GLOBAL KEDUA
SUMBER GENETIK TUMBUHAN UNTUK MAKANAN DAN
PERTANIAN
DITERIMA PAKAI OLEH MAJLIS FAO, ROM, ITALI, 29 NOVEMBER 2011
Suruhanjaya Sumber Genetik untuk Makanan dan Pertanian
Pertubuhan Makanan dan Pertanian
FAO, 2011
Rekabentuk dan persembahan bahan dalam produk maklumat ini tidak membayangkan
ekspresi pendapat Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkaitan undang-undang
atau status pembangunan mana-mana nasional, wilayah, bandar atau kawasan atau pihak berkuasa,
atau mengenai had persempadanan atau sempadan. Sebutan khusus syarikat atau produk pengeluar,
sama ada atau tidak dipatenkan, tidak membayangkan bahawa ia telah disahkan atau disyorkan
oleh FAO berbanding yang lain yang mana serupa tetapi tidak disebut. Pandangan yang dinyatakan
dalam produk maklumat ini adalah pandangan para pengarang dan tidak semestinya
menggambarkan pandangan FAO.
ISBN 978-92-5-107163-2
Hakcipta terpelihara. FAO menggalakkan penghasilan semula dan penyebaran bahan
dalam produk maklumat ini. Kegunaan bukan komersial akan diberi kuasa percuma bergantung
kepada permintaan. Penghasilan semula bagi jualan atau tujuan komersial lain, termasuk bagi
tujuan pendidikan, boleh dikenakan bayaran. Permohonan kebenaran untuk penghasilan semula
atau penyebaran bahan hak cipta FAO dan semua pertanyaan yang berkaitan dengan hak dan lesen perlu
melalui emel kepada copyright@fao.org atau kepada Chief, Publishing Policy and Support Branch,
Office of Knowledge Exchange, Research and Extension, FAO,
Viale delle Terme di Caracalla, 00153 Rome, Italy.
© FAO 2012
KATA PENGHANTAR
Pelan Tindakan Global Kedua bagi Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian yang
disediakan di bawah naungan Suruhanjaya Sumber Genetik untuk Makanan dan Pertanian, telah
diterima pakai oleh Majlis FAO pada 29 November 2011. Ia mengemas kini Pelan Tindakan Global
untuk Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan
Pertanian, yang diterima pakai pada tahun 1996, di Persidangan Antarabangsa Teknikal Keempat
Sumber Genetik Tumbuhan.
Pelan Tindakan Global Kedua adalah maklumbalas kepada keperluan dan prioriti yang dikenal pasti
dalam Laporan Kedua Status Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian Dunia,
penilaian global yang diterbitkan FAO pada tahun 2010. Ia telah disediakan melalui satu siri
perundingan serantau dengan penyertaan daripada 131 nasional dan wakil-wakil komuniti
penyelidikan antarabangsa, sektor swasta dan komuniti awam.
Keperluan untuk memulihara dan menggunakan secara lestari kepelbagaian genetik tumbuhan di dunia
adalah lebih kritikal berbanding sebelumnya. Ia merupakan asas jaminan makanan dalam dunia yang
menghadapi banyak cabaran. Lebih satu bilion orang sudah mengalami kebuluran dan malnutrisi
kronik, manakala penduduk dunia dijangka mencapai 9.2 bilion pada tahun 2050. Untuk menjamin
makanan kepada mereka, kita perlu meningkatkan pengeluaran pertanian sebanyak 60%. Pada masa
yang sama, sumber asas telah diancam oleh pemanasan global dan perubahan cuaca, sumber tanah dan
air yang berkurangan dan kemerosotan alam sekitar. Kehilangan kepelbagaian genetik tumbuhan
untuk makanan dan pertanian yang berterusan mengurangkan pilihan kita dan pilihan generasi akan
datang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan memastikan jaminan makanan,
pembangunan ekonomi, dan keamanan dunia.
Pelan Tindakan Global Kedua menyediakan satu siri rancangan dan tindakan prioriti yang dipersetujui
untuk melindungi portfolio kita yang kaya dengan pelbagai sumber genetik, di samping memastikan
aliran lestari varieti dengan memanfaatkan trait yang dipertingkatkan untuk menghasilkan kualiti
makanan yang lebih baik dalam kuantiti yang sepadan dengan keperluan kita yang berkembang.
Hanya dengan berbuat demikian, kita boleh meletakkan satu pengakhiran kepada krisis makanan dan
kemiskinan. Kerjasama antarabangsa menjadi lebih penting daripada beberapa dekad yang lalu. Ia
memaksa kita bersama-sama memperluas dan memperdalamkan usaha bagi memulihara dan
menggunakan secara lestari kepelbagaian tumbuhan.
Penerimaan Pelan Tindakan Global Kedua mencerminkan konsensus antarabangsa dan membuktikan
kesungguhan politik untuk mengenalpasti dan menjalankan prioriti yang dipersetujui untuk mencapai
matlamat ini. Ia memainkan peranan penting dalam rangka kerja polisi antarabangsa untuk jaminan
makanan dunia sebagai satu komponen sokongan Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik
Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian, sebagai sumbangan penting untuk mencapai Matlamat
Pembangunan Milenium dan dalam pelaksanaan Pelan Strategik untuk Biodiversiti 2011-2020.
Sememangnya sukar kerana dalam keadaan ekonomi dunia kini kita tidak mampu untuk tidak
meneruskan dan meningkatkan pelaburan nasional dan antarabangsa dalam prioriti dan program yang
telah dipersetujui kerajaan melalui Pelan Tindakan Global Kedua. Ini bermakna peningkatan yang
ketara dalam aktiviti-aktiviti semasa di negara-negara dan penglibatan aktif organisasi antarabangsa
dan serantau, penderma, saintis, petani, komuniti orang asli dan tempatan, sektor awam dan swasta,
komuniti awam dan institusi penyelidikan dan pendidikan. Pelaksanaan sepenuhnya Pelan Tindakan
Global Kedua akan memerlukan kerjasama antara nasional dan wilayah dan sokongan bersama antara
pertanian dan sektor alam sekitar dan makanan.
Ini bukanlah sesuatu yang kita boleh tangguhkan atau hanya mencapai sebahagian sahaja, tanpa
meletakkan persekitaran dunia pada risiko terutamanya apabila perubahan cuaca semakin pesat, dan
tanpa menggadaikan masa depan anak-anak kita. Kemajuan yang telah dicapai terutamanya sejak
Pelan Tindakan Global pertama diterima pakai menunjukkan bahawa strategi yang bermanfaat boleh
mengatasi banyak halangan semasa apabila disokong oleh kemahuan politik dan sumber kewangan
yang mencukupi. Sumber genetik tumbuhan adalah kepentingan bersama manusia dan ia adalah
pengurusan ekonomi dan moral yang berguna di dalam memulihara sumber-sumber yang telah melalui
evolusi berjuta-juta tahun dan beribu-ribu generasi petani di seluruh dunia, dan digunakan secara
lestari dan menguntungkan untuk memastikan bahawa kita boleh memberi makanan kepada generasi
akan datang.
FAO komited terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan Global Kedua. Saya menyeru semua negara
bersama-sama mengambil peluang ini dan mengukuhkan pelaburan kita dalam mengawasi sumber
genetik tumbuhan warisan dunia dengan menjayakan Pelan Tindakan Global Kedua secara realistik,
bersungguh-sungguh dan penuh komitmen.
José Graziano da Silva
Ketua Pengarah
Pertubuhan Makanan dan Pertanian
Ringkasan Eksekutif
1. Sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian menyediakan asas biologi untuk
pengeluaran pertanian dan jaminan makanan dunia. Sumber-sumber ini digunakan sebagai bahan
mentah yang paling penting bagi petani dan pembiakbaka tumbuhan. Kepelbagaian genetik sumber-
sumber ini membolehkan tanaman dan varieti mengadaptasi dengan keadaan yang sentiasa berubah-
ubah dan untuk mengatasi kekangan yang disebabkan oleh perosak, penyakit dan tekanan abiotik.
Sumber genetik tumbuhan adalah penting untuk pengeluaran pertanian yang lestari. Tidak ada
ketidakserasian yang wujud di antara pemuliharaan dan penggunaan sumber-sumber ini. Malah ia
akan menjadi amat penting untuk memastikan bahawa kedua-dua aktiviti saling melengkapi.
Pemuliharaan, penggunaan lestari dan perkongsian manfaat yang adil dan saksama daripada
penggunaan sumber genetik merupakan kebimbangan dan kepentingan antarabangsa. Ini adalah
objektif Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian
yang berharmoni dengan Konvensyen Kepelbagaian Biologi. Dalam konteks hak kedaulatan negara-
negara terhadap sumber biologi dan saling pergantungan negara-negara yang mempunyai sumber
genetik untuk makanan dan pertanian, Pelan Tindakan Global Kedua bagi Sumber Genetik Tumbuhan
untuk Makanan dan Pertanian adalah satu manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab berterusan
komuniti antarabangsa.
2. Sejak 15 tahun yang lalu, Pelan Tindakan Global telah menjadi dokumen rujukan utama untuk
usaha-usaha nasional, serantau dan global untuk memulihara dan menggunakan sumber-sumber
genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian lestari dan berkongsi dengan adil dan saksama faedah
yang diperolehi daripada penggunaan mereka. Sebagai sebahagian daripada Sistem Global FAO bagi
pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian, Pelan
Tindakan Global telah menjadi elemen utama yang digunakan oleh Suruhanjaya Sumber Genetik
untuk Makanan dan Pertanian FAO untuk memenuhi mandat merujuk kepada sumber genetik
tumbuhan. Pelan Tindakan Global juga telah menyediakan sumber rujukan yang penting bagi sektor-
sektor lain sumber genetik. Ia telah membantu kerajaan dalam penggubalan polisi dan strategi nasional
ke atas sumber-sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian. Ia juga telah digunakan oleh
komuniti antarabangsa untuk menentukan prioriti di peringkat global untuk meningkatkan koordinasi
usaha bagi mewujudkan sinergi di kalangan pihak berkepentingan sumber genetik. Pelan Tindakan
Global telah terbukti memainkan peranan penting dalam menyusun semula halatuju dan prioriti
agenda penyelidikan dan pembangunan organisasi antarabangsa yang relevan dengan aktiviti-aktiviti
berkaitan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian.
3. Penerimaan pakai Pelan Tindakan Global oleh 150 nasional pada tahun 1996 di Leipzig
adalah peristiwa penting dalam pembangunan tadbir urus antarabangsa sumber genetik tumbuhan
untuk makanan dan pertanian. Ia menyediakan aras kejayaan selesainya rundingan Perjanjian
Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian di bawah
Suruhanjaya Sumber Genetik untuk Makanan dan Pertanian FAO.
4. Sejak diterima pakai, telah ada beberapa perkembangan penting yang berkaitan dengan
pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian untuk
mengemas kini Pelan Tindakan Global. Laporan Kedua Status Sumber Genetik Tumbuhan untuk
Makanan dan Pertanian Dunia yang diterbitkan baru-baru ini telah menyediakan asas yang kukuh
untuk proses mengemas kini. Dunia sedang menghadapi ancaman jaminan makanan yang semakin
meningkat, mencerminkan antara lain dalam harga makanan yang amat tidak menentu. Perubahan
cuaca, urbanisasi yang semakin meningkat, keperluan untuk pertanian yang lebih lestari dan keperluan
untuk melindungi kepelbagaian genetik tumbuhan dan meminimumkan hakisan genetik, semua
memerlukan perhatian yang lebih besar kepada pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik
tumbuhan untuk makanan dan pertanian. Pada masa yang sama, terdapat peluang-peluang baru yang
penting yang boleh meningkatkan pengurusan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
termasuk kesediaan komunikasi dan teknologi maklumat yang meluas serta kemajuan dalam bidang
bioteknologi dan pembangunan produk-produk biologi dari pertanian. Tambahan pula, persekitaran
polisi telah berubah dengan ketara sejak 15 tahun yang lalu terutamanya dengan berkuat kuasanya
Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian dan
antara lain Protokol Biokeselamatan Cartagena serta dengan penggunaan Pelan Strategik untuk
Biodiversiti 2011-2020 dan Protokol Nagoya ke atas Akses Sumber Genetik dan Perkongsian Secara
Adil dan Saksama Faedah daripada Penggunaan. Dunia juga telah melihat komitmen baru untuk
pertanian dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan. Pelan Tindakan Global yang
dikemaskini diperlukan untuk bertindak balas dan mencerminkan perkembangan ini.
5. Pelan Tindakan Global Kedua menangani cabaran dan peluang baru melalui 18 Aktiviti
Prioriti. Laporan Kedua Status Sumber Tumbuhan Genetik untuk Makanan dan Pertanian Dunia, yang
merupakan satu siri mesyuarat perundingan serantau serta input daripada pakar-pakar di seluruh dunia
telah menyediakan input yang diperlukan untuk menjadikan Pelan Tindakan Global Kedua yang
terkini, berpandangan jauh dan relevan untuk perspektif dan prioriti global, serantau dan nasional.
Pengemaskinian Pelan Tindakan Global juga mengukuhkan peranannya sebagai komponen yang
menyokong Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan
Pertanian.
6. Berdasarkan pelbagai input yang disenaraikan di atas, ia telah membolehkan bilangan Aktiviti
Prioriti diselaraskan, dengan mengurangkannya daripada 20 dalam Pelan Tindakan Global yang asal
kepada 18. Ini telah dilakukan dengan penggabungan Aktiviti Prioriti 5 dan 8 terdahulu (Mengekalkan
koleksi ex situ sedia ada dan Memperluaskan aktiviti pemuliharaan ex situ) ke dalam Aktiviti Prioriti
6 yang baru, Mengekal dan mengembangkan germplasma pemuliharaan ex situ. Aktiviti Prioriti 12
terdahulu (Menggalakkan pembangunan dan pengkomersialan tanaman dan spesies yang kurang
digunakan) dan 14 (Membangunkan pasaran baru varieti tempatan dan produk kaya dengan
kepelbagaian) telah digabungkan ke dalam Aktiviti Prioriti 11 yang baru, Menggalakkan
pembangunan dan pengkomersialan semua varieti, terutamanya varieti/ landraces petani dan spesies
yang kurang digunakan.
7. Di samping itu, tumpuan beberapa Aktiviti Prioriti yang lain telah diselaraskan untuk
menampung prioriti yang baru ditakrifkan. Pelan Tindakan Global Kedua memberikan penekanan
yang lebih besar dan visibiliti untuk pembiakbakaan tanaman seperti yang ditunjukkan dalam Aktiviti
Prioriti 9, Menyokong usaha pembiakbakaan tumbuhan, penambahbaikan genetik dan peluasan asas.
Usaha juga telah dibuat berdasarkan panduan daripada rundingan serantau untuk memudahkan dan
menjelaskan dokumen itu.
KANDUNGAN
Pelan Tindakan Global Kedua Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian
Perenggan
Pengenalan 1–23
Keperluan berterusan pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber
genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
Sejarah Pelan Tindakan Global
Implementasi Pelan Tindakan Global
Rasional Pelan Tindakan Global Kedua
Matlamat dan strategi Pelan Tindakan Global Kedua
Struktur dan organisasi Pelan Tindakan Global Kedua
Aktiviti Prioriti
Pemuliharaan dan Pengurusan In Situ 24–89
1. Tinjauan dan inventori sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan
pertanian
2. Menyokong pengurusan di ladang dan peningkatan sumber genetik
untuk makanan dan pertanian
3. Membantu petani dalam situasi bencana untuk memulihkan sistem
tanaman
4. Mengalakkan pemuliharaan dan pengurusan in situ kerabat liar tanaman
dan tumbuhan makanan liar
Pemuliharaan Ex Situ 90–141
5. Menyokong pengumpulan sumber genetik tumbuhan sasaran untuk
makanan dan pertanian
6. Mengekal dan mengembangkan germplasma pemuliharaan ex situ
7. Regenerasi dan multiplikasi aksesi ex situ
Penggunaan Lestari 142–212
8. Mengembangkan pencirian, penilaian dan pembangunan subset spesifik
koleksi untuk memudahkan penggunaan
9. Menyokong usaha pembiakbakaan tumbuhan, penambahbaikan genetik
dan peluasan asas
10. Mempromosi kepelbagaian pengeluaran dan meluaskan kepelbagaian
tanaman untuk pertanian lestari
11. Menggalakkan pembangunan dan pengkomersialan semua varieti,
terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan
12. Menyokong pengeluaran dan pengedaran benih
Pembangunan Kapasiti Institusi dan Sumber Manusia yang Lestari 213–312
13. Membangun dan memperkukuhkan program nasional
14. Mengalak dan mengukuhkan rangkaian sumber genetik tumbuhan
untuk makanan dan pertanian
15. Membina dan memperkukuhkan sistem maklumat komprehensif bagi
sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
16. Membangun dan memperkukuhkan sistem bagi memantau dan
melindungi kepelbagaian genetik dan meminimumkan hakisan genetik
sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
17. Membina dan memperkukuhkan kapasiti sumber manusia
18. Mempromosi dan memperkasakan kesedaran awam mengenai
kepentingan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
Pelaksanaan dan Pembiayaan Pelan Tindakan Global Kedua 313–322
Senarai akronim dan singkatan
Pengenalan
Keperluan berterusan pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber genetik tumbuhan untuk
makanan dan pertanian
1. Pertanian pada abad kedua puluh satu akan berdepan dengan cabaran-cabaran baru. Pengeluaran
fiber dan makanan akan meningkat secara mendadak bagi memenuhi pertumbuhan dan pemodenan
populasi serta penurunan tenaga buruh. Perubahan diet dan tabiat pemakanan turut mengubah sistem
pengeluaran tanaman dan ternakan. Berhadapan dengan jaminan makanan, tenaga dan pembangunan
lestari sedunia, setiap negara perlu mengenalpasti cabaran dan peluang terhadap pengeluaran dan
penggunaan biofuel. Di kebanyakan negara, kesan perubahan cuaca mungkin memerlukan perubahan
dalam penyesuaian banyak tanaman dan foraj, meningkatkan kebergantungan negara ke atas sumber
genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian (PGRFA). Perubahan cuaca juga akan membawa
kepada perubahan kawasan dan amalan pengeluaran, dan juga kemunculan perosak dan penyakit
tanaman dan ternakan. Pertanian perlu berterusan mengurangkan impak negatif ke atas persekitan dan
biodiversiti serta menerima pakai amalan pengeluaran yang lestari dan efisien. Perubahan penggunaan
tanah akan menghadkan kawasan pertanian dan meningkatkan tekanan terhadap populasi kerabat liar
tanaman (CWR) dan tumbuhan makanan liar.
2. PGRFA adalah asas kemampuan pertanian menangani perubahan persekitaran dan sosioekonomi.
Oleh itu, ianya perlu memainkan peranan penting di dalam meningkatkan pengeluaran dan
produktiviti pertanian, bukan sahaja membekalkan gen-gen baru untuk meningkatkan varieti tanaman
tetapi juga menyumbang kepada pembangunan produk bio dan fungsi ekosistem yang efektif. PGRFA
merupakan komponen asas strategi kebolehidupan komuniti tempatan dan asli di kebanyakan kawasan
terpencil di seluruh dunia.
Sejarah Pelan Tindakan Global
3. Pelan Tindakan Global (GPA) bagi Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari PGRFA telah diterima
pakai pada tahun 1996 oleh wakil-wakil daripada 150 nasional semasa Persidangan Teknikal Sumber
Genetik Tumbuhan Antarabangsa Keempat di Leipzig, Jerman. Persidangan yang sama juga telah
menerima pakai Deklarasi Leipzig, yang telah mengariskan kepentingan PGRFA bagi jaminan
makanan sedunia dan mendapat komitmen negara-negara untuk mengimplementasikan GPA. Lebih
150 nasional termasuk sektor awam dan swasta telah secara aktif terlibat di dalam penyediaan GPA.
FAO telah membantu memudahcara dan memantau implementasi GPA, di bawah panduan
Suruhanjaya Sumber Genetik untuk Makanan dan Pertanian (Suruhanjaya) antara kerajaan sebagai
sebahagian daripada Sistem Global FAO untuk Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Genetik
Tumbuhan.
4. Semasa Sesi Kelapan 1999, Suruhanjaya telah mengesahkan bahawa FAO memantau status PGRFA
di seluruh dunia secara berkala bagi membantu analisis perubahan jurang dan keperluan serta
menyumbang proses mengemaskini GPA. Manakala, Sesi Kesepuluh pada tahun 2004, Suruhanjaya
telah bersetuju mengaplikasikan pendekatan baru untuk memantau implementasi GPA berdasarkan
indikator-indikator yang telah dipersetujui, yang membawa kepada pembangunan Mekanisma
Perkongsian Maklumat Nasional (NISM). Suruhanjaya telah mengesahkan Laporan Kedua Status
PGRFA Dunia (Laporan Kedua) semasa Sesi Keduabelas pada tahun 2009 sebagai penilaian autoritatif
sektor itu. FAO diminta mengemaskini GPA terutamanya berdasarkan Laporan Kedua, dan juga
mengambilkira jurang dan keperluan yang telah dikenalpasti daripada kerajaan serta input yang
diperoleh daripada mesyuarat dan konsultasi serantau. Pihak Suruhanjaya telah memutuskan bahawa
GPA Kedua akan dipertimbangkan semasa Sesi Ketigabelas.
5. Pada tahun 2001, Persidangan FAO telah menggunapakai Perjanjian Antarabangsa Sumber Genetik
Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian (Perjanjian Antarabangsa), yang mana Artikel 14 telah
mengiktiraf GPA sebagai komponen sokongan. Pada tahun 2006, Badan Pengelola Perjanjian
Antarabangsa memutuskan bahawa prioriti GPA juga prioriti Strategi Pembiayaan Perjanjian
Antarabangsa. Pada tahun 2009, Badan Pengelola menyatakan keperluan untuk memastikan kerjasama
erat antaranya dengan Suruhanjaya mengenai GPA dan menjemput Suruhanjaya dalam menyemak
semula GPA, mengambil kira isu-isu khusus yang berkaitan dengan Perjanjian Antarabangsa dan
mengambarkan peruntukan-peruntukan Perjanjian Antarabangsa dalam GPA Kedua.
Implementasi Pelan Tindakan Global
6. Sejak pembentukan GPA pertama, berdasarkan maklumat yang dihasilkan semasa proses persediaan
untuk Laporan Pertama Status Sumber Tumbuhan Genetik untuk Makanan dan Pertanian Sedunia
pada awal 1990-an, kemajuan besar telah dibuat dalam pelaksanaan GPA di seluruh dunia. Lebih 20
peratus aksesi dipulihara dalam bank gen di seluruh dunia berbanding 1996 iaitu mencapai 7.4 juta
pada tahun 2010. Lebih 240 000 sampel baru telah dikumpulkan dan ditambah kepada koleksi ex situ.
Terdapat 1 750 bank gen yang dikenal pasti pada tahun 2010 berbanding kira-kira 1 450 pada tahun
1996. Bilangan taman botani telah berkembang daripada kira-kira 1 500 pada tahun 1996 kepada lebih
daripada 2 500 pada tahun 2010. Bilangan program PGRFA nasional telah meningkat dengan
penyertaan pihak yang berkepentingan yang lebih luas. Kebanyakan nasional kini telah sama ada
mengguna pakai atau menyemak semula undang-undang yang berkaitan dengan sistem PGRFA dan
benih. Aplikasi bioteknologi tumbuhan moden dalam pemuliharaan dan penggunaan PGRFA telah
berkembang. Petani semakin mengambil bahagian dalam program pembiakbakaan; dan pemuliharaan
dan penggunaan CWR dan landraces telah bertambah baik. Peranan penting maklumat dalam
pemuliharaan dan penggunaan PGRFA dan kemajuan teknologi dalam bidang ini digambarkan dalam
pengurusan maklumat yang lebih baik di peringkat nasional, serantau dan global
7. Secara keseluruhan, aktiviti antarabangsa dalam pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA
telah meningkat. Perjanjian Antarabangsa telah menubuhkan Strategi Pembiayaan dengan aktiviti-
aktiviti GPA sebagai prioriti. Rangkaian serantau, rangkaian tanaman dan program baru telah
ditubuhkan sebagai tindakan kepada aktiviti prioriti GPA. Rangkaian-rangkaian ini amat penting untuk
menggalakkan kerjasama, perkongsian pengetahuan, maklumat dan idea, pertukaran germplasma dan
menjalankan penyelidikan bersama serta aktiviti-aktiviti lain. Inisiatif-inisiatif seperti Tabung Amanah
Kepelbagaian Tanaman Global (Tabung Amanah), yang menggalakkan dan menyokong pemuliharaan
ex situ terutama bagi tanaman yang termasuk dalam Sistem Multilateral Akses dan Perkongsian
Manfaat (Sistem Multilateral) Perjanjian Antarabangsa (iaitu tanaman Lampiran I), dibina dari
rangkaian jenis ini. Rangkaian antarabangsa koleksi ex situ tanaman utama memainkan peranan
penting dalam rundingan Perjanjian Antarabangsa. Koleksi ini terus menjadi tulang belakang Sistem
Global FAO untuk Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari PGRFA. Svalbard Global Seed Vault kini
memberikan tahap keselamatan tambahan kepada koleksi ex situ sedia ada. Selain daripada itu,
pembangunan portal global data aksesi dan pelancaran sistem pengurusan maklumat bank gen adalah
langkah penting ke arah pengukuhan dan operasi yang lebih berkesan untuk pemuliharaan ex situ.
Penubuhan NISM di lebih daripada 65 buah negara melengkapkan peranan untuk memudahkan akses
kepada maklumat yang relevan, memantau pelaksanaan GPA dan mengukuhkan proses membuat
keputusan nasional serta kerjasama di kalangan pihak berkepentingan. Inisiatif Perkongsian Global
Pembangunan Kapasiti Pembiakbakaan Tumbuhan (GIPB) merupakan satu usaha untuk mengisi
jurang yang penting dalam program-program nasional, dengan menghubungkan pemuliharaan PGRFA
untuk digunakan dalam pembaikbakaan tanaman. Di samping itu, Mekanisme Memudahcara GPA
mengenalpasti dan menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pembiayaan bagi semua
aktiviti prioriti.
Rasional Pelan Tindakan Global Kedua
8. Sejak GPA digubal dan diterima pakai, beberapa perubahan besar telah berlaku berkenaan dengan
pemuliharaan dan penggunaan PGRFA yang membawa kepada cabaran dan peluang-peluang baru.
Perkembangan ini telah dibangkitkan dalam Laporan Kedua dan diberikan penekanan utama di dalam
perbincangan mesyuarat dan perundingan serantau. Ia juga memberi justifikasi dan rasional untuk
mengemaskini GPA.
9. Adalah dijangkakan bahawa pembangunan dan trend dalam pertanian akan mempunyai kesan ketara
ke atas pemuliharaan dan penggunaan PGRFA seperti berikut:
a) Di kebanyakan negara maju, majoriti makanan dibekalkan oleh sistem pengeluaran industri
makanan, yang dipacu oleh permintaan pengguna terhadap makanan murah kualiti yang
seragam dan boleh diramal. Varieti-varieti tanaman dibiakkan (biasanya menggunakan sistem
monokultur) bukan sahaja untuk memenuhi keperluan sistem ini dan standard pasaran yang
ketat, tetapi juga untuk menangani rintangan biotik, kualiti pemakanan dan kestabilan hasil.
Perkembangan ini telah memperkukuhkan trend menurun dalam kepelbagaian genetik dan
spesies di ladang petani.
b) Dalam dunia membangun, sebahagian besar makanan masih dihasilkan dengan kuantiti yang
sedikit. Jika ada input bahan kimia dan lebihan makanan dari subsisten pertanian atau kebun
rumah dijual secara lokal. Berjuta-juta petani kecil-kecilan di seluruh dunia bergantung pada
PGRFA tempatan yang sedia ada untuk kesejahteraan kehidupan mereka.
c) Urbanisasi terus mempercepat dan ia dijangka lebih daripada 70 peratus daripada penduduk
dunia akan tinggal di bandar-bandar pada tahun 2050 berbanding kira-kira 50 peratus hari ini.
Paras pendapatan dijangka terus meningkat dari paras semasa beberapa kali.1 Walau
bagaimanapun, jurang pendapatan antara kaya dan miskin akan kekal sangat tinggi.
d) Terdapat peningkatan besar dalam perdagangan benih antarabangsa yang dikuasai oleh
syarikat-syarikat benih multinasional yang sedikit.
e) Pengeluaran dan pemasaran yang semakin meningkat terhadap beberapa tanaman yang
diubahsuai secara genetik (berkait dengan titik sebelumnya) dan perlu pemantauan oleh
komuniti sumber genetik.
f) Menurut polisi dan keperluan nasional, terdapat peningkatan pelaksanaan Artikel 9 Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak Petani (Farmer’s Right) dan pengiktirafan terhadap peranan
penting petani di dalam pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA.
10. Perubahan cuaca merupakan ancaman serta-merta dan tidak pernah sebelum ini mengancam
mata pencarian dan jaminan makanan. Perubahan cuaca mungkin menjadi penghalang utama untuk
mencapai peningkatan sebanyak 70 peratus dalam pengeluaran makanan global yang diperlukan
menjelang 2050. Elemen-elemen strategik diperlukan untuk melindungi PGRFA dan menggunakannya
secara optimum untuk membantu menghadapi perubahan cuaca seperti berikut:
Penekanan pemuliharaan in situ populasi genetik yang pelbagai terutamanya CWR bagi
membenarkan evolusi berterusan dan seterusnya membolehkan generasi dengan trait
adaptasi;
Program pemuliharaan ex situ diperluaskan (terutamanya CWR) untuk memastikan
penyelenggaraan kepelbagaian spesies, populasi dan varieti, termasuk yang menyesuaikan
diri dengan keadaan ekstrem serta mereka-mereka dari kawasan yang dijangka akan
dipengaruhi oleh perubahan cuaca;
Peningkatan penyelidikan dan ketersediaan maklumat mengenai trait bahan tanaman di
dalam koleksi ex situ yang akan berguna di bawah keadaan persekitaran baru yang lebih
baik;
Meningkatkan sokongan terhadap akses dan pergerakan PGRFA untuk memenuhi saling
bergantungan antara negara;
Lebih banyak sokongan pembangunan kapasiti dalam pembiakbakaan tumbuhan dan
sistem pengurusan benih bagi penggunaan lestari PGRFA yang efektif
1 FAO. 2009. How to feed the world in 2050.
http://www.fao.org/fileadmin/templates/wsfs/docs/expert_paper/How_to_Feed_the_World_in_2050.pdf
Peningkatan penglibatan petani dan komuniti pertanian yang disasarkan dalam aktiviti
peningkatan tanaman nasional dan tempatan, termasuk sokongan bagi penyelidikan dan
pembiakbakaan tumbuhan.
11. Sejak 15 tahun yang lalu, maklumat mengenai tahap dan trait hakisan genetik dan kerentanan
PGRFA telah disediakan. Hakisan genetik dilaporkan terus berlaku di kebanyakan rantau di dunia dan
kerentanan genetik tanaman terus meningkat. Sebab-sebab utama hakisan termasuk penggantian
varieti/landraces petani, pembersihan tanah, eksploitasi berlebihan, kekurangan air, tekanan populasi
penduduk, perubahan tabiat pemakanan, kemusnahan alam sekitar, perubahan sistem pertanian, polisi
dan perundangan, perosak, penyakit dan rumpai. Perubahan dalam sektor benih dan kaedah
pengeluaran memberi impak kepada kerentanan tanaman. Kerentanan ini khususnya kepada spesies
yang kurang digunakan yang tidak mendapat sokongan penyelidikan, pembiakbakaan, dan/atau
pembangunan/pemasaran, serta semakin diabaikan oleh petani. Namun spesies ini mempunyai potensi
yang besar dalam konteks perubahan cuaca, eko-pertanian, kepelbagaian makanan dan kelestarian
sistem pengeluaran pertanian.
12. Kemajuan dalam bidang-bidang penting sains dan teknologi yang berkaitan dengan
pemuliharaan dan penggunaan PGRFA telah berlaku sejak 15 tahun lalu. Kemajuan yang paling
penting adalah perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (termasuk internet dan
telefon mudah alih), pengurusan dan analisis maklumat dan pembangunan biologi molekul.
a) Pengurusan maklumat dan teknologi pertukaran telah berkembang sejak 15 tahun yang
lalu. Terdapat akses kepada maklumat dan peningkatan kapasiti analisis kepada pekerja-
pekerja sumber genetik. Terbaharu adalah seperti sistem maklumat geografi (GIS) dan kaedah
berasaskan satelit seperti Sistem Kedudukan Global (GPS) dan penderiaan jauh, yang
membolehkan data PGRFA digabungkan dengan pelbagai data lain bagi mengenalpasti
kawasan kepelbagaian yang khusus atau mengenalpasti bahan daripada habitat tertentu.
b) Kemajuan kaedah molekular dan genomik terkini telah memberi impak terhadap bidang
utama pelaksanaan GPA. Kaedah-kaedah ini membolehkan penjanaan maklumat tambahan dan
lebih terperinci mengenai tahap dan penyebaran kepelbagaian genetik dan boleh digunakan
dalam pembangunan strategi bagi pemuliharaan dan penggunaan PGRFA. Di samping itu,
teknologi untuk mengenalpasti dan memindahkan gen antara spesies yang berkaitan dan tidak
berkaitan membuka lembaran baru kepada eksploitasi kepelbagaian genetik.
c) Beberapa pembangunan besar telah berlaku berkenaan dengan amalan pemuliharaan ex situ
dan prosedur di sepanjang dekad yang lalu, di mana maklumat baru dan alat molekular
berpotensi menjadikan pemuliharaan dan penggunaan PGRFA lebih berkesan dan cekap.
Banyak kerja telah dilaksanakan dalam pemuliharaan in situ, kedua-dua CWR dan tumbuhan
makanan liar, dan sehingga ke tahap yang lebih besar iaitu pemuliharaan di ladang.
Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh merupakan pengiktirafan terhadap kepentingan
pendekatan bersepadu dan multidisiplin. Petani dan komuniti orang asli dan tempatan
memainkan peranan utama di dalam perspektif kesejahteraan dan kemandirian hidup
digambarkan sepenuhnya.
13. Telah ada pembangunan polisi utama yang berkaitan dengan pemuliharaan dan penggunaan
PGRFA. Ini termasuk Program Kerja Biodiversiti Pertanian oleh Persidangan Parti-parti Konvensyen
Kepelbagaian Biologi (CBD) pada tahun 2000, Matlamat Pembangunan Milenium pada tahun 2000,
penubuhan Strategi Global bagi Pemuliharaan Tumbuhan pada tahun 2002, penubuhan Tabung
Amanah Kepelbagaian Tanaman Global pada tahun 2004 dan terima pakai oleh Suruhanjaya Program
Kerja Multi Tahun (MYPOW), termasuk kerja utama PGRFA pada tahun 2007.
14. Tidak dinafikan, pembangunan yang paling penting adalah menerima pakai Perjanjian
Antarabangsa pada tahun 2004. Artikel 14 Perjanjian itu mengiktiraf kepentingan GPA dan komitmen
Pihak Pejanji (Contracting Parties) untuk menggalakkan pelaksanaan yang berkesan, termasuk
melalui tindakan nasional dan kerjasama antarabangsa untuk menyediakan satu rangka kerja
bersesuaian untuk pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat, dengan
mengambil kira peruntukan perkongsian manfaat Sistem Multilateral. Pihak Pejanji juga mengiktiraf
bahawa keupayaan terutamanya negara-negara membangun dan negara-negara dengan ekonomi dalam
peralihan - untuk melaksanakan aktiviti prioriti, perancangan dan program PGRFA, dengan
mengambil kira GPA, akan bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan Artikel 6 (Penggunaan
lestari PGRFA) dan 13 (Perkongsian Manfaat di dalam Sistem Multilateral) dan Strategi Pembiayaan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 18. Rangka kerja GPA telah diambil kira oleh Badan
Pengelola Perjanjian Antarabangsa dalam menentukan prioriti Dana Perkongsian Manfaat untuk
membolehkan penggunaan strategik dalam memangkinkan pemuliharaan dan penggunaan lestari
PGRFA. GPA Kedua akan menjadi sumber yang penting untuk mengenalpasti prioriti masa depan.
15. Pertemuan kesepuluh pada tahun 2010, Persidangan Parti-parti CBD telah menerima pakai Pelan
Strategik Kepelbagaian Biologi untuk tempoh 2011-2020, dengan 20 Sasaran. Sasaran 13 "Sasaran
Kepelbagaian Biologi Aichi" merupakan objektif utama yang berkait dengan kepelbagaian genetik:
"Menjelang 2020, kepelbagaian genetik tanaman, domestikasi ternakan dan kerabat liar, termasuk
spesies berharga dari segi sosioekonomi serta budaya dipulihara, dan strategi telah dibangun dan
diimplementasikan untuk meminimakan hakisan genetik dan melindungi kepelbagaian genetik."
Beberapa sasaran lain juga berkaitan dengan pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber genetik
tumbuhan.2 GPA Kedua bertujuan untuk menyumbang secara signifikan kepada pencapaian sasaran
ini. Kerja telah dimulakan terhadap indikator antarabangsa yang berkaitan dengan sasaran ini. Protokol
Nagoya ke atas Akses Sumber Genetik dan Perkongsian Secara Adil dan Saksama Faedah daripada
Penggunaan diterima pakai pada tahun 2010, apabila dikuatkuasakan mempunyai implikasi bagi akses
dan penggunaan sumber genetik tumbuhan tertentu.
16. GPA memandatkan Suruhanjaya membangunkan satu prosedur untuk mengkaji GPA. Penilaian
ini mengambilkira dengan kemajuan yang dibuat di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa
dalam pelaksanaan yang bersesuaian sekali gus menjadikannya pelan berterusan seperti yang
disyorkan dalam Agenda 21.
Matlamat dan Strategi Pelan Tindakan Global
17. Pada Sesi Kedua Belas pada tahun 2009, Suruhanjaya mencadangkan agar GPA Kedua
memfokuskan untuk membantu ketetapan prioriti, termasuk mengenalpasti prioriti Strategi
Pembiayaan Perjanjian Antarabangsa. GPA Kedua berdasarkan matlamat dan prinsip-prinsip yang
ringkas dan jelas, termasuklah strategi dan maklumat bagi setiap aktiviti prioriti.
18. Tujuan utama GPA Kedua, seperti yang dipersetujui oleh Suruhanjaya di Sesi Ketiga Belas dan
diluluskan oleh Majlis FAO pada Sesi ke-143 pada tahun 2011, adalah:
a) untuk memantapkan pelaksanaan Perjanjian Antarabangsa;
2 Termasuk Sasaran 2 (Selewat-lewatnya menjelang 2020, nilai-nilai biodiversiti telah disepadukan ke dalam pembangunan
nasional dan tempatan, dan strategi membasmi kemiskinan, proses perancangan dimasukkan ke dalam perakaunan nasional,
sebagaimana yang sesuai, dan sistem pelaporan), Sasaran 5 (Menjelang 2020, kadar kehilangan semua habitat semula jadi
termasuk hutan sekurang-kurangnya separuh yang membawa hampir kepada sifar, dan degradasi dan pemecahan
berkurangan), Sasaran 6 (Menjelang 2020, semua ikan, stok invertebrata dan tumbuhan akuatik diuruskan dan dituai secara
lestari mengikut undang-undang dan mengguna pakai pendekatan berasaskan ekosistem supaya penangkapan ikan berlebihan
dapat dielakkan, pelan dan langkah-langkah pemulihan disediakan untuk semua spesies yang pupus, perikanan tidak
mempunyai kesan negatif ke atas spesies terancam dan ekosistem yang terjejas dan impak perikanan ke atas stok, spesies dan
ekosistem berada dalam had selamat ekologi), Sasaran 7 (Menjelang 2020 kawasan pertanian, akuakultur dan perhutanan
diurus secara lestari bagi memastikan pemuliharaan biodiversiti), Sasaran 11 (Menjelang 2020, sekurang-kurangnya 17
peratus daripada daratan dan air dalam nasional, dan 10 peratus kawasan pantai dan marin, terutamanya kawasan penting
untuk biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, dipulihara secara berkesan dan saksama dari segi ekologi dan dihubungkan
dengan sistem kawasan perlindungan dan lain-lain langkah efektif kawasan pemuliharaan yang berkesan, dan disepadukan ke
dalam landskap daratan dan laut yang lebih luas), Sasaran 12 (Menjelang 2020, kepupusan spesies yang terancam telah
dihalang dan status pemuliharaan mereka, terutamanya mereka yang paling merosot telah bertambah baik dan kekal),
Sasaran 18 (Menjelang 2020, pengetahuan tradisional, inovasi dan amalan komuniti pribumi tempatan relevan bagi
pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti, dan adat mereka menggunakan sumber biologi dihormati, tertakluk kepada
undang-undang nasional dan obligasi antarabangsa yang berkaitan, dan diintegrasikan sepenuhnya dan mencerminkan
pelaksanaan Konvensyen dengan penyertaan komuniti orang asli dan tempatan secara efektif di semua peringkat yang
berkaitan).
b) untuk memastikan pemuliharaan PGRFA sebagai asas jaminan makanan, pertanian lestari dan
pengurangan kemiskinan dengan menyediakan asas untuk kegunaan semasa dan masa depan;
c) untuk menggalakkan penggunaan lestari PGRFA bagi memupuk pembangunan ekonomi dan
mengurangkan kebuluran dan kemiskinan terutamanya di negara-negara membangun, serta
menyediakan pilihan untuk mengadaptasi dan mengurangkan perubahan cuaca, menangani
perubahan global dan bertindak terhadap keperluan makanan, dan lain-lain;
d) untuk menggalakkan pertukaran PGRFA dan perkongsian yang adil dan saksama hasil
daripada penggunaan mereka;
e) untuk membantu negara-negara, sebagaimana yang bersesuaian dan tertakluk kepada undang-
undang negara mereka, untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi dan
menggalakkan Hak Petani, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 9 Perjanjian
Antarabangsa;
f) untuk membantu negara-negara, wilayah, Badan Pengelola Perjanjian Antarabangsa dan lain-
lain institusi yang bertanggungjawab memulihara dan menggunakan PGRFA untuk
mengenalpasti prioriti untuk tindakan;
g) untuk mewujudkan dan mengukuhkan program-program nasional, untuk meningkatkan
kerjasama serantau dan antarabangsa, termasuk penyelidikan, pendidikan dan latihan
mengenai pemuliharaan dan penggunaan PGRFA dan untuk meningkatkan keupayaan
institusi;
h) untuk menggalakkan perkongsian maklumat mengenai PGRFA di antara wilayah dan negara;
i) untuk menetapkan asas-asas konsep untuk pembangunan dan menggunapakai polisi-polisi dan
undang-undang nasional, sebagaimana yang sesuai, bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari
PGRFA;
j) untuk mengurangkan pertindihan tindakan yang tidak disengajakan dan tidak perlu untuk
menggalakkan kecekapan kos dan keberkesanan dalam usaha global untuk memulihara dan
penggunaan lestari PGRFA.
19. GPA adalah berdasarkan kepada fakta bahawa negara-negara saling bergantungan terhadap
PGRFA dan kerjasama serantau dan antarabangsa yang besar perlu untuk memenuhi matlamat secara
berkesan dan efisien. Dalam konteks ini, GPA telah membangunkan satu rangka kerja strategik yang
terdiri daripada tujuh aspek asas dan saling berkaitan:
a) Satu jumlah PGRFA yang besar penting untuk jaminan makanan dunia, disimpan di dalam
koleksi ex situ. Manakala penyelenggaraan sumber genetik dalam bank gen dan rangkaian
adalah satu prosedur yang mantap di kebanyakan negara, banyak koleksi yang sedia ada perlu
terus maju dan diperkukuhkan. Mendapatkan simpanan yang mencukupi untuk bahan genetik
yang telah dikumpul, menyediakan regenerasi dan simpanan duplikasi merupakan elemen
strategik GPA. Secara amnya, terdapat keperluan untuk mewujudkan prosedur operasi
standard untuk semua operasi rutin bank gen.
b) Menghubungkan pemuliharaan dan penggunaan, mengenalpasti dan mengatasi halangan
kepada penggunaan PGRFA yang dipulihara adalah perlu jika manfaat yang maksimum akan
diperolehi daripada usaha-usaha pemuliharaan. Pengurusan maklumat yang berkesan termasuk
perkongsian maklumat secara meluas dengan pengguna dan penggunaan teknologi maklumat
yang canggih, akan menjadi satu syarat yang penting untuk mencapai matlamat ini. Ini
termasuk maklumat molekular dan genomik yang perlu dikaitkan dengan data pencirian dan
penilaian trait morfologi dan agronomi yang berjaya di dalam pangkalan data bank gen.
c) Meningkatkan kapasiti di semua peringkat merupakan strategi utama untuk menyokong setiap
aktiviti GPA. GPA bertujuan untuk menggalakkan penggunaan dan pembangunan institusi
yang pragmatik dan cekap, kerjasama sumber manusia, dan mekanisme kewangan dengan
meningkatkan mobiliti sumber manusia dan kewangan melalui penubuhan sistem global
PGRFA. Selain itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan hubungan antara inovasi dan
aplikasi sains dan teknologi untuk pemuliharaan dan penggunaan PGRFA.
d) Pengukuhan usaha dan kerjasama antara pembiakbaka sektor awam dan swasta untuk
memulihara dan menggunakan PGRFA adalah penting. Di samping itu, pembiakbakaan dan
pemilihan partisipatori, serta penyelidikan partisipatori dengan petani dan komuniti
perladangan perlu diperkukuhkan dan diiktiraf sebagai cara yang sesuai untuk mencapai
pemuliharaan dan penggunaan PGRFA lestari dalam jangka masa panjang.
e) Pemuliharaan dan pembangunan in situ PGRFA berlaku dalam dua konteks: di ladang dan
secara semulajadi. Petani dan komuniti orang asli dan tempatan memainkan peranan penting
dalam kedua-duanya. Meningkatkan keupayaan mereka melalui hubungan dengan agensi
pengembangan, sektor awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan koperasi milik
penuh petani, serta menyediakan insentif dalam pemuliharaan in situ, akan membantu
mempromosi jaminan makanan, mengadaptasi dan daya tahan terutamanya di kalangan
komuniti yang hidup di kawasan yang mempunyai potensi pertanian yang rendah.
f) Memandangkan kepentingan CWR untuk penambahbaikan tanaman dan hakikat bahawa
mereka tidak diberi perhatian yang secukupnya, aktiviti pemuliharaan dan pengurusan khusus
akan diperlukan, termasuk perlindungan yang lebih baik melalui peningkatan amalan
penggunaan tanah, pemuliharaan alam semulajadi dan mengukuhkan penglibatan komuniti
orang asli dan tempatan.
g) Strategi pemuliharaan dan penggunaan di peringkat komuniti, nasional, serantau dan
antarabangsa lebih efektif apabila mereka saling melengkapi antara satu sama lain dan
diselaras dengan baik. Pemuliharaan in situ, pemuliharaan ex situ dan penggunaan lestari perlu
disepadukan sepenuhnya di semua peringkat.
20. Mobilisasi sumber membolehkan pelaksanaan elemen strategik yang bersesuaian dan tepat pada
masa seperti yang dinyatakan di atas akan memerlukan perhatian dan usaha di semua peringkat,
termasuk koordinasi dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan dalam negara, serantau dan global
(CBD, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Cuaca PBB dan sebagainya).
Struktur dan Organisasi Pelan Tindakan Global Kedua
21. GPA Kedua mempunyai 18 aktiviti prioriti. Bagi tujuan pragmatik dan pembentangan, ia
dibahagikan kepada empat kumpulan utama. Kumpulan pertama Pemuliharaan dan Pengurusan In
Situ; kedua Pemuliharaan Ex Situ; ketiga Penggunaan Lestari dan keempat Pembangunan Kapasiti
Institusi dan Sumber Manusia yang Lestari. GPA ialah satu set aktiviti bersepadu dan saling berkait,
penempatan aktiviti kepada empat kumpulan ini bertujuan membantu pembentangan dan membimbing
di dalam bidang-bidang tertentu. Banyak aktiviti prioriti berkait dan relevan dengan lebih daripada
satu kumpulan.
22. Bagi setiap aktiviti prioriti, terdapat satu set tajuk atau seksyen asas, yang bertujuan membantu
dalam penyampaian bidang yang dicadangkan. Dalam beberapa kes, cadangan atau syor diletakkan di
bawah satu seksyen mungkin sama seksyen lain. Walaupun tiada definisi seksyen yang ketat yang
dianggap perlu, beberapa kenyataan penjelasan mungkin berguna iaitu:
a) seksyen Latar belakang menyediakan rasional aktiviti prioriti dan ringkasan pencapaian sejak
tahun 1996, terutamanya berdasarkan penemuan yang dilaporkan dalam Laporan Kedua.
b) seksyen Objektif menetapkan objektif khusus dan objektif umum yang dilaksanakan di bawah
aktiviti prioriti. Artikulasi objektif yang jelas boleh membantu komuniti antarabangsa dalam
menilai sejauh mana pelaksanaan aktiviti prioriti sepanjang masa.
c) seksyen Polisi/strategi mencadangkan polisi nasional dan antarabangsa serta pendekatan
strategik untuk melaksanakan objektif aktiviti prioriti. Dalam beberapa kes, terdapat
cadangan polisi-polisi baru di peringkat antarabangsa; dalam kes-kes lain terdapat cadangan
perubahan dalam pendekatan, prioriti dan visi.
d) seksyen Kapasiti menunjukkan keupayaan manusia dan institusi yang perlu dibangunkan
atau disediakan melalui pelaksanaan aktiviti prioriti.
e) seksyen Penyelidikan/teknologi, termasuk pembangunan dan pemindahan teknologi,
mengenalpasti bidang penyelidikan saintifik, metodologi atau teknologi atau tindakan yang
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti prioriti.
f) seksyen Koordinasi/pentadbiran menerangkan isu-isu yang timbul apabila aktiviti prioriti
dirancang dan dilaksanakan. Tumpuan bahagian ini terhad di peringkat nasional untuk
mengelakkan ulangan, untuk mengukuhkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa yang
relevan dan pusat penyelidikan pertanian dan meningkatkan perkongsian maklumat di
kalangan semua organisasi dan pihak berkepentingan yang mengguna pakai semua aktiviti
prioriti. Kerjasama antarabangsa adalah penting untuk memperolehi manfaat maksimum di
bawah instrumen undang-undang dan polisi seperti CBD dan Perjanjian Antarabangsa dan
memenuhi obligasi bersekutu.
23. Ada kalanya, penyatuan atau penyempadanan dikenal pasti secara khusus dalam aktiviti prioriti
tertentu. Ini tidak bertujuan untuk membayangkan pengecualian mereka daripada aktiviti-aktiviti di
mana mereka tidak disebut. Rujukan digunakan untuk menyerlahkan peranan yang amat kritikal atau
yang mungkin sukar didapati, atau kedua-duanya.
Pemuliharaan dan Pengurusan In Situ
1. Tinjauan dan inventori sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
24. Latar belakang: Rasional pemuliharaan PGRFA (in situ dan ex situ) bermula dengan tinjauan dan
inventori, sepertimana yang digariskan dalam Artikel 5 Perjanjian Antarabangsa. Bagi menghuraikan
polisi dan strategi pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA, program nasional perlu tahu apa
sumber yang wujud di negara mereka, penyebaran mereka dan sejauh mana mereka telah dipulihara.
Negara-negara yang telah mengesahkan CBD telah mengakui tanggungjawab khusus dalam hal ini
(contohnya dalam Program Kerja Biodiversiti Pertanian). Akses yang lebih luas kepada alat
penderiaan geologi telah memudahkan pengukuran, dan pembangunan dan aplikasi teknik-teknik
biologi molekular yang moden telah membantu dalam menilai kepelbagaian genetik dan dalam
sesetengah kes, hakisan genetik. Semasa dekad yang lalu, kebanyakan kaji selidik tinjauan terhad
kepada tanaman individu atau kawasan yang terhad, walaupun sedikit kemajuan telah dibuat dalam
inventori CWR dan membangunkan laman khusus untuk pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun,
usaha-usaha di kawasan perlindungan untuk inventori, tinjauan, dan memulihara PGRFA terhad
berbanding komponen-komponen lain biodiversiti. Beberapa organisasi antarabangsa telah
menyumbang untuk memantau status pemuliharaan tumbuhan liar pertanian yang relevan pada
peringkat serantau dan global, tetapi perkongsian yang lebih kukuh dengan organisasi dalam sektor
alam sekitar perlu diteruskan, terutamanya di peringkat nasional.
25. Objektif: Untuk memudahkan pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan strategi pemuliharaan
pelengkap dan polisi-polisi nasional yang berkaitan dengan pemuliharaan dan penggunaan lestari
PGRFA. Untuk mengukuhkan hubungan di antara kementerian pertanian dan alam sekitar,
menggalakkan pemantauan status dan trend dalam PGRFA dan memastikan pemuliharaan yang
mencukupi.
26. Untuk membangun dan mengguna pakai kaedah tinjauan dan inventori PGRFA in situ dan ex situ,
termasuk GIS, kaedah berasaskan satelit (contohnya GPS dan penderian jauh) dan penanda molekul.
Untuk mengenalpasti, mengesan, inventori dan menilai ancaman kepada PGRFA, terutamanya guna
tanah dan perubahan cuaca.
27. Polisi/strategi: Keupayaan untuk mengenalpasti spesies akan menjadi elemen utama untuk aktiviti
prioriti ini. Tinjauan dan inventori PGRFA, seperti yang diperlukan, hendaklah dianggap sebagai
langkah pertama dalam proses pemuliharaan dan mengurangkan kadar kehilangan biodiversiti. Tanpa
keupayaan untuk memulihara dan/atau menggunakan biodiversiti, kerja itu mungkin utiliti marginal.
Oleh itu, kaji selidik tinjauan dan inventori perlu dikaitkan dengan objektif khusus dan pelan dalam
pemuliharaan in situ, pengumpulan, pemuliharaan ex situ dan penggunaan. Definisi dan kaedah piawai
perlu digalakkan untuk terus menilai kelemahan genetik dan hakisan genetik. Terdapat juga keperluan
segera untuk membangunkan indikator yang lebih baik, termasuk indikator proksi kepelbagaian,
hakisan genetik dan kelemahan yang boleh digunakan untuk mewujudkan garis polisi nasional,
serantau dan global. Indikator ini harus objektif dan seimbang dengan mengambil kira sistem yang
digunakan di peringkat nasional. Mereka tidak perlu mewujudkan langkah-langkah punitif, atau yang
menjejaskan kedaulatan nasional ke atas sumber genetik, dan mengenakan sistem maklumat yang
khusus. Persetujuan umum perlu diteruskan ke atas reka bentuk dan penggunaan indikator itu.
28. Pengetahuan tempatan dan pribumi perlu diiktiraf sebagai satu komponen penting dalam tinjauan
dan inventori. Ia harus dipertimbangkan dengan teliti dan didokumenkan di mana sesuai dan dengan
terlebih dahulu mendapat persetujuan komuniti orang asli dan tempatan.
29. Kapasiti: Negara-negara harus menyediakan dan boleh mendapat manfaat sokongan kewangan
dan teknikal untuk tinjauan dan inventori PGRFA. Terdapat beberapa rintangan untuk tinjauan dan
inventori PGRFA, termasuk kekurangan kakitangan yang terlatih secukupnya. Latihan dan
pembangunan kapasiti hendaklah dijalankan di beberapa kawasan penyelidikan, termasuk pengenalan
tumbuhan, biologi populasi, etnobotani, penggunaan GIS dan GPS, dan alat molekular. Kapasiti untuk
menilai kesan dan adaptasi perubahan cuaca juga semakin relevan, terutamanya jika kepelbagaian
genetik yang dipulihara secara in situ dikekalkan secara lestari dalam jangka masa panjang.
30. Penyelidikan/teknologi: Sokongan yang mencukupi perlu diberikan untuk membangunkan
metodologi tinjauan dan menilai kepelbagaian inter- dan intra-spesifik yang lebih baik dalam sistem
pertanian ekologi. Terdapat juga keperluan untuk membangunkan indikator saintifik yang kukuh dan
mudah dilaksanakan untuk memantau status dan trend PGRFA, terutama pada tahap genetik.
31. Terdapat keperluan penyelidikan khusus yang berkaitan dengan pemuliharaan in situ PGRFA.
Inventori yang lebih lengkap diperlukan untuk membolehkan sasaran aktiviti pemuliharaan in situ
yang lebih baik. Jika inventori dikaitkan dengan data trait khusus di dalam keadaan sebenar atau
diramal, ia mempunyai lebih nilai dan akan menyediakan jaringan yang berguna untuk pemuliharaan
in situ dan penggunaan. Sumber maklumat sedia ada perlu digunakan untuk menentukan sejauh mana
CWR wujud di kawasan perlindungan.
32. Satu bidang penyelidikan penting adalah pembangunan indikator yang boleh digunakan untuk
memantau perubahan dan penyebaran kepelbagaian pada skala yang berbeza dan pengumpulan
maklumat spesies dan populasi. Kajian ini akan memperkukuhkan perancangan dan membuat
keputusan terhadap pemuliharaan nasional.
33. Koordinasi/pentadbiran: Koordinasi mesti dijalankan di antara kementerian-kementerian yang
berurusan dengan pertanian, alam sekitar, penyelidikan sains dan teknologi di dalam negara dan di
rantau ini, memandangkan spesies merentasi sempadan nasional. Koordinasi peringkat serantau dan
global diperlukan untuk mengukuhkan hubungan dalam usaha pemuliharaan in situ dan ex situ sedia
ada.
34. Hubungan yang kukuh perlu diwujudkan dengan rangkaian nasional, serantau dan tanaman dengan
dengan pengguna PGRFA (pembiakbaka, penyelidik dan petani) untuk memaklum, mengarah dan
memprioritikan keseluruhan proses pemuliharaan. Negara-negara perlu bekerjasama dalam aktiviti
tinjauan dan inventori untuk membina kapasiti..
2. Menyokong pengurusan di ladang dan peningkatan sumber genetik tumbuhan untuk
makanan dan pertanian
35. Latar belakang: Pembiakbakaan tanaman telah membantu meningkatkan hasil tanaman,
meningkatkan daya tahan kepada perosak dan penyakit, meningkatkan kepelbagaian dan kualiti
produk pertanian dan makanan terutamanya di dalam persekitaran yang menggalakkan. Petani
memilih untuk menanam varieti moden kerana banyak sebab termasuk keadaan pasaran, jaminan
makanan keluarga dan kelestarian alam sekitar. Walaupun pilihan ini sering mengakibatkan hakisan
genetik yang signifikan, dua dekad lalu telah ada bukti kukuh bahawa banyak petani negara
membangun, dan di negara-negara maju terus mengekalkan kepelbagaian genetik tanaman yang
signifikan di kawasan masing-masing. Kepelbagaian ini merupakan elemen penting dalam strategi
kehidupan petani kerana keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran marginal atau
heterogenus. Kepelbagaian tanaman juga terpulihara untuk memenuhi perubahan permintaan pasaran,
ketersediaan buruh dan lain-lain faktor sosio-ekonomi, serta atas sebab-sebab budaya dan agama.
36. Pelbagai inisiatif dan amalan telah disediakan untuk membantu komuniti pertanian mendapat
manfaat daripada mengekalkan dan menggunakan kepelbagaian genetik tanaman tempatan dalam
sistem pengeluaran mereka. Pembinaan kapasiti dan kepimpinan dalam komuniti dan institusi
tempatan adalah pra-syarat untuk melaksanakan apa-apa inisiatif berasaskan komuniti. Mempromosi
dan menyokong pengurusan sumber genetik ladang telah menjadi komponen utama strategi
pemuliharaan tanaman yang kukuh. Hasilnya, pengurusan ladang PGRFA adalah salah satu daripada
tiga prioriti pertama Dana Perkongsian Manfaat Perjanjian Antarabangsa.
37. Selain daripada perkembangan ini, soalan teknikal dan metodologi kekal penting. Secara
khususnya, masih ada ruang untuk memperbaiki koordinasi pengurusan di ladang dengan
pemuliharaan dan penggunaan ex situ. Bagi merealisasikan sepenuhnya potensi peningkatan di ladang,
amalan-amalan ini perlu disepadukan sepenuhnya ke dalam polisi pembangunan luar bandar.
38. Kebimbangan mengenai kesan perubahan cuaca ke atas pertanian telah berkembang dengan ketara
sepanjang dekad yang lalu. Petani mungkin tidak lagi boleh menanam varieti tradisional dan landraces
mereka sendiri dengan keadaan iklim yang berubah, dan oleh itu mereka akan memerlukan akses
kepada germplasma baru. Tambahan pula, pertanian adalah sumber dan takungan untuk karbon
atmosfera. PGRFA semakin diiktiraf sebagai amat penting bagi pembangunan sistem pertanian yang
berdaya tahan terhadap perubahan cuaca, menguasai lebih karbon dan menghasilkan gas rumah hijau
yang lebih sedikit. Mereka akan menjadi tunjang dalam pembiakbakaan varieti tanaman baru yang
akan diperlukan di dalam pertanian untuk mengatasi keadaan alam sekitar pada masa depan.
Peningkatan keperluan hubungan antara sistem benih tempatan dan bank gen serta rangkaian akan
semakin meningkat untuk mendapatkan germplasma baru yang dapat mengadaptasi di dalam iklim
yang berubah.
39. Objektif: Untuk menggunakan pengetahuan yang dihasilkan dalam tempoh dua dekad yang lalu
bagi menggalakkan dan mempertingkatkan keberkesanan pemuliharaan di ladang, pengurusan
penambahbaikan, dan penggunaan PGRFA. Untuk mencapai keseimbangan dan integrasi antara
pemuliharaan in situ dan ex situ. Bagi merealisasikan Hak Petani seperti yang digariskan di dalam
Artikel 9 Perjanjian Antarabangsa di peringkat nasional dan serantau dan mengikut prioriti dan
undang-undang nasional. Untuk menggalakkan perkongsian saksama manfaat dari penggunaan
PGRFA seperti yang disebut di dalam Artikel 13 Perjanjian Antarabangsa. Untuk mengalakkan
kemunculan syarikat benih awam, swasta dan koperasi bagi menangani keperluan tempatan sebagai
hasil pemilihan dan pembiakbakaan tanaman di ladang yang berjaya. Untuk mengekalkan pertukaran
benih tradisional dan sistem bekalan, termasuk bank-bank gen komuniti, dan mengukuhkan pasaran
tempatan bagi produk, terutamanya bagi petani kecil-kecilan dan sara hidup di negara-negara
membangun dan mengambil kira kekangan akaun fitosanitari. Untuk mengambil kira peranan wanita
dalam pengeluaran pertanian di kebanyakan negara membangun, khususnya mengenai pengurusan
PGRFA di ladang. Untuk mengalakkan pemilihan dan pembiakbakaan yang berjaya, terutamanya
perubahan cuaca.
40. Untuk menangani jurang pengetahuan mengenai dinamik, metodologi, kesan dan potensi
pemuliharaan di ladang dan penambahbaikan tanaman. Untuk membangunkan atau mengukuhkan
program dan rangkaian pengurusan sumber genetik varieti/landraces petani di ladang, CWR,
tumbuhan makanan liar dan rangeland dan mengintegrasikan kerja mereka ke dalam polisi dan aktiviti
pembangunan luar bandar. Untuk mengembangkan peranan bank gen dan rangkaian nasional, serantau
dan antarabangsa termasuk sokongan, dan penyediaan bahan-bahan untuk program peningkatan di
ladang dengan cara yang lebih bersepadu. Untuk membina program di ladang berdasarkan sistem
pengetahuan tempatan dan tradisional, institusi dan pengurusan, memastikan penyertaan tempatan
dalam perancangan, pengurusan dan penilaian. Untuk menarik perhatian komuniti dan saintis yang
lebih luas ke atas peranan pelbagai jantina dan umur dalam pengeluaran dan pengurusan sumber isi
rumah di luar bandar.
41. Polisi/strategi: Walaupun aktiviti pengurusan di ladang kini telah melangkaui peringkat
penyelidikan kecil-kecilan melalui projek-projek metodologi, aktiviti-aktiviti ini masih perlu
disepadukan sepenuhnya ke dalam pemuliharaan dan strategi pembangunan dan/atau pelan tindakan
yang lebih luas. Aktiviti di ladang akan melengkapi pembangunan tanaman pelbagai yang lebih formal
dan mengukuhkan sistem bekalan benih. Fleksibiliti institusi akan diperlukan apabila bekerja dengan
komuniti pertanian. Strategi khusus perlu dibangunkan untuk pemuliharaan PGRFA in situ, untuk
menguruskan kepelbagaian tanaman di ladang dan di kawasan perlindungan. Perhatian khusus perlu
diberikan dalam strategi ini untuk memulihara CWR di kawasan asal mereka, kawasan-kawasan
hotspot kepelbagaian dan biodiversiti. Amalan-amalan baik mesti disebarkan kepada pemuliharaan
dan penggunaan lestari PGRFA yang menyokong dan mengekalkan nilai-nilai sosial, ekonomi dan
budaya komuniti tempatan dan pribumi dan meningkatkan kualiti hidup. Ini akan dicapai dengan
melibatkan komuniti itu dalam semua aspek pengurusan dan peningkatan PGRFA di ladang.
42. Kerajaan harus mempertimbangkan bagaimana pengeluaran, insentif ekonomi dan polisi-polisi lain
serta pengembangan pertanian dan perkhidmatan penyelidikan mungkin memudahkan dan
menggalakkan pengurusan dan peningkatan PGRFA di ladang. Nilai pemuliharaan dari segi
perkhidmatan ekosistem yang berterusan perlu ditonjolkan. Kepentingan PGRFA sebagai salah satu
daripada perkhidmatan ini mula diiktiraf sepenuhnya dan usaha untuk mendokumentasikan nilai
kepelbagaian CWR dan landraces perlu diteruskan dan dipergiatkan.
43. Keperluan khusus untuk mengintegrasikan pemuliharaan CWR dan landrace ke dalam strategi
pemuliharaan sedia ada untuk memastikan bahawa biodiversiti pertanian dan biodiversiti umum tidak
ditangani sebagai entiti yang berasingan. Ini akan memerlukan pemuliharaan biodiversiti pertanian
menjadi inisiatif dan program pemuliharaan biodiversiti yang lebih luas di peringkat nasional, serantau
dan antarabangsa.
44. Sebagaimana bersesuaian, polisi nasional harus bertujuan untuk memperkukuhkan kapasiti
komuniti orang asli dan tempatan untuk mengambil bahagian dalam usaha penambahbaikan tanaman.
Penyertaan dan pendekatan gender untuk pembaikan tanaman perlu diperkukuhkan untuk
menghasilkan varieti khusus yang dapat beradaptasi dengan persekitaran sosio-ekonomi yang lemah.
Ini mungkin memerlukan polisi dan perundangan baru - termasuk perlindungan, pengesahan varieti
dan prosedur pengesahan benih bagi varieti yang dibiakbaka melalui pembiakbakaan tumbuhan
partisipatori - untuk mempromosi dan mengukuhkan penggunaannya dan memastikan bahawa mereka
termasuk dalam strategi pembangunan pertanian nasional.
45. Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada pemuliharaan di ladang dan penggunaan spesies yang
kurang digunakan, yang mana kebanyakannya boleh memberi sumbangan berharga untuk
memperbaiki diet dan pendapatan. Bagi mendapatkan potensi nilai pasaran tanaman itu, kerjasama
yang lebih erat mesti diwujudkan di pelbagai peringkat dalam rantaian pengeluaran dari peringkat
pembangunan dan ujian varieti baru, aktiviti tambah nilai dan pembukaan pasaran baru.
46. Kapasiti: Sokongan yang sewajarnya harus diberikan kepada organisasi berasaskan komuniti dan
kumpulan-kumpulan pengguna yang terlibat dalam menyediakan bantuan praktikal pemuliharaan di
ladang dan kerja penambahbaikan. Keupayaan petani, orang asli dan komuniti tempatan dan organisasi
mereka, serta pekerja pengembangan dan pihak yang berkepentingan untuk menguruskan biodiversiti
pertanian yang lestari di ladang perlu dipertingkatkan.
47. Untuk menyokong aktiviti penambahbaikan di ladang, bank gen, rangkaian dan organisasi nasional
dan antarabangsa harus mempertimbangkan untuk mengenalpasti varieti/landraces petani yang sesuai
untuk multiplikasi dan/atau untuk membangunkan populasi pembiakbakaan baru yang
menggabungkan trait spesifik kepada bahan-bahan tempatan.
48. Program latihan interdisiplin perlu dibangunkan untuk pekerja pengembangan, pertubuhan bukan
kerajaan dan lain-lain untuk memudahkan dan memangkinkan aktiviti di ladang, termasuk teknik
pemilihan dan pembiakbakaan yang sesuai bagi menambah dan memperbaiki apa yang sudah
digunakan oleh petani.
49. Fokus program latihan harus membantu petani untuk menimba ilmu pengetahuan dan teknologi
baru, meneroka pasaran baru untuk produk mereka dan membantu penyelidik untuk menjadi lebih
baik. Latihan harus bertujuan untuk empat kumpulan yang berbeza: ahli sains (termasuk pembiakbaka
tumbuhan, penyelidik dan pakar ekonomi pertanian), kakitangan sokongan teknikal, agen lanjutan
(termasuk pertubuhan bukan kerajaan) dan petani. Sokongan bagi kerja ijazah lanjutan perlu termasuk
latihan yang berkaitan dalam bidang sains biologi dan sosial. Latihan untuk agen pengembangan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam etnobotani, pemilihan dan pembiakbakaan
partisipatori, penyelenggaraan benih dan penggunaan alat ICT.
50. Latihan untuk petani perlu dijalankan dalam konteks keseluruhan rantaian pengeluaran dan
tertumpu kepada identifikasi trait tumbuhan, pemilihan/pembiakbakaan, penggunaan dan
penyelenggaraan tanaman tempatan, dan promosi jualan produk. Ia adalah penting untuk
membangunkan kemahiran petani dalam memilih tumbuhan pada keadaan vegetatif dan bukan hanya
selepas musim menuai.
51. Program latihan perlu direkabentuk dengan kerjasama yang rapat dengan Sistem Penyelidikan
Pertanian Nasional (NARS), petani, organisasi petani dan pihak berkepentingan lain, dan hendaklah
berdasarkan keperluan yang dinyatakan oleh rakan kongsi ini. Program sedemikian tidak seharusnya
mengabaikan peranan penting wanita dalam mengaruh dan mengarah evolusi tanaman. Program
latihan harus mempertimbangkan penggunaan sumber biologi yang berbeza oleh wanita dan lelaki,
termasuk kebimbangan wanita untuk mempelbagaikan penggunaan dan pemprosesan tanaman.
52. Penyelidikan/teknologi: Lapan jenis penyelidikan saintifik multidisiplin yang penting diperlukan:
a) penyelidikan etnobotani dan sosioekonomi/sosiobudaya untuk memahami dan menganalisis
pengetahuan petani, pemilihan/pembiakbaka, penggunaan dan pengurusan PGRFA selaras
dengan pengesahan petani yang terlibat dan dengan keperluan untuk perlindungan
pengetahuan dan teknologi;
b) populasi dan pemuliharaan biologi untuk memahami struktur dan dinamik kepelbagaian
genetik varieti/landraces petani tempatan, termasuk kepelbagaian populasi, aliran gen
termasuk introgresian, darjah pembiakbakaan dan tekanan;
c) peningkatan penyelidikan tanaman termasuk pembiakbakaan partisipatori, sebagai satu cara
untuk meningkatkan hasil tanaman dan kebolehpercayaan tanpa melibatkan kerugian yang
signifikan kepada biodiversiti tempatan;
d) penyelidikan dan kajian lanjutan bagi tanaman yang kurang digunakan termasuk pengeluaran,
pemasaran dan pengedaran benih dan bahan tanaman;
e) kajian cara yang paling berkesan untuk mengintegrasikan pemuliharaan ex situ dan di ladang,
yang mempertimbangkan sistem benih yang berbeza;
f) kajian mengenai tahap dan trait ancaman terhadap kepelbagaian yang sedia ada di ladang dan
in situ khususnya perubahan cuaca dan guna tanah, termasuk kesan mereka kepada
pendebunga;
g) analisis spatial untuk mengenalpasti varieti yang mempunyai trait adaptasi terhadap iklim
sebagai bantuan untuk pembiakbakaan tanaman;
h) kajian untuk mengukur hakisan genetik.
53. Penyelidikan saintifik seboleh-bolehnya digabungkan dengan aktiviti-aktiviti di ladang supaya
konteks dan tujuan kerja itu boleh dinilai sepenuhnya. Teknik fenotik boleh digunakan untuk
mencirikan varieti/landraces petani dengan trait-trait spesifik dan pengadaptasian kepada pelbagai
keadaan ladang. Penyelidikan perlu membantu pemantauan, penilaian dan penambahbaikan aktiviti di
ladang. Penyelidikan hendaklah dijalankan dengan penyertaan dan saling bekerjasama untuk
memupuk interaksi dan kerjasama di kalangan pihak yang berkepentingan, termasuk petani,
pembiakbaka dan kakitangan institusi nasional. Institusi yang lain patut dilibatkan apabila perlu.
54. Kaedah perlu dibangunkan dan bantuan perlu disediakan untuk mengintegrasikan pengurusan dan
pemuliharaan PGRFA in situ dan di ladang dengan bank-bank gen/rangkaian dan institusi
penyelidikan nasional dan serantau.
55. Koordinasi/pentadbiran: Usaha-usaha koordinasi dalam bidang ini perlu menggalakkan inisiatif
peringkat komuniti untuk menyokong pengurusan ladang dan peningkatan PGRFA. Projek-projek di
peringkat akar umbi yang kecil perlu menerima prioriti pembiayaan dan perkhidmatan sokongan.
Prioriti perlu diberi kepada projek-projek teknikal yang dimulakan oleh petani, yang menggalakkan
kepelbagaian tanaman dan kerjasama antara komuniti pertanian dan institusi penyelidikan. Projek-
projek seperti ini patut diberi masa yang cukup panjang (10 tahun atau lebih) bagi menjamin
keputusan yang signifikan.
56. Hubungan antara organisasi yang berkaitan dengan pemuliharaan PGRFA dan yang berkaitan
dengan penggunaannya sering lemah atau tidak ada di kebanyakan negara dan ini perlu
diperkukuhkan.
3. Membantu petani dalam situasi bencana untuk memulihkan sistem tanaman
57. Latar belakang: Bencana alam dan perbalahan sivil sering mencabar daya tahan sistem tanaman;
ini terutamanya memberi kesan kepada petani kecil-kecilan dan petani sara hidup di negara-negara
membangun. Jaminan benih adalah komponen utama daya tahan. Walaupun bantuan benih segera
boleh membantu petani yang terjejas dengan bencana yang akut, pendekatan yang lebih sistematik
untuk membangunkan semula sistem tanaman dan jaminan benih diperlukan dalam keadaan tekanan
yang kronik. Secara khususnya, terdapat peningkatan ancaman yang ditimbulkan oleh perubahan
cuaca kepada benih dan jaminan makanan dan peranan PGRFA yang boleh dimainkan dalam
membantu pertanian kekal produktif dan teguh di bawah keadaan yang berubah. Apabila varieti
tanaman hilang daripada ladang petani, ia sering boleh diperkenalkan semula dari masa ke masa dari
kawasan berhampiran, dengan sedikit sokongan melalui pasaran tempatan dan pertukaran daripada
petani-petani. Ia juga boleh diperkenalkan semula daripada bank gen dan rangkaian nasional, serantau
atau antarabangsa. Walau bagaimanapun, bank-bank gen kadang kala terpaksa berhadapan dengan
bencana alam dan bencana buatan manusia. Dalam kes-kes seperti itu, keupayaan untuk menyokong
pemulihan sistem tanaman akan bergantung kepada keupayaan untuk mengakses bahan-bahan yang
ada di bank gen lain. Artikel 12 Perjanjian Antarabangsa menyediakan asas yang kukuh untuk
meningkatkan dan memudahkan akses tersebut. Sistem maklumat nasional, serantau dan global
diperlukan untuk menyokong aktiviti pemulihan tanaman.
58. Biji-bijian diimport sebagai makanan bantuan sering digunakan sebagai benih dan selalunya tidak
sesuai digunakan dalam keadaan tempatan. Ini boleh menyebabkan hasil berkurangan selama
bertahun-tahun. Benih varieti import dengan adaptasi yang lemah juga mempunyai kesan yang sama.
Dalam jangka masa panjang, amalan makanan dan benih bantuan yang tidak sesuai boleh
memburukkan lagi kebuluran, menjejaskan jaminan makanan, merencatkan sistem benih tempatan dan
meningkatkan kos bantuan. Anjakan dalam pemikiran sepanjang dekad yang lalu telah membawa
kepada rangka kerja jaminan benih. Objektif rangka kerja ini adalah untuk menyiasat fungsi sistem
benih dan menerangkan keadaan dari segi ketersediaan, akses dan kualiti benih. Selepas bencana,
petani sering menghadapi kesukaran mengakses benih varieti tempatan. Walaupun ia mungkin boleh
didapati, kerana mereka telah kehilangan aset kewangan dan lain-lain. Pemikiran baru telah membawa
kepada koordinasi dan intervensi benih yang lebih baik di kalangan agensi, yang melangkaui
pengedaran benih dan input lain secara langsung kepada petani. Intervensi ini termasuk pendekatan
berasaskan pasaran seperti baucar benih dan input perdagangan saksama, dan inisiatif berasaskan
komuniti seperti multiplikasi benih bagi kedua-dua varieti petani dan varieti moden.
59. Objektif: Untuk memulihkan sistem tanaman PGRFA tempatan yang terjejas termasuk pemulihan
germplasma yang bersesuaian untuk menyokong kehidupan komuniti perladangan dan pertanian
lestari.
60. Untuk membangunkan kapasiti dalam menilai dan membangunkan jaminan benih, termasuk
membantu petani mengakses PGRFA adaptasi tempatan.
61. Untuk membangunkan tanggungjawab institusi dan mekanisme untuk mengenalpasti, memperoleh,
menganda dan menyampaikan PGRFA yang bersesuaian.
62. Untuk mengukuhkan kapasiti komuniti luar bandar dan petani yang relevan untuk mengenalpasti
dan mengakses PGRFA ex situ.
63. Untuk memastikan varieti tanaman yang dihantar kepada komuniti telah dapat beradaptasi dengan
keadaan tempatan.
64. Polisi/strategi: Kerajaan dengan kerjasama pertubuhan petani dan komuniti, badan-badan PBB
dan organisasi serantau, pertubuhan antara kerajaan dan bukan kerajaan perlu mewujudkan polisi di
semua peringkat untuk membolehkan pelaksanaan aktiviti jaminan benih yang sesuai sebagai tindakan
terhadap bencana, termasuk perubahan cuaca.
65. Kerajaan harus membangunkan polisi dan strategi perancangan dan tindakan risiko bencana yang
mempertimbangkan isu-isu jaminan benih dan keperluan khusus lokasi intervensi keselamatan benih.
Ini termasuk menggalakkan penilaian keselamatan benih dan membangunkan garis panduan untuk
amalan terbaik intervensi benih.
66. Usaha diperlukan untuk memulihara varieti/landraces petani dan CWR sebelum ia hilang
disebabkan perubahan cuaca dan ancaman lain. Usaha khas diperlukan untuk mengenalpasti spesies
dan populasi paling berisiko yang membawa trait penting yang berpotensi.
67. Negara-negara perlu membangunkan atau mengukuhkan sistem pemantauan hakisan genetik
termasuk menggunakan indikator yang mudah. Sokongan perlu diberikan kepada pengumpulan
varieti/landraces petani di kawasan terdedah atau terancam yang belum lagi dikumpul bagi tujuan ex
situ supaya sumber-sumber genetik ini boleh digandakan untuk kegunaan serta-merta dan dipulihara
untuk kegunaan masa depan. Koleksi bank gen nasional perlu diduplikasi ke luar negara, contohnya
dalam bank gen negara-negara jiran, dan/atau di bank-bank gen serantau atau antarabangsa. Untuk
mengelakkan pertindihan yang berlebihan, penilaian global yang sistematik diperlukan untuk menilai
koleksi sedia ada yang telah diduplikasi.
68. Bank gen dan rangkaian seharusnya memastikan maklumat pencirian dan penilaian disimpan
untuk membantu mengenalpasti aksesi berguna untuk memulihkan sistem tanaman, menghormati
akses dan perjanjian perkongsian manfaat. Sistem Multilateral Perjanjian Antarabangsa memudahkan
proses ini.
69. Kapasiti: Institusi penyelidikan pertanian nasional dan antarabangsa harus bekerjasama dengan
FAO dan lain-lain agensi yang bersesuaian untuk menubuhkan mekanisme bagi mempercepatkan
perolehan, multiplikasi dan penyediaan PGRFA ke negara-negara yang memerlukannya. Agensi
tersebut perlu memastikan bahawa mereka mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk tugas
tersebut. Kerjasama di kalangan organisasi awam, swasta dan badan bukan kerajaan adalah
sumbangan penting kepada usaha mengagihkan germplasma tempatan di kawasan-kawasan yang pulih
daripada bencana.
70. Sistem maklumat perlu dibangunkan untuk mengenalpasti dan membantu mendapatkan
germplasma sesuai untuk pemulihan atau pengenalan semula.
71. Kerajaan dan agensi-agensi kecemasan antarabangsa harus mempertimbangkan untuk
mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiakkan benih PGRFA tempatan sebagai tindakan
kepada keperluan mendesak ketika bencana.
72. Intervensi tindakan boleh dilengkapi dengan inisiatif multiplikasi benih nasional dan berasaskan
komuniti, dan kerajaan harus memperkukuhkan kapasiti untuk menghadapi bencana dan menyokong
kemunculan semula rangkaian bekalan benih dan sistem tanaman tempatan. Peranan petani dalam
memulihara varieti/landraces tempatan perlu diiktiraf kerana ini merupakan satu sumber penting
pemulihan kepelbagaian genetik.
73. Penyelidikan/teknologi: Kajian diperlukan ke atas tahap dan trait ancaman kepada kepelbagaian
sedia ada di ladang dan in situ. Pengalaman sebelum ini perlu dikaji semula dan opsyen dibangunkan
untuk meningkatkan kesediaan bank gen untuk menyelamatkan koleksi ex situ dan mengumpul benih
ketika kecemasan seperti perbalahan sivil, kemalangan industri dan bencana alam. Usaha-usaha ini
dijalankan dengan kerjasama erat di kalangan kerajaan-kerajaan nasional yang terjejas, penderma,
pertubuhan bukan kerajaan dan swasta, institut penyelidikan pertanian nasional, serantau dan
antarabangsa, rangkaian sumber genetik tumbuhan dan agensi-agensi antara kerajaan yang berkaitan.
Penyelidikan mengenai bagaimana komuniti luar bandar dapat mengenalpasti, mendapat dan
menggunakan PGRFA di dalam koleksi ex situ juga diperlukan.
74. Kajian juga perlu dijalankan ke atas pengeluaran dan sistem penghantaran benih sebelum bencana,
termasuk agroekologi, kalendar tanaman, aliran benih tempatan, pasaran benih dan stok benih.
Maklumat yang boleh membantu perancang dalam mengurangkan risiko dan tindakan bencana juga
masih kurang terutamanya mengenai jangkaan impak perubahan cuaca.
75. Koordinasi/pentadbiran: Di peringkat nasional, terdapat keperluan koordinasi di antara
kementerian pertanian, alam sekitar dan agensi-agensi yang terlibat dalam persiapan menghadapi
bencana dan tindakan. Pertubuhan bukan kerajaan mempunyai peranan penting. Usaha kesedaran
awam terhadap kepentingan PGRFA yang sesuai diperlukan untuk menyedarkan komuniti penderma
dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha bantuan dan pemulihan. Usaha seumpama ini juga
meningkatkan kesedaran tentang keperluan duplikasi selamat koleksi ex situ di negara-negara lain.
4. Mengalakkan pemuliharaan dan pengurusan in situ kerabat liar tanaman dan tumbuhan
makanan liar
76. Latar belakang: Ekosistem semulajadi mengandungi PGRFA yang penting, termasuk CWR dan
tumbuhan makanan liar yang sukar ditemui, endemik dan terancam. Spesies ini menjadi semakin
penting sebagai sumber trait baru untuk pembiakbakaan tanaman. Sebaik-baiknya, CWR dan spesies
liar dipulihara secara in situ, di mana mereka boleh berkembang di bawah keadaan semula jadi.
Kepelbagaian populasi spesies yang unik perlu dilindungi secara in situ ketika ancaman. Kebanyakan
taman negara di dunia dan kawasan perlindungan lain, bagaimanapun telah menubuhkan pemuliharaan
kepelbagaian genetik tumbuhan, tetapi mengabaikan CWR dan tumbuhan makanan liar. Rancangan
pengurusan kawasan perlindungan tidak secara khusus menangani kepelbagaian genetik spesies ini,
tetapi boleh diubahsuai untuk melengkapkan pendekatan pemuliharaan yang lain. Ia boleh dikatakan
bahawa memulihara kepelbagaian genetik CWR secara aktif dalam rangkaian kawasan perlindungan
akan meningkatkan pemahaman nilai mereka dalam perkhidmatan ekosistem, yang seterusnya akan
menjadi tunjang dalam jaminan jangka panjang di kawasan perlindungan itu sendiri.
77. Banyak kawasan perlindungan mengalami ancaman kemusnahan dan degradasi. Perubahan cuaca
merupakan satu ancaman tambahan yang serius. Oleh itu adalah perlu untuk melengkapkan
pemuliharaan di kawasan perlindungan yang bertujuan untuk memulihara kepelbagaian genetik di luar
kawasan itu, termasuk melalui pemuliharaan ex situ jika bersesuaian. Pemuliharaan in situ
memerlukan perancangan menyeluruh yang harus mempertimbangkan konflik yang sering bercanggah
dengan perlindungan alam sekitar, pengeluaran makanan dan pemuliharaan sumber genetik.
78. Objektif: Untuk menggunakan sumber-sumber genetik CWR dan tumbuhan makanan liar secara
lestari, dan memulihara mereka dalam kawasan perlindungan dan di atas tanah yang tidak jelas
disenaraikan sebagai kawasan perlindungan.
79. Untuk menggalakkan amalan perancangan dan pengurusan kawasan pemuliharaan in situ untuk
CWR dan tumbuhan makanan liar yang penting. Untuk menilai ancaman, dan status pemuliharaan,
prioriti CWR dan tumbuhan makanan liar dan membangunkan pelan pengurusan untuk melindungi.
Untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan tumbuhan liar sebagai sumber pendapatan dan
makanan, terutamanya oleh wanita.
80. Untuk mewujudkan pemahaman terhadap sumbangan CWR dan tumbuhan liar kepada ekonomi
tempatan, jaminan makanan dan kesihatan alam sekitar. Untuk meningkatkan pengurusan dan
perancangan serta menggalakkan saling melengkapi antara pemuliharaan dan penggunaan lestari di
taman-taman dan kawasan perlindungan, meningkatkan penyertaan komuniti orang asli dan tempatan
dalam memastikan pemuliharaan aktif kepelbagaian genetik CWR dan makanan liar.
81. Untuk mewujudkan komunikasi dan koordinasi yang lebih baik di antara pelbagai badan-badan
yang terlibat dalam pemuliharaan in situ dan pengurusan guna tanah di peringkat nasional dan serantau
terutamanya di antara sektor pertanian dan alam sekitar.
82. Polisi/strategi: Tertakluk kepada undang-undang nasional, kerajaan dengan kerjasama pihak
berkepentingan dan badan-badan bukan kerajaan, dan mengambil kira pandangan petani dan komuniti
orang asli serta tempatan, perlu:
a) memasukkan sebagaimana yang sesuai, tujuan-tujuan dan prioriti taman negara dan kawasan
perlindungan, pemuliharaan PGRFA spesies foraj tertentu, CWR dan spesies yang dikumpul
untuk makanan termasuk dalam hotspot biodiversiti dan rizab genetik;
b) mengintegrasikan pemuliharaan dan pengurusan PGRFA terutamanya CWR dan tumbuhan
makanan liar dalam rancangan penggunaan tanah di kawasan asal mereka, kawasan
kepelbagaian dan hotspot biodiversiti. Pusat kawasan kepelbagaian yang terletak di negara-
negara membangun, yang mana sumber-sumber yang terhad dan pembinaan kapasiti dan
pemindahan teknologi diperlukan. Strategi pemuliharaan in situ perlu menjadi pelengkap
kepada strategi ex situ;
c) menyokong pembentukan objektif nasional dan tempatan bagi pengurusan kawasan
perlindungan melalui penyertaan menyeluruh, merangkumi kumpulan orang yang paling
bergantung kepada tumbuhan makanan liar;
d) menyokong pembentukan panel penasihat untuk membimbing pengurusan kawasan
perlindungan. Di mana sesuai, panel akan melibatkan petani, orang asli dan komuniti
tempatan, saintis PGRFA, pegawai kerajaan tempatan dari pelbagai kementerian dan
pemimpin-pemimpin komuniti, mengikut perundangan negara;
e) mengambil maklum hubungkait antara sumber genetik dan pengetahuan tradisional, trait
mereka yang tidak dapat dipisahkan bagi komuniti orang asli dan tempatan, kepentingan
pengetahuan tradisional untuk PGRFA dan untuk kehidupan lestari komuniti ini, terutamanya
di kawasan perlindungan, mengikut perundangan negara;
f) mengiktiraf bahawa wanita adalah satu sumber maklumat yang bernilai mengenai
kebolehlaksanaan pemuliharaan dan amalan pengurusan in situ;
g) mengambil langkah-langkah yang lebih baik untuk menangani ancaman spesies invasif asing
yang boleh memberi kesan negatif terhadap pemuliharaan in situ CWR dan tumbuhan
makanan liar;
h) menyokong usaha-usaha oleh komuniti orang asli dan tempatan untuk menguruskan CWR
dan tumbuhan makanan liar di kawasan yang dilindungi;
i) mengkaji keperluan semasa impak alam sekitar termasuk penilaian impak yang mungkin
memberi kesan kepada aktiviti biodiversiti untuk makanan dan pertanian terutamanya pada
CWR;
j) menyepadukan matlamat pemuliharaan genetik ke dalam pengurusan lestari CWR dan
tumbuhan makanan liar di kawasan perlindungan dan kawasan sumber lain yang diuruskan;
k) mengumpul maklumat mengenai CWR dan tumbuhan makanan liar dan memastikan
maklumat terdapat di dalam NISMs dan sistem maklumat global yang khusus.
83. Kerajaan dengan kerjasama badan-badan PBB yang berkaitan, serantau, pertubuhan antara
kerajaan dan bukan kerajaan dan pertanian, orang asli dan komuniti tempatan yang tinggal di kawasan
yang tidak dilindungi harus mencari, di mana mungkin dan sesuai untuk:
a) membangunkan strategi nasional bagi CWR dengan mengambil kira pemuliharaan dan
penggunaan lestari in situ dan ex situ;
b) mengambil tindakan untuk memulihara kepelbagaian CWR dan tumbuhan makanan liar
sebagai satu komponen penting dalam perancangan guna tanah;
c) menggalakkan orang asli dan komuniti tempatan untuk memulihara dan mengurus CWR dan
tumbuhan makanan liar dan menyediakan peruntukan bagi penyertaan mereka dalam
membuat keputusan yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusan tempatan.
84. Sebagaimana sesuai, polisi kawasan perlindungan harus menggalakkan dan mengekalkan,
bukannya menyekat, aktiviti-aktiviti manusia yang mengekalkan dan meningkatkan kepelbagaian
genetik dalam dan di kalangan spesies tumbuhan. Pendekatan partisipatif untuk pengurusan kawasan
perlindungan dan yang berkaitan juga perlu digalakkan untuk menyelaras matlamat yang kadang-
kadang bercanggah dengan pemuliharaan dan jaminan kehidupan tempatan.
85. Selari dengan pendekatan nasional, terdapat juga perspektif global pelengkap yang memberi
tumpuan kepada pemuliharaan in situ spesies CWR yang paling penting di dunia, termasuk melalui
penubuhan rangkaian rizab genetik global. Walaupun diketahui bahawa lokasi utama pemuliharaan in
situ kepelbagaian CWR akan berada di kawasan perlindungan sedia ada, kemungkinan pemuliharaan
in situ CWR di luar kawasan perlindungan juga perlu dinilai.
86. FAO harus menggalakkan penerapan dan pelaksanaan strategi global untuk pengurusan CWR
yang boleh dijadikan panduan tindakan kerajaan, menyedari bahawa terdapat keperluan untuk
tindakan di peringkat nasional dan global.
87. Kapasiti: Kerajaan hendaklah, bilamana boleh, dan sekiranya bersesuaian:
a) membangunkan pelan prioriti, terutamanya bagi ekosistem kepelbagaian CWR dan tumbuhan
makanan liar yang tinggi, dan menjalankan kajian nasional untuk mengenalpasti amalan
pengurusan yang diperlukan bagi mencapai tahap kepelbagaian genetik CWR dan tumbuhan
makanan liar yang diingini;
b) membantu pribumi dan komuniti tempatan dalam usaha mereka untuk mengenalpasti,
menyimpan dan mengurus CWR dan spesies makanan liar;
c) memantau pegangan, penyebaran dan kepelbagaian CWR dan tumbuhan makanan liar,
menyepadu dan menghubungkan data dan maklumat program pemuliharaan in situ dan ex
situ, dan menggalakkan pertubuhan-pertubuhan swasta dan badan bukan kerajaan untuk
melakukan Artikel yang sama.
88. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan perlu berkaitan dengan pengurusan in situ CWR dan
tumbuhan makanan liar adalah seperti:
a) kajian mengenai biologi pembiakan dan keperluan ekologi;
b) pengkelasan dan pengenalpastian spesies dan etnobotani;
c) penerangan kolam gen dan tinjauan penduduk, menggunakan alat molekul serta model untuk
migrasi bantuan CWR populasi yang mungkin terancam di habitat semula jadi mereka;
d) memahami nilai in situ CWR dan peranan yang mereka mainkan dalam perkhidmatan
ekosistem.
89. Koordinasi/pentadbiran: Kerajaan hendaklah, sekiranya bersesuaian:
a) menghubungkan perancangan dan pengurusan kawasan perlindungan dengan organisasi yang
bertanggungjawab bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari CWR dan tumbuhan makanan
liar, seperti pusat sumber genetik tanaman, penyelaras sumber genetik tanaman, pengurus
rangkaian kawasan perlindungan dan taman-taman botani, termasuk pertubuhan-pertubuhan
yang terlibat dalam sektor alam sekitar;
b) menetapkan titik focal (focal point) sebagaimana yang sesuai, untuk menjadi pemangkin
koordinasi program perlindungan in situ dan bekerjasama dengan negara-negara serantau;
c) menubuhkan mekanisme semakan berkala dan pengubahsuaian pelan pemuliharaan;
d) memasukkan maklumat mengenai CWR dalam sistem maklumat global yang khusus untuk
membantu pertukaran dan penyebaran maklumat.
Pemuliharaan Ex Situ
5. Menyokong pengumpulan sumber genetik tumbuhan sasaran untuk makanan dan pertanian
90. Latar belakang: Daya motivasi utama untuk pengumpulan adalah mengisi jurang, mengelakkan
risiko kerugian dan peluang untuk digunakan. Germplasma yang kini dipulihara dalam bank gen tidak
mewakili perubahan jumlah PGRFA. Tanaman utama telah banyak dikumpulkan, tetapi sesetengah
jurang masih wujud. Koleksi tanaman yang paling serantau, kecil, dan kurang digunakan adalah
kurang lengkap. CWR, walaupun tanaman utama, telah menerima sedikit perhatian dalam kepentingan
potensi mereka dalam pembiakbakaan. Strategi tanaman global yang disokong oleh Tabung Amanah
membuat satu percubaan untuk mengenalpasti jurang beberapa tanaman makanan utama. Walau
bagaimanapun, dalam ketiadaan analisis komprehensif terhadap semua kepelbagaian genetik yang
diwakili dalam bank gen di dunia, kesimpulan ini masih tentatif. Di samping itu, misi pengumpulan
yang dijalankan dengan metodologi yang tidak mencukupi tidak mungkin berjaya. Di samping itu,
penyebaran kepelbagaian di dalam populasi liar dan populasi varieti/landraces petani, terutamanya
tanaman tahunan berubah dari semasa ke semasa. Keadaan suboptimal dalam bank gen juga mungkin
telah membawa kepada kehilangan bahan-bahan yang dikumpul.
91. Ancaman global untuk PGRFA in situ dan di ladang telah meningkat dalam tempoh 20 tahun yang
lalu akibat kesan peningkatan aktiviti manusia. Ancaman utama kepada landraces dan pemuliharaan
CWR dikaitkan dengan kekurangan dana dan kesan jangka panjang polisi-polisi pertanian, serta
penggantian varieti tersebut dengan varieti moden, perubahan cuaca, spesies invasif asing dan
perubahan guna tanah, termasuk urbanisasi . Penilaian baru-baru ini menunjukkan bahawa sehingga 20
peratus daripada spesies tumbuhan boleh diancam kepupusan di seluruh dunia. Angka itu mungkin
lebih rendah untuk CWR. Keperluan segera untuk ketahanan tekanan biotik dan abiotik, serta trait
pemakanan dan lain-lain merupakan waran pengumpulan seterusnya.
92. Objektif: Untuk mengumpul dan memulihara kepelbagaian PGRFA dan maklumat berkaitan,
memberi tumpuan kepada kepelbagaian yang hilang, terancam atau dijangka berguna dari koleksi ex
situ
93. Untuk mengenalpasti prioriti pengumpulan dari segi kepelbagaian yang hilang, potensi
penggunaan dan ancaman alam sekitar.
94. Polisi/strategi: Pembuat polisi perlu menyedari keperluan berterusan untuk meningkatkan
kepelbagaian koleksi ex situ termasuk CWR, varieti/landraces petani dan tumbuhan makanan liar serta
foraj. Amalan terbaik perlu didokumenkan dengan mengambil kira objektif dan obligasi yang
ditetapkan dalam CBD dan Artikel 5 dan 12.3 h Perjanjian Antarabangsa, contohnya Hak Pejanji CBD
memerlukan kebenaran maklumat sebelum memberi akses kepada sumber genetik dan kewajipan
mereka, tertakluk kepada undang-undang nasional, menghormati pengetahuan komuniti orang asli dan
tempatan mengenai pemuliharaan dan penggunaan lestari kepelbagaian biologi.
95. Kapasiti: Bahan yang dikumpul hendaklah didepositkan ke dalam kemudahan yang mempunyai
kapasiti mengurus di nasional asal, dan di tempat lain untuk duplikasi yang selamat seperti yang
dipersetujui oleh nasional asal sebelum misi pengumpulan. Jika kemudahan itu tidak wujud di nasional
asal, ia hendaklah di bangunkan, sebagaimana yang sesuai, dan dalam masa yang sama, bahan-bahan
boleh diurus di negara-negara lain seperti yang dipersetujui dengan nasional asal sebelum misi
pengumpulan.
96. Pertimbangan perlu diberikan kepada keupayaan untuk memulihara bahan dikumpul secara
berkesan dan lestari sebelum pengumpulan dimulakan.
97. Latihan kaedah pengumpulan saintifik PGRFA perlu dilaksanakan, terutama berkaitan dengan
penggunaan alat dan kaedah yang meningkatkan kecekapan dan keberkesanan mengumpul, seperti
GPS, program pemodelan ruang dan tinjauan ekogeografik.
98. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan diperlukan untuk mengenalpasti jurang koleksi ex situ
untuk memastikan bahawa keseluruhan kolam gen diwakili dengan sewajarnya; ini akan memerlukan
akses dan ketersediaan data pasport dan data lain yang tepat. Penggunaan GIS dan teknologi molekul
juga boleh membantu mengenalpasti jurang dan memudahkan perancangan misi pengumpulan. Dalam
beberapa kes CWR, penyelidikan taksonomi dan botani spesies yang disasarkan mungkin diperlukan.
99. Koordinasi/pentadbiran: Koordinasi di dalam nasional, sebagaimana yang sesuai, harus
melibatkan bank gen, herbarium dan institusi lain yang mempunyai kepakaran taksonomi. Koordinasi
peringkat serantau dan antarabangsa mungkin diperlukan untuk menyediakan hubungan, mengisi
jurang dan usaha regenerasi koleksi ex situ tertentu. Koordinasi itu menitik berat kepada keperluan
global atau keperluan khusus negara yang dapat dipenuhi oleh PGRFA di negara lain.
100. Rangkaian yang kukuh perlu diwujudkan antara rangkaian serantau dan rangkaian tanaman
dengan pengguna PGRFA (pembiakbaka, penyelidik dan petani) bagi memaklumkan, mengarahkan
dan mengutamakan keseluruhan proses pemuliharaan termasuk mengukur, menginventori dan
mengumpul.
101. Mekanisme perlu dibangunkan di semua peringkat untuk pengumpulan cemas PGRFA,
khususnya CWR yang terancam. Mekanisme ini perlu menggunakan sepenuhnya, dan berkait rapat
dengan sistem maklumat dan sistem amaran awal.
102. Kerajaan hendaklah menetapkan titik fokal dalam program PGRFA mereka untuk mentadbir
permintaan pengumpulan.
6. Mengekal dan mengembangkan germplasma pemuliharaan ex situ
103. Latar belakang: Pada masa ini, bank-bank gen biji benih, ladang dan in vitro memulihara kira-
kira 7.4 juta aksesi germplasma. Kira-kira satu perempat dianggarkan sampel berbeza daripada
duplikasi di dalam beberapa koleksi. Ini dilengkapi lebih 2 500 taman botani di seluruh dunia yang
menanam lebih satu pertiga daripada semua spesies tumbuhan yang dikenali dan menyelenggara
koleksi herbarium dan carpological yang penting. Ia berpandukan keperluan kepelbagaian yang
semakin meningkat, pengumpulan dan penyelenggaraan koleksi tanaman yang kurang digunakan,
spesies makanan liar, foraj dan CWR yang berkembang, namun spesies-spesies seperti itu lebih sukar
dipulihara secara ex situ berbanding tanaman makanan utama atau foraj. Banyak spesies tanaman
penting tidak menghasilkan benih yang boleh disimpan di bawah keadaan suhu dan kelembapan yang
rendah. Pemuliharaan tumbuhan tersebut dengan benih rekalsitran atau vegetatif masih tidak diberi
perhatian secukupnya
104. Secara global, kerajaan dan agensi penderma perlu melabur lebih banyak dalam infrastruktur
pemuliharaan khususnya untuk spesies yang tidak boleh dipulihara dalam bank biji benih, mengambil
kira kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kemerosotan kemudahan
dan meningkatkan keupayaan mereka untuk melaksanakan fungsi asas pemuliharaan. Keterukan
ancaman koleksi ex situ ditunjukkan melalui peratusan tinggi aksesi yang dikenal pasti memerlukan
regenerasi dalam laporan negara3, serta dalam senarai masalah teknikal dan pentadbiran yang berkaitan
dengan aktiviti penyelengaraan bank gen. Tabung Amanah bertujuan menyokong perancangan,
koordinasi dan kerjasama yang lebih baik dalam usaha untuk menghadkan pertindihan dan
menggalakkan rasionalisasi di peringkat global. Matlamatnya adalah mengurangkan kos pemuliharaan
dan kos keseluruhan operasi bank gen secara saintifik dan kewangan. Pilihan perlu dikenal pasti bagi
pemuliharaan yang lebih kos efektif dan rasional.
105. Kerjasama serantau pemuliharaan ex situ perlu diperkukuhkan.
106. Svalbard Global Seed Vault yang dibuka pada tahun 2008 merupakan satu inisiatif utama
antarabangsa yang baru untuk meningkatkan keselamatan koleksi benih ortodok sedia ada. Usaha yang
sama belum dirancang untuk spesies tanaman rekalsitran dan vegetatif.
107. Objektif: Untuk membangunkan pemuliharaan ex situ dan penggunaan yang rasional, cekap,
berorientasikan matlamat, sistem yang efisien dan lestari untuk kedua-dua spesies biji benih dan
vegetatif
108. Untuk membangun dan mengukuhkan rangkaian nasional, serantau dan antarabangsa, termasuk
Sistem Multilateral Perjanjian Antarabangsa. Untuk membangunkan kapasiti yang mencukupi bagi
menyediakan pilihan kepada nasional untuk simpanan bahan genetik dan duplikasinya secara sukarela.
Untuk membangunkan strategi pengurusan pemuliharaan ex situ biji benih bukan ortodoks dan
pembiakan vegetatif, serta untuk spesies dan stok genetik dan genomik yang telah diabaikan dalam
aktiviti pemuliharaan semasa. Untuk menggalakkan pembangunan dan pemindahan teknologi yang
sesuai untuk memulihara tumbuhan tersebut, dan menggalakkan dan mengukuhkan penglibatan taman
botani dalam pemuliharaan PGRFA. Untuk mempromosikan pertukaran maklumat mengenai PGRFA
3 Telah dihantar bagi penyediaan Laporan Kedua.
di dalam bank gen. Untuk menetapkan prioriti pemuliharaan menggunakan data pencirian dan
penilaian yang lengkap.
109. Untuk mengurangkan aksesi germplasma yang sama dalam program pemuliharaan semasa,
menggunakan ruang penyimpanan germplasma tersedia dan menggalakkan pertukaran maklumat
mengenai PGRFA selaras dengan prioriti dan undang-undang nasional, perjanjian antarabangsa dan
serantau yang relevan, termasuk Perjanjian Antarabangsa. Untuk mengadakan peruntukan bagi
replikasi yang dirancang dan penyimpanan selamat bahan-bahan yang tidak diduplikasi.
110. Polisi/strategi: Komuniti antarabangsa mempunyai kepentingan dan tanggungjawab terhadap
pemuliharaan ex situ PGRFA. Ia adalah pemahaman yang menyediakan asas bagi pelan global yang
berkesan, bersepadu dan rasional untuk mendapatkan koleksi sedia ada. Nasional mempunyai hak dan
tanggungjawab ke atas PGRFA yang dipulihara; namun, rasionalisasi sistem global koleksi ex situ
yang lebih besar diperlukan.
111. Kerajaan-kerajaan, pusat penyelidikan pertanian antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan dan
agensi-agensi pembiayaan perlu memberi sokongan yang mencukupi, sesuai dan seimbang bagi
pemuliharaan tumbuhan vegetatif dan rekalsitran di samping sokongan yang disediakan untuk
memulihara biji benih spesies ortodoks. Dalam hal ini, taman botani dan bank-bank gen ladang perlu
diperkukuhkan untuk memulihara spesies yang kurang digunakan.
112. Menggunakan sepenuhnya kemudahan sedia ada, termasuk pusat nasional, serantau dan
antarabangsa. Bahan yang dipulihara perlu direplikasi dan disimpan dalam kemudahan jangka masa
panjang yang memenuhi piawaian antarabangsa selaras dengan perjanjian antarabangsa. Duplikasi di
antara koleksi yang tidak disengajakan dan tidak perlu hendaklah dikurangkan untuk menggalakkan
kecekapan kos dan keberkesanan dalam usaha-usaha pemuliharaan global. Negara-negara boleh
dibantu dalam mengenalpasti sumber genetik yang telah disimpan dan diduplikasi dalam kemudahan
jangka masa panjang.
113. FAO dengan kerjasama negara-negara dan institusi yang berkaitan hendaklah memudahkan
pembentukan perjanjian untuk melindungi kepelbagaian di dalam koleksi ex situ selaras dengan
perjanjian serantau atau antarabangsa yang berkaitan, termasuk Perjanjian Antarabangsa. Ini akan
membolehkan negara-negara secara sukarela meletakkan koleksi dalam kemudahan yang selamat di
luar sempadan mereka.
114. Kapasiti: Kakitangan yang berkaitan perlu dilatih untuk melaksanakan dan memantau polisi dan
perjanjian yang dihuraikan di atas. Institusi nasional perlu menilai amalan pengurusan semasa bank
gen untuk mewujudkan sistem pemuliharaan ex situ yang lebih rasional, cekap dan berorientasikan
pengguna. Kemudahan yang sesuai, sumber manusia dan peralatan perlu disediakan untuk program
PGRFA nasional.
115. Koleksi PGRFA sedia ada perlu dijamin selamat. Perhatian khusus perlu diambil untuk
melindungi aksesi asal dalam koleksi yang terancam.
116. Sokongan harus diberikan kepada latihan teknik in vitro dan lain-lain teknologi baru yang
bersesuaian. Selaras dengan keperluan dan prioriti nasional, subrantau dan serantau , sokongan perlu
diberikan kepada pembentukan kapasiti untuk menggunakan teknologi tersebut.
117. Sokongan perlu diberikan untuk membiayai perbelanjaan yang ditanggung oleh institusi yang
menyediakan penyimpanan dan perkhidmatan berkaitan pemuliharaan dan penyelidikan/dokumentasi
untuk negara-negara lain. Sokongan ini dapat membantu memastikan semua bahan yang unik dikenal
pasti, diduplikasi, disimpan dengan selamat, dicirikan, diregenerasi, dinilai dan didokumenkan. Ini
termasuk mengenalpasti kedua-dua bahan duplikasi yang kurang dan berlebihan. Bahan yang tidak
lagi diduplikasi perlu diganda dan diletakkan dalam simpanan selamat, selaras dengan perjanjian
antarabangsa dan perundangan negara yang relevan. Tambahan duplikasi aksesi ex situ akan
dikekalkan mengikut pandangan negara. Pengembangan kemudahan simpanan sedia ada dan
pembangunan kemudahan baru adalah perlu di sesetengah negara.
118. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan hendaklah bertujuan untuk membangunkan kaedah
pemuliharaan yang lebih baik, termasuk in vitro dan krioawetan, dan teknik yang lebih murah
bersesuaian dengan operasi tempatan. Teknologi dan prosedur yang telah dipindahkan dari kawasan
beriklim sederhana mungkin tidak sesuai untuk keadaan di negara-negara tropika dan sebaliknya.
119. Penyelidikan berdasarkan dokumentasi yang lebih baik di bawah GPA perlu diambilkira untuk
membantu membuat keputusan mengenai pembangunan sistem yang rasional dan efektif. Penyelidikan
itu mungkin termasuk mengenalpasti germplasma prioriti dan duplikasi, membangunkan kaedah untuk
mengenalpasti duplikasi dan menguji viabiliti aksesi, memperluaskan prosedur bagi pemuliharaan dan
duplikasi spesies vegetatif, dan menjalankan kaedah dan teknologi untuk memulihara gen, genotip dan
kompleks gen.
120. Penyelidikan diperlukan terhadap keadaan penyimpanan biji benih ortodoks, biji benih bukan
ortodoks dan bahan vegetatif yang terbaik. Kajian genomik dan fenotip perlu dilaksanakan yang
mengandungi pautan data molekul dengan data diskriptor fenotip. Protokol diperlukan untuk
pemuliharaan secara in vitro dan teknologi pemuliharaan lain tumbuhan vegetatif dan bukan ortodoks.
Penilaian hendaklah dibuat terhadap keperluan pemuliharaan spesies tumbuhan untuk makanan dan
pertanian yang tidak dapat dipulihara.
121. Koordinasi/pentadbiran: Koordinasi dalam nasional terhadap aktiviti prioriti ini harus
melibatkan semua pihak berkepentingan PGRFA termasuk bank gen nasional, kumpulan kerja
tanaman, pembiakbaka, penyelidik, petani dan pertubuhan bukan kerajaan. Hubungan yang kukuh
perlu diwujudkan dengan rangkaian serantau dan pusat antarabangsa.
122. Laporan pentadbiran dan teknikal berkala perlu digalakkan untuk menilai keberkesanan mana-
mana inisiatif di bawah aktiviti prioriti ini. Tertakluk kepada laporan ini, serta peruntukan-peruntukan
tertentu perjanjian yang berkaitan, sokongan kewangan harus memupuk jaminan jangka masa panjang
dan membolehkan perancangan yang berkesan.
123. NARS, rangkaian tanaman dan serantau serta organisasi taman botani antarabangsa yang relevan,
dengan sokongan pusat penyelidikan pertanian antarabangsa dan organisasi serantau harus selalu
menilai keadaan pemuliharaan tumbuhan vegetatif dan bukan ortodoks dan membuat syor-syor dan
mengambil tindakan jika perlu.
124. Taman-taman botani perlu digalakkan untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti persatuan
antarabangsa. Hubungan perlu diperkukuhkan antara pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Taman
Botani Antarabangsa (International Association of Botanic Gardens) dan Persatuan Pemuliharaan
Taman Botani Antarabangsa (Botanic Gardens Conservation International) dan organisasi yang
bertanggungjawab terhadap pemuliharaan PGRFA (contohnya FAO, Bioversity International dan
pusat penyelidikan pertanian antarabangsa yang lain). Hubungan yang serupa harus dibuat di antara
organisasi, termasuk dalam sektor swasta (seperti perdagangan nurseri) di peringkat nasional.
Kerjasama praktikal perlu digalakkan sebagai satu prioriti.
7. Regenerasi dan multiplikasi aksesi ex situ
125. Latar belakang: Aksesi disimpan secara ex situ mengalami penurunan viabiliti, kedua-dua gen
dan genotip hilang. Walaupun di bawah keadaan penyimpanan ex situ yang optimum, semua aksesi
akhirnya memerlukan regenerasi. Kapasiti regenerasi sering tidak dipertimbangkan apabila
mengumpul dan mengagihkan koleksi aksesi, mengakibatkan bahan banyak yang dikumpul pada masa
lalu tidak boleh diselenggara pada masa kini. Akibatnya, terdapat tunggakan besar bahan-bahan yang
memerlukan regenerasi. Saiz sampel awal yang kecil, viabiliti yang rendah dan permintaan yang kerap
daripada kemudahan penyimpanan jangka masa panjang boleh memendekkan kitaran
regenerasi/multiplikasi. Tetapi, oleh kerana penyimpanan jangka masa panjang perlu menjangkakan
keperluan regenerasi selama beberapa dekad, amaun purata, rutin, amaun keperluan regenerasi
berterusan (yang bertentangan dengan keperluan multiplikasi), kurang daripada 10 peratus aksesi
dipulihara. Namun begitu, kira-kira 55 peratus nasional yang melaporkan regenerasi kepada
Mekanisme Perkongsian Maklumat Dunia bagi Implementasi GPA (WISM) menunjukkan sifat itu
sudah menurun dalam 20 peratus dan ini telah menunjukkan tunggakan yang ketara. Strategi tanaman
global disokong oleh Tabung Amanah menunjukkan tunggakan regenerasi berlaku dalam semua
tanaman dan wilayah. Walau bagaimanapun, kemajuan yang signifikan termasuk di peringkat global
daripada dana yang disediakan untuk Kumpulan Konsultatif Penyelidikan Pertanian Antarabangsa
(CGIAR) untuk projek "Produk Awam Global", dan di peringkat nasional seperti pembiayaan daripada
Tabung Amanah. Tabung Amanah juga telah menyokong pembangunan garis panduan regenerasi
untuk beberapa tanaman Lampiran I. Dokumentasi tentang aksesi terus menjadi kekangan kepada
pendekatan global yang rasional untuk regenerasi, walaupun maklumat yang diperlukan kini boleh
diperoleh secara elektronik. Banyak negara menyatakan kekurangan kemudahan untuk mengendalikan
pendebungaan silang spesies, dana yang tidak mencukupi dan sumber manusia sebagai masalah utama.
Perancangan dan koordinasi yang baik akan mengurangkan jumlah bahan yang perlu dibangun
semula, tetapi intervensi berterusan adalah perlu untuk mengekalkan viabiliti kepelbagaian genetik
PGRFA yang disimpan.
126. Objektif: Untuk regenerasi dan multiplikasi aksesi ex situ bagi keperluan pemuliharaan,
pengedaran dan duplikasi selamat.
127. Untuk mewujudkan proses, perkongsian dan kapasiti yang diperlukan untuk regenerasi dan
multiplikasi koleksi ex situ untuk memenuhi keperluan bagi pemuliharaan, pengedaran dan duplikasi
selamat
128. Polisi/strategi: Prioriti perlu diberikan kepada:
a) sampel regenerasi dalam penyimpanan jangka masa panjang atau yang akan diletakkan dalam
penyimpanan jangka panjang dan yang mengalami kehilangan viabiliti;
b) sampel regenerasi yang memenuhi kriteria global yang unik, terancam dan mempunyai potensi
untuk mengekalkan kepelbagaian sampel asal.
129. Input daripada rangkaian tanaman dan serantau hendaklah diperolehi bagi memperhalusi prioriti
dan mengenalpasti prioriti germplasma untuk regenerasi dan multiplikasi.
130. Pengenalpastian sampel spesifik untuk regenerasi dan multiplikasi perlu dibuat dengan kerjasama
pembiakbaka dan kurator, yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan terperinci terhadap
koleksi dan ketersediaan bahan-bahan yang serupa daripada lokasi in situ.
131. Regenerasi semula dan multiplikasi hendaklah berusaha mengekalkan kepelbagaian alel dan
genotip dan adaptasi kompleks sampel asal. Meminimumkan kekerapan regenerasi merupakan satu
matlamat penting dan akibat daripada aktiviti-aktiviti lain di dalam GPA.
132. Kerajaan, sektor swasta, organisasi antarabangsa khususnya CGIAR, dan pertubuhan bukan
kerajaan sepatutnya:
a) bekerjasama memastikan penggunaan kapasiti sedia ada yang efisien dan memastikan
regenerasi dan multiplikasi boleh berlaku jika secara saintifik, teknikal dan pentadbiran boleh
dilaksanakan di lokasi sampel telah dikumpulkan;
b) menggalak dan memudahkan akses kepada PGRFA yang disimpan secara ex situ untuk
meminimumkan penyimpanan sampel yang serupa di beberapa lokasi dan keperluan regenerasi
setiap daripada mereka.
133. Pencirian perlu dijalankan dengan regenerasi tanpa menjejaskan keberkesanan atau matlamat
saintifik pelaksanaan regenerasi. Pencirian perlu dijalankan selaras dengan standard global.
134. Kapasiti: Kemudahan yang baik, sumber manusia yang mencukupi, teknologi dan peralatan yang
bersesuaian perlu disediakan untuk program-program nasional dan pertubuhan antarabangsa yang
terlibat dalam aktiviti regenerasi dan multiplikasi yang dijalankan. Perhatian khusus perlu diberikan
untuk menubuh atau mengukuhkan kapasiti regenerasi dan multiplikasi spesies pendebungaan silang,
pembiakkan vegetatif dan rekalsitran, termasuk pembinaan kapasiti duplikasi selamat mereka.
Pertimbangan juga perlu diberikan untuk melibatkan sektor swasta, petani dan pertubuhan bukan
kerajaan dalam aktiviti tersebut.
135. Bank gen perlu memastikan sistem pemantauan disediakan dan seharusnya mampu menentukan
status semasa aksesi mereka dan memberi prioriti yang memerlukan regenerasi dan multiplikasi.
136. Program latihan perlu mengambil kira perbezaan keperluan regenerasi dan multiplikasi di
kalangan spesies.
137. Penyelidikan/teknologi: Garis panduan untuk regenerasi, termasuk standard dan teknologi
khusus harus terus dibangunkan terutamanya untuk spesies pendebungaan silang, vegetatif dan
rekalsitran.
138. Terdapat keperluan untuk mengukuhkan penyelidikan bagi meningkatkan teknologi pemuliharaan
dalam pelbagai bidang utama: memanjangkan selang antara kitaran regenerasi (benih ortodoks);
mekanisme fisiologi yang dikaitkan dengan toleransi suhu rendah dan dehidrasi (benih rekalsitran);
dan teknologi pemuliharaan in vitro.
139. Penyelidikan dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan usaha regenerasi
termasuk metodologi untuk meminimumkan hanyutan genetik, untuk mengenalpasti penanda (marker)
yang berkaitan dengan pemanjangan usia benih bagi membantu merangka strategi regenerasi, untuk
membangunkan pemahaman punca mutasi germplasma yang dipulihara dan untuk menghapuskan
perosak bawaan biji benih. Persoalan-persoalan penting mengenai sistem pembiakan, biologi
pembiakan, mekanisma dorman dan masalah teknikal yang dikaitkan dengan amalan regenerasi.
140. Koordinasi/pentadbiran: Penglibatan aktif rangkaian serantau dan tanaman adalah penting
untuk menentukan kejayaan usaha regenerasi dan multiplikasi terutamanya dalam mengenalpasti dan
mengutamakan germplasma yang perlu diregenerasi dan dimultiplikasi. Pelan nasional untuk
regenerasi perlu digubal dengan bantuan mereka, terutamanya PGRFA prioriti nasional.
141. Perlu ada pemantauan berterusan terhadap regenerasi dan multiplikasi, termasuk memberi
pertimbangan kepada keperluan duplikasi, penyimpanan tingkah laku spesies, keadaan penyimpanan,
dan viabiliti aksesi individu.
Penggunaan Lestari
8. Mengembangkan pencirian, penilaian dan pembangunan subset spesifik koleksi untuk
memudahkan penggunaan
142. Latar belakang: Koleksi bank gen harus membantu pengguna bertindak balas kepada cabaran-
cabaran baru dan peluang untuk meningkatkan produktiviti tanaman, meningkatkan kelestarian dan
bertindak balas kepada perubahan - terutamanya perubahan cuaca dan rintangan perosak - dan
memenuhi keperluan manusia yang berkaitan dengan PGRFA. Hari ini, koleksi germplasma tanaman
utama merupakan perumah kepada kepelbagaian yang akan diperlukan untuk memenuhi cabaran-
cabaran ini. Bagi membolehkan pembiakbaka, penyelidik dan pengguna lain PGRFA menggunakan
koleksi secara efektif, mereka perlu cepat mengenalpasti beberapa genotip yang mempunyai atau
mungkin mempunyai trait-trait yang berlainan yang diperlukan dalam program mereka. Pencirian dan
penilaian yang lebih baik boleh menggalakkan penggunaan yang efektif dan efisien. Pemahaman
variabiliti dan ekspresi genetik juga penting untuk meningkatkan penggunaan sumber genetik
tumbuhan. Pembangunan set terhad bahan genetik - menguasai semua diversiti dengan bilangan aksesi
yang kecil atau variasi trait tertentu - didapati meningkatkan penggunaan koleksi. Usaha-usaha ini
memerlukan kerjasama erat antara kurator germplasma dan pembiakbaka dalam subset koleksi yang
diurus. Pencirian dan penilaian juga boleh membantu mengenalpasti germplasma yang mempunyai
potensi untuk dipertingkatkan oleh pembiakbaka dan petani, dan juga untuk kegunaan langsung oleh
petani untuk pengeluaran dan pemasaran.
143. Dalam dekad yang lalu, pencirian dan penilaian koleksi germplasma tanaman telah mengalami
kemajuan yang signifikan. Banyak negara mempunyai kapasiti menggunakan teknik molekular dalam
pencirian germplasma, suatu pembangunan yang membawa kepada penjanaan data yang lebih
komprehensif dan boleh dipercayai. Usaha-usaha perlu diteruskan untuk membangunkan kapasiti
sedemikian. Kemajuan signifikan dalam membangunkan teknik fenotip daya pemprosesan tinggi dan
infrastruktur berkaitan. Adalah juga penting untuk terus membangunkan kapasiti fenotip bagi menciri
dan menilai aksesi germplasma dan bahan-bahan biakbaka secara efektif untuk trait yang berkaitan
dengan adaptasi perubahan cuaca, mitigasi perubahan cuaca, dan kesan perubahan cuaca.
144. Walaupun dengan semua kemajuan ini, masih ada jurang data yang besar dan banyak data yang
sedia ada tidak boleh diakses dengan mudah. Kekurangan data pencirian dan penilaian yang
mencukupi dan kapasiti menjana dan mengurus, menjadi halangan serius kepada penggunaan koleksi
germplasma, terutamanya yang mengandungi spesies yang kurang digunakan dan CWR. Dengan akses
yang lebih baik kepada teknik biologi molekul dan pengkomputeran, teknologi maklumat dan GIS,
utiliti koleksi PGRFA boleh ditingkatkan dengan meningkatkan jenis dan jumlah data sedia ada.
Usaha juga perlu dibuat dalam membangunkan diskriptor standard dan kaedah pencirian seragam
untuk tanaman dan spesies yang lebih banyak. Pembiayaan yang lebih besar dan pembangunan
kapasiti akan membantu meningkatkan usaha pencirian germplasma yang lebih luas dan mendalam
untuk memudahkan penerokaan trait penting di dalam bank gen.
145. Objektif: Untuk meningkatkan penggunaan dan pengurusan sumber genetik tumbuhan di bank-
bank gen. Untuk mengenalpasti nilai potensi germplasma untuk peningkatan penyelidikan dan
tanaman, dan untuk kegunaan langsung oleh petani dalam pemulihan ekosistem dan lain-lain bentuk
penggunaan secara langsung agro-ekosistem
146. Untuk membangunkan aktiviti pencirian dan penilaian tanaman spesifik yang inovatif melalui
pendekatan partisipatori yang sesuai, termasuk spesies yang kurang digunakan untuk mengenalpasti
aksesi dan gen yang berguna untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian terutamanya dalam
konteks perubahan cuaca.
147. Untuk meningkatkan keberkesanan proses penilaian dengan membangunkan dan mengadaptasi
kaedah penilaian daya pemprosesan yang tinggi untuk mengenalpasti aksesi yang mempunyai trait
yang berharga. Kaedah-kaedah ini termasuk asai kepelbagaian genetik dan kandungan metabolik
berkomputer, analisis biokimia dan kaedah baru untuk mengumpul variasi morfologi dan struktur
dalam ladang melalui alat-alat pegang tangan.
148. Untuk membangunkan subset bahan genetik termasuk koleksi trait spesifik untuk tanaman
penting global.
149. Untuk mempertingkat dan memudahkan pertukaran dan akses kepada data pencirian dan
penilaian yang kualiti di seluruh koleksi bank gen termasuk melalui sistem maklumat nasional,
serantau dan global.
150. Polisi/strategi: Kerajaan dengan kerjasama badan-badan PBB yang berkaitan dan organisasi
serantau antara kerajaan dan bukan kerajaan, pusat penyelidikan pertanian antarabangsa, rangkaian
serantau dan sektor swasta, dan mengambil kira pandangan komuniti saintifik, organisasi
pembiakbaka dan petani serta komuniti mereka, hendaklah:
a) membangunkan data pencirian dan penilaian asas, menentukan prioriti dan kemajuan penilaian
secara berkala yang berkaitan dengan keperluan pengguna PGRFA yang berbeza-beza, dengan
memberi penekanan mengenalpasti trait yang menghadkan pengeluaran tanaman ruji dan
tanaman yang memberi nilai ekonomi, juga tanaman yang kurang digunakan dan tanaman bagi
tujuan pemakanan;
b) menyokong kerjasama dan saling melengkapi antara pembiakbaka, penyelidik, perkhidmatan
pengembangan, petani dan bank-bank gen;
c) menggalakkan pertukaran maklumat pencirian dan penilaian termasuk melalui pangkalan data
bank gen rangkaian di dalam dan di kalangan negara;
d) mengambil perhatian bahawa akses kepada PGRFA adalah tertakluk kepada perjanjian
serantau atau antarabangsa yang berkaitan seperti Perjanjian Antarabangsa. Untuk mematuhi
perjanjian itu, pengguna PGRFA harus digalakkan bersetuju kepada peruntukan-peruntukan
untuk berkongsi data penilaian yang relevan dengan institut sumber, memberikan perhatian yang
sewajarnya kepada keperluan khas kerahsiaan pengguna komersial yang sesuai;
e) menggunakan data pencirian dan penilaian untuk membantu meningkatkan pengurusan in situ
landraces, CWR, tumbuhan makanan liar dan foraj;
f) memberikan bantuan kewangan yang bersesuaian kepada program pencirian dan penilaian
spesies tanaman yang penting kepada jaminan makanan, terutamanya pembiayaan jangka masa
sederhana dan panjang, dan menggalakkan sinergi dengan mekanisme pembiayaan sedia ada
(contohnya Dana Perkongsian Manfaat Perjanjian Antarabangsa).
151. Rangkaian tanaman dan bank-bank gen perlu digalakkan untuk mengenalpasti trait dan
membangunkan trait spesifik dan lain-lain koleksi kecil yang berguna dengan memfokuskan kepada
adaptasi perubahan cuaca, kelestarian dan jaminan makanan. Pencirian dan penilaian perlu
diperkukuhkan dan diseragamkan agar data mudah diakses melalui sistem maklumat yang lebih baik.
152. Kapasiti: Sokongan harus diberikan kepada program pencirian dan penilaian yang berterusan
untuk germplasma terpilih. Proses pencirian dan penilaian bermula dengan penilaian maklumat semasa
dan usaha mengumpul, menyusun, mengkomputer dan memastikan maklumat terkandung di dalam
nota, laporan, kad tebuk dan lain-lain. Kerja penilaian perlu berorientasikan cara penggunaan dan
lokasi spesifik.
153. Kerajaan dan organisasi yang sesuai perlu mengenalpasti institusi dan individu yang mempunyai
keupayaan dan kepakaran menilai trait dan germplasma bagi tekanan tertentu dan membangunkan
portfolio nasional kepakaran tersebut, termasuk pembiakbaka dan petani di kawasan bertekanan tinggi
yang boleh melaksanakan penilaian awal untuk mengenalpasti subset aksesi bagi penilaian lanjutan di
bawah keadaan saintifik yang lebih ketat. Kecekapan kos penilaian subkontrak juga perlu disiasat
sebagai kebolehlaksanaan program kerjasama yang melibatkan program-program nasional dan sektor
swasta.
154. Kakitangan program nasional harus menerima latihan teknik-teknik pencirian dan penilaian
germplasma secara spesifik tanaman. Latihan seperti ini bermula dengan tanaman yang penting di
peringkat nasional dan di mana terdapat program pembiakbakaan semasa atau dirancang.
Pembangunan kapasiti disasarkan kepada kelompok kritikal kakitangan yang mahir menggunakan
kaedah pencirian yang standard, termasuk teknik biologi molekul dan pengurusan data menggunakan
pelantar informasi moden.
155. Sokongan perlu diberikan untuk melatih pembiakbaka dan petani yang menyertai program
penilaian PGRFA di ladang. Penekanan patut diberi kepada pengetahuan wanita yang meluas terhadap
penggunaan dan kebaikan tumbuh-tumbuhan, kerana tanggungjawab mereka sering berkisar dari
pembiakan, pengeluaran dan penuaian tanaman sehinggalah kepada pemprosesan, penyimpanan dan
penyediaan makanan.
156. Pelajar di semua peringkat perlu dilatih dalam topik-topik asas yang berkaitan dengan pencirian,
penilaian dan penggunaan PGRFA.
157. Penyelidikan/teknologi: Pelbagai jenis penyelidikan perlu dijalankan dalam usaha untuk
mencapai kos penggunaan koleksi semasa yang efektif. Menggunakan teknologi terkini, dan dengan
sokongan dari pembiakbakaan tanaman, penyelidikan hendaklah berusaha untuk:
a) meningkatkan penggunaan kaedah molekular dalam pencirian dan penilaian untuk
mengenalpasti gen yang berguna dan memahami variasi dan ekspresi mereka;
b) meningkatkan kaedah pencirian dan penilaian germplasma dengan menggunakan asai biokimia
dan fenotik daya pemprosesan tinggi, khususnya untuk adaptasi dan mitigasi perubahan cuaca
dan meningkatkan nilai nutrisi;
c) meningkatkan pertukaran data melalui pembangunan lanjutan dan pengharmonian standard
data pencirian dan penilaian.
158. Penyelidikan juga diperlukan untuk membangunkan subset bahan yang berguna, termasuk
koleksi teras, mini dan mikro teras dan koleksi trait yang khusus. Ini akan memerlukan pembangunan
yang sistematik dan ujian prosedur persampelan yang berbeza, serta meningkatkan ketersediaan data
pencirian dan penilaian melalui sistem dokumentasi yang lebih baik. Kerja lanjutan juga diperlukan
untuk mengoptimumkan cara subset itu dapat digunakan oleh pembiakbaka untuk mengakses bahan-
bahan terbaik dari koleksi penuh.
159. Koordinasi/pentadbiran: Usaha-usaha pencirian dan penilaian perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan penyertaan aktif program-program nasional, pembiakbaka tumbuhan dan
tanaman dan rangkaian serantau. Sebagaimana yang sesuai, pembiakbaka dan peladang organisasi,
syarikat awam dan swasta, persatuan-persatuan dan lain-lain pihak berkepentingan yang relevan juga
perlu terlibat.
160. Koleksi mesra pengguna yang terhad seperti koleksi trait tertentu, teras atau koleksi mikro teras
perlu dibangunkan dengan penyertaan aktif pembiakbaka dan pengguna lain serta rangkaian tanaman
yang relevan. Kerja-kerja terhadap koleksi tersebut mesti diintegrasikan di seluruh usaha untuk
mempertingkatkan penggunaan.
161. Kerjasama dan pertukaran maklumat adalah diperlukan, terutamanya oleh bank gen nasional
membangun yang menguruskan koleksi yang amat pelbagai tetapi tidak mempunyai kakitangan yang
mempunyai kepakaran dalam semua spesies yang dipulihara.
9. Menyokong usaha pembiakbakaan tumbuhan, penambahbaikan genetik dan peluasan asas
162. Latar belakang: Koleksi germplasma boleh digunakan untuk mengenalpasti alel khusus yang
berguna untuk membangunkan varieti baru yang mengadaptasi dengan keadaan dan keperluan baru
dan memperluaskan keseluruhan genetik asas untuk program pembiakbakaan. Walaupun sesetengah
bahan boleh digunakan secara terus oleh pembiakbaka untuk tujuan-tujuan ini, pra-pembiakbakaan
atau peningkatan genetik selalunya perlu untuk menghasilkan bahan-bahan yang boleh digunakan
dengan mudah oleh program pembiakbakaaan. Varieti biakbaka baru adalah merupakan satu cara bagi
menyampaikan PGRFA kepada petani.
163. Cabaran penggunaan PGRFA menjadi lebih sukar disebabkan oleh tiada peningkatan atau
semakin berkurangannya kapasiti pembiakbakaan di kebanyakan negara. Terdapat kekurangan
pembiakbaka tumbuhan yang serius dalam kedua-dua sektor awam dan swasta dan penurunan
kemasukan dalam kursus-kursus pembiakbakaan konvensional di universiti pertanian/sekolah dan
institusi, pelajar-pelajar memilih laluan kerjaya yang dilihat sebagai sains yang lebih moden, seperti
biologi molekul. Terdapat keperluan yang mendesak untuk membetulkan situasi ini kerana peranan
pembiakbakaan tanaman konvensional dalam pembangunan varieti tanaman adalah sukar diganti.
164. Pada masa ini, cabaran global terutamanya perubahan cuaca meletakkan permintaan yang
semakin meningkat pada program pembiakbakaan dan ini kemungkinan besar menjadi semakin sengit.
Pengukuhan kapasiti sumber manusia dan infrastruktur secara signifikan adalah diperlukan untuk
program pembiakbakaan bagi menghasilkan varieti yang ditambahbaik toleransi kepada tekanan biotik
dan abiotik yang diperlukan untuk adaptasi kepada perubahan cuaca serta kepelbagaian dan jaminan
makanan. Peningkatan kapasiti itu haruslah disertai dengan pemikiran semula strategi. Pembiakbakaan
mestilah berdasarkan keperluan dengan meningkatkan integrasi antara perspektif petani dan pengguna
lain untuk menetapkan prioriti dan menentukan matlamat. Kecekapan aktiviti pembiakbakaan tumbuh-
tumbuhan tradisional perlu dipertingkatkan menggunakan integrasi bijak antara strategi-strategi
bioteknologi terbaru dan fenotip yang menjimatkan kos.
165. Pra-pembiakbakaan dan peningkatan genetik perlu digalakkan, termasuk pengumpulan sumber
germplasma kurator dan pembiakbaka tumbuhan, supaya germplasma yang paling sesuai boleh
dikenal pasti dan digunakan bagi menangani tujuan tertentu. Penekanan yang lebih perlu diberi kepada
penambahbaikan tanaman yang kurang dikaji yang membentuk ruji penting di kebanyakan bahagian
dunia. CWR mesti digunakan dengan lebih sistematik untuk mengenalpasti gen yang diperlukan untuk
menghasilkan varieti tanaman yang berdaya tahan yang diperlukan untuk melindungi jaminan
makanan dalam menghadapi keadaan cuaca yang berubah-ubah.
166. Peningkatan kelestarian, daya tahan dan adaptasi pengeluaran hasil tanaman akan memerlukan
penggunaan dan aturan peningkatan kepelbagaian tanaman dan varieti yang ada kepada petani.
Sumbangan penting boleh dibuat melalui strategi peluasan asas yang bertujuan melebarkan
kepelbagaian genetik dalam program pembiakbakaan tumbuhan dan produk-produk program tersebut.
167. Satu contoh usaha multilateral untuk meningkatkan kapasiti dalam pembiakbakaan adalah FAO-
GIPB. Perkongsian pelbagai pihak berkepentingan sektor awam dan swasta dari negara-negara
membangun dan maju ini telah diwujudkan sebagai tindakan kepada Artikel 6 Perjanjian
Antarabangsa. GIPB bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pembiakbakaan tumbuh-tumbuhan dan
sistem penyampaian benih di negara-negara membangun dan meningkatkan pengeluaran pertanian
melalui penggunaan lestari PGRFA. Program Cabaran Generasi (GCP) iaitu satu inisiatif CGIAR yang
bertujuan untuk mewujudkan tanaman yang ditambahbaik untuk petani kecil melalui perkongsian di
kalangan organisasi penyelidikan, adalah satu lagi contoh inisiatif pelbagai pihak berkepentingan yang
menggalakkan penggunaan PGRFA dalam pembaikbakaan tanaman. GCP memberi tumpuan kepada
menggunakan pendekatan peralatan bioteknologi terbaru termasuk genomik, pembiakbakaan molekul
dan bioinformatik untuk meningkatkan kecekapan dalam pembangunan varieti tanaman.
168. Objektif: Untuk menyumbang kepada jaminan makanan dan kehidupan petani yang lebih baik
melalui penempatan tanaman yang beradaptasi dan pembangunan varieti tanaman yang berdaya tahan
yang menjamin hasil tinggi di bawah keadaan alam sekitar yg mencabar dan sistem input pertanian
yang minima. Untuk meningkatkan penggunaan sumber genetik dan dengan itu menyediakan cara
yang lebih jelas bagi memuliharanya.
169. Untuk mengurangkan kerentanan dengan meningkatkan kepelbagaian genetik dalam sistem
pengeluaran serta dalam program pembiakbakaan tanaman melalui penggunaan dan pengenalan CWR,
varieti/landraces petani, varieti yang telah ditambahbaik, sebagaimana yang sesuai. Untuk
meningkatkan kelestarian sistem pertanian dan kapasiti untuk beradaptasi dengan perubahan
persekitaran dan keperluan yang mendatang. Untuk mengukuhkan kapasiti program pembiakbakaan
tumbuhan nasional dan sektor-sektor lain di mana perlu dan pada masa yang sesuai dan
menggalakkan pembiakbakaan partisipatori. Menyediakan alat dan sumber yang diperlukan untuk
meningkatkan kepelbagaian genetik yang digunakan oleh program pembiakbakaan bagi kedua-dua
tanaman utama dan kecil melalui pendekatan peluasan asas dan peningkatan genetik yang sesuai.
170. Polisi/strategi: Kerajaan, organisasi antarabangsa dan badan bukan kerajaan, dan sumber dana
perlu:
a) mengiktiraf kepentingan menyediakan pembiayaan jangka panjang dan sokongan logistik
untuk pembiakbakaan tumbuhan dan penyelidikan, pra-pembiakbakaan, peningkatan genetik
dan aktiviti peluasan asas;
b) mengiktiraf kepentingan memberi sokongan yang mencukupi untuk penggunaan rutin alat
bioteknologi terbaru, biologi pengkomputeran dan teknologi maklumat dalam pengurusan
PRGFA terutamanya dalam mencirikan germplasma dan memudahkan intrograsi ciri yang
diingini ke dalam bahan-bahan pembiakbakaan;
c) menggalakkan pembangunan perkongsian awam-swasta dan lain-lain yang memupuk
pendekatan parsipatori dalam menetapkan dan melaksanakan prioriti dan matlamat
penambahbaikan tanaman;
d) membangunkan polisi dan undang-undang yang menyokong pembiakbakaan partisipatori,
termasuk rangka kerja kawal selia yang sesuai untuk semua varieti yang dibangunkan melalui
pembiakbakaan tumbuhan partisipatori;
e) menggalakkan institusionalisasi partisipatori, pendekatan mesra gender dan belia sebagai
sebahagian daripada strategi PGRFA nasional untuk memudahkan penggunaan varieti
tanaman baru;
f) membantu meningkatkan akses kepelbagaian genetik sebanyak mungkin oleh pembiakbaka
untuk mengenalpasti trait yang diperlukan bagi membangunkan varieti tanaman yang
beradaptasi kepada keadaan iklim baru; dan
g) apabila merangka strategi nasional dan memupuk kerjasama, sebagaimana yang sesuai,
menyedari sepenuhnya peruntukan Sistem Multilateral Perjanjian Antarabangsa yang mana
menurutnya bahan boleh diakses "untuk penggunaan dan pemuliharaan bagi penyelidikan,
pembiakbakaan dan latihan untuk makanan dan pertanian. "
171. Kapasiti: Sokongan perlu diberikan kepada sistem nasional, rangkaian serantau, pusat
penyelidikan pertanian antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan, universiti, program pembiakbakaan
dan lain-lain organisasi yang berkaitan untuk menjalankan pembiakbakaan tumbuhan, termasuk
peningkatan genetik dan peluasan asas. Prioriti perlu diberikan untuk menangani masalah yang dikenal
pasti oleh rangkaian tanaman dan serantau, forum penyelidikan dan pembangunan serantau, badan-
badan saintifik dan institusi lain yang kompeten dan pertubuhan pembiakbaka dan peladang. Usaha-
usaha perlu melangkaui menangani masalah yang paling mendesak yang dihadapi oleh tanaman di
dalam Lampiran I Perjanjian Antarabangsa termasuk tanaman yang menyokong jaminan makanan
tempatan di seluruh dunia.
172. Peningkatan kapasiti di bawah aktiviti ini perlu memberi prioriti kepada mewujudkan kakitangan
mahir dalam teknik penambahbaikan genetik tumbuhan tradisional dan moden. Di samping itu,
kapasiti perlu diperkukuhkan dalam kedua-dua penilaian lapangan dan juga makmal. Peningkatan
kapasiti perlu diiringi insentif yang mencukupi seperti peluang kerjaya berstruktur untuk mudah
menarik dan mengekalkan kakitangan yang berpengalaman. Lebih banyak kerjasama antarabangsa
contohnya pusat-pusat kecemerlangan serantau boleh membantu mengurangkan kos latihan nasional
dan mengurangkan pertindihan pelaburan yang tidak perlu.
173. Penyelidikan/teknologi: Institusi perlu terus membangun, menyesuai dan menggunakan
peralatan bioteknologi dan alat sampingan yang telah disahkan meninggikan peningkatan genetik.
Mereka harus meluaskan jangkauan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan melibatkan
peningkatan usaha domestikasi dan untuk mengoptimumkan penggunaan CWR dalam program
pembiakbakaan. CWR mengandungi gen penting untuk kerintangan tekanan biotik dan abiotik dan
untuk meningkatkan produktiviti dan ia boleh menjadi sumber penting bagi memperluaskan asas.
Prosedur diperlukan untuk meningkatkan pengenalpastian dan pemindahan gen yang berguna.
174. Penyelidikan diperlukan untuk membangunkan prosedur pemilihan dan kaedah pembiakbakaan
yang menyokong peluasan asas dan meningkatkan kelestarian pada masa yang sama sebagai
meningkatkan produktiviti. Ini mungkin termasuk penyelidikan mengenai pemilihan bahan asas yang
sesuai untuk program pembiakbakaan dan prosedur pembiakbakaan populasi.
175. Koordinasi/pentadbiran: Aktiviti perlu dirancang dan dilaksanakan dalam kerjasama erat
dengan program-program nasional, rangkaian tanaman dan serantau, badan-badan saintifik dan
institusi dan organisasi pembiakbaka dan peladang. Komunikasi erat di kalangan kurator bank gen,
pembiakbaka dan ahli sains lain dalam kedua-dua sektor awam dan swasta perlu digalakkan.
Rangkaian di kalangan komuniti pengamal pembiakbakaan perlu digalakkan sebagai cara bagi
pembelajaran dan bertukar-tukar idea. Kerjasama pihak-pihak berkepentingan utama dalam
pembangunan rantaian nilai tanaman di peringkat nasional adalah satu lagi cara yang berkesan untuk
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan usaha yang diperlukan untuk memastikan kemajuan yang lestari
dalam aktiviti prioriti ini.
10. Mempromosi kepelbagaian pengeluaran dan meluaskan kepelbagaian tanaman untuk
pertanian lestari
176. Latar belakang: Walaupun terdapat kemajuan dalam mempelbagaikan pengeluaran tanaman,
pelbagai sistem pengeluaran tanaman yang semakin menguasai sistem pertanian boleh mengakibatkan
kerugian hasil yang disebabkan perosak, penyakit dan tekanan abiotik serta kekurangan kestabilan dan
daya tahan. Beberapa cabaran baru telah diiktiraf dalam dekad yang lalu yang akan memerlukan
pengukuhan kepelbagaian. Ini termasuk keperluan untuk kelestarian jangka panjang dalam amalan
pertanian, cabaran dan peluang yang ditimbulkan oleh pengeluaran dan penggunaan bahanbakar bio,
jaminan makanan dan pemakanan, pembangunan luar bandar dan perubahan cuaca.
177. Untuk menghadapi cabaran itu, pelbagai varieti dan spesies tanaman yang lebih luas akan perlu
dimasukkan ke dalam sistem pertanian. Ini termasuk tanaman yang menghasilkan bahan mentah untuk
industri asas tani dan tenaga, tanaman yang kini kurang digunakan, tumbuhan makanan liar dan foraj.
Begitu juga, pembiakbaka tumbuhan perlu memasukkan lebih kepelbagaian dalam program
penambahbaikan mereka. Penilaian partisipatori, pemilihan dan peningkatan varieti/landraces petani
dan titis awal pembiakbakaan adalah langkah-langkah yang boleh membawa tahap yang lebih tinggi
kepelbagaian, penyesuaian dan kestabilan kepada tanaman. Kepelbagaian di peringkat spesies dan
genetik perlu dilengkapi dengan kepelbagaian sistem pengeluaran. Sistem pengeluaran yang pelbagai
akan menyediakan perkhidmatan ekosistem yang dipertingkatkan dan lebih berupaya untuk mendapat
manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh landskap persekitaran. Bersama-sama
penyelesaian seperti giliran tanaman, campuran varieti dan multi titis; amalan ini akan membantu
meningkatkan daya tahan dan kestabilan sistem pertanian dan seterusnya memastikan jaminan
makanan, pemakanan dan pendapatan. Pembangunan varieti oleh pembiakbaka tempatan adalah
sangat relevan untuk mengadaptasikan pertanian kepada perubahan alam sekitar dan memenuhi
permintaan petani dan komuniti perladangan. Bagaimanapun terdapat keperluan, bagi varieti yang
diselaraskan kepada keperluan praktikal dan tempatan untuk bergerak lebih pantas dari pembangunan
pengkomersialan.
178. Objektif: Untuk menggalakkan pertanian lestari melalui kepelbagaian di antara dan di dalam
tanaman.
179. Untuk mengkaji kelemahan/kerentanan genetik tanaman secara berkala dan menggalakkan
pembiakbaka dan lain-lain kumpulan yang berkaitan untuk mengambil tindakan mitigasi yang perlu di
peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
180. Untuk membangunkan model pengeluaran yang pelbagai selaras dengan produktiviti dan
kestabilan yang lebih tinggi serta memenuhi pilihan pengguna.
181. Polisi/strategi: Kerajaan dan pertubuhan antara kerajaan yang berkaitan, dalam kerjasama
dengan rangkaian tanaman, institusi penyelidikan, agensi-agensi pengembangan, sektor swasta,
pertubuhan peladang dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah:
a) sentiasa memantau kepelbagaian genetik dan menilai kerentanan/kelemahan tanaman;
b) mengalakkan polisi yang menyokong program kepelbagaian dan kemasukan spesies baru
dalam sistem pengeluaran;
c) meningkatkan kepelbagaian dengan menanam campuran varieti dan spesies yang beradaptasi
di mana sesuai;
d) menggalakkan kesedaran di kalangan pembuat polisi, penderma dan orang awam tentang nilai
sistem pengeluaran yang pelbagai;
e) menggalakkan negara-negara untuk mengamalkan strategi, polisi, rangka kerja undang-undang
dan peraturan yang sesuai dan efektif yang menggalakkan sistem pengeluaran yang pelbagai;
f) menyokong pengurusan kepelbagaian oleh pembiakbaka dan petani;
g) meningkatkan pelaburan dalam meningkatkan tanaman spesies yang kurang digunakan dan
pembangunan dan penggunaan trait dalam tanaman utama yang berkaitan dengan kesihatan
manusia dan alam sekitar serta kepada kesan perubahan cuaca.
182. Agensi-agensi pembiaya perlu digalakkan untuk terus memberi sokongan kepada komuniti orang
asli dan tempatan, sistem penyelidikan pertanian nasional, pusat pertanian antarabangsa, program
pembiakbakaan dan lain-lain badan-badan penyelidikan yang berkaitan dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk kerja-kerja yang bertujuan meningkatkan tahap kepelbagaian dalam sistem pertanian.
183. Kapasiti: Kerajaan dan sistem penyelidikan pertanian nasional, disokong oleh pusat penyelidikan
pertanian antarabangsa dan lain-lain organisasi penyelidikan dan organisasi pengembangan hendaklah:
a) meningkatkan kapasiti mereka untuk membangunkan dan menggunakan multi titis, varieti
campuran dan sintetik;
b) meningkatkan kapasiti mereka untuk menyesuaikan pelbagai strategi pengurusan perosak
bersepadu yang berbeza kepada sistem pengeluaran;
c) membangunkan strategi untuk penempatan dan penggunaan pelbagai varieti;
d) meneroka dan dalam keadaan yang sesuai, menggunakan strategi pembiakbakaan bukan
berpusat dan pembiakbakaan partisipatori untuk membangunkan varieti tumbuhan yang
khusus disesuaikan dengan persekitaran tempatan;
e) menggunakan teknik bioteknologi untuk memudahkan peluasan asas genetik tanaman;dan
f) mengukuhkan kapasiti petani, orang asli dan komuniti tempatan dan organisasi mereka, serta
pekerja pengembangan dan pihak berkepentingan yang lain untuk mengurus biodiversiti
pertanian dan perkhidmatan ekosistem secara lestari.
184. Penyelidikan/teknologi: Sokongan untuk mengenalpasti pembiakbakaan tanaman dan amalan
agronomi yang memupuk kepelbagaian pengeluaran hasil tanaman. Ini mungkin termasuk mengkaji
rekod amalan yang berbeza.
185. Penyelidikan diperlukan dalam mendomestifikasi spesies liar, meningkatkan penggunaan
tanaman yang kurang digunakan bagi membangunkan varieti beradaptasi yang lebih berkhasiat dan
membangunkan tanaman dan varieti yang beradaptasi dengan perubahan cuaca.
186. Adalah penting untuk membangunkan alat dan kaedah yang lebih baik untuk menilai kelemahan
genetik tanaman, penyediaan perkhidmatan oleh ekosistem pertanian termasuk pendebungaan dan
aplikasi pendekatan ekosistem untuk pertanian lestari.
187. Koordinasi/pentadbiran: Terdapat keperluan menjalin kerjasama erat antara kementerian
pertanian dan alam sekitar dalam pembangunan dan pelaksanaan polisi dan strategi untuk
mempelbagaikan pengeluaran tanaman bagi pertanian lestari. Polisi-polisi tersebut harus diselaraskan
di peringkat serantau untuk benar-benar berkesan.
11. Menggalakkan pembangunan dan pengkomersialan semua varieti, terutamanya
varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan
188. Latar belakang: Pengeluaran komersial semakin menguasai sistem pertanian. Dalam sistem
pengeluaran komersial, beberapa tanaman utama menyediakan sebahagian besar keperluan global.
Walau bagaimanapun, banyak lagi spesies termasuk varieti/landraces petani bagi tanaman utama dan
kecil yang digunakan oleh petani dan komuniti orang asli dan tempatan memenuhi permintaan
tempatan untuk makanan, fiber dan perubatan. Pengetahuan mengenai penggunaan dan pengurusan
varieti dan spesies ini biasanya setempat dan khusus. Kepelbagaian samada di paras varieti dan spesies
semakin bertambah diganti dengan tahap tertentu keseragaman dalam pasaran pertanian kerana varieti
dibiakbaka untuk memenuhi keperluan pengeluaran, pemprosesan industri dan tuntutan piawaian
pasaran.
189.Spesies yang kurang digunakan, varieti/landraces petani dan varieti tanaman lain yang tidak biasa
digunakan dalam sistem pengeluaran pertanian akan hilang bersama-sama dengan pengetahuan
berkaitannya. Walaupun terdapat peningkatan sederhana dalam usaha untuk memulihara spesies itu
secara ex situ, secara keseluruhan, kepelbagaian mereka tidak lagi diwakili dengan sewajarnya dalam
koleksi. Tidak banyak tanaman yang kurang digunakan yang disenaraikan dalam Lampiran I
Perjanjian Antarabangsa. Walau bagaimanapun, banyak spesies dan varieti ini mempunyai potensi
besar untuk kegunaan yang lebih luas, terutamanya dalam pembiabakaan dan boleh menyumbang
secara signifikan kepada kehidupan lestari melalui penambahbaikan jaminan makanan dan nutrisi,
penjanaan pendapatan dan pengurangan risiko.
190.Walau bagaimanapun, terdapat peingkatan pengiktirafan global berkenaan nilai varieti/landraces
petani dan spesies yang kurang digunakan dalam menghadapi iklim yang tidak menentu, kekurangan
nutrisi dan kemiskinan luar bandar. Sebagai contoh, terdapat bukti peningkatan kesedaran di kalangan
orang awam dan di kalangan pembuat polisi berkenaan kepentingan sayur-sayuran dan buah-buahan
tradisional dan tanaman tenaga baru yang berpotensi. Pasaran nic (niche) atau bernilai tinggi
berkembang apabila pengguna menjadi lebih bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk
makanan yang lebih baik kualiti, terkini atau warisan dari sumber yang mereka kenal dan percaya.
Mekanisme undang-undang baru membolehkan petani memasarkan varieti/landraces petani dan
perundangan yang menyokong pemasaran produk indikasi geografi semakin tersedia, menyediakan
cara untuk petani memulihara dan menggunakan kepelbagaian genetik tanaman tempatan.
191.Untuk menguasai potensi nilai pasaran bagi varieti/landraces petani dan spesies yang kurang
digunakan, terdapat keperluan untuk menyatukan usaha-usaha individu dan institusi yang mempunyai
kepentingan dalam pelbagai peringkat rantaian pengeluaran. Khususnya, penglibatan komuniti orang
asli dan tempatan adalah penting dan mesti mengambil kira sepenuhnya sistem pengetahuan dan
amalan tradisional.
192. Baru-baru ini, sebuah organisasi baru Crops for the Future4 telah ditubuhkan untuk
menggalakkan penggunaan dan pemuliharaan spesies tumbuhan yang kurang digunakan.
193. Objektif: Untuk menyumbang kepada kehidupan lestari, termasuk jaminan makanan dan
pemakanan yang lebih baik, penjanaan pendapatan dan pengurangan risiko, melalui pengurusan lestari
bagi semua varieti, memberi tumpuan terutamanya kepada varieti/landraces petani dan spesies yang
kurang digunakan.
194. Untuk merangsang permintaan yang lebih kukuh dan lebih banyak pasaran boleh dipercayai
untuk semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan dan
produk daripadanya. Untuk menggalakkan pemprosesan tempatan, pengkomersialan dan pengedaran
produk dari varieti/landraces dan spesies yang kurang digunakan. Untuk meningkatkan kesedaran
awam tentang nilainya.
195.Polisi/strategi: Kerajaan dan sistem penyelidikan pertanian nasional dengan sokongan pusat
penyelidikan pertanian antarabangsa dan badan-badan bukan kerajaan dan mengambil kira pandangan
pertubuhan pembiakbaka dan peladang, pengeluar benih, komuniti orang asli dan tempatan dan sektor
benih swasta adalah digalakkan:
a) untuk menggalakkan polisi-polisi yang konsisten dengan penggunaan lestari, pengurusan dan
pembangunan spesies yang kurang digunakan sebagaimana yang sesuai yang dikenal pasti
mempunyai potensi untuk membuat sumbangan besar kepada ekonomi tempatan dan jaminan
makanan;
b) untuk membangunkan dan melaksanakan polisi ke atas pengembangan, latihan, penentuan
harga, pengagihan input, pembangunan infrastruktur, kredit dan cukai yang akan berfungsi
sebagai insentif untuk mempelbagaikan tanaman dan mewujudkan pasaran bagi produk
kepelbagaian biologi makanan;
c) untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan untuk mengurus dan memantau
kepelbagaian tempatan dan untuk membangunkan pasaran tempatan dan eksport yang lebih
luas bagi pelbagai produk tradisional dan baru yang berasal dari varieti tumbuhan,
terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan;
d) untuk memupuk perkongsian awam-swasta dan memasukkan undang-undang untuk
4 Crops for the Future berkembang dengan penggabungan International Centre for Underutilized Crops dan Global
Facilitation Unit for Underutilized Species.
menggalakkan perkongsian manfaat yang mensasarkan petani dan pemegang amanah tradisi.
196.Kapasiti: Latihan dan pembangunan kapasiti perlu disediakan untuk ahli-ahli sains, pembiakbaka,
pakar pengembangan, pengeluar benih, petani, orang asli dan komuniti tempatan (dengan penekanan
khusus pada wanita) mengenai topik untuk menubuhkan, menjalankan dan memberi nasihat kepada
perusahaan kecil-kecilan tempatan berkenaan pengkomersialan semua varieti, terutamanya
varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan. Latihan hendaklah termasuk pengajaran
untuk:
a) mengenalpasti semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang
digunakan yang mempunyai potensi untuk ditingkatkan pengkomersialan dan penggunaan
lestari;
b) membangun dan melaksanakan amalan pengurusan lestari bagi spesies yang kurang
digunakan yang penting untuk makanan dan pertanian;
c) membangunkan atau mengadaptasi kaedah pemprosesan lepas tuai bagi varieti dan spesies
tersebut;
d) membangunkan kaedah pemasaran untuk semua varieti terutamanya verieti/landraces petani
dan spesies yang kurang digunakan; dan
e) mendokumentasikan pengetahuan tempatan dan tradisional mengenai varieti/landraces petani
dan spesies yang kurang digunakan.
197. Badan-badan yang sesuai termasuklah pertubuhan bukan kerajaan harus menggalakkan
kesedaran awam nilai semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang
digunakan dalam pelbagai media dan melalui mekanisme tambahan seperti pesta-pesta jalanan dan
inisiatif sekolah.
198. Badan-badan tertentu harus menggalakkan kesedaran di kalangan pembuat polisi dan usahawan
mengenai nilai spesies dan varieti tersebut.
199.Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan perlu dijalankan untuk:
a) membangunkan amalan pengurusan lestari bagi semua varieti, terutamanya varieti/landraces
petani dan spesies yang kurang digunakan, penting untuk makanan dan pertanian;
b) menciri dan menilai varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan;
c) mendokumenkan maklumat etnobotani varieti/landraces petani dan spesies yang kurang
digunakan;
d) membangunkan pemprosesan lepas tuai dan kaedah lain untuk meningkatkan peluang
pemasaran untuk semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang kurang
digunakan;
e) membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan jenama untuk semua varieti, terutamanya
varieti/landraces petani dan spesies yang kurang digunakan.
200. Proses pengkomersialan dan aktiviti-aktiviti yang mempunyai atau mungkin mempunyai kesan
buruk yang ketara ke atas pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti pertanian perlu dikenal
pasti dan kesannya harus dipantau.
201. Koordinasi/pentadbiran: Koordinasi perlu diperkukuhkan antara bank gen, pembiakbaka,
petani dan komuniti orang asli dan tempatan untuk mengenalpasti bahan yang mempunyai potensi
nilai. Rangkaian serantau, bersama-sama dengan program-program nasional dan dengan kerjasama
pusat penyelidikan pertanian antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain yang berkaitan
hendaklah sentiasa mengkaji semula status semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan
spesies yang kurang digunakan di kawasan-kawasan mereka bagi:
a) mengenalpasti kemungkinan untuk dikomersialkan;
b) mengenalpasti keperluan penyelidikan dan pembangunan; dan
c) memudahcara dan, mengikut kesesuaian, menyelaras permohonan untuk bantuan kewangan
dan teknikal.
12. Menyokong pengeluaran dan pengedaran benih5
202. Latar belakang: Sistem benih yang berkesan mestilah disediakan untuk memastikan bahawa
petani mempunyai akses kepada bahan penanaman dalam kuantiti yang mencukupi dan berkualiti,
tepat pada masanya dan pada kos yang munasabah. Hanya dengan cara ini petani akan mendapat
manfaat daripada potensi kedua-dua varieti tempatan dan yang ditambahbaik untuk meningkatkan
pengeluaran makanan dan mengadaptasi kepada perubahan cuaca. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu,
sektor pertanian swasta telah berkembang dengan pesat di negara maju dan membangun; Walau
bagaimanapun, tumpuan utama adalah produk bernilai tinggi, seperti jagung, gandum, beras, tanaman
untuk minyak, tanaman legum (pulsa) dan tanaman sayur-sayuran . Perkembangan perdagangan benih
sepanjang dekad yang lalu telah diiringi oleh pengenalan pengharmonian peraturan biji benih di
peringkat serantau dan subrantau. Pelaburan oleh sektor awam dalam pengeluaran benih, yang sudah
sedia kurang di negara-negara yang paling maju pada tahun 1996 juga telah menurun dengan ketara di
kebanyakan negara membangun, di mana akses kepada biji benih varieti yang telah ditambahbaik dan
berkualiti kekal terhad. Di kebanyakan negara membangun sistem benih petani kekal sebagai
penggerak utama benih tempatan dan dalam sesetengah kes varieti yang ditambahbaik juga. Sistem biji
benih berbeza sering beroperasi seiring dengan tahap kejayaan yang berbeza bergantung kepada jenis
tanaman, zon ekologi pertanian dan peluang pasaran. Oleh itu, terdapat keperluan untuk
membangunkan pendekatan bersepadu yang mengukuhkan sistem benih dan hubungan di antara
mereka untuk memastikan pengeluaran dan pengedaran benih tanaman varieti yang berguna untuk
sistem pertanian yang pelbagai dan berkembang.
203. Objektif: Untuk meningkatkan ketersediaan benih berkualiti tinggi varieti tumbuhan yang lebih
luas, termasuk yang ditambahbaik dan varieti petani/landraces.
204. Untuk menyumbang kepada memaksimumkan kepelbagaian pertanian dan produktiviti.
205. Untuk memperbaiki saling melengkapi antara pengeluaran benih dan pengedaran benih di sektor
awam dan swasta serta antara sistem benih yang berlainan.
206. Untuk membangunkan dan mengembangkan pengeluaran benih tempatan yang berdaya maju dan
sistem pengedaran pelbagai varieti dan tanaman yang penting kepada petani, termasuk petani kecil-
kecilan.
207. Untuk memastikan varieti tanaman baru sedia kepada petani dan germplasma bersesuaian yang
disimpan secara ex situ tersedia untuk multiplikasi dan edaran kepada petani bagi memenuhi keperluan
mereka untuk pengeluaran tanaman yang lestari.
208. Untuk membangun/mengkaji rangka kerja kawalselia benih yang memudahkan pembangunan
sistem benih dan pengharmonian di peringkat serantau dengan mengambil kira spesifikasi sistem benih
yang berbeza.
209. Polisi/strategi: Kerajaan, NARS dan pengeluar benih, tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan nasional yang bersesuaian, dengan sokongan dari pusat penyelidikan pertanian antarabangsa,
program-program kerjasama serantau dan dua hala dan pertubuhan bukan kerajaan , dan mengambil
kira pandangan sektor swasta, pertubuhan peladang dan komuniti asli dan tempatan, seharusnya:
a) membangunkan polisi-polisi yang sesuai yang menyediakan persekitaran yang kondusif untuk
pembangunan sistem benih yang berbeza, termasuk perusahaan benih kecil-kecilan. Usaha-
5 Dalam aktiviti prioriti istilah benih merujuk kepada semua bahan tanaman.
usaha kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada tanaman dan varieti yang diperlukan
oleh petani miskin daripada segi sumber, terutamanya wanita. Pendekatan seperti itu perlu
disokong oleh polisi yang memudahkan pembangunan syarikat benih komersial untuk
memenuhi keperluan petani komersial berskala besar. Kerajaan perlu memberi prioriti
tanaman utama dan kecil yang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh sektor swasta di mana
sesuai. Polisi-polisi ini harus disepadukan dengan polisi pertanian umum;
b) memperkukuhkan hubungan antara bank gen, rangkaian, organisasi pembiakbaka tanaman,
pengeluar benih dan perusahaan pengeluaran benih kecil-kecilan dan pengagihan untuk
memastikan penggunaan secara luas germplasma yang tersedia;
c) menimbangkan skim kawalan kualiti benih, khususnya skim yang sesuai untuk perusahaan
kecil-kecilan dan membolehkan mereka memenuhi keperluan kesihatan tumbuh-tumbuhan;
d) menerima pakai langkah-langkah perundangan yang mewujudkan keadaan yang mencukupi
untuk menempatkan semua varieti, terutamanya varieti/landraces petani dan spesies yang
kurang digunakan dalam sistem benih yang berbeza, dengan mengambil kira spesifikasi
mereka; dan
e) membangunkan perjanjian subrantau/serantau yang menyelaraskan kawalan kualiti benih,
pensijilan, keperluan kuarantin tumbuhan dan piawaian lain untuk memudahkan pembangunan
perdagangan benih yang merentasi sempadan.
210. Kapasiti: Kerajaan tertakluk kepada undang-undang serantau, undang-undang nasional, peraturan
dan polisi mengikut kesesuaian dan bersama-sama dengan agensi-agensi bantuan antarabangsa,
pertubuhan bukan kerajaan dan perusahaan benih yang sedia ada, haruslah:
a) menubuhkan/mengukuhkan sistem benih berdasarkan perkongsian awam-swasta untuk
memastikan penyelenggaraan program pembiakbakaan tumbuhan untuk tanaman penting dan
penggandaan benih janaan awal;
b) menggalakkan sistem pengeluaran benih sedia ada terutamanya perusahaan benih untuk
meningkatkan kepelbagaian varieti yang ditawarkan melalui pengukuhan hubungan dengan
bank gen, rangkaian dan institut penyelidikan pertanian;
c) mengukuhkan kapasiti untuk melaksanakan sistem kualiti benih yang cekap;
d) menyediakan cara yang sesuai untuk memudahkan kewujudan perusahaan benih mengikut
kesesuaian, memberi perhatian di setiap negara untuk keperluan sektor perladangan kecil,
wanita dan lain-lain kumpulan yang lemah atau terpinggir;
e) menyediakan sokongan infrastruktur dan latihan kepada perusahaan benih kecil-kecilan dalam
bidang teknologi benih dan pengurusan perniagaan untuk memudahkan penubuhan sistem
kualiti bekalan benih yang lestari;
f) meningkatkan hubungan antara pertubuhan pembiakbaka dan peladang dengan pengeluar
benih (awam atau swasta) supaya petani, khususnya di kalangan wanita dan lain-lain
kumpulan yang lemah atau dipinggirkan boleh mengakses benih berkualiti tinggi dari jenis
yang mereka perlukan; dan
g) menyediakan latihan dan sokongan infrastruktur kepada petani mengenai pemuliharaan dan
teknologi benih untuk meningkatkan kualiti fizikal dan genetik benih.
211. Penyelidikan/teknologi: Kerajaan hendaklah:
a) menilai insentif semasa dan denda serta keperluan pengeluaran benih dan sistem pengedaran
bagi sokongan termasuk skala kecil dan usaha di peringkat petani; dan
b) membangunkan pendekatan untuk menyokong pengedaran benih berskala kecil dan di
peringkat petani berdasarkan pengalaman komuniti dan perusahaan benih berskala kecil yang
telah ditubuhkan di beberapa negara.
212. Koordinasi/pentadbiran: Kerajaan harus memantau secara tetap peringkat yang petani mampu
baginya memperolehi benih yang sesuai. Koordinasi diperlukan dalam sektor benih di kalangan orang
awam, sektor swasta dan petani untuk memastikan bahawa para petani mempunyai akses kepada benih
yang berkualiti tinggi dari hasil tanaman dan varieti yang mereka perlukan untuk bertindakan kepada
cabaran meningkatkan pengeluaran makanan.
Pembangunan Kapasiti Institusi dan Sumber Manusia yang Lestari
13. Membangun dan memperkukuhkan program nasional
213. Latar belakang: Program PGRFA nasional adalah asas usaha PGRFA serantau dan global,
menyumbang kepada objektif instrumen antarabangsa seperti GPA, CBD dan Perjanjian
Antarabangsa. Terutamanya dalam konteks perubahan cuaca, program-program nasional adalah kunci
kepada memaksimumkan sumbangan PGRFA kepada jaminan makanan, pembangunan luar bandar,
pembasmian kemiskinan dan pembangunan lestari. Program-program nasional yang mantap
diperlukan untuk menyumbang sepenuhnya kepada, dan mengambil kesempatan sepenuhnya daripada
kerjasama antarabangsa mengenai akses kepada PGRFA dan perkongsian yang adil dan saksama
faedah yang timbul daripada penggunaan mereka. Program-program nasional yang berkesan
menyediakan polisi-polisi, strategi sokongan dan pelan tindakan kukuh yang diperlukan bagi
menetapkan matlamat dan prioriti yang jelas, memperuntukkan sumber, membahagi-bahagikan
peranan dan tanggungjawab dan mengenalpasti dan mengukuhkan hubungan antara semua pihak
berkepentingan yang berkaitan. Satu program nasional yang berjaya memerlukan komitmen daripada
kerajaan untuk menyediakan pembiayaan dan merancang sokongan polisi dan rangka kerja undang-
undang dan institusi.
214. Aktiviti PGRFA dijalankan oleh entiti awam, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan , taman
botani, petani, komuniti orang asli dan tempatan dan individu-individu daripada sektor pertanian, alam
sekitar, penyelidikan dan pembangunan. Integrasi penggerak yang berbeza dalam rangka program
PGRFA nasional, bersatu dan bersepadu menyediakan peluang untuk menambah nilai kepada usaha
mereka yang pelbagai supaya secara keseluruhan ia menjadi lebih besar daripada jumlah setiap satu
daripadanya.
215. Sepanjang dekad yang lalu, kemajuan yang besar telah dibuat dalam mewujudkan program
PGRFA nasional dan meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan dalam strategi nasional dan
pelan tindakan, terutama yang berkaitan dengan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan ,
pertubuhan pembiakbaka dan peladang dan badan-badan penyelidikan dan pendidikan. Komitmen
juga ditunjukkan dengan melihat fakta bahawa beberapa perjanjian antarabangsa yang penting
berkaitan untuk PGRFA telah dirundingkan, diterima pakai atau disemak semula dalam tempoh ini,
termasuk Perjanjian Antarabangsa, Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Tumbuhan, Protokol
Biokeselamatan Cartagena dan Protokol Nagoya mengenai Akses kepada Sumber Genetik dan
Perkongsian Adil dan Saksama Faedah yang Timbul daripada Penggunaannya. Perundangan nasional
juga telah digubal di kebanyakan negara berkenaan kepada peraturan-peraturan fitosanitari,
biokeselamatan, peraturan-peraturan benih, hak pembiakbaka tumbuhan dan peladang sebagaimana
yang ditakrifkan dalam Artikel 9 Perjanjian Antarabangsa dan tertakluk kepada undang-undang
nasional.
216. Namun begitu, banyak negara masih tidak mempunyai polisi, strategi dan / atau pelan tindakan
untuk PGRFA. Banyak program-program nasional yang sedia ada mengalami kekurangan dan
ketaktentuan dana dan terasing daripada aktiviti berkaitan. Artikel-Artikel yang memerlukan perhatian
khusus termasuklah penetapan prioriti, meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta,
nasional dan kerjasama antarabangsa, memperkukuhkan hubungan di antara pemuliharaan dan
penggunaan PGRFA, membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data yang boleh dicapai oleh
orang awam (contohnya NISM mengenai pelaksanaan GPA) , mengenalpasti jurang dalam
pemuliharaan dan penggunaan PGRFA (termasuk CWR), meningkatkan kesedaran awam dan
melaksanakan polisi-polisi dan undang-undang nasional dan perjanjian dan konvensyen antarabangsa.
217. Selalunya, negara-negara yang tidak mempunyai program-program nasional yang kukuh dan
kemudahan pemuliharaan jangka panjang yang bersesuaian mempunyai masalah jaminan makanan
paling mendesak walaupun mereka mempunyai sumber PGRFA yang banyak. Program-program
nasional yang lemah sering menghadkan kecekapan pengurusan koleksi PGRFA.
218. Koleksi ex situ nasional merupakan bahagian penting program PGRFA nasional. Bank gen
berfungsi sebagai pusat dinamik yang mengintegrasikan pemuliharaan, dokumentasi dan penggunaan.
Terlalu mengutamakan pemuliharaan boleh mengurangkan penggunaan lestari yang mana ia
menyokong kemajuan dalam bidang pertanian bersama-sama dengan pemuliharaan PGRFA. Kesan
perubahan cuaca yang semakin meningkat menjadikan ia penting untuk menyokong aktiviti nasional
yang berkaitan dengan adaptasi tanaman termasuk genetik, genomik dan pembiakbakaan.
Sesungguhnya kapasiti untuk menjalankan adaptasi tanaman adalah penting kepada pengurusan
PGRFA yang cekap dan berkesan. Sejak tahun 1996, perkongsian dalam penyelidikan dan
pembangunan antara awam-swasta telah meningkat di kebanyakan negara terutama dalam
pembiakbakaan tumbuhan dan sektor bioteknologi. Walau bagaimanapun, di negara-negara
membangun, organisasi awam sering bersendirian dalam menguruskan pemuliharaan dan
pembiakbakaan tanaman yang boleh mengakibatkan ketidakcekapan, mengurangkan faedah dan
kehilangan peluang.
219. Objektif: Untuk memenuhi keperluan nasional bagi memulihara dan menggunakan PGRFA
secara lestari melalui pendekatan yang rasional, berkesan, selaras dan mantap untuk manfaat generasi
masa kini dan masa depan.
220. Untuk mengekalkan kapasiti nasional yang mencukupi dalam semua aspek teknikal dan politik
pemuliharaan, akses dan penggunaan PGRFA serta perkongsian faedah daripada penggunaan secara
adil dan saksama.
221. Untuk mewujud dan memperkukuhkan elemen penting dalam program nasional yang bersepadu:
(i) status nasional yang diiktiraf; (ii) polisi yang sesuai, rangka kerja perundangan dan institusi,
termasuklah mekanisma bagi perancangan dan tindakan yang tersusun; (iii) program strategi, termasuk
matlamat yang jelas , prioriti yang jelas dan pembiayaan yang mencukupi dan lestari; (iv) penyertaan
yang sewajarnya oleh semua pihak yang berkepentingan; dan (v) di mana sesuai, pemuliharaan
berkesan serta penggunaan kemudahan di peringkat nasional dan/atau peringkat serantau.
222. Untuk memperbaiki perhubungan di antara institusi dan sektor, meningkatkan sinergi di kalangan
semua pihak yang terlibat dalam memulihara, membangun dan menggunakan PGRFA termasuklah
sistem benih dan untuk mengukuhkan integrasi usaha di antara institusi dan komuniti.
223. Untuk membangunkan, menguatkan dan sentiasa mengemas kini kapasiti nasional dalam bidang
teknikal, pengurusan, undang-undang dan polisi.
224. Polisi/strategi: Program nasional seharusnya mempunyai satu status yang diiktiraf secara rasmi
dan diberi prioriti dalam agenda pembangunan nasional. Sumbangan program nasional untuk
mencapai objektif instrumen antarabangsa termasuk GPA, CBD dan Perjanjian Antarabangsa perlu
diserlahkan. Nilai-nilai ekologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan PGRFA termasuk kepentingan
penambahbaikan tanaman untuk meningkatkan jaminan makanan, perubahan cuaca dan memenuhi
cabaran global yang lain, perlu diiktiraf dalam perancangan dan polisi-polisi nasional dan dalam
prioriti dan penempatan sederhana terutamanya sumber kewangan jangka panjang dan lain-lain. Ini
juga termasuk bantuan kewangan untuk latihan dan pengekalan kakitangan yang berkelayakan, bagi
petani untuk mengekalkan dan menyediakan varieti tempatan bagi pembiakbaka untuk
menambahbaiknya. Peruntukan pembiayaan tertentu perlu diberi kepada program PGRFA semasa
proses belanjawan kerajaan. Dalam hal ini, kesedaran di kalangan pembuat polisi dan penderma
mengenai nilai PGRFA kepada pembangunan nasional perlu ditingkatkan.
225. Komitmen kerajaan untuk menyediakan dana yang mencukupi dan lestari bagi program dan
projek-projek nasional adalah penting, namun begitu, sokongan serantau atau antarabangsa adalah
pelengkap perlu kepada sumber-sumber dalam nasional.
226. Program-program nasional harus menetapkan matlamat dan prioriti yang jelas, termasuk prioriti
untuk mendapatkan bantuan daripada program pembangunan pertanian serantau dan antarabangsa.
Program-program nasional harus mempunyai kapasiti untuk menilai dan menentukan PGRFA yang
mana dikehendaki untuk memenuhi keperluan pemuliharaan dan pembangunan nasional dan
tanggungjawab antarabangsa yang berkaitan. Ia sepatutnya mempunyai polisi dan strategi yang
menyokong kepada pemuliharaan, akses dan penggunaan PGRFA, serta mengenai perkongsian yang
adil dan saksama faedah yang timbul daripada penggunaannya. Program-program nasional harus
mengadakan peruntukan bagi pelarasan berkala polisi-polisi dan strategi yang diperlukan. Mereka
harus menyediakan sebagaimana yang sesuai, wakil koleksi PGRFA sebanyak mungkin untuk
memenuhi keperluan petani, pembiakbaka dan pengguna lain dan untuk penambahbaikan varieti,
termasuk varieti/landraces petani. Kerajaan dengan kerjasama institusi nasional, serantau dan
antarabangsa harus memantau pembangunan teknologi baru yang berkaitan dengan pemuliharaan,
pencirian dan penggunaan lestari PGRFA. Di samping itu, penerimaan dan pelaksanaan undang-
undang nasional yang bersesuaian, tidak bercanggah dan melengkapi yang berkaitan dengan
pemuliharaan, pertukaran dan penggunaan lestari PGRFA perlu dipupuk dengan mengambil kira
keperluan dan kebimbangan semua pihak yang berkepentingan.
227. Program-program nasional harus menubuhkan atau mengukuhkan koordinasi dan hubungan di
kalangan semua individu dan organisasi yang terlibat dalam pemuliharaan, penambahbaikan tanaman,
pengeluaran benih dan pengedaran benih. Program-program nasional harus dihubungkan dengan
aktiviti serantau dan antarabangsa di mana mungkin, mencari sinergi dan kemungkinan untuk
pembahagian tenaga pekerja. Strategi nasional harus meliputi pemuliharaan, pembangunan dan
penggunaan PGRFA termasuk sistem benih dan perlu diselaraskan dengan organisasi dalam
persekitaran dan sektor pertanian. Jawatankuasa nasional yang meluas akan membantu organisasi dan
koordinasi di kebanyakan negara.
228. Struktur dan organisasi program nasional akan bergantung kepada infrastruktur dan kapasiti yang
ada di dalam negara. Keputusan polisi akan menentukan strategi dan kaedah operasi, khususnya
mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa. Di negara-negara yang mempunyai kemampuan yang
terhad strategi boleh juga termasuk penggunaan kemudahan dan kepakaran dari luar negara.
229. Program yang sedia ada harus mempertimbangkan untuk mewujud atau mengukuhkan kerjasama
dengan syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan , komuniti luar bandar, orang asli dan tempatan,
organisasi pembiakbaka dan peladang dan organisasi penyelidikan dan pendidikan. Hubungan silang-
sektor perlu dijalinkan dengan agensi-agensi yang terlibat dalam perancangan nasional dan program
lain yang terlibat dalam bidang pertanian, pembaharuan tanah dan perlindungan alam sekitar.
230. Pembentukan atau pengukuhan hubungan perlu digalakkan sebagaimana yang sesuai, di kalangan
institusi dan entiti nasional yang pakar dalam pemindahan teknologi, bagi membantu badan-badan
nasional berunding mengenai perolehan teknologi yang diperlukan untuk memulihara, menciri dan
menggunakan PGRFA dan maklumat berkaitan, mengikut Perjanjian Antarabangsa, CBD dan hak
harta intelek (IPR).
231. Kapasiti: Bantuan daripada institusi serantau dan antarabangsa perlu diberikan atas permintaan
untuk memudahkan perancangan nasional, penetapan prioriti dan koordinasi pengumpulan dana.
Prioriti yang tinggi harus diletakkan bagi menilai dan memperbaiki amalan pengurusan bank gen dan
stesen penyelidikan. Kapasiti petani, komuniti orang asli dan tempatan, pembiakbaka, pekerja
pengembangan dan pihak berkepentingan lain termasuk usahawan dan perusahaan kecil-kecilan untuk
mengurus dan menggunakan PGRFA secara lestari perlu diperkukuhkan.
232. Penyelidikan/teknologi: Program nasional perlu menjalankan penyelidikan pengurusan dan
pemuliharaan di ladang, in situ, ex situ, pembiakbakaan tumbuhan, termasuk pembiakbakaan
tumbuhan partisipatori serta penambahbaikan tanaman. Penyelidikan juga diperlukan dalam
pengurusan program PGRFA nasional, termasuk menguji rangka kerja institusi, menilai keperluan
penggunaan, pengurusan pangkalan data, kecekapan dari segi ekonomi pelbagai pendekatan yang
berbeza untuk pemuliharaan dan penggunaan, nilai PGRFA, memperkukuhkan sistem maklumat
pasaran pertanian, membangunkan langkah-langkah, piawaian, indikator dan data asas yang tepat dan
boleh dipercayai untuk memantau dan menilai peranan khusus PGRFA dalam jaminan makanan dan
pengeluaran pertanian yang lestari.
233. Polisi tertentu, isu-isu perundangan dan institusi serta yang berkaitan dengan pemilikan, IPR,
termasuk hak pembiakbaka, hak untuk akses dan perkongsian faedah, Hak Petani, selaras dengan
keperluan dan prioriti nasional, pengetahuan tradisi, pertukaran, pemindahan, biokeselamatan ,
perdagangan dan penjanaan kesedaran termasuk juga sistem benih, semakin menjadi penting untuk
program-program nasional. Bantuan dalam membangunkan polisi, strategi, undang-undang, peraturan-
peraturan dan langkah-langkah praktikal dalam bidang-bidang ini diperlukan daripada badan-badan
seperti FAO dan Perjanjian Antarabangsa. Koordinasi diperlukan untuk menyediakan program-
program nasional dengan maklumat mengenai isu-isu ini untuk menilai kesan perkembangan
antarabangsa dalam pemuliharaan dan pertukaran PGRFA dan untuk menggabungkan perkembangan
penyelidikan baru ke dalam sistem dan amalan nasional.
234. Koordinasi/pentadbiran: Mekanisme koordinasi nasional perlu ditubuhkan untuk menetapkan
prioriti bagi menggerakkan sumber kewangan dan lain-lain. Rangkaian yang kukuh perlu ditubuhkan
di antara semua pihak yang berkepentingan dalam negara yang terlibat dalam pemuliharaan,
pembangunan dan penggunaan PGRFA termasuk sistem benih serta di antara sektor pertanian dan
alam sekitar untuk memastikan sinergi dalam membangunkan dan melaksanakan polisi, strategi,
perundangan, peraturan dan aktiviti untuk merealisasikan sepenuhnya potensi PGRFA. Kerajaan perlu
secara berkala mengkaji semula polisi untuk menilai keberkesanannya dan menyesuaikannya dengan
sewajarnya. Tindakan yang diselaras dan mengikut prioriti di peringkat nasional perlu dilengkapi
dengan sistem antarabangsa yang juga diselaraskan dan mengikut prioriti. Pertubuhan antarabangsa
yang terlibat dalam pemuliharaan dan penggunaan PGRFA, pengeluaran pertanian, kelestarian dan
jaminan makanan, serta dalam bidang berkaitan seperti alam sekitar dan kesihatan, hendaklah
menyelaraskan usaha dan aktiviti mereka. Kerjasama antarabangsa adalah perlu dalam dunia di mana
negara-negara saling bergantung dan di mana terdapat keperluan untuk mewujudkan cara yang
praktikal, rasional dan menjimatkan untuk memulihara PGRFA, meningkatkan penggunaan mereka
dan menggalakkan akses dan faedah bersama. Rangkaian PGRFA dan forum serantau dan
antarabangsa menyediakan mekanisme berguna di mana negara-negara boleh menyelaras aktiviti-
aktiviti dan bersetuju mengenai polisi yang sama sebagaimana yang bersesuaian.
14. Menggalak dan mengukuhkan rangkaian sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan
pertanian
235. Latar belakang: Tahap saling kebergantungan di kalangan negara-negara berkaitan kepada
keperluan mereka untuk mendapat akses kepada PGRFA dan maklumat yang dipegang oleh pihak lain
dikatakan menjadi lebih penting daripada sebelumnya sementelah dunia menghadapi peningkatan
keperluan bagi pengeluaran makanan/makanan ternakan, keadaan persekitaran yang baru dan
spektrum perosak dan penyakit yang akan terhasil daripada perubahan cuaca. Rangkaian bukan sahaja
akan memudahkan pertukaran PGRFA tetapi juga menyediakan platform bagi perbincangan saintifik,
perkongsian maklumat, pemindahan teknologi dan kerjasama penyelidikan. Strategi tanaman serantau
dan global yang dibangunkan dengan sokongan daripada Tabung Amanah menyerlahkan nilai
rangkaian dalam mengenalpasti dan berkongsi tanggungjawab untuk aktiviti-aktiviti seperti
mengumpul, pemuliharaan, pengedaran, penilaian, peningkatan genetik, dokumentasi, salinan
keselamatan serta penambahbaikan tanaman. Di samping itu, rangkaian boleh membantu menetapkan
prioriti tindakan, membangunkan polisi dan menyediakan kemudahan untuk menyampaikan
pandangan-pandangan yang khusus mengenai tanaman dan serantau kepada pelbagai pertubuhan dan
institusi. Rangkaian PGRFA antarabangsa diiktiraf sebagai satu komponen yang menyokong
Perjanjian Antarabangsa di bawah Artikel 16.
236. Banyak rangkaian serantau, rangkaian tanaman spesifik dan tematik kini beroperasi, ada yang
telah diwujudkan atau diperkukuhkan sepanjang dekad yang lalu. Setiap rangkaian mempunyai
peranan penting dalam menyokong koordinasi usaha-usaha dan menggalakkan kecekapan kos dan
keberkesanan dalam pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA. Hubungan sinergistik di antara
program-program nasional dan rangkaian ini adalah kunci kepada kelestarian kedua-duanya: rangkaian
menyokong program-program nasional dan program nasional menyokong rangkaian. Oleh yang
demikian, rangkaian ini amat penting khususnya di rantau-rantau di mana terdapat kapasiti nasional
yang terhad dalam PGRFA (contohnya, negara-negara kurang membangun dan negeri kepulauan
kecil) kerana ia menyediakan akses mudah kepada maklumat, teknologi dan bahan-bahan, dan yang
penting dapat menyuarakan pendapat dengan lebih kuat dalam pembangunan polisi dan tindakan
global. Rangkaian tanaman spesifik mempunyai peranan membawa pemuliharaan dan penggunaan
dengan lebih rapat. Rangkaian tematik adalah satu cara berkesan untuk membawa bersama pakar-
pakar dan pihak-pihak yang berminat mengenai Artikel yang sama, sekali gus mengukuhkan
koordinasi dan mengelakkan pertindihan usaha. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh semua
rangkaian, adalah ketaktentuan sumber untuk mereka terus berfungsi dalam jangka masa panjang.
Negara-negara harus bersedia untuk menyokong rangkaian-rangkaian ini secara lestari.
237. Objektif: Untuk memupuk kerjasama dan sinergi di kalangan negara dalam usaha untuk
membangunkan sistem global yang lebih rasional dan kos-efektif bagi pemuliharaan dan penggunaan
PGRFA.
238. Untuk memastikan kelestarian rangkaian dengan menganalisa dan mengenalpasti manfaat
penyertaan, menonjolkan sumbangan yang ia berikan bagi mencapai pemuliharaan lestari dan
penggunaan PGRFA di peringkat nasional, serantau dan global.
239. Untuk memudahkan penetapan matlamat dan prioriti bersepadu ekoserantau, serantau dan
bertema bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA.
240. Untuk menggalakkan penyertaan semua pihak yang berkepentingan dalam rangkaian, khususnya
petani wanita dan pembiakbaka tempatan, dan untuk memastikan penglibatan perkongsian awam-
swasta.
241. Polisi/strategi: Kerajaan hendaklah dalam polisinya, menyokong penyertaan aktif institusi awam
dan swasta dalam rangkaian-rangkaian serantau, tanaman dan tematik. Penyertaan harus dilihat
memberi manfaat kepada negara-negara dan menyediakan cara untuk negara-negara yang mempunyai
cabaran yang sama mengembleng usaha dan berkongsi manfaat. Kekangan pembiayaan yang dialami
oleh rangkaian memerlukan penyelesaian lestari dan inovatif yang selalunya tidak dinyatakan secara
jelas, walaupun tidak kurang penting adalah faedah daripada rangkaian. Di negara-negara di mana ia
diperlukan, kajian perlu dibangunkan dan maklumat perlu dikumpulkan untuk menyerlahkan manfaat
ini yang akan mengukuhkan sokongan kerajaan dan membantu dalam mengakses dana. Bagi
menyokong strategi pembiayaan, usaha diperlukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan
pembuat polisi dan orang awam mengenai nilai PGRFA, saling kebergantungan negara-negara
berhubung dengan PGRFA dan kepentingan menyokong kerjasama antarabangsa. Sumbangan berupa
wang tunai dan barangan oleh kerajaan untuk rangkaian perlu dianggap sebagai satu prioriti.
242.Rangkaian menyediakan satu cara untuk mengenalpasti jurang, membangunkan sistem kerjasama
dan menggalakkan inisiatif baru. Memandangkan pertukaran germplasma antarabangsa adalah
motivasi utama untuk banyak rangkaian, perhatian tambahan diperlukan untuk menggalakkan
pelaksanaan berkesan Perjanjian Antarabangsa khususnya Sistem Multilateral dan untuk
membangunkan aturan bagi tanaman-tanaman yang tidak termasuk dalam Sistem Multilateral tetapi
termasuk dalam skop keseluruhan Perjanjian Antarabangsa.
243. Kapasiti: Membangunkan rangkaian bukan sahaja memerlukan kepakaran teknikal tetapi juga
koordinasi yang besar, komunikasi dan kemahiran organisasi. Sumber dan kapasiti perlu disediakan
bagi aktiviti-aktiviti seperti perancangan, komunikasi, perjalanan, mesyuarat, penerbitan rangkaian
seperti risalah dan laporan mesyuarat, pengukuhan rangkaian, termasuk penyediaan cadangan-
cadangan untuk dikemukakan kepada penyumbang dana.
244. Dalam konteks serantau, prioriti perlu diberikan untuk memperkukuh rangkaian serantau sedia
ada. Kerjasama antara rangkaian juga perlu meningkatkan dan akan mempunyai kesan signifikan
kepada pembangunan kapasiti dan pemindahan teknologi. Nilai tambah terhadap kerjasama ini akan
menonjolkan kepentingan rangkaian dan menggambarkan bagaimana mereka boleh digunakan dengan
lebih berkesan. Negara-negara yang mempunyai kemudahan dan program PGRFA yang lebih maju
digalakkan menyokong aktiviti rangkaian dengan berkongsi kepakaran dan menyediakan peluang
pembangunan kapasiti yang lebih besar.
245. Penyelidikan/teknologi: Rangkaian menyediakan cara untuk kerjasama penyelidikan dalam
bidang prioriti yang dipersetujui bersama. Pembiayaan yang diperolehi melalui projek penyelidikan
mewujudkan asas bagi rangkaian untuk terus mengukuhkan hubungan dan lebih maju lagi.
Sebagaimana yang sesuai untuk dilaksanakan, penyelidikan, latihan dan pemindahan teknologi dalam
PGRFA perlu dirancang dan/atau dilaksanakan melalui kerjasama dengan rangkaian. Kemudahan
perancangan dan pelaksanaan dengan menggunakan platform rangkaian terbukti apabila rangkaian
meliputi kawasan yang berpecah-pecah tetapi pada masa yang sama menghadapi cabaran yang sama.
246. Koordinasi/pentadbiran: Sumber perlu disediakan untuk terus memberi perkhidmatan kepada
rangkaian sedia ada sebagaimana yang sesuai dan untuk mengatur dan memudahkan pembangunan
serantau yang baru, tanaman dan rangkaian tematik di mana sesuai. Penggunaan sumber yang
berkesan adalah penting. Oleh itu, koordinasi bukan sahaja dikehendaki dalam rangkaian tetapi juga di
kalangan rangkaian untuk memastikan usaha-usaha tidak diulang dan sumber digunakan dengan
cekap.
15. Membina dan memperkukuhkan sistem maklumat komprehensif bagi sumber genetik
tumbuhan untuk makanan dan pertanian
247. Latar belakang: Proses membuat keputusan dalam pemuliharaan dan penggunaan lestari
PGRFA perlu telus dan rasional dan berdasarkankan maklumat yang boleh dipercayai. Seiring dengan
revolusi sistem pengurusan komunikasi dan maklumat lebih 15 tahun yang lalu, terdapat peningkatan
penting dalam ketersediaan dan ketercapaian maklumat PGRFA. Beberapa keputusan terkini
Suruhanjaya bertujuan untuk meningkatkan ketersediaan dan ketercapaian maklumat PGRFA,
termasuk pembangunan selanjutnya WIEWS, penggunaan indikator dan format laporan untuk
memantau pelaksanaan GPA, penubuhan NISM dan penyediaan Laporan Kedua. Pertukaran maklumat
diberi prioriti yang tinggi di seluruh Perjanjian Antarabangsa. Khususnya, ia diiktiraf sebagai salah
satu komponen sokongan Perjanjian Antarabangsa dalam Artikel 17, Sistem Maklumat Global, dan
merupakan salah satu mekanisme utama untuk berkongsi secara adil dan saksama faedah yang
diperolehi dari penggunaan PGRFA di bawah Sistem Multilateral.
248. Pembangunana terkini bertujuan menyokong dokumentasi dan pertukaran maklumat bank gen
termasuk keluaran GRIN-Global, sistem pengurusan maklumat bank gen yang mempunyai rangkaian
tersedia, GENESYS, portal sumber genetik tumbuhan yang memberikan pembiakbaka dan penyelidik
akses tunggal kepada maklumat untuk kira-kira satu pertiga daripada aksesi bank gen di dunia
termasuk yang dipegang di koleksi antarabangsa yang diuruskan oleh CGIAR, Sistem Germplasma
Tumbuhan Nasional (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) dan Katalog Carian Internet Eropah
(EURISCO).
249. Walaupun dengan kemajuan ini, jurang yang signifikan dalam dokumentasi dan perkongsian
maklumat mengenai PGRFA masih ada dan perlu ditangani kerana ia merupakan halangan serius
dalam perancangan yang efisien dan peningkatan penggunaan PGRFA dalam penambahbaikan
tanaman dan penyelidikan. Kebanyakan data sedia ada masih tidak boleh diakses secara elektronik dan
dokumentasi sumber genetik di ladang dan CWR adalah tidak mencukupi. Ketidakseimbangan ketara
wujud antara rantau dan juga di kalangan negara-negara dalam rantau itu sendiri dengan mengambil
kira kapasiti untuk mengakses, mengurus dan menyebarkan maklumat. Banyak negara masih
kekurangan strategi nasional dan/atau pelan tindakan ke atas pengurusan PGRFA, atau mereka tidak
dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu, mereka tidak mengekalkan sistem maklumat PGRFA nasional
bersepadu. Situasi ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa di peringkat nasional dan institusi,
aktiviti pengurusan data dan dokumentasi kurang diberi prioriti dalam peruntukan pembiayaan.
250. Objektif: Untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan PGRFA yang lebih baik melalui
peningkatan akses dan pertukaran maklumat terkini yang berkualiti tinggi.
251. Untuk membangunkan dan mengukuhkan sistem maklumat nasional termasuk tetapi tidak terhad
kepada sistem maklumat peringkat aksesi, untuk menguruskan data PGRFA dengan lebih baik dan
untuk menyokong penyertaan negara-negara dalam sistem maklumat global.
252. Untuk meningkatkan penggunaan sistem maklumat serantau dan global menerusi peningkatan
berterusan fungsi keseluruhan dan produktiviti interaksi antara bank gen dan pengguna.
253. Untuk mengukuhkan pertukaran dan penggunaan maklumat dan kelestarian sistem maklumat
semasa dengan menggalakkan keserasian dan kebolehgunaan di kalangan set data melalui penubuhan
dan penggunaan diskriptor umum.
254. Memantau keberkesanan sistem maklumat dan memastikan bahawa perbezaan antara sistem
ditangani untuk memudahcara saling kebolehkendalian dan menggalakkan penggunaan.
255. Polisi/strategi: Prioriti yang tinggi perlu diberi di semua peringkat untuk membangunkan,
perjawatan dan mengekalkan dokumentasi mesra pengguna dan sistem maklumat untuk PGRFA
berdasarkan piawaian antarabangsa. Sistem tersebut boleh menyumbang kepada membuat keputusan,
bukan hanya pada pemuliharaan dan penggunaan PGRFA, tetapi juga peranan tertentu yang
dimainkan oleh PGRFA dalam isu-isu pembangunan pertanian dan jaminan makanan yang lebih luas.
Usaha-usaha perlu dibuat untuk membangunkan piawaian dan indikator yang lebih tepat dan boleh
dipercayai dan untuk mengumpul data asas bagi kelestarian dan jaminan makanan yang membolehkan
pemantauan lebih baik dan penilaian pada kemajuan yang dibuat dalam bidang ini dan sumbangan
yang dibuat oleh PGRFA kepada kemajuan itu.
256. Keberkesanan pengurusan koleksi dan peningkatan penggunaan germplasma memerlukan
pengukuhan dan pengharmonian dokumentasi, pencirian dan penilaian, berdasarkan penerimaan pakai
piawaian umum untuk pertukaran data. Piawaian data yang lebih baik dan sistem pengurusan
maklumat diperlukan bukan sahaja untuk memudahkan akses tetapi juga untuk menyokong
pemindahan teknologi dan penilaian PGRFA secara global, serantau dan nasional.
257. Maklumat PGRFA akan diperolehi dan disebarkan selaras dengan peruntukan Artikel 8 (j) CBD,
berkenaan dengan pengetahuan, inovasi dan amalan yang berkaitan dengan pemuliharaan in situ oleh
komuniti orang asli dan tempatan yang merangkumi gaya hidup tradisional yang berkaitan untuk
pemuliharaan dan penggunaan lestari kepelbagaian biologi dan Artikel 17 Perjanjian Antarabangsa.
258. Kapasiti: Pembantu perancang perlu disediakan untuk program-program nasional dan, jika
berkenaan, program serantau, untuk menggalakkan pembangunan strategi yang rasional dan
bersesuaian untuk pengurusan dan perkongsian maklumat. Strategi tersebut perlu menggalakkan
penggunaan piawaian bagi saling boleh kendali dan pertukaran di kalangan sistem.
259. Walaupun terdapat kemajuan, data dan maklumat masih wujud dalam sistem-sistem yang mudah
terjejas dan tidak boleh diakses. Data-data ini perlu disahkan dan disusun ke dalam bentuk yang boleh
diguna dan mudah diakses.
260. Akses oleh program nasional untuk maklumat asas penyelidikan saintifik dan bibliografi
hendaklah dipermudahkan.
261. Bank gen nasional dan serantau/rangkaian perlu mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk
menguruskan maklumat, seterusnya meningkatkan akses pengguna dan memastikan penyertaan dalam
sistem maklumat global. Latihan yang sesuai dalam pengurusan data dan sistem maklumat harus
disokong sebagai satu elemen penting untuk merasionalkan aktiviti-aktiviti sumber genetik di
peringkat serantau dan global.
262. Pengajaran kendiri yang bersesuaian dan/atau e-pembelajaran perlu dibangunkan seperti yang
diperlukan. Sokongan teknikal perlu disediakan secara berterusan untuk memperbaiki pengurusan data
dan maklumat dan untuk menyokong penggunaan teknologi baru.
263. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan hendaklah disokong bagi:
a) membangunkan kaedah dan teknologi yang sesuai dan berkos rendah untuk menyusun dan
pertukaran data;
b) membangunkan kaedah untuk menyesuaikan teknologi di peringkat tempatan, sebagaimana
yang sesuai;
c) memudahkan akses dan penggunaan data dengan cara elektronik dan internet;
d) membangunkan cara dan kaedah bagi memastikan maklumat berguna tersedia dan mudah
diperolehi oleh bukan pakar serta pihak yang berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan
kerajaan, organisasi pembiakbaka dan peladang dan komuniti orang asli dan tempatan;
e) membangunkan diskriptor berdasarkan piawaian antarabangsa bagi tanaman baru dan
tanaman yang kurang digunakan dan CWR.
264. Koordinasi/pentadbiran: Dengan pembangunan sistem maklumat baru di peringkat nasional,
serantau dan global, koordinasi dan kerjasama adalah penting untuk memastikan bahawa sistem ini
adalah serasi dan berguna. Pengharmonian diskriptor, serta pengembangannya bagi meliputi tanaman
baru masih sangat penting.
265. Penilaian global dan serantau, pengawasan, perancangan dan koordinasi adalah diperlukan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos.
16. Membangun dan memperkukuhkan sistem bagi memantau dan melindungi kepelbagaian
genetik dan meminimumkan hakisan genetik sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan
pertanian
266. Latar belakang: Hakisan PGRFA berlaku dalam koleksi ex situ, dalam ladang petani dan di
alam semulajadi. Dengan teknik moden genetik molekul, data mengenai tahap dan trait hakisan
genetik untuk tanaman di kawasan-kawasan tertentu telah dapat dijanakan dalam sedekad yang lalu.
Gambaran yang ditunjukkan adalah kompleks dan ia tidak mungkin dapat membuat kesimpulan yang
jelas mengenai magnitud kesan-kesan tersebut. Namun begitu, di kebanyakan negara masih ada
kebimbangan yang berterusan tentang tahap hakisan genetik dan keperluan untuk penempatan
kepelbagaian yang lebih luas. Teknik dan indikator yang lebih baik diperlukan untuk memantau
kepelbagaian genetik, untuk mewujudkan asas dan aliran pemantauan. Perkongsian Indikator
Biodiversiti telah membawa bersama beberapa organisasi antarabangsa untuk membangunkan
indikator yang relevan kepada sasaran 2010 kepelbagaian biologi CBD, termasuk untuk pemantauan
kecenderungan dalam kepelbagaian genetik tanaman. Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada indikator
yang benar-benar praktikal dan diterima di peringkat antarabangsa untuk hakisan genetik atau
kepelbagaian genetik; perkembangan indikator ini harus menjadi prioriti.
267. Pelbagai faktor, fenomena semulajadi dan hasil perbuatan manusia - termasuk urbanisasi,
pembangunan pertanian, perbalahan awam dan peperangan – telah diiktiraf sebagai pendorong hakisan
PGRFA. Kehilangan sumber tanaman genetik berlaku terutamanya hasil daripada penggunaan varieti
tanaman baru, dengan mengakibatkan pengabaian varieti tradisional tanpa langkah-langkah
pemuliharaan yang sesuai diambil. Baru-baru ini, perubahan cuaca dan pilihan pemakanan moden juga
dilihat sebagai satu ancaman. Di sesetengah negara, ancaman spesies invasif asing juga perlu
dipertimbangkan kerana ini boleh menyumbang kepada hakisan genetik. Kehilangan PGRFA berbeza-
beza dalam negara dan dari negara ke negara lain. Sokongan perlu disediakan untuk menubuhkan
mekanisme pemantauan di semua peringkat.
268. Berikutan kajian semula pada tahun 1997, aplikasi WIEWS untuk pencarian jarak jauh,
mengemaskini dan melaporkan hakisan genetik telah diterbitkan di internet. Terbaharu, skop
maklumat yang diliputi oleh WIEWS telah diperluaskan kepada NISM, yang juga menangani isu-isu
berkaitan hakisan genetik.
269. Objektif: Untuk memantau kepelbagaian genetik dan pendorong hakisan genetik dan
melaksanakan tindakan pembetulan atau pencegahan bersesuaian sebagaimana yang diperlukan.
270. Untuk membangun dan melaksanakan mekanisme pemantauan bagi memastikan pemindahan
maklumat yang tepat pada masanya kepada penyelaras sebagai tanggungjawab untuk analisis,
koordinasi dan tindakan. Untuk memperluaskan penggunaan teknologi canggih bagi memantau
kemerosotan kepelbagaian spesies yang paling terancam dalam tanaman, CWR dan makanan spesies
liar.
271. Polisi/strategi: Kerajaan perlu secara berkala mengkaji semula dan melaporkan situasi PGRFA,
menetapkan titik fokal untuk menyampaikan maklumat ini kepada FAO dan sebagaimana yang sesuai,
Badan Pengelola Perjanjian Antarabangsa, Persidangan Parti-parti CBD dan badan-badan lain yang
berkaitan. Artikel 5 Perjanjian Antarabangsa memerlukan Pihak Pejanji memantau PGRFA, menilai
ancaman dan meminimumkan atau di mana mungkin, menghapuskan ancaman tersebut. Usaha khas
diperlukan untuk mengenalpasti spesies dan populasi yang paling berisiko dan melindungi trait yang
mungkin menjadi penting pada masa akan datang; ini adalah penting terutamanya kepada
varieti/landraces petani dan CWR. Memperbaiki hubungan antara strategi pemuliharaan in situ dan ex
situ akan mengurangkan risiko kehilangan maklumat biologi dan budaya yang tidak disengajakan.
272. Indikator dan kaedah untuk menilai kepelbagaian genetik dari masa ke semasa dan
meminimumkan hakisan genetik dan pendorongnya dikehendaki bagi mewujudkan asas bagi
pemantauan kepelbagaian nasional, serantau dan global dan membangunkan sistem amaran awal yang
berkesan. Usaha-usaha perlu dibuat untuk memastikan bahawa maklumat relevan yang dijana oleh
perkhidmatan pengembangan, pertubuhan bukan kerajaan tempatan, sektor benih dan komuniti
perladangan boleh dihubungkan kepada sistem amaran awal di peringkat nasional dan peringkat yang
lebih tinggi. Alat ICT terbaru termasuk telefon mudah alih, dapat memudahkan laporan dan
mengumpul maklumat daripada sumber-sumber yang berbeza.
273. Kapasiti: Kapasiti yang lebih kukuh diperlukan untuk mengumpulkan dan mentafsir maklumat
PGRFA khususnya pengenalan spesies CWR dan menjalankan inventori dan tinjauan yang
menggunakan peralatan molekul dan ICT baru dan alat untuk analisis berkenaan ruang untuk
kepelbagaian. Latihan bagi pemantauan perlu disediakan untuk pembiakbaka, petani dan komuniti
orang asli dan tempatan. Bahan latihan, termasuk alat pengajaran kendiri boleh dihasilkan di dalam
bahasa tempatan seperti yang diperlukan.
274. Menyedari betapa pentingnya pemantauan global dan amaran awal kehilangan PGRFA,
kecekapan, tujuan dan nilai WIEWS harus dinilai semula, dengan mengambil kira peranan yang
berpotensi dimainkan oleh WIEWS sebagai sebahagian daripada Sistem Maklumat Global untuk
sumber genetik tumbuhan seperti yang diramalkan di bawah Artikel 17 Perjanjian Antarabangsa.
275. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan diperlukan untuk memperbaiki kaedah untuk tinjauan
PGRFA yang akan menjadi berguna dalam pembangunan sistem pemantauan. Penyelidikan berterusan
diperlukan pada pembangunan indikator praktikal dan bermaklumat bagi hakisan genetik atau
kepelbagaian genetik.
276. Pakar teknikal, wakil-wakil program-program nasional, Program Alam Sekitar Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu, CGIAR dan lain-lain institusi antarabangsa yang terlibat dalam pemuliharaan
PGRFA, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor
swasta perlu dijemput oleh FAO untuk meneruskan perbincangan mengenai pembangunan sistem
pemantauan bagi kepelbagaian genetik tumbuhan dan meminimumkan hakisan genetik.
277. Penyelidikan lanjutan diperlukan pada penggunaan teknologi GIS bagi memantau kepelbagaian
genetik untuk meramal dan mengurangkan hakisan genetik dan penggabungan maklumat yang terhasil
ke dalam sistem maklumat yang komprehensif. Kajian tambahan diperlukan untuk memahami trait
dan sejauh mana kemungkinan ancaman kepada kepelbagaian yang sedia ada di ladang dan in situ.
278. Koordinasi/pentadbiran: Kerjasama multi-sektor dan koordinasi perlu diperkukuhkan di
peringkat nasional, terutamanya di kalangan sektor pertanian, alam sekitar dan pembangunan.
Program-program nasional harus mempertimbangkan amaran kepada rangkaian serantau dan
antarabangsa tentang bila dan di mana terdapat risiko akan berlaku hakisan genetik.
17. Membina dan memperkukuhkan kapasiti sumber manusia
279. Latar belakang: Penambahbaikan dalam pemuliharaan dan penggunaan PGRFA adalah sangat
bergantung kepada kapasiti sumber manusia dan pembangunan yang berterusan. Pembiayaan oleh
penderma untuk pembinaan kapasiti telah meningkat sejak 15 tahun yang lalu, yang telah
menghasilkan kerjasama yang lebih kukuh dalam latihan di kalangan pertubuhan nasional, serantau
dan antarabangsa. Kursus latihan yang lebih kerap dan bahan-bahan latihan dan kemudahan yang baru
telah dibangunkan. Kebarangkalian pendidikan tinggi juga telah berkembang dan kini terdapat lebih
banyak universiti menawarkan pelbagai kursus dalam bidang-bidang yang berkaitan PGRFA,
terutamanya berkenaan aplikasi bioteknologi untuk pemuliharaan dan penambahbaikan tanaman.
280. Bagaimanapun, kapasiti sumber manusia masih jauh dari mencukupi pada hampir semua
peringkat dan dalam semua disiplin yang berkaitan dengan pemuliharaan dan penggunaan PGRFA. Di
kebanyakan negara, kakitangan bank gen adalah terlalu sedikit dan tidak cukup terlatih untuk
mengumpul, mengelaskan, memulihara, memperbaharui, mencirikan, mendokumenkan dan mengedar
PGRFA. Kekurangan kapasiti ini merupakan ancaman serius untuk mewujudkan dan menguruskan
koleksi PGRFA yang berharga. Kapasiti terhad dalam taksonomi pembiakbakaan tumbuhan dan
prabiakbaka di kebanyakan negara-negara membangun telah menghadkan penggunaan berkesan dan
lestari PGRFA. Dalam konteks pemuliharaan di ladang, organisasi perkhidmatan lanjutan dan
pertubuhan bukan kerajaan sering kekurangan kakitangan yang berkelayakan untuk menyampaikan
latihan yang sesuai kepada komuniti pertanian. Terdapat juga kekurangan kakitangan yang
berkelayakan dalam bidang berkaitan pengeluaran benih dan teknologi benih.
281. Objektif: Untuk memastikan terdapatnya sumber kapasiti sumber manusia yang mencukupi
untuk jangka panjang dalam semua bidang PGRFA pemuliharaan dan penggunaan, termasuk
pengurusan, aspek undang-undang dan polisi.
282. Untuk membangunkan kapasiti nasional dan serantau dalam memberi latihan berkaitan PGRFA
di semua peringkat dan mengatur kerjasama yang berkesan di antara organisasi di negara-negara maju
dan membangun untuk mengukuhkan dan sentiasa meningkatkan kapasiti semua pihak yang
berkepentingan PGRFA. Untuk mengekalkan kapasiti nasional yang mencukupi dalam bidang yang
kritikal dan mengekang kehilangan kakitangan terlatih dari negara-negara membangun.
283. Untuk membangunkan kursus latihan berkualiti dan bahan-bahan pendidikan untuk pendidikan
rendah dan menengah dalam subjek-subjek prioriti di peringkat nasional, serantau dan global. Untuk
menggalakkan institusi pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah memasukkan aspek PGRFA dalam
kursus-kursus dan program, termasuk melalui penggunaan e-pembelajaran dan pendidikan jarak jauh.
284. Untuk memudahkan akses kepada latihan luaran bagi negara-negara yang tidak berkapasiti.
Untuk menggalakkan institusi maju yang menguruskan PGRFA menawarkan peluang-peluang
pembangunan kapasiti.
285. Untuk membangunkan agenda penyelidikan yang kukuh bagi merapatkan jurang antara sains
PGRFA dan permohonan kepada pengurusan dan aktiviti bank gen dan penggunaan lestari PGRFA,
termasuk pembiakbakaan tanaman dan teknologi benih.
286. Untuk meluaskan peluang bagi pembelajaran amali, latihan bimbingan dan kepimpinan dalam
penyelidikan dan pembangunan dan bidang-bidang polisi di organisasi polisi dan penyelidikan di
peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
287. Polisi/strategi: Kerajaan hendaklah mengiktiraf kepentingan memasukkan PGRFA dalam
pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Dalam kerjasama dengan organisasi yang berkaitan,
kerajaan perlu komited untuk menyediakan latihan dan peluang pendidikan lanjutan bagi penyelidik
muda, juruteknik dan pekerja pembangunan, serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
kakitangan yang sedia ada. Peluang latihan dan program pendidikan lanjutan perlu memasukkan aspek
teknikal dan saintifik pemuliharaan, pertukaran dan penggunaan PGRFA dalam kurikulum untuk
biologi, pertanian, alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Penekanan perlu diletakkan di atas
menyediakan latihan dalam biologi pemuliharaan, terutamanya dari segi biodiversiti pertanian.
288. Penilaian yang kerap berkenaan kapasiti sumber manusia dan keperluan patut dibuat; hasil
penilaian tersebut membantu negara-negara untuk membangunkan strategi pendidikan dan latihan di
peringkat nasional, serantau dan global.
289. Kapasiti: Sokongan perlu diberikan untuk membolehkan organisasi nasional dan serantau dan
program-program untuk mengemas kini kurikulum, menyediakan pendidikan lanjutan dan
mengukuhkan kapasiti penyelidikan dan teknikal ke atas semua aspek berkaitan pemuliharaan dan
penggunaan PGRFA. Sokongan juga perlu diberikan kepada pelajar dalam program ijazah dan lepasan
ijazah dan latihan profesional yang berterusan. Kerjasama perlu digalakkan antara institusi akademik
di negara-negara maju dan membangun termasuk di sektor swasta, latihan dan pertukaran kakitangan
harus digalakkan. Akses kepada internet akan menjadi sangat penting untuk menggalakkan e-
pembelajaran, komunikasi, dan pertukaran data dan maklumat.
290. Dengan pengukuhan organisasi nasional dan serantau, keupayaaan sedia ada di negara-negara
maju harus digunakan dan disokong terutamanya apabila disesuaikan dengan keperluan kapasiti di
negara-negara membangun.
291. Sebagai tambahan kepada usaha-usaha semasa, kursus latihan khas termasuk praktikal latihan
amali dan program mentor, patut dibangunkan dan kerap dijalankan di semua rantau. Topik teknikal,
termasuk kaitan antara pemuliharaan dan penggunaan, pengurusan, undang-undang, polisi dan
kesedaran awam harus ditangani untuk meningkatkan pemahaman berkenaan perjanjian antarabangsa.
292. Kepakaran dalam pemindahan teknologi yang berkaitan dengan pemuliharaan, pencirian,
pertukaran dan penggunaan lestari PGRFA harus ditingkatkan. Organisasi negara di negara
membangun dan maju dan organisasi antarabangsa perlu memainkan peranan penting dalam
memudahkan peningkatan kepakaran itu terutamanya melalui pertukaran kakitangan.
293. Pertimbangan harus diberikan untuk menyediakan bahan-bahan pendidikan yang banyak diguna
pakai di rantau yang berbeza tetapi mengekalkan tumpuan serantau yang tersendiri. Di mana mungkin,
kursus perlu ditawarkan dalam bahasa yang paling sesuai untuk rantau tersebut.
294. Pertimbangan khas harus diberikan kepada integrasi jantina, terutamanya untuk latihan di
lapangan untuk wanita luar bandar, kerana mereka memainkan peranan yang penting, tetapi kadang-
kadang kurang dihargai dalam mengekalkan dan membangunkan PGRFA dan pengetahuan yang
berkaitan dan tradisi.
295.Kapasiti untuk menghasilkan bahan-bahan latihan dan menawarkan atau menyelaras kursus
latihan perlu dipertingkatkan di peringkat antarabangsa.
296. Penyelidikan/teknologi: Di mana mungkin, latihan patut dikaitkan dengan penyelidikan dan
pembangunan yang sedang berjalan dalam organisasi pendidikan dan profesional dan program-
program nasional. Usaha-usaha perlu dibuat untuk melibatkan pelajar universiti dan kakitangan
profesional dalam aktiviti lapangan dan penyelidikan.
297. Koordinasi / pentadbiran: Kursus latihan perlu dibangunkan dan ditawarkan dalam kerjasama
erat dengan rangkaian antarabangsa dan serantau dan program-program nasional. Di samping itu,
program lanjutan perlu bersedia untuk bekerjasama dengan konsortium akademik serantau dan
antarabangsa yang berkaitan atau akademik sebagai persatuan sebagai tindakbalas kepada keperluan
nasional.
18. Mempromosi dan memperkasakan kesedaran awam mengenai kepentingan sumber genetik
tumbuhan untuk makanan dan pertanian
298. Latar belakang: Kesedaran awam merupakan kunci kepada usaha untuk menggerakkan
pandangan popular dan untuk menjana dan mengekalkan tindakan politik yang sesuai di peringkat
nasional, serantau dan antarabangsa. Berkomunikasi secara berkesan mengenai banyak manfaat
PGRFA boleh membawa kepada jaminan makanan dan kehidupan lestari adalah penting kepada
kejayaan mana-mana program pemuliharaan. Beberapa tahun kebelakangan ini telah melihat
peningkatan pemahaman kepentingan PGRFA dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh
perubahan cuaca. Minat terhadap spesies yang kurang digunakan sedang meningkat berikutan
pengiktirafan potensi mereka menjadi produktif di bawah senario iklim yang berbeza dan memberi
peluang untuk produk nic bernilai tinggi. Terdapat juga satu pengiktirafan yang semakin meningkat
oleh saintis mengenai potensi CWR untuk menyumbang kepada intensifikasi pengeluaran lestari,
tetapi ini masih belum mencapai golongan sasar yang lebih luas. Kebimbangan terhadap peningkatan
global dalam penyakit berkaitan dengan gaya hidup telah membawa kepada peningkatan minat dalam
faedah nutrisi yang boleh diperolehi daripada meneroka dan mengeksploitasi PGRFA. Banyak negara
mensasarkan untuk mengurangkan kos makanan yang diimport dengan menggiatkan pengeluaran
makanan tempatan, yang selalunya mempunyai nilai budaya. Alat rangkaian sosial menyediakan cara
yang sangat berkesan untuk mendapatkan mesej itu disampaikan kepada sebilangan besar rakyat
terutamanya generasi muda. Walau bagaimanapun, meningkatkan kesedaran di kalangan pembuat
polisi, penderma dan orang awam mengenai nilai PGRFA adalah satu cabaran yang berterusan.
299. Satu program kesedaran awam sasaran boleh menggalakkan pembangunan hubungan
antarabangsa dan mekanisme kerjasama seperti rangkaian, yang melibatkan sektor yang berlainan,
agensi dan pihak berkepentingan. Kesedaran awam dalam negara boleh menyokong usaha untuk
melibatkan sektor swasta, komuniti orang asli dan tempatan, pertubuhan tempatan dan pertubuhan
bukan kerajaan dalam aktiviti sumber genetik nasional, sekali gus memastikan asas yang lebih luas
pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA. Kerjasama dengan media di peringkat tempatan dan
nasional adalah aspek penting dalam meningkatkan kesedaran. Kewujudan hubungan yang erat antara
kempen kesedaran awam yang dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan program-
program nasional dan organisasi boleh meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos. Program
kesedaran yang berjaya boleh membawa ganjaran kewangan seperti yang dapat dilihat dalam kes
Tabung Amanah yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai dana khas bertujuan untuk menyokong
pemuliharaan PGRFA dan menggalakkan penggunaannya di seluruh dunia.
300. Objektif: Untuk memastikan sokongan berterusan bagi pemuliharaan dan penggunaan PGRFA
dari pembuat polisi dan orang awam.
301. Untuk menyokong dan mengukuhkan mekanisme, terutamanya di negara-negara membangun,
untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kesedaran awam yang melibatkan dan mensasarkan semua pihak
yang berkepentingan. Untuk sepenuhnya mengintegrasikan kesedaran awam ke dalam semua aktiviti
program nasional, serantau dan antarabangsa.
302. Polisi/strategi: Usaha yang lebih giat diperlukan untuk menganggarkan sepenuhnya nilai
PGRFA, untuk menilai kesan penggunaan mereka dan untuk membawa maklumat ini kepada
perhatian pembuat polisi dan orang awam. Kesedaran awam dan peranan yang boleh dimainkan
golongan sasaran tertentu dalam mengekalkan sumber-sumber genetik tumbuhan perlu
dipertimbangkan apabila membangunkan aktiviti PGRFA.
303. Strategi nasional hendaklah mengiktiraf peranan semua pihak yang berkepentingan PGRFA
dalam pembangunan aktiviti-aktiviti kesedaran awam. Kerajaan hendaklah mengiktiraf dan
menggalakkan kerja-kerja pertubuhan bukan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran awam dan
usaha-usaha perlu dibuat untuk memupuk pembangunan perkongsian awam-swasta di sekitar kempen
kesedaran awam. Peranan penting dalam komuniti orang asli dan tempatan dalam pemuliharaan in situ
atau pengurusan di ladang dan sistem pengetahuan tradisi dan amalan mereka, perlu diambil kira
sepenuhnya.
304. Bahan kesedaran awam perlu dihasilkan dalam bahasa yang sesuai untuk memudahkan
penggunaan yang meluas dalam negara dan perlu mengeksploitasi semua pilihan ICT yang tersedia.
305. Untuk menjadi berkesan dan memastikan jangkauan yang mencukupi, kesedaran awam perlu
disokong dari segi sumber manusia dan kewangan.
306. Kapasiti: Program PGRFA nasional hendaklah mempunyai titik fokal yang terlatih dalam
kesedaran awam untuk bekerja rapat dengan pengurus program dan membangunkan alat yang sesuai.
Sekiranya ini gagal, semua kakitangan dalam program PGRFA harus membangunkan sekurang-
kurangnya beberapa kapasiti untuk menyuarakan kepentingan matlamat program dan aktiviti dalam
konteks yang lebih luas untuk pertanian dan pembangunan lestari. Mereka harus boleh menyampaikan
mesej mereka kepada semua pihak yang berkepentingan menggunakan alat-alat yang sesuai dan
mengikuti pendekatan baru dan inovatif untuk meningkatkan kesedaran.
307. Program PGRFA nasional perlu bekerja dengan orang-orang terkenal dan berpengaruh untuk
meningkatkan akses kepada media dan menarik perhatian. Usaha perlu dilakukan untuk
membangunkan dan mengukuhkan hubungan dengan media tempatan dan menggalakkan mereka
untuk membuat liputan isu-isu PGRFA secara kerap dengan melibatkan mereka dalam bengkel-
bengkel dan mesyuarat komunikasi untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik berkenaan Artikel
tersebut.
308. Program PGRFA nasional harus menggunakan peralatan dan teknologi kesedaran awam yang
dijana di peringkat serantau dan antarabangsa untuk digunakan dalam usaha komunikasi mereka
sendiri. Alat ini dan mesej yang mereka sampaikan mungkin perlu disesuaikan untuk mencerminkan
prioriti dan keadaan negara. Walau bagaimanapun, ia adalah berkemungkinan bahawa banyak mesej
yang terkandung berguna dalam menyokong strategi dan aktiviti kesedaran awam nasional.
Menyesuaikan alat yang sedia akan mengurangkan kos dengan banyak kepada program-program
nasional. Ini tidak menghalang daripada keperluan untuk meningkatkan kapasiti bagi menghasilkan
bahan kesedaran awam di peringkat nasional.
309. Kesedaran mengenai nilai PGRFA dan peranan saintis, pembiakbaka tumbuhan, petani, orang asli
dan komuniti tempatan dalam mengekalkan dan menambahbaik sumber-sumber yang berharga harus
digalakkan di sekolah-sekolah di semua peringkat pendidikan serta di institusi penyelidikan pertanian
yang khusus. Ini akan melibatkan pengeluaran bahan-bahan pendidikan dan latihan berdasarkan kajian
kes. Ini memerlukan hubungan kerja dengan institusi pendidikan nasional. Peranan penting taman
botani dalam mewujudkan kesedaran juga perlu diambil kira dan digalakkan oleh komuniti PGRFA.
310. Taman-taman botani, arboretum dan bank gen ladang yang berkaitan dengan universiti-universiti,
sekolah dan institusi lain yang ringkas dan kos rendah perlu diperkukuhkan dan digalakkan untuk
mempromosikan pendidikan dan kesedaran awam.
311. Penyelidikan/teknologi: Penyelidikan di atas maklumat yang diperlukan oleh golongan sasaran
perlu dijalankan sebelum melancarkan apa-apa inisiatif kesedaran awam yang utama. Pembuat polisi
pastinya akan menjadi golongan sasar kritikal bagi mana-mana kempen kesedaran dan penyelidikan
diperlukan untuk mendukung promosi polisi-polisi yang sesuai bagi pemuliharaan dan penggunaan
kepelbagaian genetik termasuk penilaian ekonomi PGRFA. Di peringkat antarabangsa, penyelidikan
perlu dijalankan mengenai penggunaan alat ICT untuk memenuhi keperluan kesedaran awam. Kesan
bahan-bahan promosi tidak boleh diandaikan, terdapat keperluan untuk analisis kesan produk
kesedaran supaya sumber yang terhad boleh digunakan untuk kesan maksimum.
312. Koordinasi/pentadbiran: Koordinasi dan kemudahan diperlukan di semua peringkat untuk
merasionalkan dan menghasilkan kecekapan kos bagi kerja kesedaran awam. Program-program
nasional dan lain-lain boleh menggunakan bahan-bahan yang dibangunkan di peringkat serantau dan
antarabangsa. Hubungan antara organisasi serantau dan antarabangsa, sektor benih swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan akan memudahkan pengenalpastian peluang untuk aktiviti kerjasama.
Pendekatan multi-sektor dan pelbagai agensi yang diselaraskan meningkatkan kekuatan mesej.
Pelaksanaan dan Pembiayaan Pelan Tindakan Global Kedua
313. GPA Kedua menyediakan satu rangka kerja penting yang dipersetujui di peringkat antarabangsa
bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA. GPA Kedua merupakan komponen sokongan
Perjanjian Antarabangsa mengikut Artikel 14 dan pelaksanaannya akan menjadi satu sumbangan
penting untuk mencapai objektif Perjanjian Antarabangsa. Ia juga akan memudahkan pelaksanaan
CBD kepelbagaian biologi pertanian dan membantu mencapai sasaran Rancangan Strategik untuk
Biodiversiti 2011-2020.
314. Proses susulan menyeru untuk tindakan pada peringkat tempatan, nasional, serantau dan
antarabangsa dan harus melibatkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan: kerajaan, pihak
berkuasa tempatan dan serantau, pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa, antara kerajaan
dan bukan kerajaan, komuniti saintifik, sektor swasta, komuniti orang asli dan tempatan,
pembiakbaka, petani dan lain-lain pengeluar pertanian dan persatuan mereka.
315. Kemajuan keseluruhan pelaksanaan GPA Kedua yang dipinda dan proses susulan yang berkaitan
akan dipantau dan dibimbing oleh kerajaan dan ahli FAO yang lain melalui Suruhanjaya. Untuk
menjalankan fungsi ini, Suruhanjaya akan merancang kajian semula pelaksanaan GPA Kedua serta
mengkaji GPA Kedua itu sendiri dalam Program Kerja Multi Tahunan dengan kerjasama erat Badan
Pengelola Perjanjian Antarabangsa. Kajian harus mengurus kemajuan yang dibuat di peringkat
nasional, serantau dan antarabangsa dalam pelaksanaan, penghuraian dan penyesuaian yang
sewajarnya daripada GPA Kedua. Semakan pertama pelaksanaan GPA Kedua perlu dilaksanakan oleh
Suruhanjaya pada Sesi Kelima Belas, termasuk penilaian terhadap pencapaian serta jurang dan
kewangan dan lain-lain keperluan bagi pelaksanaan, selaras dengan Resolusi Suruhanjaya 1/2011.
316.Untuk mencapai matlamat ini, Suruhanjaya, pada Sesi Keempat belas akan bersetuju mengenai
format untuk laporan kemajuan serta kriteria dan indikator untuk memantau pelaksanaan GPA Kedua,
dibina dari kerja terdahulu yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam pembangunan indikator dan format
laporan. Kesimpulan Suruhanjaya perlu dibawa kepada perhatian kerajaan dan institusi antarabangsa
untuk mengisi jurang, membetulkan ketidakseimbangan atau kekurangan koordinasi dan
mempertimbangkan inisiatif baru atau aktiviti. Sebarang kesimpulan Suruhanjaya yang mempunyai
implikasi polisi utama akan dibawa ke perhatian Majlis dan Persidangan FAO, Badan Pengelola
Perjanjian Antarabangsa dan Persidangan Parti-parti CBD dan/atau Suruhanjaya Pembangunan Lestari
untuk tindakan, pengesahan atau maklumat, sebagaimana yang sesuai.
317. Pelaksanaan penuh GPA Kedua memerlukan peningkatan yang ketara dalam aktiviti-aktiviti
PGRFA yang sedang berlaku. GPA Kedua akan dilaksanakan secara berperingkat dan sumber
kewangan yang mencukupi perlu digembleng sepadan dengan skop GPA Kedua. Setiap negara perlu
menentukan prioritinya sendiri dalam aktiviti prioritinya sebagaimana yang dipersetujui di GPA
Kedua dan dalam rangka kerja keperluan pembangunan makanan dan pertanian.
318. Setakat ini, pembiayaan yang paling penting untuk PGRFA bagi kebanyakan rantau disediakan
oleh kerajaan dan lain-lain sumber dana domestik. Sumber pembiayaan yang besar untuk PGRFA
termasuk juga sumber dua hala dan serantau dan organisasi multilateral.
319. Memandangkan kepentingan sumbangan sumber dalam negera, termasuk kedua-dua sektor awam
dan swasta, setiap negara perlu berusaha sedaya upaya untuk menyediakan mengikut kapasitinya,
sokongan kewangan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti nasional yang bertujuan untuk mencapai
objektif kedua GPA, selaras dengan pelan nasional, prioriti dan program.
320. Kerjasama antarabangsa bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari PGRFA perlu diperkukuhkan,
khususnya untuk menyokong dan melengkapkan usaha-usaha negara-negara membangun dan negara-
negara dengan ekonomi dalam peralihan. Badan Pengelola Perjanjian Antarabangsa akan memainkan
peranan utama dalam hal ini. Sejauh mana negara-negara membangun dan negara-negara dengan
ekonomi dalam peralihan akan memenuhi komitmen mereka di bawah GPA Kedua banyak bergantung
kepada keberkesanan pelaksanaan Perjanjian Antarabangsa dan Strategi Pembiayaan. Dua elemen
yang berkaitan Strategi Pembiayaan yang akan menyokong pelaksanaan GPA Kedua adalah daripada
Dana Perkongsian Manfaat dan Tabung Amanah. Dana Perkongsian Manfaat adalah di bawah
kawalan langsung Badan Pengelola dan digunakan oleh Badan Pengelola untuk menjadi pemangkin
kerjasama antarabangsa dalam PGRFA, mengambil kira GPA yang sedang berjalan.6 Tabung
6 Ketiga-tiga bidang prioriti utama adalah seperti berikut: 1. Pertukaran maklumat, pemindahan teknologi dan peningkatan
kapasiti (mencerminkan aktiviti prioriti 15 dan 19 GPA, bersamaan dengan aktiviti prioriti 13 dan 17 GPA Kedua); 2.
Amanah merupakan elemen penting Strategi Pembiayaan dan menggalakkan aktiviti-aktiviti
konservasi selaras dengan GPA yang jimat kos, cekap dan berkesan.7 Pelbagai usaha juga perlu dibuat
untuk mendapatkan sumber pembiayaan baru, tambahan dan inovatif dalam pelaksanaan GPA Kedua.
321. Melalui pemantauan Strategi Pembiayaan Perjanjian Antarabangsa, Badan Pengelola akan dapat
memantau sumber-sumber sedia ada bagi pelaksanaan GPA Kedua. Prioriti untuk sokongan di bawah
Strategi Pembiayaan adalah aktiviti prioriti GPA yg sedang berjalan. Pemantauan Strategi Pembiayaan
meliputi sumber di bawah Dana Perkongsian Manfaat serta sumber bukan di bawah kawalan terus
Badan Pengelola.
322. Dalam usaha untuk mendapatkan penyertaan dan sokongan paling luas bagi pelaksanaannya,
GPA Kedua perlu dilaporkan kepada badan-badan antarabangsa, serantau dan nasional dan forum
yang berurusan dengan makanan dan pertanian dan biodiversiti termasuk khususnya Persidangan
FAO, Persidangan Parti-parti CBD, Suruhanjaya Pembangunan Lestari dan badan-badan yang
mengawal Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Global Environment Facility,
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan
Pertanian, Bank Dunia, Dana Bersama untuk Komoditi, Bank Pembangunan Wilayah, CGIAR dan
Tabung Amanah dan ahli-ahli mereka perlu dijemput untuk menggalakkan dan mengambil bahagian
sebagaimana yang sesuai dalam pelaksanaan GPA Kedua.
Mengurus dan memulihara sumber tumbuhan genetik di ladang (mencerminkan aktiviti prioriti 2 GPA, sama dengan aktiviti
prioriti 2 GPA Kedua); dan 3. Penggunaan lestari sumber genetik tumbuhan (aktiviti prioriti mencerminkan 9, 10, dan 11
GPA, bersamaan dengan aktiviti prioriti 8, 9 dan 10 GPA Kedua). 7 Objektif Tabung Amanah adalah memastikan pemuliharaan jangka panjang dan ketersediaan sumber genetik tumbuhan
untuk makanan dan pertanian dengan tujuan mencapai jaminan makanan global dan pertanian lestari. Tabung Amanah,
selaras dengan Perlembagaan, tanpa menjejaskan sifat umum peruntukan yang terdahulu, (a) berusaha untuk melindungi
koleksi sumber genetik tumbuhan yang unik dan berguna untuk makanan dan pertanian yang disimpan secara ex situ, prioriti
diberi kepada sumber genetik tumbuhan di dalam Lampiran I Perjanjian Antarabangsa atau disebut dalam Perkara 15.1 (b)
Perjanjian Antarabangsa (b) menggalakkan pemuliharaan ex situ yang berorientasikan matlamat yang cekap, ekonomi yang
cekap dan sistem dunia yang berkekalan selaras dengan Perjanjian Antarabangsa dan Pelan Tindakan Global Pemuliharaan
dan Penggunaan Lestari Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian; (c) menggalakkan regenerasi, pencirian,
dokumentasi dan penilaian sumber-sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian dan pertukaran maklumat
berkaitan; (d) menggalakkan ketersediaan sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian; dan (e) menggalakkan
pembangunan kapasiti nasional dan serantau, termasuk latihan kakitangan utama, dengan merujuk kepada perkara di atas.
Senarai akronim dan singkatan
CBD Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological
Diversity)
CGIAR Kumpulan Konsultatif Penyelidikan Pertanian Antarabangsa
(Consultative Group on International Agricultural Research)
CWR Kerabat liar tanaman
EURISCO Katalog Carian Internet Eropah (European Internet Search
Catalogue)
FAO Pertubuhan Makanan dan Pertanian (Food and Agriculture
Organization of the United Nations)
GCP Program Cabaran Generasi (Generation Challenge Programme)
GIPB Inisiatif Perkongsian Global Pembangunan Kapasiti
Pembiakbakaan Tumbuhan (Global Partnership Initiative for Plant
Breeding Capacity Building)
GIS Sistem informasi geografi
GPA Pelan Tindakan Global (Global Plan of Action)
GPS Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System)
GRIN Rangkaian Informasi Sumber Germplasma (Germplasm Resources
Information Network)
ICT teknologi informasi dan komunikasi
IPR Hak-hak harta intelek (intellectual property rights)
Sistem Multilateral Sistem Multilateral bagi Akses dan Perkongsian Manfaat
MYPOW Program Multi Tahunan Suruhanjaya
NARS Sistem Penyelidikan Pertanian Nasional (National Agricultural
Research System)
NISM Mekanisma Perkongsian Maklumat Nasional bagi Implementasi
GPA (National Information Sharing Mechanism on GPA
implementation)
PGRFA Sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian
Laporan Kedua Laporan Kedua Status Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan
dan Pertanian Dunia (Second Report on the State of the World’s
Plant Genetic Resources for Food and Agriculture)
Suruhanjaya Suruhanjaya Sumber Genetik untuk Makanan dan Pertanian (the
Commission on Genetic Resources for Food and Agriculture)
Perjanjian Antarabangsa Perjanjian Antarabangsa Sumber Genetik Tumbuhan untuk
Makanan dan Pertanian (the International Treaty on Plant Genetic
Resources for Food and Agriculture)
Tabung Amanah Tabung Amanah Kepelbagaian Tanaman Global (the Global Crop
Diversity Trust)
WIEWS Sistem Informasi dan Amaran Awal PGRFA Dunia (World
Information and Early Warning System on PGRFA)
WISM Mekanisma Perkongsian Maklumat Sedunia untuk Implementasi
GPA (World Information Sharing Mechanism on GPA
implementation)
Pelan Tindakan Global Kedua Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian telah
diterima pakai oleh Majlis FAO pada sesi ke-143 pada tahun 2011. Ia mengemas kini Pelan Tindakan
Global Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari Sumber Genetik Tumbuhan yang telah diterima pakai
pada Persidangan Antarabangsa Teknikal Keempat Sumber Genetik Tumbuhan yang diadakan di
Leipzig pada tahun 1996
Pelan Tindakan Global Kedua menangani cabaran-cabaran baru seperti perubahan iklim dan
kekurangan makanan, serta peluang-peluang baru termasuk maklumat, komunikasi dan metodologi
molekular. Ia mengandungi 18 aktiviti prioriti yang dikumpulkan dalam empat kumpulan utama:
Pemuliharaan dan pengurusan in situ; Pemuliharaan ex situ; Penggunaan lestari; dan Pembangunan
kapasiti institusi dan sumber manusia yang lestari.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Plant Production and Protection Division
Food and Agriculture Organization of the United Nations
Viale delle Terme di Caracalla
00153, Rome, Italy
Faks: + +3906 570 56347
E-mel: agp@fao.org
Laman web: http://www.fao.org/agriculture/crops/agp-home/en
Terjemahan oleh: Erny Sabrina Mohd Noor dan Dr. Rosliza Jajuli
top related