pejabat ketua pengarah tingkat 12, bangunan …...6.1.2 permohonan sic i. pekebun kecil getah atau...
Post on 10-Feb-2020
41 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
PEJABAT KETUA PENGARAH
TINGKAT 12, BANGUNAN RISDA
IBU PEJABAT RISDA
Karung Berkunci 11067
KM 7, JALAN AMPANG Tel : 03- 4256 4022
50990 KUALA LUMPUR. Fax : 03- 4252 2422
Email: rancang@risda.gov.my
Bil ( 26 )dlm.6.0/9740.03 Klt 4
Tarikh : 2 Februari 2016
Semua Pengarah Bahagian
Semua Pengarah RISDA Negeri
Semua Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian
Tuan,
ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 11 TAHUN 2016
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL
(SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA (MPBR) kali
ke-238 pada 16 Disember 2014 telah bersetuju untuk melaksanakan Kad Pengenalan
Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card – SIC) kepada semua pekebun kecil
yang telah berdaftar dengan RISDA mulai program Banci Pekebun Kecil RISDA
2013.
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI
AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL
Bil ( 26 )dlm.6.0/9740.03 Klt 4
Tarikh : 2 Februari 2016
3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Kad Pengenalan
Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card – SIC) untuk rujukan dan tindakan
selanjutnya.
4. Arahan ini berkuatkuasa serta merta mulai dari tarikh surat ini diterima.
s.k.
i. Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan )
ii. Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan & Korporat )
iii. Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI
AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)
1
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL
(SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TUJUAN 2
2 LATAR BELAKANG 2-3
3 OBJEKTIF 3
4 JAWATANKUASA PEMANDU KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
3-4
5 PENGENALAN KEPADA SIC 5-7
6
KAEDAH PELAKSANAAN
- KELAYAKAN PEMEGANG SIC - PEMOHONAN SIC - PENCETAKAN SIC - PENGEDARAN KAD - PENERIMAAN SIC - PENGGUNAAN SIC - KESELAMATAN SIC - ADUAN - PENGEMASKINIAN SIC - PEMANTAUAN DAN PELAPORAN - MANUAL PENGGUNA SISTEM E-SIC
7-13
7 CARTA ALIR PELAKSANAAN SIC 14
8 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14-15
9 TARIKH KUATKUASA 15
10 LAMPIRAN 16-26
2
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SMALLHOLDER IDENTIFICATION CARD – SIC)
=================================================================
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada semua
Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri (PRN) dan Pegawai RISDA
Daerah/Jajahan/Bahagian (PRD/PRJ/PRB) berkaitan pelaksanaan Kad
Pengenalan Pekebun Kecil (Smallholder Identification Card - SIC).
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Akta 85, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah 1972 menyatakan, bahawa RISDA bertanggungjawab;
2.1.1 Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan daripada
segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi pekebun-pekebun
kecil (Seksyen 6(2)(a)(iv)); dan
2.1.2 Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang
perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil untuk diberikan
kepada kerajaan (Seksyen 6(2)(a)(v)).
2.2 RISDA telah melaksanakan empat kali bancian pekebun kecil iaitu pada
tahun 1977, 1992, 2002 dan yang terkini 2013. Banci 2013 merupakan
banci kali pertama dilaksanakan meliputi seluruh negara iaitu
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
2.3 Sejak penubuhan RISDA lebih empat dekad, tiada satu pengenalan diri
disediakan kepada pekebun kecil yang boleh diterima pakai sebagai kad
rasmi untuk semua urusan bantuan Kerajaan dan perkhidmatan yang
disalurkan melalui RISDA.
3
2.4 Maka pada 16 Disember 2014 Mesyuarat Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kali ke 238 telah meluluskan
pelaksanaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) kepada semua
pekebun kecil yang telah dibanci atau berdaftar dengan RISDA.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah
berdaftar dengan RISDA.
3.2 Digunakan sebagai kad rasmi pekebun kecil untuk berurusan dengan
RISDA.
3.3 Kemudahan kepada RISDA dalam mengenalpasti bilangan dan
mengemaskini maklumat pekebun kecil yang berdaftar.
3.4 Memastikan semua pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
4.0 JAWATANKUASA PEMANDU KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
4.1 Mesyuarat Pengurusan Bil. 32/2015 bertarikh 23 Oktober 2015 telah
meluluskan satu Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan Pekebun
Kecil (SIC) yang terdiri daripada:-
4.1.1 Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
4.1.2 Setiausaha : Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan
Strategik
4.1.3 Ahli-ahli :
i. Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan
ii. Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan
Teknologi
iii. Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan
iv. Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan
v. Pengarah Bahagian Bekalan Input Pertanian
4
vi. Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran
vii. Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat
viii. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
ix. Pengarah Bahagian Program Khas
x. Pengarah Bahagian Latihan
4.2 Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan
Pekebun Kecil (SIC) adalah:-
4.2.1 Menentukan dasar dan hala tuju SIC dari semasa ke
semasa.
4.2.2 Menyelaras penggunaan SIC dalam semua program yang
telah dirangka oleh RISDA.
4.2.3 Memastikan SIC dilaksanakan mengikut garis panduan yang
dikeluarkan.
4.2.4 Memantau pelaksanaan dan keberkesanan SIC di peringkat
lapangan.
4.2.5 Mencadangkan penambahbaikan SIC kepada Pihak
Pengurusan RISDA.
4.2.6 Menyemak dan mengesahkan Laporan Kemajuan
Pelaksanaan SIC.
5
5.0 PENGENALAN KEPADA SIC
Kad Pengenalan Pekebun Kecil atau lebih dikenali sebagai SIC adalah satu
bentuk dokumen pengenalan diri bagi pekebun kecil yang berdaftar dengan
RISDA. Ia merupakan sekeping kad pracetak jenis Polyvinyl Chloride (PVC)
yang dicetak berwarna kuning keemasan dan mempunyai maklumat atas
kad seperti berikut dan rujuk Lampiran 1:-
5.1 Muka Hadapan kad
5.1.1 Logo RISDA
5.1.2 Tulisan :-
i. PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
PERUSAHAAN GETAH (RUBBER INDUSTRY
SMALLHOLDERS DEVELOPMENT AUTHORITY)
ii. KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
5.1.3 Nombor Kad Pengenalan Pekebun Kecil
i. Nombor Kad Pengenalan Pekebun Kecil Getah dan Sawit
yang telah berdaftar dengan RISDA (Nombor Kad
Pengenalan baharu 12 Digit).
ii. Contoh :- 560610-03-XXXX.
5.1.4 Nama Pekebun Kecil
i. Nama Pekebun Kecil Getah dan Sawit yang telah berdaftar
dengan RISDA (seperti di MyKad).
ii. Contoh :- CHE HASSAN BIN ISMAIL
5.1.5 Nombor SIC
i. Nombor SIC adalah nombor ID Pekebun Kecil yang unik
bagi setiap pekebun kecil.
6
ii. Nombor SIC tersebut terdiri daripada kombinasi beberapa
maklumat iaitu:-
a) Kod negeri lokasi pekebun kecil berada, kategori
pekebun kecil getah atau sawit, tahun kad dicetak
dan nombor siri pekebun kecil.
b) Contoh :- DG-2015-0122492 (Negeri Kelantan,
pekebun kecil getah , tahun cetak 2015 dan
nombor siri pekebun kecil 122492).
5.2 Muka Belakang Kad
5.2.1 Logo Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW)
5.2.2 Tulisan:-
i. MAKLUMAN :- KAD INI DIKELUARKAN KEPADA
PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA,
JIKA DIJUMPAI SILA KEMBALIKAN KEPADA PEJABAT
RISDA YANG BERDEKATAN
5.2.3 Alamat Ibu Pejabat, Nombor Telefon, Nombor Fax dan
Laman Web RISDA untuk dihubungi:-
i. Alamat Ibu Pejabat :
IBU PEJABAT RISDA , BANGUNAN RISDA, KM 7
JALAN AMPANG, KARUNG BERKUNCI 11067,
50990 KUALA LUMPUR.
ii. No. Telefon : 03 - 4256 4022 / 03 - 4257 4022
iii. No. Fax : 03 - 4257 6725
iv. Laman Web RISDA : http://www.risda.gov.my
7
5.2.4 QR CODE - Quick Response Codes
i. QR Code yang disediakan menyimpan alamat atau
‘URL link’ yang disediakan untuk menyambungkan kepada
paparan web maklumat pekebun kecil yang didaftarkan bagi
tujuan pengesahan identiti pekebun kecil.
ii. QR Code yang diimbas akan memaparkan maklumat asas
pekebun kecil sepertimana di Lampiran 2.
5.2.5 Nombor Sekuriti
i. Nombor sekuriti dicetak menggunakan tulisan laser di sudut
bawah kanan dan unik bagi setiap kad.
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
6.1 Pelaksanaan SIC ini meliputi perkara berikut:-
6.1.1 Kelayakan Pemegang SIC
i. Pekebun kecil getah dan sawit yang memiliki tanah kurang
dari 40.4686 hektar (100 ekar)
ii. Telah dibanci atau berdaftar dengan RISDA (Semenanjung,
Sabah dan Sarawak)
iii. Warganegara Malaysia.
8
6.1.2 Permohonan SIC
i. Pekebun kecil getah atau sawit boleh memohon SIC di
mana-mana Pejabat RISDA Negeri (PRN), Pejabat RISDA
Daerah / Jajahan / Bahagian (PRD/PRJ/PRB) di
Semenanjung, Sabah atau Sarawak.
ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen
berikut:
a) Satu (1) keping salinan geran tanah yang sah.
b) Satu (1) keping salinan Kad Pengenalan (MyKad).
c) Satu (1) keping gambar terbaharu berukuran
passport berlatarbelakangkan warna biru.
iii. Setiap permohonan hendaklah didaftarkan. Pendaftaran
pekebun kecil dibuat dengan mengisi borang soal selidik
yang disediakan. Seterusnya diinput oleh Pusat
Tanggungjawab (PT) secara atas talian melalui laman web
e-Banci iaitu: http://webapp.risda.gov.my/ebanci.
iv. Setelah pekebun kecil didaftarkan, PT hendaklah mengisi
permohonan SIC dalam Modul Pendaftaran melalui sistem
e-SIC di laman web: http://www2.risda.gov.my/sic/admin.
v. Maklumat pekebun kecil yang telah didaftar melalui
e-Banci dan e-SIC akan disahkan lulus oleh BDPS.
vi. Pekebun kecil yang menyertai program RISDA hendaklah
didaftarkan.
9
6.1.3 Pencetakan SIC
i. Kerja-kerja pencetakan SIC hanya dibuat di Ibu Pejabat
RISDA.
ii. Proses pencetakan adalah disokong dengan sistem yang
telah dibangunkan oleh BTM iaitu e-SIC.
6.1.4 Pengedaran Kad
i. BDPS akan mengasingkan kad mengikut daerah dan negeri
berdasarkan alamat kediaman pekebun kecil.
ii. Kad akan disusun di dalam kotak mengikut Nombor Lot
Kotak dan Nombor Batch sebelum diedar kepada PRN atau
PRD/PRJ/PRB.
iii. Senarai Pekebun Kecil untuk pengedaran SIC iaitu SIC.02
seperti di Lampiran 4 boleh diakses mengikut Nombor
Batch atau Nombor Lot Kotak melalui sistem e-SIC dalam
Modul Pengedaran.
iv. PT boleh membuat edaran kepada Pekebun Kecil dengan
cara :-
a) Mengadakan program penyerahan kepada pekebun
kecil melalui program pengembangan dan
sebagainya yang dijalankan di PT (melibatkan
pemimpin tempatan); atau
b) Menghubungi pekebun kecil untuk hadir ke Pejabat
PRN/PRD/PRJ/PRB untuk mengambil kad; atau
10
c) Membuat hebahan dan iklan dengan menggunakan
pelbagai saluran media seperti iklan di radio, notis di
masjid dan balai raya atau saluran lain yang sesuai
bagi tujuan tersebut.
v. PT mesti menyelesaikan pengedaran kepada pekebun kecil
dalam tempoh 30 hari selepas SIC diterima di PT.
vi. PT bertanggungjawab menggantikan mana–mana penerima
SIC yang gagal dikesan dengan pekebun kecil yang baru.
Keutamaan diberi kepada pekebun kecil yang sudah
menyertai program RISDA seperti Program Tanam Semula
tetapi belum pernah dibanci.
6.1.5 Penerimaan SIC
i. PT perlu membuat penerimaan kad yang dihantar oleh
BDPS dan membuat pengesahan bilangan kad yang
diterima dengan mengisi Borang Penghantaran /
Penerimaan SIC iaitu (SIC.01) seperti di Lampiran 3 serta
mengemaskini tarikh terima dalam Modul Pengedaran
melalui sistem e-SIC.
ii. PT perlu memastikan pekebun kecil atau wakil yang dilantik
oleh pekebun kecil untuk menandatangani Borang (SIC.01)
dan senarai edaran (SIC.02) sebagai bukti penerimaan oleh
pekebun kecil.
iii. Semua PT juga hendaklah mengemaskini status terimaan
kad oleh pekebun kecil dalam sistem e-SIC melalui Modul
Pengedaran (Papar Lot Kotak).
iv. Borang SIC.01 dan senarai SIC.02 hendaklah dihantar ke
BDPS sebagai rujukan dan simpanan urusetia.
11
6.1.6 Penggunaan SIC
i. PT boleh mendapatkan maklumat Pekebun Kecil dengan
cara mengimbas QR Code menggunakan:
a) Alat Pengimbas QR Code
b) Telefon Pintar (Smartphone) yang mempunyai
Aplikasi QR Code Reader yang boleh dimuat turun
dari Google Play Store atau App Store.
ii. Pekebun kecil yang akan memohon bantuan dan
perkhidmatan daripada RISDA perlu membawa SIC
sebagai bukti pekebun kecil tersebut telah berdaftar dengan
RISDA.
6.1.7 Keselamatan SIC
i. SIC adalah sebahagian daripada hakmilik RISDA. Ia
hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi RISDA sahaja.
Penggunaan SIC yang tidak berkaitan dengan urusan
RISDA adalah satu kesalahan.
ii. SIC hendaklah disimpan di tempat selamat dan tidak
terdedah kepada perkara-perkara berikut:
a) Suhu tinggi dan cuaca panas;
b) Bahan kimia yang menghakis (corrosive);
c) Bahan kimia lain yang boleh mengakibatkan
kerosakan kad.
12
6.1.8 Aduan
i. PT dan pekebun kecil yang mempunyai masalah dengan
SIC perlu mengisi Borang Aduan (SIC.03) seperti di
Lampiran 5 dan dihantar kepada BDPS untuk tindakan.
ii. Antara masalah yang mungkin berlaku adalah seperti:
a) Kesilapan Nama Pekebun Kecil
b) Kesilapan Nombor ID Pekebun Kecil
c) Kerosakan kepada fizikal SIC
d) QR Code tidak boleh diimbas
e) Kehilangan SIC
iii. Sekiranya berlaku kehilangan, tindakan serta – merta
seperti berikut perlu diambil:
a) Pekebun kecil perlu melaporkan kepada Ketua PT
melalui Borang Aduan (SIC.03).
b) Pekebun kecil perlu membuat permohonan semula
SIC.
c) Ketua PT hendaklah memaklumkan kepada BDPS.
6.1.9 Pengemaskinian SIC
i. Sebarang pengemaskinian maklumat berkaitan profil dan
pemilikan tanah pekebun kecil hendaklah dibuat melalui
Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK).
ii. SIC hendaklah dikembalikan apabila berlaku perkara
berikut:-
a) Apabila pemilikan tanah pekebun kecil mencapai
atau melebihi 40.4686 hektar (100 ekar).
13
b) Tanah pekebun kecil tersebut dijual atau status
pemilikan tanah telah ditukar.
c) Pekebun kecil telah meninggal dunia.
6.1.10 Pemantauan dan Pelaporan
i. Format pelaporan yang tersebut boleh dijana melalui sistem
e-SIC seperti berikut:
a) SIC.04 - Laporan Prestasi Pengedaran SIC dari Ibu
Pejabat kepada PT. (Lampiran 6)
b) SIC.05 - Laporan Prestasi Pengedaran SIC dari PT
kepada Pekebun Kecil. (Lampiran 7)
ii. Pengemaskinian perkara di para 6.1.5 (i) dan para 6.1.5 (iii)
yang dilakukan setiap kali penerimaan SIC oleh PT dan
pekebun kecil akan dilaporkan kepada pihak pengurusan
pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan.
6.1.11 Manual Pengguna Sistem e-SIC
Manual pengguna sistem e-SIC boleh dimuat turun melalui
laman web e-SIC iaitu http://www2.risda.gov.my/sic/admin.
14
7.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN SIC
7.1 Carta Alir Pelaksanaan SIC boleh dirujuk di Lampiran 8.
8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
8.1 Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS)
8.1.1 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan
Pekebun Kecil (SIC).
8.1.2 Menerima permohonan, memproses, mencetak dan
mengedarkan SIC kepada PT dan Pekebun Kecil yang layak.
8.1.3 Menyelaras dan memantau prestasi pengeluaran SIC melalui
sistem e-SIC.
8.2 Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)
8.2.1 Ahli Jawatankuasa Pemandu Kad Pengenalan Pekebun Kecil
(SIC).
8.2.2 Bekerjasama dengan BDPS dalam menambahbaik sistem e-SIC.
8.2.3 Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan sistem dan operasi
penyediaan SIC.
8.3 Bahagian-Bahagian di Ibu Pejabat
8.3.1 Merancang fungsi dan peranan SIC dalam Program
Pembangunan Pekebun Kecil.
15
8.4 Pejabat RISDA Negeri (PRN) dan Pejabat RISDA
Daerah/Jajahan/Bahagian (PRD/PRJ/PRB)
8.4.1 Menerima permohonan, mendaftar pekebun kecil dan
mengedarkan SIC kepada Pekebun Kecil.
8.4.2 Merekodkan penerimaan SIC daripada Ibu Pejabat dan
pengedaran SIC kepada Pekebun Kecil melalui Sistem e-SIC.
8.4.3 Menyediakan dan mengemaskini laporan pengedaran SIC dari
semasa ke semasa.
8.4.4 Melaksanakan fungsi dan peranan SIC berdasarkan arahan dari
semasa ke semasa.
9.0 TARIKH KUATKUASA
9.1 Pemakaian Garis Panduan Pelaksanaan Kad Pengenalan Pekebun
Kecil (SIC) ini berkuatkuasa serta merta mulai dari tarikh surat Arahan
Ketua Pengarah dikeluarkan. Garis Panduan ini adalah digunapakai
sehingga terdapat garis panduan yang baharu dikeluarkan dari semasa
ke semasa.
16
LAMPIRAN 1
PENGENALAN KEPADA SIC
PANDANGAN HADAPAN
5.14: NAMA PEKEBUN KECIL
5.15: NO SIC D : Negeri Kelantan
G : Pekebun Kecil Getah
2015 : Tahun SIC Cetak
0122492 : No Siri Pekebun Kecil
5.13: NO. KAD
PENGENALAN
PEKEBUN KECIL
PANDANGAN BELAKANG
SCAN DI SINI
5.2.4: QR CODE URL link
www2.risda.gov.my/sic/index.php?sic=56061003XXXX
0003001
5.2.5: NO SEKURITI
17
PAPARAN MAKLUMAT ASAS PEKEBUN KECIL
LAMPIRAN 2
QR CODE DIIMBAS
MENGGUNAKAN:
ii) APLIKASI QR CODE READER
i) ALAT PENGIMBAS QR CODE
18
RESIT PENERIMAAN
Adalah saya / wakil yang sah mengakui telah menerima SIC dalam keadaaan baik daripada ____________________( PRD/PRJ/PRB)
No. SIC: ________________ bertarikh: _____________________
_________________
(Tandatangan)
KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
BORANG PENGHANTARAN/PENERIMAAN KAD
NEGERI : ...........................................................
PUSAT TANGGUNGJAWAB : ...........................................................
TARIKH : ...........................................................
NO. RUJUKAN @ NO SIC * : ...........................................................
DARI KE
URUSETIA SIC BDPS PEJABAT RISDA NEGERI (PRN) PEJABAT RISDA DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN (PRD / PRJ / PRB) PEJABAT RISDA STESEN PEKEBUN KECIL WAKIL PEKEBUN KECIL
URUSETIA SIC BDPS PEJABAT RISDA NEGERI (PRN) PEJABAT RISDA DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN (PRD / PRJ / PRB) PEJABAT RISDA STESEN PEKEBUN KECIL WAKIL PEKEBUN KECIL
BUTIR-BUTIR PENGHANTAR BUTIR-BUTIR PENERIMA
Nama:………………………………………...
No. K/P :……………………………………..
Tandatangan :……………………………….
Tarikh :…………………………………….....
Cop Rasmi Jabatan/Pejabat
Nama :………………………………………...
No. K/P :……………………………………..
Tandatangan :……………………………….
Tarikh :…………………………………….....
Cop Rasmi Jabatan/Pejabat
Nota: * No Rujukan : Merujuk kepada nombor rujukan surat yang berkaitan antara RISDA ke RISDA dll. Nombor SIC: Merujuk kepada
nombor siri pekebun kecil antara RISDA kepada Pekebun Kecil
SIC.01
Potong di sini
ms 01 /02
LAMPIRAN 3
19
BIL PERKARA NO BATCH BIL. LOT KOTAK KUANTITI KAD
CATATAN HANTAR TERIMA HANTAR TERIMA
Kad Pengenalan Pekebun
Kecil (SIC)
1. PT:
2. PT:
3. PT:
4. PT:
5. PT:
6. PT:
7. PT:
8. PT:
9. PT:
10. PT:
11. PT:
12. PT:
13. PT:
14. PT:
15. PT:
JUMLAH
ms 02 /02
KEGUNAAN PEJABAT*
*Nota: Kegunaan untuk merekod maklum balas daripada pekebun kecil dan lain-lain
20
No No Lot Kotak
No. Siri
Nama No. K/P
No. SIC Alamat No. Tel Tanda tangan
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)
SIC.02
PERAKUAN SEBELUM MENERIMA MAKLUMAT:
"Saya mengaku janji bahawa segala maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan dalaman RISDA sahaja. Sekiranya saya
didapati melanggar peraturan tersebut, saya bersetuju bahawa Pengurusan RISDA berhak mengambil tindakan yang difikirkannya
sesuai dan berpatutan terhadap saya kelak"
RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
PERUSAHAAN GETAH
SENARAI SIC
PT : ……………………
BATCH : ……………………
NOTA KAKI:
a) Bilangan maklumat pekebun kecil b) Nombor lot kotak c) No siri borang banci d) Nama pekebun kecil e) No. Kad Pengenalan (Mykad) pekebun kecil f) Nombor ID pekebun kecil g) Alamat kediaman pekebun kecil h) No. telefon pekebun kecil i) Tandatangan pekebun kecil / wakil setelah menerima SIC.
LAMPIRAN 4
21
KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
BORANG ADUAN / MAKLUM BALAS
A. MAKLUMAT PEKEBUN KECIL
1. Nama Pekebun Kecil :
2. No. Kad Pengenalan :
3. Alamat :
4. No. SIC :
5. No. Telefon :
6. E-Mail (Jika Ada) :
B. KATEGORI
Aduan Maklum Balas
C. Jenis Aduan
Kehilangan *Kod QR Tidak Boleh Digunakan
*Kesilapan Pada No Kad Pengenalan / Nama
Pekebun Kecil
Masih Belum Menerima Kad Pengenalan
Pekebun Kecil
*Kesilapan Nombor SIC
Lain-Lain (Nyatakan):
____________________________
Butir –butir Aduan / Maklum balas :
* Kad Pengenalan Pekebun Kecil perlu dikembalikan bersama dengan borang ini.
Tandatangan Pengadu : Tarikh :
Nama :
Untuk Kegunaan Pejabat
1. Nama Pegawai Pengesah :
2. Jawatan :
3. Tandatangan :
4. Nama Pegawai Penerima :
5. Jawatan :
6. Ulasan / Tindakan :
SIC.03
LAMPIRAN 5
22
LAPORAN PRESTASI e-SIC MENGIKUT PT DAN NEGERI
(PENGEDARAN SIC KE PT)
BIL PUSAT
TANGGUNG JAWAB
BILANGAN BATCH
BILANGAN LOT KOTAK
BILANGAN SIC DIHANTAR
KE PT
BILANGAN SIC
DITERIMA PT
BAKI BELUM
DITERIMA PT
PERATUS DITERIMA PT
(%)
SIC.04
RISDA
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
PERUSAHAAN GETAH
LAMPIRAN 6
23
LAPORAN PRESTASI e-SIC MENGIKUT PT DAN NEGERI
(PENGEDARAN SIC KE PEKEBUN KECIL)
BIL PUSAT
TANGGUNG JAWAB
BILANGAN BATCH
BILANGAN LOT KOTAK
BILANGAN KAD DIHANTAR
(KE PEK. KECIL)
BILANGAN KAD DITERIMA
(OLEH PEK. KECIL )
BAKI BELUM DITERIMA PEK. KECIL
PERATUS DITERIMA PEK. KECIL
(%)
SIC.05
RISDA
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
PERUSAHAAN GETAH
LAMPIRAN 7
24
CARTA ALIR PELAKSANAAN KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL (SIC)
Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh 1 2 3 4 5 6
Permohonan SIC yang lengkap dari Pekebun Kecil diterima dan disemak. Status pendaftaran dan pencetakan SIC disemak dan dimaklumkan kepada Pekebun Kecil.
- Status SIC terdiri daripada
o Telah cetak o Belum cetak - Pekebun Kecil yang tidak
mempunyai maklumat perlu dibanci dan didaftarkan ke dalam e-Banci dan e-SIC.
Cetak Kad SIC Semak kualiti kad dari segi fizikal kad dan paparan QR Code.
- Kad yang tidak berkualiti akan dicetak semula.
Kad SIC yang telah siap, disusun dan dibungkus mengikut daerah. Pengedaran SIC ke PT dibuat secara pengambilan sendiri di Ibu Pejabat dan pos ( Sabah dan Sarawak)
Pt PT Pt PT Pt BDPS Pt BDPS Pt BDPS Pt BDPS & PT
A
Terima
Permohonan Dari
Pekebun Kecil
Maklum
Status SIC
Kepada
Pekebun Kecil
Semak
Status
SIC
Pencetakan
Tiada
Rekod
Ada
Rekod
Daftar dalam e-SIC
Semak
Kualiti
Kad
Lulus
Pembungkusan
Mengikut Daerah
Tidak
Lulus
Pengedaran ke PT
A
Belum
Cetak
Telah
Cetak
4 Hari
2 Hari
LAMPIRAN 8
Mengisi Borang Banci
dan didaftar dalam
e-Banci
25
Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh 7 8 9 10 11 12
SIC yang diterima disemak dari segi kualiti dan kuantiti kad.
- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah
Pekebun Kecil datang ke PT untuk mengambil kad.
- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah
Borang terima SIC diisi dan dikembalikan ke PT Tarikh terima dikemaskini dalam e-SIC dan dihantar untuk tindakan BDPS Laporan terimaan SIC Pekebun Kecil dikemaskini PT mewajibkan penggunaan SIC untuk sebarang program.
Pt PT Pt PT PK / Pt PT Pt PT Pt BDPS PT & PK
Pekebun Kecil terima kad dan
mengisi Borang Terima SIC
Edar kepada
Pekebun
Kecil
Tidak
Lulus
Lulus
Aduan ke
BDPS
Semak Kad
Diterima
Lulus
Tidak
Lulus
A
BDPS terima borang dan
mengemaskini Laporan
SIC
Penggunaan Kad SIC untuk
Program Pembangunan
Pekebun Kecil
B
PT mengemaskini tarikh terima
dalam e-SIC dan menghantar
Borang Terima Ke BDPS
2 Hari
26
Bil Keterangan Tindakan Aliran Dokumen Tempoh
13
PT mengimbas QR Code sebagai pengesahan status Pekebun Kecil RISDA.
- Aduan ke BDPS dibuat jika terdapat sebarang masalah
Pt PT
PRD/PRJ/PRB
mengimbas QR
Code pada Kad
SIC untuk
pengesahan.
Lulus
Tidak
Lulus
Pekebun Kecil memperoleh
bantuan atau faedah
melalui Program
Pembangunan Pekebun
Kecil.
B
Aduan ke
BDPS
Tamat
top related