panduan pengurusan asrama
Post on 23-Dec-2015
316 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Panduan Pengurusan Asrama
1
Panduan Pengurusan Asrama
1.0 TUJUAN
i. Mewujudkan satu suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang
dalam kalangan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang.
ii. Membina dan menyuburkan keterampilan sahsiah dan kepimpinan pelajar di asrama.
iii. Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama.
iv. Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
v. Memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar.
2.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN ASRAMA
2
PengetuaTuan Haji Idris Bin Yatim
Penolong kanan hemTuan Haji Abdul Halim Bin
Muhamad
wardenCik Roslina Bt Abd Hamid
Resident warden Resident wardenResident warden
Ketua block putera Ketua block puteri
Biro-biroBiro-biro
Panduan Pengurusan Asrama
3.0 TUGAS DAN PERANAN KETUA WARDEN & WARDEN
i. Mewakili Pengetua dalam hal-hal pentadbiran asrama selepas waktu pejabat.
ii. Menyelia tugas warden
iii. Menyediakan laporan harian dan mingguan warden.
iv. Memeriksa laporan harian warden bertugas dan mengambil tindakan yang sesuai.
v. Mengadakan mesyuarat dengan warden sekurang-kurangnya sebulan sekali. Salinan
minit mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada pihak Pengetua.
vi. Bertanggungjawab terhadap semua hal kebajikan pelajar di asrama
vii. Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarahkan oleh pihak Pengetua/Penolong
Pengetua dari semasa ke semasa.
i. Menguruskan penempatan pelajar baru ke asrama.
ii. Memastikan jadual waktu harian pelajar dipatuhi.
iii. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan dari segi menu, kebersihan, kualiti,
kuantiti, dan spesifikasi.
iv. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dipatuhi oleh pelajar.
v. Mengawasi keluar masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa
tertentu.
vi. Melaksankaan kegiatan yang sesuai untuk perkembangan emosi, rohani, jasmani dan
sosial yang sihat dikalangan pelajar di asrama.
vii. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi pelajar yang sakit.
viii. Membantu mengelolakan latihan kebakaran di asrama
ix. Mengawas keselamatan diri dan harta benda pelajar di asrama.
x. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Ketua Warden.
xi. Mengadakan gotong-royong membersihkan asrama
3
3.1 Ketua Warden
3.2 Warden
Panduan Pengurusan Asrama
4.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN ASRAMA
i. Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis.
ii. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan
bermasalah.
iii. Mengurus dan menjaga bilik utiliti dan melaporkan segala kerosakan kepada pihak
pengurusan asrama.
iv. Mengurus dan mengendalikan lawatan ke hospital bagi kes tertentu.
v. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama.
vi. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada pengurusan
asrama
i. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan asrama.
ii. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah disiplin.
iii. Membantu warden ketika membuat ‘morning call’ dan ‘roll call’.
iv. Membantu warden ketika pemeriksaan asrama dijalankan.
v. Bekerjasama dengan warden ketika latihan kebakaran diadakan.
vi. Mengawasi penggunaan peralatan elektirk bagi mencegah kemalangan.
vii. Membuat laporan kepada guru asrama mengenai masalah disiplin.
viii. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan dari semasa ke semasa
.
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak pengurusan
asrama.
ii. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di surau dan Solat Jumaat bagi pelajar
lelaki.
iii. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar.
iv. Membantu warden untuk membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia.
v. Memastikan ikatan persaudaraan/ukhuwah sesama pelajar terjalin dengan baik.
vi. Membuat laporan sahsiah pelajar kepada warden secara berkala.
4
4.1 BIRO KEBAJIKAN
4.2 BIRO DISIPLIN DAN KESELAMATAN
4.3 BIRO KEROHANIAN
Panduan Pengurusan Asrama
vii. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam penghayatan
agama.
viii. Bekerjasama dengan unit lain di maktab dalam melaksanakan aktiviti kerohanian
i. Memastikan menu makanan yang ditetapkan dipatuhi.
ii. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan.
iii. Menerima dan melaporkan aduan tentang kualiti & kuantiti makanan kepada pihak
pengurusan asrama.
iv. Memastikan pelajar sakit di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai
v. Menguruskan pelajar berpuasa dan memaklumkan kepada pengurusan dewan makan.
vi. Memastikan dewan makan dan peralatan makanan adalah bersih dan melaporkan
sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan kepada pihak pengurusan asrama.
i. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan.
ii. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan bilik, bilik air, &
tandas,bilik utiliti dan persekitiran asrama.
iii. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan kepada warden.
iv. Berkerjsama dengan pihak pekerja kebersihan asrama.
v. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/riadah dengan kelulusan pihak
pengurusan asrama.
ii. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan.
iii. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar.
iv. Memastikan keadaan gelanggang/padang dan peralatan selamat untuk digunakan.
v. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.
vi. Menguruskan rekod keluar masuk/pinjaman alatan sukan di asrama.
5
4.4 BIRO MAKANAN
4.5 BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
4.6 BIRO SUKAN
Panduan Pengurusan Asrama
Melaksanakan program yang memerlukan tindakan segera seperti :-
i. Gotong-royong perdana sempena program tertentu.
ii. Mengadakan jamuan asrama.
iii. Menganjurkan program kebudayaan dan kesenian.
iv. Demonstrasi pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari.
v. Hari terbuka (lawatan ke asrama).
vi. Memungut derma sempena program tertentu.
vii. Lain-lain program yang berkaitan.
6
4.7 BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Panduan Pengurusan Asrama
7
Panduan Pengurusan Asrama
i. Pada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan aktiviti atau
terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai
kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti
yang telah ditetapkan atau diwartakan oleh pihak sekolah.
ii. Pelajar juga adalah tertakluk pada setiap masa kepada peraturan-peraturan yang
terkandung di dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar SEMAJA.
1.0 Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat
a) Berkahwin
b) Berzina
c) Mengandung atau mempunyai anak.
d) Melanggan pelacur atau melacur atau menjadi bohsia atau bohjan atau pondan
atau melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral.
e) Mengadakan hubungan seks luar tabii’ seperti liwat, seks oral, lesbian, atau
homoseksual.
f) Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.
g) Mencabul kehormatan orang lain.
h) Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan senjata atau
tanpa senjata.
i) Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara
berkumpulan.
j) Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang.
k) Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang
jenis dadah (narkotik).
l) Menyalahgunakan bahan yang boleh mengkhayalkan seperti gam atau ubat batuk
dan seumpamanya.
m) Menyimpan dan memiliki senjata api atau bahan peledak.
n) Cubaan membunuh diri.
o) Merompak atau menyamun
p) Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain bertindak ganas
atau menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda atau
mengacam keselamatan sekolah atau awam.
8
Panduan Pengurusan Asrama
q) Berkerjasama, menjadi ahli atau terlibat dalam pertubuhan haram atau kongsi
gelap.
r) Melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan
Cyber Café serta lain-lain kumpulan yang menjalani aktiviti-aktiviti yang
bersamaan dengan kumpulan-kumpulan ini.
s) Menulis atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej sekolah sama ada
melalui media cetak atau media elektronik.
t) Sebarang tingkahlaku atau perlakuan yang boleh menjatuhkan imej sekolah yang
bersabit dengan kesalahan sivil/jenayah oleh pihak berkuasa.
u) Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
v) Memukul guru.
w) Mengancam guru atau Pengetua
x) Mengancam pelajar lain – ancaman yang serius dan merbahaya.
y) Mengambil dadah.
z) Berjudi.
aa) Meminum minuman keras atau memabukkan didalam kawasan asrama.
bb) Masih melebihi tiga kali membantah hukuman Pengetua.
cc) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang di Malayisa.
dd) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan perpecahan kaum.
ee) Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan politik anti kerajaan
samada dengan menghadiri perhimpunan haram, tunjuk perasaan, memiliki atau
memperdengarkan pita pidato antikerajaan, menampal dan mengedarkan poster
dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik bukan kerajaan dan lain-lain
aktiviti seumpamanya.
ff) Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan ala-gangster, keganasan
dan lain-lain aktiviti atau kegiatan yang seumpamanya.
gg) Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Berat kali ke-2.
hh) Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi
bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang amat berat.
9
Panduan Pengurusan Asrama
2.0 Kesalahan Disiplin Kategori Berat
a) Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau membekal atau
menjual sebarang jenis bahan tembakau.
b) Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau membekal atau
menjual sebarang jenis minuman aikohol.
c) Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang
senjata atau pisau atau alatan atau mercun atau bahan kimia yang boleh
membahayakan orang lain.
d) Mencipta atau melayari atau menyiar atau mencetak atau menyebar atau
menyimpan maklumat atau dokumen atau laman web yang mengandungi bahan
lucah, ganas atau tidak moral.
e) Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai peras ugut
dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan keselamatan kepada sesuatu
pihak
f) Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian atau loteri atau pertaruhan wang
dan sebagainya.
g) Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan, sumbang atau
mencurigakan.
h) Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis dan mencuri harta benda atau
wang atau maklumat atau dokumen dan sebaginya.
i) Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran.
j) Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara
perseorangan.
k) Bergaduh sehingga membawa kecederaan.
l) Mencuri atau mengambil harta benda atau wang atau maklumat atau dokumen
kepunyaan orang lain yang berniali melebihi RM50.00 ( RM: Lima Puluh Sahaja )
m) Memalsukan tanda tangan atau dokumen atau maklumat.
n) Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditakrifkan sebagai perlakuan gangguan
seksual.
o) Mencederakan diri sendiri.
p) Membawa atau memakan atau menjamu makanan yang tidak halal di kawasan
sekolah.
10
Panduan Pengurusan Asrama
q) Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan peraturan dan budaya
sekolah seperti bertatoo atau bertindik dihidung atau lidah dan seumpamanya.
r) Menceroboh asrama puteri oleh pelajar putera atau sebaliknya.
s) Mengujungi pusat hiburan seperti disko atau karaoke dan seumpamanya
t) Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak sekolah.
u) Sengaja merosakkan harta kerajaan / sekolah.
v) Mencuri.
w) Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau
Pengetua.
x) Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali ke-2.
3.0 Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana
a) Menceroboh kawasan akademik atau pentadbiran dan sebagainya pada waktu
larangan.
b) Menceroboh kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan seperti tangki
air, loji kumbahan, janakuasa elektrik atau rumah pam.
c) Mencuri atau mengambil dokumen atau harta benda atau wang bernilai RM 50.00
( RM : Lima Puluh Sahaja ) dan ke bawah.
d) Merosakkan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan asrama atau
kemudahan awam atau orang lain.
e) Bergaduh.
f) Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap pelajar lain atau guru atau
kakitangan atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik individu atau
sekolah.
g) Mengintai pelajar atau guru atau kakitangan atau tetamu.
h) Menyalahgunakan ubat-ubatan untuk tujuan selain daripada rawatan penyakit.
i) Ingkar keputusan atau arahan guru atau pihak-pihak lain yang menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya.
j) Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.
k) Menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti Pengetua atau guru atau
Pegawai Kerajaan
l) Mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.
11
Panduan Pengurusan Asrama
m) Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti menyembunyikan maklumat
atau penyaksian atau enggan memberi kerjasama.
n) Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan.
o) Fesyen rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’ atau botak atau ‘skin head’ atau
berwarna.
p) Membawa masuk orang awam ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
q) Menggunakan telepon bimbit tanpa kebenaran.
r) Ponteng kelas.
s) Melanggar peraturan am atau peraturan tambahan atau peraturan yang diwartakan
melalui unit-unit pentadbiran sekolah yang telah diambil tindakan diperingkat
JPPM.
iii. DENDAAN & HUKUMAN
Pihak sekolah melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan
hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati
atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Buku Panduan
Pengurusan Disiplin Pelajar sekolah seperti berikut:
a) Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat:
Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan.
Membayar ganti rugi jika berkenaan.
Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
b) Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Barat:
Dibuang asrama
Rotan secara tertutup maksimum sebanyak dua [2] kali dan / atau.
Membayar ganti rugi jika berkenaan dan
Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga dan
Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.
c) Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana:
Digantung persekolahan selama tidak melebihi tujuh [7] hari dan atau
Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan sekolah selama tidak melebihi empat [4]
minggu dan/ atau
12
Panduan Pengurusan Asrama
Dirotan satu [1] kali secara tertutup dan / atau
Membayar ganti rugi jika berkenaan dan
Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga dan
Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.
13
Panduan Pengurusan Asrama
a) Pelajar wajib hadir ke bilik prep pada waktu yang ditetapkan.
14
Panduan Pengurusan Asrama
Pekara Hari Masa
1. Kelas Persediaan PagiIsnin Hingga Khamis
2. Kelas Persediaan PetangIsnin Hingga Khamis
3. Kelas Persediaan MalamAhad Hingga Khamis
Jumaat
4. Kelas Persediaan Hari
Minggu
*Tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan asrama.
b) Pelajar tidak dibenarkan berada dalam dorm pada waktu kelas persediaan.
c) Pelajar hendaklah memakai pakaian kelas persediaan yang telah ditetapkan
d) Aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak dibenarkan
pada waktu kelas persediaan kecuali dengan kebenaran warden.
e) Pelajar dilarang merayau-rayau, mengganggu pelajar lain dan membuat bising pada
waktu kelas persediaan.
f) Pelajar dilarang membawa dan menggunakan radio transistor, kaset, ‘walkman’,
’MP3’, ’MP4’, pemain cakera padat/digital, majalah dan bahan bacaan bukan
akademik ke kelas persediaan.
g) Suis lampu dan kipas hendaklah dipadamkan sebelum meninggalkan kelas persediaan
15
Panduan Pengurusan Asrama
4.1 Keluar Ke Bandar
i. Ibu bapa/penjaga hendaklah membuat permohonan pulang kecemasan dan mendapat
kelulusan daripada Penolong Kanan Hem/Warden.
ii. Ibu bapa/penjaga/wakil hendaklah datang mengambil pelajar di asrama. Pelajar tidak
dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan
dan mendapat keizinan daripada ibu/bapa/penjaga.
4.2 Keluar Mengikuti Program (lawatan, aktiviti homeroom/akademik,
Perkhemahan, kokurikulum dan seumpamanya.
i. Program telah diluluskan oleh Pengetua/ Penolong Kanan Hem.
ii. Surat pengesahan kelulusan dan senarai peserta yang disahkan oleh guru
penasihat/pengiring hendaklah dikemukakan kepada warden bertugas.
iii. Pelajar yang ditahan atau dikenakan tahanan dalam sekolah tidak dibenarkan
menyertai program
iv. Warden hanya menandatangani kebenaran pada senarai peserta sahaja.
v. Salinan senarai nama yang disertakan bersama kad pelajar peserta hendaklah
diserahkan di pondok pengawal.
16
Panduan Pengurusan Asrama
17
Panduan Pengurusan Asrama
5.1 PELAJAR LELAKI
i. Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek
dibenarkan. Lain-lain jenis baju seperti baju T berkolar, baju T sukan atau
seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. Baju T tidak berkolar TIDAK
dibenarkan.
ii. Baju hendaklah disisipkan ( Tuck in ) ke dalam seluar.
iii. Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan
TIDAK dibenarkan dilipat.
iv. Pemakaian semua jenis jaket TIDAK dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas
(sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu saja.
i. Kain seluar ‘slack’ yang dibenarkan ialah daripada jenis yang sesuai. Selain itu kain
jenis Denim, PVC, “Corduroy’ atau kulit TIDAK dibenarkan.
ii. Pemakaian semua jenis ‘jeans’ dan ‘cotton slack’ TIDAK dibenarkan.
iii. Fesyen seluar ‘slack’ hendaklah tidak terlalu longgar ‘baggy,’‘slim fit,’ terlalu ketat
dan berkaki singkat tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah
buku lali dan ukur lilit seluar di antara 35 cm – 45 cm.
18
A. Baju Kemeja/Baju T
B. Seluar
c. Tutup Kepala
Panduan Pengurusan Asrama
i. Hanya songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan.
ii. Kopiah dan serban tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan menunaikan solat sahaja.
5.2 PELAJAR PEREMPUAN
i. Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan jarang .
i. Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan belakang serta dijahit di bahagian
depan.
ii. Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan pada waktu akademik.
iii. Warna lain dibenarkan di luar waktu akademik.
iv. Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutupi bahagian dada.
i. Kasut hendaklah jenis yang bersarung dan bukan dari jenis selipar atau sandal.
ii. Kasut warna hitam dari jenis kanvas/getah sahaja dibenarkan dipakai pada waktu
akademik.
iii. Kasut berfesyen dan berwarna-warni tidak dibenarkan.
iv. Ketinggian tumit tidak melebihi 2.5 cm.
5.3 PAKAIAN LARANGAN
19
A. Baju Dan Kain
B.Tudung
C. Kasut
Panduan Pengurusan Asrama
Pada bila-bila masa di dalam kawasan asrama, pelajar dilarang
memakai/memiliki/menyimpan pakaian seperti berikut :-
i. Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata atau pakaian yang
mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan
raut anggota atau tubuh badan pemakainya, atau pakaian yang ditafsirkan sebagai
‘seksi’/berfesyen keterlaluan atau bertentangan nilai-nilai budaya dan moral
masyarakat.
ii. Baju atau pakaian yang ada gambar orang atau kumpulan seperti penyanyi, pemimpin,
ahli sukan dan sebagainya atau gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang
bertentangan dengan akidah Islam atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya
bangsa dan Negara.
iii. Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran lucah, ganas atau
bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya bangsa dan negara.
iv. Semua jenis ‘jeans’ dan ‘cotton slacks’.
v. Tidak memakai baju, memakai baju menampakkan pusat, berkemban, memakai tuala
mandi sahaja dan berkaki ayam.
vi. Memakai sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai/tidak wajar dipakai oleh
pelajar sekolah.
vii. Memakai baju T tidak berkolar
viii. Memakai baju yang menyerupai tentera, polis, atau agensi-agensi keselamatan lain.
ix. Memakai pakaian yang selekeh, kotor, koyak, berbau busuk atau bertampal.
5.4 RUPA/PENAMPILAN DIRI
5.4.1 PELAJAR LELAKI
i. Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju.
ii. Rambut mestilah bersih dan disikat.
iii. Membotakkan kepala tidak dibenarkan.
iv. Mewarnakan rambut tidak dibenarkan.
20
A. Rambut
Panduan Pengurusan Asrama
v. Stail rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’ trojan’, ‘skin head’, ‘bross’ dan lain-lain
tidak dibenarkan.
vi. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan.
vii. Menggunakan gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau tengik tidak
dibenarkan.
i. Menyimpan misai dan janggut tidak dibenarkan.
ii. Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2 cm sahaja.
i. Tidak dibenarkan memakai cermin mata / kanta lekap kecuali atas nasihat doktor
ii. Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen.
iii. Cermin mata berwarna / kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat
kebenaran doktor sahaja.
i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan.
ii. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan.
iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.
i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai
lambang keagamaan tidak dibenarkan.
ii. Bertindik, bertatu, dan berinai tidak dibenarkan.
21
C. Cermin Mata /Kanta Lekap
B. Misai, Janggut Dan Jambang
D. Kuku
E. Pemakaian Aksesori/Barang Kemas
Panduan Pengurusan Asrama
5.4.1 PELAJAR PEREMPUAN
i. Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah diikat/didandan.
ii. Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
iii. Rambut yang berfesyen dan berwarna tidak tidak dibenarkan.
iv. Rambut mestilah kemas dan bersih.
i. Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain tidak dibenarkan.
ii. Mencukur bulu kening atau mencabutnya tidak dibenarkan.
i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan.
ii. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan.
iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.
i. Tidak dibenarkan memakai cermin mata / kanta lekap kecuali atas nasihat doktor
ii. Cermin mata hendaklah tidak berbingkai besar atau terlalu kecil dan tidak berfesyen.
iii. Cermin mata berwarna / kanta lekap berwarna hanya dibenarkan setelah mendapat
kebenaran doktor sahaja.
i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai
lambang keagamaan tidak dibenarkan.
22
A.Rambut
B. Muka
C. Kuku
D. Cermin Mata /Kanta Lekap
E. Pemakaian Aksesori/Barang Kemas
Panduan Pengurusan Asrama
ii. Bertindik, bertatu, dan berinai tidak dibenarkan.
23
Panduan Pengurusan Asrama
1.1 Penempatan Pelajar
i. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Warden.
ii. Bayaran gantirugi akan dikenakan jika terdapat sebarang kerosakan alatan yang
dipinjamkan.
1.2 Kebersihan bilik dan Kawasan Asrama
i. Bilik mestilah sentiasa kemas, bersih dan teratur.
ii. Buku dan alatan hendaklah disusun dengan kemas.
iii. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
iv. Gambar dan poster tidak dibenarkan di tampal di dinding.
v. Hanya cadar dan sarung bantal asrama sahaja dibenarkan.
vi. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
vii. Pakaian yang kering hendaklah dilipat kemas dan disimpan dalam almari.
viii. Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan .
ix. Barang-barang yang tidak digunakan seperti beg dan kotak hendaklah disimpan di
dalam stor/tempat yang ditentukan.
x. Dilarang meletakkan sebarang alatan/barangan di tingkap asrama.
xi. Kasut hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.
xii. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas bermula.
1.3 Peraturan Am
24
Panduan Pengurusan Asrama
i. Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tempat perhimpunan pagi
(morning call) pada jam 07.00 pagi.
ii. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik.
iii. Sebelum meninggalkan asrama, bilik hendaklah dipastikan kemas dan bersih.
iv. Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran.
v. Kebersihan persekitaran asrama adalah tanggungjawab bersama.
vi. Semua jenis makanan basah tidak dibenarkan di asrama.
vii. Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak dibenarkan
dimiliki/disimpan/diguna di asrama.
viii. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja/kakitangan asrama.
ix. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di asrama
x. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan sebelum
meninggalkan asrama.
xi. Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik sakit pada waktu akademik.
xii. Pelajar hendaklah memastikan asrama berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
sebelum pulang bercuti.
xiii. Pelajar hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan
pembaziran.
2. PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN
2.1 Bilik Rekreasi/Bilik Rehat/Bilik Bacaan
a. Menonton Televisyen
Bil Hari Masa
1 Sabtu
2 Ahad
Pelajar dibenarkan menonton televisyen pada waktu-waktu berikut:
i. Pelajar tidak dibenarkan menonton pada hari persekolahan.
ii. Pelajar hendaklah menyusun semula alatan selepas menonton televisyen.
iii. Pelajar hendaklah mematikan suis televisyen, lampu dan kipas selepas digunakan.
25
Panduan Pengurusan Asrama
b. Bilik Sakit
i. Pelajar yang mendapat kebenaran dari warden setelah mendapat pengesahan rawatan
daripada pegawai perubatan hospital / klinik sahaja dibenarkan berada di bilik sakit.
ii. Kebersihan dan kekemasan bilik sakit hendaklah sentiasa dijaga.
iii. Pelajar dikehandaki mengisi butiran diri di dalam Buku Daftar Bilik Sakit untuk
mendaftar masuk dan keluar.
c. Surau
i. Semua pelajar Islam wajib solat fardu di surau.
ii. Pelajar wajib solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjemaah, manakala bagi solat Zuhur
dan Asar pelajar digalakkan berjemaah.
iii. Semua pelajar Islam diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan yang diadakan di surau.
iv. Kebersihan surau adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar.
v. Surau hendaklah digunakan hanya untuk solat dan aktiviti keagamaan sahaja.
vi. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke surau.
vii. Penggunaan peralatan surau adalah menjadi tanggungjawab Biro Kerohanian
viii. Suis Sistem PA, lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas aktiviti surau.
ix. Pintu, tingkap dan pili air hendaklah ditutup selepas digunakan.
d. Penggunaan Telefon
i. Telefon bimbit/’mobile phone’ atau sebarang alat komunikasi dua hala TIDAK
dibenarkan.
Penggunaan telefon awam tidak dibenarkan pada masa-masa berikut:-
Waktu akademik.
Kelas persediaan.Selepas lampu dipadamkan.
26
Panduan Pengurusan Asrama
Semasa aktiviti maktab.
ii. Pelajar dikehendaki menggunakan telefon dengan baik dan cermat.
iii. Segala kerosakan dan kecuaian hendaklah dilaporkan kepada warden.
e. Dewan makan
i. Pelajar hendaklah beratur dan dilarang memotong barisan semasa mengambil
makanan.
ii. Kebersihan Dewan Makan adalah tanggungjawab bersama.
iii. Sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
iv. Pelajar dilarang menyuruh rakan mengambil makanan bagi pihaknya.
v. Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan
vi. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab / tatatertib semasa makan
vii. Pakaian semasa di Dewan Makan mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam
Peraturan Pakaian Dewan Makan.
viii. Pelajar dilarang membawa keluar makanan dan peralatan dari Dewan Makan.
ix. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan.
x. Buku-buku dan peralatan peribadi tidak dibenarkan dibawa ke Dewan Makan.
xi. Pelajar yang ingin meminjam / menggunakan peralatan Dewan Makan mesti mendapat
kebenaran Penyelia Asrama/Warden.
xii. Pelajar mesti mematuhi waktu makan seperti dalam Jadual Harian / Mingguan
Kehidupan Di Asrama.
f. Tandas/Bilik Mandi/Bilik Basuh
i. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas/bilik mandi/bilik basuh.
ii. Pelajar dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas/singki.
iii. Pakaian, tuala mandi dan barang peribadi tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam
tandas/bilik mandi/bilik basuh.
iv. Tuala wanita/’sanitary pad’ hendaklah dibuang di tempat yang dikhaskan.
v. Pili dan suis lampu hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan.
27
Panduan Pengurusan Asrama
vi. Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam singki.
vii. Pelajar hendaklah menyediakan jadual tugas membersihkan tandas/bilik mandi/bilik
basuh.
viii. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada penyelia asrama.
3. PERATURAN KESELAMATAN
a. Penggunaan Elektrik
3.1 Lingkaran Pemanas/’Water heater dan cerek elektrik bukan automatik tidak boleh
digunakan.
i. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan.
ii. Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan.
iii. Penggunaan peralatan elektrik semasa kilat adalah ditegah.
iv. Menggunakan peralatan elektrik yang rosak adalah ditegah.
v. Pastikan semua suis dimatikan selepas digunakan.
vi. Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada
penyelia asrama.
3.2 Semasa Berlaku Kebakaran
i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah dibunyikan.
ii. Pelajar pertama yang menyedari kebakaran hendaklah menghubungi pihak bomba dan
dimaklumkan segera kepada warden.
iii. Pelajar mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta merta.
iv. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan.
v. Pelajar hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan kecemasan yang
ditetapkan.
vi. Di tempat perhimpunan, pelajar hendaklah berbaris mengikut bilik masing-masing dan
ketua aras/blok hendaklah menyemak dan memastikan bilangan pelajar aras/bloknya
mencukupi.
28
Panduan Pengurusan Asrama
vii. Ketua aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar di aras/bloknya kepada
warden.
viii. Warden hendaklah melaporkan kejadian kebakaran kepada Pengetua.
ix. Pelajar hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan.
3.3 Keselamatan Umum
i. Penggunaan ubat nyamuk lingkaran, pelita dan lilin tidak dibenarkan.
ii. Pelajar hendaklah mengetahui cara menggunakan alat pemadam api semasa berlaku
kebakaran.
iii. Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah menghubungi Warden/Pengawal
Keselamatan dengan segera.
iv. Peti pertolongan cemas boleh didapati daripada Warden/Bilik Rawatan/Pondok
Pengawal.
29
Panduan Pengurusan Asrama
30
top related