panduan menangkap gambar untuk ujian dus photo manual.pdf1 tujuan menangkap gambar ketika ujian dus...
Post on 09-Mar-2019
218 Views
Preview:
TRANSCRIPT
C 2011 Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries
東アジア植物品種保護フォーラムThe East Asia Plant Variety Protection Forum
Panduan menangkap gambar untuk ujian DUS
5 Januari 2011Forum Perlindungan Kepelbagaian Tumbuhan Asia Timur
Isi kandungan mukasurat
1 Tujuan menangkap gambar ketika ujian DUS ・・・・・・・・・・・・・・・・・3
(1)Mengapa gambar itu penting untuk ujian DUS?・・・・・・・・・・・・・・・・・・3
(2)Kegunaan gambar ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・3
2 Perkara asas untuk menangkap gambar. ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・4
(1)Jenis digital kamera ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・4
(2)Fungsi kamera, kegunaan asas dan cara penggambaran ・・・・・・・・・・・・・・4
(3)Asas teknik penggambaran ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・7
3 Teknik penggambaran(Panduan praktikal) ・・・・・・・・・・・・・・・・・10
(1)Gambar yang menjelaskan sifat baka dan kadar pertumbuhan・・・・・・・・・・・・10
(2)Gambar yang menjelaskan DUS ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・11
(3)Perkara penting semasa menangkap gambar・・・・・・・・・・・・・・・・・・・13
4 Lain-lain kes komposisi tanaman・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・15
(1)Contoh komposisi biasa. ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・15
(2)Contoh komposisi yang menjelaskan pengkelasan ・・・・・・・・・・・・・・・・24
1 Tujuan menangkap gambar ketika ujian DUS Gambar yang di tangkap semasa ujian dus menerangkan maklumat penting mengenai sifat baka, kadar
pertumbuhan dan DUS. Oleh sebab itu, gambar yang mudah difaham, mudah dibanding dan jelas diperlukan.
(1)Mengapa gambar itu penting untuk ujian DUS? Gambar yang diambil semasa ujian DUS akan dilampirkan didalam laporan ujian DUS sebagai pengukuhan
untuk lebih memahami kadar pertumbuhan dan sifat baka. Dengan melampirkan gambar-gambar yang sesuai di
dalam laporan, kualiti laporan ditingkatkan sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan kualiti ujian.
(2)Kegunaan gambar
1)Laporan Ujian DUS
Gambar-gambar yang dilampirkan didalam laporan ujian DUS mestilah menjadi gambar –gambar yang
menjelaskan sifat baka dalam kertas kenyataan baka.
2)Himpunan data gambar baka-baka
Gambar-gambar yang dilampirkan didalam laporan ujian DUS akan di susun sebagai data yang membolehkan
perbezaan ujian dan perbezaan baka disemak. Ini diperlukan supaya ianya mudah digunakan semula dalam
laporan ujian seterusnya.
3)Pemilihan baka yang berbeza.
2)Data gambar yang telah di susun mungkin akan digunakan dalam pemilihan baka yang berbeza dari baka
aplikasi.
4)Lain-lain
Juga digunakan dalam pembuatan dokumen manual ujian sifat-sifat dan bukti dalam kenyataan bantahan.
- 3 -
2 Perkara asas untuk menangkap gambar. (1)Jenis digital kamera Terdapat kamera dalam digital kamera yang mampu menangkap gambar penuh seperti kamera SLR dan kamera
kompak yang kecil. Perbezaan antara dua jenis kamera ini adalah samada boleh atau tidak boleh untuk
menukar lensa berdasarkan keperluan pengambaran. Termasuk juga perbezaan keberkesanan lensa dan elemen
imej serta nisbah aspek gambar.
1)Kamera SLR
Lensa boleh ditukar berdasarkan situasi penggambaran dan boleh diset dengan lebih terperinci. Walau
bagaimanapun, saiz kamera lebih besar dan kurang dari segi portablitasi jika dibandingkan dengan kamera
kompak.
2)kamera kompak
Lebih dari segi portabilitasi walaupun lensa tidak boleh ditukar dan tidak boleh diset dengan lebih terperinci.
Jika dibandingkan dengan kamera SLR, oleh kerana elemen penggambaran ( CCD atau CMOS) lebih kecil,
terdapat kekurangan pada kualiti gambar. Tetapi kini ada model yang mempunyai elemen penggambaran yang
lebih tinggi berbanding model sebelumnya dan terdapat juga model yang boleh diset dengan lebih terperinci dan
mempunyai fungsi yang lebih tinggi dalam pasaran.
Gambar yang dilampirkan dalam ujian DUS adalah gambar yang tidak dirapikan dan tiada perubahan aspek.
(2)Fungsi kamera, kegunaan asas dan cara penggambaran Jurugambar mestilah memahami fungsi kamera dan cara menggunakannya. Jurugambar mestilah menangkap
gambar yang sesuai dengan laporan ujian dengan konfigurasi yang sesuai bergantung kepada suasana
penggambaran.
1)Resolusi rekod dan kadar mampatan
Mestilah menilai resolusi rekod, kadar mampatan, bergantung kepada cara penggunaan data gambar yang
ditangkap (cetakan, import ke pengkalan data, sirkulasi dengan computer dan lain-lain) tetapi tertakluk
kepada keputusan penilaian oleh pihak ujian. Di Jepun, resolusi gambar adalah lebih kurang 1600x1200,
kadar mampatan adalah “fine”, ditetapkan bergantung kepada output cetakan ke laporan, pengujian pada
skrin komputer, upload ke pengkalan data dan lain-lain.
2)Sensitiviti ISO
Sekiranya sensitiviti ISO adalah pada sensitiviti tinggi, kebaikannya adalah dapat menangkap gambar di dalam
gelap tetapi dengan kemunculan noise. Oleh kerana itu, sensitiviti ISO asas untuk penggambaran gambar
untuk ujian DUS adalah yang paling rendah. Tetapi, sekiranya tidak mendapat laju pengatup yang mencukupi
di tempat yang gelap, penggambaran boleh dilakukan dengan sensitiviti ISO dinaikkan selagi gangguan noise
tidak muncul. .
- 4 -
3)Mod penggambaran
Mod penggambaran bagi kamera dalam menangkap gambar bagi ujian DUS adalah mod P (mod program) atau
mod A (mod apertur diutamakan) dimana imbang putih dan lain-lain boleh diset dengan terperinci tanpa
menggunakan mod AUTO.
Mod P:Mod penggambaran yang memilih apertur dan laju pengatup yang sesuai dengan automatik bergantung
kepada kecerahan.
Mod A:Mod penggambaran dengan apertur yang ditetapkan dimana laju pengatup dipilih secara automatik
bergantung kepada kecerahan.
・Penggambaran dengan Mod A (mod apertur diutamakan)
Melalui penggambaran apertur dengan mod A( Nombor F ditinggikan), kadar kedalaman medan yang lebih
dalam boleh diperolehi, lingkungan kawasan penggambaran lebih dalam tetapi oleh kerana kekurangan cahaya,
laju pengatup akan lebih lambat dan kadar gangguan dari gegaran tangan meningkat. Dengan penggambaran
apertur, kamera perlu di letakkan diatas tripod atau platfom penggambaran tetapi, dengan kamera yang
mempunyai fungsi yang lebih tinggi, sensitiviti ISO boleh ditingkatkan tanpa gangguan noise dan laju pengatup
akan menjadi lebih pantas. Sehubungan dengan itu, nilai maksimum dan minimum bagi nombor apertur berbeza
mengikut lensa kamera.
F:2.0 Keadaan focus yang sesuai pada bunga F:8.0 Keadaan focus yang jauh lebih dalam
dari bunga
4)Mod Makro
Dalam ujian DUS、terdapat banyak kemungkinan untuk menangkap gambar subjek kecil, seperti gambar bunga
yang telah didegradasi. Mod makro digunakan dalam menangkap gambar subjek kecil. Melalui mod
makro, jarak penggambaran adalah berbeza mengikut model kamera tetapi, secara umumnya, mod
makro digunakan sekiranya subjek lebih dekat dari 50cm.
- 5 -
・Herotan
Herotan adalah fenomena apabila kamera dengan lensa sudut luas mendekati subjek, ruang di sekeliling gambar
terherot. Herotan boleh dicegahi dengan penggambaran tele-foto..
・Disebabkan sisi sudut luas kamera mendekati subjek, keadaan pembaris kelihatan bengkok
・Disebabkan sisi tele-foto kamera mendekati subjek, keadaan pembaris kelihatan lurus.
5)Zoom
Dalam penggunaan zoom, hanya zoom optikal digunakan. Ini kerana zoom digital menggunakan perisian
komputer untuk memperbesarkan imej asal, secara tidak langsung menyebabkan degredasi pada kualiti imej asal.
6)Jenis pengukuran optikal dan pembetulan dedahan cahaya Dalam kebanyakan kes kamera digital, apabila pengatup ditekan separuh, kamera akan berada dalam keadaan
[AF/AE Lock](keadaan fokus dan dedahan cahaya dikunci). Konfigurasi permulaan bagi kebanyakan kamera
menetapkan dedahan cahaya berdasarkan purata kuantiti cahaya pada seluruh skrin. Dalam ujian DUS, kerap
gambar bunga diutamakan untuk tangkap tetapi, apabila focus diletakkan pada bunga, terdapat gelinciran dalam
dedahan cahaya disebabkan oleh perbezaan warna bunga.(Keseluruhan gambar menjadi gelap atau terang
disebabkan oleh warna bunga (dedahan kurang, dedahan lebih)) Dalam kes ini, tukar pengukuran cahaya di
hadapan subjek. Ini lebih mendekati kuantiti cahaya yang sesuai, dan dedahan yang sesuai dan betul akan
diperolehi dengan pembetulan dedahan cahaya. Sehubungan dengan itu, ruang kesesuaian adalah lebih besar
apabila kecerahan (nombor F) lensa kamera yang digunakan adalah lebih kecil.
- 6 -
7)Imbang putih.
Dalam ujian DUS, konfigurasi imbang putih adalah yang terpenting. Sekiranya sumber cahaya dan suhu cahaya
yang sesuai tidak diset, penghasilan semula warna yang betul dan sesuai tidak boleh diharapkan. Walau
bagaimanapun, dengan ujian DUS, perubahan sumber cahaya dan suhu warna kawasan penggambaran
(kawasan luar yang cerah, kawasan luar yang mendung, bayang, kawasan dalaman, lampu floresen dan
lain-lain) menjadi konfigurasi imbang putih yang sesuai. Dalam konfigurasi imbang putih, 18% Gray card
kegunaan kursus ditetapkan dengan kertas putih biasa. Sekiranya kertas putis khusus untuk tetapan imbang
putih digunakan, kertas dari jenis yang sama sahaja digunakan.
・Sekiranya imbang putih tidak sesuai, keseluruhan warna gambar akan dipengaruhi.
Sesuai Tidak sesuai
8)Pancaran cahaya
Semasa penggambaran, adalah lebih digalakkan untuk menangkap gambar dalam keadaan yang tidak
memerlukan pancaran cahaya tetapi, sekiranya terpaksa digunakan, perlu digunakan dengan perhatian pada
bayang dan pantulan cahaya. Dalam laporan ujian gambar yang menggunakan ujian cahaya hendaklah dijelaskan.
(3)Asas teknik penggambaran
1)Pencegahan gegaran tangan
Untuk mencegah gegaran tangan, adalah disyorkan untuk menetapkan kamera menggunakan tripod atau
platform penggambaran semasa penggambaran. Sekiranya tiada tripod dan platform penggambaran, ruang sisi
lengan hendaklah dirapatkan dengan kuat dan berhati-hati supaya tiada gegaran tangan dihasilkan. Malah, untuk
menetapkan tubuh, bangunan dan lain-lain berkesan sekiranya digunakan sebagai sokongan semasa
penggambaran. Kamera hendaklah ditetapkan sekiranya laju pengatup dibawah 1/100.
2)Subjek
Subjek yang dipilih hendaklah segar dan menjadi model mencerminkan sifat-sifat baka. Secara asasnya, semasa
penggambaran bahan ujian, perbezaan antara gambar dan keputusan ujian adalah sedikit tetapi, oleh kerana
ujian dan penggambaran sukar dilakukan serentak, menjadi kebiasaan untuk memilih semula bahan ujian
sebagai subjek. Walaupun dari baka yang sama, perbezaan sifat baka antara bahan selalunya biasa dilihat tetapi,
elak dua yang terlalu jelas, pilih subjek dari bahan yang menunjukkan sifat baka dengan baik.
- 7 -
3)Komposisi
A.Konsistensi komposisi
Dengan menjadai konsistensi komposisi gambar dari Ujian DUS, perbandingan antara baka akan menjadi lebih
mudah di masa hadapan. Oleh itu, komposisi di hadapan baka tumbuhan ditetapkan jika diperlukan dan sepatutnya
dipertimbangkan supaya kesukaran perbandingan akibat perubahan komposisi tidak berlaku.
B.Tajuk
Gambar yang dilampirkan dalam laporan ujian DUS hendaklah disertakan dengan tajuk. Perkataan berkaitan
tumbuhan yang digunakan dalam tajuk hendaklah merujuk kepada perkataan berkaitan tumbuhan dalam format
ujian.
C.Tarikh penggambaran
Tarikh gambar diambil hendaklah ditulis pada gambar yang dilampirkan di dalam laporan ujian DUS.
Sekiranya ia muncul pada gambar, pertimbangkan posisi cetakan dan waspada susun atur gambar.
D.Label nama baka
Label nama baka hendaklah turut ditangkap didalam gambar. Pertimbangkan kestabilan dengan saiz subjek dan
gunakan label nama baka dengan saiz yang sesuai.
E.Kestabilan subjek
Aspek tegak dan lebar gambar ditetapkan dengan mempertimbangkan saize dan bentuk subjek. Walaupun
gambar yang besar bagi subjek yang menonjol diharapkan, perlu berwaspada agar subjek tidak terpotong.
F.Skala
Panjang skala diubah mengikut pertimbangan terhadap kestabilan dan saiz subjek. Sekiranya tiada skala,
gunakan pengukur.
G.Penggunaan carta warna (CASMATCH) untuk pembetulan imej
Carta warna untuk pembetulan imej (CASMATCH) disyorkan untuk berada dalam gambar sekiranya boleh
didapati. Di Jepun, komposisi termasuk karakter berkenaan warna di masukkan didalam CASMATCH. Dengan
memasukkan CASMATCH, sekiranya syarat pencahayaan subjek berbeza, pembetulan warna ke tahap tertentu
boleh dilakukan dengan perisian komputer. Tetapi, dalam ujian DUS biasa, kesesuaian penampilan warna gambar
dinilai dari penampilan warna CASMATCH . CASMATCH digunaka dalam perubatan terutamanya untuk
mengesan kawasan jangkitan dan pemerhatian kesan perubatan. Oleh itu, lazim digunakan untuk membetulkan
warna ke tahap tertentu dengan menggunakan persisian komputer
H.Latar Belakang
Latar belakang biasnya tanpa tanah, warna yang digunakan adalah warna segar atau kehitaman, samada dari
jenis kertas atau jenis kain. Sekiranya tiada latar belakang khas untuk penggambaran, cukup dengan tanpa tanah,
gunakan dinding bangunan atau permukaan konkrit Sekiranya komposisi yang sama digunakan semasa
- 8 -
penggambaran, warna latar belakang hendaklah turut sama.
I.Lain-lain
Untuk penggambaran subjek tidak stabil yang dalam keadaan tetap(statik), sediakan peralatan kecil, penyepit
dan lain-lain terlebih dahulu.
4)Kawasan penggambaran
Adalah digalakkan agar kawasan penggambaran adalah kawasan tetap yang tersusun rapi. Contohnya, sekiranya
mempunyai fasiliti khas untuk penggambaran, gunakan platfom penggambaran yang menggunakan lampu
floresen khas untuk penggambaran (copy stand). Oleh kerana kamera dan alat pencahayaan akan digunakan,
pengguna yang mempunyai peralatan berat perlu distabilkan untuk kemudahan penggunaan. Pencahayaan
adalah lampu floresen khas untuk penggambaran. Dengan menyediakan platfom penggambaran (copy stand),
penggambaran boleh dilakukan dalam kawasan yang tetap.
A.Perhatian untuk penggambaran di kawasan dalaman.
・Berhati-hati terhadap lokasi pencahayan, aturan sudut, bayang atau pantulan. Adalah lebih baik untuk lapikkan
kertas anti-pantulan cahaya pada papan platfom.
B. Perhatian untuk penggambaran di kawasan luaran.
・Sekiranya penggambaran dilakukan di kawasan luar, jauhi pancaran terus matahari, hati-hati terhadap bayang
dan pantulan cahaya, pilih masa bayangan terang atau mendung nipis untuk penggambaran dan lain-lain perkara
perlu diusahakan.
・Walaupun menggunakan tripod atau platform, perlu berhati-hati kerana gegaran akibat pengaruh angin masih
boleh berlaku.
・Pancaran matahari terus ・Bayangan terang
- 9 -
3 Teknik penggambaran(Panduan praktikal)
(1)Gambar yang menjelaskan sifat baka dan kadar pertumbuhan Untuk menjelaskan sifat-sifat baka dan situasi pertumbuhan, penggambaran dilakukan di hadapan baka.
Gambar yang diharapkan adalah gambar yang meliputi kebanyakan sifat tetapi, sekiranya komposisi meningkat,
tugas pengurus data semasa penggambaran dan selepas penggambaran bertambah, justeru, gambar hendaklah
menjelaskan banyak sifat dengan komposisi yang kecil.
Contoh komposisi Bunga Teluki (Carnation)
「Sektor eksperimen」 「Bentuk tumbuhan」
・Tinggi tumbuhan、Bilangan dahan sisi、kadar lipatan daun・Situasi pertumbuhan
「Daun」 「Bunga」 「Degradasi bunga」
・Panjang daun, bentuk daun, warna daun, kualiti lilin
・warna bunga, diameter bunga, bentuk bunga, bentuk sisi dan permukaan bunga.
・warna daun bunga, pola warna, panjang daun bunga, lebar daun bunga、kuncupan, kelopak, ovari, stigma
- 10 -
(2)Gambar yang menjelaskan DUS Untuk menjelaskan DUS, antara baka aplikasi dan baka bandingan atau antara jenis aplikasi dan jenis
berbeza di bariskan semasa penggambaran.
1)Ada perbezaan
Sekiranya ada perbezaan, penggambaran yang boleh menjelaskan perbezaan dilakukan berdasarkan keperluan.
aplikasi bandingan aplikasi bandingan
・Contoh kes bunga baka aplikasi dan baka bandingan yang hampir sama dengan warna stigma berlainan.
2)Tiada perbezaan
Sekiranya tiada perbezaan, secara umumnya, untuk penolakan rekod baka aplikasi, gambar yang menjelaskan
keseragaman sifat baka aplikasi dan baka bandingan menjadi keperluan. Syarat untuk penolakan adalah boleh
menjadi bukti atas kenyataan bangkangan, perlu di ambil perhatian semasa penggambaran.
aplikasi bandingan aplikasi bandingan
aplikasi aplikasi bandingan bandingan
・Kes dimana sifat baka aplikasi dan baka bandingan adalah sama
- 11 -
3)Peringatan penting semasa menangkap gambar Sekiranya tiada kesamarataan, secara umumnya untuk penolakan aplikasi rekod baka, gambar khusus
penghasilan situasi objek berbeza dan objek berbeza itu sendiri diperlukan. Dalam pengkhususan objek berbeza,
gambar jenis aplikasi dan jenis berbeza yang tersusun diperlukan. Syarat untuk penolakan adalah boleh menjadi
bukti atas kenyataan bangkangan, perlu di ambil perhatian semasa penggambaran.
・Penggambaran gambar yang menunjukkan situasi kemunculan objek berbeza
dalam sektor eksperimen.
Atas:Jenis aplikasi Bawah:Jenis berbezaKiri:Jenis aplikasi Kanan:Jenis berbeza Atas:Jenis aplikasi Bawah:Jenis berbeza
・Penggambaran dengan susunan jenis aplikasi dan jenis berbeza
- 12 -
(3)Perkara penting semasa menangkap gambar
1)Sifat dalam kenyataan baka dan sifat yang ditunjukkan didalam gambar mestilah seragam.
Masalah yang timbul dari gambar pada laporan ujian DUS adalah kerana perbezaan antara sifat didalam
kenyataan baka dan sifat dalam gambar. Dalam Variety Description di sebelah kiri, sifat no.1, “tinggi tumbuhan”
adalah 80cm tetapi gambar menunjukkan ketinggian yang melebihi 100cm. Dalam kes ini, samada terdapat
masalah dalam pemilihan object atau kesilapan semasa pengukuran. Sifat baka dan gambar tidak boleh untuk
tidak konsisten.
- 13 -
2)Sifat kamera
Walaupun imbang putih sesuai, tidak semestinya warna semulajadi dapat dihasilkan. Oleh kerana warna yang
ditunjukkan berbeza mengikut jenis kamera, warna yang dihasilkan oleh kamera hendaklah diperhatikan semasa
memilih kamera. Gambar hendaklah dipastikan sejurus selepas penggambaran dan sekiranya warna semulajadi
tidak dihasilkan, langkah konfigurasi semula imbang putih diperlukan.
Kamera 1:Warna bukan semulajadi(kemerahan) Kamera 2:Warna semulajadi(seperti jingga)
・Imbang putih yang sesuai tetapi penghasilan warna yang berbeza kerana perbezaan kamera yang
digunakan.
- 14 -
4 Lain-lain kes komposisi tanaman
(1)Contoh komposisi biasa.
・Strawberi(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denominatio
Denominatio
Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan
Denominatio Denomination
Daun Bunga
Denomination
Denomination
Buah pertama Buah kedua
- 15 -
Denomination
Keratan buah
・Kentang(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denomination
Denomination
Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan
Denomination Denomination
Daun Bunga
- 16 -
Denomination
Denomination
Ubi Keratan ubi
・Keledek(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denomination
Denomination
Daun Sektor eksperimen
Denomination Denomination
Keadaan ubi Bentuk umbi dan warna isi
- 17 -
Denomination
Warna isi selepas kukusan
・Soya(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denomination
Denomination
Bentuk tumbuhan(Tuaian pod muda)
Sektor eksperimen(Tuaian pod muda)
Denomination
Denomination
Daun Bunga
- 18 -
Denomination Denomination
Keadaan pod(Tuaian pod muda) Keadaan tuaian(Tuaian pod muda)
Denomination
Denomination
Keadaan tuaian(Tuaian buah) Sektor eksperimen(Tuaian buah)
Denomination Denomination
Buah Keadaan pod(Tuaian buah)
- 19 -
Denomination
Buah(zoom)
・Salad(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denomination
Denomination
Bentuh Tumbuhan(Permukaan sisi) Bentuh Tumbuhan(Permukaan atas))
Denomination
Denominatio
Daun Keadaan sfera
- 20 -
Denominatio
Biji benih
Denominatio
・Kekwa(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denominatio
Sektor eksperimen Bentuk tumbuhan
Denominatio
Denominatio
Daun Bunga
- 21 -
Denomination
Kelopak
・Mawar(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
Denominatio Denomination
Sektor eksperimen Pucuk baru
Denomination
Denomination
Tangkai(Bahagian tengah) Daun
- 22 -
(2)Contoh komposisi yang menjelaskan pengkelasan ・Cili(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
C B A A B
Perbandingan bentuk tumbuhan Perbandingan keadaan berbuah
CB A
C B A
Perbandingan buah Perbandingan daun
・Padi(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
D
C
B
A
D
C
B
A
Perbandingan bentuk tumbuhan Perbandingan telinga padi
- 24 -
B A B A
Perbandingan bijirin Perbandingan beras
・Plum(Tarikh adalah masa gambar di ambil)
CB A
C B A
Perbandingan dahan Perbandingan jambangan bunga
CB A
C B A
Perbandingan kelopak Perbandingan bunga
- 25 -
top related