nfc near field communication konsep ringkas nfcnfc – near field communication konsep ringkas nfc...
Post on 01-Mar-2020
28 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NFC – Near Field Communication
Konsep Ringkas NFC
Sebagaimana yang dimaksudkan dengan namanya, NFC
merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data
pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang
kurang daripada 4 sentimeter (4 cm).
Jenis Penghantaran & Penerimaan Data Melalui NFC
Antara dua medium – iaitu medium aktif dan medium
pasif NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan
penerimaan data.
Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara
medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini,
komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar
seperti telefon pintar (medium aktif) dan medium
seperti kad ataupun tag (medium pasif).
Melalui jenis ini, kitaran penghantaran data yang berlaku adalah seperti berikut:
Kad yang mempunyai cip memori NFC (kad ini juga dikenali sebagai NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan operasinya. Bergantung kepada jenis memorinya sama ada data di dalamnya boleh dipadamkan/ditulis semula atau tidak.
Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. Gelombang yang dipancarkan akan mengaktifkan NFC Tag tersebut.
NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar.
Contoh implementasi bagi komunikasi jenis ini ialah NFC Smart Poster seperti gambar dibawah;
Sebagai contoh tambahan, pihak muzium boleh
mengaplikasikan NFC Tag ini pada setiap artifak yang
dipaparkan dalam ruang pameran. Pelawat hanya perlu
mencari NFC Tag sahaja untuk mendapatkan info akan
artifak berkenaan, mungkin dalam bentuk pautan video,
atau kandungan-kandungan yang berkaitan. Ia lebih
interaktif, menjimatkan kertas dan juga kandungan
boleh dikemaskini dengan mudah selain daripada
memudahkan pelawat untuk memuat turun maklumat
untuk dijadikan simpanan.
Antara medium aktif dan aktif Manakala bagi jenis yang
kedua pula ialah perkongsian antara dua peranti aktif
iaitu interaksi antara dua peranti pintar yang masing-
masingnya dilengkapi dengan teknologi NFC. Anda boleh
memikirkan bahawa konsep mekanismanya sama seperti
penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth
namun dengan beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat
pada Bluetooth.
Ciri-ciri berkenaan ialah perkongsian data lebih perlahan
jika dibandingkan dengan Bluetooth, jarak antara dua
peranti mestilah teramat dekat (kurang dari 4 cm), namun ia menggunakan tenaga yang kurang dan juga ia tidak
memerlukan sebarang pengesahan berkata-laluan (authentication code) ataupun pairing process. Hanya pastikan
sahaja 2 peranti pintar berada pada satu jarak yang dekat, aktifkan NFC dan penghantara data boleh dilakukan.
Namun demikian, hanya data yang bersaiz kecil sahaja mampu dihantar dan diterima pada waktu ini. Adalah mustahil
untuk anda melakukan penghantaran data seperti rakaman berdefinisi tinggi atau apa-apa yang serupa dengannya.
Sebenarnya, teknologi transaksi tanpa wayar ini sudahpun diaplikasikan seperti kad Touch&Go, namun dengan
menggunakan teknologi NFC pada peranti mudah-alih, beberapa fungsi istimewanya telah dipertingkatkan.
Pertamanya, Menjadikan Smartposter salah satu tarikan baru kepada orang ramai untuk berinteraksi secara terus
dengan apa yang ingin disampaikan melalui iklan. Tanpa perlu menunggu. Selain menjimatkan bahan bercetak yang
perlu diganti setiap kali memerlukan perubahan dan pindaan keatas isi kandungan.
Kedua, ianya telah digabungkan bagi tujuan pembayaran yang sedang meluas dinegara-negara luar. Di malaysia ianya
masih baru dan memerlukan sedikit masa untuk diterima pakai dalam sistem harian pengguna telefon bimbit.
Contohnya jika anda menggunakan Google Wallet untuk pembayaran melalui NFC, anda boleh membatalkan sebarang
kad kredit yang dipautkan dengan mudah melalui antaramuka web sekiranya peranti pintar anda hilang.
Selain daripada nilai keselamatan yang dipertingkatkan, implementasi NFC dan juga gabungan aplikasi tertentu akan
membawakan lebih pengalaman ketika berjual beli di mana sebarang kupon boleh dimasukkan secara terus ke dalam
peranti pintar anda, resit pembelian dalam bentuk digital dimuat naik terus ke peranti pintar anda, dan juga ia boleh
dilengkapkan dengan aplikasi penjejak perbelanjaan bulanan.
Masa hadapan NFC
Pada masa akan datang, barangkali kita tidak memerlukan sebarang kunci fizikal untuk menghidupkan kereta dan juga
untuk membuka pintu rumah. Semuanya diuruskan dengan cekap oleh peranti pintar yang dikuasakan oleh NFC ini.
Jika anda berada di pusat membeli belah pula, NFC (dan juga gabungan aplikasi tertentu) boleh memberikan
keselasaan kepada anda untuk melakukan perbandingan harga antara produk-produk tertentu serta membaca ulasan
produk berkenaan daripada pengguna-pengguna yang sudah memilikinya.
Penutup
Pada ketika ini, teknologi NFC masih lagi baru. Ia mungkin mengambil masa untuk ‘matang’ serta digunakan secara
meluas. Mungkin tidak lama lagi hampir semua urusan jual beli, perkongsian fail serta bidang-bidang berkaitan akan
mengambil manfaat sepenuhnya daripada kehebatan teknologi NFC ini.
Artikel ini ditulis oleh saudara Aizan Fahri pada 21/12/2012, salah seorang pelajar INTEC berumur 18 tahun ketika itu. Ikuti beliau
di Twitter melalui @aifrantz ataupun membaca nukilan beliau di blog peribadi http://second.nightlyart.com/
Setahun selepas artikel ini ditulis NFC telah berkembang lebih jauh dari yang dianggarkan. Berikut adalah perubahan
dan penambahbaikan yang kini terdapat dalam NFC terkini :
- Dibina setebal sehelai kertas
- Berbentuk Stiker Pelekat
- Kalis air
- Mampu menghantar data ke telefon bimbit jarak sehingga 50mm
- Boleh dikunci dan tidak boleh diubah oleh sesiapa
- Mampu menghantar data sebanyak 100,000 kali
- Mampu bertahan sehingga 10 tahun
- Kini semakin banyak penggunaannya dalam Pengiklanan di negara-negara luar.
Maklumat berikutnya menerangkan bagaimana kami, sebuah syarikat Bumiputra iaitu OOS Syndicate mengambil
peluang seperti ini membangunkan kaedah NFC ini dalam bidang pengiklanan terutamanya di Malaysia.
Dan kami kenali sebagai NFC Smarposter, dengan penambahbaikan yang boleh memberikan pelbagai faedah yang
menarik kepada pengiklan dan juga Pelanggan. Semakin hari kematangan NFC ini mula ditunjukkan oleh Pengiklan
diserata dunia yang boleh dijadikan salah satu cabang ikutan dikalangan pengiklan tempatan. Sama ada ianya
dibangunkan bagi tujuan menarik perhatian pelanggan sehinggalah kepada menawarkan pembayaran melalui kaedah
ini, namun buat masa ini OOS Syndicate lebih menumpukan kepada NFC Smartposter yang lebih selamat tanpa adanya
pencerobohan data penting dan berharga oleh penggodam.
Pengiklan hanya perlu lebih kreatif menyediakan saluran iklan , bahan dan konsep iklan dan digabungkan bersama
teknologi NFC SmartPoster.
NFC Tag (Chip SmartPoster)
Kami ingin menawarkan NFC Tag yang lebih dikenali dengan ( NFC – Near Field Communication ) kepada pembekal dan
penyedia perkhidmatan percetakan DAN JABATAN ATAU BAHAGIAN PEMASARAN terutamanya yang melibatkan :
JENIS PERCETAKAN POSTER ATAU BANTING
- IKLAN
- MAKLUMAT
- MAJLIS
- TAYANGAN
- PROMOSI
- PELBAGAI KEMPEN
Seperti yang kita ketahui NFC Tag ini akan diprogramkan untuk menyimpan data-data penting bagi tujuan
memudahkan pelanggan yang mendekati poster-poster ini, dengan menggunakan Telefon Bimbit yang dilengkapi
pengesan NFC untuk menerima mesej atau maklumat yang ingin disebarkan disebalik Poster.
Hanya aktifkan NFC dari telefon bimbit dan sentuh pada bahagian poster atau banting Iklan. Maklumat yang
diprogramkan akan disalurkan ketelefon bimbit.
Seperti contoh kebanyakan negara luar sudah mula menjadikan SmartPoster yang dilengkapi NFC Tag sebagai medan
baru untuk menjadikan iklan mereka lebih bijak dan cekap menyalurkan maklumat.
Berikut adalah contoh-contoh bagaimana SmartPoster dan NFC Tag digabungkan.
*Menghubungkan pelanggan dengan Platform Media Sosial
*Navigasi laluan kelokasi tertentu dengan lebih mudah dan cepat
*Menawarkan pelbagai Kuiz dan peraduan melalui SmartPoster
*Juga boleh menyambungkan perkhidmatan WIFI tanpa memerlukan bantuan katalaluan
Pihak Kami akan memprogramkan NFC Tag
Chip mengikut kehendak Pengiklan. Dan
dihantar kepada pihak anda untuk dilekatkan
bersama Poster atau banting.
*Contoh NFC Tag Chip SmartPoster
Bentukanya yang nipis, memudahkan ianya
ditampal dibelakang poster atau banting,
tanpa menjejaskan bentuk permukaan bahan
cetak tersebut.
NFC Tag boleh diprogramkan mengikut
senarai seperti berikut.
BASIC ACTION – Pilih salah satu sahaja dari kategori ini
- vCard - mengandungi Nama, Alamat,Telefon, eMail,Website
- CALL - Membuat Panggilan ketalian tertentu – Pejabat, Hotline, Service Center, Tol Free
- SMS - Menghantar sms dengan kandungan mesej tertentu – Pendaftaran, Aduan
- EMAIL – mengirim email kealamat yang ditentukan
- Youtube – menayangkan video yang dipilih terus dari Youtube
- Facebook – Like!
- Download – App , Lagu, Video, Pdf
- Map – Direction atau peta lokasi tertentu
- Event – Tarikh sesuatu majlis
- Website – Link url
- WIFI – menyambung perkhidmatan wifi (Restoran, Pejabat)
*Pilihan ini membenarkan anda programkan didalam NFC tag sekali sahaja dan tidak boleh diubah
kandungannya.
Untuk tidak mengecewakan pelanggan, kami telah merekacipta dan mengubahsuai keatas NFC Tag ini agar dapat
memuatkan pelbagai isikandungan selain dari salah satu diatas dengan fungsi SmartPoster Action yang boleh anda
pilih dengan seberapa banyak yang diperlukan dan boleh diubahsuai pada bila-bila masa. Antara kandungan
SmartPoster Action yang boleh dimuatkan dan tiada had :
SMARTPOSTER ACTION
- CALL
- SMS
- Youtube
Subscribe Channel
Video
Like Page
Comment
Check in
Event
Invite
Share
- Download
App Iphone
App Market Android
App Ovi Store
App Windows Phone
App Blackberry
Fail Lagu
Fail Video
Fail Pdf
Fail Gambar
- WebSite
Target Url
Rss
Form Application
- Map
Peta Cawangan Lebih dari satu)
Peta lokasi (Lebih dari satu)
Peta Pelancongan (Lebih dari satu)
Peta Lokasi utama ( Satu sahaja )
Peta Laluan – Driving Direction ke lokasi
Peta Jalan kaki – Walking Direction ke lokasi
Hantar Peta kepada rakan ( Facebook )
- Presentation
Slide Gambar – Katalog dll
- Poll
Pelanggan boleh memilih mana-mana kandungan yang diinginkan dan dimuatkan bersama salah satu Basic Action
diatas.
Pelanggan juga boleh mengubahsuai kandungan ini dari masa kesemasa (kecuali Basic Action).
KELEBIHAN SMARTPOSTER ACTION
Setiap pengguna telefon bimbit yang menggunakan NFC Tag ini dimana-mana sahaja lokasi, sistem akan merekod
jumlah penggunaan dan juga mendapatkan pelbagai rekod maklumat bagi tujuan kaji selidik dan perancangan
Pelanggan iaitu pengiklan dimasa hadapan, seperti contoh :
- Kekerapan pengguna
- Jenis Telefon dan OS
- Sumber Analytic Google
- Keberkesanan Iklan dan maklumat
KEMAMPUAN NFC Tag
- Kalis Air
- Mampu menghantar data sehingga 100,000 kali sentuh
- Jangka hayat 10 Tahun
- Tidak boleh diubahsuai oleh orang lain.
- Boleh digunapakai semula untuk poster-poster yang lain, Pelanggan hanya perlu mengubah isi kandungan
(sekiranya Basic Action masih boleh diguna pakai)
BAGAIMANA JIKA PENGGUNA TIDAK MEMILIKI TELEFON YANG DILENGKAPI NFC?
Bagi menyelesaikan masalah ini, biasanya setiap Poster atau Banting akan disertakan bersama cetakan QR Code bagi
tujuan yang sama dgn NFC . pihak kami akan memprogramkan bersama QR code bagi setiap NFC yang digunakan.
Digunakan oleh pihak Printing bagi tujuan Cetakan diatas Poster dan Banting. Walaubagaimanapun, tidak semua fungsi
yang terdapat didalam NFC boleh dikongsi bersama QR Code.
SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN NFC
- RESTORAN – Wifi, Promosi, Media Social
- PEJABAT – Contact, Website
- HOSPITAL & Klinik - Info
- STESYEN KENDERAAN AWAM - Iklan
- PASARAYA - Promosi
- TEKSI – Aduan, Contact
- PAWAGAM – Event, Youtube
- PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN – Event, Map, Youtube
- AGENSI KERAJAAN – Aduan, Info, Website, Poll
- AGENSI PELANCONGAN – Maklumat pakej, Lawatan, Info sejarah , dll
- PEMAJU PERUMAHAN - Slide, Katalog, Website, Tempahan
- PENJUAL KERETA – Promosi, Info, Tempahan
- PENGANJUR EKSPO – Info, Promosi, Website, Media Social
- BANK – Info, Promosi
- KEDAI BARANGAN ELEKTRIK – Bluetooth Device, Info, Katalog
- MASJID – Silent Mode, Event, Info
-
TEMPAHAN
Tempahan melalui halaman website www.nfc.net.my dan memilih jenis Action yang dikehendaki bagi setiap Tag.
Bermula awal Disember halaman Rasmi akan beroperasi sepenuhnya. Buat masa ini urusan tempahan NFC Tag boleh
dikendalikan melalui email.
Website masih dalam peringkat kemaskini, Harga akan berubah jika mendaftar sebagai Printing Service.
*Anda boleh menghubungi kami sekiranya tidak memahami bahagian ini.
Firdaus | 0107807001 eMail : firdaus@nfc.net.my
top related